Tafsir Surah an-Nahl Ayat 7 – 11 (Jasa Allah kepada kita)

Ayat 7: Sambung nikmat binatang ternak yang Allah telah berikan. Ini adalah faedah jasmani kembali.

وَتَحمِلُ أَثقالَكُم إِلىٰ بَلَدٍ لَم تَكونوا بالِغيهِ إِلّا بِشِقِّ الأَنفُسِ ۚ إِنَّ رَبَّكُم لَرَءوفٌ رَحيمٌ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And they carry your loads to a land you could not have reached except with difficulty to yourselves. Indeed, your Lord is Kind and Merciful.

(MELAYU)

Dan ia memikul beban-bebanmu ke suatu negeri yang kamu tidak sanggup sampai kepadanya, melainkan dengan kesukaran-kesukaran (yang memayahkan) diri. Sesungguhnya Tuhanmu benar-benar Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,

 

وَتَحمِلُ أَثقالَكُم إِلىٰ بَلَدٍ

Dan ia memikul beban-bebanmu ke suatu negeri

Dengan binatang-binatang ternak peliharaan itu, manusia boleh membawa beban dari satu tempat ke suatu tempat yang lain dan jauh. Boleh sampai pergi ke negeri yang lain juga. Antara yang digunakan adalah unta kerana unta itu tahan untuk berjalan jauh dan badannya kuat untuk memikul barang-barang dagangan dan barang-barang keperluan.

 

لَم تَكونوا بالِغيهِ إِلّا بِشِقِّ الأَنفُسِ

yang kamu tidak sanggup sampai kepadanya, melainkan dengan kesukaran-kesukaran

Manusia tidak akan boleh bawa sendiri barang-barang yang berat itu. Maka amat susah kalau tidak ada binatang. Allah ingatkan kita, bayangkan kalau binatang itu Allah tidak beri, bagaimana? Boleh patah belakang kita kalau kita angkat sendiri. Zaman sekarang ini barang-barang diangkat dengan kenderaan seperti kereta. Tetapi, zaman dahulu secara keseluruhan digunakan binatang ternak; tetapi masih ada lagi di kawasan pendalaman yang menggunakan binatang untuk pengangkutan. Maka kita boleh fahami lagi ayat ini walaupun kita sendiri tidak menggunakan binatang untuk mengangkut barang.

Jadi haruslah ingat pemberian Allah. Allah mudahkan kita untuk mengangkat barang yang berat. Jadi, kalau kita baca ayat ini, ia amat berkesan semasa kita kemas barang untuk bawa dalam perjalanan. Walaupun kita menaiki kereta atau bas, kereta dan bas itu juga pemberian dari Allah, bukan?

 

إِنَّ رَبَّكُم لَرَءوفٌ رَحيمٌ

Sesungguhnya Tuhanmu benar-benar Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,

Allah beri segala kemudahan itu untuk kita kerana Allah bersifat رَءوفٌ. Maksud رَءوفٌ adalah seseorang yang tahu apa yang kita lalui. Allah tahu apa keperluan kita dan kesusahan kita, maka Allah beri kemudahan untuk kita. Dan Allah beri kemudahan itu kerana Allah juga bersifat رَحيمٌ – amat kasih kepada kita sebagai makhlukNya.


 

Ayat 8: Faedah jasmani lagi.

وَالخَيلَ وَالبِغالَ وَالحَميرَ لِتَركَبوها وَزينَةً ۚ وَيَخلُقُ ما لا تَعلَمونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And [He created] the horses, mules and donkeys for you to ride and [as] adornment. And He creates that which you do not know.

(MELAYU)

dan (Dia telah menciptakan) kuda, baghal dan keldai, agar kamu menungganginya dan (menjadikannya) perhiasan. Dan Allah menciptakan apa yang kamu tidak mengetahuinya.

 

وَالخَيلَ وَالبِغالَ وَالحَميرَ لِتَركَبوها وَزينَةً

dan kuda, baghal dan keldai, agar kamu menungganginya dan perhiasan.

Allah senaraikan binatang-binatang yang digunakan untuk mengangkut barang pada zaman itu. Kuda, baghal dan keldai adalah binatang-binatang yang digunakan untuk mengangkut barang.

Binatang-binatang itu bukan sahaja boleh dinaiki dan digunakan untuk mengangkut barang, tetapi ia juga digunakan sebagai perhiasan kehidupan. Kalau kita ada banyak binatang-binatang ini, ia adalah sebagai satu simbolik kesenangan kepada seseorang itu. Kalau zaman sekarang pula, orang yang ada banyak kenderaan itu maksudnya dia ada banyak perhiasan, bukan?

Ada yang berpendapat, oleh kerana Allah meletakkan kuda dalam golongan baghal dan keldai (yang tidak boleh dimakan), maka ini sebagai isyarat yang kuda juga haram dagingnya untuk dimakan. Tetapi pendapat ini tidak dapat melawan hadith shahih yang terdapat di dalam kitab Sahihain melalui riwayat Jabir ibnu Abdullah yang mengatakan:

نَهَى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ لُحُومٍ الْحُمُرِ الْأَهْلِيَّةِ، وَأَذِنَ فِي لُحُومِ الْخَيْلِ

Rasulullah Saw. telah melarang (memakan) daging keledai kampung dan membolehkan daging kuda.

Dalam dalam riwayat Imam Ahmad:

ذَبَحْنَا يَوْمَ خَيْبَرَ الْخَيْلَ وَالْبِغَالَ وَالْحَمِيرَ، فَنَهَانَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنِ الْبِغَالِ وَالْحَمِيرِ، وَلَمْ يَنْهَنَا عَنِ الْخَيْلِ

Pada Perang Khaibar kami menyembelih kuda dan baghal serta keldai, maka Rasulullah SAW melarang kami (memakan) baghal dan keldai, tetapi tidak melarang kami (memakan) kuda.

 

وَيَخلُقُ ما لا تَعلَمونَ

Dan Allah menciptakan apa yang kamu tidak mengetahuinya.

Bukan binatang-binatang yang telah disebut dalam Quran sahaja yang ada. Malahan banyak lagi yang tidak disebut. Bukan itu sahaja yang ada, kerana ada makhluk lain yang kita sendiri tidak tahu. Ini kerana ada terlalu banyak makhluk Allah di dalam alam ini. Sebagai contoh, jika kita melihat alam laut, ada terdapat banyak spesis hidupan lautan yang kita tidak tahu bahawa ia wujud lagi. Allah mahu memberitahu, begitu banyak makhluk yang kita tidak ketahui. Betapa begitu terhadnya ilmu kita ini berbanding dengan ilmu Allah.


 

Ayat 9: Setelah Allah menyebut tentang haiwan-haiwan yang dijadikan sebagai kenderaan di dalam perjalanan, sekarang Allah menyebut pula tentang agama. Ini dikira sebagai jumlah mu’taridah kerana bertukar dari kisah tentang perkara luaran kepada perkara dalaman pula. Allah tidak memberi petunjuk kepada semua manusia kerana ada hikmah tertentu.

وَعَلَى اللهِ قَصدُ السَّبيلِ وَمِنها جائِرٌ ۚ وَلَو شاءَ لَهَداكُم أَجمَعينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And upon Allāh¹ is the direction of the [right] way, and among them [i.e., the various paths] are those deviating. And if He willed, He could have guided you all.

  • Allāh (subḥānahu wa ta‘ālā) has taken it upon Himself to guide man to the right path. The meaning has also been interpreted as “To Allāh…”

(MELAYU)

Dan bagi Allah (menerangkan) jalan yang lurus, dan di antara jalan-jalan ada yang bengkok. Dan jikalau Dia menghendaki, tentulah Dia memimpin kamu semuanya (kepada jalan yang benar).

 

وَعَلَى اللهِ قَصدُ السَّبيلِ

Dan bagi Allah (menerangkan) jalan yang lurus,

Kalimah قَصدُ maksudnya ‘meluruskan’. Allah yang menerangkan jalan yang lurus. Jalan yang paling lurus membawa kepada Allah. Atau, ia bermaksud, Allah yang membawa seseorang itu ke atas jalan yang lurus. Ayat ini semakna dengan apa yang disebutkan dalam ayat lain melalui firman-Nya:

{وَأَنَّ هَذَا صِرَاطِي مُسْتَقِيمًا فَاتَّبِعُوهُ وَلا تَتَّبِعُوا السُّبُلَ فَتَفَرَّقَ بِكُمْ عَنْ سَبِيلِهِ}

dan bahawa (yang Kami perintahkan) ini adalah jalan-Ku yang lurus, maka ikutilah dia; dan janganlah kamu mengikuti jalan-jalan (yang lain), kerana jalan-jalan itu mencerai-beraikan kamu dari jalan­nya. (Al-An’am:153)

 

وَمِنها جائِرٌ

dan di antaranya ada yang bengkok. 

Ada jalan yang lurus dan ada darinya yang melencong sesat. Itulah jalan-jalan yang bengkok seperti jalan Yahudi, Nasara dan Musyrik. Kalau tidak berhati-hati, memang akan terpesong dari jalan yang benar. Maka kita belajar dan sentiasa kawal diri kita. Harus belajar mana jalan yang lurus dan mana jalan yang bengkok.

 

وَلَو شاءَ لَهَداكُم أَجمَعينَ

Dan jikalau Dia menghendaki, tentulah Dia memimpin kamu semuanya

Kalau Allah mahu, Dia boleh sahaja memberikan hidayah kepada semua. Maksudnya, semua ikut jalan yang lurus, tidak sesat langsung. Tetapi Allah tidak mengkehendaki begitu, sebaliknya Allah memberi pilihan kepada manusia dan jin memilih sama ada untuk beriman atau tidak. Semua itu Allah lakukan atas kebijaksanaanNya. Allah hendak beritahu, bukan Dia tidak mampu jadikan makhluk yang semuanya beriman (Allah telah jadikan semua malaikat itu beriman). Tetapi kenapa Allah tidak pilih begitu, Allah sahaja yang tahu kerana Dia (Allah) yang Maha Bijaksana.


 

Ayat 10: Dalil aqli kedua. Kenapa kita mesti sembah dan seru kepada Allah sahaja? Kenanglah jasaNya yang telah menurunkan air untuk kita.

هُوَ الَّذي أَنزَلَ مِنَ السَّماءِ ماءً ۖ لَكُم مِنهُ شَرابٌ وَمِنهُ شَجَرٌ فيهِ تُسيمونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

It is He who sends down rain from the sky; from it is drink and from it is foliage in which you pasture [animals].

(MELAYU)

Dialah, Yang telah menurunkan air hujan dari langit untuk kamu, sebahagiannya menjadi minuman dan sebahagiannya (menyuburkan) tumbuh-tumbuhan, yang pada (tempat tumbuhnya) kamu menggembalakan ternakmu.

 

هُوَ الَّذي أَنزَلَ مِنَ السَّماءِ ماءً

Dialah, Yang telah menurunkan air hujan dari langit, 

Air dari langit yang dimaksudkan adalah air hujan. Banyak sekali Allah gunakan ayat-ayat tentang air hujan ini. Ini adalah kerana kita semua memerlukan air hujan ini, untuk kelangsungan hidup kita. Kalau beberapa minggu sahaja tidak hujan, kita sudah gelisah, bukan?

 

لَكُم مِنهُ شَرابٌ

untuk kamu sebahagiannya menjadi minuman

Kita amat memerlukan air hujan ini, kerana dengan air hujan ini kita dapat minum. Sebab itu kalau hujan tidak turun lama sedikit, kita sudah risau dan gelisah.

 

وَمِنهُ شَجَرٌ فيهِ تُسيمونَ

dan darinya tumbuhan yang kamu menggembalakan ternakmu.

Bukan sahaja kita memerlukan minuman dari air hujan ini, tetapi tanam-tanaman kita juga turut memerlukan air untuk tumbuh subur.

Dan dengan tanaman yang tumbuh itu juga ternakan dapat makan darinya. Kenapa hal ini penting? Kerana dengan tanaman dan ternakan itulah kita makan. Lembu makan rumput dan kita pula makan daging lembu.


 

Ayat 11:

يُنبِتُ لَكُم بِهِ الزَّرعَ وَالزَّيتونَ وَالنَّخيلَ وَالأَعنابَ وَمِن كُلِّ الثَّمَراتِ ۗ إِنَّ في ذٰلِكَ لَآيَةً لِقَومٍ يَتَفَكَّرونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

He causes to grow for you thereby the crops, olives, palm trees, grapevines, and from all the fruits. Indeed in that is a sign for a people who give thought.

(MELAYU)

Dia menumbuhkan bagi kamu dengan air hujan itu tanam-tanaman; zaitun, kurma, anggur dan segala macam buah-buahan. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar ada tanda (kekuasaan Allah) bagi kaum yang memikirkan.

 

يُنبِتُ لَكُم بِهِ الزَّرعَ وَالزَّيتونَ وَالنَّخيلَ وَالأَعنابَ وَمِن كُلِّ الثَّمَراتِ

Dia menumbuhkan bagi kamu dengan air hujan itu tanam-tanaman; zaitun, kurma, anggur dan segala macam buah-buahan. 

Allah tumbuhkan dengan air hujan itu: tanaman jenis padi, gandum, zaitun, kurma dan anggur. Ini adalah makanan-makanan dan buah-buahan lain.

 

إِنَّ في ذٰلِكَ لَآيَةً لِقَومٍ يَتَفَكَّرونَ

Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar ada tanda (kekuasaan Allah) bagi kaum yang memikirkan.

Semua ini adalah bukti qudrat Allah ta’ala. Allah sebut perkara ini kerana mahu kita fikir sedalam-dalamnya. Semua ini adalah jasa Allah kepada kita. Kalau sudah berjasa begini, kenapa kita tidak sembah dan seru Dia sahaja? Kenapa mahu seru Nabi, wali dan malaikat? Adakah mereka itu beri kita segala perkara ini? Tentu tidak, bukan?

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya.


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

Mutiara al-Qur’an

About tafsirsunnah

Blog mentafsir Quran berdasarkan fahaman Sunnah dan salafussoleh.
This entry was posted in Surah 016: an-Nahl. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s