Tafsir Surah Hajj Ayat 24 – 27 (Seruan Haji diiklankan)

Ayat 24: Tabshir Ukhrawi.

وَهُدوا إِلَى الطَّيِّبِ مِنَ القَولِ وَهُدوا إِلىٰ صِرٰطِ الحَميدِ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And they had been guided [in worldly life] to good speech, and they were guided to the path of the Praiseworthy.

(MELAYU)

Dan mereka diberi petunjuk kepada ucapan-ucapan yang baik dan ditunjuki (pula) kepada jalan (Allah) yang terpuji.

 

وَهُدوا إِلَى الطَّيِّبِ مِنَ القَولِ

Dan mereka diberi petunjuk kepada ucapan-ucapan yang baik

Mereka telah diberi hidayah dengan kalimah yang terbaik iaitu kalimah la ilahaillallah. Dan juga kalimah-kalimah lain yang baik seperti subhanallah, alhamdulillah, astaghfirullah dan sebagainya.

Kalimah-kalimah itu nampak seperti pendek dan biasa sahaja kerana kita sudah selalu sebut dari kita kecil lagi, jadi mungkin kita rasa tak hebat mana. Akan tetapi sebenarnya kalimah-kalimah itu  mempunyai makna yang amat tinggi di dalam agama kita. Kerana walaupun ianya mudah untuk disebut sampaikan kanak-kanak pun boleh hafal, tetapi ianya mengandungi makna yang amat mendalam sekali.

Bandingkan dengan agama lain yang mengandungi kalimah-kalimah rahsia dan tinggi dalam agama mereka tetapi itu hanya dapat diketahui apabila mendalami agama mereka. Akan tetapi kalimah dalam agama kita adalah mudah untuk disebut dan diberitahu awal-awal lagi tanpa perlu mendalami agama pun sudah dapat tahu. Kerana kalimah subhanallah, alhamdulillah, Allahu akbar itu adalah kalimah yang amat bermakna – kalau mendalami agama pun, akan sampai kepada kalimah-kalimah itu juga. Bukannya ada kalimah rahsia lain. Yang selalu reka kalimah rahsia adalah golongan sufi dan tarekat sahaja – kerana mereka yang reka sendiri, maka merekalah sahaja yang tahu.

Maka marilah kita mula kembali melihat kalimah-kalimah itu dengan pandangan yang lebih menghargainya. Jangan kita sangka yang ia adalah kalimah biasa sahaja.

Satu lagi tafsir, maksudnya mereka akan dimasukkan ke dalam syurga dan mereka akan mendengar kalimah-kalimah yang baik sahaja. Makna ini ditafsirkan oleh ayat lain melalui firman-Nya:

{وَأُدْخِلَ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الأنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا بِإِذْنِ رَبِّهِمْ تَحِيَّتُهُمْ فِيهَا سَلامٌ}

Dan dimasukkanlah orang-orang yang beriman dan beramal saleh ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya dengan seizin Tuhan mereka. Ucapan penghormatan mereka dalam surga itu ialah ‘Salam’. (Ibrahim: 23)

Sebagian ulama tafsir mengatakan sehubungan dengan takwil firman-Nya: Dan mereka diberi petunjuk kepada ucapan-ucapan yang baik. (Al-Hajj: 24) Bahwa yang dimaksud adalah Al-Qur’an.

 

وَهُدوا إِلىٰ صِرٰطِ الحَميدِ

dan ditunjuki (pula) kepada jalan (Allah) yang terpuji.

Dan kita diberi hidayah untuk melalui jalan yang lurus, iaitu jalan Allah yang maha terpuji. Dengan mendapat hidayah kepada jalan itu, maka mereka akan beramal dengan amalan ahli syurga dan mereka akan dimasukkan ke dalam syurga.

Maksud Allah ‘Maha terpuji’ itu adalah: Allah tidak memerlukan kita memujiNya kerana Allah itu tetap terpuji samada ada makhluk yang memujiNya ataupun tidak. Kalau manusia, memang akan naik kedudukannya jikalau ada yang memujinya. Tapi Allah tidak perlukan sesiapa pun memujiNya untuk meninggikanNya kerana memang Allah dah terpuji. Maka kalau kita memujiNya maka Allah suka dan akan membalasnya.


 

Ayat 25: Takhwif Ukhrawi terhadap golongan yang menghalang orang lain dari Tauhid. Allah mengutuk Musyrikin Mekah yang mengaku sebagai Penjaga Kaabah itu.

إِنَّ الَّذينَ كَفَروا وَيَصُدّونَ عَن سَبيلِ اللهِ وَالمَسجِدِ الحَرامِ الَّذي جَعَلنٰهُ لِلنّاسِ سَواءً العٰكِفُ فيهِ وَالبادِ ۚ وَمَن يُرِد فيهِ بِإِلحادٍ بِظُلمٍ نُّذِقهُ مِن عَذابٍ أَليمٍ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Indeed, those who have disbelieved and avert [people] from the way of Allāh and [from] al-Masjid al-Ḥarām, which We made for the people – equal are the resident therein and one from outside – and [also] whoever intends [a deed] therein¹ of deviation [in religion] or wrongdoing – We will make him taste of a painful punishment.

  • Whether inside its boundaries or intending from afar to do evil therein. The Ḥaram is unique in that the mere intention of sin therein (whether or not it is actually carried out) is sufficient to bring punishment from Allāh.

(MELAYU)

Sesungguhnya orang-orang yang kafir dan menghalangi manusia dari jalan Allah dan Masjidilharam yang telah Kami jadikan untuk semua manusia, baik yang bermukim di situ mahupun di padang pasir dan siapa yang bermaksud di dalamnya melakukan kejahatan secara zalim, niscaya akan Kami rasakan kepadanya sebahagian siksa yang pedih.

 

إِنَّ الَّذينَ كَفَروا وَيَصُدّونَ عَن سَبيلِ اللهِ

Sesungguhnya orang-orang yang kafir dan menghalangi manusia dari jalan Allah

Mereka menahan diri mereka dari melakukan perkara yang benar, tidak mahu beriman dengan wahyu dan mereka juga menahan orang lain dari melakukan perkara yang baik. Ini adalah tempelak kepada musyrikin Mekah kerana musyrikin Mekah itu menolak untuk mentauhidkan Allah.

 

وَالمَسجِدِ الحَرامِ الَّذي جَعَلنٰهُ لِلنّاسِ

dan Masjidilharam yang telah Kami jadikan untuk semua manusia, 

Mereka menahan pula orang untuk pergi ke Masjidil Haram sedangkan Allah telah jadikan tempat itu sebagai pusat untuk sesiapa sahaja untuk mentauhidkanNya. Sepatutnya MasjidilHaram itu adalah pusat tauhid tapi mereka jadikan sebagai pusat syirik pula.

Allah menurunkan ayat ini semasa Nabi dan para sahabat sedang berhijrah ke Madinah kerana Allah hendak memberitahu mereka yang Allah tahu apa yang mereka sedang lalui. Allah tahu bagaimana mereka dihalang dari beribadat kepada Allah di Kaabah. Mereka amat sayangkan Kaabah tapi mereka terpaksa meninggalkannya. Bayangkan kesedihan mereka waktu itu. Allah pujuk mereka dalam ayat ini.

Di dalam ayat ini terkandung dalil yang menunjukkan bahawa ayat yang sedang kita bahas adalah ayat Madaniyyah, kerana mengandungi kisah menghalang dari Kaabah, sama halnya seperti yang disebutkan di dalam surat Al-Baqarah oleh firman-Nya:

{يَسْأَلُونَكَ عَنِ الشَّهْرِ الْحَرَامِ قِتَالٍ فِيهِ قُلْ قِتَالٌ فِيهِ كَبِيرٌ وَصَدٌّ عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ وَكُفْرٌ بِهِ وَالْمَسْجِدِ الْحَرَامِ وَإِخْرَاجُ أَهْلِهِ مِنْهُ أَكْبَرُ عِنْدَ اللَّهِ}

Mereka bertanya kepadamu tentang berperang pada bulan Haram. Katakanlah, “Berperang dalam bulan itu adalah dosa besar; tetapi menghalangi (manusia) dari jalan Allah, kafir kepada Allah, (menghalangi masuk) Masjidil Haram dan mengusir penduduknya dari sekitarnya, lebih besar (dosanya) di sisi Allah. (Al-Baqarah: 217)

 

سَواءً العٰكِفُ فيهِ وَالبادِ

baik yang bermukim di situ mahupun di padang pasir

Sedangkan Masjidilharam itu adalah untuk orang-orang yang mahu melakukan iktikaf di situ iaitu duduk pada tempat-tempat yang dianggap mulia. Kerana itu iktikaf dilakukan di MasjidilHaram dan juga di masjid-masjid. Sepatutnya penduduk Mekah seperti para sahabat itu sudah boleh beriktikaf di Kaabah tapi mereka dihalang. Maka Kaabah sepatutnya menjadi tempat iktikaf bagi mereka yang duduk di situ.

Ia juga adalah tempat untuk didatangi oleh orang-orang yang duduk jauh darinya. Ia memang tempat tempat untuk dilawati dan didatangi oleh orang yang dekat mahupun jauh.

 

وَمَن يُرِد فيهِ بِإِلحادٍ بِظُلمٍ نُّذِقهُ مِن عَذابٍ أَليمٍ

dan siapa yang bermaksud di dalamnya melakukan kejahatan secara zalim, niscaya akan Kami rasakan kepadanya sebahagian siksa yang pedih.

Kezaliman yang dimaksudkan adalah perlakukan syirik. Juga boleh bermaksud perbuatan zalim ini ialah bila melanggar kesucian tanah haram dengan melakukan perbuatan yang diharamkan oleh Allah untuk melakukannya, seperti perbuatan menyakiti orang lain atau membunuh. Dengan kata lain, menganiaya orang yang tidak menganiaya kamu dan membunuh orang yang tidak bermaksud membunuhmu. Apabila seseorang melakukan hal tersebut, pastilah baginya azab yang pedih.

Kerana kesalahan mereka itu, Allah memberi ancaman kepada mereka yang melakukan kesesatan dekat Kaabah itu. Allah janji yang mereka akan mendapat azab yang amat pedih. Maka para sahabat janganlah risau. Musyrikin Mekah itu akan kena balasan nanti.


 

Ayat 26: Dan sekarang kita masuk ke bahagian kedua surah ini. Bahagian kedua ini menafikan Syikik Amali (Syirik dalam perbuatan).

Sekarang Allah menceritakan tentang sejarah Kaabah itu untuk mengingatkan apa sebenarnya yang perlu dilakukan di Kaabah. Jadi ini adalah Dalil Naqli.

وَإِذ بَوَّأنا لِإِبرٰهيمَ مَكانَ البَيتِ أَن لّا تُشرِك بي شَيئًا وَطَهِّر بَيتِيَ لِلطّائِفينَ وَالقائِمينَ وَالرُّكَّعِ السُّجودِ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And [mention, O Muḥammad], when We designated for Abraham the site of the House, [saying], “Do not associate anything with Me and purify My House for those who perform ṭawāf¹ and those who stand [in prayer] and those who bow and prostrate.

(MELAYU)

Dan (ingatlah), ketika Kami memberikan tempat kepada Ibrahim di tempat Baitullah (dengan mengatakan): “Janganlah kamu mensyirikkan sesuatupun dengan Aku dan sucikanlah rumah-Ku ini bagi orang-orang yang thawaf, dan orang-orang yang beribadat dan orang-orang yang ruku’ dan sujud.

 

وَإِذ بَوَّأنا لِإِبرٰهيمَ مَكانَ البَيتِ

Dan (ingatlah), ketika Kami memberikan tempat kepada Ibrahim di tempat Baitullah 

Ayat ini dan ayat-ayat lain memberi isyarat yang bukanlah Nabi Ibrahim manusia yang mula-mula membina Kaabah kerana Nabi Ibrahim hanya ‘membinanya’ kembali. Iaitu menaikkan kembali tapak Kaabah yang telah sedia ada. Oleh itu kita berpendapat bahawa Kaabah ini sudah ada pada zaman Nabi Adam lagi dan kerana ia ditelan oleh zaman, maka Nabi Ibrahim membinanya kembali sahaja.

Allah Swt. telah berfirman:

{إِنَّ أَوَّلَ بَيْتٍ وُضِعَ لِلنَّاسِ لَلَّذِي بِبَكَّةَ مُبَارَكًا وَهُدًى لِلْعَالَمِينَ. فِيهِ آيَاتٌ بَيِّنَاتٌ مَقَامُ إِبْرَاهِيم}

Sesungguhnya rumah yang pertama dibangun untuk (tempat beribadah) manusia ialah Baitullah yang di Bakkah (Mekah) yang diberkati. (Ali-Imran: 96), hingga akhir ayat berikutnya.

Tabawwu’ bermaksud memindahkan seseorang ke tempat yang sempurna. Maksudnya bukanlah hanya memindahkan sahaja tetapi telah membawa seseorang itu ke tempat yang amat baik sekali. Itu telah diberikan kepada Nabi Ibrahim apabila baginda bawa anaknya Nabi Ismail ke situ.

 

أَن لّا تُشرِك بي شَيئًا

(dengan mengatakan): “Janganlah kamu mensyirikkan sesuatupun dengan Aku

Dalam ayat ini Allah mengajar Nabi Ibrahim bagaimana menjaga masjid itu: jangan kotori masjid itu dengan syirik dan jangan kotori dengan najis. Kena muliakan Kaabah itu.

 

وَطَهِّر بَيتِيَ لِلطّائِفينَ وَالقائِمينَ وَالرُّكَّعِ السُّجودِ

dan sucikanlah rumah-Ku ini bagi orang-orang yang thawaf, dan orang-orang yang beribadat dan orang-orang yang ruku’ dan sujud.

Diutamakan Baitullah itu untuk orang yang melakukan tawaf kerana dekat kaabah sahaja boleh tawaf. Dan kerana itu walaupun ada orang sedang solat di Kaabah itu maka dibenarkan untuk berjalan tawaf di hadapan mereka.

Antara kalimah rukuk dan sujud tidak ada huruf و, kerana ia adalah di dalam perlakuan solat yang sama.


 

Ayat 27: Iklan kepada mengerjakan Haji.

وَأَذِّن فِي النّاسِ بِالحَجِّ يَأتوكَ رِجالًا وَعَلىٰ كُلِّ ضامِرٍ يَأتينَ مِن كُلِّ فَجٍّ عَميقٍ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And proclaim to the people the ḥajj [pilgrimage]; they will come to you on foot and on every lean camel; they will come from every distant pass –

(MELAYU)

Dan serulah kepada manusia untuk mengerjakan haji, niscaya mereka akan datang kepadamu dengan berjalan kaki, dan mengendarai unta yang kurus yang datang dari segenap penjuru yang jauh,

 

وَأَذِّن فِي النّاسِ بِالحَجِّ

Dan serulah kepada manusia untuk mengerjakan haji,

Dan Nabi Ibrahim disuruh untuk mengajak manusia mengerjakan haji di Kaabah.

Tentulah secara logiknya seruan Nabi Ibrahim itu tidak akan sampai ke seluruh manusia tetapi Allah lah yang akan sampaikan seruan itu ke dalam hati-hati manusia.

Menurut suatu pendapat, Nabi Ibrahim berkata, “Wahai Tuhanku, bagaimanakah aku menyampaikan seruan itu kepada manusia, sedangkan suara aku tidak dapat mencapai mereka?” Allah Swt. berfirman, “Berserulah kamu, dan Akulah yang menyampaikannya.” Maka Ibrahim berdiri di maqamnya.

Dan menurut pendapat yang lainnya lagi, bahawa Ibrahim menaiki bukit Abu Qubais, lalu berseru, “Hai manusia, sesungguhnya Tuhan kalian telah membuat sebuah rumah (Baitullah), maka berhajilah (berziarahlah) kalian kepadanya.”

Oleh kerana itu kita kena ingat bahawa seruan untuk mengerjakan haji ini mula-mula dilakukan oleh Nabi Ibrahim dan dikekalkan di dalam Qur’an dan kerana seruan dari Nabi Ibrahim itulah yang menyebabkan musyrikin Mekah masih kenal lagi dengan amalan haji dan tawaf.

 

يَأتوكَ رِجالً

niscaya mereka akan datang kepadamu dengan berjalan kaki, 

Allah memberitahu bagusnya ibadat haji dan Allah memberitahu pasti manusia akan datang berjalan kaki ke Mekah itu.

 

وَعَلىٰ كُلِّ ضامِرٍ

dan mengendarai unta yang kurus 

Dan manusia akan datang di atas kenderaan yang kurus kerana perjalanan itu jauh dan walaupun mereka naik unta yang gemuk di awal perjalanan tetapi apabila sampai ke Mekah, ia sudah kurus.

 

يَأتينَ مِن كُلِّ فَجٍّ عَميقٍ

yang datang dari segenap penjuru yang jauh,

Yang dimaksud dengan kata فَجٍّ ialah jalan atau penjuru. Manusia pasti akan datang dari setiap penjuru bumi ini dan kerana itu apabila kita ke Mekah mengerjakan haji kita akan lihat berjenis-jenis manusia dari segala tempat.

Kalimah عَميقٍ ertinya jauh, menurut Mujahid, Ata, As-Saddi, Qatadah, Muqatil ibnu Hayyan, dan As-Sauri serta lain-lainnya yang bukan hanya seorang.

Bayangkan iklan yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim ini yang sampai sekarang. Iklan itu berterusan dan mendapat sambutan sampaikan kalau kita hendak pergi mengerjakan haji sekarang bukan mudah kerana kena menunggu susunan masa kerana terlalu ramai manusia hendak datang. Maka tiada seorang pun yang memeluk agama Islam, melainkan hatinya rindu ingin melihat Ka’bah dan melakukan tawaf di sekelilingnya, kaum muslim dari segala penjuru dunia bertujuan untuk menziarahinya. Ada yang kena tunggu kuota 20 tahun baru dapat.

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya.


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

Mutiara al-Qur’an

About tafsirsunnah

Blog mentafsir Quran berdasarkan fahaman Sunnah dan salafussoleh.
This entry was posted in Surah 022: Hajj. Bookmark the permalink.

One Response to Tafsir Surah Hajj Ayat 24 – 27 (Seruan Haji diiklankan)

  1. Pingback: Tafsir Surah Hajj Ayat 24 – 27 (Seruan Haji diiklankan)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s