Tafsir Surah al-Hijr Ayat 7 – 15 (Allah yang akan memelihara Qur’an)

Ayat 7: Dalam ayat sebelum ini, telah dikatakan bagaimana Musyrikin Mekah itu tidak percaya kepada Nabi Muhammad dan mengatakan baginda seorang yang gila.

لَو ما تَأتينا بِالمَلائِكَةِ إِن كُنتَ مِنَ الصّادِقينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Why do you not bring us the angels, if you should be among the truthful?”

(MELAYU)

Mengapa kamu tidak mendatangkan malaikat kepada kami, jika kamu termasuk orang-orang yang benar?”

 

لَو ما تَأتينا بِالمَلائِكَةِ

Mengapa kamu tidak mendatangkan malaikat kepada kami,

Mereka tidak dapat nak percaya yang Rasulullah boleh dapat wahyu. Mereka kata baginda sahaja sahaja cakap ada malaikat yang jumpa baginda dan beri wahyu. Mereka kata kenapa baginda sahaja yang nampak tapi mereka pula tidak nampak? Mereka kata itu karut sahaja dan memang benarlah Nabi Muhammad itu gila. Mereka kata, kalau betul malaikat itu ada, maka tunjukkanlah malaikat itu pada mereka! Bagilah mereka juga nampak.

Nak tengok malaikat ini bukan mereka sahaja yang baru kata. Perihalnya sama dengan ucapan Fir’aun seperti yang ada dalam ayat yang lain:

{فَلَوْلا أُلْقِيَ عَلَيْهِ أَسَاوِرَةٌ مِنْ ذَهَبٍ أَوْ جَاءَ مَعَهُ الْمَلائِكَةُ مُقْتَرِنِينَ}

Mengapa tidak dipakaikan kepadanya gelang dari emas atau malaikat datang bersama-sama dia untuk mengiringkannya? (Az-Zukhruf: 53)

 

إِن كُنتَ مِنَ الصّادِقينَ

jika kamu termasuk orang-orang yang benar?”

Mereka cabar baginda, kalaulah benar baginda benar dapat wahyu, maka turunkanlah juga malaikat kepada mereka. Mereka nak dengar juga kata-kata malaikat itu. Mereka nak malaikat sendiri jumpa mereka dan cakap sendiri dengan mereka.


 

Ayat 8: Ini jawapan dari Allah berkenaan kehendak mereka itu.

ما نُنَزِّلُ المَلائِكَةَ إِلّا بِالحَقِّ وَما كانوا إِذًا مُنظَرينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

We do not send down the angels except with truth;¹ and they [i.e., the disbelievers] would not then be reprieved.

  • i.e., with a message or, as the conclusion of the verse suggests, to carry out a promised punishment.

(MELAYU)

Kami tidak menurunkan malaikat melainkan dengan benar (untuk membawa azab) dan tiadalah mereka ketika itu diberi tangguh.

 

ما نُنَزِّلُ المَلائِكَةَ إِلّا بِالحَقِّ

Kami tidak menurunkan malaikat melainkan dengan benar

Maksud بِالحَقِّ dalam ayat ini adalah ‘kemusnahan’. Bila malaikat datang turun kepada mereka, itu adalah hanya untuk musnahkan mereka sahaja. Kerana malaikat turun bawa risalah dan azab. Kalau mereka nak malaikat turun kepada mereka, itu adalah untuk bawa azab untuk mereka. Adakah mereka hendak begitu? Allah berfirman dalam ayat yang lain:

{وَقَالَ الَّذِينَ لَا يَرْجُونَ لِقَاءَنَا لَوْلا أُنزلَ عَلَيْنَا الْمَلائِكَةُ أَوْ نَرَى رَبَّنَا لَقَدْ اسْتَكْبَرُوا فِي أَنْفُسِهِمْ وَعَتَوْا عُتُوًّا كَبِيرًا يَوْمَ يَرَوْنَ الْمَلائِكَةَ لَا بُشْرَى يَوْمَئِذٍ لِلْمُجْرِمِينَ وَيَقُولُونَ حِجْرًا مَحْجُورًا}

Berkatalah orang-orang yang tidak menanti-nanti pertemuannya) dengan Kami, “Mengapakah tidak diturunkan kepada kita malaikat atau (mengapa) kita (tidak) melihat Tuhan kita?” Sesungguhnya mereka memandang besar tentang diri mereka dan mereka benar-benar telah melampaui batas (dalam melakukan) kezaliman. Pada hari mereka melihat malaikat di hari itu tidak ada kabar gembira bagi orang-orang yang berdosa dan mereka berkata, “Hijram Mahjura.” (Al-Furqan: 21 -22)

 

وَما كانوا إِذًا مُنظَرينَ

dan tiadalah mereka ketika itu diberi tangguh.

Dan apabila telah sampai waktu kemusnahan mereka, waktu itu tidak ada masa nak taubat dah. Tidak akan diberi masa tangguh sekejap untuk mereka bertaubat, untuk mereka perbetulkan balik akidah mereka – waktu itu untuk musnahkan mereka sahaja. Mereka hendak macam itu kah?


 

Ayat 9: Ayat takhwif duniawi.

إِنّا نَحنُ نَزَّلنَا الذِّكرَ وَإِنّا لَهُ لَحافِظونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Indeed, it is We who sent down the message [i.e., the Qur’ān], and indeed, We will be its guardian.

(MELAYU)

Sesungguhnya Kami-lah yang menurunkan Al Quran, dan sesungguhnya Kami benar-benar memeliharanya.

 

إِنّا نَحنُ نَزَّلنَا الذِّكرَ

Sesungguhnya Kami-lah yang menurunkan Al Quran, 

Sekali lagi Qur’an disebut sebagai الذِّكرَ dala ayat ini. Musyrikin Mekah kata jin lah sebenarnya yang bercakap kepada Nabi Muhammad; maka Allah nak tekankan yang Dia sendiri yang sampaikan Qur’an itu kepada Nabi. Ia tidak datang dari yang lain.

 

وَإِنّا لَهُ لَحافِظونَ

dan sesungguhnya Kami benar-benar memeliharanya.

Walau apa pun yang mereka nak halang Qur’an dan nak tutup dari Qur’an disampaikan, takkan berlaku kerana Allah yang jaga Qur’an. Ini adalah pengkhususan kerana ada  penggunaan taqdim dalam ayat ini (iaitu kalimah لَهُ di awalkan).

Dan Allah memberitahu yang Dia pasti akan memelihara Qur’an itu kerana ada penekanan dengan penggunaan huruf ل dalam kalimah لَحافِظونَ itu.

Ini adalah dalil bahawa Qur’an ini akan tetap terpelihara sampai bila-bila. Ianya tidak akan diubah seperti yang terjadi pada kitab-kitab wahyu sebelum ini dimana ianya telah diubah oleh manusia. Kitab-kitab itu dapat diubah oleh manusia kerana Allah tidak berjanji akan menjaganya, seperti yang Allah telah janjikan untuk Qur’an ini. Jadi Qur’an ini adalah unik.

Salah satu cara penjagaan Qur’an adalah penghafalan yang dilakukan oleh penganut agama Islam. Kerana cinta mereka kepada Qur’an, ramainya yang menghafalnya. Jadi penghafal Qur’an dipanggil حافط dan itulah yang digunakan pada kalimah لَحافِظونَ itu. Jadi hafiz Qur’an itu adalah satu tugas yang mulia. Dan mereka ada kelebihan yang tinggi kerana mereka selalu baca Qur’an kerana untuk menghafal Qur’an, mereka kena zikir dengan Qur’an selalu. Sewaktu mula hafal mereka kena selalu baca dan selepas dah hafal pun, mereka kena selalu baca untuk menjaga hafalan itu dalam hati mereka. Dari mula Qur’an diturunkan sampailah ke hari ini, sentiasa sahaja ada penghafal Qur’an. Dan kalau pada saat ini, ada berjuta-juta manusia yang menghafal Qur’an 30 juzuk itu. Kalau dikira mereka yang hafal Qur’an tapi tidak lengkap 30 juzuk, tentulah lagi ramai.

Memang ada usaha untuk merosakkan Qur’an ini dimana ada yang berniat jahat dengan memasukkan ayat-ayat lain atau menukar kalimah-kalimah yang ada dalam Qur’an dan dicetak. Ataupun ada juga kilang pencetak yang tersilap menulis lembaran Qur’an itu. Tapi ia sentiasa sahaja dapat dikesan kerana ramai yang menghafal Qur’an.

Katakanlah semua Qur’an ini dimusnahkan sekarang, kita memang tidak ada masalah untuk menulisnya kembali kerana ada ramai sahaja yang hafal Qur’an dengan tulisannya sekali dan mereka boleh menulis semula Qur’an ini dalam sehari pun. Tidak ada mana-mana kitab dalam dunia lagi yang dihafal sebegini rupa. Memang Allah nak jaga Qur’an ini dari dicemari.

Maka janganlah kita ragu-ragu dengan Qur’an ini. Beginilah Qur’an dari mula ia diturunkan dan sama juga dengan Qur’an yang ada pada kita sekarang. Kalau ada yang berhujah dengan mengatakan Qur’an sekarang ini tidak sama kerana ada lembaran yang tidak dijumpai dan sebagainya, itu adalah mengarut sahaja. Ini tidak benar kerana dari dulu lagi penjagaan Qur’an adalah dengan cara hafalan para sahabat. Dan sekarang ianya dijaga oleh para huffaz yang ada sekarang.

Mana mungkin hendak dikatakan ada kesilapan. Kalau kita ambil Qur’an yang ada di Malaysia ini dan bandingkan dengan Qur’an yang ada di Pakistan, Russia atau China, ianya adalah sama sahaja. Kalau dikatakan ada banyak versi Qur’an, tentulah ada banyak perbezaan antara mushaf yang ada pada tangan kita dan mushaf yang ada di tempat lain, bukan? Tapi tidak begitu.


 

Ayat 10:

وَلَقَد أَرسَلنا مِن قَبلِكَ في شِيَعِ الأَوَّلينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And We had certainly sent [messengers] before you, [O Muḥammad], among the sects of the former peoples.

(MELAYU)

Dan sesungguhnya Kami telah mengutus (beberapa rasul) sebelum kamu kepada umat-umat yang terdahulu.

 

Kalimah شِيَعِ adalah jamak untuk ‘golongan-golongan’. Ini adalah kalimah lain untuk ‘jemaah’. Ia merujuk kepada kumpulan manusia yang ada sama pegangan sampai pakaian mereka pun sama. Dan apabila disertai, mereka akan dapat perlindungan. Persamaan itu samada dari segi politik atau agama. Apabila mereka sudah di dalam kumpulan yang sama, maka mereka berfikir pun sama juga.

Ini adalah tasliah kepada Nabi. Allah hendak memberitahu baginda, bukan Musyrikin Mekah sahaja yang mula tolak sebegini kerana nak jaga kumpulan dan kepentingan mereka. Dari dulu lagi dah banyak Nabi-nabi yang menghadapi jenis begini.


 

Ayat 11:

وَما يَأتيهِم مِن رَسولٍ إِلّا كانوا بِهِ يَستَهزِئونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And no messenger would come to them except that they ridiculed him.

(MELAYU)

Dan tidak datang seorang rasulpun kepada mereka, melainkan mereka selalu memperolok-olokkannya.

 

Kumpulan-kumpulan itu sentiasa akan menentang dan mengejek para Rasul dan para pendakwah. Mereka tidak suka kalau cara hidup mereka dikatakan salah, maka mereka akan cuba sedaya upaya untuk menghalang dakwah itu dari berjalan.

Ini juga adalah tasliah untuk Rasulullah. Allah nak beritahu baginda yang perkara ini biasa sahaja. Akan ada sahaja yang akan menentang. Jadi janganlah baginda rasa terkilan sangat. Kalau baginda kena tohmah, kena ejek dan kena hina, itu juga telah pernah dilalui oleh Rasul-rasul yang dahulu. Dan begitulah juga dengan kita. Kalau kita dakwah ajak kepada jalan sunnah, pun akan jadi begitu juga. Kerana itulah kita akan dikatakan sebagai Wahabi, Kaum Muda, Golongan tidak habis belajar dan macam-macam lagi. Ini adalah kerana kita menegur amalan masyarakat yang tidak benar, maka tentulah mereka marah benar.


 

Ayat 12:

كَذٰلِكَ نَسلُكُهُ في قُلوبِ المُجرِمينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Thus do We insert it [i.e., denial] into the hearts of the criminals.

(MELAYU)

Demikianlah, Kami memasukkan (rasa ingkar dan memperolok-olokkan itu) ke dalam hati orang-orang yang berdosa (orang-orang kafir),

 

Allah masukkan apa dalam hati mereka? Sifat olok-olok itu. Kerana mereka tidak ada hujah, maka apa yang mereka boleh buat adalah mempersendakan sahaja. Ini adalah kerana hati mereka tidak mahu menerima ajaran yang benar, maka mereka tolak. Pada mulanya mereka tolak dengan hati tapi lama kelamaan mereka akan lawan dengan mulut mereka. Apabila mereka melawan, Allah akan tutup hati mereka dari kebenaran dan mereka akan menghina agama dengan mulut mereka. Dan perbuatan mereka itu akan ditulis dan akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak.


 

Ayat 13:

لا يُؤمِنونَ بِهِ ۖ وَقَد خَلَت سُنَّةُ الأَوَّلينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

They will not believe in it, while there has already occurred the precedent of the former peoples.

(MELAYU)

mereka tidak beriman kepadanya (Al Quran) dan sesungguhnya telah berlalu sunnatullah terhadap orang-orang dahulu.

 

لا يُؤمِنونَ بِهِ

mereka tidak beriman kepadanya

Apabila mereka teruk sangat menentang dakwah tauhid dan sunnah, maka mereka telah masuk dalam ke lembah kesesatan sampai tak boleh diselamatkan lagi. Siapa yang masukkan? Allah yang masukkan mereka. Kerana Allah telah buat keputusan untuk azab mereka. Ini dinamakan Khatmul Qalbi (penutupan hati).

 

وَقَد خَلَت سُنَّةُ الأَوَّلينَ

dan sesungguhnya telah berlalu sunnatullah terhadap orang-orang dahulu.

Perkara ini memang dah biasa berlaku. Ia berlaku zaman berzaman dan kerana itulah ia dikira sebagai sunnatullah. Memang Allah jadikan perkara ini berlaku sebagai ujian untuk pendakwah.


 

Ayat 14: Mereka tidak akan beriman.

وَلَو فَتَحنا عَلَيهِم بابًا مِنَ السَّماءِ فَظَلّوا فيهِ يَعرُجونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And [even] if We opened to them a gate from the heaven and they continued therein to ascend,

(MELAYU)

Dan jika seandainya Kami membukakan kepada satu pintu langit, lalu mereka terus menerus naik ke atasnya,

 

وَلَو فَتَحنا عَلَيهِم بابًا مِنَ السَّماءِ

Dan jika seandainya Kami membukakan kepada satu pintu langit,

Mereka tidak akan beriman. Walaupun kalau dibukakan pintu di langit. Iaitu mereka nampak dengan mata mereka sendiri pintu langit dibuka.

 

فَظَلّوا فيهِ يَعرُجونَ

lalu mereka terus naik ke atasnya,

Bukan sahaja pintu itu dibukan, tapi mereka dibawa untuk naik ke atas melalui pintu itu.


 

Ayat 15: Dah dapat pengalaman macam itu pun mereka tidak mahu beriman juga.

لَقالوا إِنَّما سُكِّرَت أَبصارُنا بَل نَحنُ قَومٌ مَسحورونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

They would say, “Our eyes have only been dazzled. Rather, we are a people affected by magic.”

(MELAYU)

tentulah mereka berkata: “Sesungguhnya pandangan kamilah yang dikaburkan, bahkan kami adalah orang orang yang kena sihir”.

 

لَقالوا إِنَّما سُكِّرَت أَبصارُنا

tentulah mereka berkata: “Sesungguhnya pandangan kamilah yang dikaburkan,

Walaupun sedang naik ke langit, Allah beritahu yang mereka tetap tak percaya. Mereka kata mereka telah dikaburkan pandangan mata mereka. Ibnu Zaid mengatakan sehubungan dengan makna firman-Nya: pandangan kamilah yang dikaburkan. (Al-Hijr: 15) As-sakran ertinya orang yang tidak sedar akan akal sihatnya (iaitu mabuk).

 

بَل نَحنُ قَومٌ مَسحورونَ

bahkan kami adalah orang orang yang kena sihir”.

Mereka kata mereka kena sihir sahaja. Mereka nak kata yang mereka disihir itu sebab pandangan mereka kabur – nampak benda yang tidak berlaku.

Allah nak beritahu keadaan mereka itu. Mereka itu walaupun dah dapat Qur’an, masih lagi beri macam-macam alasan nak tolak. Allah kata kalau langit dibuka pun dan mereka dinaikkan ke langit, mereka tetap tak mahu percaya juga. Mereka tetap degil.

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya.


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

About tafsirsunnah

Blog mentafsir Quran berdasarkan fahaman Sunnah dan salafussoleh.
This entry was posted in Surah 015: al-Hijr. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s