Tafsir Surah Anbiya’ Ayat 5 – 10 (Para Rasul itu golongan manusia)

Ayat 5: Dalam ayat sebelum ini telah disebut bagaimana musyrikin Mekah menolak Nabi Muhammad dengan menuduh sesiapa yang mengikut baginda itu telah terkena sihir. Tapi mereka bukan  kata sihir sahaja. Ada lagi tuduhan mereka.

بَل قالوا أَضغٰثُ أَحلٰمٍ بَلِ افتَرٰهُ بَل هُوَ شاعِرٌ فَليَأتِنا بِئٰيَةٍ كَما أُرسِلَ الأَوَّلونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

But they say, “[The revelation is but] a mixture of false dreams; rather, he has invented it; rather, he is a poet. So let him bring us a sign just as the previous [messengers] were sent [with miracles].”

(MELAYU)

Bahkan mereka berkata (pula): “(Al Quran itu adalah) mimpi-mimpi yang kalut, malah diada-adakannya, bahkan dia sendiri seorang penyair, maka hendaknya ia mendatangkan kepada kita suatu mukjizat, sebagaimana rasul-rasul yang telah lalu diutus”.

 

بَل قالوا أَضغٰثُ أَحلٰمٍ

Bahkan mereka berkata (pula): “(Al Quran itu adalah) mimpi-mimpi yang kalut,

Mereka nak kata yang apa yang dialami oleh Nabi Muhammad itu adalah mimpi buruk sahaja dan cerita di dalamnya kelam kabut, sampaikan apa yang diberitahu itu tidak masuk akal. Mereka kata apa yang diterima oleh baginda adalah mimpi karut sahaja.

Tuduhan ini lagi teruk dari tuduhan sihir kerana kalau sihir, ia tetap kena belajar. Tapi apabila dikatakan mimpi buruk, itu terima sahaja dan entah dari mana datangnya.

 

بَلِ افتَرٰهُ

malah diada-adakannya,

Lagi teruk lagi, mereka kata yang Nabi Muhammad menipu dengan reka sahaja apa yang disampaikan itu.

 

بَل هُوَ شاعِرٌ

bahkan dia sendiri seorang penyair,

Kemudian ada pula yang kata Nabi Muhammad itu seorang penyair pula.

Jadi kita boleh lihat bagaimana mereka menggunakan berbagai-bagai hujah dan tohmahan yang diberikan kepada khalayak ramai. Mereka bagi banyak pilihan, supaya adalah salah satu yang dipercayai oleh orang ramai.

Macam juga penentang sunnah sekarang. Macam-macam tuduhan yang dikenakan kepada mereka yang hendak mengamalkan sunnah. Tidak dapat dilawan dengan hujah, dikoreknya segala hal peribadi para pendakwah dan diserang menggunakan isu peribadi.

 

فَليَأتِنا بِئٰيَةٍ كَما أُرسِلَ الأَوَّلونَ

maka hendaknya ia mendatangkan kepada kita suatu mukjizat, sebagaimana rasul-rasul yang telah lalu diutus”.

Dan ada juga yang beri cadangan untuk Nabi Muhammad mengeluarkan mukjizat untuk membuktikan kenabian baginda. Mereka bermaksud mukjizat-mukjizat seperti unta Nabi Saleh, mukjizatnya tongkat Musa dan mukjizat Nabi Isa.

Musyrikin Mekah memang banyak meminta-minta mukjizat ditunjukkan kepada mereka. Memang berat-berat sekali perkara yang mereka mintakan itu. Dan walaupun Allah boleh melakukannya tetapi Allah tidak mahu melakukannya. Allah telah jawab di dalam surah Al Isra bahawa Allah tidak memberikannya kepada mereka kerana Allah tahu yang jikalau diberikan juga, mereka tidak akan beriman seperti yang telah berlaku kepada kaum-kaum yang terdahulu. Ada yang telah meminta mukjizat ditunjukkan kepada mereka dan Allah beri mukjizat itu. Tapi kemudiannya mereka tolak juga Rasul mereka walaupun mukjizat telah diberikan. Perkara ini banyak diberitakan dalam ayat-ayat yang lain. Allah sebut tentang ini dalam ayat yang lain:

وَمَا مَنَعَنَا أَنْ نُرْسِلَ بِالآيَاتِ إِلا أَنْ كَذَّبَ بِهَا الأوَّلُونَ وَآتَيْنَا ثَمُودَ النَّاقَةَ مُبْصِرَةً فَظَلَمُوا بِهَا}

Dan sekali-kali tidak ada yang menghalangi Kami mengirimkan (kepadamu) tanda-tanda (kekuasaan Kami), melainkan kerana tanda-tanda itu telah didustakan oleh orang-orang dahulu. (Al-Isra: 59), hingga akhir ayat.

Dan kerana mereka telah menolak mukjizat yang mereka minta sendiri maka mereka telah dihancurkan. Maka Allah tidak mahu itu terjadi kepada umat Nabi Muhammad kerana umat Nabi Muhammad adalah umat yang terakhir. Kerana jikalau mereka dihancurkan semua sekali, maka tidaklah ada lagi umat manusia. Jadi kita kena sedar bahawa penolakan Allah ini adalah di atas sifat rahmatNya.


 

Ayat 6: Jawap kepada syikafah dan takhwif duniawi.

ما ءآمَنَت قَبلَهُم مِّن قَريَةٍ أَهلَكنٰها ۖ أَفَهُم يُؤمِنونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Not a [single] city which We destroyed believed before them,¹ so will they believe?

•    Even though they had witnessed signs and miracles.

(MELAYU)

Tidak ada (penduduk) suatu negeripun yang beriman yang Kami telah membinasakannya sebelum mereka; maka apakah mereka akan beriman?

 

ما ءآمَنَت قَبلَهُم مِن قَريَةٍ أَهلَكنٰها

Tidak ada (penduduk) suatu negeripun yang beriman yang Kami telah membinasakannya sebelum mereka;

Allah beritahu di dalam ayat ini bahawa tidak ada satu kaum pun sebelum mereka yang beriman setelah ditunjukkan mukjizat yang mereka minta. Dah diberikan mukjizat pun mereka tidak terima. Maka kalau diberikan juga mukjizat yang diminta oleh mereka itu, Allah sudah tahu yang mereka memang tidak akan beriman juga.

{إِنَّ الَّذِينَ حَقَّتْ عَلَيْهِمْ كَلِمَةُ رَبِّكَ لَا يُؤْمِنُونَ وَلَوْ جَاءَتْهُمْ كُلُّ آيَةٍ حَتَّى يَرَوُا الْعَذَابَ الألِيمَ}

Sesungguhnya orang-orang yang telah pasti terhadap mereka kalimat Tuhanmu, tidaklah akan beriman, meskipun datang kepada mereka segala macam keterangan, hingga mereka menyaksikan azab yang pedih. (Yunus: 96-97)

Kerana mereka menolak untuk beriman setelah diberikan dengan mukjizat yang diminta, Allah musnahkan mereka.

 

أَفَهُم يُؤمِنونَ

maka apakah mereka akan beriman?

Banyak daerah yang kufur dan mereka dimusnahkan. Mereka nak jadi macam itukah? Mana-mana yang minta mukjizat dan dizahirkan, kaum itu derhaka juga. Maka tak payahlah minta-minta.


 

Ayat 7: Jawapan lagi kepada kesamaran mereka.

وَما أَرسَلنا قَبلَكَ إِلّا رِجالًا نّوحي إِلَيهِم ۖ فَاسئلوا أَهلَ الذِّكرِ إِن كُنتُم لا تَعلَمونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And We sent not before you, [O Muḥammad], except men to whom We revealed [the message], so ask the people of the message [i.e., former scriptures] if you do not know.

(MELAYU)

Kami tiada mengutus rasul rasul sebelum kamu (Muhammad), melainkan beberapa orang-laki-laki yang Kami beri wahyu kepada mereka, maka tanyakanlah olehmu kepada orang-orang yang berilmu, jika kamu tiada mengetahui.

 

وَما أَرسَلنا قَبلَكَ إِلّا رِجالًا

Kami tiada mengutus rasul-rasul sebelum kamu (Muhammad), melainkan beberapa orang-laki-laki

Dan Allah berhujah kepada mereka yang menolak Nabi itu: kalau kamu rasa Rasulullah itu hanya seorang manusia (sampai tidak boleh dipercayai dan diikuti), maka ketahuilah bahawa sebelum baginda pun, yang dinaikkan menjadi Rasul adalah dari kalangan manusia juga, bukan golongan malaikat pun. Maka jangan peliklah apabila Rasul yang menyampaikan ajaran agama ini dari kalangan manusia bukannya dari kalangan jin.

Memang Nabi Muhammad bukanlah Rasul yang pertama seperti firman Allah:

{قُلْ مَا كُنْتُ بِدْعًا مِنَ الرُّسُلِ}

Katakanlah “Aku bukanlah rasul yang pertama di antara rasul-rasul.” (Al-Ahqaf: 9)

Apabila dikatakan yang Rasul-Rasul dahulu dari kalangan manusia, maknanya tidak ada Nabi dari kalangan perempuan dan jin. Kerana kalimah ‘rijal’ bermaksud lelaki dewasa.

 

نّوحي إِلَيهِم

yang Kami beri wahyu kepada mereka,

Mereka itu semuanya manusia, tapi bezanya mereka itu dapat wahyu.

Kita pun sama sahaja dengan orang yang kita dakwahkan, cuma bezanya kita telah belajar wahyu sebelum orang lain.

 

فَاسئلوا أَهلَ الذِّكرِ إِن كُنتُم لا تَعلَمونَ

maka tanyakanlah olehmu kepada orang-orang yang berilmu, jika kamu tiada mengetahui.

Dan kalau kamu tidak tahu perkara itu kerana kamu tidak pernah ada kitab wahyu, maka tanyalah kepada ahli-ahli kitab yang ada pengetahuan tentang perkara itu. Kalimah الذِّكرِ dalam Qur’an  bermaksud ‘wahyu’. Mereka golongan yang ada kitab pada mereka. Mereka orang yang telah sampai ajaran agama kepada mereka. Maka boleh dikatakan mereka itu orang yang berilmu dan kerana itu mereka digelar ‘Ahli Kitab’.

Tentu kalau ditanya kepada ahli-ahli kitab itu, mereka akan memberitahu bahawa dari mula kejadian lagi, para rasul dan nabi adalah dari kalangan manusia dan mereka juga makan dan beristeri, pergi ke pasar dan ada ahli keluarga, jatuh sakit dan sebagainya. Sama macam manusia biasa juga. Jadi ini bukanlah perkara baru. Jadi kenapa mereka nak berhujah yang tidak patut seorang Rasul itu manusia? Melainkan itu adalah alasan untuk menolak sahaja.


 

Ayat 8: Ini adalah jawapan kepada hujah mereka yang kata kalau benar Nabi Muhammad itu seorang Rasul, mestilah ada sifat luar biasa.

وَما جَعَلنٰهُم جَسَدًا لّا يَأكُلونَ الطَّعامَ وَما كانوا خٰلِدينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And We did not make them [i.e., the prophets] forms not eating food,{{Like the angels. Rather, they were human beings with human attributes. nor were they immortal [on earth].

(MELAYU)

Dan tidaklah Kami jadikan mereka tubuh-tubuh yang tiada memakan makanan, dan tidak (pula) mereka itu orang-orang yang kekal.

 

وَما جَعَلنٰهُم جَسَدًا لّا يَأكُلونَ الطَّعامَ

Dan tidaklah Kami jadikan mereka tubuh-tubuh yang tiada memakan makanan,

Dan memang Allah angkat Rasul itu dari kalangan manusia dan tidaklah tubuh mereka tidak memerlukan makanan. Jasad mereka macam jasad manusia lain juga. Tidaklah jasad Nabi Muhammad itu dijadikan dari cahaya sampaikan tidak ada bayang pula. Dalam ayat lain Allah berfirman:

{وَمَا أَرْسَلْنَا قَبْلَكَ مِنَ الْمُرْسَلِينَ إِلا إِنَّهُمْ لَيَأْكُلُونَ الطَّعَامَ وَيَمْشُونَ فِي الأسْوَاقِ}

Dan Kami tidak mengutus rasul-rasul sebelummu, melainkan mereka sungguh memakan makanan dan berjalan di pasar-pasar. (Al-Furqan: 20)

Sifat kemanusian yang dimiliki oleh para Rasul ini tidak sedikit pun merendahkan martabat mereka sebagai utusan Allah.

 

وَما كانوا خالِدينَ

dan tidak (pula) mereka itu orang-orang yang kekal.

Dan tidaklah para rasul sebelum Nabi Muhammad itu kekal abadi. Sampai habis ajal mereka, maka mereka akan mati juga.

Ini juga menolak fahaman akidah mereka yang ghuluw yang mengatakan Nabi Muhammad tidak mati. Apabila mereka kata baginda tidak wafat itulah yang menyebabkan ada yang berdoa kepada baginda, sangka baginda datang ke majlis-majlis selawat dan sebagainya. Itu adalah fahaman yang salah.


 

Ayat 9: Ayat tasliah kepada Nabi.

ثُمَّ صَدَقنٰهُمُ الوَعدَ فَأَنجَينٰهُم وَمَن نَّشاءُ وَأَهلَكنَا المُسرِفينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Then¹ We fulfilled for them the promise, and We saved them and whom We willed and destroyed the transgressors.

    •    Once they had conveyed the message.

(MELAYU)

Kemudian Kami tepati janji kepada mereka. Maka Kami selamatkan mereka dan orang-orang yang Kami kehendaki dan Kami binasakan orang-orang yang melampaui batas.

 

ثُمَّ صَدَقنٰهُمُ الوَعدَ

Kemudian Kami tepati janji kepada mereka.

Dan Allah telah menepati janji yang diberikanNya kepada Rasulullah. Apakah janji yang dimaksudkan? Jikalau mereka tidak menerima wahyu dan melakukan kezaliman, maka mereka akan dihancurkan.

 

فَأَنجَينٰهُم وَمَن نَشاءُ

Maka Kami selamatkan mereka dan orang-orang yang Kami kehendaki

Dan apabila Allah telah mengenakan azab yang menghancurkan kepada sesuatu kaum itu, Allah akan menyelamatkan para rasul itu dan sesiapa yang Allah mahu selamatkan dari pengikut mereka. Mereka akan disuruh untuk keluar menyelamatkan diri mereka sebelum azab dikenakan.

 

وَأَهلَكنَا المُسرِفينَ

dan Kami binasakan orang-orang yang melampaui batas.

Allah pasti akan menghancurkan kaum yang melampau batas. Iaitu bukan sahaja mereka melampau dalam perkara akidah, tapi mereka melampau dengan penyebar tauhid. Iaitu mereka hendak menyakiti para Rasul dan para pendakwah. Apabila Rasul dan pendakwah itu berdoa kepada Allah, maka Allah akan kabulkan doa itu dengan menghancurkan mereka yang melampau itu.


 

Ayat 10: Targhib kepada mempelajari Qur’an. Maka Allah menceritakan kelebihan Qur’an itu.

لَقَد أَنزَلنا إِلَيكُم كِتٰبًا فيهِ ذِكرُكُم ۖ أَفَلا تَعقِلونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

We have certainly sent down to you a Book [i.e., the Qur’ān] in which is your mention.¹ Then will you not reason?

    •    This implies the honor of having been mentioned or addressed. Another meaning is “your reminder.”

(MELAYU)

Sesungguhnya telah Kami turunkan kepada kamu sebuah kitab yang di dalamnya terdapat penyebutan tentangmu. Maka apakah kamu tidak menggunakan akal?

 

لَقَد أَنزَلنا إِلَيكُم كِتٰبًا

Sesungguhnya telah Kami turunkan kepada kamu sebuah kitab

Allah memberitahu yang Dia telah menurunkan kitab untuk manusia. Ianya untuk seluruh manusia. Bukan panduan kepada orang Islam sahaja. Kandungan di dalam Qur’an itu pula memang berkenaan mereka. Oleh kerana ayat ini tidak dimulai dengan siapakah yang dimaksudkan, maka ianya bermaksud seluruh manusia. Allah memberitahu bahawa kandungan di dalam kitab-kitab itu adalah berkenaan manusia itu sendiri.

 

فيهِ ذِكرُكُم

yang di dalamnya terdapat penyebutan tentangmu.

Ada beberapa tafsir berkenaan ayat ini.

Kisah-kisah di dalam kitab itu releven dengan apa yang dialami oleh kita. Sebagai contoh, apabila kita membaca kisah Nabi Ibrahim dengan ayahnya di dalam Qur’an, maka kita akan terkenang bagaimana perhubungan kita dengan ayah kita juga. Kadangkala kita pun kena dakwah kepada ayah kita juga dan ayah kita pula menentang  Apabila kita membaca kisah Nabi Yusuf dan bagaimana dugaan dengan nafsu yang dialaminya, maka kita teringat kepada cubaan kepada kita yang berkenaan dengan nafsu juga.

Maksud kedua ayat ini, Qur’an ini sepatutnya digunakan sebagai zikr harian kita. Dalam banyak-banyak lafaz zikr, kalimah Qur’an adalah yang terbaik sekali.

Ketiganya, di dalam Qur’an itu mengandungi peringatan kepada hukum-hukum Allah yang kita kena taati. Dan hukum yang Allah kenakan kepada kita itu adalah amat bersesuaian dengan zaman kita. Maka janganlah ada yang kata hukum-hukum itu tidak sesuai untuk di amalkan.

Yang keempat, Ibnu Abbas mengatakan, makna ذِكرُكُم ialah ‘sebab-sebab kemuliaan bagi kalian’. Maknanya Arab Quraish itu menjadi terkenal sampai bila-bila kerana merekalah orang pertama yang menerima wahyu Qur’an ini. Ianya memperkatakan tentang diri mereka yang dijadikan contoh sepanjang zaman. Samada baik atau buruk, Ianya tentang mereka dan sikap mereka.

 

أَفَلا تَعقِلونَ

Maka apakah kamu tidak menggunakan akal?

Maka lihatlah ayat-ayat Qur’an itu dan pelajarilah. Tadabburlah ayat-ayat Qur’an itu supaya kita dapat ambil pengajaran darinya. Ia ada banyak hikmah di dalamnya. Semakin dibaca semakin menarik dan memberi manfaat. Tidakkah kamu mahu menggunakan akal kamu dan mengenali Qur’an ini?

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya.


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

About tafsirsunnah

Blog mentafsir Quran berdasarkan fahaman Sunnah dan salafussoleh.
This entry was posted in Surah 021: Anbiya'. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s