Tafsir Surah Anbiya’ Ayat 78 – 81 (Kelebihan Nabi Sulaiman)

Ayat 78: Ini adalah dalil naqli yang kelima. Sekarang masuk kepada kisah Nabi Daud  dan Nabi Sulaiman a.s. pula.

وَداوودَ وَسُلَيمٰنَ إِذ يَحكُمانِ فِي الحَرثِ إِذ نَفَشَت فيهِ غَنَمُ القَومِ وَكُنّا لِحُكمِهِم شٰهِدينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And [mention] David and Solomon, when they judged concerning the field – when the sheep of a people overran it [at night],¹ and We were witness to their judgement.

•Eating and destroying the crops.

(MELAYU)

Dan (ingatlah kisah) Daud dan Sulaiman, di waktu keduanya memberikan keputusan mengenai tanaman, kerana tanaman itu dirosak oleh kambing-kambing kepunyaan kaumnya. Dan adalah Kami menyaksikan keputusan yang diberikan oleh mereka itu,

 

وَداوودَ وَسُلَيمٰنَ إِذ يَحكُمانِ فِي الحَرثِ

Dan (ingatlah kisah) Daud dan Sulaiman, di waktu keduanya memberikan keputusan mengenai tanaman,

Allah membuka kisah ketika kedua mereka buat keputusan tentang pertelingkahan berkenaan tanaman. Waktu itu Nabi Daud mendapat kelebihan menjadi Nabi dan juga menjadi raja. Tidak ramai para Nabi yang mendapat kedudukan ini. Begitu juga anaknya Nabi Sulaiman juga mendapat pangkat Raja selepas ayahnya.

 

إِذ نَفَشَت فيهِ غَنَمُ القَومِ

kerana tanaman itu dirosak oleh kambing-kambing kepunyaan kaumnya.

Kejadian itu bermula apabila kambing-kambing kepunyaan seorang lelaki keluar daripada kandang pada waktu malam dan makan tanaman jirannya. Tentunya ini terjadi tanpa pengetahuan tuannya. Tuan punya ladang telah mengadu kepada Nabi Daud dan mereka berdua dibawa untuk berhujah di hadapan baginda. Maka Daud memutuskan agar ternak kambing itu diserahkan kepada pemilik kebun anggur sebagai gantinya.

Anak Nabi Daud adalah Nabi Sulaiman yang waktu itu masih muda lagi. Apabila mendengar keputusan yang diberikan oleh ayahnya, Nabi Sulaiman beri cadangan yang lain. Untuk memberi ganti rugi kepada pihak yang telah rugi iaitu pemilik kebun, Nabi Sulaiman mencadangkan supaya diberikan kambing-kambing itu kepada tuan punya ladang tapi buat sementara waktu sahaja. Sementara itu tuan punya kambing membaiki kebun itu sampai kebun itu kembali baik. Sementara kebun itu dibaiki, pemilik kebun dapat menikmati hasil daripada kambing-kambing itu seperti susunya. Dan setelah kebun dibaiki, bolehlah kebun dan kambing dikembalikan kepada tuan punya asal.

 

وَكُنّا لِحُكمِهِم شٰهِدينَ

Dan adalah Kami menyaksikan keputusan yang diberikan oleh mereka itu,

Allah telah memuji cadangan yang diberikan oleh Nabi Sulaiman itu di dalam ayat ini. Kerana keputusan itu tidak lebih adil dan kedua pihak mendapat balasan yang sepatutnya.


 

Ayat 79:

فَفَهَّمنٰها سُلَيمٰنَ ۚ وَكُلًّا آتَينا حُكمًا وَعِلمًا ۚ وَسَخَّرنا مَعَ داوودَ الجِبالَ يُسَبِّحنَ وَالطَّيرَ ۚ وَكُنّا فٰعِلينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And We gave understanding of it [i.e., the case] to Solomon, and to each [of them] We gave judgement and knowledge. And We subjected the mountains to exalt [Us], along with David and [also] the birds. And We were doing [that].¹

•Meaning that Allāh has always been capable of accomplishing whatever He wills.

(MELAYU)

maka Kami telah memberikan pemahaman kepada Sulaiman tentang hukum (yang lebih tepat); dan kepada masing-masing mereka telah Kami berikan hikmah dan ilmu dan telah Kami tundukkan gunung-gunung dan burung-burung, semua bertasbih bersama Daud. Dan kamilah yang melakukannya.

 

فَفَهَّمنٰها سُلَيمٰنَ

maka Kami telah memberikan pemahaman kepada Sulaiman tentang hukum

Allah mengatakan bahawa Dialah yang memberikan pemahaman tentang perkara itu kepada Nabi Sulaiman. Berbanding dengan ayahnya Nabi Daud. Ilham itu telah diberikan oleh Allah kepada Nabi Sulaiman.

Ini adalah kerana Nabi Daud telah membuat keputusan yang tuan kambing kena berikan kambing itu kepada tuan tanaman. Jadi apabila Nabi Sulaiman mendengar keputusan itu dari ayahnya Maka baginda telah memberikan cara penghakiman yang lain dengan memberi adil. Apabila Nabi Daud mendengar cadangan dari anaknya itu baru baginda sedar bahawa cadangan itu adalah yang lebih baik dari penghakimannya sebelum itu.

 

وَكُلًّا آتَينا حُكمًا وَعِلمًا

dan kepada masing-masing mereka telah Kami berikan hikmah dan ilmu

Tapi memang kedua-dua Nabi itu telah diberikan dengan kefahaman agama dan ilmu wahyu kenabian. Lihatlah bagaimana Allah telah memuji Nabi Sulaiman tapi tidaklah mencela Nabi Daud.

Para nabi itu adalah orang-orang yang dima’sum lagi mendapat bantuan dari Allah Swt dalam penghakiman mereka. Hal ini merupakan suatu masalah yang tidak diperselisihkan lagi di kalangan ulama ahli tahqiq, baik dari kalangan ulama Salaf maupun ulama Khalaf.

Adapun mengenai selain para nabi, maka telah disebutkan di dalam kitab Sahih Bukhari sebuah hadis melalui Amr ibnul As yang mengatakan bahawa Rasulullah Saw. pernah bersabda:

“إِذَا اجْتَهَدَ الْحَاكِمُ فَأَصَابَ فَلَهُ أجران، وَإِذَا اجْتَهَدَ فَأَخْطَأَ فَلَهُ أَجْرٌ”

Apabila seorang hakim berijtihad, lalu benar, maka ia memperoleh dua pahala. Dan apabila ia berijtihad, lalu keliru, maka baginya satu pahala.

 

وَسَخَّرنا مَعَ داوودَ الجِبالَ يُسَبِّحنَ وَالطَّيرَ

dan telah Kami tundukkan gunung-gunung dan burung-burung, semua bertasbih bersama Daud. 

Nabi Daud mempunyai suara yang merdu sampaikan apabila baginda memuji Allah dan membaca kitab Zabur, bukit dan burung turut bertasbih bersama baginda.

Ketika Nabi Saw. melewati Abu Musa Al-Asy’ari r.a yang sedang membaca Al-Qur’an di malam hari, Abu Musa Al-Asy’ari mempunyai suara yang sangat merdu, maka Nabi Saw. berhenti dan mendengarkan bacaannya. Dan Rasulullah Saw. bersabda:

“لَقَدْ أُوتِيَ هَذَا مَزَامِيرَ آلِ دَاوُدَ”

Sesungguhnya orang ini telah dianugerahi sebagian dari kemerduan (keindahan) suara keluarga Nabi Daud yang merdu bagaikan suara seruling.

Maka Abu Musa Al-Asy’ari menjawab, “Wahai Rasulullah, seandainya aku mengetahui bahawa engkau mendengarkan bacaanku, tentulah saya akan memperindah suara saya dengan seindah-indahnya demi engkau.”

 

وَكُنّا فٰعِلينَ

Dan Kamilah yang melakukannya.

Allah mengatakan yang Dialah yang melakukannya, bukan Nabi Daud. Bukannya dari qudrat baginda.


 

Ayat 80: Kelebihan Nabi Daud lagi.

وَعَلَّمنٰهُ صَنعَةَ لَبوسٍ لَّكُم لِتُحصِنَكُم مِّن بَأسِكُم ۖ فَهَل أَنتُم شٰكِرونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And We taught him the fashioning of coats of armor to protect you from your [enemy in] battle. So will you then be grateful?

(MELAYU)

Dan telah Kami ajarkan kepada Daud membuat baju besi untuk kamu, untuk memelihara kamu dalam peperanganmu; Maka adakah kamu mahu bersyukur?

 

وَعَلَّمنٰهُ صَنعَةَ لَبوسٍ لَّكُم

Dan telah Kami ajarkan kepada Daud membuat baju besi untuk kamu,

Jangan kita sangka yang kehidupan baginda hanya dalam ibadat sahaja sambil menyanyi-nyanyi dengan lagu yang indah tetapi ketahuilah bahawa baginda juga berperang. Nabi Daud diberikan dengan ilmu untuk buat baju besi kerana baginda adalah seorang Hanifah ianya seorang yang banyak melakukan jihad. Baginda adalah orang pertama dalam sejarah manusia yang tahu bagaimana menjadikan baju besi itu.

 

لِتُحصِنَكُم مِّن بَأسِكُم

untuk memelihara kamu dalam peperanganmu;

Sebelum itu baju besi perang yang digunakan oleh manusia adalah dalam bentuk kepingan yang besar dan diletakkan di hadapan dan di belakang pemakainya. Maka tentulah berat dan kerana itu Nabi Daud telah cipta baju besi dalam bentuk rantai yang boleh dilentur.

Seperti yang disebutkan oleh Al­lah Swt. dalam ayat lain melalui firman-Nya:

{وَأَلَنَّا لَهُ الْحَدِيدَ. أَنِ اعْمَلْ سَابِغَاتٍ وَقَدِّرْ فِي السَّرْدِ}

dan Kami telah melunakkan besi untuknya, (yaitu) buatlah baju besi yang besar-besar dan ukurlah anyamannya. (Saba: 10-11)

Sampai ke hari ini manusia tahu menggunakan peralatan pertahanan badan di dalam perang. Armor dan sebagainya adalah penambahbaikan dari apa yang Allah telah ajar kepada Nabi Daud.

Maknanya Allah nak beritahu yang Dialah yang mengajar dan memberi ilham itu kepada Nabi Daud.

 

فَهَل أَنتُم شٰكِرونَ

Maka adakah kamu mahu bersyukur? 

Ayat ini juga mengajar kepada kita untuk bersyukur dan berterima kasih kepada orang-orang yang terdahulu yang telah mencipta banyak peralatan kerana dari permulaan mereka itulah kehidupan kita semakin maju.

Dan bersyukur kepada Allah kerana Allah lah yang menjadikan semua itu realiti.


 

Ayat 81: Kelebihan Nabi Sulaiman pula.

وَلِسُلَيمٰنَ الرّيحَ عاصِفَةً تَجري بِأَمرِهِ إِلَى الأَرضِ الَّتي بٰرَكنا فيها ۚ وَكُنّا بِكُلِّ شَيءٍ عٰلِمينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And to Solomon [We subjected] the wind, blowing forcefully, proceeding by his command toward the land which We had blessed. And We are ever, of all things, Knowing.

(MELAYU)

Dan (telah Kami tundukkan) untuk Sulaiman angin yang sangat kencang tiupannya yang berhembus dengan perintahnya ke negeri yang Kami telah memberkatinya. Dan adalah Kami Maha Mengetahui segala sesuatu.

 

وَلِسُلَيمٰنَ الرّيحَ عاصِفَةً

Dan (telah Kami tundukkan) untuk Sulaiman angin yang sangat kencang tiupannya

Kalimah عاصِفَةً bermaksud angin kencang yang tidak kisah dengan apa sahaja dan menghancurkan apa-apa sahaja yang di dalam perjalanannya. Ini bermaksud yang angin itu juga dijadikan sebagai senjata oleh Nabi Sulaiman.

Juga bermaksud angin ditundukkan kepada Nabi Sulaiman di mana baginda boleh memberi arahan kepada angin itu untuk membawa baginda ke mana-mana sahaja yang baginda mahu pergi.

Di dalam surah ini disebut yang angin itu bergerak kencang tetapi di dalam surah lain disebut angin itu lembut. Ini adalah kerana hendak memberi isyarat bahawa angin itu bergerak laju untuk membawa Nabi Sulaiman ke destinasinya. Tetapi pada Nabi Sulaiman sendiri yang berada di atas angin itu, adalah lembut baginya.

 

تَجري بِأَمرِهِ إِلَى الأَرضِ الَّتي بٰرَكنا فيها

yang berhembus dengan perintahnya ke negeri yang Kami telah memberkatinya.

Dengan dapat menguasai angin itu, baginda menjadikannya sebagai alat kenderaan yang membawa baginda ke destinasi, antaranya ke negeri Syam. Itu maksud الأَرضِ الَّتي بٰرَكنا فيها.

 

وَكُنّا بِكُلِّ شَيءٍ عٰلِمينَ

Dan adalah Kami Maha Mengetahui segala sesuatu.

Begitulah Allah mengetahui semua ilmu dan semua ilmu yang ada pada manusia itu diberikan oleh Allah. Tidak ada ilmu yang kita dapat sendiri. Kita memang bergantung dengan Allah.

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya.


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

About tafsirsunnah

Blog mentafsir Quran berdasarkan fahaman Sunnah dan salafussoleh.
This entry was posted in Surah 021: Anbiya'. Bookmark the permalink.

One Response to Tafsir Surah Anbiya’ Ayat 78 – 81 (Kelebihan Nabi Sulaiman)

  1. Pingback: Tafsir Surah Anbiya’ Ayat 78 – 81 (Kelebihan Nabi Sulaiman)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s