Tafsir Surah al-Hujurat Ayat 15 – 18 (Kriteria mukmin)

Ayat 15: Sekarang Allah hendak menjelaskan siapakah orang-orang yang sebenarnya beriman. Jadi ini adalah Ayat Tabshir. Inilah neraca mukmin sebenarnya. Kalau nak tahu kamu mukmin atau tidak, lihatlah kriteria yang ada dalam ayat ini dan bandingkan dengan diri kamu. Maka tidak perlulah untuk mendakwa kamu beriman tetapi lihatlah tanda yang Allah berikan ini dan bandingkan dengan apa yang ada pada diri kita.

إِنَّمَا المُؤمِنونَ الَّذينَ آمَنوا بِاللهِ وَرَسولِهِ ثُمَّ لَم يَرتابوا وَجاهَدوا بِأَموالِهِم وَأَنفُسِهِم في سَبيلِ اللهِ ۚ أُولٰئِكَ هُمُ الصّادِقونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

The believers are only the ones who have believed in Allāh and His Messenger and then doubt not but strive with their properties and their lives in the cause of Allāh. It is those who are the truthful.

(MELAYU)

Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu hanyalah orang-orang yang percaya (beriman) kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian mereka tidak ragu-ragu dan mereka berjuang (berjihad) dengan harta dan jiwa mereka pada jalan Allah. Mereka itulah orang-orang yang benar.

 

إِنَّمَا المُؤمِنونَ الَّذينَ آمَنوا بِاللهِ وَرَسولِهِ

Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu hanyalah orang-orang yang percaya (beriman) kepada Allah dan Rasul-Nya,

Ini adalah salah satu dari hanya beberapa ayat Qur’an yang memberikan kriteria orang-orang mukmin. Tidak banyak di dalam Qur’an dan hanya ada di dalam surah Anfal dan satu lagi di Surah Noor.

Jadi yang pertama, kenalah beriman dengan Allah dan Rasulullah. Sebelum kata beriman itu, kenalah tahu apa yang perlu diimani. Jangan kata beriman, beriman… tapi tak tahu apakah iman itu sendiri. Jadi kenalah tahu tentang wahyu Qur’an ini kerana apa yang perlu diimani ada dalam Qur’an ini. Jadi kalau kata beriman, tapi tafsir Qur’an pun tidak belajar lagi, kita susah nak percaya samada iman seseorang itu benar atau tidak.

Beriman dengan Allah itu maksudnya kena kenal siapakah Allah itu. Dan SifatNya disebut dalam Qur’an, bukan? Jadi kalau nak kenal Allah, kenalah belajar tafsir Qur’an juga. Hendak tak hendak, kena juga belajar tafsir Qur’an ini.

Dan beriman dengan Rasulullah, kenalah terima ajaran baginda dan tidak menyelisihi baginda. Amalan kena ambil amalan dari baginda. Maka tidak boleh nak reka amalan baru atau pakai amalan rekaan dari manusia. Itu dinamakan amalan bidaah dan amalan bidaah tidak diterima.

Dan beriman dengan baginda Rasulullah, tidaklah melebihkan kedudukan baginda dari yang sepatutnya dan tidaklah merendahkan kedudukan baginda. Maka kena hargai baginda seperti yang sepatutnya. Jangan jadi orang kafir yang tidak pandang Nabi Muhammad SAW langsung, dan jangan jadi golongan ghuluw yang terlalu memuliakan kedudukan baginda melebihi kedudukan baginda sebagai Rasul, malah ada yang memberi sifat Tuhan pula kepada baginda!

 

ثُمَّ لَم يَرتابوا

kemudian mereka tidak ragu-ragu

Selepas mereka beriman, mereka tidak ragu-ragu lagi. Maksdunya, mereka mempunyai iman yang sempurna. Mereka tahu apa yang perlu diimani dan mereka menerimanya. Bukan setakat tahu sahaja. Kerana ada orang bukan Islam tahu tentang akidah islamiah tapi tidak menerima. Mereka tahu tentang agama Islam setelah mereka buat kajian. Mereka kaji agama Islam sebagai perbuatan ilmiah sahaja – mungkin buah PHD tentang agama Islam atau yang sebagainya.

Begitu juga, ada orang Islam telah tahu tentang perkara akidah dalam Islam. Kerana mungkin ada orang yang telah sampaikan. Tapi ada dari kalangan umat Islam yang tidak terima pun kerana mereka ragu-ragu. Mereka tak terima kerana mereka belajar lain, dan yang disampaikan kepada mereka lain. Sebagai contoh, bila dikatakan tawasul kepada Nabi, wali dan malaikat tidak boleh, mereka ragu-ragu – mereka kata: “tapi guru aku ajar amalan itu, takkan salah pula? Takkan guru aku salah ajar pula? Lama dia belajar… banyak anak murid dia.. takkan salah? Ini pendapat lain ni….” Jadi kita tidak mahu iman yang sebegini. Kita nak iman yang sempurna – percaya kepada apa yang perlu dipercayai dan tolak fahaman syirik.

Maka kena terima semua rukun iman. Itu maksud بِاللهِ kerana semua rukun iman itu Allah yang beritahu. Dan selepas itu mereka tidak ragu-ragu lagi. Seperti yang kita tahu, iman itu kadang-kadang tinggi dan kadang-kadang turun. Kalau begitu keadaannya, belum tahap yakin lagi. Kerana itu ada yang sudah mengaku amalkan sunnah, tapi di hadapan puak bidaah, mereka masih buat bidaah lagi sebab takut dikatakan begitu dan begini. Maknanya mereka itu terganggu dengan suasana dan resam masyarakat setempat. Mereka itu jenis tunggu dan lihat siapakah yang di atas – kalau puak sunnah yang popular, mereka ikut, tapi kalau tidak, mereka buat senyap sahaja. Ini tidak boleh dan kerana itu ayat ini memberitahu kita yang kita tidak boleh ada ragu dalam apa sahaja suasana. Kalau ada perasaan ragu-ragu itu, kena ada usaha untuk dapatkan keyakinan.

Iman yang sempurna adalah iman yang telah yakin dan iman yang yakin itu kenalah dengan pendalilan. Bila tahu dalil dari Allah dan Rasul barulah yakin itu akan datang. Kalau setakat kata-kata dari ulama sahaja, belum tentu lagi. Tambahan pula kalau kata-kata itu dari ustaz. Kerana ustaz itu mungkin cuma ulang apa yang gurunya kata, tapi tidak beri dalil pun. Maka kita kena minta dalil dari mereka.

 

وَجاهَدوا بِأَموالِهِم وَأَنفُسِهِم في سَبيلِ اللهِ

dan mereka berjuang (berjihad) dengan harta dan jiwa mereka pada jalan Allah.

Kadang-kadang hati telah terima tapi itu belum cukup lagi kerana itu baru dalam hati sahaja. Yang ada dalam hati belum diuji lagi. Maka kena tunjuk iman yang telah ada dalam hati itu dalam amalan luaran. Mereka yang benar-benar beriman itu adalah orang yang sanggup berjuang dan sanggup mengeluarkan harta mereka untuk meneruskan misi dakwah Rasulullah kepada umat manusia.

Bani Asad datang masuk Islam kerana nakkan sesuatu. Kalau dalaman sudah ada iman, maka akan nampak pada luaran. Maka patutnya mereka datang untuk beri bantuan kepada Islam dan bukan datang untuk ambil. Maka kita kena bantu Islam dengan jihad. Dan jihad yang kita dapat lakukan sekarang adalah jihad lisan – sampaikan ajaran tauhid ini kepada manusia.

Jihad itu maksudnya sanggup mendahulukan agama dan ketepikan dunia. Maknanya sanggup korbankan harta dan diri. Bila ada sifat ini barulah tanda yang iman itu tulen.

 

أُولٰئِكَ هُمُ الصّادِقونَ

Mereka itulah orang-orang yang benar.

Kalau ada sifat di atas, mereka itulah yang benar dalam dakwaan mereka yang mereka telah beriman. Tidaklah macam Bani Asad dari Badwi itu yang tahu mengaku dengan mulut sahaja. Orang Muhajirin dan Ansar sanggup mati kerana agama tapi tak jaja mengaku mereka beriman pun. Bani Asad baru datang dan baru masuk Islam sudah mengaku? Istilah masalah dengan mereka.

Ramai yang mengaku Islam tapi tak belajar lagi pun apakah agama Islam itu sebenarnya. Maka apa yang mereka faham? Dakwa sahaja beriman tidak cukup. Tengoklah para sahabat. Mereka tidak mendakwa pun mereka beriman padahal mereka sudah banyak berkorban. Kerana itu para sahabat ramai, tapi tidak ada pun yang berebut nak jadi Khalifah. Maka buat kerja sahaja tanpa minta apa-apa kedudukan.

Maka jikalau telah ada sifat-sifat yang disebut di atas, barulah orang itu benar-benar seorang mukmin; maknanya tidak perlu dakwa diri itu mukmin tetapi kena periksa dengan syarat-syarat yang telah diberikan oleh Allah ini.


 

Ayat 16: Ayat zajrun. Ada yang telah mengaku beriman. Iman adalah soal hati dan Allah sahaja yang tahu apa yang ada dalam hati. Oleh itu kalau nak cakap, cakap hal zahir sahajalah. Maka jangan nak cakap perkara dalam hati. Janganlah mengaku ikhlas atau tidak. Umat Islam tidak diajar perkara yang tidak pasti.

قُل أَتُعَلِّمونَ اللهَ بِدينِكُم وَاللهُ يَعلَمُ ما فِي السَّماواتِ وَما فِي الأَرضِ ۚ وَاللهُ بِكُلِّ شَيءٍ عَليم

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Say, “Would you acquaint Allāh with your religion while Allāh knows whatever is in the heavens and whatever is on the earth, and Allāh is Knowing of all things?”

(MELAYU)

Katakanlah: “Apakah kamu akan memberitahukan kepada Allah tentang agamamu, padahal Allah mengetahui apa yang di langit dan apa yang di bumi dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu?”

 

قُل أَتُعَلِّمونَ اللهَ بِدينِكُم

Katakanlah: “Apakah kamu akan memberitahukan kepada Allah tentang agamamu,

Allah surah cakap pada mereka yang suka mengaku itu. Adakah kamu hendak mengajar agama kepada Allah dengan mengatakan kamu beriman seolah-olah kamu tahu apakah Iman itu? Adakah kamu hendak memberitahu apa yang ada dalam hati kamu, seolah-olah Allah tak tahu tentang agama dan apa yang dalam hati kamu?

Ini adalah kerana ada orang yang pandai-pandai sendiri meletakkan kriteria apakah maksud Iman itu tanpa merujuk dalil dan nas yang Allah sendiri sampaikan. Mereka kata mereka beriman kerana mereka begini dan begitu. Padahal itu adalah dari fikiran mereka sahaja. Mereka sahaja pandai-pandai reka apakah maksud ‘mukmin’ itu. Padahal Allah sendiri dah beri kriterianya.

 

وَاللهُ يَعلَمُ ما فِي السَّماواتِ وَما فِي الأَرضِ

padahal Allah mengetahui apa yang di langit dan apa yang di bumi

Takkan Allah tak tahu sampaikan kamu nak kena ajar Dia sedangkan Allah memiliki alam ini dan Allahlah yang tahu segala-galanya dan kamu tidak tahu apa-apa pun. Termasuk apa yang dalam hati kamu. Maka tak payah nak mengaku sudah beriman. Sebaliknya belajarlah dan cubalah dapatkan sifat-sifat orang beriman itu. Semoga Allah terima iman kita dan Allah letak diri kita di dalam golongan mukmineen.

 

وَاللهُ بِكُلِّ شَيءٍ عَليم

dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu”

Maka tidak dibenarkan umat Islam cakap perkara dalaman. Tak payah cakap amalannya ikhlas tapi buat sahaja amalan itu. Allah sendiri yang akan menilai apakah amalan kita itu ikhlas atau tidak.


 

Ayat 17: Allah ingatkan supaya jangan sebut jasa kita kepada agama. Kita bukan berjasa kepada agama pun.

يَمُنّونَ عَلَيكَ أَن أَسلَموا ۖ قُل لّا تَمُنّوا عَلَيَّ إِسلامَكُم ۖ بَلِ اللهُ يَمُنُّ عَلَيكُم أَن هَداكُم لِلإيمانِ إِن كُنتُم صادِقينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

They consider it a favor to you that they have accepted Islām. Say, “Do not consider your Islām a favor to me. Rather, Allāh has conferred favor upon you that He has guided you to the faith, if you should be truthful.”

(MELAYU)

Mereka merasa telah memberi nikmat kepadamu dengan keislaman mereka. Katakanlah: “Janganlah kamu merasa telah memberi nikmat kepadaku dengan keislamanmu, sebenarnya Allah, Dialah yang melimpahkan nikmat kepadamu dengan menunjuki kamu kepada keimanan jika kamu adalah orang-orang yang benar”.

 

يَمُنّونَ عَلَيكَ أَن أَسلَموا

Mereka merasa telah memberi nikmat kepadamu dengan keislaman mereka.

Asbabun Nuzul ayat ini adalah tentang Bani Asad seperti yang telah disebut sebelum ini. Kisahnya, mereka telah datang kepada Nabi Muhammad dan kata yang mereka telah berjasa dengan masuk Islam. Kerana mereka rasa yang mereka menambah umat Islam dengan bilangan mereka konon-kononnya. Lihat bagaimana jawapan Allah kepada mereka yang sebegini.

 

قُل لّا تَمُنّوا عَلَيَّ إِسلامَكُم

Katakanlah: “Janganlah kamu merasa telah memberi nikmat kepadaku dengan keislamanmu,

Tolong beritahu kepada mereka yang rasa dah berjasa kepada agama itu: ketahuilah yang kita ini tidak bernilai sangat pun. Kita semua akan mati dan Islam akan tetap kekal tanpa bantuan kita pun. Adakah kamu rasa Islam berkembang kerana kamu? Adakah kamu rasa yang jikalau kamu sudah tidak ada agama ini tidak akan berkembang?

Maka tolonglah jangan perasan. Jangan perasan diri anda itu ada kelebihan. Kalau agama ini dan dunia ini terus berkembang apabila Rasulullah sudah tiada, maka jangan kita sangka yang dunia ini dan agama Islam akan jadi lemah atau berkurangan sedikit pun tanpa kita. Siapalah kita kalau dibandingkan dengan Rasulullah?

 

بَلِ اللهُ يَمُنُّ عَلَيكُم أَن هَداكُم لِلإيمانِ

sebenarnya Allah, Dialah yang melimpahkan nikmat kepadamu dengan menunjuki kamu kepada keimanan

Jangan kamu rasa yang kamu telah berjasa kepada Allah dan Islam dengan kamu berada di dalamnya, sedangkan Allahlah yang telah memberikan nikmatNya kepada kamu dengan memasukkan kamu ke dalam agama Islam. Maka, bukannya kamu yang telah berjasa tapi Allahlah yang telah berjasa kepada kamu. Kerana Dialah beri hidayah kepada kamu.

Ini sebagaimana yang dikatakan oleh Nabi Saw. kepada orang-orang Ansar di hari Perang Hunain:

“يَا مَعْشَرَ الْأَنْصَارِ، أَلَمْ أَجِدْكُمْ ضُلَّالًا فَهَدَاكُمُ اللَّهُ بِي؟ وَكُنْتُمْ مُتَفَرِّقِينَ فَأَلَّفَكُمُ اللَّهُ بِي؟ وَعَالَةً فَأَغْنَاكُمُ اللَّهُ بِي؟ ” كُلَّمَا قَالَ شَيْئًا قَالُوا: اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَمَنُّ

Hai golongan orang-orang Ansar, bukankah aku jumpai kalian dalam keadaan sesat, lalu Allah memberi petunjuk kepada kalian melaluiku? Dan kalian dalam keadaan berpecah belah, lalu Allah mempersatukan kalian melaluiku? Dan kalian dalam keadaan miskin, kemudian Allah menjadikan kalian berkecukupan melaluiku? Setiap kalimat yang diucapkan oleh Nabi Saw. dijawab oleh mereka dengan ucapan, “Hanya kepada Allah dan Rasul-Nya kami beriman.”

 

إِن كُنتُم صادِقينَ

jika kamu adalah orang-orang yang benar”.

Kalau memang kamu beriman betul pun, itu adalah jasa dari Allah juga. Bukan kamu buat sendiri. Allah yang tarik kamu ke dalam iman dan beri taufik kepada kamu. Maka dalam hal iman ini pun, kena kembalikan kepada Allah.


 

Ayat 18:

إِنَّ اللهَ يَعلَمُ غَيبَ السَّماواتِ وَالأَرضِ ۚ وَاللهُ بَصيرٌ بِما تَعمَلونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Indeed, Allāh knows the unseen [aspects] of the heavens and the earth. And Allāh is Seeing of what you do.

(MELAYU)

Sesungguhnya Allah mengetahui apa yang ghaib di langit dan bumi. Dan Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan.

 

إِنَّ اللهَ يَعلَمُ غَيبَ السَّماواتِ وَالأَرضِ

Sesungguhnya Allah mengetahui apa yang ghaib di langit dan bumi.

Manusia tak tahu perkara ghaib, jadi jangan nak cakap perkara ghaib. Termasuk ghaib adalah apa yang ada dalam hati manusia. Jangan kita nak buat agak-agak.

 

وَاللهُ بَصيرٌ بِما تَعمَلونَ

Dan Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan.

Maka Allah boleh hukum apa yang Dia lihat. Dan Allah akan hukum dengan setimpal dengan apa yang Dia lihat. Kita lihat pun tidak nampak dan nak hukum pun tak mampu. Maka serah sahaja kepada Allah taala.

Allahu a’lam. Tamat Tafsir Surah al-Hujurat ini. Sambung ke surah yang seterusnya, Surah Qaf.


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

About tafsirsunnah

Blog mentafsir Quran berdasarkan fahaman Sunnah dan salafussoleh.
This entry was posted in Surah 049: al-Hujurat. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s