Tafsir Surah Hajj Ayat 28 – 30 (Perlakuan semasa Haji)

Ayat 28: Allah beritahu apakah tujuan Haji itu.

لِيَشهَدوا مَنٰفِعَ لَهُم وَيَذكُرُوا اسمَ اللهِ في أَيّامٍ مَّعلومٰتٍ عَلىٰ ما رَزَقَهُم مِّن بَهيمَةِ الأَنعٰمِ ۖ فَكُلوا مِنها وَأَطعِمُوا البائِسَ الفَقيرَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

That they may witness [i.e., attend] benefits for themselves and mention the name of Allāh on known [i.e., specific] days over what He has provided for them of [sacrificial] animals.¹ So eat of them and feed the miserable and poor.

  • Al-an‘ām: camels, cattle, sheep and goats.

(MELAYU)

supaya mereka menyaksikan berbagai manfaat bagi mereka dan supaya mereka menyebut nama Allah pada hari yang telah ditentukan atas rezeki yang Allah telah berikan kepada mereka berupa binatang ternak. Maka makanlah sebahagian daripadanya dan (sebahagian lagi) berikanlah untuk dimakan orang-orang yang sengsara dan fakir.

 

لِيَشهَدوا مَنٰفِعَ لَهُم

supaya mereka menyaksikan berbagai manfaat bagi mereka

Dengan datang mengerjakan Haji itu manusia akan dapat banyak peluang. Antaranya, sepanjang perjalanan itu mereka boleh mendapat peluang perniagaan. Seperti yang disebutkan oleh firman-Nya dalam ayat lain, yaitu:

{لَيْسَ عَلَيْكُمْ جُنَاحٌ أَنْ تَبْتَغُوا فَضْلا مِنْ رَبِّكُمْ}

Tidak ada dosa bagi kalian untuk mencari karunia (rezeki hasil perniagaan) dari Tuhan kalian. (Al-Baqarah: 198)

Atau sepanjang perjalanan itu mereka boleh mendapat pengalaman spritual yang meningkatkan lagi iman mereka. Bukan senang hendak mengerjakan Haji, maka mereka yang ada iman sahaja yang sanggup pergi. Dan kerana mereka mengerjakan Haji, iman mereka akan meningkat.

Jadi manfaat itu adalah dalam bentuk dunia dan akhirat.

 

وَيَذكُرُوا اسمَ اللهِ في أَيّامٍ مَّعلومٰتٍ

dan supaya mereka menyebut nama Allah pada hari yang telah ditentukan

Dan supaya mereka mengingati Allah banyak-banyak sepanjang ibadah Haji itu. Ini adalah belasan hari itu.

قَالَ الْبُخَارِيُّ: حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ عَرْعَرَة، حَدَّثَنَا شُعْبَةُ، عَنْ سُلَيْمَانَ، عَنْ مُسْلِمٍ البَطِين، عَنْ سَعِيدِ بْنِ جُبَيْرٍ، عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: “مَا الْعَمَلُ فِي أَيْامٍ أَفْضَلَ مِنْهَا فِي هَذِهِ” قَالُوا: وَلَا الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ؟ قَالَ: “وَلَا الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ، إِلَّا رَجُلٌ، يَخْرُجُ يُخَاطِرُ بِنَفْسِهِ وَمَالِهِ فَلَمْ يَرْجِعْ بِشَيْءٍ”.

Imam Bukhari mengatakan, telah menceritakan kepada kami Muhammad ibnu Ur’urah, telah menceritakan kepada kami Syu’bah, dari Sulaiman, dari Muslim Al-Batin, dari Sa’id ibnu Jubair, dari Ibnu Abbas, dari Nabi Saw. yang telah bersabda: “Tiada suatu amal perbuatan di hari mana pun yang lebih utama daripada amal pada hari-hari ini.” Mereka bertanya, “Tidak pula berjihad di jalan Allah?” Rasulullah Saw. menjawab, “Tidak pula berjihad di jalan Allah, terkecuali seorang lelaki yang mengorbankan jiwa dan hartanya (di jalan Allah) dan yang pulang hanya namanya saja.”

Imam Ahmad telah meriwayatkan melalui Jabir secara marfu’ bahwa hari-hari belasan inilah yang disebutkan oleh Allah dalam sumpah-Nya melalui firman-Nya:

{وَالْفَجْرِ وَلَيَالٍ عَشْرٍ}

Demi fajar dan malam-malam yang sepuluh. (Al-Fajr: 1-2)

Pada garis besarnya, sepuluh hari ini dapat dikatakan hari-hari yang paling utama dalam tahunnya, sesuai dengan apa yang telah disebutkan di dalam hadis. Keutamaan sepuluh hari ini melebihi keutamaan sepuluh hari terakhir bulan Ramadan; kerana dalam sepuluh hari Zul Hijjah ini disyariatkan di dalamnya hal-hal yang juga disyariatkan di dalam sepuluh hari terakhir dari bulan Ramadan, seperti salat, puasa, sedekah, dan lain-lainnya. Tetapi sepuluh hari Zul Hijjah ini mempunyai keistimewaan yang melebihinya, yaitu ibadah fardu Haji dilakukan di dalamnya.

Ada juga yang mengatakan maksud ingat kepada Allah ini adalah ketika menyembelih binatang.

 

عَلىٰ ما رَزَقَهُم مِّن بَهيمَةِ الأَنعٰمِ

atas rezeki yang Allah telah berikan kepada mereka berupa binatang ternak.

Iaitu ingat kepada Allah ketika menyembelih binatang berkaki empat dengan menyebut nama Allah. Seperti yang telah dijelaskan di dalam tafsir surat Al-An’am, melalui firman-Nya:

{ثَمَانِيَةَ أَزْوَاجٍ} الْآيَةَ

(yaitu) lapan binatang yang berpasangan. (Al-An’am: 143), hingga akhir ayat.

 

فَكُلوا مِنها

Maka makanlah sebahagian daripadanya

Setelah sembelih binatang korban itu, maka yang mengorbankan itu boleh memakannya.

Sufyan As-Sauri telah meriwayatkan dari Mansur, dari Ibrahim sehubungan dengan makna firman-Nya: Maka makanlah sebagian darinya. (Al-Hajj: 28) Bahawa dahulu orang-orang musyrik tidak mahu memakan sebagian dari haiwan sembelihan mereka, kemudian hal tersebut diperbolehkan bagi kaum muslim. Kerana itu barang siapa yang ingin memakannya, ia boleh memakannya; dan barang siapa yang tidak suka, boleh tidak memakannya.

 

وَأَطعِمُوا البائِسَ الفَقيرَ

dan (sebahagian lagi) berikanlah untuk dimakan orang-orang yang sengsara dan fakir.

Dan selebihnya berikan kepada mereka yang memerlukan. Berikan kepada mereka yang miskin dan fakir iaitu  mereka tidak mencukupi.


 

Ayat 29: Kelebihan Kaabah.

ثُمَّ ليَقضوا تَفَثَهُم وَليوفوا نُذورَهُم وَليَطَّوَّفوا بِالبَيتِ العَتيقِ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Then let them end their untidiness and fulfill their vows and perform ṭawāf around the ancient House.”

(MELAYU)

Kemudian, hendaklah mereka menghilangkan kotoran yang ada pada badan mereka dan hendaklah mereka menyempurnakan nazar-nazar mereka dan hendaklah mereka melakukan melakukan thawaf sekeliling rumah yang tua itu (Baitullah).

 

ثُمَّ ليَقضوا تَفَثَهُم

Kemudian, hendaklah mereka menghilangkan kotoran yang ada pada badan mereka

Perjalanan untuk mengerjakan Haji itu amatlah jauh dan kerana itu ada para hujjaj itu yang dalam keadaan kotor. Maka hendaklah mereka membersihkan diri mereka sebelum mengerjakan ibadah Haji itu.

Pendapat yang lain: Ali ibnu AbuTalhah telah meriwayatkan dari Ibnu Abbas, bahwa makna yang dimaksud ialah melepaskan ihram dengan bercukur, memakai pakaian biasa, memotong kuku, dan lain-lainnya.Iaitu selepas mereka selesai menunaikan manasik Haji itu. Jadi kalau begitu, maksud potongan ayat ini: hendaklah mereka menunaikan tanggungjawab mereka dalam Haji itu.

 

وَليوفوا نُذورَهُم

dan hendaklah mereka menyempurnakan nazar-nazar mereka

Mereka hendaklah memenuhi nazar dan janji mereka. Ali ibnu Abu Talhah telah meriwayatkan dari Ibnu Abbas, bahawa hendaklah orang yang bersangkutan menyembelih kurban yang dinazarkannya.

Juga boleh bermaksud menyempurnakan manasik Haji. Semua orang yang telah memasuki Haji diharuskan mengerjakan tawaf di Baitullah, sa’i di antara Safa dan Marwah, wuquf di Arafah dan Muzdalifah, dan melempar jumrah sesuai dengan apa yang telah diperintahkan kepada mereka untuk mengerjakannya. Telah di­riwayatkan pula dari Imam Malik hal yang semisal dengan pendapat ini.

 

وَليَطَّوَّفوا بِالبَيتِ العَتيقِ

dan hendaklah mereka melakukan melakukan thawaf sekeliling rumah yang tua itu

Mujahid mengatakan, makna yang dimaksud ialah tawaf wajib di Hari Raya Kurban.

العَتيقِ bermaksud sesuatu yang suci dari asalnya lagi. Oleh itu Kaabah bukanlah sesuatu yang disucikan kemudian (kotor tapi kemudian disucikan) tetapi ia memang sudah suci dari dulu lagi. Sebagai contoh, kadang-kadang masjid zaman sekarang asalnya dulu adalah gereja tetapi kemudian baru ditukar kepada masjid. Jadi itu bukan العَتيقِ.

Ia juga bermaksud sesuatu yang lama tetapi kekal berharga. Lihatlah bagaimana nilai Kaabah itu tidak berkurang langsung dari dulu sampai sekarang dan sampai bila-bila. Ia adalah rumah yang paling lama tetapi dia masih kekal sampai ke hari ini.


 

Ayat 30:

ذٰلِكَ وَمَن يُعَظِّم حُرُمٰتِ اللهِ فَهُوَ خَيرٌ لَّهُ عِندَ رَبِّهِ ۗ وَأُحِلَّت لَكُمُ الأَنعٰمُ إِلّا ما يُتلىٰ عَلَيكُم ۖ فَاجتَنِبُوا الرِّجسَ مِنَ الأَوثٰنِ وَاجتَنِبوا قَولَ الزّورِ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

That [has been commanded], and whoever honors the sacred ordinances of Allāh – it is best for him in the sight of his Lord. And permitted to you are the grazing livestock, except what is recited to you.¹ So avoid the uncleanliness of idols and avoid false statement,

(MELAYU)

Demikianlah (perintah Allah). Dan barangsiapa mengagungkan apa-apa yang terhormat di sisi Allah maka itu adalah lebih baik baginya di sisi Tuhannya. Dan telah dihalalkan bagi kamu semua binatang ternak, terkecuali yang diterangkan kepadamu keharamannya, maka jauhilah olehmu berhala-berhala yang najis itu dan jauhilah perkataan-perkataan dusta.

 

ذٰلِكَ

Demikianlah

Maka begitulah ayat-ayat pengajaran kepada kita, maka hendaklah kita memerhatikan ayat-ayat sebelum ini. Kena baca dan hayati ayat-ayat itu.

 

وَمَن يُعَظِّم حُرُمٰتِ اللهِ فَهُوَ خَيرٌ لَّهُ عِندَ رَبِّهِ

Dan barangsiapa mengagungkan apa-apa yang terhormat di sisi Allah maka itu adalah lebih baik baginya di sisi Tuhannya. 

Membesarkan perkara-perkara yang Allah telah haramkan. Iaitu perkara-perkara yang Allah haramkan semasa mengerjakan Haji itu seperti berkelahi, marah orang dan mengadakan hubungan sexual. Mereka yang menjaga dari melakukan perkara ini akan mendapat pahala. Maknanya, bukan perlakukan sahaja akan dapat pahala, kalau kita tinggalkan perkara yang dilarang juga, akan dapat pahala. Kerana itu juga taat kepada Allah juga, bukan?

‘Haram’ juga bermaksud perkara-perkara yang perlu dihormati. Maka orang yang mengerjakan Haji itu mestilah menghormati perkara-perkara itu. Maknanya hendaklah kita memandang Ka’bah itu dengan pandangan yang hormat. Jangan kita buat seperti kampung kita sahaja. Kena jaga adab dan akhlak kita semasa berada di Tanah Haram kerana Ianya adalah syiar Allah. Ianya ada kelebihan dalam agama kita.

Mereka yang dapat melakukan perkara-perkara itu akan mendapat kebaikan dari sisi Allah. Kerana Allah suka dengan perbuatan itu.

 

وَأُحِلَّت لَكُمُ الأَنعٰمُ إِلّا ما يُتلىٰ عَلَيكُم

Dan telah dihalalkan bagi kamu semua binatang ternak, terkecuali yang diterangkan kepadamu keharamannya, 

Binatang ternak dibenarkan untuk dimakan semasa mengerjakan kecuali binatang-binatang yang telah diharamkan di dalam ayat-ayat sebelum itu. Kena rujuk balik hukuman tentang binatang apabila sedang mengerjakan Haji. Juga kena rujuk pengharaman memakan binatang yang diharamkan. Misalnya haramnya bangkai, darah, daging babi, dan sembelihan yang disembelih bukan kerana Allah, haiwan ternak yang mati tercekik, dan lain sebagainya yang diharamkan. Ini banyak disebut dalam Surah Maidah.

Juga kena rujuk tentang pengharaman binatang ternak yang dilakukan oleh Musyrikin Mekah. Ini tidak ada. Semua itu dihalalkan kerana halalkan bagi manusia kerana Allah sekali-kali tidak pernah menyariatkan adanya bahirah, saibah, wasilah, dan ham.

Allah hendak memberitahu bahawa semua binatang ternak itu halal dimakan dan ini berlawanan dengan fahaman musyrikin Mekah yang mengatakan ada setengah binatang ternak itu yang tidak boleh dimakan kerana mereka khususkan untuk sembahan-sembahan mereka. Ini adalah fahaman syirik amali. Banyak telah dibincangkan dalam Surah al-An’am.

 

فَاجتَنِبُوا الرِّجسَ مِنَ الأَوثٰنِ

maka jauhilah olehmu berhala-berhala yang najis itu

Kalimah الأَوثٰنِ bermaksud patung-patung yang telah lama ada dan juga bermaksud batu-batu yang dipuja kerana dipandang sebagai mulia. Allah suruh umat Islam dan manusia seluruhnya untuk menjauhkan daripada perkara-perkara itu. Ianya adalah amalan yang amat buruk sekali. Musyrikin Mekah telah menyembah berhala dan kalau zaman sekarang kita boleh tengok bagaimana penganut Hindu pun menyembah patung-patung. Kena ajak mereka kenal agama Islam dan tinggalkan agama sesat mereka.

 

وَاجتَنِبوا قَولَ الزّورِ

dan jauhilah perkataan-perkataan dusta.

Dan kenalah meninggalkan perkara-perkara pembohongan dan ini disebut kerana ada orang-orang Islam yang dahulunya mengamalkan syirik dan pada mereka masih ada lagi perasaan mengagungkan patung-patung dan batu-batu itu. Jadi apabila mereka mengerjakan Haji itu maka mereka bercerita tentang kisah-kisah dan sejarah patung-patung dan batu-batu itu. Mereka kata patung ini begitu dan begini, batu itu ada kisahnya dan macam-macam lagi. Kena tinggalkan fahaman sebegitu. Buang terus kasi licin segala perasaan kagum kepada perasaan itu.

Kalau zaman sekarang, bayangkan bekas penganut agama Hindu yang telah membesar dengan melihat patung-patung dewa-dewa mereka sebagai sesuatu yang hebat, maka mereka kenalah meninggalkan fahaman-fahaman salah mereka itu. Oleh kerana itu Abbas mengatakan ‘kata-kata pembohongan’ itu adalah kalimah-kalimah Syirik. Tinggalkan terus fahaman syirik yang ada dalam hati. Dan untuk hilangkan kena tingkatkan ilmu pengetahuan agama supaya senang nak tolak fahaman salah.

Termasuk ke dalam pengertian ‘perkataan dusta’ ialah kesaksian palsu. Di dalam kitab Sahihain telah disebutkan melalui Abu Bakrah, bahwa Rasulullah Saw. pernah bersabda:

“أَلَا أُنْبِئُكُمْ بِأَكْبَرِ الْكَبَائِرِ؟ ” قُلْنَا: بَلَى، يَا رَسُولَ اللَّهِ. قَالَ: “الْإِشْرَاكُ بِاللَّهِ وَعُقُوقُ الْوَالِدَيْنِ -وَكَانَ مُتَّكِئًا فَجَلَسَ، فَقَالَ:-أَلَا وَقَوْلُ الزُّورِ، أَلَا وَشَهَادَةُ الزُّورِ”. فَمَا زَالَ يُكَرِّرُهَا، حَتَّى قُلْنَا: لَيْتَهُ سكت

“Ingatlah, mahukah kalian aku beri tahukan tentang dosa yang paling besar?” Kami (para sahabat) menjawab, “Tentu saja kami mahu,   wahai  Rasulullah.”   Rasulullah   Saw. bersabda, “Mempersekutukan Allah dan menyakiti kedua orang tua, ” pada mulanya baginda bersandar, lalu duduk dan bersabda, “Ingatlah, dan perkataan dusta; ingatlah, dan kesaksian palsu!” Rasulullah Saw. terus mengulang-ulang kalimat terakhir ini, sehingga kami berkata (dalam diri kami) mudah-mudahan baginda segera diam.

Kita kena ingat bahawa surah ini diturunkan semasa Nabi dan para sahabat sedang meninggalkan Mekah tetapi ia menceritakan tentang amalan-amalan mengerjakan Haji pula. Oleh itu ini adalah isyarat daripada Allah bahawa walaupun umat Islam sudah meninggalkan Mekah iaitu tempat mengerjakan Haji, tetapi mereka jangan risau kerana mereka pasti akan dapat kembali untuk mengerjakan Haji nanti. Ini adalah janji dari Allah dan kita pun tahu bagaimana umat Islam berjaya mengerjakan Haji.

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya.


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

About tafsirsunnah

Blog mentafsir Quran berdasarkan fahaman Sunnah dan salafussoleh.
This entry was posted in Surah 022: Hajj. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s