Tafsir Surah an-Nahl Ayat 73 – 76 (Perumpamaan hamba yang cacat)

Ayat 73: Zajrun tentang mereka yang engkar. Mereka diciptakan oleh Allah tapi mereka menyembah selain Allah pula.

وَيَعبُدونَ مِن دونِ اللهِ ما لا يَملِكُ لَهُم رِزقًا مِنَ السَّماواتِ وَالأَرضِ شَيئًا وَلا يَستَطيعونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And they worship besides Allāh that which does not possess for them [the power of] provision from the heavens and the earth at all, and [in fact], they are unable.

(MELAYU)

Dan mereka menyembah selain Allah, sesuatu yang tidak punya kuasa memberikan rezeki kepada mereka sedikitpun dari langit dan bumi, dan tidak berkuasa (sedikit juapun).

 

وَيَعبُدونَ مِن دونِ اللهِ

Dan mereka menyembah selain Allah,

Mereka terus sembah selain Allah, walaupun Allah telah beri mereka dengan segala nikmat.

 

ما لا يَملِكُ لَهُم رِزقًا مِنَ السَّماواتِ وَالأَرضِ شَيئًا

sesuatu yang tidak punya kuasa memberikan rezeki kepada mereka sedikitpun dari langit dan bumi,

Yang mereka sembah itu tidak miliki kuasa apa-apa pun. Sembahan mereka itu tidak ada kuasa untuk memberi rezeki kepada manusia yang menyembah mereka. Dalam ayat-ayat sebelum ini, Allah mengingatkan pembaca Quran ini, siapakah yang menurunkan rezeki kepada makhluk dan segala macam jasaNya lagi.

Ini disebut kerana agama lain ada banyak Tuhan yang jaga itu dan ini. Macam ada bahagian pula Tuhan-tuhan itu. Sedangkan itu tipu sahaja. Segala rezeki diberikan oleh Allah.

 

وَلا يَستَطيعونَ

dan tidak berkuasa

Sedangkan ilah-ilah itu tidak mampu jua untuk membantu diri mereka sendiri. Sudahlah mereka juga tidak mampu menyediakan rezeki.


 

Ayat 74: Larangan mengadakan perbandingan tentang Tuhan secara tidak betul.

فَلا تَضرِبوا ِللهِ الأَمثالَ ۚ إِنَّ اللهَ يَعلَمُ وَأَنتُم لا تَعلَمونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

So do not assert similarities to Allāh.¹ Indeed, Allāh knows and you do not know.

  • As there is nothing comparable to Him.

(MELAYU)

Maka janganlah kamu mengadakan sekutu-sekutu bagi Allah. Sesungguhnya Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.

 

فَلا تَضرِبوا ِللهِ الأَمثالَ

Maka janganlah kamu mengadakan contoh bagi Allah.

Allah melarang untuk buat contoh bandingan dengan Allah. Ini kerana hanya ada satu Allah sahaja dan tidak dapat dibandingkan dengan apa-apa sahaja. Oleh itu jangan bandingkan Allah dengan makhluk kerana tidak akan sama.

Satu lagi maksud, untuk Allah adalah misal bandingan yang baik. Kalau ada yang buat perbandingan, hanya Allah sahaja yang boleh buat misalan itu. Kalau kita lihat dalam Quran pun, Allah tidak beri contoh untuk DzatNya. Tetapi Allah ada beri perumpamaan untuk hubunganNya dengan makhluk. Dengan mengetahui contoh bandingan itu, kita boleh kenal Allah. Iaitu kenal sifat Allah.

 

إِنَّ اللهَ يَعلَمُ وَأَنتُم لا تَعلَمونَ

Sesungguhnya Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.

Allah sahaja yang tahu bagaimana mahu buat mithal dan kita manusia tidak tahu. Kerana tidak jaga perkara inilah yang menyebabkan masalah syirik yang menjadikan Allah sama dengan makhluk. Ini seperti agama Kristian yang berkata Tuhan itu seperti ‘meja’ – kerana meja ada banyak kaki, tetapi satu kerusi sahaja. Ini adalah kerana mereka mahu bandingkan Allah dengan konsep triniti mereka yang sesat itu.

Dan ada juga yang umpamakan Tuhan seperti air, telur dan macam-macam lagi. Itu semua adalah perbuatan tidak wajar. Allah tidak benarkan kita buat begitu kerana tidak layak untuk kita bandingkan Allah dengan cara begitu. Maka jangan samakan Allah dengan makhluk. Sifat Allah tidak akan sama dengan sifat manusia. Sebagai contoh, salah satu sifat Allah adalah sombong – kalau sifat sombong pada Allah itu kalau ada pada manusia, memang buruk.

Allah juga suka dipuji, tapi kalau manusia suka dipuji, itu juga buruk. Maka jangan mahu samakan Allah dan makhluk.


 

Ayat 75: Allah buat perbandingan sekali lagi. Allah terus buat perumpamaan selepas cakap tentang perumpamaan dalam ayat sebelum ini.

۞ ضَرَبَ اللهُ مَثَلًا عَبدًا مَملوكًا لا يَقدِرُ عَلىٰ شَيءٍ وَمَن رَزَقناهُ مِنّا رِزقًا حَسَنًا فَهُوَ يُنفِقُ مِنهُ سِرًّا وَجَهرًا ۖ هَل يَستَوونَ ۚ الحَمدُ ِللهِ ۚ بَل أَكثَرُهُم لا يَعلَمونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Allāh presents an example: a slave [who is] owned and unable to do a thing and he to whom We have provided from Us good provision, so he spends from it secretly and publicly. Can they be equal? Praise to Allāh! But most of them do not know.

(MELAYU)

Allah membuat perumpamaan dengan seorang hamba sahaya yang dimiliki yang tidak dapat bertindak terhadap sesuatupun dan seorang yang Kami beri rezeki yang baik dari Kami, lalu dia menafkahkan sebagian dari rezeki itu secara sembunyi dan secara terang-terangan, adakah mereka itu sama? Segala puji hanya bagi Allah, tetapi kebanyakan mereka tiada mengetahui.

 

ضَرَبَ اللهُ مَثَلًا عَبدًا مَملوكًا لا يَقدِرُ عَلىٰ شَيءٍ

Allah membuat perumpamaan seorang hamba sahaya yang dimiliki yang tidak dapat bertindak terhadap sesuatupun

Sekarang Allah suruh kita lihat seorang hamba yang dimiliki. Memang kalau seorang itu dinamakan hamba, tentulah dia dimiliki, bukan? Tapi apa yang ayat ini maksudkan adalah dalam bentuk mubalaghah – hamba yang memang tidak boleh buat apa-apa pun tanpa kebenaran dari tuannya.

 

وَمَن رَزَقناهُ مِنّا رِزقًا حَسَنًا

dan seorang yang Kami beri rezeki yang baik dari Kami,

Allah suruh bandingkan dengan seorang yang Allah telah berikan rezeki yang baik.

 

فَهُوَ يُنفِقُ مِنهُ سِرًّا وَجَهرًا

lalu dia menafkahkan sebagian dari rezeki itu secara sembunyi dan secara terang-terangan, 

Dengan rezeki yang Allah berikan kepadanya itu, dia infaqkan harta itu dengan cara rahsia dan terbuka. Maknanya dia seorang yang baik kerana dia infaq kerana Allah. Kerana itu dia infaq secara rahsia kerana dia tidak mahu orang lain tahu. Kerana dia ikhlas untuk infaq harta itu.

 

هَل يَستَوونَ

adakah mereka itu sama?

Allah tanya: adakah mereka sama? Tentulah tidak sama – satu memberi manfaat kepada orang dan satu lagi tidak. Maka Allah suruh kita bandingkan diri kita seperti makhluk lain macam binatang yang tidak ada duit mahu infaq kepada orang. Maka kita ada kelebihan dari binatang kerana kita yang ada peluang untuk infaq.

Allah bandingkan antara hamba yang kafir dan hamba yang mukmin. Hamba yang kafir tidak menafkah rezeki mereka sedangkan orang mukmin akan menafkahkan rezekinya.

Juga membandingkan antara Allah dan sembahan-sembahan selain Allah. Allah memberikan rezeki kepada makhluk tapi sembahan-sembahan yang lain itu tidak dapat berbuat begitu.

 

الحَمدُ ِللهِ

Segala puji hanya bagi Allah,

Kerana kelebihan yang Allah berikan kepada kita itu, kita haruslah menyebut alhamdulillah. Kerana ada yang Allah jadikan sebagai hamba dan ada yang dijadikan sebagai tuan. Maka kalau kita dijadikan sebagai tuan yang diberikan dengan rezeki dan kita boleh gunakan rezeki itu untuk infaq, maka itu adalah kelebihan yang Allah berikan kepada kita.

 

بَل أَكثَرُهُم لا يَعلَمونَ

tetapi kebanyakan mereka tiada mengetahui.

Tetapi Allah merungut kerana kebanyakan manusia tidak tahu tentang perkara ini. Mereka dapat rezeki tetapi tidak gunakan kelebihan itu untuk infaq kepada orang lain.


 

Ayat 76: Misal kedua. Perumpamaan orang syirik dan tauhid.

وَضَرَبَ اللهُ مَثَلًا رَجُلَينِ أَحَدُهُما أَبكَمُ لا يَقدِرُ عَلىٰ شَيءٍ وَهُوَ كَلٌّ عَلىٰ مَولاهُ أَينَما يُوَجِّههُ لا يَأتِ بِخَيرٍ ۖ هَل يَستَوي هُوَ وَمَن يَأمُرُ بِالعَدلِ ۙ وَهُوَ عَلىٰ صِراطٍ مُستَقيمٍ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And Allāh presents an example of two men, one of them dumb and unable to do a thing, while he is a burden to his guardian. Wherever he directs him, he brings no good. Is he equal to one who commands justice, while he is on a straight path?

(MELAYU)

Dan Allah membuat (pula) perumpamaan: dua orang lelaki yang seorang bisu, tidak dapat berbuat sesuatupun dan dia menjadi beban atas penanggungnya, ke mana saja dia disuruh oleh penanggungnya itu, dia tidak dapat mendatangkan suatu kebajikanpun. Samakah orang itu dengan orang yang menyuruh berbuat keadilan, dan dia berada pula di atas jalan yang lurus?

 

وَضَرَبَ اللهُ مَثَلًا

Dan Allah membuat perumpamaan: 

Allah buat lagi satu perumpamaan. Ini adalah kerana dengan perumpamaan, kita senang faham.

 

رَجُلَينِ أَحَدُهُما أَبكَمُ لا يَقدِرُ عَلىٰ شَيءٍ

dua orang lelaki yang seorang bisu, tidak dapat berbuat sesuatupun

Sekarang bayangkan dua orang hamba lelaki pula. Salah seorang daripada mereka itu tidak boleh bercakap kerana bisu. Dan dia tidak berupaya buat apa-apa pun kerana dia seorang yang cacat.

 

وَهُوَ كَلٌّ عَلىٰ مَولاهُ

dan dia menjadi beban atas tuannya,

Oleh kerana dia bisu dan tidak boleh buat apa-apa dengan tenaganya sendiri, dia jadi beban kepada tuannya. Dia tidak boleh tolong banyak tuannya, sebagai contoh tidak boleh tolong berniaga. Tetapi tuannya itu tetap harus menjaga dia.

 

أَينَما يُوَجِّههُ لا يَأتِ بِخَيرٍ

ke mana saja dia disuruh oleh penanggungnya itu, dia tidak dapat mendatangkan suatu kebajikanpun.

Dia tidak dapat membantu kerana ke mana sahaja tuannya suruh dia buat, dia tidak boleh buat. Jadi dia adalah seorang hamba yang tidak membantu sedikit pun. Dia tidak dapat membuahkan hasil dan tidak dapat menunaikan hajat tuannya. Ini adalah kerana dia cacat.

 

هَل يَستَوي هُوَ وَمَن يَأمُرُ بِالعَدلِ

Samakah orang itu dengan orang yang menyuruh berbuat keadilan, 

Sekarang Allah suruh bandingkan dengan yang seorang lagi. Adakah mereka sama? Tapi bandingkan dengan siapa? Tentulah kita nak kena bandingkan dengan seorang hamba yang boleh bekerja dan membantu tuannya. Tapi dalam ayat ini, Allah suruh kita bandingkan dengan seorang yang menyuruh kepada keadilan. Kenapa pula begitu?

Jadi perumpamaan ini sebenarnya Allah samakan dengan keadaan Musyrikin Quraisy. Mereka yang tidak beriman itu sebenarnya tahu bahawa apa yang Nabi Muhammad bawa dan sampaikan itu adalah benar dan mereka setuju. Tetapi mereka tidak berani mahu kata setuju dan menyokong Nabi kerana kalau mereka cakap begitu, mereka akan jadi susah. Jadi mereka terus أَبكَمُ (membisukan diri). Kerana itu, perumpamaan yang satu lagi adalah orang yang mengajak kepada keadilan, merujuk kepada mereka yang beriman dan sanggup menyatakan keimanan mereka serta sanggup berdakwah kepada orang lain.

Oleh itu, dalam ayat ini, Allah sebenarnya menegur Quraisy yang tidak beriman. Juga termasuklah mereka yang sama seperti mereka – tahu kebenaran tetapi tidak berani mahu menyatakan kebenaran dan menyokong kebenaran. Allah mahu katakan bahawa mereka itu seperti beban sahaja atas bumi ini – tidak ada guna dan menyusahkan sahaja.

 

وَهُوَ عَلىٰ صِراطٍ مُستَقيمٍ

dan dia berada pula di atas jalan yang lurus?

Allah memuji pula orang yang mengajak kepada keadilan itu kerana orang itu berada di atas jalan yang lurus. Allah umpamakan manusia yang syirik seperti orang cacat dan orang yang menerima tauhid seperti orang yang mahir dan berguna.

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya.


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

Mutiara al-Qur’an

About tafsirsunnah

Blog mentafsir Quran berdasarkan fahaman Sunnah dan salafussoleh.
This entry was posted in Surah 016: an-Nahl. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s