Tafsir Surah Anbiya’ Ayat 58 – 65 (Nabi Ibrahim pecahkan berhala)

Ayat 58: Sambungan kisah Nabi Ibrahim a.s.

فَجَعَلَهُم جُذٰذًا إِلّا كَبيرًا لَّهُم لَعَلَّهُم إِلَيهِ يَرجِعونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

So he made them into fragments, except a large one among them, that they might return to it [and question].

(MELAYU)

Maka Ibrahim membuat berhala-berhala itu hancur berpotong-potong, kecuali yang terbesar (induk) dari patung-patung yang lain; agar mereka kembali (untuk bertanya) kepadanya.

 

فَجَعَلَهُم جُذٰذًا

Maka Ibrahim membuat berhala-berhala itu hancur berpotong-potong,

Dalam ayat sebelum ini telah disebut rancangan Nabi Ibrahim untuk melakukan sesuatu terhadap berhala-berhala di kuil kaumnya itu. Dalam ayat ini kita diberitahu yang baginda memecahkan berhala-berhala itu. Kalimah جذذ bermaksud serpihan-serpihan paling kecil. Maksudnya baginda menghancurkan berhala-berhala itu sampai jadi bahagian-bahagian yang kecil. Kerana kalau baginda patahkan sahaja maka tentu masih ada lagi bahagian yang boleh diselamatkan dan nanti mereka akan pakai balik pula untuk dipuja. Maka baginda hancurkan sehancur-hancurnya supaya tidak boleh diguna langsung lagi.

 

إِلّا كَبيرًا لَّهُم

kecuali yang terbesar (induk) dari patung-patung yang lain;

Semua berhala-berhala dalam kuil itu dihancurkan, tapi baginda tidak hancurkan berhala yang paling besar sekali.

 

لَعَلَّهُم إِلَيهِ يَرجِعونَ

agar mereka kembali kepadanya.

Tujuan Nabi Ibrahim lakukan itu adalah mudah-mudahan kaumnya itu akan kembali melihat kepada berhala besar itu. Ini adalah kerana baginda hendak mengajar akidah kepada kaum baginda. Ini adalah rancangan baginda.


 

Ayat 59: Apabila kaumnya kembali ke kuil mereka.

قالوا مَن فَعَلَ هٰذا بِآلِهَتِنا إِنَّهُ لَمِنَ الظّٰلِمينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

They said, “Who has done this to our gods? Indeed, he is of the wrongdoers.”

(MELAYU)

Mereka berkata: “Siapakah yang melakukan perbuatan ini terhadap tuhan-tuhan kami, sesungguhnya dia termasuk orang-orang yang zalim”.

 

قالوا مَن فَعَلَ هٰذا بِآلِهَتِنا

Mereka berkata: “Siapakah yang melakukan perbuatan ini terhadap tuhan-tuhan kami, 

Tentunya apabila kaumnya itu pulang dari majlis mereka di luar pekan, mereka kehairanan yang amat sangat dan tertanya-tanya siapakah yang melakukan perbuatan yang mereka anggap amat buruk itu.

Lihatlah bagaimana mereka tidak kata ‘patung-patung’ tetapi mereka kata ‘ilah-ilah’ mereka kerana memang yang dipuja itu bukanlah patung itu tetapi ilah yang di sebalik patung-patung itu. Patung berhala itu hanya sebagai representasi / tempat tawajjuh / tempat fokus sahaja.

 

إِنَّهُ لَمِنَ الظّٰلِمينَ

sesungguhnya dia termasuk orang-orang yang zalim”.

Mereka kata orang yang melakukan perkara itu adalah orang yang amat zalim. Mereka amat marah dengan kejadian itu. Sekarang bayangkan jikalau ada orang yang memusnahkan patung-patung hindu di kuil – tentu mereka marah dan mereka akan mencari-cari orang yang melakukan perkara itu dan mereka akan mengamuk. Maka jangan kita buat perkara itu. Walaupun mereka memang buat perkara yang berat salahnya, tapi bukan begitu caranya. Bayangkan kalau mereka rosakkan masjid kita, tentu kita pun marah, bukan?


 

Ayat 60:

قالوا سَمِعنا فَتًى يَذكُرُهُم يُقالُ لَهُ إِبرٰهيمُ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

They said, “We heard a young man mention them who is called Abraham.”

(MELAYU)

Mereka berkata: “Kami dengar ada seorang pemuda yang mencela berhala-berhala ini yang bernama Ibrahim”.

 

قالوا سَمِعنا فَتًى يَذكُرُهُم

Mereka berkata: “Kami dengar ada seorang pemuda yang mencela berhala-berhala ini 

فَتًى adalah ‘anak muda’. Maka ini menguatkan pendapat yang mengatakan yang kejadian dalam ayat-ayat ini adalah ketika Nabi Ibrahim a.s. masih muda lagi. Mereka teringat kata-kata seorang pemuda yang mengatakan sesuatu berkenaan dengan berhala-berhala itu. Tetapi mereka waktu itu tidak pasti siapa.

Kalimah يَذكُرُهُم bermaksud mengeji ilah-ilah mereka. Ia dari kalimah ذ ك ر yang bermaksud ingat. Tapi mereka maksudkan mengingati berhala itu dengan cara yang tidak patut. Kerana mereka kata Nabi Ibrahim itu telah menghina berhala-berhala mereka.

 

يُقالُ لَهُ إِبرٰهيمُ

yang bernama Ibrahim”.

Mereka rasa yang nama pemuda itu adalah Ibrahim. Sebab macam pernah dengar nama itu disebut-sebut. Waktu ini mereka tidak tahu dengan pasti siapakah yang melakukannya dan mereka hanya meneka-neka sahaja. Kerana dalam kampung itu tidak ada orang lain melainkan Ibrahim sahaja yang mengatakan ilah-ilah itu tidak ada kuasa untuk menyempurnakan hajat mereka.


 

Ayat 61: Arahan dikeluarkan untuk cari Nabi Ibrahim.

قالوا فَأتوا بِهِ عَلىٰ أَعيُنِ النّاسِ لَعَلَّهُم يَشهَدونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

They said, “Then bring him before the eyes of the people that they may testify.”¹

•To what they had heard him say. It may also mean “…that they may witness [what will be done to him as punishment].”

(MELAYU)

Mereka berkata: “(Kalau demikian) bawalah dia dengan cara yang dapat dilihat orang banyak, agar mereka menyaksikan”.

 

قالوا فَأتوا بِهِ عَلىٰ أَعيُنِ النّاسِ

Mereka berkata: “bawalah dia di khalayak ramai,

Mereka suruh dibawakan Nabi Ibrahim itu di hadapan semua orang. Iaitu di hadapan khalayak ramai. Dan inilah juga yang dikehendaki oleh Nabi Ibrahim kerana baginda nak sampaikan mesejnya kepada seramai yang boleh. Dia nak kaumnya itu berfikir.

 

لَعَلَّهُم يَشهَدونَ

agar mereka menyaksikan”.

Supaya nanti ada orang yang boleh jadi saksi bahawa memang benar dia pernah mendengar Nabi Ibrahim mengatakan sesuatu yang buruk tentang berhala-berhala itu. Maknanya, nak cari bukti kukuh sebab sebelum ini, diberitahu yang mereka tidak pasti, bukan?

Juga boleh bermaksud dibawakan Nabi Ibrahim ke khalayak ramai supaya boleh ditujukkan kepada mereka apakah hukuman yang akan dikenakan kepada baginda. Supaya baginda menjadi contoh kepada orang lain – jangan berani nak kutuk berhala-berhal dan ilah-ilah mereka.


 

Ayat 62: Setelah Nabi Ibrahim ditangkap, inilah proses interrogasi kepada baginda.

قالوا أَأَنتَ فَعَلتَ هٰذا بِآلِهَتِنا يٰإِبراهيمُ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

They said, “Have you done this to our gods, O Abraham?”

(MELAYU)

Mereka bertanya: “Apakah kamu, yang melakukan perbuatan ini terhadap tuhan-tuhan kami, wahai Ibrahim?”

 

Sekarang mereka sedang menyoal Nabi Ibrahim dan mereka sedang menakutkan baginda dengan menyebut dua kali kepada diri baginda. Sekali pada أَأَنتَ (adakah kamu) dan sekali lagi pada فَعَلتَ (kamu telah lakukan). Kemudian disebut pula Nabi baginda lagi sekali. Ini adalah teknik untuk menakutkan seseorang.


 

Ayat 63: Lihatlah jawapan dari Nabi Ibrahim a.s.

قالَ بَل فَعَلَهُ كَبيرُهُم هٰذا فَاسأَلوهُم إِن كانوا يَنطِقونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

He said, “Rather, this – the largest of them – did it, so ask them, if they should [be able to] speak.”

(MELAYU)

Ibrahim menjawab: “Sebenarnya patung yang besar itulah yang melakukannya, maka tanyakanlah kepada berhala-berhala itu, jika mereka dapat berbicara”.

 

قالَ بَل فَعَلَهُ كَبيرُهُم هٰذا

Ibrahim menjawab: “Sebenarnya patung yang besar itulah yang melakukannya,

Nabi Ibrahim kata, berhala yang besar itulah yang telah menghancurkan berhala-berhala yang lain. Kerana sebelum ini Nabi Ibrahim telah menghancurkan berhala-berhala yang kecil dan baginda meninggalkan berhala yang besar itu tanpa diusik. Dalam riwayat yang lain, baginda letak kapak di tangan berhala besar itu. Nabi Ibrahim kata, sebab berhala-berhala kecil itu tidak mahu sembah kepada berhala besar itu, maka berhala besar itu marah dan menghancurkan berhala-berhala yang kecil itu.

Beginilah cara baginda berdakwah kepada kaumnya itu dengan menggunakan logik akal.  Dan kita boleh lihat di dalam ayat-ayat yang lain bagaimana baginda buat sesuatu kerana baginda hendak kaum baginda menggunakan akal dan mempersoalkan kembali akidah mereka. Lihatlah kisah bagaimana baginda mencari Tuhan di dalam surah yang lain. Iaitu baginda tengok bintang, kemudian tengok bulan dan kemudian tengok matahari. Baginda bukan tidak tahu yang itu semua bukan Tuhan, tapi baginda menggunakan cara itu pun untuk menggerakkan kaum baginda menggunakan akal mereka yang waras. Baginda hendak menunjukkan kepada mereka bagaimana bodohnya mereka mempercayai tuhan-tuhan selain Allah.

Berkenaan dengan kejadian ini, ada satu perbincangan dikalangan ulama tentangnya, kerana nampak seperti Nabi Ibrahim telah menipu.

Di dalam kitab Sahihain disebutkan sebuah hadis melalui Hisyam ibnu Hissan, dari Muhammad ibnu Sirin, dari Abu Hurairah r.a., bahwa Rasulullah Saw. pernah bersabda:

“إِنَّ إِبْرَاهِيمَ، عَلَيْهِ السَّلَامُ، لَمْ يَكْذِبْ غَيْرَ ثَلَاثٍ: ثِنْتَيْنِ فِي ذَاتِ اللَّهِ، قَوْلُهُ: {بَلْ فَعَلَهُ كَبِيرُهُمْ هَذَا} وَقَوْلُهُ {إِنِّي سَقِيمٌ} قَالَ: “وَبَيْنَا هُوَ يَسِيرُ فِي أرض جبار من الجبابرة ومعه سَارَةُ، إِذْ نَزَلَ مَنْزِلًا فَأَتَى الْجَبَّارَ رَجُلٌ، فَقَالَ: إِنَّهُ قَدْ نَزَلَ بِأَرْضِكَ رَجُلٌ مَعَهُ امْرَأَةٌ أَحْسَنُ النَّاسِ، فَأَرْسَلَ إِلَيْهِ فَجَاءَ، فَقَالَ: مَا هَذِهِ الْمَرْأَةُ مِنْكَ؟ قَالَ: هِيَ أُخْتِي. قَالَ: فَاذْهَبْ فَأَرْسِلْ بِهَا إِلَيَّ، فَانْطَلَقَ إِلَى سَارَةَ فَقَالَ: إِنَّ هَذَا الْجَبَّارَ سَأَلَنِي عَنْكِ فَأَخْبَرْتُهُ أَنَّكِ أُخْتِي فَلَا تُكَذِّبِينِي عِنْدَهُ، فَإِنَّكِ أُخْتِي فِي كِتَابِ اللَّهِ، وَأَنَّهُ لَيْسَ فِي الْأَرْضِ مُسْلِمٌ غَيْرِي وَغَيْرُكِ، فَانْطَلَقَ بِهَا إِبْرَاهِيمُ ثُمَّ قَامَ يُصَلِّي. فَلَمَّا أَنْ دَخَلَتْ عَلَيْهِ فَرَآهَا أَهْوَى إِلَيْهَا، فَتَنَاوَلَهَا، فَأُخِذَ أَخْذًا شَدِيدًا، فَقَالَ: ادْعِي اللَّهَ لِي وَلَا أَضُرُّكِ، فَدَعَتْ لَهُ فَأُرْسِلَ، فَأَهْوَى إِلَيْهَا، فَتَنَاوَلَهَا فَأُخِذَ بِمِثْلِهَا أَوْ أَشَدَّ. فَفَعَلَ ذَلِكَ الثَّالِثَةَ فَأُخِذَ، [فَذَكَرَ] مِثْلَ الْمَرَّتَيْنِ الْأُولَيَيْنِ فَقَالَ ادْعِي اللَّهَ فَلَا أَضُرُّكِ. فَدَعَتْ، لَهُ فَأُرْسِلَ، ثُمَّ دَعَا أَدْنَى حُجَّابِهِ، فَقَالَ: إِنَّكَ لَمْ تَأْتِنِي بِإِنْسَانٍ، وَإِنَّمَا َتَيْتَنِي بِشَيْطَانٍ، أَخْرِجْهَا وَأَعْطِهَا هَاجَرَ، فَأُخْرِجَتْ وَأُعْطِيَتْ هَاجَرَ، فَأَقْبَلَتْ، فَلَمَّا أَحَسَّ إِبْرَاهِيمُ بِمَجِيئِهَا انْفَتَلَ مِنْ صِلَاتِهِ، قَالَ: مَهْيَم؟ قَالَتْ: كَفَى اللَّهُ كَيْدَ الْكَافِرِ الْفَاجِرِ، وَأَخْدَمَنِي هَاجَرَ”

Sesungguhnya Ibrahim as. tidak berdusta selain dalam tiga hal. Dua di antaranya terhadap Zat Allah, yaitu yang disebutkan di dalam firman-Nya, “Sebenarnya patung yang besar itu yang melakukannya” (Al-Anbiya: 63). Dan apa yang disebutkan oleh firman-Nya, “Sesungguhnya aku sakit” (Ash-Shaffat: 89). Dan ketika Ibrahim sedang berjalan di suatu negeri yang berada di bawah kekuasaan seorang raja yang angkara murka, saat itu ia membawa Sarah —isterinya—lalu ia turun istirahat di suatu tempat. Maka ada seseorang melaporkan kepada raja yang angkara murka itu, bahawa sesungguhnya telah singgah di negerimu ini seorang lelaki dengan membawa seorang wanita yang sangat cantik. Maka si raja zalim itu mengirimkan utusannya memanggil Ibrahim, kemudian Ibrahim datang menghadap, dan si raja zalim bertanya, “Siapakah wanita yang kamu bawa itu?” Ibrahim Menjawab, “Saudara perempuanku.” Si raja berkata, “Pergilah kamu dan bawalah dia menghadap kepadaku.” Maka Ibrahim pergi menuju ke tempat Sarah, lalu ia berkata kepadanya, “Sesungguhnya si raja zalim ini telah bertanya kepadaku tentang kamu, saya jawab bahawa engkau adalah saudara perempuanku, maka janganlah kamu mendustakan aku di hadapannya. Kerana sesungguhnya engkau adalah saudara perempuanku menurut Kitabullah. Dan sesungguhnya di muka bumi ini tiada seorang muslim pun selain aku dan kamu.” Ibrahim membawa Sarah pergi, lalu Ibrahim melakukan salat. Setelah Sarah masuk ke dalam istana raja dan si raja melihatnya. Maka si raja menubruknya dengan maksud akan memeluknya, tetapi si raja mendadak menjadi sangat kaku sekujur tubuhnya. Lalu ia berkata, “Doakanlah kepada Allah untuk kesembuhanku, maka aku tidak akan meng­ganggumu.” Sarah berdoa untuk kesembuhan si raja. Akhirnya si raja sembuh, tetapi si raja kembali menubruknya dengan maksud memeluknya. Tiba-tiba ia mendadak mengalami peristiwa yang pertama tadi, bahkan kali ini lebih parah. Raja melakukan hal itu sebanyak tiga kali; setiap kali ia melakukannya, ia ditimpa musibah itu seperti kejadian yang pertama dan yang kedua. Akhirnya si raja berkata, “Doakanlah kepada Allah, maka aku tidak akan mengganggumu lagi.” Sarah berdoa untuk kesembuhan si raja, dan si raja sembuh seketika itu juga. Sesudah itu si raja memanggil penjaga (pengawal)nya yang terdekat dan berkata, “Sesungguhnya yang kamu datangkan kepadaku bukanlah manusia melainkan setan. Keluarkanlah dia dan berikanlah Hajar kepadanya.” Maka Sarah dikeluarkan (dibebaskan) dan diberi hadiah seorang budak wanita bernama Hajar, lalu pulang (ke tempat suaminya). Setelah Ibrahim merasakan kedatangan isterinya, ia berhenti dari salatnya, lalu bertanya, “Bagaimanakah beritanya?” Sarah menjawab, “Allah telah melindungiku dari tipu daya si kafir yang durhaka itu dan memberiku seorang pelayan bernama Hajar.”

 

فَاسأَلوهُم إِن كانوا يَنطِقونَ

maka tanyakanlah kepada berhala-berhala itu, jika mereka dapat berbicara”.

Dan baginda perli mereka lagi dengan suruh kaum baginda tanya kepada berhala-berhala itu, kalaulah berhala itu boleh bercakap. Maknanya baginda hendak memberitahu bahawa berhala itu memang tidak boleh bercakap, maka kenapakah mereka bodoh sangat sampai menyembah berhala itu? Sampai bercakap pun tidak boleh, kenapa nak jadikan sebagai tuhan atau sebagai sembahan?


 

Ayat 64: Selepas dengar hujah dari Nabi Ibrahim itu, mereka pun terfikirlah juga.

فَرَجَعوا إِلىٰ أَنفُسِهِم فَقالوا إِنَّكُم أَنتُمُ الظّٰلِمونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

So they returned to [blaming] themselves and said [to each other], “Indeed, you are the wrongdoers.”

(MELAYU)

Maka mereka telah kembali kepada kesedaran dan lalu berkata: “Sesungguhnya kamu sekalian adalah orang-orang yang menganiaya (diri sendiri)”,

 

فَرَجَعوا إِلىٰ أَنفُسِهِم

Maka mereka telah kembali kepada kesedaran

Mereka lihat ke dalam diri mereka. Mula memikirkan. Mereka mula berfikir selepas Nabi Ibrahim membuka minda mereka.

 

فَقالوا إِنَّكُم أَنتُمُ الظّٰلِمونَ

dan lalu berkata: “Sesungguhnya kamu sekalian adalah orang-orang yang menganiaya 

Dan mereka bercakap kepada diri mereka sendiri, seolah-olah ianya adalah kata-kata dari pihak ketiga. Mereka kata yang mereka itu adalah orang-orang yang zalim sebenarnya kerana telah melakukan syirik. Kerana zalim itu dalam ertikata melakukan kesyirikan.


 

Ayat 65:

ثُمَّ نُكِسوا عَلىٰ رُءوسِهِم لَقَد عَلِمتَ ما هٰؤُلاءِ يَنطِقونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Then they reversed themselves,¹ [saying], “You have already known that these do not speak!”

•After first admitting their error, they were seized by pride and obstinacy.

(MELAYU)

kemudian kepala mereka jadi tertunduk (lalu berkata): “Sesungguhnya kamu telah mengetahui bahwa berhala-berhala itu tidak dapat berbicara”.

 

ثُمَّ نُكِسوا عَلىٰ رُءوسِهِم

kemudian kepala mereka jadi tertunduk

Bermaksud merendahkan kepada mereka kerana malu. Tetapi kalimah نُكِسوا (direndahkan) itu dalam bentuk majhul, bermaksud mereka direndahkan dalam kehinaan. Mereka tertunduk kepala mereka kerana malu kerana mereka tidak ada hujah untuk balas kepada Nabi Ibrahim. Kerana hujah yang diberikan oleh baginda itu memang benar dan jelas.

 

لَقَد عَلِمتَ ما هٰؤُلاءِ يَنطِقونَ

(lalu berkata): “Sesungguhnya kamu telah mengetahui bahawa berhala-berhala itu tidak dapat berbicara”.

Mereka berkata kepada diri mereka yang dari dulu lagi mereka sudah tahu yang berhala itu tidak boleh bercakap, maka itu bukanlah perkara baru. Maka kenapakah mereka dulu jadi bodoh?

Atau, mereka jawap balik kepada Nabi Ibrahim: kenapa kau suruh kami tanya kepada berhala-berhala itu sedangkan kamu sendiri tahu yang mereka tidak dapat berkata-kata?

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya.


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

About tafsirsunnah

Blog mentafsir Quran berdasarkan fahaman Sunnah dan salafussoleh.
This entry was posted in Surah 021: Anbiya'. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s