Tafsir Surah al-Isra’ Ayat 5 – 7 (Kemusnahan kali kedua)

Ayat 5: Ada dua kenaikan mereka dalam sejarah iaitu pada zaman Nabi Musa a.s. dan sekali lagi pada zaman Nabi Isa a.s.

فَإِذا جاءَ وَعدُ أولاهُما بَعَثنا عَلَيكُم عِبادًا لَنا أُولي بَأسٍ شَديدٍ فَجاسوا خِلالَ الدِّيارِ ۚ وَكانَ وَعدًا مَفعولًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

So when the [time of] promise came for the first of them,¹ We sent against you servants of Ours – those of great military might, and they probed [even] into the homes,² and it was a promise fulfilled.

  • i.e., the promised punishment for the first of their two transgressions.
  • Violating their sanctity, to kill and plunder.

(MELAYU)

Maka apabila datang janji pertama dari kedua janji itu, Kami datangkan kepadamu hamba-hamba Kami yang mempunyai kekuatan yang besar, lalu mereka bermaharajalela sampai ke dalam rumah, dan itulah ketetapan yang pasti terlaksana.

 

فَإِذا جاءَ وَعدُ أولاهُما

Maka apabila datang janji pertama dari kedua janji itu, 

Untuk tahu ayat ini, kena tahu sejarah Bani Israil:

Selepas Bani Israil diarahkan untuk masuk ke dalam Bandar Palestin di zaman Nabi Musa selepas mereka menyeberangi Laut Tih, mereka enggan untuk masuk ke dalam bandar. Kerana untuk masuk ke dalam bandar, mereka harus berperang dengan puak Amalikah yang sedang menghuni bandar itu dan puak Amalikah itu pula kuat. Maka, kerana keengganan mereka, Allah telah takdirkan mereka terus sesat dalam padang pasir selama 40 tahun.

Nabi Musa juga telah wafat semasa puak Bani Israil itu sesat di dalam padang pasir itu. Jadi, hanya di bawah pimpinan Nabi Yusha’ barulah golongan yang baru dari kalangan mereka yang sanggup berperang dan kerana itu mereka telah menang. Sememangnya pada waktu itu mereka sudah kuat.

Pada masa itu, mereka ada 12 puak. Selepas itu, mereka berpecah sesudah menang. Sepatutnya mereka bersatu sahaja. Maka, begitulah juga yang terjadi kepada kita sekarang. Kita semua beragama Islam, tetapi ada muslim dari Sudan, dari Pakisan, dari Malaysia dan pelbagai negara lagi. Malangnya, kita masih tidak dapat bersatu walaupun kita semua beragama Islam. Kita juga yang buat begitu kerana masalah yang ada pada diri kita. Jadi, apabila berpecah tentulah kekuatan berkurangan. Dari segi ketenteraan juga sudah tidak kuat kerana tidak bersatu. Ini menyebabkan mereka senang untuk diserang – jadi walaupun mereka sudah menang sebelum itu, tetapi orang luar mudah nak tawan mereka.

Begitulah yang terjadi apabila Nebuchadnezzar menyerang dan menakluk Palestin pada tahun 587 SM. Tetapi pada tahun 538 SM, Bani Israil telah kembali dari Babylon dan menakluk kembali Palestin. Mereka telah memenangkan kembali kerajaan Bani Israil.

Kalau kita bandingkan dengan kerajaan Islam juga, kerajaan Islam kuat semasa zaman Abu Bakr sampai ke zaman Uthman. Tetapi, pada zaman Saidina Ali umat Islam sudah berpecah menjadi dua kumpulan.

Semasa Bani Israil berpecah itu, waktu itulah mereka jauh dari agama, rasuah semakin menjadi-jadi. Kerana mereka tidak melihat diri mereka dalam satu agama, tetapi mereka bezakan antara agama dan umat. Ini sama seperti kita juga. Kita bezakan diri kita antara agama dan bangsa. Kita mesti belajar dari apa yang telah terjadi kepada Bani Israil ini. Kerana apa yang Allah ceritakan dalam Quran ini bukanlah sebagai sejarah semata, tetapi kita hendaklah ambil pengajaran darinya. Kalau tahu sejarah sahaja, tetapi tidak ambil pengajaran darinya, maka rugilah kita. Ibarat bacaan kosong sahaja ayat-ayat ini.

 

بَعَثنا عَلَيكُم عِبادًا لَنا أُولي بَأسٍ شَديدٍ

Kami bangkitkan ke atas kamu, hamba-hamba Kami yang mempunyai kekuatan yang besar, 

Jadi, janji yang pertama ini adalah kemusnahan pertama Bani Israil. Ini apabila puak dari Babylon serang dan takluk mereka. Seluruh Israil telah ditakluki. Ramai yang telah dibunuh dan ramai juga yang telah ditawan dan dibawa ke Babylon. Ini adalah kekalahan besar yang pertama bagi mereka. Ini terjadi 450 tahun sebelum lahirnya Nabi Isa. Waktu inilah juga dikatakan Nabi Uzair yang berjalan ke kota yang hancur dan dia telah ditidurkan selama 100 tahun. Kemudian dibawah pemerintahan Nabi Uzair, golongan Yahudi telah naik kembali dan mereka dibenarkan untuk kembali ke tanah mereka.

Waktu itu, mereka telah membuka kerajaan yang baru. Tapi seperti biasa, apabila sesuatu kerajaan itu telah sangat besar dan sangat mewah, lama kelamaan mereka kembali jatuh. Apabila mereka sudah lemah kembali, mereka diserang pula oleh Greek. Lalu, kemudian mereka dibawah pemerintahan Roman dan waktu inilah Nabi Isa dilahirkan. Kemudian, 70 tahun selepas Nabi Isa tiada (diangkat ke langit), mereka telah diserang oleh Roman dan sekali lagi Masjidil Aqsa dihancurkan.

Golongan zalim itu hamba Allah juga. Maksudnya, hamba milik Allah. Tidaklah ini bermaksud mereka itu orang baik-baik. Kerana walau jahat atau baik, semuanya adalah hamba Allah juga, bukan? Tetapi mereka itu kuat kerana ada keberanian dalam peperangan yang sangat hebat.

Jadi, sebagaimana Yahudi ada dua kali kenaikan dan dua kali kejatuhan, sejarah Islam juga mengalami dua kali naik dan dua kali jatuh. Kali pertama kita naik pada zaman Khalifah Rasyidin dan kemudian kita dijatuhkan oleh bangsa Tartar. Dan kemudian Islam naik kembali di bawah Turki dan akhirnya dijatuhkan oleh pengambilan bangsa Eropah.

Itu adalah sejarah ringkas secara keseluruhan, tetapi ayat ini menceritakan tentang kekalahan bangsa Yahudi ditangan Babylon.

 

فَجاسوا خِلالَ الدِّيارِ

lalu mereka merempuh sampai ke dalam rumah,

Waktu mereka menyerang itu, mereka memang menghancurkan semua sekali negeri Palestin itu dan sampai mereka masuk ke dalam rumah-rumah bangsa Yahudi itu. Maksudnya mereka bunuh semua sekali orang Yahudi waktu itu. Selalunya peperangan berlaku di luar kita sahaja tetapi apabila digunakan perkataan الدِّيارِ (rumah) di dalam ayat ini, ia menunjukkan bahawa kejadian itu amat besar sekali sampaikan tentera datang masuk ke dalam kota dan ke dalam rumah. Apabila diserang, musuh masuk dalam setiap pelosok negeri dan samun habis. Allah buat begitu kerana mereka telah derhaka kepada Allah dan melanggar ajaran di dalam kitab Taurat.

 

وَكانَ وَعدًا مَفعولًا

dan itulah ketetapan yang pasti terlaksana.

Kalau Allah telah tetapkan, maka ia akan tetap terjadi.


 

Ayat 6: Allah hendak memberitahu yang Dia akan memberi kemenangan dan nikmat setelah bertaubat.

ثُمَّ رَدَدنا لَكُمُ الكَرَّةَ عَلَيهِم وَأَمدَدناكُم بِأَموالٍ وَبَنينَ وَجَعَلناكُم أَكثَرَ نَفيرًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Then We gave back to you a return victory over them. And We reinforced you with wealth and sons and made you more numerous in manpower

(MELAYU)

Kemudian, Kami berikan kepadamu giliran untuk mengalahkan mereka kembali dan Kami membantumu dengan harta kekayaan dan anak-anak dan Kami jadikan kamu kelompok yang lebih besar.

 

ثُمَّ رَدَدنا لَكُمُ الكَرَّةَ عَلَيهِم

Kemudian Kami kembalikan kepadamu giliran untuk mengalahkan ke atas mereka

Allah benarkan Bani Isrial untuk mendapat kemenangan dan merampas kerajaan mereka kembali. Allah berikan kerana mereka bertaubat.

 

وَأَمدَدناكُم بِأَموالٍ وَبَنينَ

dan Kami membantumu dengan harta kekayaan dan anak-anak

Mereka diberikan dengan kekayaan dan keturunan yang baik-baik. Maka kerana itu mereka mendapat kemenangan. Mereka mendapat harta yang banyak termasuk banyak pengikut dan anak-anak.

 

وَجَعَلناكُم أَكثَرَ نَفيرًا

dan Kami jadikan kamu kelompok yang besar.

Dan mereka diberikan dengan kekuatan ketenteraan.


 

Ayat 7: Ini adalah kandungan dan khulasah kedua yang ada dalam Kitab Taurat.

Ia juga mengandungi takhwif duniawi: Azab pertama yang dikenakan kepada mereka adalah semasa Jalut dan pada kali kedua semasa di bawah Bukhtanesar.

إِن أَحسَنتُم أَحسَنتُم لِأَنفُسِكُم ۖ وَإِن أَسَأتُم فَلَها ۚ فَإِذا جاءَ وَعدُ الآخِرَةِ لِيَسوءوا وُجوهَكُم وَلِيَدخُلُوا المَسجِدَ كَما دَخَلوهُ أَوَّلَ مَرَّةٍ وَلِيُتَبِّروا ما عَلَوا تَتبيرًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

[And said], “If you do good, you do good for yourselves; and if you do evil, [you do it] to them [i.e., yourselves].” Then when the final [i.e., second] promise came, [We sent your enemies] to sadden your faces and to enter the masjid [i.e., the temple in Jerusalem], as they entered it the first time, and to destroy what they had taken over with [total] destruction.

(MELAYU)

Jika kamu berbuat baik (bererti) kamu berbuat baik bagi dirimu sendiri dan jika kamu berbuat jahat, maka (kejahatan) itu bagi dirimu sendiri, dan apabila datang saat hukuman bagi (kejahatan) yang kedua, (Kami datangkan orang-orang lain) untuk menyuramkan muka-muka kamu dan mereka masuk ke dalam masjid, sebagaimana musuh-musuhmu memasukinya pada kali pertama dan untuk membinasakan sehabis-habisnya apa saja yang mereka kuasai.

 

إِن أَحسَنتُم أَحسَنتُم لِأَنفُسِكُم

Jika kamu berbuat baik, kamu berbuat baik bagi dirimu sendiri 

Kalau manusia berbuat baik maka mereka sebenarnya berbuat baik terhadap diri mereka sendiri. Iaitu mereka yang akan mendapat kebaikan itu. Yang dimaksudkan berbuat baik adalah kalau ikut wahyu dan kalau Bani Israil, bermaksud kalau mereka ikut ajaran dalam Taurat.

 

وَإِن أَسَأتُم فَلَها

dan jika kamu berbuat jahat, maka (kejahatan) itu bagi dirimu sendiri,

Dan kalau manusia berbuat jahat, maka kesannya adalah ke atas diri mereka sendiri juga. Maksud berbuat kejahatan adalah dengan menolak wahyu.

Allah juga membalas kejahatan yang mereka telah lakukan itu. Kerana itu ada dua kali mereka melakukan rasuah di atas muka bumi dan Allah telah membalas kepada mereka dua kali juga.

 

فَإِذا جاءَ وَعدُ الآخِرَةِ لِيَسوءوا وُجوهَكُم

dan apabila datang janji yang akhir (yang kedua), disuramkan muka-muka kamu

Kali ini mereka dikenakan lagi dengan serangan dari tentera yang kuat. Menyebabkan muka mereka suram, iaitu bermaksud mereka dimalukan.

 

وَلِيَدخُلُوا المَسجِدَ كَما دَخَلوهُ أَوَّلَ مَرَّةٍ

dan mereka masuk ke dalam masjid, sebagaimana musuh-musuhmu memasukinya pada kali pertama

Dan kali ini yang menyerang mereka juga masuk ke dalam Masjidil Aqsa. Kejadian ini berlaku 70 tahun selepas Nabi Isa, di mana Jerusalem sekali lagi ditawan seperti yang kali pertama juga dulu. Mereka dikenakan dengan kehinaan ini kerana mereka bunuh Nabi Zakariya dan Nabi Isa juga mereka rancang mahu bunuh.

 

وَلِيُتَبِّروا ما عَلَوا تَتبيرًا

dan untuk membinasakan sehabis-habisnya apa sahaja yang mereka kuasai.

Kemusnahan yang mereka lakukan adalah secara keseluruhan. Apa-apa pembinaan dan kejayaan yang mereka telah lakukan dahulu telah dimusnahkan.

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya.


Rujukan:

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

Muatiara al-Qur’an

About tafsirsunnah

Blog mentafsir Quran berdasarkan fahaman Sunnah dan salafussoleh.
This entry was posted in Surah 017: al-Isra'. Bookmark the permalink.

One Response to Tafsir Surah al-Isra’ Ayat 5 – 7 (Kemusnahan kali kedua)

  1. Pingback: Tafsir Surah al-Isra’ Ayat 5 – 7 (Kemusnahan kali kedua)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s