Tafsir Surah Anbiya’ Ayat 91 – 96 (Ya’juj dan Ma’juj)

Ayat 91: Dalil Naqli lagi dan kali ini berkenaan kisah Maryam pula. Sebelum ini telah disebut kisah Nabi Zakariya. Demikianlah Allah menyebutkan kisah Maryam dan puteranya (iaitu Isa a.s.) secara bergandingan dengan kisah Zakariya dan anaknya (iaitu Yahya a.s.) Mula-mula Allah Swt. menyebutkan kisah Nabi Zakariya, lalu mengiringinya dengan kisah Maryam, kerana kedua kisah mempunyai kaitan yang rapat. Pertama, terlahirkan seorang anak dari pasangan yang sudah sangat lanjut usianya, sejak muda mereka belum punya anak. Dan yang kedua adalah kisah Maryam, kisahnya jauh lebih menghairankan dari kisah yang pertama, kerana dia melahirkan anak tanpa campur tangan lelaki, seperti yang telah diterangkan di dalam Surah Ali Imran dan Surah Maryam.

وَالَّتي أَحصَنَت فَرجَها فَنَفَخنا فيها مِن رّوحِنا وَجَعَلنٰها وَابنَها آيَةً لِّلعٰلَمينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And [mention] the one who guarded her chastity [i.e., Mary], so We blew into her [garment] through Our angel [i.e., Gabriel], and We made her and her son a sign for the worlds.

(MELAYU)

Dan (ingatlah kisah) seorang yang telah memelihara kehormatannya, lalu Kami tiupkan ke dalam (tubuh)nya ruh dari Kami dan Kami jadikan dia dan anaknya tanda (kekuasaan Allah) yang besar bagi semesta alam.

 

وَالَّتي أَحصَنَت فَرجَها

Dan (ingatlah kisah) seorang yang telah memelihara kehormatannya,

Ayat ini sekarang merujuk kepada Maryam yang ‘memelihara farajnya’ yang bermaksud memelihara kehormatannya. Maknanya beliau tidak pernah berzina. Allah bersihkan nama ibu Nabi Isa ini kerana dalam agama Kristian dan  Yahudi, ada fahaman yang mengatakan beliau berzina sampai menyebabkan lahirnya Nabi Isa a.s.

 

فَنَفَخنا فيها مِن رّوحِنا

lalu Kami tiupkan ke dalam (tubuh)nya ruh dari Kami

Telah ditiupkan ke dalam diri Maryam itu ‘roh dari Allah’ yang bermaksud roh yang dimiliki oleh Allah. Kerana roh itu adalah ciptaan Allah. Maka ianya kepunyaan Allah.

Jadi jangan kita tafsir sebagai ‘roh Allah’ pula. Apabila ditafsir sebagai ‘roh Allah’ lah yang menyebabkan kekeliruan manusia yang terlalu mengangkat darjat Nabi Isa.

 

وَجَعَلنٰها وَابنَها آيَةً لِّلعٰلَمينَ

dan Kami jadikan dia dan anaknya tanda (kekuasaan Allah) yang besar bagi semesta alam.

Dan Allah menjadikan Maryam dengan anaknya Nabi Isa sebagai tanda mukjizat kepada manusia keseluruhannya. Allah hendak tunjukkan bagaimana Qudrat Allah itu boleh melahirkan manusia tanpa ada bapa pun. Kerana kalau Allah nak jadikan sesuatu, ianya dengan semudah kalimah ‘kun’ sahaja.

Aalamin yang dimaksudkan adalah golongan jin dan manusia kerana merekalah yang dipertanggungjawabkan dengan tuntutan syariat agama.

Kisah Nabi Isa ini penting kerana padanya terdapat mukjizat semasa kelahirannya dan mukjizat semasa kematiannya kerana baginda akan turun semula ke dunia ini sebelum kiamat. Maknanya sekarang baginda tidak mati lagi dan ada di langit. Apabila baginda turun apabila dekat dengan kiamat, baginda akan memaklumkan kepada semua manusia tentang kebenaran Nabi Muhammad SAW. Jadi itu adalah satu perkara yang amat besar.


 

Ayat 92: Khulasah tentang ajaran agama.

إِنَّ هٰذِهِ أُمَّتُكُم أُمَّةً وٰحِدَةً وَأَناْ رَبُّكُم فَاعبُدونِ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Indeed this, your religion, is one religion,¹ and I am your Lord, so worship Me.

•i.e., a collective way of life or course of conduct followed by a community.

(MELAYU)

Sesungguhnya (agama Tauhid) ini adalah agama kamu semua; agama yang satu dan Aku adalah Tuhanmu, maka sembahlah Aku.

 

إِنَّ هٰذِهِ أُمَّتُكُم أُمَّةً وٰحِدَةً

Sesungguhnya (agama Tauhid) ini adalah agama kamu semua; agama yang satu

Selepas menyebut secara ringkas kisah-kisah para Nabi itu, maka Allah memberi rangkuman keseluruhan agama. Walaupun telah diceritakan dengan berbagai Rasul dan Nabi yang berlainan tempat tetapi Allah memberitahu bahawa kita semua adalah umat yang satu kerana mereka itu menyembah Tuhan yang satu dan berdoa kepada Allah yang sama juga. Maka kita ini semuanya adalah satu umat sahaja. Bukanlah ajaran tauhid mereka berlainan dengan ajaran tauhid yang Nabi Muhammad SAW sampaikan. Maka kembalilah kepada ajaran tauhid itu.

 

وَأَناْ رَبُّكُم فَاعبُدونِ

dan Aku adalah Tuhanmu, maka sembahlah Aku.

Maka sebagai satu ummah, maka kita kena terima yang Allah itu adalah Tuhan kita dan kita bersama-sama menghambakan diri kepadaNya sahaja. Jangan hambakan diri kepada selain Allah, jangan sembah kepada selain Allah dan jangan seru doa kepada selain Allah (jangan tawasul).


 

Ayat 93: Sepatutnya semua umat manusia bersatu atas satu ajaran tauhid. Tapi apa yang terjadi?

وَتَقَطَّعوا أَمرَهُم بَينَهُم ۖ كُلٌّ إِلَينا رٰجِعونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And [yet] they divided their affair [i.e., that of their religion] among themselves,¹ [but] all to Us will return.

•Becoming sects and denominations.

(MELAYU)

Dan mereka telah memotong-motong urusan (agama) mereka di antara mereka. Kepada Kamilah masing-masing golongan itu akan kembali.

 

وَتَقَطَّعوا أَمرَهُم بَينَهُم

Dan mereka telah memotong-motong urusan (agama) mereka di antara mereka. 

Allah menegur manusia yang membeza-bezakan agama seperti mana yang kebanyakan daripada manusia lakukan. Mereka salah sangka yang para Nabi itu bawa agama yang baru sedangkan semuanya bawa ajaran tauhid yang sama. Semua sekali adalah beragama Islam.

Kemudian dalam agama pula dipecah-pecahkan kumpulan kepada mazhab-mazhab dan kumpulan tertentu – ada kumpulan Katolik, Protestan dan sebagainya. Dalam agama Yahudi pun begitu juga. Dan malangnya dalam agama Islam pun ada banyak kumpulan. Mereka membezakan antara satu sama lain – ada golongan sufi, syiah, salafi, aswaja dan macam-macam lagi.

Dan ada juga mereka yang memilih-milih bahagian agama yang mereka hendak fokus. Sebagai contoh ada yang pilih Tasauf ada yang pilih tumpukan perhatian kepada jenis feqah sahaja dan ada yang pilih akidah sahaja. Mereka tumpukan satu bahagian sahaja tanpa melihat agama ini secara keseluruhan.

Dan Allah menegur manusia yang mahu bezakan diri mereka dan bandingkan diri mereka dengan kumpulan-kumpulan yang lain. Malangnya selepas itu mereka telah melebihi-lebihkan diri mereka dan kumpulan mereka dari kumpulan yang lain. Mereka rasa mereka lebih hebat dan lebih benar.

Berada di dalam kumpulan tertentu pada asalnya tidaklah salah tetapi apabila taksub dengan kumpulan itu sampai benci kepada kumpulan yang lain dan sampai rasa yang kumpulannya itu sentiasa sahaja betul, maka itu sudah ada masalah.

 

كُلٌّ إِلَينا رٰجِعونَ

Kepada Kamilah masing-masing golongan itu akan kembali.

Mereka bandingkan dan bezakan tapi mereka lupa yang mereka semua tidak terlepas akan kembali kepada Allah. Di hadapan Allah nanti mereka kena jawap kenapa mereka membeza-bezakan.


 

Ayat 94:

فَمَن يَعمَل مِنَ الصّٰلِحاتِ وَهُوَ مُؤمِنٌ فَلا كُفرانَ لِسَعيِهِ وَإِنّا لَهُ كٰتِبونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

So whoever does righteous deeds while he is a believer – no denial will there be for his effort,¹ and indeed We [i.e., Our angels], of it, are recorders.

•Such a person will not be deprived of his due reward.

(MELAYU)

Maka barang siapa yang mengerjakan amal saleh, sedang ia beriman, maka tidak ada pengingkaran terhadap amalannya itu dan sesungguhnya Kami menuliskan amalannya itu untuknya.

 

فَمَن يَعمَل مِنَ الصّٰلِحاتِ

Maka barang siapa yang mengerjakan amal saleh,

Amal-amal yang soleh itu tidak terhad kepada amal-amal ibadat tertentu sahaja asalkan ianya baik dan ada sandaran dari sunnah. Pastikan ianya adalah amalan sunnah, bukan amalan bidaah.

 

وَهُوَ مُؤمِنٌ

sedang ia beriman, 

Satu syarat yang paling utama adalah orang itu hendaklah beriman yang sempurna. Iman sempurna adalah iman tanpa syirik. Kerana ada orang yang beriman dengan Allah dan perkara yang perlu diimani, tapi dalam masa yang sama, ada pula iman kepada perkara yang salah. Sebagai contoh, mereka percaya yang ada makhluk lain yang boleh mendengar doa kita walaupun mereka sudah mati. Ini adalah fahaman syirik. Untuk tahu, kenalah belajar tafsir Qur’an sampai habis.

 

فَلا كُفرانَ لِسَعيِهِ

maka tidak ada pengingkaran terhadap amalannya itu

Maksudnya, kalau cukup syarat (amal soleh dan tidak ada syirik), maka amalan mereka itu diterima. Kalau salah satu tak lengkap, maka amalan itu tertolak.

Maksud tidak ada pengingkaran adalah: amalan mereka itu diterima.

وَإِنّا لَهُ كٰتِبونَ

dan sesungguhnya Kami menuliskan amalannya itu untuknya.

Allah memberitahu yang dia menulis segala apa yang dilakukan oleh manusia dari amalan-amalan soleh itu yang bermakna Allah akan membalasnya. Tidak ada yang tidak dihargai usaha mereka. Semuanya akan dibalas sekurang-kurangnya sepuluh kali ganda.


 

Ayat 95:

وَحَرٰمٌ عَلىٰ قَريَةٍ أَهلَكنٰها أَنَّهُم لا يَرجِعونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And it is prohibited to [the people of] a city which We have destroyed that they will [ever] return¹

•They cannot return to this world, nor can they repent to Allāh.

(MELAYU)

Sungguh tidak mungkin atas (penduduk) suatu negeri yang telah Kami binasakan, bahawa mereka tidak akan kembali (kepada Kami).

 

Maksud ayat ini adalah puak-puak yang telah dimusnahkan kerana engkar kepada Allah dan Rasul mereka. Maka haram dan tidak mungkin mereka kembali lagi ke dunia ini untuk melakukan kebaikan. Banyak ayat-ayat dalam Qur’an menceritakan bagaimana mereka yang engkar itu merayu untuk pulang ke dunia untuk beriman dan mengerjakan kebaikan. Tapi semua doa mereka itu hampa belaka kerana telah diharamkan untuk kembli ke dunia. Dunia pun sudah hancur, nak kembali ke mana?

Atau ayat ini bermaksud, haram untuk mereka dapat beriman. Iaitu kepada mereka yang akan dibinasakan. Mereka tidak akan meninggalkan syirik. Kerana hati mereka telah ditutup oleh Allah. Kerana mereka telah banyak menentang ajaran tauhid dan akhirnya Allah buat keputusan yang mereka akan dimatikan dalam kufur.

Allah sedang berkata kepada puak Quraisy yang sedang menentang Rasulullah yang mereka itu masih ada peluang lagi kerana mereka belum dihancurkan. Maka hendaklah mereka mengambil peluang itu dan jangan sia-siakan.


 

Ayat 96:

حَتّىٰ إِذا فُتِحَت يَأجوجُ وَمَأجوجُ وَهُم مِّن كُلِّ حَدَبٍ يَنسِلونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Until when [the dam of] Gog and Magog has been opened and they, from every elevation, descend

(MELAYU)

Hingga apabila dibukakan (tembok) Ya’juj dan Ma’juj, dan mereka turun dengan cepat dari seluruh tempat yang tinggi.

 

حَتّىٰ إِذا فُتِحَت يَأجوجُ وَمَأجوجُ

Hingga apabila dibukakan (tembok) Ya’juj dan Ma’juj,

Ini adalah salah satu daripada tanda-tanda kiamat yang telah diberitahu kepada kita melalui hadis. Ya’juj dan Ma’juj ini adalah satu kaum yang ganas. Mereka sekarang sedang terkepung dalam kepungan besi yang telah dibuat oleh Dzulkarnain. Kisah mereka ini dalam Surah Kahfi. Sampai masanya nanti, mereka akan keluar dari tempat mereka dan mereka akan bermaharajalela menyerang dan membunuh manusia. Ini sesuai dengan firman-Nya:

{هَذَا رَحْمَةٌ مِنْ رَبِّي فَإِذَا جَاءَ وَعْدُ رَبِّي جَعَلَهُ دَكَّاءَ وَكَانَ وَعْدُ رَبِّي حَقًّا. وَتَرَكْنَا بَعْضَهُمْ يَوْمَئِذٍ يَمُوجُ فِي بَعْضٍ وَنُفِخَ فِي الصُّورِ فَجَمَعْنَاهُمْ جَمْعًا}

Dinding ini adalah rahmat dari Tuhanku, maka apabila sudah datang janji Tuhanku, Dia akan menjadikannya hancur luluh; dan janji Tuhanku itu adalah benar. Kami biarkan mereka di hari itu bercampur aduk antara satu dengan yang lain. (Al-Kahfi: 98-99), hingga akhir ayat.

 

وَهُم مِّن كُلِّ حَدَبٍ يَنسِلونَ

dan mereka turun dengan cepat dari seluruh tempat yang tinggi.

حَدَبٍ adalah dalah tempat yang tinggi dan kalimah يَنسِلونَ bermaksud lari menurun dari tempat yang tinggi. Maksudnya mereka akan bergerak dengan laju dan manusia tidak boleh buat apa untuk mempertahankan diri.

Golongan Yakjuj dan Makjuj disebut di dalam surah ini dan ada juga disebut di dalam surah surah yang lain. Siapakah mereka menjadi satu perbincangan yang hebat di dalam kalangan umat Islam dari dulu sampai sekarang. Sebenarnya kita boleh lihat bagaimana tafsiran ulama berkenaan mereka ini berubah mengikut zaman. Golongan ulama-ulama yang terdahulu tidak berani untuk memberitahu dengan spesifik siapakah golongan Yakjuj dan Makjuj ini tetapi golongan yang kemudian mula membuka minda mereka untuk menunjuk kepada sesuatu kaum.

Antara pendapat moden tentang mereka ini adalah merujuk kepada bangsa Eropah kerana mereka itu datang daripada tempat yang tinggi dan mereka datang menakluk negara-negara yang mundur dan kaum dan mereka telah memakan hasil dari negara-negara mundur itu.

Kita tidak tahu dengan pasti bagaimanakah pemahaman yang sebenarnya tetapi kita hendak memberitahu bagaimana penafsiran sesuatu ayat itu berubah mengikut zaman. Maknanya persekitaran semasa sedikit sebanyak memberi warna kepada tafsiran kita kepada Qur’an. Tambahan pula akal manusia berlainan tahap dan berlainan jenis. Maka kerana itu tafsiran ulama berbeza-beza. Kita pilihlah mana yang sesuai dan rapat dengan dalil yang ada.

Yakjuj dan Makjuj itu akan turun dari tempat-tempat yang tinggi dan mereka akan membunuh mana-mana sahaja manusia yang mereka jumpa. Di dalam kitab tafsir disebut bahawa yang selamat hanyalah mereka yang duduk di dalam masjid sahaja.

Pada pendapat kita, perkara ini lambat lagi terjadi. Dalam riwayat disebut bagaimana mereka itu akan keluar apabila matahari naik dari barat sampai tengahari dan turun balik ke barat. Dari mula kejadian itu sebagai alamat terakhir, kiamat akan berlaku 120 tahun selepas itu. Waktu matahari naik daripada sebelah barat dan sebelum turun itu adalah waktu terakhir untuk bertaubat. Maknanya taubat selepas itu tidak akan diterima selama 120 tahun. Dan kiamat akan berlaku kepada orang-orang yang tidak beriman. Semoga kita diselamatkan dari keadaan itu. Kerana ianya amat menakutkan.

Kisah Ya’juj dan Ma’juj diketahui dari banyak hadis. Antaranya:

قَالَ [الْإِمَامُ] أَحْمَدُ أَيْضًا: حَدَّثَنَا الْوَلِيدُ بْنُ مُسْلِمٍ أَبُو الْعَبَّاسِ الدِّمَشْقِيُّ، حَدَّثَنَا عَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنُ يَزِيدَ بْنِ جَابِرٍ، حَدَّثَنِي يَحْيَى بْنُ جَابِرٍ الطَّائِيُّ -قَاضِي حِمْصَ-حَدَّثَنِي عَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنُ جُبَير بْنِ نُفَير الْحَضْرَمِيُّ، عَنِ أَبِيهِ، أَنَّهُ سَمِعَ النَّوّاس بْنَ سمْعانَ الْكِلَابِيَّ قَالَ: ذَكَرَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الدَّجَّالَ ذَاتَ غَداة، فخَفَض فِيهِ ورَفَع، حَتَّى ظَنَنَّاهُ فِي طَائِفَةِ النَّخْلِ، [فَلَمَّا رُحْنَا إِلَيْهِ عَرَفَ ذَلِكَ فِي وُجُوهِنَا، فَسَأَلْنَاهُ فَقُلْنَا: يَا رَسُولَ اللَّهِ، ذَكَرْتَ الدَّجَّالَ الْغَدَاةَ، فَخَفَّضْتَ فِيهِ وَرَفَّعْتَ حَتَّى ظَنَنَّاهُ فِي طَائِفَةِ النَّخْلِ]. فَقَالَ: “غَيْرُ الدَّجَّالِ أخْوَفُني عَلَيْكُمْ، فَإِنْ يَخْرُجْ وَأَنَا فِيكُمْ فَأَنَا حَجِيجُه دُونَكُمْ، وَإِنْ يَخْرُجْ وَلَسْتُ فِيكُمْ فَامْرُؤٌ حَجِيجُ نَفْسِهِ، وَاللَّهُ خَلِيفَتِي عَلَى كُلِّ مُسْلِمٍ: إنه شاب جَعْدُ قَطَط عينه طَافِيَةٌ، وَإِنَّهُ يَخْرُجُ خَلَةَ بَيْنَ الشَّامِ وَالْعِرَاقِ، فَعَاثَ يَمِينًا وَشِمَالًا يَا عِبَادَ اللَّهِ اثْبُتُوا”. قُلْنَا: يَا رَسُولَ اللَّهِ، مَا لُبْثُهُ فِي الْأَرْضِ؟ قَالَ: “أَرْبَعِينَ يَوْمًا، يَوْمٌ كَسَنَةٍ، وَيَوْمٌ كَشَهْرٍ، وَيَوْمٌ كَجُمُعَةٍ، وَسَائِرُ أَيَّامِهِ كَأَيَّامِكُمْ”.قُلْنَا: يَا رَسُولَ اللَّهِ، فَذَاكَ الْيَوْمُ الَّذِي هُوَ كَسَنَةٍ، أَتَكْفِينَا فِيهِ صَلَاةُ يَوْمٍ وَلَيْلَةٍ؟ قَالَ: “لَا اقْدِرُوا لَهُ قَدْرَهُ”.قُلْنَا: يَا رَسُولَ اللَّهِ، فَمَا إِسْرَاعُهُ فِي الْأَرْضِ؟ قَالَ: “كَالْغَيْثِ اسْتَدْبَرَتْهُ الرِّيحُ”. قَالَ: “فَيَمُرُّ بِالْحَيِّ فَيَدْعُوهُمْ فَيَسْتَجِيبُونَ لَهُ، فَيَأْمُرُ السَّمَاءَ فَتُمْطِرُ، وَالْأَرْضَ فَتُنْبِتُ، وَتَرُوحُ عَلَيْهِمْ سَارِحَتُهُمْ وَهِيَ أَطْوَلُ مَا كَانَتْ ذُرَى، وَأَمَدُّهُ خَوَاصِرَ، وَأَسْبَغُهُ ضُرُوعًا. وَيَمُرُّ بِالْحَيِّ فَيَدْعُوهُمْ فَيَرُدُّونَ عَلَيْهِ قولَه، فَتَتْبَعُهُ أَمْوَالُهُمْ، فَيُصْبِحُونَ مُمْحلين، لَيْسَ لَهُمْ مِنْ أَمْوَالِهِمْ. وَيَمُرُّ بالخَربة فَيَقُولُ لَهَا: أَخْرِجِي كُنُوزَكِ، فَتَتْبَعُهُ كُنُوزُهَا كَيَعَاسِيبِ النَّحْلِ”. قَالَ: “وَيَأْمُرُ بِرَجُلٍ فيُقتَل، فَيَضْرِبُهُ بِالسَّيْفِ فَيَقْطَعُهُ جَزْلتين رَمْيَةَ الغَرَض، ثُمَّ يَدْعُوهُ فَيُقْبِلُ إِلَيْهِ [يَتَهَلَّلُ وَجْهُهُ]. فَبَيْنَمَا هُمْ عَلَى ذَلِكَ، إِذْ بَعَثَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ الْمَسِيحَ ابْنَ مَرْيَمَ، فَيَنْزِلُ عِنْدَ الْمَنَارَةِ الْبَيْضَاءِ، شَرْقِيَّ دِمَشْقَ، بَيْنَ مَهْرُودَتَين وَاضِعًا يَدَه عَلَى أَجْنِحَةِ مَلَكين، فَيَتْبَعُهُ فَيُدْرِكُهُ، فَيَقْتُلُهُ عِنْدَ بَابِ لُدّ الشَّرْقِيِّ”. قَالَ: “فَبَيْنَمَا هُمْ كَذَلِكَ، إِذْ أَوْحَى اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ إِلَى عِيسَى ابْنِ مَرْيَمَ: أَنِّي قَدْ أَخْرَجْتُ عِبَادًا مِنْ عِبَادِي لَا يَدَانِ لَكَ بِقِتَالِهِمْ، فَحَوّز عِبَادِي إِلَى الطُّورِ، فَيَبْعَثُ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ يَأْجُوجَ وَمَأْجُوجَ، وَهُمْ كَمَا قَالَ اللَّهُ: {مِنْ كُلِّ حَدَبٍ يَنْسِلُونَ} فَيَرْغَبُ عِيسَى وَأَصْحَابُهُ إِلَى اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ، فَيُرْسِلُ اللَّهُ عَلَيْهِمْ نَغَفًا فِي رِقَابِهِمْ، فَيُصْبِحُونَ فَرْسى، كَمَوْتِ نَفْسٍ وَاحِدَةٍ. فَيَهْبِطُ عِيسَى وَأَصْحَابُهُ، فَلَا يَجِدُونَ فِي الْأَرْضِ بَيْتًا إِلَّا قَدْ مَلَأَهُ زَهَمُهم ونَتْنهُم، فَيَرْغَبُ عِيسَى وَأَصْحَابُهُ إِلَى اللَّهِ، فَيُرْسِلُ عَلَيْهِمْ طَيْرًا كَأَعْنَاقِ البُخْت، فَتَحْمِلُهُمْ فَتَطْرَحُهُمْ حَيْثُ شَاءَ اللَّهُ”.

قَالَ ابْنُ جَابِرٍ فَحَدَّثَنِي عَطَاءُ بْنُ يَزِيدَ السَّكْسَكيّ، عَنْ كَعْبٍ -أَوْ غَيْرِهِ-قَالَ: فَتَطْرَحُهُمْ بالمَهْبِل. [قَالَ ابْنُ جَابِرٍ: فَقُلْتُ: يَا أَبَا يَزِيدَ، وَأَيْنَ المَهْبِل؟] ، قَالَ: مَطْلَعُ الشَّمْسِ.

قَالَ: “وَيُرْسِلُ اللَّهُ مَطَرًا لَا يَكُنَّ مِنْهُ بَيْتُ مَدَر وَلَا وَبَر أَرْبَعِينَ يَوْمًا، فَيَغْسِلُ الْأَرْضَ حَتَّى يَتْرُكَهَا كالزّلَقَةِ، وَيُقَالُ لِلْأَرْضِ: أَنْبِتِي ثَمَرَتَكِ، ورُدي بَرَكَتَكِ”. قَالَ: “فَيَوْمَئِذٍ يَأْكُلُ النَّفَرُ مِنَ الرُّمَّانَةِ وَيَسْتَظِلُّونَ بقحْفها، ويُبَارك فِي الرَسْل، حَتَّى إِنَّ اللَّقْحَةَ مِنَ الْإِبِلِ لَتَكْفِي الفِئَامَ مِنَ النَّاسِ، وَاللَّقْحَةَ مِنَ الْبَقَرِ تَكْفِي الْفَخِذَ، وَالشَّاةَ مِنَ الْغَنَمِ تَكْفِي أَهْلَ الْبَيْتِ”. قَالَ: “فَبَيْنَمَا هُمْ عَلَى ذَلِكَ (، إِذْ بَعَثَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ رِيحًا طَيِّبَةً تَحْتَ آبَاطِهِمْ، فَتَقْبِضُ رُوحَ كُلِّ مُسْلِمٍ -أَوْ قَالَ: كُلِّ مُؤْمِنٍ-وَيَبْقَى شِرَارُ النَّاسِ يَتَهَارَجُونَ تَهَارُجَ الْحَمِيرِ، وَعَلَيْهِمْ تَقُومُ السَّاعَةُ”.

Imam Ahmad telah mengatakan pula, telah menceritakan kepada kami Al-Walid ibnu Muslim, Abul Abbas Ad-Dimasyqi, telah menceritakan kepada kami Abdur Rahman ibnu Yazid ibnu Jabir, telah menceritakan kepadaku Yahya ibnu Jabir At-Ta-i (kadi Himsa), telah menceritakan kepadaku Abdur Rahman ibnu Jubair ibnu Nafir Al-Hadrami, dari ayahnya; ia mendengar An-Nawwas ibnu Sam’an Al-Kalabi mengatakan bahwa pada suatu siang hari Rasulullah Saw. menceritakan tentang Dajjal dengan suara yang terdengar adakalanya rendah dan adakalanya keras, sehingga kami menduga beliau berada di dalam kebun kurma. Nabi Saw. bersabda, “Bukan Dajjal yang aku khawatirkan akan memudaratkan kalian. Karenajika Dajjal muncul, sedangkan aku masih berada di antara kalian, maka akulah yang akan menghadapinya, bukan kalian. Jika dia muncul, sedangkan saya tidak lagi berada di antara kalian, maka setiap orang muslim wajib membela dirinya, dan Allah-lah yang menjaga setiap orang muslim sepeninggalku. Sesungguhnya Dajjal adalah seorang yang berusia muda, berambut keriting, dengan bola mata yang menonjol. Dan sesungguhnya pasukan berkudanya memenuhi kawasan antara negeri Syam dan Irak, lalu menyebar ke segala penjuru. Hai hamba-hamba Allah, berpendirian teguhlah kalian.” Kami bertanya, “Wahai Rasulullah, berapa lamakah Dajjal tinggal di bumi?” Rasulullah Saw. menjawab, “Empat puluh hari; sehari ada yang lamanya sama dengan satu tahun, sehari ada yang lamanya sama dengan satu bulan, sehari ada yang lamanya sama dengan satu minggu, sedangkan hari-hari lainnya sama dengan hari-hari kalian sekarang ini.” Kami bertanya, “Wahai Rasulullah, tentang sehari yang lamanya sama dengan satu tahun, apakah cukup bagi kita mengerjakan salat sehari semalam di dalamnya?” Rasulullah Saw. bersabda, “Tidak boleh, tetapi tentukanlah perhitungan waktunya oleh kalian.” Kami bertanya, “Wahai Rasulullah, bagaimanakah kecepatan perjalanan Dajjal (dan pasukannya) di muka bumi ?” Rasulullah Saw. bersabda, “Seperti hujan yang diiringi dengan angin besar. Lalu melewati suatu kampung, maka Dajjal dan bala tentaranya menyeru mereka. Dan bila mereka menerima seruannya, maka Dajjal memerintahkan kepada langit untuk hujan, lalu turunlah hujan; dan memerintahkan kepada bumi untuk menumbuhkan tetumbuhan, maka tumbuhlah tetumbuhan dengan suburnya, sehingga ternak mereka berkembang dengan pesat dan bertubuh gemuk-gemuk serta berlimpah air susunya. Bila Dajjal melewati suatu kampung dan menyeru mereka, tetapi mereka menolaknya, maka harta benda mereka (yakni ternak mereka) mengikuti Dajjal, sehingga mereka tidak mempunyai harta lagi, tiada sesuatu pun yang tersisa dari milik mereka. Bila Dajjal melewati suatu daerah yang tandus, maka ia berkata, ‘Keluarkanlah semua perbendaharaanmu,”maka semua perbendaharaan tanah tandus itu muncul dan mengikutinya bagaikan lebah mengikuti ratunya.” Rasulullah Saw. melanjutkan kisahnya, bahwa Dajjal memerintahkan untuk membunuh seorang lelaki, lalu lelaki itu dipukulnya dengan pedang hingga terpotong menjadi dua bagian dalam keadaan terpental jauh. Kemudian Dajjal memanggilnya, ternyata lelaki itu hidup kembali dan datang kepadanya. Ketika Dajjal dan pasukannya dalam keadaan demikian, Allah Swt. menurunkan Al-Masih Isa putra Maryam a.s. Isa turun di menara putih yang ada di sebelah timur kota Dimasyq dengan memakai dua lapis baju berwarna kuning seraya meletakkan kedua tangannya di antara sayap dua malaikat. Lalu Isa putra Maryam mengejar Dajjal dan dapat menjumpainya di pintu gerbang sebelah timur kota Ladd, lalu Dajjal dibunuhnya. Rasulullah Saw. melanjutkan kisahnya, bahwa ketika mereka dalam keadaan demikian (bersama Isa), tiba-tiba Allah menurunkan wahyu-Nya kepada Isa putra Maryam a.s, “Bahwasanya Aku telah mengeluarkan sebagian dari hamba-hamba-Ku yang tidak akan mampu bagimu memerangi mereka, maka selamatkanlah hamba-hamba-Ku yang beriman ke Bukit Tur.” Lalu Allah mengeluarkan Ya-juj dan Ma-juj, sebagaimana yang disebutkan oleh firman-Nya: dan mereka turun dengan cepat dari seluruh tempat yang tinggi. (Al-Anbiya: 96) Maka Isa dan sahabat-sahabatnya berdoa kepada Allah Swt. dengan penuh harap. Kemudian Allah mengirimkan wabah ulat yang menjangkiti tengkuk Ya-juj dan Ma-juj, sehingga mereka mati semuanya bagaikan matinya seseorang karena wabah tersebut. Isa dan para sahabatnya turun, mereka tidak menjumpai suatu rumah pun melainkan dipenuhi dengan bangkai dan bau busuk Ya-juj dan Ma-juj . Lalu Isa dan para sahabatnya kembali memohon kepada Allah dengan penuh harap (agar dibebaskan dari bencana itu). Maka Allah mengirimkan burung-burung yang besar tiap ekornya sama dengan unta yang paling besar, lalu burung-burung itu membawa bangkai Ya-juj dan Ma-juj untuk membuangnya ke tempat yang dikehendaki oleh Allah.

Ibnu Jabir mengatakan, telah menceritakan kepadaku Ata ibnu Yazid As-Saksaki, dari Ka’b atau lainnya yang mengatakan bahwa burung-burung itu membuang bangkai Ya-juj dan Ma-juj ke Al-Mahyal. Ibnu Jabir bertanya, “Hai Abu Yazid, di manakah Al-Mahyal itu ?” Abu Yazid menjawab, “Tempat terbitnya matahari.”

Abu Yazid melanjutkan kisahnya, bahawa lalu Allah menurunkan hujan lebat yang melanda semua bangunan kota dan kampung-kampung selama empat puluh hari tanpa berhenti; hujan itu mencuci bumi sehingga menjadi bersih dan licin. Lalu dikatakan kepada bumi, “Keluarkanlah tumbuh-tumbuhanmu dan keluarkanlah keberkatanmu.” Maka pada masa itu satu buah delima dapat mencukupi beberapa orang, mereka dapat bernaung di bawah daunnya. Ternak diberkati pula sehingga perahan susu seekor unta betina dapat mencukupi untuk minum sejumlah besar orang, perahan susu dari seekor sapi betina dapat mencukupi banyak orang, dan perahan susu seekor kambing betina cukup untuk satu keluarga. Ketika mereka dalam keadaan demikian, tiba-tiba Allah Swt. mengirimkan angin yang berbau harum, lalu angin itu menerpa bahagian bawah ketiak mereka dan mencabut roh setiap orang muslim, atau setiap orang mukmin. Sehingga yang tertinggal di bumi ini hanyalah orang-orang jahat saja, sikap mereka sama dengan sekumpulan keledai liar, maka hari kiamat terjadi di atas mereka.

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya.


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

About tafsirsunnah

Blog mentafsir Quran berdasarkan fahaman Sunnah dan salafussoleh.
This entry was posted in Surah 021: Anbiya'. Bookmark the permalink.

One Response to Tafsir Surah Anbiya’ Ayat 91 – 96 (Ya’juj dan Ma’juj)

  1. Pingback: Tafsir Surah Anbiya’ Ayat 91 – 96 (Ya’juj dan Ma’juj)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s