Tafsir Surah Yaasin Ayat 79 – 83 (Kun fayakun)

Ayat 79: Dalam ayat sebelum ini, diceritakan bagaimana musyrikin Mekah tanya kepada Rasulullah dengan cara mengejek, siapakah yang akan membangkitkan semula tulang yang sudah hancur? Maka Allah suruh baginda jawap kepada mereka dengan jawapan ini:

قُل يُحييهَا الَّذي أَنشَأَها أَوَّلَ مَرَّةٍ ۖ وَهُوَ بِكُلِّ خَلقٍ عَليمٌ

Sahih International

Say, “He will give them life who produced them the first time; and He is, of all creation, Knowing.”

Malay

Katakanlah: “Tulang-tulang yang hancur itu akan dihidupkan oleh Tuhan yang telah menciptakannya pada awal mula wujudnya; dan Ia Maha Mengetahui akan segala keadaan makhluk-makhluk (yang diciptakanNya);

 

قُلْ يُحْيِيهَا الَّذِي أَنْشَأَهَا أَوَّلَ مَرَّةٍ

Katakanlah: yang akan menghidupkan tulang-tulang itu ialah Tuhan yang telah menciptakannya pertama kali dahulu

Allah menggunakan perkataan أَنْشَأَ – iaitu bukan hanya menghidupkan tapi membesarkannya. Tulang yang mereka pegang itu asalnya bukan sebesar itu, tapi kecil sahaja, bukan? Tapi Allah menghidupkan manusia kemudian membesarkan mereka sesuai dengan tumbesaran tulang-tulang itu.

Kalau Allah boleh mengadakan tulang itu daripada tiada kepada ada, tentulah lebih mudah lagi bagi Allah untuk menghidupkannya semula.

 

وَهُوَ بِكُلِّ خَلْقٍ عَلِيمٌ

Dan Dia terhadap segala penciptaanNya itu, Maha Mengetahui;

Allah lah yang mengetahui kejadian kita dan apa yang kita perlukan dan segala-galanya tentang kita. Tentulah Dia tahu, sebab Dialah yang menjadikan kita dan makhluk-makhluk yang lain. Allah Maha Mengetahui tulang-tulang di seluruh pelosok dan sudut bumi, ke mana hilangnya dan di mana hancur luluhnya.

Ini tidak sama dengan penciptaan manusia. Katakanlah kalau satu kilang sudah mengeluarkan satu kereta, sebagai contohnya. Kilang itu tidak tahu pun ke mana kereta itu akan pergi selepas dibeli. Tapi apabila Allah telah menciptakan makhlukNya, Dia tahu ke mana makhluk itu pergi, apa makhluk itu buat, apa makhluk itu cakap, apa makhluk itu fikirkan dan rasa dalam hatinya. Segala-galanya Allah tahu. Dari mula lahir, sampai mati, sampai dihidupkan kembali.

Apa yang terjadi kepada tulang belulang itu juga Allah tahu.

قَالَ الْإِمَامُ أَحْمَدُ: حَدَّثَنَا عَفَّانُ، حَدَّثَنَا أَبُو عَوَانة، عَنْ عَبْدِ الْمَلِكِ بْنِ عُمَيْرٍ، عَنْ رِبْعيّ قَالَ: قَالَ عُقْبَةُ بْنُ عَمْرٍو لِحُذَيْفَةَ: أَلَا تحدثُنا مَا سمعتَ مِنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ؟ فَقَالَ: سَمِعْتُهُ يَقُولُ: “إِنْ رَجُلًا حَضَرَهُ الْمَوْتُ، فَلَمَّا أَيِسَ مِنَ الْحَيَاةِ أَوْصَى أَهْلَهُ: إِذَا أَنَا مُتُّ فَاجْمَعُوا لِي حَطَبا كثيرًا جزَلا ثُمَّ أَوْقَدُوا فِيهِ نَارًا، حَتَّى إِذَا [أَكَلَتْ] لَحْمِي وخلَصت إِلَى عَظْمِي فامتُحِشْتُ، فَخُذُوهَا فَدُقُّوهَا فَذَروها فِي الْيَمِّ. فَفَعَلُوا، فَجَمَعَهُ اللَّهُ إِلَيْهِ فَقَالَ لَهُ: لِمَ فَعَلْتَ ذَلِكَ؟ قَالَ: مِنْ خَشْيَتِكَ. فَغَفَرَ اللَّهُ لَهُ”. فَقَالَ عُقْبَةُ بْنُ عَمْرٍو: وَأَنَا سُمْعَتُهُ يَقُولُ ذَلِكَ، وَكَانَ نبَّاشا.

Imam Ahmad mengatakan, telah menceritakan kepada kami Affan, telah menceritakan kepada kami Abu Uwwanah, dari Abdul Malik ibnu Umair, dari Rib’i yang mengatakan bahawa Uqbah ibnu Amr berkata kepada Huzaifah, “Mengapa engkau tidak menceritakan kepada kami hadis yang pernah engkau dengar dari Rasulullah Saw.?” Huzaifah r.a. menjawab, bahawa ia pernah mendengar Rasulullah Saw. bersabda: Sesungguhnya pernah ada seorang lelaki yang menjelang ajalnya; ketika ia merasa putus harapan untuk dapat hidup, ia berwasiat kepada keluarganya, “Apabila aku telah mati, maka kumpulkanlah kayu bakar yang banyak sekali untukku, kemudian bakarlah kayu itu. Manakala api telah menghanguskan dagingku dan membakar tulangku hingga hangus, maka ambillah tubuhku, lalu tumbuklah, setelah itu tebarkanlah abuku ke laut.” Maka keluarganya melakukan apa yang diwasiatkannya itu, dan Allah menghimpun kembali semua abunya ke hadapan-Nya, kemudian Allah bertanya kepadanya, “Mengapa engkau lakukan itu?” Ia menjawab, “Kerana rasa takutku kepada Engkau, ” maka Allah memberikan ampunan baginya. Uqbah ibnu Amr mengatakan bahawa ia pernah pula mendengar hadis tersebut dari Nabi Saw., dan beliau menjelaskan bahawa lelaki itu adalah tukang mencuri perlengkapan mayat yang telah dikubur dengan menggali kembali kuburnya.

Lihatlah bagaimana berkuasanya Allah. Maka, siapakah kamu wahai orang-orang kafir untuk mempersoalkan tentang apa yang Allah telah jadikan dan apa yang Allah mampu dan tidak mampu lakukan?


 

Ayat 80: Allah sambung dengan menceritakan apakah lagi sifatNya. Allah menceritakan lagi kekuasaanNya.

الَّذي جَعَلَ لَكُم مِّنَ الشَّجَرِ الأَخضَرِ نارًا فَإِذا أَنتُم مِّنهُ توقِدونَ

 
Sahih International

[It is] He who made for you from the green tree, fire, and then from it you ignite.

Malay

“Tuhan yang telah menjadikan api (boleh didapati) dari pohon-pohon yang hijau basah untuk kegunaan kamu, maka kamu pun selalu menyalakan api dari pohon-pohon itu”. 

 

الَّذِي جَعَلَ لَكُمْ مِّنَ الشَّجَرِ الْأَخْضَرِ نَارًا

Dialah juga yang menjadikan untuk faedah kamu, pokok-pokok yang hijau yang boleh mengeluarkan api;

Apabila dijemurkan pokok dan setelah ia jadi kering, kita boleh nyalakan api itu. Asalnya pokok itu telah hidup dari air, hingga menjadi hijau indah, berbuah dan berbunga, kemudian Allah menjadikannya kayu-kayu kering untuk menyalakan api.

Atau Allah hendak menarik perhatian kita kepada dua jenis pokok kayu yang apabila digesek bersama, akan mengeluarkan api. Iaitu pokok markh dan ‘afaar.

Musyrikin Mekah tidak dapat menerima kehidupan akan datang daripada tulang belulang yang telah mati. Tapi bagaimana dengan pokok-pokok itu yang telah mati, tapi masih lagi boleh mengeluarkan api? Allah boleh jadikan api dari pokok yang mati, maka Allah juga boleh hidupkan manusia yang telah mati.

Lihatlah bagaimana Allah telah memberikan kemudahan-kemudahan dalam dunia ini kepada kita. Siapakah yang mengajar kita bahawa dua pokok itu dapat mengeluarkan api? Tentulah Allah yang beri ilham kepada manusia untuk menggunakannya. Maknanya, Allah bukan sahaja mengajar manusia tentang ilmu syariat, tapi Allah juga memberi ilham kepada kita untuk menjalani kehidupan dalam alam ini. Allah telah mengingatkan kita tentang perkara ini dalam ayat 56:71 dan 72.

 

فَإِذَا أَنْتُمْ مِّنْهُ تُوقِدُونَ

Maka kamu darinya boleh nyalakan api

Pokok adalah satu kehidupan yang asalnya menghijau, kemudian jadi kering dan jadi reput. Ia memberi isyarat kepada kehidupan – manusia dari kecil menjadi dewasa dan di hujung usia akan jadi tua dan mengedut juga.

Jadi pokok itu boleh menghijau tapi dalam masa yang sama juga, ia juga boleh mengeluarkan api – isyarat kepada kematian. Kehidupan dan kematian ada dua perkara yang berdekatan sahaja. Hendaklah kita sentiasa mengingat kepada mati. Jadi hidup nak jadi mati, bukannya jauh pun. Sekelip mata sahaja ianya boleh terjadi.


 

Ayat 81: Satu lagi dalil untuk manusia untuk mengatakan Allah berkuasa untuk menghidupkan kembali manusia selepas matinya. 

أَوَلَيسَ الَّذي خَلَقَ السَّمٰوٰتِ وَالأَرضَ بِقٰدِرٍ عَلىٰ أَن يَخلُقَ مِثلَهُم ۚ بَلىٰ وَهُوَ الخَلّٰقُ العَليمُ

Sahih International

Is not He who created the heavens and the earth able to create the likes of them? Yes, [it is so]; and He is the Knowing Creator.

Malay

Tidakkah diakui dan tidakkah dipercayai bahawa Tuhan yang telah menciptakan langit dan bumi (yang demikian besarnya) – berkuasa menciptakan semula manusia sebagaimana Ia menciptakan mereka dahulu? Ya! Diakui dan dipercayai berkuasa! Dan Dia lah Pencipta yang tidak ada bandinganNya, lagi Yang Maha Mengetahui.

 

أَوَلَيْسَ الَّذِي خَلَقَ السَّمٰوٰتِ وَالْأَرْضَ

Bukankah Dia Dzat yang menciptakan tujuh langit dan tujuh bumi

Kalau alam yang begini besar pun Allah boleh cipta, tentulah Allah berkemampuan untuk menghidupkan kembali manusia. Allah Swt. telah berfirman:

{لَخَلْقُ السَّمَوَاتِ وَالأرْضِ أَكْبَرُ مِنْ خَلْقِ النَّاسِ}

Sesungguhnya penciptaan langit dan bumi lebih besar daripada penciptaan manusia. (Al-Ghafir: 57)

 

بِقٰدِرٍ

dengan kuasaNya

Allah boleh buat kerana Allah ada Qudrat yang Maha Berkuasa.

 

عَلَىٰ أَنْ يَخْلُقَ مِثْلَهُمْ

boleh menciptakan seperti mereka? 

Kalau Allah boleh mencipta alam yang maha luas ini, takkan Allah tak boleh nak cipta semula manusia sebagaimana Dia telah menciptakan manusia pertama kali dahulu? Tentulah Dia berkebolehan menghidupkan kembali manusia. Dan ayat ini semakna dengan apa yang disebutkan oleh Allah Swt. dalam ayat lain melalui firman-Nya:

{أَوَلَمْ يَرَوْا أَنَّ اللَّهَ الَّذِي خَلَقَ السَّمَوَاتِ وَالأرْضَ وَلَمْ يَعْيَ بِخَلْقِهِنَّ بِقَادِرٍ عَلَى أَنْ يُحْيِيَ الْمَوْتَى بَلَى إِنَّهُ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ}

Dan apakah mereka tidak memperhatikan, bahawa sesungguhnya Allah yang menciptakan langit dan bumi dan Dia tidak merasa payah menciptakannya, berkuasa menghidupkan orang-orang mati? Ya (bahkan) sesungguhnya Dia Mahakuasa atas segala sesuatu. (Al-Ahqaf: 33)

 

بَلَىٰ وَهُوَ الْخَلَٰقُ الْعَلِيمُ

Bahkan benar, dan Dialah yang Maha Pencipta lagi Maha Mengetahui

Bukan sahaja Allah mampu untuk mengumpulkan kembali tulang belulang mereka dan menghidupkan kembali mereka, tapi yang lagi susah dari itu pun Allah mampu. Allah mampu mengembalikan balik cap jari mereka. Setiap manusia dari mula kehidupan sampai kiamat nanti, mempunyai cap jari yang berbeza. Tapi Allah mampu mengembalikannya balik.

Allah adalah الْخَلَّاقُ – Maha Pencipta. Dia telah mencipta dari dulu sampai sekarang. Samada benda yang kita tahu atau benda yang tidak tercapai oleh daya imaginasi kita.

Bukan itu sahaja, Allah juga menyebutkan sifatNya الْعَلِيمُ – Maha Mengetahui. Selepas Dia cipta kita, Dia tahu apa yang kita perlukan. Maka Dia telah memberikan apa-apa sahaja keperluan kita untuk hidup di dunia ini kerana Allah Maha Tahu keperluan hidup kita.


 

Ayat 82: Adakah susah bagi Allah untuk mencipta? Tidak. Ini adalah salah satu cara penciptaan yang Allah gunakan.

إِنَّما أَمرُهُ إِذا أَرادَ شَيئًا أَن يَقولَ لَهُ كُن فَيَكونُ

 
Sahih International

His command is only when He intends a thing that He says to it, “Be,” and it is.

Malay

Sesungguhnya keadaan kekuasaanNya apabila Ia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah Ia berfirman kepada (hakikat) benda itu: ” Jadilah engkau! “. Maka ia terus menjadi.

 

إِنَّمَا أَمْرُهُ إِذَا أَرَادَ شَيْئًا

Sesungguhnya apabila Allah sudah buat keputusan berkehendak sesuatu

Allah juga ada kehendak (iradah) sepertimana kita juga ada kehendak. Tapi kehendak kita dan kehendak Allah tidak sama.

 

أَنْ يَقُولَ لَهُ كُنْ

hanya Dia perlu kata kepada benda yang Dia hendak cipta itu: Jadi!

Bila kita berkehendak, tidak semestinya kehendak kita itu akan dipenuhi. Tapi kehendak Allah akan dipenuhi dengan sempurna. Allah cakap ‘kun’ sahaja, maka terjadilah perkara itu.

Kalau begini mudahnya Allah hendak menjadikan sesuatu apa pun, tentulah mudah sahaja bagi Allah hendak menghidupkan semula manusia.

 

فَيَكُونُ

Maka jadilah. 

Ini bermakna, Allah hanya Dia memerintahkan sesuatu hanya dengan satu perintah, tidak perlu kepada pengulangan dan bantuan dari apa-apa pun. Juga tidak memerlukan satu proses kejadian yang susah. Senang sahaja Allah kalau hendak jadikan sesuatu, Dia hanya berkehendak sahaja.

Tapi, kena ada penjelasan sedikit tentang ayat ini. Kalau silap tafsir ayat ini, akan jadi salah faham. Apabila Dia hendak sesuatu, adakah perlu Dia berkata ‘kun’, baru terjadi benda itu? Sebenarnya, apabila Dia berkehendak/ingin sahaja, terus jadi. Tidak perlu Dia kata ‘kun’.

Maknanya, tujuan ayat ini hendak memberitahu mudahnya Allah nak jadikan sesuatu. Bukanlah kalau Allah nak jadikan janin manusia, Dia kena kata ‘kun’, untuk besarkan sikit, kena kata ‘kun’ dan seterusnya; Allah tidak perlu buat begitu. Kejadian itu boleh jadi dalam bentuk serta merta atau mengambil masa, ikut kehendak Allah. Seperti Allah jadikan malaikat dengan serta merta, tidak perlu ibu bapa. Tapi dalam penciptaan manusia, sembilan bulan baru beranak. Tidak sempurna lagi seseorang manusia masa itu. Itu baru lahir sahaja dan selepas itu baru boleh meniarap, berjalan dan sebagainya. Maknanya, itu adalah jenis penciptaan yang mengambil masa.

Allah ceritakan tentang ‘kun fayakun’ ini kerana Allah hendak menunjukkan kekuasaanNya. Kalau Allah nak jadikan manusia serta-merta pun boleh, seperti Allah jadikan malaikat. Dan begitulah nanti Allah akan bangkitkan semula makhluk di Mahsyar kelak – terus bangkit sahaja, tidak perlu nak dilahirkan semula.


 

Ayat 83: Allah simpulkan semua sekali dalam ayat ini. Jadi ini adalah khulasah surah ini.

فَسُبحٰنَ الَّذي بِيَدِهِ مَلَكوتُ كُلِّ شَيءٍ وَإِلَيهِ تُرجَعونَ

Sahih International

So exalted is He in whose hand is the realm of all things, and to Him you will be returned.

Malay

Oleh itu akuilah kesucian Allah (dengan mengucap: Subhaanallah!) – Tuhan yang memiliki dan menguasai tiap-tiap sesuatu, dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan.

 

فَسُبْحٰنَ الَّذِي بِيَدِهِ مَلَكُوتُ كُلِّ شَيْءٍ

Maha Suci Tuhan, Dzat yang di TanganNya sahaja kekuasaan segala sesuatu; 

Subhanallah – Allah itu suci dan bebas dari segala sifat kekurangan dan keburukan. Dan hanya kepadaNya kembali segala urusan. HakNya menciptakan dan memerintah alam ini.

Oleh itu, kesimpulan dari Surah Yaasin ini, kita hendaklah bertasbih dan memuji Allah diatas segala kehebatanNya dan kemurahanNya kepada kita.

Juga hendaklah kita beriktikad yang segala kerajaan adalah بِيَدِهِ (dalam tanganNya). Penggunaan perkataan بِيَدِهِ menunjukkan Dia berkuasa penuh. Allah tak berkongsi kerajaanNya itu dengan sesiapa pun. Allah tidak memerlukan wakil untuk mentadbir alam ini. Allah sendiri yang mengurus alam ini. Jadi kalau ada kefahaman yang Allah lantik para wali atau malaikat untuk menjadi wakil dalam mentadbir alam ini, itu adalah fahaman syirik (Syirk fi tasarruf).

Apakah yang Allah kuasai? Ianya adalah مَلَكُوتُ – ianya adalah satu perkataan yang lebih besar dari hanya مَلَكُ – kerajaan. Kalau kerajaan di dunia, manusia boleh lagi rampas dari seorang raja atau presiden itu. Tapi kalau مَلَكُوتُ Allah, tidak ada sesiapa yang boleh buat apa-apa. Itu adalah hak mutlaq Allah. مَلَكُوتُ Allah itu meliputi seluruh alam ini.

Perkataan مَلَكُوتُ juga bermakna penguasaan Allah itu bukan hanya penguasaan fizikal sahaja. Sebagai contoh, seorang tuan boleh menguasai hambanya; dia boleh suruh hamba itu buat kerja dan sebagainya. Tapi dia tidak dapat mengawal perasaan hamba itu. Dia tidak boleh arahkan hamba itu untuk suka atau duka. Tapi penguasaan Allah lain – penguasaan Allah adalah menyeluruh. Dia boleh memberi kita kesihatan dan sakit, suka atau gembira, tenang atau risau dan sebagainya. Tidak tercapai dalam pemikiran kita setakat mana penguasaan Allah taala atas kita.

Kita suka kalau dapat berkawan dengan orang yang berkuasa, bukan? Maka, siapakah yang lebih berkuasa dari Allah taala? Tidak ada lagi. Orang-orang yang beriman dahulu seperti para sahabat merapatkan diri mereka dengan Allah. Mereka dapat rasa bagaimana Allah sentiasa memerhatikan mereka. Mereka tahu bahawa segalanya ditentukan oleh Allah. Kerana itulah mereka tidak takut apa-apa dari makhluk. Kalau ada masalah apa-apa, mereka akan terus melakukan solat. Mereka rasa cukup dengan ada Allah sahaja. Ada sahabat yang mengatakan:

رضيت بالله ربا وبالإسلام دينا وبمحمد صلى الله عليه وسلم رسولا ونبيا.

Aku redha Allah sebagai Tuhanku, Islam sebagai agamaku dan Nabi Muhammad sebagai Rasul dan Nabiku.

 

وَإِلَيْهِ تُرْجَعُونَ

Kamu semua akan kembali kepadaNya;

Samada kamu taat kepadaNya atau tidak, kepada Dia juga kamu akan kembali. Apabila kembali kepadaNya, Dia akan membalas makhluk sesuai dengan amalan dan iman mereka.

Inilah yang amat penting untuk kita ingat sentiasa. Kita semua akan kembali kepadaNya. Samada hari ini atau esok, tidak tahu tapi ia pasti akan terjadi. Tidak ada orang yang tidak mati. Semuanya akan mati nanti akhirnya dan akan dihidupkan kembali untuk menerima balasan daripadaNya.

Allahu a’lam. Tamat tafsir Surah Yaasin.


Rujukan: 

Maulana Hadi

Ustaz Rosman

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

About tafsirsunnah

Blog mentafsir Quran berdasarkan fahaman Sunnah dan salafussoleh.
This entry was posted in Surah 036: Yaasin. Bookmark the permalink.

One Response to Tafsir Surah Yaasin Ayat 79 – 83 (Kun fayakun)

  1. Pingback: Tafsir Surah Yaasin Ayat 79 – 83

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s