Tafsir Surah Anbiya’ Ayat 97 – 101 (Kiamat dah dekat)

Ayat 97: Takhwif Ukhrawi sebagai penakutan untuk kita.

وَاقتَرَبَ الوَعدُ الحَقُّ فَإِذا هِيَ شٰخِصَةٌ أَبصٰرُ الَّذينَ كَفَروا يٰوَيلَنا قَد كُنّا في غَفلَةٍ مِّن هٰذا بَل كُنّا ظٰلِمينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And [when] the true promise [i.e., the resurrection] has approached; then suddenly the eyes of those who disbelieved will be staring [in horror, while they say], “O woe to us; we had been unmindful of this; rather, we were wrongdoers.”

(MELAYU)

Dan telah dekatlah kedatangan janji yang benar (hari berbangkit), maka tiba-tiba terbelalaklah mata orang-orang yang kafir. (Mereka berkata): “Aduhai, celakalah kami, sesungguhnya kami adalah dalam kelalaian tentang ini, bahkan kami adalah orang-orang yang zalim”.

 

وَاقتَرَبَ الوَعدُ الحَقُّ

Dan telah dekatlah kedatangan janji yang benar 

Allah henda memberitahu kita yang Kiamat yang dijanjikan itu sudah hampir. Janganlah leka lagi dengan dunia. Kerana dunia ini akan hancur tidak lama lagi. Kita sahaja yang rasa macam jauh, tapi sebenarnya tidak. Apabila Nabi Muhammad sudah diangkat menjadi Rasul, itu sudah tanda dekatnya Kiamat. Kerana baginda adalah Nabi terakhir dan tidak ada Nabi lagi selepas baginda, yang ada hanyalah Kiamat sahaja.

 

فَإِذا هِيَ شٰخِصَةٌ أَبصٰرُ الَّذينَ كَفَروا

maka tiba-tiba terbelalaklah mata orang-orang yang kafir.

Apabila sudah Kiamat nanti dan realiti Kiamat sudah ada di depan mata, maka waktu itu mata orang-orang yang kafir itu akan terbelalak kerana sangat-sangat takut. Tidak boleh nak berkelip dah mata mereka. Kerana perkara yang tolak dulu sekarang sudah ada depan mata. Dulu mereka tak kisah tentang kiamat, mereka buat main-main sahaja, nah sekarang nak lari ke mana?

 

يٰوَيلَنا قَد كُنّا في غَفلَةٍ مِّن هٰذا

(Mereka berkata): “Aduhai, celakalah kami, sesungguhnya kami adalah dalam kelalaian tentang ini,

Waktu itu mereka akan tersedar kesalahan mereka mereka akan menangisi nasib mereka. Mereka menyesal kerana mereka lalai tentang akhirat, tidak bersedia langsung. Maka mereka sendiri sudah tahu yang mereka akan jadi celaka, tak payah diberitahu lagi.

 

بَل كُنّا ظٰلِمينَ

bahkan kami adalah orang-orang yang zalim”.

dan mereka juga akan mengaku yang mereka dulunya orang-orang yang zalim. Zalim itu banyak perkara dan zalim yang paling besar adalah melakukan syirik kepada Allah. Semasa di dunia dulu, sudah ramai yang mengajak mereka kepada tauhid dan meninggalkan syirik, tapi mereka tak mahu dengar dan tak mahu ikut. Bila di akhirat baru nak mengaku, sudah terlambat.


 

Ayat 98: Waktu itu akan dikatakan kepada mereka.

إِنَّكُم وَما تَعبُدونَ مِن دونِ اللهِ حَصَبُ جَهَنَّمَ أَنتُم لَها وٰرِدونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Indeed, you [disbelievers] and what you worship other than Allāh are the firewood of Hell. You will be coming to [enter] it.

(MELAYU)

Sesungguhnya kamu dan apa yang kamu sembah selain Allah, adalah kayu api Jahannam, kamu pasti masuk ke dalamnya.

 

إِنَّكُم وَما تَعبُدونَ مِن دونِ اللهِ حَصَبُ جَهَنَّمَ

Sesungguhnya kamu dan apa yang kamu sembah selain Allah, adalah kayu api Jahannam, 

Ada berbagai jenis bahan bakar dan jenis حَصَبُ ini adalah dari jenis batu kerikil seperti batu arang yang digunakan sebagai bahan bakar (macam keretapi lama). Ibnu Abbas mengatakan yang dimaksud dengan حَصَبُ ialah bahan bakar yang menambah besar api Jahanam.

Allah beritahu yang disembah selain Allah itu akan dijadikan bahan bakar di neraka. Tapi tentulah ini bukanlah Nabi, wali dan malaikat yang disembah. Kerana Nabi, wali dan malaikat itu tidaklah bersalah walaupun mereka disembah puak musyrik. Ini adalah kerana mereka tidak pernah suruh diri mereka dipuja dan disembah.

Jadi حَصَبُ merujuk kepada benda-benda lain yang syaitan telah suruh manusia sembah seperti berhala, pokok dan sebagainya. Dan ada pendapat yang lebih kuat mengatakan yang dimaksudkan adalah syaitan yang akan jadi bahan bakar itu. Kerana syaitanlah yang menyuruh manusia untuk mensyirikkan Allah dan kerana itu mereka yang akan dijadikan bahan bakar di dalam neraka nanti, termasuk dengan manusia sekali. Maka حَصَبُ adalah manusia dan syaitan.

 

أَنتُم لَها وٰرِدونَ

kamu pasti masuk ke dalamnya.

Syaitan dan manusia syirik pasti akan dihumban ke dalam neraka itu. Tidak boleh nak lari lagi. Tidak ada sesiapa yang akan tolong untuk menyelamatkan mereka atau mengeluarkan mereka. Tidak ada hujah untuk mereka lagi pada waktu itu. Mereka tidak diberi peluang langsung.


 

Ayat 99:

لَو كانَ هٰؤُلاءِ آلِهَةً مّا وَرَدوها ۖ وَكُلٌّ فيها خٰلِدونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Had these [false deities] been [actual] gods, they would not have come to it, but all are eternal therein.

(MELAYU)

Andaikata ilah-ilah itu Tuhan, tentulah mereka tidak masuk neraka. Dan semuanya akan kekal di dalamnya.

 

لَو كانَ هٰؤُلاءِ آلِهَةً مّا وَرَدوها

Andaikata ilah-ilah itu Tuhan, tentulah mereka tidak masuk neraka.

Kalau yang disembah itu memang benar ilah yang sebenar, tentulah mereka tidak akan dimasukkan ke dalam neraka, bukan? Jadi ilah-ilah palsu yang mereka sembah itu bukanlah ilah dan langsung tidak dapat menyelamatkan mereka. Sudahlah tak dapat selamatkan, mereka sendiri akan masuk dalam neraka.

 

وَكُلٌّ فيها خٰلِدونَ

Dan semuanya akan kekal di dalamnya.

Tetapi mereka akan masuk dalam neraka dan akan kekal dalam neraka itu. Kekal dalam neraka bermaksud tidak ada peluang untuk keluar langsung. Kerana kalau manusia beriman dan tidak melakukan tauhid, tapi ada banyak dosa, mereka akan masuk ke dalam neraka juga, tapi tidak kekal. Mereka itu dikenali sebagai Jahannamiyyun.


 

Ayat 100:

لَهُم فيها زَفيرٌ وَهُم فيها لا يَسمَعونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

For them therein is heavy sighing, and they therein will not hear.

(MELAYU)

Mereka merintih di dalam api dan mereka di dalamnya tidak mendengar.

 

لَهُم فيها زَفيرٌ

Mereka merintih di dalam api

Kalimah زَفيرٌ adalah bunyi nafas yang keluar dari sesuatu yang amat menakutkan. Ia juga digunakan apabila kita meletakkan terlalu banyak beban di atas keldai sampai bunyi kedai itu akan merintih nyaring dan begitulah bunyi-bunyian yang akan didengari di neraka kelak. Ini amat menakutkan.

 

وَهُم فيها لا يَسمَعونَ

dan mereka di dalamnya tidak mendengar.

Ilah-ilah dan tuhan-tuhan palsu yang dijadikan sembahan oleh manusia itu akan berada di sebelah mereka sahaja, sama-sama kena azab. Mereka merinth meminta pertolongan tetapi walaubagaimana kuat pun jeritan minta tolong mereka itu tidak akan didengari.

Dan ia juga bermaksud, oleh kerana semua penghuni neraka akan berbunyi begitu dengan hiruk pikuknya maka tidak ada sesiapa pun yang mendengar mereka. Semua sibuk dengan hal masing-masing dan dengan seksaan yang dikenakan kepada diri mereka.


 

Ayat 101: Sekarang ayat tabshir pula sebagai perbezaan perbandingan.

إِنَّ الَّذينَ سَبَقَت لَهُم مِّنَّا الحُسنىٰ أُولٰئِكَ عَنها مُبعَدونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Indeed, those for whom the best [reward] has preceded from Us – they are from it far removed.

(MELAYU)

Bahawasanya orang-orang yang telah ada untuk mereka ketetapan yang baik dari Kami, mereka itu dijauhkan dari neraka,

 

إِنَّ الَّذينَ سَبَقَت لَهُم مِّنَّا الحُسنىٰ

Bahawasanya orang-orang yang telah ada untuk mereka ketetapan yang baik dari Kami, 

Ini adalah mereka yang telah melakukan banyak amal-amal kebaikan semasa mereka hidup dan seolah-olah mereka telah menghantar amal kebaikan mereka itu ke hadapan. Amalan mereka itu akan menunggu mereka di akhirat kelak.

Ataupun ia bermaksud orang-orang yang telah ditakdirkan oleh Allah yang akan menjadi ahli syurga iaitu mereka yang Allah beritahu kepada mereka untuk beramal dengan akidah tauhid dan beramal dengan amal-amal kebaikan dan mereka telah taat.

 

أُولٰئِكَ عَنها مُبعَدونَ

mereka itu dijauhkan dari neraka,

Mereka itu akan dijauhkan sejauh-jauhnya daripada neraka, sampaikan mereka tidak akan mendengar, menghidu ataupun melihat neraka langsung. Inilah yang kita hendak kerana kita tak sanggup nak tengok pun apa yang terjadi dalam neraka itu.

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya.


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

About tafsirsunnah

Blog mentafsir Quran berdasarkan fahaman Sunnah dan salafussoleh.
This entry was posted in Surah 021: Anbiya'. Bookmark the permalink.

One Response to Tafsir Surah Anbiya’ Ayat 97 – 101 (Kiamat dah dekat)

  1. Pingback: Tafsir Surah Anbiya’ Ayat 97 – 101 (Kiamat dah dekat)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s