Tafsir Surah Anbiya’ Ayat 66 – 72 (Nabi Ibrahim dibakar)

Ayat 66: Sebelum ini telah disebut bagaimana mereka sudah mula terkesan dengan hujah mantap yang diberikan oleh Nabi Ibrahim. Maka dalam keadaan mereka itu maka Nabi Ibrahim mengambil kesempatan untuk berdakwah lagi kepada mereka.

قالَ أَفَتَعبُدونَ مِن دونِ اللهِ ما لا يَنفَعُكُم شَيئًا وَلا يَضُرُّكُم

(SAHEEH INTERNATIONAL)

He said, “Then do you worship instead of Allāh that which does not benefit you at all or harm you?

(MELAYU)

Ibrahim berkata: Maka mengapakah kamu menyembah selain Allah sesuatu yang tidak dapat memberi manfaat sedikitpun dan tidak (pula) memberi mudharat kepada kamu?”

 

قالَ أَفَتَعبُدونَ مِن دونِ اللهِ

Ibrahim berkata: Maka apakah kamu menyembah selain Allah

Nabi Ibrahim berdakwah kepada mereka dengan mengutuk mereka kerana menyembah selain Allah.

 

ما لا يَنفَعُكُم شَيئًا

yang tidak dapat memberi manfaat sedikitpun 

Ilah selain Allah yang mereka sembah itu tidak dapat memberi manfaat pun kepada mereka. Kalau nak sembah dan puja sesuatu pun, patutnya adalah kebaikan kepada mereka, bukan? Tapi berhala dan ilah-ilah yang mereka sembah itu tidak dapat beri keuntungan pun kepada mereka.

 

وَلا يَضُرُّكُم

dan tidak (pula) memberi mudharat kepada kamu.”

Dan benda yang mereka sembah itu bukan sahaja tidak boleh memberi manfaat kepada mereka, malah tidak boleh memberi mudarat pun. Kalau disembah kerana takut ia boleh memudaratkan kalau tak disembah, masuk akal lah juga. Barulah ada alasan nak sembah, bukan? Tapi kalau tak sembah berhala dan ilah itu, mereka tak buat apa-apa pun. Tak sakit dan jadi kudis pun kalau tak sembah.

Maka kenapa nak sembah juga? Inilah hujah mantap dari Nabi Ibrahim a.s.


 

Ayat 67:

أُفٍّ لَّكُم وَلِما تَعبُدونَ مِن دونِ اللهِ ۖ أَفَلا تَعقِلونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Uff¹ to you and to what you worship instead of Allāh. Then will you not use reason?”

•An exclamation of anger and displeasure.

(MELAYU)

Ah (celakalah) kamu dan apa yang kamu sembah selain Allah. Maka apakah kamu tidak menggunakan akal?

 

أُفٍّ لَّكُم

Ah (celakalah) kamu

Kalimah أُفٍّ bermaksud menyatakan kejelekan terhadap sesuatu. Nak faham, bayangkan jikalau kita pergi ke sesuatu tempat yang kotor dan busuk maka kita boleh gunakan kalimah ini. Digunakan kalimah ini oleh Nabi Ibrahim kerana jelek dan kotor sekali fahaman akidah yang diamalkan oleh masyarakatnya itu.

 

وَلِما تَعبُدونَ مِن دونِ اللهِ

dan apa yang kamu sembah selain Allah.

Baginda jijik terhadap mereka yang melakukan penyembahan itu dan terhadap benda-benda yang mereka sembah itu. Kerana yang mereka sembah itu adalah selain Allah. Maka baginda sensitif dengan keadaan itu.

 

أَفَلا تَعقِلونَ

Maka apakah kamu tidak menggunakan akal?

Baginda tanya mereka kenapakah mereka  tidak menggunakan akal mereka, sampai mereka sanggup buat perkara ini? Kalau mereka gunakan akal mereka, takkan mereka lakukan perkara itu.


 

Ayat 68: Walaupun hujah yang diberikan sudah kuat dan jelas dan logik akal mereka pun sudah dapat menerimanya seperti disebut dalam ayat-ayat sebelum ini, tetapi mereka tetap tolak juga kerana kedegilan sahaja. Begitulah juga dengan masyarakat kita yang degil. Mereka tolak bukan kerana tidak faham tapi kerana degil sahaja.

Maka kerana marah dengan Nabi Ibrahim dan sedar bahayanya apa yang disampaikan oleh baginda kerana dapat mengubah pandangan masyarakat, maka mereka telah ambil langkah drastik untuk menutup mulut baginda.

قالوا حَرِّقوهُ وَانصُروا آلِهَتَكُم إِن كُنتُم فٰعِلينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

They said, “Burn him and support your gods – if you are to act.”

(MELAYU)

Mereka berkata: “Bakarlah dia dan bantulah tuhan-tuhan kamu, jika kamu benar-benar hendak bertindak”.

 

قالوا حَرِّقوهُ

Mereka berkata: “Bakarlah dia

Kalimah حرّق  bermaksud bakar sampai sampai hancur sampai tidak ada tulang langsung, tidak ada kesan langsung, semua jadi abu. Itulah perbuatan tahriq. Mereka ambil keputusan untuk kenakan hukuman ini kepada Nabi Ibrahim. Memang baginda betul tapi kena bakar juga.

 

وَانصُروا آلِهَتَكُم

dan bantulah tuhan-tuhan kamu,

Mereka kata bakarlah Nabi Ibrahim itu supaya mereka boleh menolong tuhan-tuhan mereka. Maknanya mereka juga mengaku bahawa tuhan-tuhan mereka itu tidak dapat membalas dendam bagi pihak mereka sendiri maka merekalah yang kena bantu untuk balas dendam. Ini memalukan mereka sebenarnya. Kerana kalau berhala itu tuhan, mereka sendirilah yang boleh musnahkan penentang mereka.

Ini adalah satu lagi tindakan balas yang digunakan oleh orang-orang yang engkar. Iaitu jikalau mereka kalah tiada hujah maka mereka akan menggunakan kuasa mereka untuk mengancam sesiapa sahaja yang mempersoalkan tindakan mereka.

Mereka juga gunakan kekuatan dan kekuasaan yang mereka ada untuk menyakiti seseorang. Itu akan dilakukan apabila orang-orang yang engkar itu tiada hujah dan apabila mereka menggunakan ancaman seperti itu maka bermaksud mereka memang tidak ada hujah.

Kerana itu apabila kita berdebat dengan ahli-ahli bidaah, lama kelamaan mereka akan menggunakan bahasa-bahasa yang buruk dan caci memaki kerana mereka tidak ada hujah. Ada juga yang menggunakan kuasa mereka untuk memenjarakan ustaz-ustaz sunnah. Kerana kalau mereka ada hujah maka kenalah mereka berikan hujah itu tetapi malangnya mereka memang tidak ada hujah dan dalil.

 

إِن كُنتُم فٰعِلينَ

jika kamu benar-benar hendak bertindak”.

Mereka kata kalau tak buat apa-apa pun inilah sahaja yang mereka boleh lakukan. Sekiranya nak pertahankan ilah-ilah kamu ni.

Kerana Qarin mereka tidak benarkan mereka terima.


 

Ayat 69: Sekarang Nabi Ibrahim sudah dilemparkan ke dalam api. Kisah api itu banyaklah dalam kisah-kisah israiliyat. Kisah-kisah itu tidak penting kerana Yahudi nak heret jauh dari pengajaran. Maka jangan kita layan kisah-kisah itu. Kita pakai kisah yang sahih sahaja.

قُلنا يٰنارُ كوني بَردًا وَسَلٰمًا عَلىٰ إِبرٰهيمَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

We [i.e., Allāh] said, “O fire, be coolness and safety upon Abraham.”

(MELAYU)

Kami berfirman: “Hai api menjadi dinginlah, dan menjadi keselamatanlah bagi Ibrahim”,

 

قُلنا يٰنارُ كوني بَردًا

Kami berfirman: “Hai api menjadi dinginlah,

Allah memberi arahan kepada api untuk menjadi sejuk. Allah memang boleh arahkan kerana Dia Tuhan dan menguasai segalanya.

 

وَسَلٰمًا عَلىٰ إِبرٰهيمَ

dan menjadi keselamatanlah bagi Ibrahim”,

Dan jadilah selamat untuk Nabi Ibrahim. Keadaan itu amat selamat sampaikan Nabi Ibrahim rasa aman di dalam api yang membakar itu. Dikatakan bahawa Nabi Ibrahim tidak pernah rasa seaman itu sepanjang hidup baginda. Maknanya keadaan di dalam api itu menjadi amat menyenangkan bagi baginda. Allah boleh buat jadi sebegitu.

Sebelum ini telah dikatakan yang tuhan-tuhan mereka tidak dapat beri manfaat atau mudharat dan sekarang Allah menunjukkan bahawa Dia sendiri ada kuasa untuk menyejukkan api itu. Kerana Allah ada kuasa, bolehlah buat begitu. Bandingkan dengan ilah-ilah yang mereka puja dan sembah itu, langsung tidak ada kuasa.

Dan api itu memang amat besar. Sampaikan apabila ada burung yang lalu atas unggun api itu, burung itu akan mati kerana panas sangat dan jatuh dalam unggun api itu. Maka kerana panas sangat, mereka tak dapat nak masukkan Nabi Ibrahim dengan cara biasa, sampaikan mereka kena guna manjanik (catapult) untuk humban baginda ke dalamnya. Kerana mereka tidak dapat datang dekat kepada api itu sebab panas sangat. Maknanya, Nabi Ibrahim kena humban itu pun baginda masih selamat lagi.

Yang menariknya, Nabi Ibrahim tidak tahu yang api itu akan menjadi sejuk kalau baginda  masuk. Hanya apabila baginda telah dimasukkan ke dalam api itu barulah Allah memberi arahan kepada api itu untuk menjadi sejuk. Baginda tidak tahu yang baginda akan selamat tapi kerana baginda amat yakin dengan Allah , maka baginda tidak melawan apa yang dilakukan oleh kaum baginda terhadap iaitu hendak membunuh baginda. Baginda rela dimasukkan ke dalam api itu.

Ini mengajar kita bahawa pertolongan Allah akan diberikan selepas kita sanggup mengorbankan diri kita. Kadang-kadang kita tidak tahu pun yang kita akan selamat atau tidak. Tapi kerana yakin, kita teruskan juga. Begitulah semasa Perang Badar di mana para malaikat itu tidaklah menunjukkan diri mereka dari awal lagi dan hanya apabila para sahabat telah berada di medan perang dan bersedia untuk berperang dan mula berperang, barulah malaikat datang untuk bantu. Para sahabat waktu itu yakin dengan janji allah dan Rasulullah sampaikan mereka sanggup berhadapan dengan pasukan tentera musuh yang lebih ramai dari mereka.

Waktu Nabi Ibrahim hendak dimasukkan ke dalam api, Jibrail datang dan bertanya kepada baginda adakah baginda memerlukan bantuan. Baginda kata baginda memang memerlukan bantuan tapi bukan dengan Jibrail. Baginda sebut hasbiyallah wanikmat wakil. Cukuplah Allah sebagai sebaik-baik pembantu. Iaitu baginda berharap kepada Allah sahaja. Allah tahu keadaan baginda dan cukuplah begitu. Baginda bergantung terus kepada Allah dan tidak berharap kepada makhluk. Maka kalau kita pun dapat buat begitu, maka alangkah eloknya. Maknanya kita dapat tawakal kepada Allah sahaja.

Dan perlu diingatkan yang itu sejuk untuk Nabi Ibrahim waktu itu sahaja dan di situ sahaja. Jadi apabila kita dengar ada riwayat yang mengatakan api seluruh dunia jadi sejuk, ketahuilah yang itu tidak benar.

Ada kisah tentang cicak dalam hal kejadian ini. Qatadah mengatakan bahawa pada hari itu semua haiwan yang datang berusaha untuk memadamkan api agar tidak membakar Nabi Ibrahim, terkecuali cicak. Az-Zuhri mengatakan, Nabi Saw. memerintahkan agar cicak dibunuh dan baginda memberinya nama fuwaisiq.

قَالَ ابْنُ أَبِي حَاتِمٍ: حَدَّثَنَا أَبُو عُبَيْدِ اللَّهِ ابْنُ أَخِي ابْنِ وَهْبٍ، حَدَّثَنِي عَمِّي، حَدَّثَنَا جَرِيرُ بْنُ حَازِمٍ، أَنَّ نَافِعًا حَدَّثَهُ قَالَ: حَدَّثَتْنِي مَوْلَاةُ الْفَاكِهِ بْنِ الْمُغِيرَةِ الْمَخْزُومِيِّ قَالَتْ: دَخَلْتُ عَلَى عَائِشَةَ فَرَأَيْتُ فِي بَيْتِهَا رُمْحًا. فَقُلْتُ: يَا أُمَّ الْمُؤْمِنِينَ، مَا تَصْنَعِينَ بِهَذَا الرُّمْحِ؟ فَقَالَتْ: نَقْتُلُ بِهِ هَذِهِ الْأَوْزَاغَ، إِنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: “إِنَّ إِبْرَاهِيمَ حِينَ أُلْقِيَ فِي النَّارِ، لَمْ يَكُنْ فِي الْأَرْضِ دَابَّةٌ إِلَّا تُطْفِئُ النَّارَ، غَيْرَ الوَزَغ، فَإِنَّهُ كَانَ يَنْفُخُ عَلَى إِبْرَاهِيمَ”، فَأَمَرَنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِقَتْلِهِ

Ibnu Abu Hatim mengatakan, telah menceritakan kepada kami Abdullah anak saudara Ibnu Wahb, bahwa telah menceritakan kepadaku pamanku, telah menceritakan kepada kami Jarir ibnu Hazm; Nafi’ pernah mencerita­kan kepadanya bahwa budak perempuan Al-Fakih ibnul Mugirah Al-Makhzumi pernah bercerita kepadanya, bahwa ia masuk ke dalam rumah Siti Aisyah, lalu ia melihat sebuah tombak di dalam rumahnya itu. Maka ia bertanya, “Wahai Ummul Mu’minin, untuk apakah tombak ini?” Siti Aisyah menjawab, “Saya gunakan untuk membunuh cicak-cicak ini, kerana sesungguhnya Rasulullah Saw. pernah bersabda: Bahawa sesungguhnya Ibrahim saat dilemparkan ke dalam nyala api, tiada seekor haiwan melata pun melainkan berusaha memadamkan api itu, selain cicak, kerana sesungguhnya cicak meniup api itu agar membakar Ibrahim. Maka Rasulullah Saw. memerintahkan kepada kami untuk membunuhnya?”


 

Ayat 70:

وَأَرادوا بِهِ كَيدًا فَجَعَلنٰهُمُ الأَخسَرينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And they intended for him a plan [i.e., harm], but We made them the greatest losers.

(MELAYU)

mereka hendak berbuat rancangan terhadap Ibrahim, maka Kami menjadikan mereka itu orang-orang yang paling merugi.

 

وَأَرادوا بِهِ كَيدًا

mereka hendak berbuat rancangan terhadap Ibrahim,

Mereka buat rancangan jahat untuk mendesak Nabi Ibrahim meninggalkan dakwah dan ikut buat syirik sama dengan mereka. Kerana itu mereka gertak Nabi Ibrahim tapi baginda tidak heran.

 

فَجَعَلنٰهُمُ الأَخسَرينَ

maka Kami menjadikan mereka itu orang-orang yang paling merugi.

Dan akhirnya merekalah orang-orang yang paling rugi. Ibrahim yang hendak dibakar tidak hangus pun, tapi mereka yang buat rencana itu yang rugi sungguh. Mereka tidak berjaya membunuh Nabi Ibrahim dan mereka nanti akan dimasukkan ke dalam neraka kerana perbuatan mereka itu. Mereka telah kalah.


 

Ayat 71:

وَنَجَّينٰهُ وَلوطًا إِلَى الأَرضِ الَّتي بٰرَكنا فيها لِلعٰلَمينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And We delivered him and Lot to the land which We had blessed for the worlds [i.e., peoples].

(MELAYU)

Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia.

 

وَنَجَّينٰهُ وَلوطًا إِلَى الأَرضِ

Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri

Selepas kejadian pembakaran Nabi Ibrahim itu, Allah tidak memberitahu yang Nabi Ibrahim diselamatkan, tetapi Allah terus beritahu yang baginda diselamatkan. Allah pendekkan kisah dalam ayat ini. Jadi tidak disebut dengan panjang lebar apakah yang terjadi selepas api jadi sejuk dan apakah yang terjadi kepada baginda dan apakah reaksi kaum baginda setelah lihat baginda selamat.

 

الَّتي بٰرَكنا فيها لِلعٰلَمينَ

yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia.

Nabi Ibrahim dan Nabi Luth telah meninggalkan Babylon, Iraq menuju ke Syams. Tanah itu diberkati kerana ramai para nabi yang akan dibangkitkan di sana. Ianya adalah tempat yang berkat baik dari segi agama atau keduniaan.

Menurut satu pendapat, negeri Syam adalah tanah mahsyar dan berbangkit, di negeri Syam juga Isa putra Maryam diturunkan, dan di negeri Syam pula Dajjal menemui ajalnya.


 

Ayat 72:

وَوَهَبنا لَهُ إِسحٰقَ وَيَعقوبَ نافِلَةً ۖ وَكُلًّا جَعَلنا صٰلِحينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And We gave him Isaac and Jacob in addition, and all [of them] We made righteous.

(MELAYU)

Dan Kami telah memberikan kepada-nya (Ibrahim) lshak dan Ya’qub, sebagai suatu anugerah (daripada Kami). Dan masing-masingnya Kami jadikan orang-orang yang saleh

 

وَوَهَبنا لَهُ إِسحٰقَ وَيَعقوبَ نافِلَةً

Dan Kami telah memberikan kepada-nya (Ibrahim) lshak dan Ya’qub, sebagai suatu anugerah tambahan

Selepas baginda berpindah, baginda diberikan dengan berita gembira yang baginda akan mendapat anak yang bernama Ishak a.s. Dan kemudian baginda juga diberikan dengan berita gembira tambahan iaitu baginda akan mendapat cucu yang namanya Ya’kub dan ini adalah tambahan kerana kalimah نافِلَةً bermaksud tambahan. Maknanya baginda bukan sahaja tahu baginda akan dapat anak, tapi tahu akan dapat cuci sekali. Kerana kita selalunya ada anak, tapi kita tidak pasti samada kita akan dapat cucu atau tidak. Tapi Nabi Ibrahim diberikan dengan berita gembira itu.

 

وَكُلًّا جَعَلنا صٰلِحينَ

Dan masing-masingnya Kami jadikan orang-orang yang saleh

Dan kesemua mereka itu menjadi orang yang soleh. Ini adalah berita yang amat besar diberikan kepada Nabi Ibrahim kerana anak dan cucunya sekali adalah golongan Nabi. Tentunya ia berita amat gembira.

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya.


Rujukan:

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

About tafsirsunnah

Blog mentafsir Quran berdasarkan fahaman Sunnah dan salafussoleh.
This entry was posted in Surah 021: Anbiya'. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s