Tafsir Surah al-Isra’ Ayat 93 – 96 (Tanda kebenaran Rasulullah)

Ayat 93: Dalam ayat sebelum ini telah disebut permintaan-permintaan Musyrikin Mekah kepada Rasulullah. Ini disambung lagi. Dan sekarang diberi jawapan dari Allah tentang persoalan dan permintaan mereka itu.

أَو يَكونَ لَكَ بَيتٌ مِن زُخرُفٍ أَو تَرقىٰ فِي السَّماءِ وَلَن نُؤمِنَ لِرُقِيِّكَ حَتّىٰ تُنَزِّلَ عَلَينا كِتابًا نَقرَؤُهُ ۗ قُل سُبحانَ رَبّي هَل كُنتُ إِلّا بَشَرًا رَسولًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Or you have a house of ornament [i.e., gold] or you ascend into the sky. And [even then], we will not believe in your ascension until you bring down to us a book we may read.” Say, “Exalted is my Lord! Was I ever but a human messenger?”

(MELAYU)

Atau kamu mempunyai sebuah rumah dari emas, atau kamu naik ke langit. Dan kami sekali-kali tidak akan mempercayai kenaikanmu itu hingga kamu turunkan atas kami sebuah kitab yang kami baca”. Katakanlah: “Maha Suci Tuhanku, bukankah aku ini hanya seorang manusia yang menjadi rasul?”

 

أَو يَكونَ لَكَ بَيتٌ مِن زُخرُفٍ

Atau kamu mempunyai sebuah rumah dari emas,

Mereka minta baginda tunjukkan yang baginda ada rumah yang dibuat dari emas. Kerana mereka kalau jadi Nabi, tentulah rumah pun hebat juga.

 

أَو تَرقىٰ فِي السَّماءِ

atau kamu naik ke langit.

Atau baginda boleh buktikan dengan dapat naik ke langit. Mereka nak tengok yang baginda memang naik ke atas dengan mata mereka sendiri.

 

وَلَن نُؤمِنَ لِرُقِيِّكَ حَتّىٰ تُنَزِّلَ عَلَينا كِتابًا نَقرَؤُهُ

Dan kami sekali-kali tidak akan mempercayai kenaikanmu itu hingga kamu turunkan atas kami sebuah kitab yang kami baca”.

Dan mereka kata walaupun baginda dapat naik ke langit, mereka tidak akan percaya sehinggalah baginda bawa kitab turun bersama baginda satu kitab yang mereka boleh baca. Mesti bukan bacaan dari ingatan, tapi kitab yang mereka boleh lihat, pegang dan baca sendiri.

Begitulah dah panjang Allah senaraikan satu persatu permintaan karut mereka.

 

قُل سُبحانَ رَبّي هَل كُنتُ إِلّا بَشَرًا رَسولًا

Katakanlah: “Maha Suci Tuhanku, bukankah aku ini hanya seorang manusia yang menjadi rasul?”

Ini adalah jawapan yang Allah ajar Nabi Muhammad: Beritahu kepada mereka subhanallah, iaitu Allah maha sempurna. Allah tinggi dari apa sangkaan mereka dan tidak layak bagi Allah untuk menepati kehendak mereka.

Dan Allah suruh baginda beritahu mereka yang baginda adalah manusia seperti mereka juga. Bezanya baginda telah dilantik menjadi Nabi dan Rasul dan diberikan dengan wahyu dari Allah. Maksudnya, Nabi Muhammad tidak ada kuasa untuk mengadakan apa-apa sahaja yang mereka minta itu. Baginda hanya manusia dan Rasul. Dan Rasul pun tidak ada kuasa seperti sangkaan mereka itu. Tugas Rasul adalah untuk menyampaikan ilmu wahyu kepada umat, bukannya nak tambah harta atau nak tunjukkan kelebihan (mukjizat).

Tidaklah juga Rasulullah berani untuk mengarahkan Allah buat apa-apa sahaja. Kalau Allah hendak buat, itu adalah kehendak Allah dan Dia boleh buat. Tapi kalau nak arahkan Allah buat apa-apa sahaja, itu memang bukan kerja Rasul.


 

Ayat 94: Ini adalah jawapan lagi kepada syikayah. Sebelum ini Allah telah merungut tentang permintaan-permintaan mereka itu. Sekarang Allah nak jawap tentang permintaan mereka itu.

وَما مَنَعَ النّاسَ أَن يُؤمِنوا إِذ جاءَهُمُ الهُدىٰ إِلّا أَن قالوا أَبَعَثَ اللهُ بَشَرًا رَسولًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And what prevented the people from believing when guidance came to them except that they said, “Has Allāh sent a human messenger?”

(MELAYU)

Dan tidak ada sesuatu yang menghalangi manusia untuk beriman tatkala datang petunjuk kepadanya, kecuali perkataan mereka: “Adakah Allah mengutus seorang manusia menjadi rasul?”

 

وَما مَنَعَ النّاسَ أَن يُؤمِنوا إِذ جاءَهُمُ الهُدىٰ

Dan tidak ada sesuatu yang menghalangi manusia untuk beriman tatkala datang petunjuk kepadanya,

Sekarang Allah memberitahu apakah sebab utama kebanyakan manusia tidak dapat menerima hidayah yang sampai kepada mereka. Petunjuk yang baik telah sampai, disampaikan pula oleh manusia yang amat baik. Diberikan pula dengan hujah-hujah dari Qur’an yang mantap dan sempurna. Tapi mereka tidak juga mahu terima. Kenapa?

 

إِلّا أَن قالوا أَبَعَثَ اللهُ بَشَرًا رَسولًا

kecuali perkataan mereka: “Adakah Allah mengutus seorang manusia menjadi rasul?”

Tidaklah yang menghalang mereka dari menerima hidayah itu melainkan manusia yang sampaikan kepada mereka. Setelah diberikan dengan segala dalil dan hujah mereka tetap juga akan menolak kerana yang menyampaikan perkara itu kepada mereka adalah seorang manusia. Mereka kata, kalau nak sampaikan perkara yang besar-besar begitu, kenalah makhluk lain yang sampaikan, bukannya manusia seperti mereka juga. Mereka sahaja yang memandai buat syarat sebegitu. Mereka itu hendak menolak sahaja. Ayat ini sama dengan apa yang disebutkan di dalam ayat lain melalui firman-Nya:

{أَكَانَ لِلنَّاسِ عَجَبًا أَنْ أَوْحَيْنَا إِلَى رَجُلٍ مِنْهُمْ أَنْ أَنْذِرِ النَّاسَ وَبَشِّرِ الَّذِينَ آمَنُوا}

Patutkah menjadi keheranan bagi manusia bahwa Kami mewah­yukan kepada seorang laki-laki di antara mereka, “Berilah peringatan kepada manusia dan gembirakanlah orang-orang yang beriman, bahwa mereka mempunyai kedudukan yang ting­gi di sisi Tuhannya.” (Yunus: 2)

Dan banyak lagi ayat-ayat lain tentang perkara ini. Dan ini adalah masalah utama yang dihadapi oleh manusia yang tidak dapat menerima ada orang yang mereka kena taati. Mereka ada masalah untuk taat kepada manusia yang lain. Dan ini memerlukan kerendahan hati. Kena sanggup terima yang Allah ada angkat dari kalangan manusia sendiri, para Rasul. Dan kerana Allah yang lantik mereka, maka kenalah kita taat kepada mereka. Tidak ada hak kita untuk melawan para Rasul itu. Taat kepada Rasul itu bermaksud taat kepada Allah juga kerana Allah yang lantik mereka.


 

Ayat 95: Allah jawap kenapa Dia lantik manusia sebagai Rasul, dan bukannya malaikat, seperti yang dihujah oleh musyrikin Mekah itu.

قُل لَو كانَ فِي الأَرضِ مَلائِكَةٌ يَمشونَ مُطمَئِنّينَ لَنَزَّلنا عَلَيهِم مِنَ السَّماءِ مَلَكًا رَسولًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Say, “If there were upon the earth angels walking securely,¹ We would have sent down to them from the heaven an angel [as a] messenger.”

  • i.e., who were settled and established there, as is man.

(MELAYU)

Katakanlah: “Kalau seandainya ada malaikat-malaikat yang berjalan-jalan sebagai penghuni di bumi, nescaya Kami turunkan dari langit kepada mereka seorang malaikat menjadi rasul”.

 

قُل لَو كانَ فِي الأَرضِ مَلائِكَةٌ يَمشونَ مُطمَئِنّينَ

Katakanlah: “Kalau seandainya ada malaikat-malaikat yang berjalan-jalan sebagai penghuni di bumi,

Allah suruh beritahu manusia, kenapa manusia yang diangkat menjadi Rasul bagi manusia. Kerana Allah akan beri makhluk yang sama jenis sebagai pendakwah. Kerana itu Allah beritahu, bayangkan kalau dunia ini dihuni oleh para malaikat, dan mereka berjalan dengan tenang (maksudnya mereka menghuni dunia ini).

 

لَنَزَّلنا عَلَيهِم مِنَ السَّماءِ مَلَكًا رَسولًا

nescaya Kami turunkan dari langit kepada mereka seorang malaikat menjadi rasul”.

Kalau dunia dihuni oleh malaikat, maka Allah akan hantar malaikat dari langit sebagai Rasul kepada mereka. Kerana kalau yang tinggal di dunia itu adalah malaikat, Allah akan hantar malaikat sebagai Rasul mereka; tapi kerana yang tinggal di dunia sekarang adalah manusia, maka Allah hantar manusialah sebagai Rasul. Maknanya Allah menghantar rasul dari kalangan manusia kerana mereka itu manusia dan kalau penduduk bumi itu malaikat Allah akan hantar malaikat yang lain dari langit sebagai Rasul kepada mereka juga.

Bayangkan kalau Allah menurunkan malaikat sebagai Rasul untuk mereka – tentulah mereka tidak boleh ikut kata-kata malaikat itu kerana tentu mereka akan kata yang mereka tidak akan dapat ikut Rasul Malaikat itu kerana malaikat lain dan mereka lain. Malaikat tidak makan dan minum contohnya, sedangkan kita semua makan dan minum dan kerana itu kena cari rezeki untuk makan. Ia akan jadi ketidaksamarataan yang akan menyebabkan manusia ada alasan untuk menolak ikut Rasul itu.

Allah jadikan Rasul dari kalangan manusia yang boleh diambil contoh. Cara hidup para Nabi itu boleh dicapai kerana mereka pun manusia juga. Dan kerana itu kita tidak boleh terlalu meninggikan kedudukan Rasulullah sampai kita rasa yang kita tidak boleh menjadi seperti baginda. Allah bangkitkan rasul dari kalangan manusia supaya kita boleh ikut cara cara baginda. Mereka itu adalah contoh, dan kalau contoh itu terlalu tinggi untuk diikuti, tentulah itu contoh yang tidak baik.

Begitu juga kita tidak boleh terlalu meninggikan kedudukan para sahabat sampai kita rasa kita tidak boleh jadi seperti mereka. Kita kena ingat yang mereka itu manusia biasa juga dan kejayaan yang mereka dapat adalah kerana usaha mereka. Mereka juga ada dugaan dan mereka juga ada masalah mereka sendiri, tetapi mereka dapat menghadapinya dan begitu juga kita.


 

Ayat 96: Jawap syikayah lagi. Kalau mereka tidak mahu terima juga baginda sebagai Rasul, apa yang patut baginda jawap kepada mereka?

قُل كَفىٰ بِاللهِ شَهيدًا بَيني وَبَينَكُم ۚ إِنَّهُ كانَ بِعِبادِهِ خَبيرًا بَصيرًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Say, “Sufficient is Allāh as Witness between me and you. Indeed He is ever, concerning His servants, Acquainted and Seeing.”

(MELAYU)

Katakanlah: “Cukuplah Allah menjadi saksi antara aku dan kamu sekalian. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mengetahui lagi Maha Melihat akan hamba-hamba-Nya”.

 

قُل كَفىٰ بِاللهِ شَهيدًا بَيني وَبَينَكُم

Katakanlah: “Cukuplah Allah menjadi saksi antara aku dan kamu sekalian.

Nabi disuruh untuk memberitahu bahawa baginda telah menjalankan tugas baginda dan cukuplah Allah sebagai saksi atas kerja-kerja yang baginda telah lakukan itu. Baginda tidak perlukan persetujuan mereka atau penerimaan mereka. Kalau Allah sudah terima baginda, itu sudah cukup. Kerana Allah tahu apa yang baginda lakukan, dan kalau baginda kata perkara yang salah, tentulah Allah dah matikan baginda. Seperti yang disebutkan oleh Allah Swt. dalam ayat lain melalui firman-Nya:

{وَلَوْ تَقَوَّلَ عَلَيْنَا بَعْضَ الأقَاوِيلِ * لأخَذْنَا مِنْهُ بِالْيَمِينِ * ثُمَّ لَقَطَعْنَا مِنْهُ الْوَتِينَ}

Seandainya dia (Muhammad) mengada-adakan sebagian perkataan atas (nama) Kami, niscaya benar-benar Kami pegang dia pada tangan kanannya. Kemudian benar-benar Kami potong urat tali jantungnya. (Al-Haqqah: 44-46)

 

إِنَّهُ كانَ بِعِبادِهِ خَبيرًا بَصيرًا

Dia adalah Maha Mengetahui lagi Maha Melihat akan hamba-hamba-Nya”.

Allah tahu segala-galanya tentang makhlukNya. Allah tahu apa yang dalam hati manusia, atau tahu apa yang mereka lakukan. Jadi apabila Nabi Muhammad masih lagi hidup, terus menyampaikan dakwah kepada manusia, itu sebagai tanda yang apa yang baginda sampaikan itu adalah benar.

Semua itu akan dibalas dan akan dipertanggungjawabkan. Apa yang terjadi di dunia ini hanya sebagai ujian sahaja. Yang lebih penting adalah di akhirat kelak dimana segala yang dilakukan oleh manusia akan dibicarakan dan akan dibalas dengan adil.

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya.


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

Mutiara al-Qur’an

About tafsirsunnah

Blog mentafsir Quran berdasarkan fahaman Sunnah dan salafussoleh.
This entry was posted in Surah 017: al-Isra'. Bookmark the permalink.

One Response to Tafsir Surah al-Isra’ Ayat 93 – 96 (Tanda kebenaran Rasulullah)

  1. Pingback: Tafsir Surah al-Isra’ Ayat 93 – 96 (Tanda kebenaran Rasulullah)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s