Tafsir Surah Muhammad Ayat 20 – 24 (Muslim yang merosakkan)

Ayat 20: Kita sekarang sudah masuk ke dalam bahagian kedua surah Muhammad ini, iaitu menceritakan hal keadaan orang-orang munafik pula.

Mereka ini pada zahirnya nampak seperti orang Islam kerana mereka duduk bersama orang Islam dan ada juga yang pergi mengerjakan ibadat solat di masjid dan sebagainya. Mereka bersama dengan orang-orang mukmin yang lain, sampaikan para sahabat pun tidak kenal siapakah di antara mereka yang munafik. Orang munafik ini menyembunyikan kekafiran mereka yang berada di dalam hati. Dan ciri utama mereka adalah mereka ini hanya mementingkan dunia sahaja kalau dibandingkan dengan akhirat. Mereka tidak ada keyakinan kepada akhirat.

Salah satu daripada hikmah diwajibkan jihad ini adalah kerana dapat menapis siapakah di antara orang-orang Islam itu yang munafik dan mukmin. Kerana orang munafik ini tidak suka untuk menggadai nyawa mereka untuk berjihad dan juga mereka tidak suka untuk mengeluarkan infaq untuk menanggung proses jihad. Kerana mereka amat sayang kepada nyawa mereka dan harta mereka.

Kita kena belajar ayat-ayat penerangan tentang munafik ini kerana apabila dia berada di dalam Qur’an, ia menunjukkan bahawa ianya akan tetap ada sampai ke hari kiamat nanti. Kerana itu ahli-ahli tafsir yang menafsirkan ayat-ayat sebegini merujuk kepada orang munafik; atau ada juga yang merujuk kepada golongan Muslim yang lemah iman. Kerana mereka mengatakan ayat-ayat ini adalah ciri-ciri yang ada pada orang orang Islam yang memang beriman tetapi iman mereka itu lemah. Maka, kalau kena kepada diri kita, maka tahulah kita yang iman kita lemah, maka kita kena ubahlah sifat dan perangai kita.

وَيَقولُ الَّذينَ آمَنوا لَولا نُزِّلَت سورَةٌ ۖ فَإِذا أُنزِلَت سورَةٌ مُحكَمَةٌ وَذُكِرَ فيهَا القِتالُ ۙ رَأَيتَ الَّذينَ في قُلوبِهِم مَرَضٌ يَنظُرونَ إِلَيكَ نَظَرَ المَغشِيِّ عَلَيهِ مِنَ المَوتِ ۖ فَأَولىٰ لَهُم

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Those who believe say, “Why has a sūrah¹ not been sent down?” But when a precise sūrah is revealed and fighting is mentioned therein, you see those in whose hearts is disease [i.e., hypocrisy] looking at you with a look of one overcome by death. And more appropriate for them² [would have been]

•i.e., one in which permission is given the believers to fight their enemies.

•The words “awlā lahum” can also be interpreted as “woe to them!” In that case, the following verse would begin, “[Better for them would have been] obedience and good words.”

(MELAYU)

Dan orang-orang yang beriman berkata: “Mengapa tiada diturunkan suatu surat?” Maka apabila diturunkan suatu surat yang jelas maksudnya dan disebutkan di dalamnya (perintah) perang, kamu lihat orang-orang yang ada penyakit di dalam hatinya memandang kepadamu seperti pandangan orang yang pengsan karena takut mati, dan kecelakaanlah bagi mereka.

 

وَيَقولُ الَّذينَ آمَنوا لَولا نُزِّلَت سورَةٌ

Dan orang-orang yang beriman berkata: “Mengapa tiada diturunkan suatu surat?”

Dalam ayat ini dikatakan yang ‘orang beriman’ bertanya kenapa surah tidak turun? Surah yang dimaksudkan adalah surah tentang jihad.

Ahli tafsir mengatakan yang dimaksudkan dengan ‘orang beriman’ itu adalah ‘orang munafik’. Mereka dikatakan ‘orang beriman’ kerana boleh jadi Allah perli mereka yang ‘mengaku’ Islam. Dan Allah ulang apa kata mereka dalam ayat ini. Ini adalah kerana mereka itu beriman dari segi zahir sahaja tetapi tidak beriman secara hakikat.

Atau satu lagi tafsir, ia berkenaan orang mukmin yang lemah iman, seperti yang telah disebut di atas tadi.

Atau, yang dimaksudkan itu memang kata-kata orang mukmin. Mereka percaya kepada jihad, tapi mereka telah dengar kata-kata puak munafiqun yang menolak jihad, jadi mereka berharap ada surah yang turun tentang tetapnya arahan tentang jihad perang. Supaya dapat tutup mulut orang-orang munafik itu. Kerana waktu itu, arahan jihad hanya kalimah yang keluar dari mulut Nabi Muhammad sahaja dan ada orang yang munafik mempersoalkan kata baginda. Ini adalah kerana mereka tidak menghormati sabda dari Rasulullah kerana mereka ada masalah dalam hati mereka. Maka kepada orang mukmin, kalaulah ada ayat yang jelas, senang tutup kes sahaja.

 

فَإِذا أُنزِلَت سورَةٌ مُحكَمَةٌ وَذُكِرَ فيهَا القِتالُ

Maka apabila diturunkan suatu surat yang jelas maksudnya dan disebutkan di dalamnya (perintah) perang,

Dan apabila telah turun surah yang jelas sebut tentang jihad perang, iaitu ayat yang muhkam, yang tidak mungkin mansukh, maka terkejutlah orang-orang munafik itu. Tadi mereka minta sangat turun surah tentang jihad perang dan Allah memang turunkan.

 

رَأَيتَ الَّذينَ في قُلوبِهِم مَرَضٌ

kamu lihat orang-orang yang ada penyakit di dalam hatinya

Allah beritahu yang akan kelihatan sifat pengecut pada mereka yang ‘ada penyakit dalam hati’, iaitu golongan munafik itu. Penyakit yang dimaksudkan itu adalah penyakit nifaq iaitu ragu-ragu tentang agama Islam.

 

يَنظُرونَ إِلَيكَ نَظَرَ المَغشِيِّ عَلَيهِ مِنَ المَوتِ

memandang kepadamu seperti pandangan orang yang pengsan karena takut mati,

Mereka itu hanya dapat merenung sahaja. Mereka terpinga-pinga kerana sekarang dah ada surah tentang jihad, kerana itu mereka dah risau. Mereka dah rasa bengong dah, rupa mereka itu adalah seperti seorang yang المَغشِيِّ (rasa nak mati). Terbeliak mata mereka hampir pitam. Ini adalah kerana mereka takut mati kerana mereka tidak buat persiapan.

Satu lagi tafsir ayat ini, ia berkenaan orang mukmin yang mulanya minta supaya mereka dibenarkan jihad tapi apabila dibenarkan, mereka jadi takut pula. Ini semakna dengan apa yang disebutkan oleh firman-Nya:

{أَلَمْ تَرَ إِلَى الَّذِينَ قِيلَ لَهُمْ كُفُّوا أَيْدِيَكُمْ وَأَقِيمُوا الصَّلاةَ وَآتُوا الزَّكَاةَ فَلَمَّا كُتِبَ عَلَيْهِمُ الْقِتَالُ إِذَا فَرِيقٌ مِنْهُمْ يَخْشَوْنَ النَّاسَ كَخَشْيَةِ اللَّهِ أَوْ أَشَدَّ خَشْيَةً وَقَالُوا رَبَّنَا لِمَ كَتَبْتَ عَلَيْنَا الْقِتَالَ لَوْلا أَخَّرْتَنَا إِلَى أَجَلٍ قَرِيبٍ قُلْ مَتَاعُ الدُّنْيَا قَلِيلٌ وَالآخِرَةُ خَيْرٌ لِمَنِ اتَّقَى وَلا تُظْلَمُونَ فَتِيلا}

Tidakkah kamu perhatikan orang-orang yang dikatakan kepada mereka, “Tahanlah tanganmu (dari perang), dirikanlah solat, dan tunaikanlah zakat!” Setelah diwajibkan kepada mereka berperang, tiba-tiba sebahagian dari mereka (golongan munafik) takut kepada manusia (musuh) seperti takutnya kepada Allah, bahkan lebih sangat dari itu takutnya. Mereka berkata, “Ya Tuhan kami, mengapa Engkau wajibkan berperang kepada kami? Mengapa tidak engkau tangguhkan (kewajiban berperang) kepada kami beberapa waktu lagi?” Katakanlah, “Kesenangan di dunia ini hanya sebentar dan akhirat itu lebih baik untuk orang-orang yang bertakwa dan kamu tidak akan dianiaya sedikit pun. (An-Nisa: 77)

 

فَأَولىٰ لَهُم

dan kecelakaanlah bagi mereka.

فَأَولىٰ adalah sumpahan cercaan dalam bahasa Arab. Kecelakaanlah bagi mereka itu.

 


Ayat 21: Kemudian dalam firman berikutnya Allah memberi semangat kepada mereka:

طاعَةٌ وَقَولٌ مَعروفٌ ۚ فَإِذا عَزَمَ الأَمرُ فَلَو صَدَقُوا اللهَ لَكانَ خَيرًا لَهُم

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Obedience and good words. And when the matter [of fighting] was determined, if they had been true to Allāh, it would have been better for them.

(MELAYU)

Taat dan mengucapkan perkataan yang baik (adalah lebih baik bagi mereka). Apabila telah tetap perintah perang (mereka tidak menyukainya). Tetapi jikalau mereka benar (imannya) terhadap Allah, niscaya yang demikian itu lebih baik bagi mereka.

 

طاعَةٌ وَقَولٌ مَعروفٌ

Taat dan mengucapkan perkataan yang baik

Maka Allah sebut perkara yang penting yang patut mereka itu lakukan – kena taat. Mereka disarankan untuk ikut sahaja syariat Islam. Dan kalau nak cakap, cakaplah perkara yang baik.

Sepatutnya bagi mereka, taat sahaja hukum yang Allah telah sampaikan. Dan ucaplah ucapan yang boleh beri pahala – iaitu dengan mengatakan yang mereka akan taat, akan buat, akan lakukan segala arahan yang Allah dan Rasulullah telah sampaikan. Dan jangan cakap banyak perkara yang buang masa. Janganlah kritik arahan jihad itu. Maksudnya taat dan bercakap perkara-perkara yang baik adalah lebih bagus untuk mereka.

 

فَإِذا عَزَمَ الأَمرُ

Apabila telah tetap perintah

Dan bila dah tetap keputusan, maka kena ikutlah. Kena  membenarkan arahan Allah (bukan membenarkan Rasul, kerana membenarkan Rasul sebenarnya membenarkan Allah juga). Sebelum ini Nabi telah keluarkan arahan perang, bukan? Itu bukanlah arahan dari Rasul sahaja, tapi sebenarnya arahan dari Allah juga.

 

فَلَو صَدَقُوا اللهَ لَكانَ خَيرًا لَهُم

jikalau mereka benar (imannya) terhadap Allah, niscaya yang demikian itu lebih baik bagi mereka.

Oleh itu apabila telah ada ketetapan dari Allah untuk jihad maka hendaklah mereka yang mengaku Islam itu turut sama berjihad. Mereka kenalah membenarkan kata-kata mereka yang dulu apabila mereka minta nak berperang dan kata akan sanggup berperang. Nah, sekarang arahan perang sudah diberikan, maka tunaikanlah.

Memang syariat jihad ini ada kelebihan yang besar. Kerana kalau kita berjaya membuka jalan untuk negara lain masuk Islam, maka kita akan mendapat pahala mereka yang masuk Islam itu. Dan itu adalah amat banyak sekali kerana yang masuk Islam akan beribu-ribu dan bukan mereka sahaja yang masuk Islam, tapi anak keturunan mereka sekali.

Dan kalau menang, mereka yang berjihad itu juga akan mendapat harta ghanimah yang banyak. Dan kalaulah mereka mati semasa berjihad itu maka mereka akan terus dimasukkan ke dalam syurga.

Apabila kita sanggup untuk menyertai jihad maka Allah akan memberi kekuatan iman yang teguh kepada diri kita kerana kita sudah sanggup untuk menyabung nyawa. Kerana kita telah lepas satu ujian yang berat. Kerana menyabung nyawa dalam perang bukanlah sesuatu yang mudah. Mereka yang dapat bawa diri mereka ke medan jihad itu telah melepasi ujian yang amat hebat dan kerana itu Allah akan berikan mereka keimanan yang tinggi.

 


Ayat 22:

فَهَل عَسَيتُم إِن تَوَلَّيتُم أَن تُفسِدوا فِي الأَرضِ وَتُقَطِّعوا أَرحامَكُم

(SAHEEH INTERNATIONAL)

So would you perhaps, if you turned away,¹ cause corruption on earth and sever your [ties of] relationship?

•From Islām or from jihād (struggling in the cause of Allāh).

(MELAYU)

Maka apakah kiranya jika kamu berpaling kamu akan membuat kerosakan di muka bumi dan memutuskan hubungan kekeluargaan?

 

فَهَل عَسَيتُم إِن تَوَلَّيتُم

Maka apakah kiranya jika kamu berpaling 

Ini adalah salah satu ayat yang berat untuk ditafsirkan. Oleh itu ada dua tafsir yang akan kita sampaikan. Kerana hendak menerangkan apakah maksud ‘berpaling itu’. Allah hendak memberitahu kesan buruk kalau berpaling. Tapi berpaling dari apa?

Dan kepada siapakah ayat ini ditujukan? Samada ianya kepada golongan munafik atau golongan mukmin yang lemah imannya.

 

أَن تُفسِدوا فِي الأَرضِ

kamu akan membuat kerosakan di muka bumi

Sesiapa yang berpaling itu akan buat kerosakan di muka bumi. Kesannya amat berat sekali dan akan membahayakan umat Islam dan umat manusia sekali.

 

وَتُقَطِّعوا أَرحامَكُم

dan memutuskan hubungan kekeluargaan?

Dan disebut salah satu kesan yang buruk itu adalah memutuskan hubungan kekeluargaan.

Mari kita berikan dua tafsir itu.

1. Tafsir yang pertama mengambil maksud: berpaling dari perang, tidak melakukan tanggungjawab jihad. Sepatutnya jihad dijalankan tapi umat Islam buat tak tahu sahaja, dengan beri berbagai alasan.

Allah beritahu, kalau umat Islam tidak menjalankan jihad, kita akan menyebabkan kemusnahan di bumi. Maknanya kita sebagai umat Islam yang akan bertanggungjawab atas kemusnahan itu. Ini adalah kerana musuh memang sentiasa ada untuk merosakkan agama dan kemanusian. Mereka sentiasa mengerjakan amalan syirik dan sepatutnya uamat Islam kena musnahkan mereka untuk memusnahkan syirik di bumi. Tapi kalau umat Islam sendiri tidak mahu berperang dan menghapuskan mereka, maka orang-orang musyrik itu dibenarkan untuk berleluasa dan menyebarkan fahaman salah mereka dan kerana itu umat Islam dikira bertanggungjawap kepada perluasan syirik di bumi. Ini adalah amat berat sekali.

Dan kerana biarkan mereka itu, akan menyebabkan pemutusan tali persaudaraan dengan sahabat-sahabat orang mukmin yang mahu melakukan jihad. Apabila ada dua pendapat yang berbeza, maka akan menyebabkan ketidakselesaan antara satu sama lain.

Atau silaturrahim akan terputus kerana kerosakan yang disebabkan oleh syirik itu. Kerana fahaman syirik itu amat bahaya, sampai akan masuk ke dalam rumah, dalam keluarga dan dalam masyarakat. Fahaman itu akan menyebabkan hubungan sesama keluarga, sesama manusia akan rosak. Dan itulah bahayanya, kerana teruk sangat kesan dari kesalahan itu. Hanya kerana tidak menjalankan jihad, menyebabkan kesan yang mendalam dan lama.

2. Ini adalah tafsir yang kedua. Tafsiran ini melihat makna lain bagi kalimah تَوَلَّي (berpaling). Satu makna darinya memang bermaksud ‘berpaling’ iaitu tidak dilakukan dan telah diterangkan di atas tadi. Tapi satu lagi makna adalah ‘mengambil alih’. Iaitu dapat kuasa memerintah telah menakluk satu-satu kawasan. Ini adalah pendapat Shah Waliyullah.

Kadang-kadang umat Islam kuat dan telah berjaya menakluk kawasan orang kafir. Tapi muslim waktu itu ada yang mukmin dan tidak, ada yang lemah dan ada yang munafik pun. Dalam keadaan macam itu, kalau umat Islam ambil alih juga kuasa, itu bukanlah sesuatu yang bagus. Sepatutnya kalau umat Islam yang memerintah, kenalah umat Islam yang telah kuat agamanya dan memerintah ikut wahyu. Tapi kalau dapat kuasa tapi ada masalah pemahaman dan amalan agama lagi, masih ada lagi yang munafik dalam kalangan umat Islam, maka kemusnahanlah yang akan terjadi di bumi. Maksudnya dalam kes ini, umat muslim sendiri yang akan merosakkan bumi.

Oleh itu, ayat ini mengajar kita tentang politik. Kalau orang yang berkuasa adalah orang yang korup, ia akan merosakkan bumi. Dan kerosakan itu sampai boleh merosakkan institusi kekeluargaan. Begitulah agama, kalau pengamalnya tidak bagus dan tidak bersih akhlaknya, boleh menyebabkan kerosakan dalam masyarakat.

Jadi ayat ini adalah ayat yang amat penting. Tapi kenapa perkara ini disebut dalam ayat ini? Kerana sepatutnya jihad itu boleh membersihkan (menapis) siapa yang munafik dan siapa yang mukmin. Ini adalah kerana hanya orang yang benar mukmin sahaja yang sanggup berperang. Kerana mereka percaya dengan janji-janji Allah telah jihad ini. Orang mukmin akan menawarkan diri mereka untuk berjihad sedangkan orang munafik akan cuba lari dari terlibat dengan perang (samada larikan diri mereka atau tahan harta mereka). Mereka akan beri alasan yang berbagai-bagai. Macam beberapa ayat sebelum ini, dimana mereka berhujah yang tidak ada ayat dari Allah yang menyuruh berperang.

Amat malang sekali kalau orang Islam yang sepatutnya menegakkan agama Allah akan muka bumi ini untuk memberi keamanan kepada umat sejagat, tapi sebaliknya umat Islam sendiri yang merosakkan alam ini.

Berbuat kerosakan adalah dalam bentuk umum dan menghubungkan silaturrahim adalah perkara yang khusus. Allah memang amat menggalakkan menghubungkan silaturrahim seperti yang disebut dalam satu hadis:

قَالَ الْإِمَامُ أَحْمَدُ: حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ بَكْرٍ، حَدَّثَنَا مَيْمُونٌ أَبُو مُحَمَّدٍ الْمَرْئِيُّ، حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ عَبَّادٍ الْمَخْزُومِيُّ، عَنْ ثَوْبَانَ، عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قال: “من سَرَّهُ النِّساء فِي الْأَجَلِ، وَالزِّيَادَةُ فِي الرِّزْقِ، فَلْيَصِلْ رَحِمَهُ”

Imam Ahmad mengatakan, telah menceritakan kepada kami Muhammad ibnu Bakar, telah menceritakan kepada kami Maimun Abu Muhammad Al-Mirani, telah menceritakan kepada kami Muhammad ibnu Abbad, dari Sauban r.a., dari Rasulullah Saw. yang telah bersabda: Barang siapa yang ingin usianya dipanjangkan dan rezekinya ditambah, hendaklah ia menghubungkan silaturahmi.

Dan Allah melarang memutuskan silaturrahim seperti yang kita boleh lihat dalam hadis ini:

قَالَ الْإِمَامُ أَحْمَدُ: حَدَّثَنَا يَزِيدُ بْنُ هَارُونَ، حَدَّثَنَا هِشَامٌ الدَّسْتَوائي، عَنْ يَحْيَى بْنِ أَبِي كَثِيرٍ، عَنْ إِبْرَاهِيمَ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ قَارِظٍ؛ أَنَّ أَبَاهُ حَدَّثَهُ: أَنَّهُ دَخَلَ عَلَى عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ عَوْفٍ وَهُوَ مَرِيضٌ، فَقَالَ لَهُ عَبْدُ الرَّحْمَنِ: وَصَلَتْكَ رَحمٌ، أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قَالَ: “قَالَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ: أَنَا الرَّحْمَنُ، خَلَقْتُ الرَّحِمَ وَشَقَقْتُ لَهَا مِنَ اسْمِي، فَمَنْ يَصِلْهَا أَصِلْهُ، وَمَنْ يَقْطَعْهَا أَقْطَعْهُ فَأَبُتَّهُ -أَوْ قَالَ: مَنْ يَبُتَّهَا أَبُتَّهُ”.

Imam Ahmad mengatakan, telah menceritakan kepada kami Yazid ibnu Harun, telah menceritakan kepada kami Hisyam Ad-Dustuwa’i, dari Yahya ibnu Kasir, dari Ibrahim ibnu Abdullah ibnu Farid, ayahnya telah menceritakan kepadanya bahwa ia masuk menemui Abdur Rahman ibnu Auf yang sedang sakit (yakni menjenguknya), lalu Abdur Rahman r.a. mengatakan bahwa semoga engkau menghubungkan silaturahmi, kerana sesungguhnya Rasulullah Saw. pernah bersabda: Allah Swt. telah berfirman, “Aku adalah Tuhan Yang Maha Pemurah, Aku ciptakan rahim dan Kuberikan padanya sebahagian dari Asma-Ku. Maka barang siapa yang menghubungkannya, niscaya Aku berhubungan dengannya. Dan barang siapa yang memutuskannya, maka Aku memutuskan hubungan dengannya.”

 


Ayat 23: Apakah ancaman Allah terhadap mereka?

أُولٰئِكَ الَّذينَ لَعَنَهُمُ اللهُ فَأَصَمَّهُم وَأَعمىٰ أَبصارَهُم

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Those [who do so] are the ones that Allāh has cursed, so He deafened them and blinded their vision.

(MELAYU)

Mereka itulah orang-orang yang dilaknati Allah dan ditulikan-Nya telinga mereka dan dibutakan-Nya penglihatan mereka.

 

أُولٰئِكَ الَّذينَ لَعَنَهُمُ اللهُ

Mereka itulah orang-orang yang dilaknati Allah

Mereka akan mendapat laknat Allah. Siapakah mereka? Iaitu mereka yang ambil kuasa tapi mereka sebenarnya mereka menyebabkan kerosakan di bumi.

Dan juga, kalau lari dari berjuang, tidak mengendangkan jihad, tidak menyokong jihad dan terlibat dengan jihad, akan kena laknat juga.

Oleh itu, ini mengajak kita membuka minda kita: bagaimana keadaan umat Islam sekarang? Kalau kita lihat, kita tidak dapat nafikan yang ramai antara umat Islam yang gila kuasa. Asyik sibuk nak berebut kuasa sahaja. Kadang-kadang kejadian perebutan kuasa itu terjadi dalam masjid! Nak jadi tok siak pun boleh bergaduh! Macam-macam cara mereka akan gunakan untuk menjatuhkan pihak lain. Kalau jenis begitulah kebanyakan umat Islam sekarang, agaknya macam manalah cara mereka untuk mendapatkan kuasa dan bagaimanalah keadaan mereka bila dah dapat kuasa nanti? Kita pun sedih tengok apa yang terjadi dalam masyarakat sekarang. Kebanyakan dari mereka yang mahukan kuasa itu tak tahu nak guna kuasa itu untuk kebaikan. Bayangkan kalau di masjid pun ada masalah, macam manalah nak perintah dunia? Mereka itu semua buat malu orang Islam sahaja! Mereka itulah yang memalukan agama Islam sampai orang bukan Islam pun tidak teringin nak masuk Islam. Oleh kerana itulah mereka kena laknat dengan Allah sahaja nanti.

Dan bukan dalam organisasi sahaja ada masalah ini; kita boleh lihat bagaimana dalam keluarga pun dah ada yang salahguna kuasa. Ada yang menindas ahli keluarga sendiri, ahli keluarga pun benci kepada mereka, tidak hormat kepada mereka, adik beradik berkelahi, ibubapa tak tahu bagaimana nak mendidik anak, dan macam-macam lagi masalah sosial yang kita boleh lihat. Bayangkan, kalau di rumah pun tak boleh nak jaga jadi adil, macam manalah nak jaga organisasi yang lebih besar, bagaimanalah nak memerintah dunia? Sebenarnya, kalau dilihat umat Islam sekarang, memang tak layak langsung untuk memerintah dunia. Mereka hanya merosakkan nama Islam sahaja. Kerana  perangai merekalah yang menyebabkan orang luar kutuk Islam. Orang pun tak hingin nak masuk Islam kerana tengok muslim yang berperangai buruk.

 

فَأَصَمَّهُم وَأَعمىٰ أَبصارَهُم

dan ditulikan-Nya telinga mereka dan dibutakan-Nya penglihatan mereka.

Allah jadikan mereka pekak. Mereka memang boleh dengar tapi tak faham apa yang mereka dengar itu. Kerana ada hijab rohani dalam telinga mereka. Mereka dah tak dapat dengar kata-kata orang bawahan mereka yang tidak puas hati, yang mengharapkan pertolongan dari mereka. Mereka itu hanya  nak sedap duduk di atas sahaja.

Atau bermaksud Allah memekakkan telinga mereka dari menerima kebenaran. Telinga mereka telah Allah letakkan dengan sumbatan rohani.

Mereka telah dibutakan mata rohani mereka sampaikan mereka tak nampak apa yang mereka lakukan itu adalah salah. Mereka hanya pandai baca sahaja Qur’an tapi mereka tak sangka yang ayat itu akan dikenakan kepada mereka. Ini adalah kerana mereka tidak faham Qur’an kerana mereka tidak belajar tafsir dan tidak faham apa yang mereka bacakan itu. Kerana itu mereka tidak sedar yang Qur’an yang mereka baca itu sebenarnya sedang mengutuk mereka.

Atau maksudnya Allah butakan mata mereka dari melihat kebenaran. Kebenaran depan mata pun mereka tidak nampak.

 


Ayat 24: Zajrun. Mereka tidak dapat melihat kebenaran yang dibawa oleh Qur’an itu adalah kerana mereka tidak tadabbur Qur’an itu. Syarat untuk nampak kebenaran agama adalah dengan dengar dan belajar maksud ayat-ayat Qur’an itu dan kemudian tadabbur Qur’an itu. Jadi ini adalah langkah untuk selamatkan diri dari kena laknat Allah.

أَفَلا يَتَدَبَّرونَ القُرآنَ أَم عَلىٰ قُلوبٍ أَقفالُها

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Then do they not reflect upon the Qur’ān, or are there locks upon [their] hearts?

(MELAYU)

Maka apakah mereka tidak tadabbur Al Quran ataukah hati mereka terkunci?

 

أَفَلا يَتَدَبَّرونَ القُرآنَ

Maka apakah mereka tidak tadabbur Al Quran

Allah beri teguran: tidakkah mereka tadabbur Qur’an? Adakah mereka tidak tadabbur Qur’an itu sampai mereka kena laknat?

Kalimah tadabbur dari kalimah دبر (dubur) iaitu bahagian belakang. Ianya dilakukan apabila menyelidik sesuatu itu sampai melihat apa yang disebalik sesuatu itu? Sebagai contoh, kalau kita melihat satu bangunan, kalau kita lihat biasa sahaja, kita cuma tengok bahagian depan. Tapi apabila kita memang nak tahu dengan lebih lagi, maka kita akan pergi lawat sampai ke bahagian belakang bangunan itu. Ini menunjukkan kehendak kita untuk mengetahui bangunan itu.

Oleh kerana itu, apabila tadabbur Qur’an, kita kena fikirkan dalam-dalam dan cuba lihat apakah fahaman Qur’an itu dan bagaimana ia dipakaikan untuk diri kita. Iaitu dengan melihat apakah tuntutan ayat itu. Untuk mendapatkan kefahaman ini, maka kena lihat depan dan belakang. Sebagai contoh, kalau ada orang jual barang barang kepada kita, tentu kita akan lihat depan dan belakang benda itu, bukan? Kita akan lakukan begitulah sebab kita nak tahu betul atau tidak barang yang dijual itu.

Oleh itu, maksud tadabbur adalah mengkaji makna Qur’an yang telah dipelajari. Maknanya, kita dah belajar tafsir ayat itu, dan kemudian kita fikirkan ayat itu dengan mendalam lagi.

Untuk melakukan tadabbur ini memerlukan masa, bukan? Oleh itu, Allah tegur mereka: tidakkah mereka luangkan masa untuk belajar dan memahami Qur’an? Tidakkah mereka rasa yang Qur’an itu penting sampai mereka sanggup nak luangkan masa untuk menelitinya? Sibuk apa sangat dengan dunia, sampai tidak ada masa nak tadabbur Qur’an?

 

أَم عَلىٰ قُلوبٍ أَقفالُها

ataukah hati mereka terkunci?

Adakah hati mereka telah ada kunci? Kalimah أَقفالُها adalah dalam bentuk idhafah. Terjemah kalimat أَقفالُها adalah ‘kunci hatinya’. Maknanya hati ini memang telah ada kunci, bukan pakai kunci dari luar tapi ia sudah ada kuncinya sendiri. Sepatutnya kunci itu terbuka tapi kalau buat tak kisah sahaja dengan Qur’an, hati akan kunci dirinya sendiri. Ini adalah amat bahaya. Takut kalau kita jadi begini, sampai kita tidak faham apakah yang Allah hendak sampaikan kepada kita melalui Qur’an ini.

Kenapa Allah kaitkan hati pula apabila bercakap tentang tadabbur, sedangkan kalau memikirkan sesuatu, bukankah pakai akal? Ini adalah kerana kalau pakai akal sahaja, tidak akan berjaya kerana mereka yang dapat tadabbur adalah mereka yang telah terima Qur’an ini – iaitu hati mereka telah terima kebenaran dari Qur’an ini dan mereka sebenarnya mahu tahu apakah yang hendak disampaikan oleh Qur’an itu. Bukannya mereka baru nak fikirkan, kemudian terima. Tidak begitu. Kerana untuk memahami Qur’an ini, kena terima dahulu.

Ini adalah perkara yang menakutkan kepada kita kerana kalau kita cuba tadabbur, tapi masih tidak faham apa yang hendak disampaikan dalam Qur’an, maksudnya hati kita telah dikunci oleh Allah dari memahami Qur’an. Semoga kita terselamat dari keadaan ini.

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya.


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

About tafsirsunnah

Blog mentafsir Quran berdasarkan fahaman Sunnah dan salafussoleh.
This entry was posted in Surah 047: Muhammad. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s