Tafsir Surah al-Isra’ Ayat 76 – 80 (Rasulullah dihalau keluar dari Mekah)

Ayat 76:

وَإِن كادوا لَيَستَفِزّونَكَ مِنَ الأَرضِ لِيُخرِجوكَ مِنها ۖ وَإِذًا لا يَلبَثونَ خِلافَكَ إِلّا قَليلًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And indeed, they were about to provoke [i.e., drive] you from the land [i.e., Makkah] to evict you therefrom. And then [when they do], they will not remain [there] after you, except for a little.¹

  • Only ten years after the Prophet’s emigration, Makkah was completely cleared of his enemies.

(MELAYU)

Dan sesungguhnya benar-benar mereka hampir membuatmu gelisah di negeri (Mekah) untuk mengusirmu daripadanya dan kalau terjadi demikian, nescaya sepeninggalmu mereka tidak tinggal, melainkan sebentar saja.

 

وَإِن كادوا لَيَستَفِزّونَكَ مِنَ الأَرضِ

Dan sesungguhnya benar-benar mereka hampir membuatmu gelisah di negeri

Dan mereka hampir hendak mengeluarkan Nabi Muhammad dari bumi Mekah. Kerana mereka sudah tidak tahan dengan dakwah baginda dan mereka rasa lebih baik kalau baginda tidak ada lagi di Mekah. Selama itu baginda dapat tetap duduk di Mekah kerana baginda ada penolong baginda iaitu bapa saudara baginda, Abu Talib.

Kalimah لَيَستَفِزّونَكَ dari ف ز ز yang bermaksud melakukan provokasi, menakutkan, memalukan dengan tujuan supaya seseorang itu buat sesuatu. Maknanya mereka telah buat macam-macam perkara supaya Rasulullah tidak selesa lagi di Mekah. Dan hampir-hampir mereka menyebabkan baginda gelisah duduk di Mekah.

 

لِيُخرِجوكَ مِنها

untuk mengusirmu daripadanya

Tujuan mereka adalah untuk mengeluarkan baginda dari Mekah. Supaya terus nyah sahaja dari situ. Dan akhirnya mereka berjaya juga untuk mengeluarkan baginda dari Mekah. Allah telah mengeluarkan arahan untuk berhijrah ke Yathrib. Semasa ayat ini diturunkan, ia belum berlaku lagi kerana ayat ini adalah Makkiyah.

 

وَإِذًا لا يَلبَثونَ خِلافَكَ إِلّا قَليلًا

nescaya sepeninggalmu mereka tidak tinggal, melainkan sebentar saja.

Tapi Allah beritahu, jikalau baginda keluar dari Mekah pun, mereka pun tidak lama tinggal di situ. Mereka tidak akan selamat. Lapan tahun selepas baginda berhijrah dari Mekah, umat Islam telah berjaya mengambil alih Kota Mekah dari musyrikin.

Dan Sebenarnya pemuka-pemuka besar musyrikin Mekah itu pun tidak lama selepas baginda berhijrah mereka telah dibunuh di perang Badar dan perang Uhud. Perang Badar terjadi tidak lama selepas Hijrah dan itu bermaksud Abu Jahal mati enam bulan selepas baginda keluar dari Mekah.


 

Ayat 77:

سُنَّةَ مَن قَد أَرسَلنا قَبلَكَ مِن رُسُلِنا ۖ وَلا تَجِدُ لِسُنَّتِنا تَحويلًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

[That is Our] established way for those We had sent before you of Our messengers; and you will not find in Our way any alteration.

(MELAYU)

(Kami menetapkan yang demikian) sebagai suatu ketetapan terhadap rasul-rasul Kami yang Kami utus sebelum kamu dan tidak akan kamu dapati perubahan bagi ketetapan Kami itu.

 

سُنَّةَ مَن قَد أَرسَلنا قَبلَكَ مِن رُسُلِنا

sebagai suatu ketetapan terhadap rasul-rasul Kami yang Kami utus sebelum kamu

Apa yang telah dikenakan kepada baginda itu adalah perkara biasa yang juga diberikan kepada rasul-rasul sebelum baginda. Maka ini adalah tasliah kepada Rasulullah. Kalau baginda tahu yang para Rasul dahulu pun dihalau dari kampung asal mereka, tentulah baginda ada rasa lega sedikit. Semasa pertama kali Nabi Muhammad bertemu Waraqah, Waraqah memberitahu yang kalaulah dia masih hidup semasa kaum baginda akan halau baginda dari Mekah. Waktu itu, Nabi Muhammad seolah tidak percaya dan kehairanan yang amat sangat apabila diberitahu yang kaum baginda sendiri akan menghalau baginda.

Satu lagi sunnatullah, apabila dihalau rasul, penduduk asal akan binasa. Itu pun telah berlaku dahulu lagi pun.

 

وَلا تَجِدُ لِسُنَّتِنا تَحويلًا

dan tidak akan kamu dapati perubahan bagi ketetapan Kami itu.

Dan Allah memang tidak mengubah cara itu dan ia tetap akan terjadi. Maka akan ada sahaja gangguan kepada para pendakwah; dan kalau pendakwah dikenakan dengan kezaliman, maka akan ada masalah yang akan dikenakan kepada mereka yang zalim itu.


 

Ayat 78: Ayat umur muslihah. Setelah Allah beritahu dengan dugaan-dugaan yang akan dihadapi oleh baginda, apakah yang baginda kena lakukan? Allah beritahu dalam ayat ini, untuk ringankan musibah yang baginda hadapi di Mekah itu, penawarnya adalah dengan melakukan ibadah.

أَقِمِ الصَّلاةَ لِدُلوكِ الشَّمسِ إِلىٰ غَسَقِ اللَّيلِ وَقُرآنَ الفَجرِ ۖ إِنَّ قُرآنَ الفَجرِ كانَ مَشهودًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Establish prayer at the decline of the sun [from its meridian] until the darkness of the night¹ and [also] the Qur’ān [i.e., recitation] of dawn.² Indeed, the recitation of dawn is ever witnessed.

  • i.e., the period which includes the thuhr, aṣr, maghrib, and ‘ishā’ prayers.
  • i.e., the fajr prayer, in which the recitation of the Qur’ān is prolonged.

(MELAYU)

Dirikanlah solat dari sesudah matahari tergelincir sampai gelap malam dan (dirikanlah pula solat) subuh. Sesungguhnya solat subuh itu disaksikan (oleh malaikat).

 

أَقِمِ الصَّلاةَ لِدُلوكِ الشَّمسِ إِلىٰ غَسَقِ اللَّيلِ

Dirikanlah solat dari sesudah matahari tergelincir sampai gelap malam

Dalam ayat ini, Nabi Muhammad disuruh untuk tumpukan pada ibadat. Kerana dengan menumpukan diri pada ibadat, akan mengurangkan perhatian baginda kepada kesesakan jiwa yang dialami oleh baginda disebabkan oleh kata-kata dan perbuatan kaum baginda. Dan ibadat yang utama adalah solat kerana Nabi memang akan tenang dalam solat. Maka kita pun kenalah jadikan solat sebagai satu sumber ketenangan kepada kita. Kalau ada masalah, banyakkan solat dan mengadu kepada Allah dalam solat itu. Masalahnya, kita tidak faham solat itu dengan sempurna, sampaikan pada kita, solat itu hanya sebagai satu kewajipan yang kena dilakukan sahaja. Maksudnya ia tidak menjadi sebagai sumber penawar kepada hati kita.

Allah suruh dirikan solat bermula dari لِدُلوكِ الشَّمسِ ‘matahari terlepas’. Ia bermaksud apabila matahari hendak turun, atau hendak tergelincir. Boleh diterjemah tergelincir dari khatulistiwa (semasa matahari tegak di atas kepada) menunjukkan telah masuk waktu Zuhur.

Solatlah sehingga ke kegelapan malam, yang merujuk kepada Solat Isya’. Jadi potongan ini merangkumi dari Zuhur ke Isya’, empat waktu sudah disebut.

 

وَقُرآنَ الفَجرِ

dan Qur’an subuh.

Telah disebut solat-solat dari Zuhur hingga ke Isya’ dan tinggal satu lagi solat, iaitu Solat Subuh. Tapi lihat bagaimana Allah tidak sebut ‘Solat Fajr’ tapi Allah sebut Qur’aanul Fajr. Nampak berlainan sikit dari kebiasaan. Allah sebut Qur’an untuk merujuk kepada Solat Subuh kerana kita sepatutnya membaca Qur’an dengan banyak pada waktu Solat Subuh itu.

 

إِنَّ قُرآنَ الفَجرِ كانَ مَشهودًا

Sesungguhnya Qur’an subuh itu disaksikan

Bacaan Qur’an sewaktu Solat Fajar itu disaksikan oleh malaikat yang menjaga dari malam dan malaikat yang baru turun. Waktu subuh itu adalah waktu pertukaran ‘shift’ antara dua kumpulan malaikat itu. Maka lebih ramai malaikat yang menyaksikan pembacaan Qur’an sewaktu Solat Subuh itu. Antara dalil yang menjadi dalil bagi perkara ini adalah:

قَالَ الْبُخَارِيُّ: حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ مُحَمَّدٍ، حَدَّثَنَا عَبْدُ الرَّزَّاقِ، أَخْبَرَنَا مَعْمَر، عَنِ الزُّهْرِيِّ، عَنْ أَبِي سَلَمَةَ -وَسَعِيدِ بْنِ الْمُسَيَّبِ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: “فَضْلُ صَلَاةِ الْجَمِيعِ عَلَى صَلَاةِ الْوَاحِدِ خَمْسٌ وَعِشْرُونَ دَرَجَةً، وَتَجْتَمِعُ مَلَائِكَةُ اللَّيْلِ وَمَلَائِكَةُ النَّهَارِ فِي صَلَاةِ الْفَجْرِ”. وَيَقُولُ أَبُو هُرَيْرَةَ: اقْرَءُوا إِنْ شِئْتُمْ: {وَقُرْآنَ الْفَجْرِ إِنَّ قُرْآنَ الْفَجْرِ كَانَ مَشْهُودًا}

Imam Bukhari mengatakan, telah menceritakan kepada kami Abdullah ibnu Muhammad, telah menceritakan kepada kami Abdur Razzaq, telah menceritakan kepada kami Ma’mar, dari Az-Zuhri, dari Abu Salamah dan Sa’id ibnul Musayyab, dari Abu Hurairah r.a., bahwa Nabi Saw. telah bersabda: Keutamaan solat berjamaah atas solat sendirian ialah dua pu­luh lima darjat, dan malaikat yang bertugas di malam hari dan yang bertugas di siang hari berkumpul dalam solat Subuh. Kemudian Abu Hurairah berkata, “Bacalah jika kalian suka membaca­nya,” yaitu firman Allah Swt.: dan (dirikanlah pula salat) Subuh. Sesungguhnya salat Subuh itu disaksikan (oleh malaikat). (Al-Isra: 78)

Dan Allah juga hendak memberitahu bahawa solat itu disaksikan olehNya walaupun manusia tidak ramai yang saksikan (kerana tidak ramai yang Solat Subuh) tetapi Allah hendak memberitahu bahawa Dia sedang melihat.

Oleh itu, kesimpulannya ayat ini menyentuh keseluruhan solat lima waktu walaupun nampak seolah-olah hanya menyebut tiga waktu sahaja. Kerana ayat لِدُلوكِ الشَّمسِ إِلىٰ غَسَقِ اللَّيلِ  bukanlah لِدُلوكِ الشَّمسِ وغَسَقِ اللَّيلِ. Jadi ia termasuk dengan waktu Zohor sampaikan Isya’ dan kemudian ditambah dengan waktu subuh.


 

Ayat 79: Tadi telah disebut solat fardhu. Sekarang disebut solat lain pula.

وَمِنَ اللَّيلِ فَتَهَجَّد بِهِ نافِلَةً لَكَ عَسىٰ أَن يَبعَثَكَ رَبُّكَ مَقامًا مَحمودًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And from [part of] the night, pray¹ with it [i.e., recitation of the Qur’ān] as additional [worship] for you; it is expected that² your Lord will resurrect you to a praised station.³

  • Literally, “arise from sleep for prayer.”
  • This is a promise from Allāh (subḥānahu wa ta‘ālā) to Prophet Muḥammad ().
  • The position of intercession by permission of Allāh and the highest degree in Paradise.

(MELAYU)

Dan pada sebahagian malam hari bersembahyang tahajudlah kamu sebagai suatu ibadah tambahan bagimu; mudah-mudahan Tuhan-mu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji.

 

وَمِنَ اللَّيلِ فَتَهَجَّد بِهِ نافِلَةً لَكَ

Dan pada sebahagian malam hari bersembahyang tahajudlah kamu sebagai suatu ibadah tambahan bagimu;

Nabi Muhammad disuruh untuk mendirikan Solat Tahajud pada malam hari. Ini merujuk kepada bacaan Qur’an dan solat malam yang selain dari Solat Fardhu sebagai tambahan. Makna tahajud ialah solat yang dikerjakan sesudah tidur. Demikianlah menurut pendapat Alqamah, Al-Aswad, Ibrahim An-Nakha’i, dan lain-lainnya yang bukan hanya seorang. Kalau tidak tidur dahulu, itu dinamakan Qiyamullail.

Menurut suatu pendapat, makna yang dimaksud ialah Nabi Muhammad secara khusus wajib melakukan tahajjud itu. Maka ada ulama yang menganggapnya sebagai suatu kewajiban khusus bagi Nabi Saw. sendiri, tidak bagi umat­nya. Kepada umat Nabi Muhammad, ianya adalah sunat. Demikianlah menurut pendapat yang diriwayatkan oleh Al-Aufi, dari Ibnu Abbas. Inilah yang dikatakan oleh salah satu pendapat di antara dua pendapat yang ada di kalangan ulama, juga menurut salah satu penda­pat Imam Syafi’i, dan pendapat inilah yang dipilih oleh Ibnu Jarir.

 

عَسىٰ أَن يَبعَثَكَ رَبُّكَ مَقامًا مَحمودًا

mudah-mudahan Tuhan-mu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji.

Allah suruh Nabi Muhammad melakukan Solat Tahajjud itu supaya baginda mendapat kedudukan yang tinggi di akhirat kelak. Walaupun Allah kata عَسىٰ (mudah-mudahan) tapi sudah pasti kedudukan tinggi itu akan diberikan kepada baginda di akhirat kelak.

Ibnu Jarir mengatakan, kebanyakan ulama ahli takwil mengatakan bahawa yang dimaksud dengan kedudukan yang terpuji ini ialah kedudukan yang diperoleh Nabi Saw. pada hari kiamat nanti, iaitu memberikan syafa­at bagi umat manusia, agar Tuhan mereka membebaskan mereka dari kesengsaraan hari itu.

Menurut Ibnu Kathir, sesungguhnya Rasulullah Saw. mempunyai beberapa ke­muliaan di hari kiamat yang tidak ada seorang pun yang menandinginya. Sebagaimana baginda pun memiliki beberapa keutamaan yang tiada seorang pun dapat menyainginya, iaitu seperti berikut:

  1. Nabi Saw. adalah orang yang mula-mula dibangkitkan dari kubur­nya.
  2. Nabi Saw. dibangkitkan dalam keadaan berkenderaan menuju Padang Mahsyar.
  3. Nabi Saw. adalah pemegang panji yang bernaung di bawahnya Nabi Adam a.s. dan nabi-nabi lain sesudahnya, semuanya berada di ba­wah panjinya.
  4. Nabi Saw. mempunyai telaga (Kautsar) yang di tempat perhentian itu tiada sesuatu pun yang lebih banyak pendatangnya daripada telaga yang dimilikinya.
  5. Nabi Saw. pemegang syafa’atul ‘uzma di sisi Allah agar Allah mahu datang untuk memutuskan peradilan di antara makhluk-Nya. Yang demikian itu terjadi sesudah semua manusia meminta kepada Adam, Nuh, Ibrahim, Musa, lalu Isa; masing-masing dari mereka mengatakan, “Saya bukanlah orangnya.”Akhirnya mereka datang kepada Nabi Muhammad Saw. Maka Nabi Saw. bersabda: Akulah orangnya, akulah orangnya. 
  6. Keistimewaan lainnya yang dimiliki oleh Nabi Saw. ialah memberi­kan syafaat kepada sejumlah kaum, padahal kaum-kaum itu telah diperin­tahkan untuk diseret ke dalam neraka, akhirnya mereka diselamatkan darinya.
  7. Umat Nabi Saw. adalah umat yang paling pertama menerima keputusan dari Allah dalam peradilan-Nya di antara sesama mereka. Dan mereka adalah umat yang mula-mula melewati sirat bersama nabinya.
  8. Nabi Saw. adalah orang yang mula-mula diberi syafaat oleh Allah untuk masuk ke dalam syurga, seperti yang disebutkan di dalam hadis sahih Muslim. Di dalam hadis sur (sangkakala) disebutkan bahawa semua orang mukmin tidak dapat masuk syurga kecuali dengan syafaat dari Nabi Saw. Nabi Saw. adalah orang yang mula-mula masuk syurga bersama umatnya sebelum umat-umat lainnya.
  9. Nabi Saw. memberikan syafaat untuk meninggikan derajat sejum­lah kaum yang amal perbuatan mereka tidak dapat mencapainya.
  10. Nabi Saw. adalah pemilik wasilah yang merupakan kedudukan tertinggi di syurga. Kedudukan ini tidak layak disandang kecuali hanya oleh Nabi Saw. sendiri.
  11. Apabila Allah Swt. telah memberikan izin untuk memberi syafaat kepada orang-orang yang durhaka, maka barulah para malaikat, para nabi, dan kaum mukmin memberikan syafaatnya masing-masing. Nabi Saw. memberikan syafaatnya kepada sejumlah besar makhluk yang tiada seorang pun mengetahui bilangannya kecuali hanya Allah Swt. Tiada seorang pun yang dapat menyamainya dan setara dengan dia dalam hal memberi syafaat.


 

Ayat 80: Jadi dalam dua ayat sebelum ini Allah telah suruh baginda menumpukan perhatian baginda kepada ibadat fardhu dan ibadat sunat sebagai tambahan. Itu adalah sebagai penawar kepada kesusahan hati baginda kerana didesak dan diganggu oleh penentang dari golongan musyrikin Mekah. Dan sekarang Allah ajar Nabi cara berdoa untuk menyelesaikan masalah baginda waktu itu. Ia juga mengajar kita untuk berserah kepada Allah dalam segala hal.

وَقُل رَبِّ أَدخِلني مُدخَلَ صِدقٍ وَأَخرِجني مُخرَجَ صِدقٍ وَاجعَل لي مِن لَدُنكَ سُلطانًا نَصيرًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And say, “My Lord, cause me to enter a sound entrance¹ and to exit a sound exit² and grant me from Yourself a supporting authority.”

  • Into Madīnah at the time of emigration, or into the grave.
  • From Makkah, or from the grave at the time of resurrection.

(MELAYU)

Dan katakanlah: “Ya Tuhan-ku, masukkanlah aku secara masuk yang benar dan keluarkanlah (pula) aku secara keluar yang benar dan berikanlah kepadaku dari sisi Engkau kekuasaan yang menolong.

 

وَقُل رَبِّ أَدخِلني مُدخَلَ صِدقٍ

Dan katakanlah: “Ya Tuhan-ku, masukkanlah aku secara masuk yang benar

Waktu ayat ini diturunkan, baginda sedang dilawan oleh para penentang baginda. Tentulah hati baginda amat sesak dengan gundah gulana kerana mereka itu adalah kaum baginda, yang baginda telah kenal dari kecil lagi. Maka Allah ajar Nabi untuk berdoa.

Doa ini amat tepat sekali kerana waktu itu, masalah yang sedang dihadapi oleh baginda adalah untuk meninggalkan Mekah. Maka baginda diajar untuk meminta kemasukan yang baik. Dan yang dimaksudkan adalah kemasukan ke Madinah. Mintalah kepada Allah, kalaulah baginda dikeluarkan dari Mekah itu, berikan baginda dapat masuk ke tempat yang baik dengan cara kemasukan yang baik.

 

وَأَخرِجني مُخرَجَ صِدقٍ

dan keluarkanlah (pula) aku secara keluar yang benar

Dan baginda berdoalah supaya kalau baginda dikeluarkan pun, keluarkanlah baginda dengan cara yang baik. Baginda minta supaya kalau baginda dikeluarkan, dikeluarkan dengan mulia dan dengan cara baik.

Tapi lihat susunan ayat ini – disebut ‘masuk’ dahulu, kemudian baru disebut ‘keluar’. Sedangkan, kalau masalah tentang pengeluaran dari Mekah, bukankah yang patut diminta dahulu pengeluaran yang baik? Kerana itu yang terjadi dahulu, bukan? Tapi Allah ajar Nabi jangan risau bahagian ‘keluar’ itu. Minta yang lebih utama dahulu iaitu kemasukan yang baik. Allah susun berdasarkan keutamaan, bukan berdasarkan susunan kejadian.

Al-Hasan Al-Basri di dalam tafsir ayat ini mengatakan bahawa sesungguhnya orang-orang kafir Mekah ketika mereka sepakat di antara mereka untuk membunuh Nabi Saw. atau mengusirnya atau mengikatnya, dan Allah berkehendak untuk memerangi ahli Mekah, maka Dia memerintahkan kepada Rasul­Nya untuk berhijrah ke Madinah, yang antara lain Allah Swt. berfirman: Dan katakanlah, “Ya Tuhanku, masukkanlah aku secara masuk yang benar, dan keluarkanlah (pula) aku secara keluar yang benar.” (Al-Isra: 80), hingga akhir ayat.

 

وَاجعَل لي مِن لَدُنكَ سُلطانًا نَصيرًا

dan berikanlah kepadaku dari sisi Engkau kekuasaan yang menolong.

Dan Nabi minta ‘سُلطانًا’ dari sisi Allah yang diterjemahkan sebagai ‘kuasa’. Baginda disuruh minta kuasa yang dapat membantu baginda menjalankan tugas baginda sebagai seorang Rasul dan seorang pendakwah. Bukan kuasa untuk memerintah sahaja (walaupun itu pun baginda akan dapat juga). Tapi yang lebih penting adalah kekuasaan untuk menjalankan tugas baginda. Dan di Madinah, baginda akan mendapat kekuasaan itu. Baginda senang untuk berdakwah kepada manusia (terutama nanti apabila Perjanjian Hudaibiyah ditandatangani). Ini kita akan belajar dalam Surah al-Fath nanti.

Qatadah mengatakan — sehubungan dengan tafsir ayat ini—sesung­guhnya Nabi Saw. menyedari bahawa baginda tidak mempunyai kekuatan un­tuk menanggung tugas dakwah ini kecuali dengan kekuasaan. Maka baginda memo­hon kekuasaan yang menolong kepada Allah untuk membela Kitabullah, batasan-batasan Allah, hal-hal yang difardukan Allah, dan untuk mene­gakkan agama Allah; kerana sesungguhnya kekuasaan itu adalah rahmat dari Allah yang Dia jadikan di kalangan hamba-hamba-Nya. Seandainya tidak ada kekuasaan ini, tentulah sebahagian dari mereka menyerang sebahagi­an yang lainnya, dan yang terkuat di antara mereka akan memakan yang lemah dari mereka.

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya.


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

Mutiara al-Qur’an

About tafsirsunnah

Blog mentafsir Quran berdasarkan fahaman Sunnah dan salafussoleh.
This entry was posted in Surah 017: al-Isra'. Bookmark the permalink.

One Response to Tafsir Surah al-Isra’ Ayat 76 – 80 (Rasulullah dihalau keluar dari Mekah)

  1. Pingback: Tafsir Surah al-Isra’ Ayat 76 – 80 (Rasulullah dihalau keluar dari Mekah)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s