Tafsir Surah al-Isra’ Ayat 50 – 54 (Allah tentukan siapa yang patut dapat hidayah)

Ayat 50: Dalam ayat sebelum ini telah disebut tentang syikayah Allah berkenaan orang yang tidak percaya tentang kehidupan selepas mati. Mereka kata kalau mereka jadi tulang yang hancur, takkan mereka dihidupkan balik? Maka Allah jawap syikayah itu dalam ayat ini.

۞ قُل كونوا حِجارَةً أَو حَديدًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Say, “Be you stones or iron¹

  • i.e., even if you should be stones or iron.

(MELAYU)

Katakanlah: “Jadilah kamu sekalian batu atau besi,

 

Allah jawap kepada mereka dengan nada yang marah. Allah marah kerana Allah telah beri mereka berbagai perumpamaan dah, tapi masih tak faham-faham. Allah perli mereka, bagaimana kalau mereka jadi batu atau besi? Maknanya tak hancur jadi tanah pun, tapi jadi batu atau besi. Pun Allah boleh hidupkan mereka balik. Ini cara Allah nak suruh mereka senyap dan tutup mulut mereka dari berhujah dengan cara yang kurang ajar. Allah gunakan kata yang keras kerana mereka dah teruk sangat.


 

Ayat 51: Allah beri lagi satu Syikayah dan jawapannya dalam ayat ini.

أَو خَلقًا مِمّا يَكبُرُ في صُدورِكُم ۚ فَسَيَقولونَ مَن يُعيدُنا ۖ قُلِ الَّذي فَطَرَكُم أَوَّلَ مَرَّةٍ ۚ فَسَيُنغِضونَ إِلَيكَ رُءوسَهُم وَيَقولونَ مَتىٰ هُوَ ۖ قُل عَسىٰ أَن يَكونَ قَريبًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Or [any] creation of that which is great¹ within your breasts.” And they will say, “Who will restore us?” Say, “He who brought you forth the first time.” Then they will nod their heads toward you² and say, “When is that?” Say, “Perhaps it will be soon –

  • Such as the heavens and earth.
  • In disbelief and ridicule.

(MELAYU)

atau suatu makhluk dari makhluk yang lebih besar menurut fikiranmu”. Maka mereka akan bertanya: “Siapa yang akan menghidupkan kami kembali?” Katakanlah: “Yang telah menciptakan kamu pada kali yang pertama”. Lalu mereka akan menggeleng-gelengkan kepala mereka kepadamu dan berkata: “Bilakah itu (akan terjadi)?” Katakanlah: “Mudah-mudahan waktu berbangkit itu dekat”,

 

أَو خَلقًا مِمّا يَكبُرُ في صُدورِكُم

atau suatu makhluk dari makhluk yang lebih besar menurut fikiranmu”.

Atau kamu dijadikan makhluk yang lagi susah untuk dibentuk. Kalau kamu masih rasa baru atau besi boleh lagi dibentuk, apa lagi yang kamu rasa bahan yang Allah susah nak bentuk? Kamu pilihlah sendiri. Pilihlah mana-mana bahan yang kamu tahu, yang kamu rasa Allah susah nak buat. Yang kamu rasa Allah tak boleh jadikan kamu balik.

Bahan apa pun, ketahuilah wahai manusia yang degil, Allah masih tetap boleh jadikan kamu semula. Kamu semua akan tetap dihadapkan kepadaNya juga.

 

فَسَيَقولونَ مَن يُعيدُنا

Maka mereka akan bertanya: “Siapa yang akan menghidupkan kami kembali?”

Ada yang tetap berdegil akan bertanya dengan soalan yang bodoh: “siapa yang akan hidupkan kami semula?”

 

قُلِ الَّذي فَطَرَكُم أَوَّلَ مَرَّةٍ

Katakanlah: “Yang telah menciptakan kamu pada kali yang pertama”.

Allah suruh jawap kepada mereka, kerana tak layak Allah nak layan mereka. Dan kerana Allah dah murka dan benci kepada mereka dah. Allah suruh beritahu, apa yang nak dihairankan, tentulah yang mula-mula buat kamu dulu (dari tiada kepada ada) boleh bangkitkan kamu semua. Masa kamu tidak ada dulu, siapa yang jadikan? Tentulah Allah juga, bukan? Musyrikin Mekah pun tahu dan menerima yang Allah yang menjadikan mereka dan segala dalam alam ini. Jadi apa yang nak dihairankan?

 

فَسَيُنغِضونَ إِلَيكَ رُءوسَهُم

Lalu mereka akan menggeleng-gelengkan kepala mereka kepadamu

Bila dijawab begitu, Allah beritahu yang mereka akan turun dan naikkan kepala sambil tidak percaya. Atau mreka gelang kepala depan Nabi. Mereka tetap tidak percaya. Mereka tak buat lagi, tapi Allah dah siap beritahu apa yang mereka akan lakukan. Kerana Allah tahu yang mereka itu adalah manusia yang amat degil.

 

وَيَقولونَ مَتىٰ هُوَ

dan berkata: “Bilakah itu (akan terjadi)?”

Dan mereka tanya dengan nada mengejek: “ha kalau betul akan terjadi benda yang kamu cakap itu, bila? Bila nak jadi hari itu?”.

 

قُل عَسىٰ أَن يَكونَ قَريبًا

Katakanlah: “Mudah-mudahan waktu berbangkit itu dekat”,

Allah suruh beritahu mereka: mungkin tak lama lagi. Yang kamu kurang ajar ini, bukannya lama pun, tak lama lagi kamu akan tahulah apa yang akan terjadi kepada kamu.


 

Ayat 52: Ayat takhwif ukhrawi

يَومَ يَدعوكُم فَتَستَجيبونَ بِحَمدِهِ وَتَظُنّونَ إِن لَبِثتُم إِلّا قَليلًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

On the Day He will call you and you will respond with praise of Him and think that you had not remained [in the world] except for a little.”

(MELAYU)

iaitu pada hari Dia memanggil kamu, lalu kamu mematuhi-Nya sambil memuji-Nya dan kamu mengira, bahawa kamu tidak berdiam (di dalam kubur) kecuali sebentar saja.

 

يَومَ يَدعوكُم

iaitu pada hari Dia memanggil kamu, 

Tak lama lagi, akan sampailah pada hari yang kamu akan dipanggil. Kamu akan dipanggil mengadapNya. Waktu itu amat takutlah kamu, kerana hari yang kamu kata tidak ada itu, akan berada depan mata kamu nanti.

 

فَتَستَجيبونَ بِحَمدِهِ

lalu kamu mematuhi-Nya sambil memuji-Nya

Waktu itu barulah kamu menyesal dan barulah kamu nak taat. Kamu akan cuba jawap sambil puji Allah melambung-lambung. Allah beritahu keadaan mereka waktu itu yang baru nak minta maaf.

 

وَتَظُنّونَ إِن لَبِثتُم إِلّا قَليلًا

dan kamu mengira, bahawa kamu tidak berdiam (di dalam kubur) kecuali sebentar saja.

Waktu itu kamu akan rasa yang kamu duduk di dunia sekejap sahaja. Kamu sangka lama kan hidup di dunia? Sebenarnya tidak. Nanti bila dah lama duduk di mahsyar, barulah kamu rasa yang duduk di dunia ini sekejap sahaja kalau dibandingkan dengan duduk di akhirat. Kerana akhirat itu tiada penghujungnya.


 

Ayat 53: Dalam ayat sebelum ini telah disebut kata-kata puak musyrik dan puak penentang yang tidak percaya kepada agama yang benar. Telah disampaikan ajaran Islam tapi masih lagi mereka menentang. Maka tentulah kalau begitu terjadi kepada kita, kita akan marah, bukan? Begitulah juga dengan para sahabat – mereka marah kepada golongan penentang itu. Tapi lihatlah bagaimana Allah ajar cara bercakap dengan mereka. Allah ajar cara berdakwah kepada mereka.

Penyeru kepada tauhid hendaklah berbudi pekerti dan menggunakan bahasa yang lembut. Rasulullah tidak menjawap kecaman-kecaman terhadapnya. Maka kita kena berhati-hati dan bersabar kerana syaitan akan mengambil peluang untuk menimbulkan perselisihan.

وَقُل لِعِبادي يَقولُوا الَّتي هِيَ أَحسَنُ ۚ إِنَّ الشَّيطانَ يَنزَغُ بَينَهُم ۚ إِنَّ الشَّيطانَ كانَ لِلإِنسانِ عَدُوًّا مُبينًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And tell My servants to say that which is best. Indeed, Satan induces [dissension] among them. Indeed Satan is ever, to mankind, a clear enemy.

(MELAYU)

Dan katakanlah kepada hamba-hamba-Ku: “Hendaklah mereka mengucapkan perkataan yang lebih baik (benar). Sesungguhnya syaitan itu menimbulkan perselisihan di antara mereka. Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi manusia.

 

وَقُل لِعِبادي يَقولُوا الَّتي هِيَ أَحسَنُ

Dan katakanlah kepada hamba-hamba-Ku: “Hendaklah mereka mengucapkan perkataan yang lebih baik

Allah suruh umat Islam untuk balas kata-kata orang kafir dengan kata-kata yang lebih baik. Kita disuruh untuk cari jalan untuk buat lebih baik dari apa yang mereka lakukan dan katakan itu. Kalimah أَحسَنُ maksud ‘lebih baik’, bukan yang ‘terbaik’, kerana ‘terbaik’ itu adalah kata-kata Allah sahaja. Cuma kita disuruh buat sehabis baik setakat yang kita mampu sahaja. Maka sebelum bercakap, kena fikirkan dulu apa yang nak cakap.

 

إِنَّ الشَّيطانَ يَنزَغُ بَينَهُم

Sesungguhnya syaitan itu menimbulkan perselisihan di antara mereka. 

Kerana ada makhluk yang akan ambil kesempatan kalau kita buat silap. Iaitu syaitan akan petik/bisikkan supaya kamu kata benda-benda yang menyakitkan hati. Kalau kita terpengaruh dengan bisikan itu, maka kita pun tercakap benda yang teruk. Dan kemudian syaitan pergi pula kepada orang itu balik dan sampaikan apa yang kita kata. Dan dia pun marah dan tentu dia pun nak cakap benda yang menyakitkan hati. Dan kemudian keadaan akan jadi lebih teruk kerana balas membalas. Sampai bila nak habis?

Oleh, Nabi kena ajar kepada muslim bagaimana cara berinteraksi dengan baik. Jangan memaki hamun. Jangan cakap benda yang kita akan menyesal nanti. Selalu kan kita kata perkataan yang keluar semasa kita marah dan kemudian kita menyesal, bukan? Maka berhati-hatilah.

Kerana kalau tak buat begitu, syaitan akan ambil peluang. Syaitan akan jadikan perselisihan antara manusia. Inilah kesempatan yang syaitan akan ambil kalau pakai perkataan yang tidak tepat.

Atau kalau kita cakap dengan cara biadap. Waktu itu kedua-dua puak akan cuba untuk menjatuhkan sesama sendiri. Syaitan akan petik kata-kata kita dan akan tambah-tambah lagi jadi lagi supaya jadi lebih teruk.

Jadi cubalah cakap dengan baik. Kena belajarlah sikit-sikit tentang komunikasi. Jangan terus jadi tak pandai. Kita kena tahu yang cara bercakap pun ada boleh diinterpretasi dengan cara lain. Kadang bahasa yang kita gunakan bermaksud lain pada telinga orang lain.

Ini penting kerana kita semua dalam rangka berdakwah. Maka jangan beri alasan untuk mereka tolak. Jangan mereka kata orang sunnah kurang ajar. Tunjukkan akhlak yang baik supaya orang boleh terima dengan mudah. Apa guna kalau kita menang hujah (kerana kita ada dalil dan nas), tapi orang benci kerana mulut kita yang buruk?

Syaitan aku sentiasa mengambil peluang terhadap kita dan kerana itu diingatkan kepada kita. Kerana itulah Nabi pernah menasihati supaya jangan diacungkan senjara kepada sesama muslim.

قَالَ الْإِمَامُ أَحْمَدُ: حَدَّثَنَا عَبْدُ الرَّزَّاقِ، حَدَّثَنَا مَعْمر، عَنْ هَمَّامٍ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: “لَا يُشِيرَنَّ أَحَدُكُمْ إِلَى أَخِيهِ بِالسِّلَاحِ، فَإِنَّهُ لَا يَدْرِي أَحَدُكُمْ لَعَلَّ الشَّيْطَانَ أَنْ يَنْزَعَ فِي يَدِهِ، فَيَقَعَ فِي حُفْرَةٍ مِنْ نَارٍ

Imam Ahmad mengatakan, telah menceritakan kepada kami Abdur Razzaq, telah menceritakan kepada kami Ma’mar, dari Hammam, dari Abu Hurairah r.a. yang mengatakan bahawa Rasulullah Saw. pernah bersabda: Jangan sekali-kali seseorang di antara kalian mengacungkan senjatanya terhadap saudaranya, kerana sesungguhnya seseorang di antara kalian tidak akan mengetahui bila syaitan meng­ayunkan lengannya, sehingga terjerumuslah dia ke dalam lubang neraka.

 

إِنَّ الشَّيطانَ كانَ لِلإِنسانِ عَدُوًّا مُبينًا

Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi manusia.

Kena ingat perkara ini kerana memang syaitan sentiasa jadi musuh kepada manusia. Macam-macam cara dia cuba buat. Sudah disebut berkali-kali cara mereka dalam Qur’an ini, dan kali ini dengan bahasa yang digunakan. tapi yang dia hendak jadikan adalah kebencian.


 

Ayat 54:

رَبُّكُم أَعلَمُ بِكُم ۖ إِن يَشَأ يَرحَمكُم أَو إِن يَشَأ يُعَذِّبكُم ۚ وَما أَرسَلناكَ عَلَيهِم وَكيلًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Your Lord is most knowing of you. If He wills, He will have mercy upon you; or if He wills, He will punish you. And We have not sent you, [O Muḥammad], over them as a manager.

(MELAYU)

Tuhanmu lebih mengetahui tentang kamu. Dia akan memberi rahmat kepadamu jika Dia menghendaki dan Dia akan mengazabmu, jika Dia menghendaki. Dan, Kami tidaklah mengutusmu untuk menjadi penjaga bagi mereka.

 

رَبُّكُم أَعلَمُ بِكُم

Tuhanmu lebih mengetahui tentang kamu.

Allah kenal kita lebih dari kita kenal diri kita sendiri. Tidak ada perkara yang kita boleh tipu Allah. Oleh kerana Allah kenal kita, maka Allah layak untuk menentukan siapakah yang layak dapat hidayah dan siapakah yang tidak.

 

إِن يَشَأ يَرحَمكُم

Dia akan memberi rahmat kepadamu jika Dia menghendaki 

Maka terpulang kepada Allah untuk apa yang ingin diberikanNya kepada kita. Mungkin Dia pilih untuk beri taufik kepada kita. Dan inilah yang kita harapkan.

 

أَو إِن يَشَأ يُعَذِّبكُم

dan Dia akan mengazabmu, jika Dia menghendaki.

Atau Allah boleh buat keputusan untuk tarik taufik dari kita. Ini adalah hak Allah dan kita tidak boleh persoalkan.

 

وَما أَرسَلناكَ عَلَيهِم وَكيلًا

Dan, Kami tidaklah mengutusmu untuk menjadi penjaga bagi mereka.

Bukan tugas Nabi untuk jaga amalan umat baginda. Baginda hanya boleh sampaikan sahaja. Begitu jugalah dengan kita. Kita tidak boleh nak paksa orang lain untuk ikut apa yang kita hendak. Kita tidak boleh paksa orang untuk amalkan sunnah. Kita hanya boleh ajak mereka sahaja dan sampaikan ilmu kepada mereka. Samada mereka nak terima atau tidak, itu adalah keputusan yang mereka kena buat sendiri.

Sesiapa yang ikut kepada dakwah Rasulullah, maka mereka akan masuk ke dalam syurga dan sesiapa yang tidak taat, maka mereka akan masuk ke dalam neraka.

Maka bukanlah salah kita kalau ada orang yang tolak dakwah kita. Kita telah lakukan sebaik mungkin, maka kita telah terlepas dari tanggungjawab kita untuk menyampaikan kepada mereka. Kalau kita sudah lakukan perkara itu, maka kita tidak dipersalahkan lagi.

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya.


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

Mutiara al-Qur’an

About tafsirsunnah

Blog mentafsir Quran berdasarkan fahaman Sunnah dan salafussoleh.
This entry was posted in Surah 017: al-Isra'. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s