Tafsir Surah Anbiya’ Ayat 25 – 30 (Big bang theory)

Ayat 25: Ayat Dalil Naqli Ijmali kerana disebut sekelian Nabi secara umum sahaja.

وَما أَرسَلنا مِن قَبلِكَ مِن رَّسولٍ إِلّا نوحي إِلَيهِ أَنَّهُ لا إِلٰهَ إِلّا أَنا فَاعبُدونِ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And We sent not before you any messenger except that We revealed to him that, “There is no deity except Me, so worship Me.”

(MELAYU)

Dan Kami tidak mengutus seorang rasulpun sebelum kamu melainkan Kami wahyukan kepadanya: “Bahwasanya tidak ada Tuhan (yang hak) melainkan Aku, maka sembahlah olehmu sekalian akan Aku”.

 

وَما أَرسَلنا مِن قَبلِكَ مِن رَّسولٍ إِلّا نوحي إِلَيهِ

Dan Kami tidak mengutus seorang rasulpun sebelum kamu melainkan Kami wahyukan kepadanya:

Semua para Rasul dan Nabi yang telah diutus sebelum Nabi Muhammad menerima mesej yang sama iaitu mesej tauhid. Maknanya setiap Rasul mesti akan membawa ajaran tauhid. Apakah mesej itu?

 

لا إِلٰهَ إِلّا أَنا فَاعبُدونِ

“Bahawasanya tidak ada ilah (yang hak) melainkan Aku, maka sembahlah olehmu sekalian akan Aku”.

Kesimpulan daripada seluruh wahyu yang Allah sampaikan adalah: tidak ada ilah selain Allah dan kerana itu kita kena menghambakan diri dan melakukan ibadah hanya kepada Allah. Dan dalam berdoa, hanya boleh berdoa kepada Allah sahaja. Ini adalah kerana, ilah itu adalah tempat sandaran hati dan tempat pengharapan kita semua.


 

Ayat 26: Ayat syikayah kerana ramai manusia yang menolak mesej tauhid itu. Mereka tidak amalkan tauhid.

وَقالُوا اتَّخَذَ الرَّحمٰنُ وَلَدًا ۗ سُبحٰنَهُ ۚ بَل عِبادٌ مُّكرَمونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And they say, “The Most Merciful has taken a son.” Exalted is He! Rather, they¹ are [but] honored servants.

•Those they claim to be “children” of Allāh, such as the angels, Ezra, Jesus, etc.

(MELAYU)

Dan mereka berkata: “Tuhan Yang Maha Pemurah telah mengambil (mempunyai) anak”, Maha Suci Allah. Sebenarnya mereka itu adalah hamba-hamba yang dimuliakan,

 

وَقالُوا اتَّخَذَ الرَّحمٰنُ وَلَدًا

Dan mereka berkata: “Tuhan Yang Maha Pemurah telah mengambil (mempunyai) anak”, 

Setelah disampaikan ajaran tauhid dengan jelas, tetapi ada ramai dikalangan manusia yang melakukan syirik dengan mengatakan yang Allah mengambil anak.

Sebenarnya yang dimaksudkan bukanlah anak sebenar Allah, tetapi ‘wakil’ atau ‘naqib’. Mereka mengatakan Allah mempunyai wakil-wakil yang boleh menyampaikan doa mereka kepada Allah. Kerana mereka kata Allah tidak layan permintaan doa kita kerana kita hina dan banyak dosa, tapi kalau doa itu disampaikan oleh wakilNya, ia akan makbul.

 

سُبحٰنَهُ

Maha Suci Allah.

‘Subahanallah’ bermaksud tidak boleh merendahkan seseorang yang terlalu tinggi. Allah maha tinggi maka tidak boleh nak samakan Allah makhluk yang sifat makhluk. Kalau makhluk, memanglah ada anak dan ada wakil dalam pemerintahan kerajaan. Sebagai contoh, kalau kita nak jumpa menteri, mungkin payah kerana kita rakyat jelata sahaja. Maka kerana itu selalunya manusia akan berjumpa dengan wakil menteri untuk sampaikan permintaan, bukan?

Tapi itu adalah sifat makhluk! Allah tidak perlukan wakil untuk dengar permintaan doa kita kerana Allah Maha Mandengar, Maha Melihat. Dan Allah tahu apa yang kita perlukan. Allah rapat dengan kita, maka apa lagi perlunya wakil!?

 

بَل عِبادٌ مُّكرَمونَ

Sebenarnya mereka itu adalah hamba-hamba yang dimuliakan,

Tapi kerana ada fahaman yang syirik, maka manusia melantik sendiri wakil-wakil Allah walaupun Allah tidak pernah ajar begitu. Manusia akan melantik ilah-ilah dari kalangan Nabi, wali dan malaikat.

Memang tidak patut orang musyrik mengatakan sedemikian kerana individu-individu yang mereka katakan sebagai ‘anak Allah’ itu adalah makhluk yang mulia. Ini adalah kerana mereka itu adalah Nabi, wali dan malaikat. Dan memang salah faham manusia mereka akan mengambil Nabi wali dan malaikat ini sebagai perantaraan kepada Allah kerana mereka berfahaman bahawa mereka itu mulia, maka Allah memberi kelebihan menyampaikan doa kepadaNya.

Memang mereka mulia, dan kerana itu mereka takkan pernah kata yang mereka itu adalah anak Allah atau wakil Allah.


 

Ayat 27: Kenapa mereka mulia di sisi Allah?

لا يَسبِقونَهُ بِالقَولِ وَهُم بِأَمرِهِ يَعمَلونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

They cannot precede Him in word, and they act by His command.

(MELAYU)

mereka itu tidak mendahului-Nya dengan perkataan dan mereka mengerjakan perintah-perintah-Nya.

 

لا يَسبِقونَهُ بِالقَولِ

mereka itu tidak mendahului-Nya dengan perkataan

Dalam ayat sebelum ini Allah telah  menghormati mereka yang rapat denganNya dan di dalam ayat ini ditunjukkan bagaimana mereka pun amat menghormati Allah. Mereka tidak bercakap sebelum Allah bercakap dan ini adalah tanda penghormatan. Macam kita sebagai pelajar pun, tentu tidak beradab jikalau kita cakap sebelum guru kita bercakap. Dan kalau guru bercakap kita kena biarkan guru itu bercakap sampai habis. Jangan potong kata kata guru.

Dan maksud yang kedua, mereka tidak mendahului Allah dengan mengatakan perkara yang Allah tidak pernah cakap. Maka adakah pernah Nabi, wali dan malaikat itu kata yang mereka itu adalah wakil Allah? Tentu tidak pernah. Jadi kenapa kamu wahai manusia memandai-mandai mengatakan makhluk yang mulia itu sebagai wakil Allah?

 

وَهُم بِأَمرِهِ يَعمَلونَ

dan mereka mengerjakan perintah-perintah-Nya.

Dan apa saja arahan yang diberikan oleh Allah, mereka pasti melakukannya. Mereka taat dan tidak akan melanggarnya. Apa sahaja yang Allah suruh mereka buat, mereka akan lakukan. Bukannya macam musyrikin yang sentiasa melanggar arahan Allah. Allah larang jadikan ilah selain DiriNya tapi ramai manusia yang langgar perintah itu. Allah suruh tauhid, tapi mereka buat syirik pula.


 

Ayat 28:

يَعلَمُ ما بَينَ أَيديهِم وَما خَلفَهُم وَلا يَشفَعونَ إِلّا لِمَنِ ارتَضىٰ وَهُم مِن خَشيَتِهِ مُشفِقونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

He knows what is [presently] before them and what will be after them,¹ and they cannot intercede except on behalf of one whom He approves. And they, from fear of Him, are apprehensive.

•See footnote to 2:255.

(MELAYU)

Allah mengetahui segala sesuatu yang di hadapan mereka dan yang di belakang mereka, dan mereka tiada memberi syafa’at melainkan kepada orang yang diredhai Allah, dan mereka itu selalu berhati-hati kerana takut kepada-Nya.

 

يَعلَمُ ما بَينَ أَيديهِم وَما خَلفَهُم

Allah mengetahui segala sesuatu yang dihadapan mereka dan yang di belakang mereka, 

Allah mengetahui apa yang sedang berlaku dan apa yang telah berlaku. Maka tidak perlu nak ajar Allah. Segala maklumat dalam tangan Allah.

 

وَلا يَشفَعونَ إِلّا لِمَنِ ارتَضىٰ

dan mereka tiada memberi syafa’at melainkan kepada orang yang diredhai Allah,

Dan mereka tidak akan memberi syafaat kepada sesiapa pun melainkan hanya kepada mereka yang diredhai oleh Allah. Ini disebut dalam firman-Nya dalam ayat lain.

{وَلا تَنْفَعُ الشَّفَاعَةُ عِنْدَهُ إِلا لِمَنْ أَذِنَ لَهُ}

Dan tiadalah berguna syafaat di sisi Allah melainkan bagi orang yang telah diizinkan-Nya memperoleh syafaat itu. (Saba: 23)

Sebelum ini telah disebut yang Allah tahu segala apa yang terjadi – depan dan belakang – masa hadapan dan masa lampau.

Dalam memberi Syafaat, sebenarnya mereka yang memberi Syafaat itu, hanya memberikan rekomen sahaja. Macam kita nak rekomendasi seseorang untuk masuk kerja. Kita beritahu kepada orang yang buat keputusan tentang pengambilan kerja itu, mungkin bos besar, ambillah orang ini kerana dia bagus, pandai buat kerja dan sebagainya. Kerana orang yang buat keputusan itu tidak kenal orang yang minta kerja itu.

Tapi bagaimana makhluk nak rekomen seseorang kepada Allah sedangkan Allah memang sudah tahu segala-galanya? Depan belakang Dia tahu dah. Tak payah kita nak ajar atau beri maklumat kepada Allah.

Maka Nabi, wali dan malaikat itu hanya boleh beri Syafaat kepada mereka yang Allah sendiri telah redha untuk menerima Syafaat. Maka mereka yang layak sahaja yang boleh dapat Syafaat. Jadi kalau manusia ada buat syirik, memang tidak layak dapat Syafaat langsung. Maka kalau mereka berharap Nabi, wali dan malaikat yang mereka sembah itu akan bantu dengan beri Syafaat, mereka amat tersasar jauh.

 

وَهُم مِن خَشيَتِهِ مُشفِقونَ

dan mereka itu selalu berhati-hati kerana takut kepada-Nya.

Bagaimanakah para Nabi, wali dan malaikat itu boleh memberi syafaat kepada sesiapa sahaja sedangkan mereka sendiri takut dengan hal keadaan mereka sendiri? Kalau mereka sendiri sudah takut kepada Allah, adakah kamu rasa yang mereka berani nak rekomen kamu yang buat syirik?

Kerana itu di dalam satu hadis yang masyhur, kita telah belajar bagaimana di  Mahsyar nanti apabila manusia pergi meminta syafaat daripada Rasul-rasul mereka, Rasul mereka menjawab: nafsi nafsi (diriku, diriku). Mereka sendiri pun risaukan keadaan diri mereka. Maka jangan haraplah kamu ada peluang.

Mereka itu takut kepada Allah kerana mereka itu kenal Allah. Mereka takut jikalau mereka ada melakukan kesalahan atau kesilapan yang berlainan dengan kehendak Allah. Itulah sifat yang mulia – tidak terus yakin yang diri mereka selamat.  Mereka yang yakin selamatkan yang tidak selamat.


 

Ayat 29:

۞ وَمَن يَقُل مِنهُم إِنّي إِلٰهٌ مِّن دونِهِ فَذٰلِكَ نَجزيهِ جَهَنَّمَ ۚ كَذٰلِكَ نَجزِي الظّٰلِمينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And whoever of them should say, “Indeed, I am a god besides Him” – that one We would recompense with Hell. Thus do We recompense the wrongdoers.

(MELAYU)

Dan barangsiapa di antara mereka, mengatakan: “Sesungguhnya Aku adalah tuhan selain daripada Allah”, maka orang itu Kami beri balasan dengan Jahannam, demikian Kami memberikan pembalasan kepada orang-orang zalim.

 

وَمَن يَقُل مِنهُم إِنّي إِلٰهٌ مِّن دونِهِ فَذٰلِكَ نَجزيهِ جَهَنَّمَ

Dan barangsiapa di antara mereka, mengatakan: “Sesungguhnya Aku adalah ilah selain daripada Allah”, maka orang itu Kami beri balasan dengan Jahannam, 

Kalimah itu dalam bentuk majzoom tetapi tidak ada penjelasannya maka ia bermaksud: ‘jika ada mereka berkata begitu’. Kerana Allah berkata tentang para rasul yang dikatakan oleh orang syirik yang mereka telah mengaku sebagai ilah dan sekarang Allah berkata ‘jika’ ada sahaja, kerana pasti mereka tidak akan berkata begitu. Ini hanya hypothetical sahaja.

 

كَذٰلِكَ نَجزِي الظّٰلِمينَ

demikian Kami memberikan pembalasan kepada orang-orang zalim.

Kalaulah ada para rasul itu yang mengatakan mereka itu ilah selain Allah, maka pasti mereka akan dimasukkan ke dalam neraka sebagai balasan yang setimpal. Tapi seperti kita telah sebut, mereka tidak ada pun berkata begitu. Golongan manusia yang jahil sahaja yang mengatakan demikian. Yang dipuja itu sendiri tidak mengaku.

Begitu juga, kalau ada yang mengatakan ada ilah selain Allah, mereka juga kena azab juga nanti.


 

Ayat 30: Ayat dalil aqli.

أَوَلَم يَرَ الَّذينَ كَفَروا أَنَّ السَّمٰوٰتِ وَالأَرضَ كانَتا رَتقًا فَفَتَقنٰهُما ۖ وَجَعَلنا مِنَ الماءِ كُلَّ شَيءٍ حَيٍّ ۖ أَفَلا يُؤمِنونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Have those who disbelieved not considered that the heavens and the earth were a joined entity, and We separated them and made from water every living thing? Then will they not believe?

(MELAYU)

Dan apakah orang-orang yang kafir tidak mengetahui bahawasanya langit dan bumi itu keduanya dahulu adalah suatu yang padu, kemudian Kami pisahkan antara keduanya. Dan dari air Kami jadikan segala sesuatu yang hidup. Maka mengapakah mereka tiada juga beriman?

 

أَوَلَم يَرَ الَّذينَ كَفَروا أَنَّ السَّمٰوٰتِ وَالأَرضَ كانَتا رَتقًا

Dan apakah orang-orang yang kafir tidak mengetahui bahawasanya langit dan bumi itu keduanya dahulu adalah suatu yang padu,

Tidakkah mereka yang kufur itu lihat dan memikirkan bahawa langit dan bumi itu asalnya adalah bersatu? Iaitu tidak terpisah seperti sekarang.

Kalimah ‘tengok’ yang digunakan dalam ayat ini bermaksud ‘tahu’ – “tidakkah kamu tahu?”. Ini adalah kerana tidak ada sesiapa pun yang melihat awal kejadian alam ini.

Memanglah kita tidak tahu perkara ini mereka kita tak mampu nak capai maklumat itu kerana Ianya berlaku lama sebelum kita sendiri lahir. Maka tujuan Allah tanya itu adalah caraNya untuk memberitahu maklumat ini kepada kita.

 

فَفَتَقنٰهُما

kemudian Kami pisahkan antara keduanya. 

Kemudian Allah pisahkan antara langit dan bumi itu. Ada yang mengatakan ayat ini menceritakan tentang Teori Big Bang. Dan memang ada persamaan teori itu dan apa yang disebut dalam ayat ini.

Allah memang suruh kita buat kajian tentang alam. Ini menambahkan kefahaman dan iman kita kepada Allah. Semoga semakin ramai umat Islam menceburi bidang kajian ini supaya dapat menjelaskan tentang alam ini dari perspektif Islam. Kita memang memerlukan sains ditafsir dalam kaca mata Islam. Kerana Islam tidak berlawanan dengan sains dan apabila kita ligat sains dan Qur’an sama sahaja, ini akan menambahkan keimanan kita.

 

وَجَعَلنا مِنَ الماءِ كُلَّ شَيءٍ حَيٍّ

Dan dari air Kami jadikan segala sesuatu yang hidup.

Dan Allah menjadikan semua benda yang hidup dari air. Dan memang kajian Sains sekarang pun sudah menerima bahawa asal kejadian semua yang hidup adalah dari air. Kerana itu kalau kajian pada planet selain bumi, yang dicari adalah sumber air kerana jikalau ada sumber air di planet itu, ia menunjukkan bahawa ada kemungkinan ada kehidupan di situ.

Akan tetapi timbul persoalan kenapa orang-orang yang engkar itu disuruh melihat kejadian alam ini sedangkan mereka tidak boleh lihat pun. Mereka tidak ada kemungkinan untuk mengkajinya. Waktu itu mereka hanya disuruh untuk memikirkan sahaja dari pada mana asal mereka tetapi kita sekarang hidup pada zaman yang dapat lebih memahami ayat ini. Allah hendak memberitahu bahawa dia lah yang menjadikan alam ini maka dia dah sahaja yang boleh mencerita kan satu persatu kejadian itu. Maka setelah tahu yang Allah yang menjadikan alam ini maka pujuklah Allah sahaja dan berdoalah kepada Allah sahaja dan mengapa hendak memujuk dan berdoa kepada selain Allah?

 

أَفَلا يُؤمِنونَ

Maka mengapakah mereka tiada juga beriman?

Maka elok kalau untuk lebih memahami ayat-ayat sebegini kita mencari maklumat maklumat sains yang dapat menguatkan lagi fahaman kita tentang alam ini. Dah memang banyak dokumentari yang menceritakan tentang kejadian alam ini dan kita boleh lihat bagaimana pemberita yang memberitahu dokumentari itu sangat takjub dengan alam ini tetapi kita hairan kenapa mereka tidak takjub dengan Allah, Tuhan yang menjadikan alam ini?

Allahu a’lam.


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

About tafsirsunnah

Blog mentafsir Quran berdasarkan fahaman Sunnah dan salafussoleh.
This entry was posted in Surah 021: Anbiya'. Bookmark the permalink.

One Response to Tafsir Surah Anbiya’ Ayat 25 – 30 (Big bang theory)

  1. Pingback: Tafsir Surah Anbiya’ Ayat 25 – 30 (Big bang theory)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s