Tafsir Surah Hajj Ayat 12 – 15 (Marah kepada Rasulullah)

Ayat 12: Ayat zajrun ke 3. Teguran Allah kerana kebodohan manusia yang menyembah selainNya.

يَدعو مِن دونِ اللهِ ما لا يَضُرُّهُ وَما لا يَنفَعُهُ ۚ ذٰلِكَ هُوَ الضَّلٰلُ البَعيدُ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

He invokes instead of Allāh that which neither harms him nor benefits him. That is what is the extreme error.

(MELAYU)

Dia menyeru selain Allah, sesuatu yang tidak dapat memberi mudharat dan tidak (pula) memberi manfaat kepadanya. Yang demikian itu adalah kesesatan yang jauh.

 

يَدعو مِن دونِ اللهِ ما لا يَضُرُّهُ وَما لا يَنفَعُهُ

Dia menyeru selain Allah, sesuatu yang tidak dapat memberi mudharat dan tidak (pula) memberi manfaat kepadanya.

Allah mengutuk manusia yang menyeru kepada selain Allah dengan sesuatu yang tidak boleh memberi mudarat dan manfaat pun kepada mereka. Kalau ada manfaat atau kalau tak sembah dia akan beri mudharat, maka patutlah kalau nak sembah pun. Tapi kalau tidak ada segala itu, kenapa nak sembah?

Mereka inilah yang senang percaya kepada benda-benda yang karut seperti percaya kepada nombor-nombor bertuah, baju bertuah, hari bertuah dan sebagainya. Orang-orang sebeginilah juga yang takut kepada nombor empat, nombor 13 dan sebagainya. Orang-orang sebeginilah juga yang walaupun berpelajaran tinggi, tetapi masih percaya kepada tukang-tenung nasib dan orang yang baca tapak tangan untuk merenung nasib. Semua itu perkara karut sahaja. Malangnya orang Islam pun ada buat juga rupanya.

 

ذٰلِكَ هُوَ الضَّلٰلُ البَعيدُ

Yang demikian itu adalah kesesatan yang jauh.

Itu adalah sesat yang jauh. Jauh maksudnya susah nak diperbetulkan. Macam kita panggil orang yang jauh, kena jerit betul dan belum tentu dia boleh dengar lagi. Maka kena panggil berkali-kali.


 

Ayat 13: Ayat Zajrun ke 4.

يَدعو لَمَن ضَرُّهُ أَقرَبُ مِن نَّفعِهِ ۚ لَبِئسَ المَولىٰ وَلَبِئسَ العَشيرُ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

He invokes one whose harm is closer than his benefit – how wretched the protector and how wretched the associate.

(MELAYU)

Dia menyeru sesuatu yang sebenarnya mudharatnya lebih dekat dari manfaatnya. Sesungguhnya yang diserunya itu adalah sejahat-jahat kawan.

 

يَدعو لَمَن ضَرُّهُ أَقرَبُ مِن نَّفعِهِ

Dia menyeru sesuatu yang sebenarnya mudharatnya lebih dekat dari manfaatnya. 

Mereka yang musyrik itu sebenarnya menyeru sesuatu yang menyebabkan mudharat kepada mereka. Manfaat memang tak dapat langsung. Mereka nak perlindungan dan pertolongan dalam menyeru ilah lain tetapi yang mereka dapat sebenarnya adalah bahaya.

 

لَبِئسَ المَولىٰ وَلَبِئسَ العَشيرُ

Sesungguhnya yang diserunya itu adalah sejahat-jahat kawan.

Itu adalah kawan yang buruk. Kalimah العَشيرُ bermaksud seseorang yang duduk sekali dengan kita macam keluarga. Dan yang kita berinteraksi dengan mereka seperti isteri dan keluarga.

Yang mereka seru sebenarnya adalah syaitan dan syaitan itu rapat dengan mereka dah kerana mereka selalu ikut bisikan syaitan itu. Syaitan itu dah jadi seperti kawan atau keluarga mereka tapi syaitan adalah kawan atau keluarga yang buruk dan jahat sebenarnya.


 

Ayat 14: Ayat tabshir ukhrawi kepada mereka yang yakin dengan akidah tauhid dan mengamalkan amal soleh.

إِنَّ اللهَ يُدخِلُ الَّذينَ آمَنوا وَعَمِلُوا الصّٰلِحاتِ جَنّٰتٍ تَجري مِن تَحتِهَا الأَنهٰرُ ۚ إِنَّ اللهَ يَفعَلُ ما يُريدُ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Indeed, Allāh will admit those who believe and do righteous deeds to gardens beneath which rivers flow. Indeed, Allāh does what He intends.

(MELAYU)

Sesungguhnya Allah memasukkan orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal yang soleh ke dalam syurga-syurga yang di bawahnya mengalir sungai-sungai. Sesungguhnya Allah berbuat apa yang Dia kehendaki.

 

إِنَّ اللهَ يُدخِلُ الَّذينَ آمَنوا وَعَمِلُوا الصّٰلِحاتِ جَنّٰتٍ تَجري مِن تَحتِهَا الأَنهٰرُ

Sesungguhnya Allah memasukkan orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal yang soleh ke dalam syurga-syurga yang di bawahnya mengalir sungai-sungai.

Allah akan masukkan orang yang beriman dan beramal soleh ke dalam syurga. Mereka lahir dan hidup, kemudian mati dan kemudian akan dibangkitkan untuk hidup dalam syurga. Alangkah indahnya!

Tapi kena penuhi syaratlah:

  1. Kena beriman sempurna – tiada syirik
  2. Kena amal amalan yang soleh – tidak boleh amal amalan bidaah.

 

إِنَّ اللهَ يَفعَلُ ما يُريدُ

Sesungguhnya Allah berbuat apa yang Dia kehendaki.

Allah buat apa sahaja yang Dia berkehendak. Semuanya ikut kehendak Allah sahaja, keputusan di tangan Allah sahaja. Maka tidak boleh kita pertikaikan apakah yang dtentukan oleh Allah.


 

Ayat 15: Ayat Zajrun ke 5.

مَن كانَ يَظُنُّ أَن لَّن يَنصُرَهُ اللهُ فِي الدُّنيا وَالآخِرَةِ فَليَمدُد بِسَبَبٍ إِلَى السَّماءِ ثُمَّ ليَقطَع فَليَنظُر هَل يُذهِبَنَّ كَيدُهُ ما يَغيظُ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Whoever should think that Allāh will not support him [i.e., Prophet Muḥammad ()] in this world and the Hereafter – let him extend a rope to the ceiling, then cut off [his breath],¹ and let him see: will his effort remove that which enrages [him]?

  • i.e., strangle himself.

(MELAYU)

Barangsiapa yang menyangka bahawa Allah sekali-kali tiada menolongnya di dunia dan akhirat, maka hendaklah ia merentangkan tali ke langit, kemudian hendaklah ia memotongnya, kemudian hendaklah ia lihat apakah tipu dayanya itu dapat melenyapkan apa yang menyakitkan hatinya.

 

مَن كانَ يَظُنُّ أَن لَّن يَنصُرَهُ اللهُ فِي الدُّنيا وَالآخِرَةِ

Barangsiapa yang menyangka bahawa Allah sekali-kali tiada menolongnya di dunia dan akhirat,

Ada beberapa pendapat tentang maksud ayat ini kerana ayat ini tidak jelas kalau dibaca sahaja tanpa melihat perbincangan ulama tentangnya.

Untuk cuba memahaminya, kita boleh bayangkan seorang lelaki yang mahu menjaga agamanya dan berkhidmat untuk agamanya. Dia adalah seorang yang mahu memperbaiki dirinya tetapi mungkin dia tidak nampak tangga kejayaan. Mungkin dia rasa ilmunya tidak bertambah setelah sekian lama, ataupun dia tidak dapat rasa peningkatan rohani yang berlaku dalam dirinya. Mungkin dia ada cuba baca Qur’an dan cuba tadabbur Qur’an itu, tapi dia rasa tidak rasa apa-apa dari usahanya itu. Mungkin juga dia seorang yang cuba untuk berdakwah atau anjurkan program-program Islam tetapi sekian lama tidak berjaya. Dan dia sudah mula berasa putus asa. Jadi mungkin dia rasa Allah tidak akan membantunya di dunia dan kalau Allah tidak membantunya di dunia tentu Allah tidak membantunya di akhirat juga. Maka ayat ini adalah orang yang risau tentang keadaan itu.

 

فَليَمدُد بِسَبَبٍ إِلَى السَّماءِ

maka hendaklah ia merentangkan tali ke langit, 

Perumpamaan yang digunakan adalah ‘tali’. Dan tali yang dimaksudkan adalah ‘tali Allah’. Dan tali Allah itu bermaksud tali yang panjang; satu hujung dipegang oleh kita dan satu lagi dipegang oleh Allah. Kemudian Allah suruh panjatlah tali itu yang bermaksud: naik ke atas iaitu dengan memperbaiki diri.

 

ثُمَّ ليَقطَع فَليَنظُر

kemudian hendaklah ia memotongnya, kemudian hendaklah ia lihat

Dan kemudian Allah suruh putuskan tali itu. Tetapi tidakkah itu membahayakan diri?

 

هَل يُذهِبَنَّ كَيدُهُ ما يَغيظُ

apakah usahanya itu dapat melenyapkan apa yang menyakitkan hatinya?

Maksudnya, kalau mereka putuskan tali itu dan mereka jatuh ke bawah, adakah kerisauan yang dirasai pada mula-mula itu akan hilang? Tentu tidak hilang, kerana orang itu akan jadi lebih teruk lagi kerana dia telah memutuskan tali yang sepatutnya memberi harapan kepada dirinya. Jadi Allah hendak memberitahu yang jangan berputus asa. Teruskan buat apa yang perlu dilakukan. Ini adalah tafsiran pertama.

Tafsiran kedua bagi ayat ini adalah berkenaan manusia yang tidak yakin yang Allah akan menolongnya, maka dia telah berdoa kepada selain dari Allah. Dia menggunakan tawasul dalam berdoa atau dia minta terus kepada selain Allah.

Kemudian dia memasang tali ke bumbung rumahnya dan kemudian dia menjerut lehernya.

Adakah dengan membunuh dirinya dapat menghalang kemarahan kepada Allah kerana tidak menolongnya?

Begitulah Allah beri perumpamaan tentang orang yang jahil agama dan berharap kepada selain daripada Allah. Mereka menyeru kepada selain Allah kerana seolah-olah mereka tidak yakin yang Allah dapat menyelesaikan masalahnya. Macam dia marah pula kepada Allah kerana tidak memakbulkan doanya maka dia telah minta kepada selain Allah.

Tafsir ketiga: ia adalah kiasan kepada Arab Mekah yang marah kepada Allah kerana tolong Nabi Muhammad. Maka Allah suruh mereka ikat tali dan naik ke atas dan kemudian potong tali itu. Adakah ia dapat menghilangkan kemarahan mereka itu? Tentu tidak. Kerana Allah tetap akan tolong Rasulullah. Allah Swt. telah berfirman:

{إِنَّا لَنَنْصُرُ رُسُلَنَا وَالَّذِينَ آمَنُوا فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَيَوْمَ يَقُومُ الأشْهَادُ}

Sesungguhnya Kami menolong rasul-rasul Kami dan orang-orang yang beriman dalam kehidupan dunia dan pada hari berdirinya saksi-saksi (hari kiamat). (Al-Mu’min: 51)

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya.


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

Mutiara al-Qur’an

About tafsirsunnah

Blog mentafsir Quran berdasarkan fahaman Sunnah dan salafussoleh.
This entry was posted in Surah 022: Hajj. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s