Tafsir Surah al-Hijr Ayat 42 – 50 (Neraka ada 7 pintu)

Ayat 42: Iblis kata dia akan menyesatkan manusia dari jalan Allah.

إِنَّ عِبادي لَيسَ لَكَ عَلَيهِم سُلطانٌ إِلّا مَنِ اتَّبَعَكَ مِنَ الغاوينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Indeed, My servants – no authority will you have over them, except those who follow you of the deviators.

(MELAYU)

Sesungguhnya hamba-hamba-Ku tidak ada kekuasaan bagimu terhadap mereka, kecuali orang-orang yang mengikut kamu, iaitu orang-orang yang sesat.

 

إِنَّ عِبادي لَيسَ لَكَ عَلَيهِم سُلطانٌ

Sesungguhnya hamba-hamba-Ku tidak ada kekuasaan bagimu terhadap mereka,

Allah beritahu kepada Iblis yang dia tidak ada kuasa atas anak-anak Bani Adam. Iblis tidak akan mampu goda mereka. Iaitu orang-orang yang telah Allah takdirkan mendapat hidayah, tiada jalan bagi Iblis kepada mereka, tidak pula syaitan dapat sampai kepada mereka.

 

إِلّا مَنِ اتَّبَعَكَ مِنَ الغاوينَ

kecuali orang-orang yang mengikut kamu, iaitu orang-orang yang sesat.

Kecuali manusia yang ikut ajakan syaitan itu. Iaitu mereka yang sesat.


 

Ayat 43: Apa akan jadi kepada mereka.

وَإِنَّ جَهَنَّمَ لَمَوعِدُهُم أَجمَعينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And indeed, Hell is the promised place for them all.

(MELAYU)

Dan sesungguhnya Jahannam itu benar-benar tempat yang telah diancamkan kepada mereka (pengikut-pengikut syaitan) semuanya.

 

Mereka yang sesat itu akan dimasukkan ke dalam neraka yang dijanjikan kepada mereka. Itulah balasan yang setimpal untuk mereka kerana mengikut bisikan Iblis.


 

Ayat 44: Setelah itu, Allah mula menceritakan tentang neraka pula.

لَها سَبعَةُ أَبوابٍ لِكُلِّ بابٍ مِنهُم جُزءٌ مَقسومٌ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

It has seven gates; for every gate is of them [i.e., Satan’s followers] a portion designated.”

(MELAYU)

Jahannam itu mempunyai tujuh pintu. Tiap-tiap pintu (telah ditetapkan) untuk golongan yang tertentu dari mereka.

 

لَها سَبعَةُ أَبوابٍ

Jahannam itu mempunyai tujuh pintu.

Sekarang kita dapat tahu bahawa ada 7 pintu pada neraka itu. Maknanya, ada jenis-jenis pintu tertentu.

Israil telah meriwayatkan dari Abu Ishaq, dari Hubairah ibnu Abu Maryam, dari Ali r.a. yang mengatakan bahawa pintu-pintu Jahanam itu ada tujuh buah, sebagiannya berada di atas sebagian yang lain. Bila pintu yang pertama penuh, maka pintu yang kedua diisi, kemudian pintu yang ketiga, hingga semuanya penuh.

 

لِكُلِّ بابٍ مِنهُم جُزءٌ مَقسومٌ

Tiap-tiap pintu (telah ditetapkan) untuk golongan yang tertentu dari mereka.

Golongan tertentu akan masuk ikut pintu masing-masing. Ikut golongan masing-masing.

Juwaibir telah meriwayatkan dari Ad-Dahhak sehubungan dengan makna firman-Nya: Jahanam itu mempunyai tujuh pintu. Tiap-tiap pintu (telah ditetapkan) untuk golongan yang tertentu dari mereka. (Al-Hijr: 44) Bahawa ada pintu untuk orang-orang Yahudi, pintu untuk orang-orang Nasrani, pintu untuk orang-orang Sabi-in, pintu untuk orang-orang Majusi, pintu untuk orang-orang musyrik (yaitu orang-orang kafir Arab), pintu untuk orang-orang munafik, dan pintu untuk ahli tauhid. Tetapi ahli tauhid mempunyai harapan untuk dikeluarkan, sedangkan yang selain mereka tidak ada harapan sama sekali untuk selama-lamanya.


 

Ayat 45: Selepas menceritakan tentang neraka, sekarang Allah menyentuh tentang syurga pula.

إِنَّ المُتَّقينَ في جَنّاتٍ وَعُيونٍ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Indeed, the righteous will be within gardens and springs,

(MELAYU)

Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa itu berada dalam surga (taman-taman) dan (di dekat) mata air-mata air (yang mengalir).

 

Kepada mereka yang bertaqwa, akan dimasukkan ke dalam syurga. Muttaqin itu adalah mereka yang taat kepada hukum Allah dan berhati-hati dalam segala perbuatannya. Dia sentiasa memikirkan apakah perbuatannya itu halal atau haram. Dan dia sentiasa sedar keberadaan Allah yang sentiasa memerhatikan apa yang dilakukannya. Dan kerana itu dia berhati-hati.

Untuk muttaqin ini, akan mendapat balasan tinggal di dalam syurga dengan segala kenikmatan di dalamnya. Dalam ayat ini hanya diberitahu sedikit sahaja – ada taman dan ada mata-air. Ini adalah bayangan kepada keadaan di dalam syurga itu. Ianya amat indah.


 

Ayat 46:

ادخُلوها بِسَلامٍ آمِنينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

[Having been told], “Enter it in peace, safe [and secure].”

(MELAYU)

(Dikatakan kepada mereka): “Masuklah ke dalamnya dengan sejahtera lagi aman”

 

Ada muqaddar dalam ayat ini. Tiba-tiba ayat ini iltifad kepada pihak kedua (sebelum ini menceritakan tentang pihak ketiga). Sekarang disebutkan kata-kata seolah-olah Allah sendiri yang jemput pembaca ayat ini untuk masuk ke dalam syurga itu. Macam terasa yang kita sendiri akan masuk. Allah hendak memberi isyarat, kamu yang sedang membaca Qur’an ini pun boleh masuk juga ke dalam syurga.

Syurga itu adalah tempat yang aman. Mereka yang dapat masuk ke dalam syurga sudah selamat. Aman dan selamat dari segala bahaya dan kesusahan kerana mereka sudah lalui bermacam-macam dugaan semasa di dunia dan akhir sekali adalah laluan Titian Sirat untuk melepasi neraka. Kalau dapat lepas ujian itu, maka akan dapat masuk ke dalam syurga dan akan dijemput sendiri untuk masuk ke dalam syurga oleh Allah sendiri. Alangkah indahnya!


 

Ayat 47: Tadi disebut nikmat fizikal, sekarang disebut nikmat emosi pula.

وَنَزَعنا ما في صُدورِهِم مِن غِلٍّ إِخوانًا عَلىٰ سُرُرٍ مُتَقابِلينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And We will remove whatever is in their breasts of resentment,¹ [so they will be] brothers, on thrones facing each other.

  • See footnote to 7:43.

(MELAYU)

Dan Kami lenyapkan segala rasa dendam yang berada dalam hati mereka, sehingga mereka merasa bersaudara duduk berhadap-hadapan di atas dipan-dipan.

 

وَنَزَعنا ما في صُدورِهِم مِن غِلٍّ

Dan Kami lenyapkan segala rasa dendam yang berada dalam hati mereka, 

Sekarang ayat ini iltifad kembali kepada ghaibah (pihak ketiga). Allah akan hilangkan segala rasa tak sedap hati ahli syurga itu. Kadang-kadang kita ada rasa tak sedap hati walaupun sesama saudara seislam. Ini boleh jadi macam-macam seperti dendam, dengki iri hati dan sebagainya. Ini biasa sahaja kalau ada kerana kita pun manusia juga dan kadang-kadang kita tidak dapat kawal perasaan kita. Kadang-kadang tak dapat nak elak dari ada perasaan begitu. Kadang-kadang ada kata-kata orang yang menyakitkan hati kita dan kita pula cepat merasa hati dan makan hati. Dikatakan bahawa ahli syurga itu masih ada lagi perasaan itu.

Rasulullah Saw. pernah bersabda:

“يَخْلُص الْمُؤْمِنُونَ مِنَ النَّارِ، فيُحبسون عَلَى قَنْطَرَةٍ بَيْنَ الْجَنَّةِ وَالنَّارِ، فيُقتص لِبَعْضِهِمْ مِنْ بَعْضِهِمْ، مَظَالِمُ كَانَتْ بَيْنَهُمْ فِي الدُّنْيَا، حَتَّى إِذَا هُذِّبوا ونُقّوا، أُذِنَ لَهُمْ فِي دُخُولِ الْجَنَّةِ”

Orang-orang mukmin diselamatkan dari neraka, lalu mereka ditahan di atas sebuah jambatan yang terletak di antara syurga dan neraka. Maka sebagian dari mereka mengqisas sebagian yang lainnya menyangkut perkara penganiayaan yang pernah terjadi di antara mereka ketika di dunia. Setelah mereka diber­sihkan dan disucikan (dari semua kesalahan), barulah mereka diizinkan untuk masuk syurga.

 

إِخوانًا

mereka merasa bersaudara

Allah akan hilangkan perasaan tidak sedap itu sampai mereka akan jadi saudara. Allah kata Dia sendiri yang akan keluarkan dan hilangkan غِلٍّ itu kerana Allah tahu yang kita sendiri tak dapat nak keluarkan sendiri. Walaupun kita cuba sedaya upaya untuk hilangkan perasaan itu, tapi tidak boleh, sampai dibawa mati pun ada.

 

عَلىٰ سُرُرٍ مُتَقابِلينَ

di atas dipan-dipan mereka duduk berhadap-hadapan .

Apabila dah hilang rasa غِلٍّ itu, barulah boleh duduk berhadap-hadapan. Kalau tidak, tentu susah untuk bersua muka. Kadang-kadang kalau kita ada perasaan geram dan benci kepada seseorang, nak tengok muka dia atau nak dengar suara dia pun tidak boleh.

Ayat ini juga memberi isyarat bahawa kita akan duduk dalam keadaan mewah di dalam syurga. Kerana syurga ini bukan tempat untuk buat kerja atau buat ibadat lagi, tapi tempat untuk menikmati segala nikmat di dalam syurga. Ianya adalah tempat untuk memenuhi nafsu sahaja. Dan tempat istirehat yang paling baik, sampaikan duduk pun di atas dipan – boleh juga diterjemahkan sebagai singgahsana.


 

Ayat 48: Syurga itu tempat memenuhi nafsu.

لا يَمَسُّهُم فيها نَصَبٌ وَما هُم مِنها بِمُخرَجينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

No fatigue will touch them therein, nor from it will they [ever] be removed.

(MELAYU)

Mereka tidak merasa lelah di dalamnya dan mereka sekali-kali tidak akan dikeluarkan daripadanya.

 

لا يَمَسُّهُم فيها نَصَبٌ

Mereka tidak merasa lelah di dalamnya

Mereka yang tinggal di dalam syurga tidak akan penat. نَصَبٌ bermaksud jenis penat sampai tak boleh berdiri dah sebab penat sangat. Walaupun banyak nikmat di syurga, macam-macam buat dan macam-macam makan, tapi tak penat langsung. Jadi mereka yang di syurga tidak perlu tidur pun kerana tidak penat.

 

وَما هُم مِنها بِمُخرَجينَ

dan mereka sekali-kali tidak akan dikeluarkan daripadanya.

Segala nikmat itu tidak berkekalan kalau tinggal sekejap sahaja. Katakanlah kita dapat tinggal di hotel mewah paling mahal di dunia pun, ianya tidak sama kerana kita tahu yang kita akan keluar juga akhirnya dari hotel itu. Oleh itu, nikmat tinggal di hotel itu akan berkurang kerana kita tahu yang kita lambat laun akan kena keluar juga, bukan? Jadi salah satu kenikmatan yang amat besar di syurga itu adalah takkan keluar sampai bila-bila.


 

Ayat 49: Allah menceritakan tentang DiriNya.

۞ نَبِّئ عِبادي أَنّي أَنَا الغَفورُ الرَّحيمُ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

[O Muḥammad], inform My servants that it is I who am the Forgiving, the Merciful,

(MELAYU)

Khabarkanlah kepada hamba-hamba-Ku, bahwa sesungguhnya Aku-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang,

 

Allah suruh Nabi Muhammad sampaikan kepada manusia yang SifatNya yang Maha Pengampun. Dan Allah bersifat Maha Pengampun kerana Dia Maha Penyayang kepada hambaNya. Memang ada banyak ancaman dan larangan dalam Qur’an tapi Allah tetap pemaaf dan pengasih. Allah suka mengampuni. Maka, kalau kita ada buat salah, maka kita minta ampunlah kepada Allah. Kalau dosa kita diampunkan, maka kita akan ada peluang untuk masuk ke dalam syurga yang telah disebut dalam ayat-ayat sebelum ini.


 

Ayat 50: Sifat Pengampun adalah salah satu dari Sifat Jamal Allah. Tapi jangan lupa sifat Allah yang Jalal.

وَأَنَّ عَذابي هُوَ العَذابُ الأَليمُ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And that it is My punishment which is the painful punishment.

(MELAYU)

dan bahawa sesungguhnya azab-Ku adalah azab yang sangat pedih.

 

Tapi dalam kita kenal Allah sebagai Pengasih dan Pengampun, jangan kita lupa yang Allah juga ada sifat yang keras. Iaitu Allah boleh sahaja azab hambaNya yang engkar. Setelah diberi peringatan, masih lagi berdegil untuk bertaubat dan memperbetulkan langkah mereka. Kepada mereka itu, akan diberikan dengan azab yang pedih.

Ini juga Nabi disuruh untuk sampaikan. Sampaikan kedua-dua Sifat Allah itu. Manusia kena tahu kedua-dua jenis sifat ini. Kalau kita kenang sifat Allah yang pengasih, maka ada raja’ (harapan) kepada Allah. Dan apabila kita mengenang Sifat Allah yang memberi azab, maka kita ada rasa khauf (takut) kepada Allah. Kedua-dua jenis perasaan ini kena ada supaya kita seimbang. Kerana kalau ada salah satu sahaja, kita akan ada masalah.

Kalau kita ada raja’ sahaja, maka kita akan mudah sahaja kehidupan di dunia ini.

Kalau kita ada khauf sahaja, maka kita akan susah untuk hidup di dunia ini, kerana asyik rasa takut sahaja tanpa henti.

Rasulullah Saw. pernah bersabda:

“لَوْ يَعْلَمُ الْعَبْدُ قَدْرَ عَفْوِ اللَّهِ لَمَا تَوَرَّعَ مِنْ حَرَامٍ، وَلَوْ يَعْلَمُ قَدْرَ عِقَابِهِ لَبَخَعَ نَفْسَهُ”

Seandainya seorang hamba mengetahui kadar pemaafan Allah, tentulah tidak segan-segan ia melakukan hal yang haram; dan seandainya seorang hamba mengetahui kadar azab Allah, tentulah ia menekan hawa nafsunya.

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya.


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

About tafsirsunnah

Blog mentafsir Quran berdasarkan fahaman Sunnah dan salafussoleh.
This entry was posted in Surah 015: al-Hijr. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s