Tafsir Surah Anbiya’ Ayat 1 – 4 (Allah Maha Mendengar)

Pengenalan:

Dalam Surah Taha ada disebut kisah Nabi Musa dan Nabi Adam. Kali ini disebut para Nabi yang lain. Mereka ini telah bersusah payah menyampaikan risalah Allah kepada umat mereka. Tujuannya supaya manusia taat kepada Allah sebelum mereka mati. Dan supaya manusia itu dimasukkan ke dalam syurga. Kerana tujuan yang mulia inilah yang menyebabkan mereka bertungkus lumus menyampaikan mesej dakwah kepada manusia.

Dakwa Surah ini ada dalam ayat ketiga. Iaitu hendak memberitahu sifat Allah yang Maha Mengetahui. Kerana itu kena seru Dia sahaja dalam ibadat dan doa kerana Dia sahaja yang tahu semua perkara. Kalau kita berdoa kepada selain Allah, mereka tidak dapat nak memberikan apa-apa kerana mereka tidak mengetahui segala-galanya. Kerana kalau kita minta sesuatu, tentulah kita nak berharap kepada Tuhan yang tahu apa yang kita hendak dan perlukan. Kita juga berharap kepada Tuhab yang tahu bagaimana hendak memberikan apa yang kita hendak.

Dan surah ini juga hendak memberitahu yang Allah tiada wakil atau perantara dalam doa. Dan Allah murka kepada hamba yang kata Allah memerlukan wakil dalam doa. Kita kena doa terus kepada Allah dan jangan menggunakan wasilah.


Ayat 1: Zajrun.

اقتَرَبَ لِلنّاسِ حِسابُهُم وَهُم في غَفلَةٍ مُعرِضونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Al-Anbiyā’: The Prophets.

[The time of] their account has approached for the people, while they are in heedlessness turning away.

(MELAYU)

Telah dekat kepada manusia hari menghisab segala amalan mereka, sedang mereka berada dalam kelalaian lagi berpaling (daripadanya).

 

اقتَرَبَ لِلنّاسِ حِسابُهُم

Telah dekat kepada manusia hari menghisab segala amalan mereka,

Ingatlah yang Hari Kiamat itu sudah dekat – kita sahaja sangka ia lama, tapi ia akan datang tidak lama lagi. Apabila Allah menceritakan tentang hari hisab yang sudah hampir, ini bermakna yang surah ini banyak mengandungi ancaman-ancaman di dalamnya. Ini memberi isyarat kepada apa yang kita akan hadapi selepas ini, kerana kadang-kadang Allah memulakan surah dengan berita Rahmah dan kadang-kadang dengan ancaman.

Apabila dah mati, tidak ada peluang nak bertaubat. Maka kenalah kita ambil peluang semasa masih hidup ini untuk bertaubat dan ubah cara hidup kita.

 

وَهُم في غَفلَةٍ مُعرِضونَ

sedang mereka berada dalam kelalaian lagi berpaling

Akan tetapi kebanyakan manusia tidak beri perhatian kepada akhirat kerana lalai dengan dunia. Kerana itu mereka menolak kebenaran kerana mereka lebih sayangkan dunia. Oleh kerana itu, mereka tidak buat persiapan untuk menghadapi akhirat. Mereka lalai dari belajar wahyu dan memahami arahan dari Allah. Mereka hidup mengikut cara yang mereka suka sahaja.


 

Ayat 2: Ini adalah huraian kepada maksud hati yang lalai.

ما يَأتيهِم مِّن ذِكرٍ مِّن رَّبِّهِم مُّحدَثٍ إِلَّا استَمَعوهُ وَهُم يَلعَبونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

No mention [i.e., revelation] comes to them anew from their Lord except that they listen to it while they are at play

(MELAYU)

Tidak datang kepada mereka suatu ayat Al Qur’an pun yang baru (di-turunkan) dari Tuhan mereka, melainkan mereka mendengarnya, sedang mereka bermain-main,

 

ما يَأتيهِم مِن ذِكرٍ مِن رَبِّهِم مُحدَثٍ

Tidak datang kepada mereka suatu ayat Al Qur’an pun yang baru (di-turunkan) dari Tuhan mereka,

ذِكرٍ bermaksud apa yang disampaikan dalam Qur’an ini bukanlah perkara yang baru (cuma nak ingatkan sahaja). Kerana kalau kita ‘ingatkan’ seseorang, ia bermaksud mengingatkan dia kepada perkara yang dia sudah tahu pun. Ini adalah kerana apa yang disampaikan dalam Qur’an ini adalah perkara yang sudah ada fitrah manusia.

Jadi apa yang disampaikan dalam Qur’an ini adalah perkara yang manusia sudah tahu pun, tetapi apabila dibacakan kepada mereka, seolah-olah mereka mendengarnya buat pertama kali dan kerana itu digunakan kalimah مُحدَثٍ. Kerana mereka lupa apa yang telah ada dalam fitrah mereka.

Atau ia bermaksud sesuatu yang memang baru kalau dibandingkan dengan wahyu yang sebelumnya. Memang apa yang disampaikan dalam Qur’an ini sudah ada dalam kitab-kitab samawi yang dahulu, tapi ia disampaikan dengan cara baru. Tambahan pula kitab-kitab yang awal itu telah diubah oleh mereka, maka inilah kitab baru (Qur’an) untuk menggantikan kitab-kitab itu.

 

إِلَّا استَمَعوهُ وَهُم يَلعَبونَ

melainkan mereka mendengarnya, sedang mereka bermain-main,

Mereka memang dengar, tapi dengar dalam keadaan bermain-main tidak bersungguh nak tahu apakah yang hendak disampaikan dalam wahyu. Kerana mereka tidak kisah pun dengan kepentingannya. Mereka rasa ia tidak penting.

Mereka dengar akan tetapi mereka tidak beri perhatian kepada apa yang disampaikan. Mereka bukannya tidak dengar, tetapi semasa mereka mendengar itu mereka tidak beri perhatian dan buat perkara lain, iaitu bermain-main. Ini seperti juga kalau di dalam kelas pengajian, tetapi main handphone. Ini pun salah juga. Maka adab dalam belajar, tidak boleh nak buat benda lain.


 

Ayat 3:

لاهِيَةً قُلوبُهُم ۗ وَأَسَرُّوا النَّجوَى الَّذينَ ظَلَموا هَل هٰذا إِلّا بَشَرٌ مِّثلُكُم ۖ أَفَتَأتونَ السِّحرَ وَأَنتُم تُبصِرونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

With their hearts distracted. And those who do wrong conceal their private conversation, [saying], “Is this [Prophet] except a human being like you? So would you approach magic while you are aware [of it]?”

(MELAYU)

(lagi) hati mereka dalam keadaan lalai. Dan mereka yang zalim itu merahsiakan pembicaraan mereka: “Orang ini tidak lain hanyalah seorang manusia (jua) seperti kamu, maka apakah kamu menerima sihir itu, padahal kamu menyaksikannya?”

 

لاهِيَةً قُلوبُهُم

hati mereka dalam keadaan lalai.

Hati mereka di dalam keadaan lalai. Selalu buang masa dengan buat benda-benda yang tidak perlu. Begitulah kebanyakan manusia. Mereka hidup untuk menunggu mati sahaja. Lalai dengan perkara keduniaan.

 

وَأَسَرُّوا النَّجوَى الَّذينَ ظَلَموا

Dan mereka yang zalim itu merahsiakan pembicaraan mereka:

Ini adalah Syikayah. Selepas apa yang disampaikan oleh Rasulullah, musyrikin Mekah yang zalim itu pun selalu berbincang-bincang sesama mereka tentang apakah yang disampaikan oleh Rasulullah. Kerana ada juga yang rasa macam apa yang disampaikan oleh Nabi Muhammad itu benar. Mereka rahsiakan perbincangan mereka itu kerana tak mahu Nabi dengar, tapi Allah sekarang beritahu apa yang mereka katakan sesama mereka itu – ini tentunya mengejutkan mereka (macam mana Muhammad tahu apa yang kita cakap ini?).

Apakah yang mereka katakan sesama mereka?

 

هَل هٰذا إِلّا بَشَرٌ مِّثلُكُم

“Orang ini tidak lain hanyalah seorang manusia (jua) seperti kamu,

Akhirnya setelah berbincangan sesama sendiri, mereka buat keputusan bahawa apa yang disampaikan oleh Rasulullah itu tidak penting kerana baginda juga adalah manusia seperti mereka sahaja. Baginda pun nampaknya tidak ada yang luar biasa.

Jadi mungkin ada dikalangan mereka yang rasa Rasulullah mengatakan benda yang benar dan baginda benar-benar seorang Rasul, tetapi akan ada yang berhujah yang mereka tidak perlu beri perhatian kerana Muhammad itu adalah manusia sahaja. Mereka kata: “Kenapa kamu nak percaya kepada Muhammad itu, dia kan manusia macam kita juga?”.

 

أَفَتَأتونَ السِّحرَ وَأَنتُم تُبصِرونَ

maka apakah kamu menerima sihir itu, padahal kamu menyaksikannya?”

Mereka berhujah begini kepada mereka yang macam mahu nak terima apa yang disampaikan oleh Rasulullah: “Kenapa kamu nak pergi dengar dia lagi, adakah kamu telah kena sihir? Memang nampak dia cakap hebat tetapi kau kena tahu yang itu adalah sihir sahaja.” Beginilah lebih kurang kata-kata mereka untuk menghalang orang lain dari beriman.

Begitulah zaman sekarang, kadang-kadang apabila ada kawan yang mahu buat kebaikan dan menerima kebenaran, akan ada kawan-kawannya yang tidak bersedia lagi yang akan menariknya kembali ke dalam kancah kegelapan. Mereka kata: “marilah kita puaskan hidup kita, tak payahlah nak belajar agama, tak payahlah nak tutup aurat” dan macam-macam lagi.


 

Ayat 4: Allah jawap kata-kata mereka. Dan ini adalah Dakwa Surah ini. Allah Maha Mendengar.

قالَ رَبّي يَعلَمُ القَولَ فِي السَّماءِ وَالأَرضِ ۖ وَهُوَ السَّميعُ العَليمُ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

He [the Prophet (ṣ)] said, “My Lord knows whatever is said throughout the heaven and earth, and He is the Hearing, the Knowing.”

(MELAYU)

Berkatalah Muhammad (kepada mereka): “Tuhanku mengetahui semua perkataan di langit dan di bumi dan Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui”.

 

قالَ رَبّي يَعلَمُ القَولَ فِي السَّماءِ وَالأَرضِ

Katalah (kepada mereka): “Tuhanku mengetahui semua perkataan di langit dan di bumi

Allah suruh beritahu yang percakapan-percakapan rahsia yang mereka sangka hanya antara mereka itu sebenarnya didengari oleh Allah. Bukan sahaja Allah boleh dengar perbuatan mereka, tapi Allah boleh dengar apa-apa sahaja di langit dan bumi.

 

وَهُوَ السَّميعُ العَليمُ

dan Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui”.

Inilah Dakwa surah ini. Kerana Allah Maha Mendengar dan Maha Mengetahui, maka kenalah sembah dan seru kepada Allah sahaja. Allah sahaja yang dengar seruan doa kita dan Allah sahaja yang tahu apa yang kita perlukan. Tidak ada ilah lain yang boleh lakukan apa yang Allah boleh buat dan boleh beri apa yang Allah sahaja boleh beri. Maka tinggalkanlah doa dan seruan kepada selain Allah itu.

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya.


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

About tafsirsunnah

Blog mentafsir Quran berdasarkan fahaman Sunnah dan salafussoleh.
This entry was posted in Surah 021: Anbiya'. Bookmark the permalink.

One Response to Tafsir Surah Anbiya’ Ayat 1 – 4 (Allah Maha Mendengar)

  1. Pingback: Tafsir Surah Anbiya’ Ayat 1 – 4 (Allah Maha Mendengar)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s