Tafsir Surah al-Isra’ Ayat 87 – 92 (Nak tengok Allah dan malaikat)

Ayat 87: Sambung kelebihan Qur’an sebagai anugerah dari Allah taala.

إِلّا رَحمَةً مِن رَبِّكَ ۚ إِنَّ فَضلَهُ كانَ عَلَيكَ كَبيرًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Except [We have left it with you] as a mercy from your Lord. Indeed, His favor upon you has ever been great.

(MELAYU)

kecuali kerana rahmat dari Tuhanmu. Sesungguhnya kurnia-Nya atasmu adalah besar.

 

إِلّا رَحمَةً مِن رَبِّكَ

kecuali kerana rahmat dari Tuhanmu.

Dan Nabi Muhammad dapat ingat Qur’an dan ia tetap berada di dalam hati baginda adalah kerana rahmat daripada Allah. Allah kekalkan Qur’an ini dalam hati baginda sebagai rahmat dari Allah. Dari itu juga kita mendapat rahmat itu kerana Qur’an telah sampai kepada kita sekarang.

 

إِنَّ فَضلَهُ كانَ عَلَيكَ كَبيرًا

Sesungguhnya kurnia-Nya atasmu adalah besar.

Dan sesungguhnya memang pemberian Allah terhadap baginda adalah besar. Dan yang dimaksudkan di dalam ayat ini adalah Qur’an. Kerana Qur’an itu adalah sesuatu yang amat besar rahmatnya.

Dalam ayat-ayat sebelum ini telah disebut bagaimana musyrikin Mekah mahu Nabi Muhammad mengubah Qur’an itu dan berkompromi dengan mereka, tetapi Allah memberitahu dalam ayat ini yang Qur’an itu sendiri adalah rahmat pemberian kepada manusia lalu kenapa nak ditukar? Kenapa nak tukar benda yang baik, pula? Itu memang tidak patut.


 

Ayat 88: Qur’an bukan rekaan manusia.

قُل لَئِنِ اجتَمَعَتِ الإِنسُ وَالجِنُّ عَلىٰ أَن يَأتوا بِمِثلِ هٰذَا القُرآنِ لا يَأتونَ بِمِثلِهِ وَلَو كانَ بَعضُهُم لِبَعضٍ ظَهيرًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Say, “If mankind and the jinn gathered in order to produce the like of this Qur’ān, they could not produce the like of it, even if they were to each other assistants.”

(MELAYU)

Katakanlah: “Sesungguhnya jika manusia dan jin berkumpul untuk membuat yang serupa Al Quran ini, nescaya mereka tidak akan dapat membuat yang serupa dengannya, sekalipun sebahagian mereka menjadi pembantu bagi sebagian yang lain”.

 

قُل لَئِنِ اجتَمَعَتِ الإِنسُ وَالجِنُّ عَلىٰ أَن يَأتوا بِمِثلِ هٰذَا القُرآنِ

Katakanlah: “Sesungguhnya jika manusia dan jin berkumpul untuk membuat yang serupa Al Quran ini,

Sebelum ini mereka menyebut tentang menukar Qur’an dengan Qur’an yang lain. Tapi dalam ayat ini Allah memberitahu yang jika manusia dan jin bersatu pun untuk menukar Qur’an itu, atau menjadikan Qur’an yang lain, tentu tidak akan berjaya. Memang jin dan manusia tidak bekerjasama dalam keadaan biasa. Tapi bagaimana kalau manusia dibantu oleh jin?

 

لا يَأتونَ بِمِثلِهِ

nescaya mereka tidak akan dapat membuat yang serupa dengannya, 

Kalau dibantu oleh jin pun, mereka tidak akan dapat menjadikan sesuatu yang sama dengan Qur’an ini.

 

وَلَو كانَ بَعضُهُم لِبَعضٍ ظَهيرًا

sekalipun sebahagian mereka menjadi pembantu bagi sebagian yang lain”.

Walaupun manusia dan jin itu tolong menolong sesama sendiri. Kalimah ظَهيرًا bermaksud belakang badan kita. Kita selalu kata, seseorang itu adalah ‘tulang belakang’ seseorang jikalau orang itu yang menjadi penolong yang kuat. Allah hendak memberitahu yang kalaulah jenis manusia yang paling bijak dan jenis jin yang paling bijak pun, gabungan itu tidak akan dapat menjadikan satu jenis bacaan yang macam Qur’an. Tidak mungkin.


 

Ayat 89: Ayat zajrun dan syikayah. Allah telah beri berbagai hujah dalam Qur’an, tapi masih ada lagi yang membantahnya.

وَلَقَد صَرَّفنا لِلنّاسِ في هٰذَا القُرآنِ مِن كُلِّ مَثَلٍ فَأَبىٰ أَكثَرُ النّاسِ إِلّا كُفورًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And We have certainly diversified for the people in this Qur’ān from every [kind of] example, but most of the people refused except disbelief.

(MELAYU)

Dan sesungguhnya Kami telah mengulang-ulang kepada manusia dalam Al Quran ini tiap-tiap macam perumpamaan, tapi kebanyakan manusia tidak menyukai kecuali mengingkari(nya).

 

وَلَقَد صَرَّفنا لِلنّاسِ في هٰذَا القُرآنِ مِن كُلِّ مَثَلٍ

Dan sesungguhnya Kami telah mengulang-ulang kepada manusia dalam Al Quran ini tiap-tiap macam perumpamaan,

Allah telah memberikan berbagai-bagai cara penerangan kepada manusia supaya manusia itu boleh faham apa yang hendak disampaikan di dalam Qur’an ini. Allah lakukan begitu untuk memberi kefahaman. Allah mengulang-ngulang perkara yang sama iaitu tentang akidah dengan bahasa yang indah. Allah juga telah memberikan berbagai-bagai perumpamaan dan analogi kerana dengan cara itu manusia boleh faham. Kadang-kadang kalau kita hendak beri manusia lain faham tentang apa yang kita sampaikan, kita akan menjelaskan perkara itu dari berbagai sudut. Kerana pemahaman manusia tidak sama, ada yang faham begini dan ada yang faham begitu. Maka Allah ubah-ubah cara penyampaian di dalam Qur’an ini supaya dapat merangkumi segala jenis orang.

 

فَأَبىٰ أَكثَرُ النّاسِ إِلّا كُفورًا

tapi kebanyakan manusia tidak menyukai kecuali mengingkari(nya).

Akan tetapi manusia tetap juga menolak kebenaran. Walaupun telah disampaikan kepada mereka dengan berbagai cara tapi mereka tetap juga menolak kerana mereka itu jenis manusia degil.


 

Ayat 90: Syikayah. Rungutan Allah terhadap perangai musyrikin Mekah. Mereka tidak mahu percaya malah meminta macam-macam tanda.

وَقالوا لَن نُؤمِنَ لَكَ حَتّىٰ تَفجُرَ لَنا مِنَ الأَرضِ يَنبوعًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And they say, “We will not believe you until you break open for us from the ground a spring

(MELAYU)

Dan mereka berkata: “Kami sekali-kali tidak percaya kepadamu hingga kamu memancarkan mata air dan bumi untuk kami,

 

Allah menceritakan bagaimana teruknya kata-kata musyrikin Mekah. Mereka kata mereka tetap tidak akan beriman dengan Rasulullah kecualilah kalau baginda boleh mengeluarkan mata air yang terpancar dari bumi. Ini bukan jenis mata air yang biasa tetapi mata air yang mengejutkan kerana keluar daripada padang pasir yang panas. Yang mengeluarkan air dengan banyak. Biar terkenal bumi Mekah itu selepas ada Nabi.


 

Ayat 91: Apa lagi yang mereka minta?

أَو تَكونَ لَكَ جَنَّةٌ مِن نَخيلٍ وَعِنَبٍ فَتُفَجِّرَ الأَنهارَ خِلالَها تَفجيرًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Or [until] you have a garden of palm trees and grapes and make rivers gush forth within them in force [and abundance]

(MELAYU)

atau kamu mempunyai sebuah kebun kurma dan anggur, lalu kamu alirkan sungai-sungai di celah kebun yang deras alirannya,

 

أَو تَكونَ لَكَ جَنَّةٌ مِن نَخيلٍ وَعِنَبٍ

atau kamu mempunyai sebuah kebun kurma dan anggur, 

Mereka mempersoalkan kenapa baginda tidak ada kebun tamar dan anggur. Mereka sekarang minta kebun kurma dan anggur pula.

 

فَتُفَجِّرَ الأَنهارَ خِلالَها تَفجيرًا

lalu kamu alirkan sungai-sungai di celah kebun yang deras alirannya,

Dan mereka kalau bila dah ada kebur tamar dan anggur itu, buktikanlah yang baginda itu memang seorang Nabi dengan mengeluarkan sungai di antara kebun kurma dan anggurnya itu. Sekarang mereka minta alirkan sungai pula di tengah padang pasir itu.

Hal tersebut amatlah mudah bagi Allah Swt.; jika Dia menghendaki, nescaya Dia dapat mem­buatnya dan dapat memenuhi segala sesuatu yang mereka minta dan mereka tuntut kepada Nabi Saw. untuk mengadakannya. Tetapi Allah mengetahui bahawa mereka tetap tidak akan beroleh petunjuk, seperti yang disebutkan di dalam ayat lain melalui firman-Nya:

{إِنَّ الَّذِينَ حَقَّتْ عَلَيْهِمْ كَلِمَةُ رَبِّكَ لَا يُؤْمِنُونَ وَلَوْ جَاءَتْهُمْ كُلُّ آيَةٍ حَتَّى يَرَوُا الْعَذَابَ الألِيمَ}

Sesungguhnya orang-orang yang telah pasti terhadap mereka kalimat Tuhanmu, tidaklah akan beriman, meskipun datang kepada mereka segala macam keterangan, hingga mereka menyaksikan azab yang pedih. (Yunus: 96-97)


 

Ayat 92: Sambungan permintaan mereka.

أَو تُسقِطَ السَّماءَ كَما زَعَمتَ عَلَينا كِسَفًا أَو تَأتِيَ بِاللهِ وَالمَلائِكَةِ قَبيلًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Or you make the heaven fall upon us in fragments as you have claimed or you bring Allāh and the angels before [us]

(MELAYU)

atau kamu jatuhkan langit berkeping-keping atas kami, sebagaimana kamu katakan atau kamu datangkan Allah dan malaikat-malaikat berhadapan muka dengan kami.

 

أَو تُسقِطَ السَّماءَ كَما زَعَمتَ عَلَينا كِسَفًا

atau kamu jatuhkan langit berkeping-keping atas kami, sebagaimana kamu katakan

Dan mereka cabar baginda untuk menjatuhkan kepingan-kepingan langit ke atas mereka. Tapi mereka minta kepingan yang lembut kerana kalimah كِسَفًا digunakan. Makna ayat ini sama dengan permintaan mereka yang disebutkan di dalam ayat lain melalui firman-Nya:

{اللَّهُمَّ إِنْ كَانَ هَذَا هُوَ الْحَقَّ مِنْ عِنْدِكَ فَأَمْطِرْ عَلَيْنَا حِجَارَةً مِنَ السَّمَاءِ أَوِ ائْتِنَا بِعَذَابٍ أَلِيمٍ} الْآيَةَ

Ya Allah jika betul (Al-Qur’an) ini, dialah yang benar dari sisi Engkau, maka hujanilah kami dengan batu dari langit. (Al-Anfal: 32), hingga akhir ayat.

Maknanya, mereka ejek Nabi Muhammad untuk kenakan mereka dengan azab seperti yang diancam kepada mereka. Kerana mereka tidak percaya sebenarnya, sebab itu mereka berani nak kata begitu. Hal yang sama pernah dimintakan oleh kaum Nabi Syu’aib kepada nabi mereka, seperti yang disebut oleh Allah Swt. dari perkataan mereka melalui firman-Nya:

{أَسْقِطْ عَلَيْنَا كِسَفًا مِنَ السَّمَاءِ إِنْ كُنْتَ مِنَ الصَّادِقِينَ}

Maka jatuhkanlah atas kami gumpalan dari langit, jika kamu termasuk orang-orang yang benar. (Asy-Syu’ara: 187)

 

أَو تَأتِيَ بِاللهِ وَالمَلائِكَةِ قَبيلًا

atau kamu datangkan Allah dan malaikat-malaikat berhadapan muka dengan kami.

Atau baginda bawakanlah Allah dan malaikat bertemu mereka bersua muka. Maknanya mereka nak Allah dan para malaikat yang disebut-sebut oleh Nabi Muhammad itu benar-benar duduk depan mereka supaya mereka boleh lihat.

Semua permintaan itu bukanlah kerana hendak beriman tapi kerana hendak membantah sahaja. Allah sebut dalam ayat yang lain:

{وَلَوْ أَنَّنَا نزلْنَا إِلَيْهِمُ الْمَلائِكَةَ وَكَلَّمَهُمُ الْمَوْتَى وَحَشَرْنَا عَلَيْهِمْ كُلَّ شَيْءٍ قُبُلا مَا كَانُوا لِيُؤْمِنُوا إِلا أَنْ يَشَاءَ اللَّهُ وَلَكِنَّ أَكْثَرَهُمْ يَجْهَلُونَ}

Kalau sekiranya Kami turunkan malaikat kepada mereka, dan orang-orang yang telah mati berbicara dengan mereka, dan Kami kumpulkan (pula) segala sesuatu ke hadapan mereka, niscaya mereka tidak (juga) akan beriman. (Al-An’am: 111), hingga akhir ayat.

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya.


Rujukan:

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

Mutiara al-Qur’an

About tafsirsunnah

Blog mentafsir Quran berdasarkan fahaman Sunnah dan salafussoleh.
This entry was posted in Surah 017: al-Isra'. Bookmark the permalink.

One Response to Tafsir Surah al-Isra’ Ayat 87 – 92 (Nak tengok Allah dan malaikat)

  1. Pingback: Tafsir Surah al-Isra’ Ayat 87 – 92 (Nak tengok Allah dan malaikat)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s