Tafsir Surah Anbiya’ Ayat 102 – 105 (Bumi digulung macam skrol)

Ayat 102: Ayat Tabshir, berkenaan mereka yang masuk ke dalam syurga.

لا يَسمَعونَ حَسيسَها ۖ وَهُم في مَا اشتَهَت أَنفُسُهُم خٰلِدونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

They will not hear its sound, while they are, in that which their souls desire, abiding eternally.

(MELAYU)

mereka tidak mendengar sedikitpun suara api neraka, dan mereka kekal dalam menikmati apa yang diingini oleh mereka.

 

لا يَسمَعونَ حَسيسَها

mereka tidak mendengar sedikitpun suara api neraka, 

حَسيسَ adalah bunyi kebakaran kerana kalau api sedang membakar sesuatu, kita boleh dengar bunyi dia, bukan? Dan apa yang dibakar dalam api neraka? Manusia, jin dan yang berhala yang disembah seperti yang disebut dalam ayat sebelum ini.

Oleh itu, ahli syurga tidak dengar bunyi api neraka. Kerana kalau dengar, mereka pun tidak selesa kerana ianya amat menyayat hati. Sedangkan ahli syurga hanya menikmati nikmat sahaja. Maka mereka duduk di tempat yang tenang-tenang sahaja. Kita pun tak mahu nak dengar dan lihat neraka itu.

 

وَهُم في مَا اشتَهَت أَنفُسُهُم خٰلِدونَ

dan mereka kekal dalam menikmati apa yang diingini oleh mereka.

Ahli syurga berada pada tempat yang mereka boleh dapat apa sahaja yang mereka hendak dan mereka akan kekal di dalamnya. Itulah syurga. Apa sahaja yang terfikir di dalam hati mereka akan terus diberikan kepada mereka. Mereka juga akan kekal di dalam syurga itu. Oleh itu, mereka tidak rasa resah langsung. Tidak takut yang mereka kena tinggalkan syurga itu. Kerana kalau duduk di hotel paling mahal pun, kita tahu yang akhirnya kita kena keluar juga, bukan? Dan itu mengurangkan nikmat tinggal di hotel itu, bukan? Maka kalau sudah masuk ke dalam syurga, akan kekal selama-lamanya.


 

Ayat 103:

لا يَحزُنُهُمُ الفَزَعُ الأَكبَرُ وَتَتَلَقّٰهُمُ المَلائِكَةُ هٰذا يَومُكُمُ الَّذي كُنتُم توعَدونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

They will not be grieved by the greatest terror,¹ and the angels will meet them, [saying], “This is your Day which you have been promised” –

•The events of the Last Hour or of the Resurrection.

(MELAYU)

Mereka tidak disusahkan oleh kedahsyatan yang besar (pada hari kiamat), dan mereka disambut oleh para malaikat. (Malaikat berkata): “Inilah harimu yang telah dijanjikan kepadamu”.

 

لا يَحزُنُهُمُ الفَزَعُ الأَكبَرُ

Mereka tidak disusahkan oleh kedahsyatan yang besar 

Orang-orang mukmin akan diselamatkan daripada kacau-bilau semasa tiupan sangkakala yang pertama itu. Itulah waktu kiamat bermula dan itu adalah satu kejadian yang amat menakutkan, maka orang-orang mukmin akan diselamatkan daripada perkara itu. Ini adalah kerana tidak ada seorangpun orang mukmin ada semasa hari kiamat itu terjadi. Di dalam riwayat kita belajar bagaimana sebelum kiamat berlaku, ada angin yang akan mematikan semua orang mukmin dan kehidupan akan terus berjalan tetapi yang tinggal hanyalah orang-orang yang kafir sahaja.

Orang-orang kafir itu rasa suka kerana tidak ada lagi agama waktu itu tetapi Allah akan kenakan mereka dengan azab yang teruk iaitu mereka akan merasai kejadian kiamat yang amat-amat teruk.

 

وَتَتَلَقّٰهُمُ المَلائِكَةُ

dan mereka disambut oleh para malaikat.

Para malaikat akan datang untuk mengucapkan tahniah kepada orang mukmin ahli syurga itu dan mungkin malaikat-malaikat itulah yang mendampingi orang-orang mukmin itu semasa di dunia dahulu.

 

هٰذا يَومُكُمُ الَّذي كُنتُم توعَدونَ

(Malaikat berkata): “Inilah harimu yang telah dijanjikan kepadamu”.

Malaikat itu memuji dan memberi tahniah kepada ahli syurga itu dengan mengatakan “ini adalah hari kamu”. Inilah hari yang telah dijanjikan kepada kamu dulu semasa kamu hidup di dunia. Kamu percaya dengan janji itu dan kerana itu kamu jaga amalan kamu dan kamu buat persediaan untuk masuk ke dalam syurga ini.

Malaikat akan sambut ahli syurga itu dari masa mati mereka, semasa masuk kubur dan semasa di Mahsyar. Malaikat ini akan sambut kerana semua tempat-tempat itu adalah tempat baru bagi manusia. Dan kalau kita pergi ke tempat baru, kita pun risau, canggung dan tidak selesa, bukan? Tambah pula tentu kita akan takut. Maka malaikat akan sambut ahli syurga supaya mereka tak takut.


 

Ayat 104: Keadaan pada hari Kiamat nanti.

يَومَ نَطوِي السَّماءَ كَطَيِّ السِّجِلِّ لِلكُتُبِ ۚ كَما بَدَأنا أَوَّلَ خَلقٍ نُّعيدُهُ ۚ وَعدًا عَلَينا ۚ إِنّا كُنّا فٰعِلينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

The Day when We will fold the heaven like the folding of a [written] sheet for the records. As We began the first creation, We will repeat it. [That is] a promise binding upon Us. Indeed, We will do it.¹

•More literally, “Indeed, We are ever doers” of what We will.

(MELAYU)

(Iaitu) pada hari Kami gulung langit sebagai menggulung lembaran-lembaran kertas. Sebagaimana Kami telah memulai penciptaan pertama begitulah Kami akan mengulanginya. Itulah suatu janji yang pasti ke atas Kami; sesungguhnya Kamilah yang akan melaksanakannya.

 

يَومَ نَطوِي السَّماءَ كَطَيِّ السِّجِلِّ لِلكُتُبِ

(Iaitu) pada hari Kami gulung langit sebagai menggulung lembaran-lembaran kertas. 

Allah memberitahu bagaimana Dia akan menggulung langit itu sebagaimana skrol (lembaran kertas) digulung. Apabila seseorang telah selesai menulis di atas kertas, dia akan menggulung dan ikat skrol itu untuk disimpan. Begitulah perumpamaan Allah berikan berkenaan alam ini apabila tibanya Kiamat nanti. Ini adalah apabila terjadi tiupan sangkakala pertama.

Contoh skrol

 

كَما بَدَأنا أَوَّلَ خَلقٍ نُّعيدُهُ

Sebagaimana Kami telah memulai penciptaan pertama begitulah Kami akan mengulanginya. 

Apa-apa yang telah dicipta pada mula-mula kejadian dulu akan dikembalikan untuk hidup semula. Sebagaimana manusia diciptakan dalam keadaan telanjang bogel dan tanpa ada apa-apa, begitulah juga nanti mereka akan dibangkitkan.

قَالَ الْإِمَامُ أَحْمَدُ: حَدَّثَنَا وَكِيع وَابْنُ جَعْفَرٍ الْمَعْنَى، قَالَا : حَدَّثَنَا شُعْبَةُ، عَنِ الْمُغِيرَةِ بْنِ النُّعْمَانِ، عَنْ سَعِيدِ بْنِ جُبَيْر، عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ: قَامَ فِينَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِمَوْعِظَةٍ فَقَالَ: “إِنَّكُمْ مَحْشُورُونَ إِلَى اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ حُفَاةً عُرَاةً غُرْلا كَمَا بَدَأْنَا أَوَّلَ خَلْقٍ نُعِيدُهُ، وَعْدًا عَلَيْنَا إِنَّا كُنَّا فَاعِلِينَ”

Imam Ahmad mengatakan, telah menceritakan kepada kami Waki’, Abu Ja’far, dan Ubaidah Al-Ammi. Mereka mengatakan, telah menceritakan kepada kami Syu’bah, dari Al-Mugirah ibnun Nu’man, dari Sa’id ibnu Jubair, dari Ibnu Abbas yang mengatakan bahwa di suatu waktu Rasulullah Saw. berdiri di antara kami untuk menyampaikan nasihatnya kepada kami, lalu baginda Saw. bersabda: Sesungguhnya kalian akan digiring menghadap kepada Allah Swt. dalam keadaan tak beralas kaki, telanjang lagi tidak disunat, “Sebagaimana Kami telah memulai penciptaan pertama, begitulah Kami akan mengulanginya. Itulah suatu janji yang pasti Kami tepati; sesungguhnya Kamilah yang akan melaksanakannya.” 

 

وَعدًا عَلَينا

Itulah suatu janji yang pasti ke atas Kami; 

Ini adalah janji yang Allah telah kenakan keatas DiriNya.

 

إِنّا كُنّا فٰعِلينَ

sesungguhnya Kamilah yang akan melaksanakannya.

Dan apabila Allah berjanji, Dia akan tepati. Maksudnya memang Kiamat itu akan terjadi. Allah memang telah merancang untuk melakukan perkara ini sejak azali lagi dan ia bukanlah sesuatu keputusan yang baru dibuat oleh Allah.

Maka, kalau ianya pasti berlaku, maka tak boleh nak elak lagi. Cuma kena bersedia sahaja.


 

Ayat 105:

وَلَقَد كَتَبنا فِي الزَّبورِ مِن بَعدِ الذِّكرِ أَنَّ الأَرضَ يَرِثُها عِبادِيَ الصّٰلِحونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And We have already written in the book [of Psalms]¹ after the [previous] mention² that the land [of Paradise] is inherited by My righteous servants.

Az-Zabūr can also mean “scriptures” in general.

•i.e., the Torah. The “mention” may also refer to the original inscription with Allāh, i.e., the Preserved Slate (al-Lawḥ al-Maḥfūth).

(MELAYU)

Dan sungguh telah Kami tulis di dalam Zabur sesudah (Kami tulis dalam) al-Kitab, bahawasanya bumi ini dipusakai hamba-hamba-Ku yang saleh.

 

وَلَقَد كَتَبنا فِي الزَّبورِ

Dan sungguh telah Kami tulis di dalam Zabur

Kitab Zabur itu adalah Kitab yang diberikan kepada Nabi Daud a.s. Dalam istilah Kristian, ia dipanggil Psalm. Ia mengandungi peringatan-peringatan yang indah sebagai bacaan tetapi di dalamnya juga ada maklumat yang hendak disampaikan tentang akhirat.

 

مِن بَعدِ الذِّكرِ

sesudah (Kami tulis dalam) al-Kitab, 

Tapi ada juga pendapat lain yang mengatakan bahawa Zabur itu boleh merujuk kepada Kitab Zabur Nabi Daud atau ia boleh merujuk kepada semua kitab-kitab yang sebelum Qur’an (Taurat, Injil, Zabur, suhuf-suhuf dan lain-lain lagi yang kita tidak tahu).

Apakah yang dimaksudkan dengan al-Kitab itu? Ia boleh merujuk kepada Lauh Mahfuz atau Qur’an yang di Lauh Mahfuz. Maksudnya, maklumat yang ditulis ini adalah selepas Kitab-kitab itu ditulis di Lauh Mahfuz. Apakah maklumat yang hendak disampaikan?

 

أَنَّ الأَرضَ يَرِثُها عِبادِيَ الصّٰلِحونَ

bahawasanya bumi ini dipusakai hamba-hamba-Ku yang saleh.

Mujahid telah meriwayatkan dari Ibnu Abbas tentang firman-Nya: bahawasanya bumi ini dipusakai hamba-hamba-Ku yang saleh. (Al-Anbiya: 105 ) Bahawa yang dimaksud dengan ‘bumi’ ialah bumi syurga.

Allah tulis di dalam Zabur itu yang syurga itu akan diwarisi oleh orang-orang yang soleh. Kalau beramal soleh semasa di dunia, maka mereka akan dimasukkan ke dalam syurga. Jadi, bukanlah Qur’an sahaja memperkatakan perkara ini, tapi ada dalam kitab lain juga.

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya.


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

About tafsirsunnah

Blog mentafsir Quran berdasarkan fahaman Sunnah dan salafussoleh.
This entry was posted in Surah 021: Anbiya'. Bookmark the permalink.

One Response to Tafsir Surah Anbiya’ Ayat 102 – 105 (Bumi digulung macam skrol)

  1. Pingback: Tafsir Surah Anbiya’ Ayat 102 – 105 (Bumi digulung macam skrol)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s