Tafsir Surah an-Nahl Ayat 70 – 72 (Kenanglah nikmat Allah)

Ayat 70: Ayat Dalil Aqli Anfusi. Selepas Allah suruh lihat pada alam dan pada binatang, Allah suruh pula lihat kepada diri kita sendiri.

وَاللهُ خَلَقَكُم ثُمَّ يَتَوَفّاكُم ۚ وَمِنكُم مَن يُرَدُّ إِلىٰ أَرذَلِ العُمُرِ لِكَي لا يَعلَمَ بَعدَ عِلمٍ شَيئًا ۚ إِنَّ اللهَ عَليمٌ قَديرٌ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And Allāh created you; then He will take you in death. And among you is he who is reversed to the most decrepit [old] age so that he will not know, after [having had] knowledge, a thing. Indeed, Allāh is Knowing and Competent.

(MELAYU)

Allah menciptakan kamu, kemudian mewafatkan kamu; dan di antara kamu ada yang dikembalikan kepada umur yang paling lemah (nyanyuk), supaya dia tidak mengetahui lagi sesuatupun yang pernah diketahuinya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa.

 

وَاللهُ خَلَقَكُم ثُمَّ يَتَوَفّاكُم

Allah menciptakan kamu, kemudian mewafatkan kamu;

Allah lah sahaja yg menghidupkan dan mematikan kita. Tidak ada ilah lain lagi. Maka kenalah kita sembah dan seru Dia sahaja.

 

وَمِنكُم مَن يُرَدُّ إِلىٰ أَرذَلِ العُمُرِ

dan di antara kamu ada yang dikembalikan kepada umur yang paling lemah

Allah yang hidupkan dan akhirnya matikan kita. Tapi antara hidup dan mati itu, kita menjalani kehidupan kita. Dan sebelum mati itu, ada dari kalangan kita yang patah balik. Kalimah أَرذَلِ itu dari ر ذ ل yang bermaksud ‘teruk’. Jadi أَرذَلِ bermaksud paling teruk. Ini kepada mereka yang kembali menjadi lemah, lebih lemah daripada anak-anak kecil. Waktu itu paling susah mahu hidup. Keadaan sentiasa rasa lemah dan sakit sahaja kerana ada yang Allah biarkan manusia jadi tua sampai hidup sudah susah. Memang tiada ubat untuk tidak jadi tua. Allah mahu memberitahu kita bahawa kita tetap akan jadi tua jika kita dipanjangkan umur.

 

لِكَي لا يَعلَمَ بَعدَ عِلمٍ شَيئًا

supaya dia tidak mengetahui lagi sesuatupun yang pernah diketahuinya.

Waktu itu bukan badan sahaja lemah tetapi akal pun turut lemah sampai jadi nyanyuk. Ini kerana kekuatan memori sudah berkurangan. Perkara yang mereka dulu tahu, waktu tua itu mereka sudah tidak tahu. Kita kena ingat yang perkara ini boleh jadi kepada kita juga.

Perkara ada disebut juga dalam Yaasin. Mereka akan ulang kata-kata mereka sampai orang yang melayan mereka cakap akan bosan jadinya. Dan siapa yang ulang kata berkali-kali? Bukankah seperti budak-budak? Dan begitulah nanti bila sudah jadi tua. Kerana itu dalam Surah Yaasin itu disebut yang manusia akan kembali menjadi seperti bayi semula. Mashaa Allah.

Tentunya kita tidak suka kalau ini terjadi kepada kita. Kerana itulah Imam Bukhari di dalam kitab tafsirnya yang membahas ayat ini mengatakan:

حَدَّثَنَا مُوسَى بْنُ إِسْمَاعِيلَ، حَدَّثَنَا هَارُونُ بْنُ مُوسَى أَبُو عَبْدِ اللَّهِ الْأَعْوَرُ، عَنْ شُعَيب، عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ؛ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم كان يَدْعُو: “أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْبُخْلِ وَالْكَسَلِ، وَالْهَرَمِ وَأَرْذَلِ الْعُمُرِ، وَعَذَابِ الْقَبْرِ، وَفِتْنَةِ الدَّجَّالِ، وَفِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ”.

telah menceritakan kepada kami Musa ibnu Ismail, telah menceritakan kepada kami Harun ibnu Musa Abu Abdullah Al-A’war, dari Syu’aib, dari Anas ibnu Malik, bahwa Rasulullah Saw. pernah berucap dalam doanya: Aku berlindung kepada Engkau dari kekikiran, malas, nyanyuk, umur yang paling lemah, siksa kubur, fitnah Dajjal serta fitnah kehidupan dan kematian.

 

إِنَّ اللهَ عَليمٌ قَديرٌ

Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa.

Apabila Allah sebut ilmu manusia akan berkurangan, lupa apa yang dulunya mereka tahu, Allah bekata pula yang ilmu Allah tidak berkurangan.

Dan Allah berkuasa untuk melakukan apa-apa sahaja terhadap kita.


 

Ayat 71: Penjelasan tentang contoh tauhid dan syirik serta Zajrun.

وَاللهُ فَضَّلَ بَعضَكُم عَلىٰ بَعضٍ فِي الرِّزقِ ۚ فَمَا الَّذينَ فُضِّلوا بِرادّي رِزقِهِم عَلىٰ ما مَلَكَت أَيمانُهُم فَهُم فيهِ سَواءٌ ۚ أَفَبِنِعمَةِ اللهِ يَجحَدونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And Allāh has favored some of you over others in provision. But those who were favored [i.e., given more] would not hand over their provision to those whom their right hands possess [i.e., slaves] so they would be equal to them therein.¹ Then is it the favor of Allāh they reject?

  • The argument presented in this verse is that if they cannot consider their own possessions equal to themselves, then how can they consider Allāh’s creations as being equal to Him?

(MELAYU)

Dan Allah melebihkan sebahagian kamu dari sebagian yang lain dalam hal rezeki, tetapi orang-orang yang dilebihkan (rezekinya itu) tidak mahu memberikan rezeki mereka kepada budak-budak yang mereka miliki, agar mereka sama. Maka mengapa mereka mengingkari nikmat Allah?

 

وَاللهُ فَضَّلَ بَعضَكُم عَلىٰ بَعضٍ فِي الرِّزقِ

Dan Allah melebihkan sebahagian kamu dari sebagian yang lain dalam hal rezeki,

Allah tidak memberi rezeki yang sama kepada setiap makhlukNya. Ada yang dapat lebih dan ramai yang dapat kurang. Sebelum ini telah disebut tentang umur – kerana umur juga adalah rezeki. Ada yang dapat umur lebih dan ada yang dapat kurang. Dan ini adalah perkara biasa. Kerana Allah bukan untuk beri semua orang dapat sama sahaja. Kepada mereka yang lebih, kena jaga mereka yang kurang, kepada yang dapat lebih, kena tolong orang yang dapat kurang rezeki. Kerana kita dapat lebih itu pun di sebabkan Allah yang beri kepada kita, bukan hasil usaha kita sahaja. Janganlah kita sombong, dengan berkata: “kenapa aku mahu beri kepada orang pula, sedangkan yang aku dapat ini adalah hasil usaha aku.”. Ini adalah kata-kata yang kurang berilmu.

 

فَمَا الَّذينَ فُضِّلوا بِرادّي رِزقِهِم عَلىٰ ما مَلَكَت أَيمانُهُم

orang-orang yang dilebihkan (rezekinya itu) tidak mahu memberikan rezeki mereka kepada budak-budak yang mereka miliki,

Dari pengajaran tentang harta dan rezeki itu, Allah membawa kepada tauhid pula. Allah suruh kita berfikir: mereka yang diberi banyak harta ada hamba atau ada pembantu mereka, bukan?

 

فَهُم فيهِ سَواءٌ

agar mereka sama

Adakah mereka bagi separuh dari harta mereka itu sampai jadi sama pendapatan pula dengan hamba atau pembantu mereka? Contohnya, seorang tuan ada dua juta, kemudian dia beri sejuta kepada pembantu dia, jadi sama-sama jadi jutawan. Adakah yang sanggup buat begitu? Tentu tidak.

Tidak ada sesiapa yang ada fikiran begini. Allah suruh kita bandingkan dengan Allah:  dalam kehidupan kamu, adakah kamu rasa kamu ada sama kedudukan dengan Allah untuk buat keputusan? Tentu tidak sama, sepertimana juga seorang hamba dan pembantu itu tidak sama kedudukan dengan tuannya.

Maka Allah Swt. membantah mereka, “Kalian tidak rela bila budak-budak kalian memiliki hak sama rata dengan kalian dalam harta yang Kami rezekikan kepada kalian. Maka mana mungkin Allah redha bila hamba-hamba-Nya dipersamakan dengan-Nya dalam memperoleh penyembahan dan pengagungan?” Dalam ayat yang lain disebutkan oleh firman-Nya:

{ضَرَبَ لَكُمْ مَثَلا مِنْ أَنْفُسِكُمْ هَلْ لَكُمْ مِنْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُكُمْ مِنْ شُرَكَاءَ فِي مَا رَزَقْنَاكُمْ فَأَنْتُمْ فِيهِ سَوَاءٌ تَخَافُونَهُمْ كَخِيفَتِكُمْ أَنْفُسَكُمْ}

Dia membuat perumpamaan untuk kalian dari diri kalian sendiri. Apakah ada di antara hamba sahaya yang dimiliki oleh tangan kanan kalian, sekutu bagi kalian dalam (memiliki) rezeki yang telah Kami berikan kepada kalian; maka kalian sama dengan mereka dalam (hak mempergunakan) rezeki itu, kalian takut kepada mereka sebagaimana kalian takut kepada diri kalian sendiri? (Ar-Rum: 28), hingga akhir ayat.

 

أَفَبِنِعمَةِ اللهِ يَجحَدونَ

Maka adakah mereka mengingkari nikmat Allah?

Oleh itu, adakah mereka hendak mempersoalkan nikmat Allah? Adakah kamu mahu mempersoalkan apa yang Allah lakukan? Adakah kamu layak mahu persoalkan perbuatan Allah? Tentu tidak boleh.

Dan berbalik kepada rezeki yang Allah telah berikan kepada orang yang ada harta itu: apakah dengan segala nikmat yang Allah berikan ini, mereka boleh engkar lagi? Segala nikmat dan harta yang Allah beri mereka mahu pakai dan guna, tetapi hukum Allah mereka tidak mahu hendak ikut pula. Memang tidak patut kalau begitu.


 

Ayat 72: Dalil aqli lagi. Allah terus kenangkan jasa Dia kepada kita.

وَاللهُ جَعَلَ لَكُم مِن أَنفُسِكُم أَزواجًا وَجَعَلَ لَكُم مِن أَزواجِكُم بَنينَ وَحَفَدَةً وَرَزَقَكُم مِنَ الطَّيِّباتِ ۚ أَفَبِالباطِلِ يُؤمِنونَ وَبِنِعمَتِ اللهِ هُم يَكفُرونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And Allāh has made for you from yourselves mates and has made for you from your mates sons and grandchildren and has provided for you from the good things. Then in falsehood do they believe and in the favor of Allāh they disbelieve?

(MELAYU)

Allah menjadikan bagi kamu isteri-isteri dari jenis kamu sendiri dan menjadikan bagimu dari isteri-isteri kamu itu, anak-anak dan cucu-cucu, dan memberimu rezeki dari yang baik-baik. Maka mengapakah mereka beriman kepada yang bathil dan mengingkari nikmat Allah?”

 

وَاللهُ جَعَلَ لَكُم مِن أَنفُسِكُم أَزواجًا

Allah menjadikan bagi kamu isteri-isteri dari jenis kamu sendiri

Setelah Allah jadikan kita, Allah tidak biarkan kita keseorangan. Kerana kalau duduk berseorangan, tentu kita sunyi. Ramai dari kalangan kita yang ada pasangan hidup – suami atau isteri. Allah jadikan pasangan dari jenis kita juga. Iaitu jenis manusia juga. Ini menjawab persoalan orang yang tanya: bolehkah kita berkahwin dengan jin? Tentu tidak, kerana jin bangsa lain dan kita bangsa lain. Tidak akan sama.

 

وَجَعَلَ لَكُم مِن أَزواجِكُم بَنينَ وَحَفَدَةً

dan menjadikan bagimu dari isteri-isteri kamu itu, anak-anak dan cucu-cucu,

Dalam ayat sebelum ini telah disebut tentang rezeki. Dan antara rezeki adalah anak cucu. Kalimah حَفَدَةً dari ح ف د yang bermaksud keturunan dan diterjemahkan dalam ayat ini sebagai ‘cucu’.

Kita sebagai manusia memang ada naluri inginkan anak. Kalau tidak percaya, tanyalah mereka yang sudah berkahwin tetapi tidak dapat anak lagi. Tentu mereka sedih dan rasa diri mereka tidak lengkap. Tidak semua manusia dapat anak cucu tetapi kebanyakan dari manusia ada anak cucu yang Allah berikan sebagai rezeki. Apabila dapat anak, tidak tahu bagaimana mahu cakap kegembiraan itu – tambahan lagi apabila dapat cucu, lagilah suka.

Hati kita gembira sangat apabila melihat anak cucu bermain-main. Mereka melayan kita sampai kita bergelak ketawa melayan kerenah mereka. Ada dari anak cucu itu yang menjadi pembantu kita dalam kehidupan kita – dari segi perniagaan, sara hidup, pertolongan, malah dalam peperangan jikalau perlu. Iaitu mereka yang akan melindungi kita kerana mereka lebih muda dan gagah daripada kita.

 

وَرَزَقَكُم مِنَ الطَّيِّباتِ

dan memberimu rezeki dari yang baik-baik.

Kemudian Allah tidak biarkan kita hidup dalam kesusahan. Macam-macam Allah beri lagi kepada kita – antaranya makanan yang baik, kesihatan, tempat tinggal, kerja yang baik dan macam-macam lagi. Semua itu juga adalah rezeki.

 

أَفَبِالباطِلِ يُؤمِنونَ

Maka adakah mereka beriman kepada yang bathil

Setelah Allah beri segala nikmat yang telah disebut dan tidak disebut itu, adakah mereka masih percaya dengan kebathilan juga? Adakah mereka mahu beragama dengan agama yang tidak benar? Adakah mereka tidak mahu berpegang dengan Quran dan Sunnah? Tentu tidak patut kalau begitu – tidak mengenang budi namanya.

 

وَبِنِعمَتِ اللهِ هُم يَكفُرونَ

dan mengingkari nikmat Allah?”

Adakah mereka sanggup kufur nikmat? Iaitu tidak menghargai segala nikmat yang Allah telah berikan itu? Allah yang beri segala nikmat itu tetapi mereka tidak kata yang ianya dari Allah?

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya.


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

Mutiara al-Qur’an

About tafsirsunnah

Blog mentafsir Quran berdasarkan fahaman Sunnah dan salafussoleh.
This entry was posted in Surah 016: an-Nahl. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s