Tafsir Surah al-Hijr Ayat 71 – 82 (Jangan lawat tempat azab)

Ayat 71: Sambung kisah Nabi Luth dan kaumnya. Mereka telah datang meminta diberikan kepada mereka para malaikat yang tampan-tampan itu.

قالَ هٰؤُلاءِ بَناتي إِن كُنتُم فاعِلينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

[Lot] said, “These are my daughters¹ – if you would be doers [of lawful marriage].”

  • i.e., the women of his community who were lawful for marriage.

(MELAYU)

Luth berkata: “Inilah puteri-puteriku (kahwinlah dengan mereka), jika kamu hendak berbuat (secara yang halal)”.

 

Mereka ramai-ramai datang ke rumah baginda setelah mereka dengar yang tetamu yang tampan kacak telah datang ke rumah Nabi Luth. Baginda halang mereka. Dan baginda tawarkan anak-anak perempuan baginda kepada mereka. Ada kata memang baginda tawarkan anak-anak perempuan baginda kepada ketua masyarakat. Ambillah anak-anak perempuan baginda itu dan kahwinilah dengan baik, janganlah amalkan homoseksual lagi.

Atau ada yang mengatakan, bukanlah baginda tawarkan anak kandung baginda sendiri – tapi baginda tunjuk kepada perempuan-perempuan lain (yang dikira sebagai anaknya kerana baginda adalah Nabi umat itu). Baginda suruh mereka kahwinlah dan campurilah pasangan yang perempuan itu. Janganlah buat perbuatan terkutuk itu.


 

Ayat 72: Ini adalah idkhal ilahi (pencelahan Tuhan). Dalam kisah yang panjang, kadang-kadang Allah akan mencelah untuk memberikan pengajaran atau tambahan maklumat.

لَعَمرُكَ إِنَّهُم لَفي سَكرَتِهِم يَعمَهونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

By your life, [O Muḥammad], indeed they were, in their intoxication, wandering blindly.

(MELAYU)

(Allah berfirman): “Demi umurmu (Muhammad), sesungguhnya mereka terombang-ambing di dalam kemabukan (kesesatan)”.

 

لَعَمرُكَ

(Allah berfirman): “Demi umurmu (Muhammad),

Allah bersumpah menggunakan Nabi Muhammad. Allah banyak bersumpah di dalam Qur’an dan Allah menggunakan perkara-perkara yang penting (seperti masa, langit, matahari dan sebagainya). Apabila Allah menggunakan Nabi Muhammad sebagai muqsam bihi (sesuatu yang digunakan sebagai alat sumpah), itu menunjukkan betapa dekatnya Allah dengan baginda.

Ia juga menunjukkan besar tingginya kedudukan Nabi Muhammad SAW. Walaupun baginda nampak seperti manusia biasa sahaja, tapi hebatnya baginda di Sisi Allah. Sampaikan Allah menggunakan kehidupan Nabi Muhammad sebagai muqsam bihi.

Amr ibnu Malik An-Nakri telah meriwayatkan dari Abul Jauza, dari Ibnu Abbas yang mengatakan, “Tiadalah Allah menciptakan dan menjadikan makhluk yang lebih dimuliakan-Nya daripada Nabi Muhammad SAW. Saya belum pernah mendengar Allah bersumpah dengan menyebut usia seseorang selain Nabi Muhammad Saw. sendiri.”

Allah boleh menggunakan apa sahaja sebagai muqsam bihi, tapi kita sebagai makhluk hanya boleh menggunakan Allah sebagai muqsam bihi kita (wallahi, tallahi, billahi). Tidak boleh kita menggunakan selain Allah sebagai muqsam bihi. Jadi tidaklah boleh kita bersumpah: “demi masa”, “demi negara”, “demi nyawa aku” dan sebagainya.

Walaupun Allah menggunakan makluk sebagai muqsam bihi, tapi ianya balik kepada Allah juga. Kerana semua makhluk itu adalah ciptaan dari Allah. Kalau hebat macam mana pun kedudukan makhluk itu, kedudukannya tinggi kerana Allah juga, bukan?

 

إِنَّهُم لَفي سَكرَتِهِم يَعمَهونَ

sesungguhnya mereka terumbang-ambing di dalam kemabukan (kesesatan)”.

Mereka buta hati dalam kemabukan. Ini kerana kalimah سَكرَتِهِم dari س ك ر yang asalnya bermaksud ‘mabuk’. Jadi سكرة bermaksud keadaan mabuk atau seperti mabuk – dah tak sedar apa yang di sekeliling mereka. Maknanya akal mereka dah terumbang ambing.

Dan mereka pula buta, tak nampak. Kalau عمى bermaksud ‘buta mata’ dan عمه bermaksud ‘buta hati’. Allah nak beritahu yang mereka itu dah teruk sangat dah, tak nampak kebenaran dah kerana keadaan mereka begitu.


 

Ayat 73: Apakah azab yang dikenakan kepada mereka?

فَأَخَذَتهُمُ الصَّيحَةُ مُشرِقينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

So the shriek¹ seized them at sunrise.

(MELAYU)

Maka mereka dibinasakan oleh suara keras yang mengguntur, ketika matahari akan terbit.

 

فَأَخَذَتهُمُ الصَّيحَةُ

Maka mereka dibinasakan oleh suara keras yang mengguntur,

Kaum Nabi Luth itu telah dimusnahkan oleh suara yang keras. Ini bukan suara yang biasa kerana ia dapat memecahkan kepala. Ini juga telah disebut dalam Hud:67. Maknanya, pekikan yang sama yang telah dikenakan kepada kaum Tsamud.

 

مُشرِقينَ

ketika matahari akan terbit.

Suara pekikan yang membinasakan itu datangnya di pagi hari. Masa matahari naik. Kita selalu panggil sebagai waktu Syuruk. Waktu itu tidak boleh solat subuh dah.


 

Ayat 74: Apa lagi yang dikenakan kepada mereka.

فَجَعَلنا عالِيَها سافِلَها وَأَمطَرنا عَلَيهِم حِجارَةً مِن سِجّيلٍ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And We made the highest part [of the city] its lowest and rained upon them stones of hard clay.

(MELAYU)

Maka Kami jadikan bahagian atas kota itu terbalik ke bawah dan Kami hujani mereka dengan batu dari tanah yang keras.

 

فَجَعَلنا عالِيَها سافِلَها

Maka Kami jadikan bahagian atas kota itu terbalik ke bawah

Bahagian bumi mereka yang di atas Allah jadikan ke bawah. Maknanya ditelungkupkan.

 

وَأَمطَرنا عَلَيهِم حِجارَةً مِن سِجّيلٍ

dan Kami hujani mereka dengan batu dari tanah yang keras.

Sambil itu, mereka kena tembak dengan tanah keras. Boleh juga diterjemahkan sebagai hujan batu seperti yang dikenakan kepada Tentera Bergajah Abrahah seperti yang disebut dalam al-Feel:4.


 

Ayat 75:

إِنَّ في ذٰلِكَ لَآياتٍ لِلمُتَوَسِّمينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Indeed in that are signs for those who discern.

(MELAYU)

Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang memperhatikan tanda-tanda.

 

Kalimah لِلمُتَوَسِّمينَ dari katadasar و س م yang bermaksud simbol. مُتَوَسِّمينَ adalah orang yang boleh tengok simbol-simbol / tanda-tanda yang ada dan boleh buat keputusan darinya. Maknanya, mereka ini adalah orang yang bijak. Kerana mereka tengok tanda dah tahu dah. Kalau kita sekarang, kalau kita tengok batu atas tanah pun dah boleh teringat azab itu. Kita dah boleh ambil pengajaran. Kita tengok batu atas tanah, terus teringat ayat tentang bagaimana Kaum Luth itu telah dihujani dengan batu.


 

Ayat 76:

وَإِنَّها لَبِسَبيلٍ مُقيمٍ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And indeed, they [i.e., those cities] are [situated] on an established road.

(MELAYU)

Dan sesungguhnya kota itu benar-benar terletak di jalan yang masih tetap (dilalui manusia).

 

Tempat tinggal Kaum Luth itu iaitu Kota Sodom itu berada di jalan yang terkenal. Iaitu jalan yang memang orang lalu sampai ke waktu ayat ini diturunkan. Dari dulu lagi ianya adalah tempat yang biasa dilalui kerana ianya adalah jalan perdagangan. Oleh kerana itu orang yang lalu di kawasan itu boleh tahu dan nampak sendiri ada kesan umat-umat yang kena azab. Oleh itu, boleh dicari dan boleh diambil pengajaran dari kejadian itu.

Kaum Nabi Luth yang telah dimusnahkan itu adalah di Laut Mati sekarang. Tapi bukanlah dinasihatkan untuk kita pergi ke tempat mereka untuk berkelah-kelah pula. Kalau kita pergi pun, kena duduk sekejap sahaja, cukup untuk ambil ibrah. Kerana ada larangan dari Nabi untuk pergi ke kawasan-kawasan yang telah dikenakan azab. Kalau terpaksa lalu pun, kena beredar dengan segera. Kecuali kepada mereka yang degil, memang Allah suruh pergi tengok supaya mereka boleh berfikir sikit. Tapi kalau kita yang sudah ambil pengajaran, sudah beriman, tak perlulah nak ke sana.


 

Ayat 77: Ambillah pengajaran itu.

إِنَّ في ذٰلِكَ لَآيَةً لِلمُؤمِنينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Indeed in that is a sign for the believers.

(MELAYU)

Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang beriman.

 

Ianya menjadi tanda kepada manusia. Semua manusia boleh melihatnya, ambil pengajaran darinya. Tapi yang boleh menerimanya adalah mereka yang mahu beriman sahaja. Iaitu ada keinginan dalam hatinya untuk mencari kebenaran. Kalau jenis degil juga, bagi contoh macam mana pun, memang mereka tidak akan terima.


 

Ayat 78: Ini adalah kisah yang dijadikan sebagai contoh kedua.

وَإِن كانَ أَصحابُ الأَيكَةِ لَظالِمينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And the companions of the thicket [i.e., the people of Madyan] were [also] wrongdoers,

(MELAYU)

Dan sesungguhnya adalah penduduk Aikah itu benar-benar kaum yang zalim,

 

Kalimah الأَيكَةِ bermaksud belukar. Yang dimaksudkan sebagai penduduk Aikah ini adalah Kaum Nabi Syuaib a.s. Tempatnya adalah di Daerah Madyan. Sekarang ini berada di Negara Pakistan.

Perbuatan zalim mereka ialah kerana  mereka mempersekutukan Allah, gemar merampok (orang-orang yang lalu kawasan mereka), serta gemar mengurangi takaran dan timbangan.


 

Ayat 79:

فَانتَقَمنا مِنهُم وَإِنَّهُما لَبِإِمامٍ مُبينٍ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

So We took retribution from them, and indeed, both [cities] are on a clear highway.

(MELAYU)

maka Kami membinasakan mereka. Dan sesungguhnya kedua kota itu benar-benar terletak di jalan umum yang terang.

 

فَانتَقَمنا مِنهُم

maka Kami membinasakan mereka.

Kaum Madyan itu juga telah kena azab.

 

وَإِنَّهُما لَبِإِمامٍ مُبينٍ

Dan sesungguhnya kedua kota itu benar-benar terletak di jalan umum yang terang.

Dua-dua kaum itu (Kaum Luth dan Kaum Madyan) terletak di jalan yang biasa dilalui. Mereka berada di dekat kaum Luth sesudah kaum Luth binasa, dan hal itu pertanda tempat tinggal mereka berdampingan.

Kalimah إمامٌ boleh bermaksud jalan yang biasa dilalui, jalan utama (highway). Menurut Ibnu Abbas, Mujahid, Ad-Dahhak, dan lain-lainnya, makna imamum mubin dalam ayat ini ialah jalan umum yang terang. Oleh itu ramai sahaja yang boleh tengok kesan tinggalan mereka. Apabila boleh tengok, bolehlah ambil pengajaran dari mereka.


 

Ayat 80: Ini pula adalah contoh ketiga.

وَلَقَد كَذَّبَ أَصحابُ الحِجرِ المُرسَلينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And certainly did the companions of al-Ḥijr¹ [i.e., the Thamūd] deny the messengers.

  • The valley of stone.

(MELAYU)

Dan sesungguhnya penduduk-penduduk kota Al Hijr telah mendustakan rasul-rasul,

 

Kalimah الحِجرِ dari kalimah ح ج ر yang bermaksud ‘batu’. Jadi ini adalah tentang kawasan yang berbatu. Mereka ini adalah Kaum Tsamud iaitu Kaum Nabi Saleh a.s. Mereka sekarang dinisbahkan dari nama tempat tinggal mereka. Nama الحِجرِ inilah yang dijadikan sebagai nama Surah ini.

Mereka juga telah menolak Rasul-rasul mereka. Kalimah المُرسَلينَ adalah dalam bentuk jamak. Ini adalah kerana apabila mereka menolak satu Rasul sahaja (Nabi Saleh), mereka dikira telah menolak semua Rasul. Atau, mereka ada banyak Rasul yang telah berdakwah kepada mereka dan semua sekali mereka tolak dan yang terakhir sekali mereka tolak ada Nabi Saleh.


 

Ayat 81:

وَآتَيناهُم آياتِنا فَكانوا عَنها مُعرِضينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And We gave them Our signs, but from them they were turning away.

(MELAYU)

dan Kami telah mendatangkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami, tetapi mereka selalu berpaling daripadanya,

 

وَآتَيناهُم آياتِنا

dan Kami telah mendatangkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami,

Kepada mereka juga telah diberikan dengan tanda-tanda yang jelas nyata. Iaitu tanda-tanda kepada Qudrat dan kekuasaan Allah. Ianya dalam bentuk wahyu dan juga mukjizat. Kita pun sudah tahu bahawa mukjizat terkenal yang diberikan kepada mereka adalah Unta betina yang dikeluarkan dari batu-batu bukit. Ini disebut dalam surah yang lain.

 

فَكانوا عَنها مُعرِضينَ

tetapi mereka selalu berpaling daripadanya,

Walaupun telah mendapat tanda yang jelas nyata, tapi mereka tetap juga menolak ajakan tauhid kerana mereka itu kaum yang degil.


 

Ayat 82:

وَكانوا يَنحِتونَ مِنَ الجِبالِ بُيوتًا آمِنينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And they used to carve from the mountains, houses, feeling secure.

(MELAYU)

dan mereka memahat rumah-rumah dari gunung-gunung batu (yang didiami) dengan aman.

 

Kelebihan mereka ini adalah mereka mahir memahat gunung. Dari batu-batu gunung itu, mereka boleh buat rumah pula yang besar-besar. Ini adalah kerana mereka kuat dan mereka boleh menggunakan kepandaian mereka. Allah telah lebihkan mereka dari bangsa yang lain di zaman mereka itu.

Dengan kelebihan mereka itu, mereka boleh buat rumah dari gunung dan mereka boleh duduk dengan aman. Ini adalah kerana rumah mereka itu kukuh. Kesan tinggalan mereka itu masih ada sampai hari ini. Iaitu kita boleh lihat di Petra.

Hal tersebut masih dapat terlihat dari bekas-bekas peninggalan mereka di Lembah Al-Hijr, yang Nabi Saw. pernah melewatinya semasa pergi ke Medan Tabuk. Di saat melewatinya Nabi Saw. menundukkan kepalanya dan memacu kenderaan dengan cepat serta bersabda kepada para sahabatnya:

“لَا تَدْخُلُوا بُيُوتَ الْقَوْمِ الْمُعَذَّبِينَ إِلَّا أَنْ تَكُونُوا بَاكِينَ، فَإِنْ لَمْ تَبْكُوا فَتَبَاكُوا خَشْيَةَ أَنْ يُصِيبَكُمْ مَا أَصَابَهُمْ”

Janganlah kalian memasuki tempat tinggal kaum yang telah diazab melainkan kalian dalam keadaan menangis. Jika kalian tidak dapat menangis sungguhan, maka berpura-pura menangislah kalian, karena dikhawatirkan kalian akan tertimpa apa yang telah menimpa mereka.

Itulah yang kita katakan tempat-tempat sebegini tidak digalakkan kita lawat. Ia bukannya tempat melancong.

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya.


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

About tafsirsunnah

Blog mentafsir Quran berdasarkan fahaman Sunnah dan salafussoleh.
This entry was posted in Surah 015: al-Hijr. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s