Tafsir Surah an-Nahl Ayat 115 – 118 (Makanan yang haram)

Ayat 115: Dalam ayat sebelum ini disebut kita kena makan makanan yang halal dan baik. Sekarang disambung tentang pemakanan itu iaitu disebutkan apakah makanan yang haram dimakan.

إِنَّما حَرَّمَ عَلَيكُمُ المَيتَةَ وَالدَّمَ وَلَحمَ الخِنزيرِ وَما أُهِلَّ لِغَيرِ اللهِ بِهِ ۖ فَمَنِ اضطُرَّ غَيرَ باغٍ وَلا عادٍ فَإِنَّ اللهَ غَفورٌ رَحيمٌ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

He has only forbidden to you dead animals,¹ blood, the flesh of swine, and that which has been dedicated to other than Allāh. But whoever is forced [by necessity], neither desiring [it] nor transgressing [its limit] – then indeed, Allāh is Forgiving and Merciful.

  • Those not slaughtered or hunted expressly for food.

(MELAYU)

Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan atasmu (memakan) bangkai, darah, daging babi dan apa yang disembelih dengan menyebut nama selain Allah; tetapi barangsiapa yang terpaksa memakannya dengan tidak menganiaya dan tidak pula melampaui batas, maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

 

إِنَّما حَرَّمَ عَلَيكُمُ المَيتَةَ

Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan atasmu (memakan) bangkai,

Kalimah إِنَّما bermaksud ‘hanya ini sahaja’. Jadi kalau sekali baca, nampak macam hanya senarai makanan dalam ayat ini sahajalah yang haram. Tapi kena dibaca dengan hadith-hadith Nabi juga tentang pengharaman makanan. Ayat ini adalah Makkiah jadi ia adalah permulaan Islam sahaja; dan disenaraikan hanya pemakanan yang biasa dimakan oleh bangsa Arab waktu itu yang mereka kata ‘halal’ sedangkan ianya adalah ‘haram’. Oleh itu, makanan haram bukan yang tersenarai dalam ayat ini sahaja.

Yang pertama diharamkan adalah bangkai. Iaitu binatang yang telah mati. Memang tidak patut makan binatang yang telah mati kerana kita tidak tahu kenapa ia mati, mungkin ia mati kerana penyakit. Kalau makan, ia akan menyebabkan penyakit itu merebak ke dalam tubuh kita pula.

Ayat lain yang menyebutkan makanan atau haiwan yang diharamkan adalah firman Allah Ta’ala,

حُرِّمَتْ عَلَيْكُمُ الْمَيْتَةُ وَالدَّمُ وَلَحْمُ الْخِنْزِيرِ وَمَا أُهِلَّ لِغَيْرِ اللَّهِ بِهِ وَالْمُنْخَنِقَةُ وَالْمَوْقُوذَةُ وَالْمُتَرَدِّيَةُ وَالنَّطِيحَةُ وَمَا أَكَلَ السَّبُعُ إِلَّا مَا ذَكَّيْتُمْ وَمَا ذُبِحَ عَلَى النُّصُبِ

Diharamkan bagimu (memakan) bangkai, darah, daging babi, (daging haiwan) yang disembelih atas nama selain Allah, yang tercekik, yang terpukul, yang jatuh, yang ditanduk, dan diterkam binatang buas, kecuali yang sempat kamu menyembelihnya, dan (diharamkan bagimu) yang disembelih untuk berhala.” (QS. Al Maidah: 3)

 

وَالدَّمَ

dan darah, 

Darah juga adalah makanan orang Arab waktu itu. Ia digunakan sebagai kuah atau dimasak bersama dengan daging. Ini tidak boleh. Tapi dalam ayat lain disebut bahawa darah yang dilarang adalah ‘darah yang mengalir’. Maka kalau ada sikit-sikit darah pada daging yang dimasak, tidak mengapa.

 

وَلَحمَ الخِنزيرِ

dan daging babi 

Daging babi seperti yang semua sudah tahu, haram untuk kita.

Selain dari pengharamannya dalam ayat ini dan ayat Maidah:3 di atas, Allah Ta’ala juga berfirman,

قُلْ لَا أَجِدُ فِي مَا أُوحِيَ إِلَيَّ مُحَرَّمًا عَلَى طَاعِمٍ يَطْعَمُهُ إِلَّا أَنْ يَكُونَ مَيْتَةً أَوْ دَمًا مَسْفُوحًا أَوْ لَحْمَ خِنْزِيرٍ فَإِنَّهُ رِجْسٌ …

Katakanlah: “Tiadalah aku peroleh dalam wahyu yang diwahyukan kepadaku, sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya, kecuali kalau makanan itu bangkai, atau darah yang mengalir atau daging babi – karena sesungguhnya semua itu kotor – atau binatang yang disembelih atas nama selain Allah.” (QS. Al An’am: 145)

 

وَما أُهِلَّ لِغَيرِ اللهِ بِهِ

dan apa yang disembelih dengan menyebut nama selain Allah;

Kalimah أُهِلَّ dari hilal yang bermaksud ‘bulan’. Kalimah ahalla asalnya bermaksud panggil orang untuk lihat bulan baru sudah masuk. Kebiasaan mereka, apabila sudah lihat anak bulan sebagai tanda bulan baru sudah masuk, mereka akan mengiklankannya – menyebutnya kepada orang ramai. Jadi dari itu datang uhilla – menyebut nama ilah semasa menyembelih. Orang Arab adakala menyebut nama Allah apabila sembelih untuk Allah dan adakala menyebut nama berhala mereka apabila mereka sembelih untuk dipersembahkan kepada berhala mereka.

Jadi tidak boleh makan makanan yang disebut nama selain Allah semasa disembelih.

 

فَمَنِ اضطُرَّ

tetapi barangsiapa yang terpaksa memakannya

Jadi, ada tiga makanan yang diharamkan makan seperti yang disebut di atas. Tapi kadangkala tidak ada makanan lain yang menyebabkan kita terpaksa makan makanan yang haram juga. Ini adalah rukhsah dalam keadaan darurat.

Contohnya kita sesat dalam hutan dan daging yang ada hanyalah daging babi hutan, maka bolehlah untuk makan. Kerana jikalau tidak makan akan mati pula. Ini dibenarkan dalam keadaan terpaksa.

 

غَيرَ باغٍ

dengan tidak menganiaya

Yang memakan makanan itu bukan kerana mahu melawan hukum, tetapi kerana terpaksa. Kalau tidak makan, memang akan mati.

 

وَلا عادٍ

dan tidak pula melampaui batas, 

Dan satu lagi syarat untuk memakan makanan yang haram itu adalah dengan tidak melampau. Cukup setakat tidak mati sahaja. Jangan kerana makanan itu sedap, maka makan dengan banyak pula.

 

فَإِنَّ اللهَ غَفورٌ رَحيمٌ

maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Maka kepada mereka yang terpaksa memakan makanan yang haram itu dengan dua syarat yang telah disebut, sesungguhnya Allah akan mengampunkan dosa mereka kerana memakan makanan haram itu.


 

Ayat 116: Allah mengingatkan hanya Allah sahaja yang layak untuk mengharamkan sesuatu makanan itu, bukannya manusia. Maka, jangan mengatakan sesuatu itu halal atau haram tanpa berdasarkan wahyu. Ini adalah Zajrun.

وَلا تَقولوا لِما تَصِفُ أَلسِنَتُكُمُ الكَذِبَ هٰذا حَلالٌ وَهٰذا حَرامٌ لِتَفتَروا عَلَى اللهِ الكَذِبَ ۚ إِنَّ الَّذينَ يَفتَرونَ عَلَى اللهِ الكَذِبَ لا يُفلِحونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And do not say about what your tongues assert of untruth, “This is lawful and this is unlawful,” to invent falsehood about Allāh. Indeed, those who invent falsehood about Allāh will not succeed.

(MELAYU)

Dan janganlah kamu mengatakan terhadap apa yang disebut-sebut oleh lidahmu secara dusta “ini halal dan ini haram”, untuk mengada-adakan kebohongan terhadap Allah. Sesungguhnya orang-orang yang mengada-adakan kebohongan terhadap Allah tiadalah beruntung.

 

وَلا تَقولوا لِما تَصِفُ أَلسِنَتُكُمُ الكَذِبَ

Dan janganlah kamu mengatakan terhadap apa yang disebut-sebut oleh lidahmu secara dusta

Allah melarang bercakap bohong dalam agama. Undang-undang agama dibuat oleh Allah dan disampaikan oleh Rasulullah. Maka jangan kita memandai-mandai buat hukum yang baru pula – kerana ini sudah dikira mengambil kerja Allah dan Rasul pula.

 

هٰذا حَلالٌ وَهٰذا حَرامٌ

“ini halal dan ini haram”,

Allah menegur kerana ada manusia yang sesuka hati menghalal dan mengharamkan. Mereka mungkin pandai berhujah memberikan alasan mereka – maka Allah mengingatkan supaya jangan engkar hukum Allah. Mungkin kamu pandai berhujah tetapi sebenarnya kerana hendak mengikut hawa nafsu kamu sahaja.

Sampai hari ini ada kalangan orang Islam yang liberal. Mereka ada bermacam-macam hujah untuk jadikan yang haram menjadi halal; dan ada jenis yang keras sangat menjadikan halal kepada haram. Selalu kita marah kalau orang jadikan perkara yang haram menjadi halal, bukan? Tapi kita harus ingat bahawa ada satu masalah yang orang tidak perasan – iaitu menjadikan benda yang halal menajdi haram. Ini pun tidak boleh juga.

Sebagai contoh, ada puak yang mengharamkan makanan-makanan tertentu kepada masyarakat mereka. Contohnya, ada golongan di Malaysia ini yang mengharamkan sejenis ikan untuk keturunan mereka. Mereka kata keturunan mereka tidak boleh makan ikan itu.

Atau selalu masyarakat Melayu kita melarang memakan makanan tertentu kepada orang yang baru lepas bersalin. Mereka kata ini adalah ‘pantang’. Padahal tidak ada hujah dan sumber akan perkara itu. Mungkin ada orang dahulu yang jatuh sakit apabila makan makanan tertentu selepas bersalin. Maknanya makanan itu tidak sesuai untuk dirinya – bukan untuk semua orang. Oleh itu, orang kita kumpulkan semua makanan itu dan kata kepada semua orang baru bersalin, mereka tidak boleh makan senarai makanan itu. Sedangkan individu itu tidak ada masalah jika mereka mahu makan. Jadi, walaupun mereka kata ‘pantang’, tetapi sebenarnya mereka ‘mengharamkan’ makanan itu sebenarnya. Maka ini pun tidak boleh.

Perkara halal dan haram ini bukan tentang pemakanan sahaja, tetapi termasuklah dalam perkara ibadat. Ini penting kerana banyak hukum yang terlibat dengan kehidupan manusia dan ada yang menghalal dan mengharamkan tanpa ilmu. Jadi kerana itu ada yang menghalalkan perbuatan bid’ah tanpa mereka sedari dan mengharamkan perbuatan yang baik.

 

لِتَفتَروا عَلَى اللهِ الكَذِبَ

untuk mengada-adakan kebohongan terhadap Allah. 

Apa yang mereka lakukan itu adalah penipuan atas nama Allah. Mereka telah mengambil kerja Tuhan dan ini adalah dosa besar. Ini sudah termasuk syirik amali. Kerana tugas penentuan halal dan haram adalah tugas Allah, bukan? Jadi jikalau kita percaya kata-kata bidan yang menyambut anak itu, maknanya kita telah menyamakan kedudukan bidan itu sama dengan Allah, dia boleh menghukum pula dan kita ikut tanpa usul periksa. Malangnya berapa ramai di kalangan masyarakat Melayu kita yang masih lagi mengamalkan pantang ini?

 

إِنَّ الَّذينَ يَفتَرونَ عَلَى اللهِ الكَذِبَ لا يُفلِحونَ

Sesungguhnya orang-orang yang mengada-adakan kebohongan terhadap Allah tiadalah beruntung.

Ini adalah zajrun dan takhwif ukhrawi. Mereka yang buat begitu tidak akan berjaya.


 

Ayat 117: Mereka yang reka hukum itu kadang-kadang berjaya dalam kehidupan mereka, jadi rujukan orang dan mendapat imbuhan dari orang lain atas nasihat mereka itu. Ayat ini juga adalah Takhwif Ukhrawi.

مَتاعٌ قَليلٌ وَلَهُم عَذابٌ أَليمٌ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

[It is but] a brief enjoyment, and they will have a painful punishment.

(MELAYU)

(Itu adalah) kesenangan yang sedikit, dan bagi mereka azab yang pedih.

 

مَتاعٌ قَليلٌ

(Itu adalah) kesenangan yang sedikit,

Allah kata mereka tidak akan berjaya walaupun pada zahirnya nampak seperti mereka berjaya. Maka, Allah membalas bahawa itu adalah kesenangan sementara sahaja. Kejayaan yang mereka dapat itu adalah kejayaan keduniaan sahaja yang tidak boleh dijadikan ukuran sebagai kejayaan sebenar.

 

وَلَهُم عَذابٌ أَليمٌ

dan bagi mereka azab yang pedih.

Mereka mungkin sangka mereka berjaya tetapi mereka akan dapat balasan azab.


 

Ayat 118: Masih lagi tentang pemakanan. Ayat ini adalah jawapan bagi soalan: kenapa ada benda yang halal dalam Islam, tapi haram dalam syariat Bani Israil, iaitu unta.

وَعَلَى الَّذينَ هادوا حَرَّمنا ما قَصَصنا عَلَيكَ مِن قَبلُ ۖ وَما ظَلَمناهُم وَلٰكِن كانوا أَنفُسَهُم يَظلِمونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And to those who are Jews, We have prohibited that which We related to you before.¹ And We did not wrong them [thereby], but they were wronging themselves.

(MELAYU)

Dan terhadap orang-orang Yahudi, Kami haramkan apa yang telah Kami ceritakan dahulu kepadamu; dan Kami tiada menganiaya mereka, akan tetapi merekalah yang menganiaya diri mereka sendiri.

 

وَعَلَى الَّذينَ هادوا حَرَّمنا ما قَصَصنا عَلَيكَ مِن قَبلُ

Dan terhadap orang-orang Yahudi, Kami haramkan apa yang telah Kami ceritakan dahulu kepadamu; 

Kepada Yahudi pula, Allah telah haramkan apa yang telah disebutkan kepada mereka. Oleh itu kepada mereka sama sahaja. Pengharaman yang dimaksudkan adalah ke atas Nabi Ya’kub. Ini disebut dalam surat Al-An’am:

{وَعَلَى الَّذِينَ هَادُوا حَرَّمْنَا كُلَّ ذِي ظُفُرٍ وَمِنَ الْبَقَرِ وَالْغَنَمِ حَرَّمْنَا عَلَيْهِمْ شُحُومَهُمَا إِلا مَا حَمَلَتْ ظُهُورُهُمَا }

Dan kepada orang-orang Yahudi, Kami haramkan segala binatang yang berkuku: dan dari sapi dan domba. Kami haramkan atas mereka lemak dari kedua binatang itu, selain lemak yang melekat di punggung keduanya. (Al-An’am: 146)

 

وَما ظَلَمناهُم وَلٰكِن كانوا أَنفُسَهُم يَظلِمونَ

dan Kami tiada menganiaya mereka, akan tetapi merekalah yang menganiaya diri mereka sendiri.

Allah tidak menzalimi mereka. Tetapi merekalah yang menzalimi diri mereka sendiri. Bukanlah Allah sengaja hendak susahkan mereka dalam hal pengharaman makanan bagi mereka itu. Allah jelaskan dalam ayat yang lain kenapa mereka dikenakan dengan pengharaman itu. Dengan kata lain, dapat disebutkan bahawa mereka layak untuk dikenakan pengharaman itu. Perihalnya sama dengan apa yang disebutkan oleh Allah Swt. dalam ayat yang lain melalui firman-Nya:

{فَبِظُلْمٍ مِنَ الَّذِينَ هَادُوا حَرَّمْنَا عَلَيْهِمْ طَيِّبَاتٍ أُحِلَّتْ لَهُمْ وَبِصَدِّهِمْ عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ كَثِيرًا}

Maka disebabkan kezaliman orang-orang Yahudi, Kami haramkan atas mereka (memakan makanan) yang baik-baik (yang dahulunya) dihalalkan bagi mereka, dan karena mereka banyak menghalangi (manusia) dari jalan Allah. (An-Nisa: 160)

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya.


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

Mutiara al-Qur’an

About tafsirsunnah

Blog mentafsir Quran berdasarkan fahaman Sunnah dan salafussoleh.
This entry was posted in Surah 016: an-Nahl. Bookmark the permalink.

One Response to Tafsir Surah an-Nahl Ayat 115 – 118 (Makanan yang haram)

  1. Pingback: Tafsir Surah an-Nahl Ayat 115 – 118 (Makanan yang haram)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s