Tafsir Surah Hajj Ayat 16 – 18 (Langit dan bumi sujud kepada Allah)

Ayat 16: Allah telah beri dalil tentang agama ini. Maka kenalah belajar tafsir Qur’an.

وَكَذٰلِكَ أَنزَلنٰهُ ءآيٰتٍ بَيِّنٰتٍ وَأَنَّ اللهَ يَهدي مَن يُريدُ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And thus have We sent it [i.e., the Qur’ān] down as verses of clear evidence and because Allāh guides whom He intends.

(MELAYU)

Dan demikianlah Kami telah menurunkan Al Qur’an yang merupakan ayat-ayat yang nyata, dan bahawasanya Allah memberikan petunjuk kepada siapa yang Dia kehendaki.

 

وَكَذٰلِكَ أَنزَلنٰهُ ءآيٰتٍ بَيِّنٰتٍ

Dan demikianlah Kami telah menurunkan Al Qur’an yang merupakan ayat-ayat yang nyata,

Qur’an yang telah berikan kepada kita ini sebenarnya jelas nyata dan senang difahami. Iaitu kepada mereka yang mahu belajar dan mahu memahami. Kalau tak belajar, memanglah tidak faham.

 

وَأَنَّ اللهَ يَهدي مَن يُريدُ

dan bahawasanya Allah memberikan petunjuk kepada siapa yang Dia kehendaki.

Allah akan memberi hidayah kepada sesiapa yang Dia kehendaki yang boleh juga bermaksud yang Allah kehendaki; atau orang itu sendiri yang berkehendak. Kerana kalau orang itu berkehendak kepada agama, maka Allah akan bantu. Iaitu kepada mereka yang ada sifat inabah.


 

Ayat 17: Takhwif Ukhrawi.

إِنَّ الَّذينَ آمَنوا وَالَّذينَ هادوا وَالصّٰبِئينَ وَالنَّصٰرىٰ وَالمَجوسَ وَالَّذينَ أَشرَكوا إِنَّ اللهَ يَفصِلُ بَينَهُم يَومَ القِيٰمَةِ ۚ إِنَّ اللهَ عَلىٰ كُلِّ شَيءٍ شَهيدٌ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Indeed, those who have believed and those who were Jews and the Sabeans and the Christians and the Magians and those who associated with Allāh – Allāh will judge between them on the Day of Resurrection. Indeed Allāh is, over all things, Witness.

(MELAYU)

Sesungguhnya orang-orang yang beriman, orang-orang Yahudi, orang-orang Shaabi-iin orang-orang Nasrani, orang-orang Majusi dan orang-orang musyrik, Allah akan memberi keputusan di antara mereka pada hari kiamat. Sesungguhnya Allah menyaksikan segala sesuatu.

 

إِنَّ الَّذينَ آمَنوا

Sesungguhnya orang-orang yang beriman,

Iaitu mereka yang beriman dengan Allah SWT dan juga dengan Rasulullah SAW.

وَالَّذينَ هادوا

dan orang-orang Yahudi,

Orang yang berpegang dengan Nabi Musa dan juga dengan Kitab Taurab.

وَالصّٰبِئينَ

dan orang-orang Shaabi-iin 

Dalam Tafsir Jalalain disebut yang mereka ini adalah salah satu mazhab dari agama Yahudi. Ada juga yang mengatakan mereka ini adalah pemuja bintang-bintang.

وَالنَّصٰرىٰ

dan orang-orang Nasrani,

Yang beriman dengan Nabi Isa dan juga dengan Kitab Injil.

وَالمَجوسَ

dan orang-orang Majusi 

Banyak golongan yang disebut di dalam ayat ini. dan Majusi adalah orang yang menyembah api atau menyembah gambar atau selalu dikatakan sebagai golongan Zoroastrian.

 

وَالَّذينَ أَشرَكوا

dan orang-orang musyrik, 

Orang-orang yang syirik itu bukan bermaksud golongan musyrikin Mekah sahaja tetapi termasuk sekali dengan golongan-golongan agama lain yang mengamalkan syirik.

Allah sebut tentang golongan-golongan ini kerana inilah golongan yang akan sentiasa ada sampai kiamat.

 

إِنَّ اللهَ يَفصِلُ بَينَهُم يَومَ القِيٰمَةِ

Allah akan memberi keputusan di antara mereka pada hari kiamat.

Semua golongan-golongan itu jangan rasa yang mereka akan selamat kerana Allah akan buat penghakiman di akhirat kelak. Allah akan buat keputusan untuk mereka. Segala akidah dan amalan mereka akan diteliti. Jangan sangka yang mereka selamat lagi.

 

إِنَّ اللهَ عَلىٰ كُلِّ شَيءٍ شَهيدٌ

Sesungguhnya Allah menyaksikan segala sesuatu.

Allah taala maha menyaksikan segala perbuatan manusia. Oleh kerana itulah Allah boleh buat keputusan dengan tepat kerana segala maklumat di dalam tanganNya.


 

Ayat 18: Dalil aqli ke 2 dalam surah ini; kenapa Allah sahaja yang berhak disembah.

أَلَم تَرَ أَنَّ اللهَ يَسجُدُ لَهُ مَن فِي السَّمٰوٰتِ وَمَن فِي الأَرضِ وَالشَّمسُ وَالقَمَرُ وَالنُّجومُ وَالجِبالُ وَالشَّجَرُ وَالدَّوابُّ وَكَثيرٌ مِّنَ النّاسِ ۖ وَكَثيرٌ حَقَّ عَلَيهِ العَذابُ ۗ وَمَن يُهِنِ اللهُ فَما لَهُ مِن مُكرِمٍ ۚ إِنَّ اللهَ يَفعَلُ ما يَشاءُ ۩

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Do you not see [i.e., know] that to Allāh prostrates whoever is in the heavens and whoever is on the earth and the sun, the moon, the stars, the mountains, the trees, the moving creatures and many of the people? But upon many the punishment has been justified.¹ And he whom Allāh humiliates – for him there is no bestower of honor. Indeed, Allāh does what He wills.

  • And therefore decreed.

(MELAYU)

Apakah kamu tiada mengetahui, bahawa kepada Allah bersujud apa yang ada di langit, di bumi, matahari, bulan, bintang, gunung, pohon-pohonan, binatang-binatang yang melata dan sebagian besar daripada manusia? Dan banyak di antara manusia yang telah ditetapkan azab atasnya. Dan barangsiapa yang dihinakan Allah maka tidak seorangpun yang memuliakannya. Sesungguhnya Allah berbuat apa yang Dia kehendaki.

 

أَلَم تَرَ أَنَّ اللهَ يَسجُدُ لَهُ مَن فِي السَّمٰوٰتِ وَمَن فِي الأَرضِ

Apakah kamu tiada mengetahui, bahawa kepada Allah bersujud apa yang ada di langit, di bumi,

Tidakkah kamu lihat bagaimana semua yang di langit dan semua yang di bumi sujud kepada Allah? Apakah maksud ayat ini kerana kalau kita lihat kebanyakan daripada manusia tidak sujud kepada Allah pun?

Jadi kita kena faham bahawa diri kita ini terbahagi kepada physical dan metafizikal. Mungkin orang itu secara fizikalnya tidak tunduk kepada Allah tetapi metafizikalnya sujud iaitu taat kepada Allah kerana mereka mengikut arahan Allah. Sebagai contoh, jantungnya, paru-parunya, pembuluh darahnya dan sel-sel di dalam badannya tunduk dan sujud kepada Allah. Maksudnya mereka itu taat kepada Allah (sujud bermaksud taat patuh).

 

وَالشَّمسُ وَالقَمَرُ وَالنُّجومُ وَالجِبالُ وَالشَّجَرُ وَالدَّوابُّ

matahari, bulan, bintang, gunung, pohon-pohonan, binatang-binatang yang melata 

Segala makhluk itu tunduk sujud kepada Allah dengan cara mereka. Memang kita tidak nampak tapi sebenarnya mereka sentiasa taat kepada Allah.

Di dalam kitab Sahihain disebutkan melalui Abu Zar r.a. bahwa Rasulullah Saw. pernah bersabda kepadanya:

“أَتَدْرِي أَيْنَ تَذْهَبُ هَذِهِ الشَّمْسُ؟ “. قُلْتُ: اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَعْلَمُ. قَالَ: “فَإِنَّهَا تَذْهَبُ فَتَسْجُدُ تَحْتَ الْعَرْشِ، ثُمَّ تُسْتَأْمَرُ فَيُوشِكُ أَنْ يُقَالَ لَهَا: ارْجِعِي مِنْ حَيْثُ جِئْتِ”

“Tahukah kamu, ke manakah matahari ini pergi?” Abu Zar menjawab, “Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui.” Rasulullah Saw. bersabda, “Sesungguhnya matahari ini pergi dan bersujud di bawah Arasy, kemudian ia diperintahkan lagi (untuk terbit). Dan sudah dekat masanya akan diperintahkan kepadanya, “Kembalilah kamu dari arah kamu datang’ (yakni terbit dari arah barat).”

 

وَكَثيرٌ مِّنَ النّاسِ

dan sebagian besar daripada manusia?

Dan sebahagian besar manusia pun taat juga kepada Allah. Walaupun ramai yang tidak taat kepada Allah, tapi ada juga yang taat.

وَكَثيرٌ حَقَّ عَلَيهِ العَذابُ

Dan banyak di antara manusia yang telah ditetapkan azab atasnya. 

Tapi ada yang tidak taat dan kebanyakan daripada mereka itu telah ditetapkan azab untuk mereka kerana mereka tidak taat. Kerana mereka sombong untuk beriman dengan sempurna. Mereka itu tunggu mati sahaja untuk dikenakan dengan azab dalam kubur dan akhirnya nanti akan dimasukkan ke dalam neraka.

 

وَمَن يُهِنِ اللهُ فَما لَهُ مِن مُكرِمٍ

Dan barangsiapa yang dihinakan Allah maka tidak seorangpun yang memuliakannya. 

Allah lah yang memuliakan dan Allah yang menghinakan. Sesiapa yang masuk ke dalam neraka, mereka itu telah dihina-sehinanya. Tidak akan ada sesiapa pun yang dapat menyelamatkan mereka.

إِنَّ اللهَ يَفعَلُ ما يَشاءُ

Sesungguhnya Allah berbuat apa yang Dia kehendaki.

Kerana tidak ada sesiapa yang boleh halang kehendak dan perbuatan Allah. Kalau Allah telah takdirkan akan berlaku, ia tetap akan berlaku.

Ini adalah ayat Sajdah. Maka disunatkan untuk sujud di mana sahaja apabila kita baca ayat ini. Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a., bahwa Rasulullah Saw. pernah bersabda:

“إِذَا قَرَأَ ابنُ آدَمَ السَّجْدَةَ اعْتَزَلَ الشَّيْطَانُ يَبْكِي يَقُولُ: يَا وَيْلَهُ. أُمِرَ ابْنُ آدَمَ بِالسُّجُودِ فَسَجَدَ، فَلَهُ الْجَنَّةُ، وأمِرتُ بِالسُّجُودِ فأبيتُ، فَلِيَ النَّارُ”

Apabila anak Adam membaca ayat sajdah, maka setan menjauh seraya menangis dan mengatakan, “Celakalah (aku), anak Adam diperintahkan untuk bersujud, laiu ia bersujud, maka baginya surga. Sedangkan aku diperintahkan untuk sujud dan aku membangkang, maka bagiku neraka.” (Riwayat Muslim)

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya.


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

Mutiara al-Qur’an

About tafsirsunnah

Blog mentafsir Quran berdasarkan fahaman Sunnah dan salafussoleh.
This entry was posted in Surah 022: Hajj. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s