Tafsir Surah Ibrahim Ayat 46 – 52 (Baju dari tembaga cair)

Ayat 46:

وَقَد مَكَروا مَكرَهُم وَعِندَ اللهِ مَكرُهُم وَإِن كانَ مَكرُهُم لِتَزولَ مِنهُ الجِبالُ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And they had planned their plan, but with Allāh is [recorded] their plan, even if their plan had been [sufficient] to do away with the mountains.¹

  • An alternative meaning is “…and their plan was not [sufficient] to do away with the mountains,” i.e., it had no effect against Allāh’s will.

(MELAYU)

Dan sesungguhnya mereka telah membuat rancangan yang besar padahal di sisi Allah-lah (balasan) rancangan mereka itu. Dan sesungguhnya rancangan mereka itu (amat besar) sehingga gunung-gunung dapat lenyap kerananya.

 

وَقَد مَكَروا مَكرَهُم

Dan sesungguhnya mereka telah membuat rancangan yang besar

Allah mengingatkan mereka yang dulu mereka dah buat rancangan untuk menghalang kebenaran.

 

وَعِندَ اللهِ مَكرُهُم

padahal di sisi Allah-lah (balasan) rancangan mereka itu.

Tapi Allah memiliki rancangan mereka itu. Maksudnya keputusan dan maklumat tentang rancangan mereka itu ada di sisi Allah. Allah tahu apa yang mereka rancangkan itu walaupun mereka buat dalam rahsia.

 

وَإِن كانَ مَكرُهُم لِتَزولَ مِنهُ الجِبالُ

Dan sesungguhnya rancangan mereka itu (amat besar) sehingga gunung-gunung dapat lenyap kerananya.

Sekali lagi digunakan kalimah yang diambil dari katadasar ز و ل yang bermaksud ‘musnah’. Rancangan mereka itu dikatakan sampai boleh melenyapkan gunung kerana rancangan mereka itu amat dahsyat. Mereka rancang nak bunuh Nabi.

Kalimah إِن dalam ayat ini digunakan dalam dua cara di sini: ‘walau’ atau ‘tidak’.

  • Kalau digunakan maksud ‘walau’, ayat ini menjadi maksud begini – mereka tidak akan berjaya ‘walaupun’ rancangan mereka itu hebat sampai dapat memusnahkan gunung. Kerana keputusan terjadi atau tidak rancangan mereka itu, terpulang kepada Allah
  • Kalau digunakan maksud ‘tidak’, rancangan mereka itu lemah, tidak boleh nak hancurkan gunung pun. Tidak akan berjaya. Kerana rancangan manusia itu lemah, nak hancurkan gunung pun tidak boleh, bagaimana pula mereka hendak menentang kehendak Allah?

Pendapat yang kedua sehubungan dengan tafsir ayat ini ialah apa yang diriwayatkan oleh Ali ibnu Abu Talhah, dari Ibnu Abbas, bahwa firman Allah Swt.: Dan sesungguhnya makar mereka itu (amat besar) sehingga gunung-gunung dapat lenyap kerananya. (Ibrahim: 46) Yang dimaksud dengan makar ialah kemusyrikan mereka, seperti pe­ngertian yang terkandung di dalam firman-Nya dalam ayat lainnya, yaitu:

تَكَادُ السَّمَاوَاتُ يَتَفَطَّرْنَ مِنْهُ

hampir-hampir langit pecah karena ucapan itu. (Maryam: 90), hingga akhir ayat.


 

Ayat 47: Ayat takhwif ukhrawi.

فَلا تَحسَبَنَّ اللهَ مُخلِفَ وَعدِهِ رُسُلَهُ ۗ إِنَّ اللهَ عَزيزٌ ذُو انتِقامٍ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

So never think that Allāh will fail in His promise to His messengers. Indeed, Allāh is Exalted in Might and Owner of Retribution.

(MELAYU)

Kerana itu janganlah sekali-kali kamu mengira Allah akan menyalahi janji-Nya kepada rasul-rasul-Nya; sesungguhnya Allah Maha Perkasa, lagi mempunyai pembalasan.

 

فَلا تَحسَبَنَّ اللهَ مُخلِفَ وَعدِهِ رُسُلَهُ

Maka janganlah sekali-kali kamu mengira Allah akan menyalahi janji-Nya kepada rasul-rasul-Nya;

Kalimah مُخلِفَ dari katadasar خ ل ف yang ada banyak makna (belakang dan khalifah juga dari kalimah ini). Tapi خلف dalam ayat ini bermaksud ‘mungkir janji’. Oleh itu, ayat ini bermaksud Allah tidak memungkiri janjiNya, tidak akan hampakan janjiNya kepada para Rasul untuk membantu mereka. Maksudnya, Allah akan menolong mereka dalam kehidupan di dunia dan pada hari semua saksi di tegakkan. Jangan sekali-kali kamu sangka begitu. Jangan ada sangkaan begitu. Kalau ada, buang cepat-cepat.

 

إِنَّ اللهَ عَزيزٌ ذُو انتِقامٍ

sesungguhnya Allah Maha Perkasa, lagi mempunyai pembalasan.

Allah maha berkuasa. Dia boleh melakukan apa sahaja. Tidak ada sesiapa yang dapat halang Allah untuk beri balasan yang setimpal kepada mereka yang menentang agama.

Allah ذُو انتِقامٍ boleh membalas dendam. Lihat bagaimana Allah kata Dia ذُو انتِقامٍ. Allah tidak kata Dia المنتقيم (membalas dendam). Ini beza kerana kalau al-muntaqim, Allah pasti akan balas dendam. Tapi Allah tidak begitu kerana ada yang Allah maafkan. Tapi Allah berithau yang dia ada kuasa untuk balas dendam, jadi berhati-hatilah.

Akan tetapi, kepada mereka yang telah buat rancangan jahat terhadap Nabi, mereka pasti akan diberi balasan.


 

Ayat 48:

يَومَ تُبَدَّلُ الأَرضُ غَيرَ الأَرضِ وَالسَّماواتُ ۖ وَبَرَزوا ِللهِ الواحِدِ القَهّارِ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

[It will be] on the Day the earth will be replaced by another earth, and the heavens [as well], and they [i.e., all creatures] will come out before Allāh, the One, the Prevailing,

(MELAYU)

(Yaitu) pada hari (ketika) bumi diganti dengan bumi yang lain dan (demikian pula) langit, dan mereka semuanya (di padang Mahsyar) berkumpul menghadap ke hadirat Allah yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.

 

يَومَ تُبَدَّلُ الأَرضُ غَيرَ الأَرضِ

(Yaitu) pada hari (ketika) bumi diganti dengan bumi yang lain

Mereka akan dibalas pada Hari Kebangkitan nanti. Iaitu apabila makhluk dihidupkan balik. Waktu itu mereka akan dihidupkan pada bumi yang lain. Bumi yang kita hidup sekarang akan ditukar dengan bumi yang lain. Bila kita bangkit nanti, kita sendiri akan perasan ini bukan bumi dulu ni.

Kalau kita perasan, selalunya apabila ayat Qur’an menyebut langit dan bumi, akan disebut langit dahulu, baru bumi. Tapi kali ini disebut bumi dulu sebab sekarang menceritakan berkenaan bumi yang ditukar. Oleh itu, susunan biasa pun ditukar.

 

وَالسَّماواتُ

dan langit-langit

Bukan sahaja bumi ditukar, tapi akan ditukar dengan langit lain juga. Langit pun tak sama juga. Ini kerana bumi dan langit yang ada sekarang akan dihancurkan. Allah akan buat langit dan bumi yang baru.

 

وَبَرَزوا ِللهِ الواحِدِ القَهّارِ

dan mereka semuanya menghadap ke hadirat Allah yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.

Kita semua akan dibawa mengadap Allah. Ini tidak dapat dikecualikan dan tidak dapat dielakkan. Maka mereka yang buat zalim terhadap Nabi akan diberi balasan yang setimpal.


 

Ayat 49:  Apakah keadaan mereka nanti semasa mereka dibawa mengadap Allah itu?

وَتَرَى المُجرِمينَ يَومَئِذٍ مُقَرَّنينَ فِي الأَصفادِ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And you will see the criminals that Day bound together in shackles,

(MELAYU)

Dan kamu akan melihat orang-orang yang berdosa pada hari itu diikat bersama-sama dengan belenggu.

 

Orang-orang berdosa pada hari itu akan diikat bersama. مُقَرَّنينَ dari kalimah ق ر ن yang bermaksud ‘dirantai bersama’ (kalau qarin, ia bermaksud jin yang sentiasa bersama dengan kita). Oleh itu, مُقَرَّنينَ bermaksud mereka diikat bersama. Ia adalah kalimah mubalaghah kerana ada syaddah padanya. Maksudnya dirantai beramai-ramai dengan satu rantai sahaja. Mereka akan ditambat dan dibawa bersama untuk dihumban ke dalam neraka. Kalau nak bayangkan, bayangkan macam hamba abdi yang diikat dengan rantai beramai-ramai. Begitulah cara hamba abdi dibawa dari satu tempat ke satu tempat. Kerana tidak mahu mereka lari. Apabila dirantai bersama, tidak ada sesiapa pun yang boleh lari.

الأَصفادِ bermaksud belenggu. Berkemungkinan besar, ianya adalah rantai besi.


 

Ayat 50:

سَرابيلُهُم مِن قَطِرانٍ وَتَغشىٰ وُجوهَهُمُ النّارُ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Their garments of liquid pitch and their faces covered by the Fire

(MELAYU)

Pakaian mereka adalah dari pelangkin (ter) dan muka mereka ditutup oleh api neraka,

 

سَرابيلُهُم مِن قَطِرانٍ

Pakaian mereka adalah dari tembaga cair

Kalimah سرابيل bermaksud pakaian. Ia boleh jadi pakaian atau baju besi. Ia bersifat memberi perlindungan. Sepatutnya pakaian menahan dari panas, bukan? Dan baju besi beri perlindungan dari tusukan senjata. Dan kalimah قَطِرانٍ tembaga cair. Pakaian biasa beri perlindungan tapi pakaian kepada mereka itu tidak beri perlindungan kerana pakaian pun dah panas. Kalau pakaian dari tembaga cair, itu bukan kebaikan tapi sebagai azab. Tentu ia amat panas dan apabila ia kena pada kulit, akan membakar kulit dan menyebabkan berasap.

 

وَتَغشىٰ وُجوهَهُمُ النّارُ

dan muka mereka ditutup oleh api neraka,

Kerana baju panas itu kena kulit, membakar kulit, maka asap keluar! Dan bila asap keluar, muka mereka ditutup dengan asap. Asap itu dari pakaian dan kulit mereka sendiri! Ma sha Allah… amat berat sekali. Begitulah balasan buat mereka.


 

Ayat 51: Kenapa Allah lakukan semua itu?

لِيَجزِيَ اللهُ كُلَّ نَفسٍ ما كَسَبَت ۚ إِنَّ اللهَ سَريعُ الحِسابِ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

So that Allāh will recompense every soul for what it earned. Indeed, Allāh is swift in account.

(MELAYU)

agar Allah memberi pembalasan kepada tiap-tiap orang terhadap apa yang ia usahakan. Sesungguhnya Allah Maha cepat hisab-Nya.

 

لِيَجزِيَ اللهُ كُلَّ نَفسٍ ما كَسَبَت

agar Allah memberi pembalasan kepada tiap-tiap orang terhadap apa yang ia usahakan. 

Allah akan balas dengan apa yang mereka layak dapat. Walaupun nampak berat sekali balasan yang dikenakan kepada mereka, itu adalah layak dan tepat untuk mereka. Allah tidak pernah zalim. Allah tidaklah beri azab yang lebih dari sepatutnya.

 

إِنَّ اللهَ سَريعُ الحِسابِ

Sesungguhnya Allah Maha cepat hisab-Nya.

Apabila Allah buat pengiraan hisab, ia cepat sahaja. Menunggu di Mahsyar yang lama, sampai keresahan yang amat besar sampaikan makhluk akan pergi dari satu Rasul ke Rasul yang lain untuk minta Allah percepatkan hisab. Dan apabila Mahkamah Pengadilan dimulakan, ia akan selesai dalam masa setengah hari sahaja.


 

Ayat 52: Ini adalah penutup surah ini.

هٰذا بَلاغٌ لِلنّاسِ وَلِيُنذَروا بِهِ وَلِيَعلَموا أَنَّما هُوَ إِلٰهٌ واحِدٌ وَلِيَذَّكَّرَ أُولُو الأَلبابِ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

This [Qur’ān] is notification for the people that they may be warned thereby and that they may know that He is but one God and that those of understanding will be reminded.

(MELAYU)

(Al Quran) ini adalah penjelasan yang sempurna bagi manusia, dan supaya mereka diberi peringatan dengan-Nya, dan supaya mereka mengetahui bahawasanya Dia adalah Tuhan Yang Maha Esa dan agar orang-orang yang berakal mengambil pelajaran.

 

هٰذا بَلاغٌ لِلنّاسِ

ini adalah penjelasan yang sempurna bagi manusia,

بَلاغٌ bermaksud sampai (macam baligh bermaksud sudah sampai umur seseorang yang dewasa). Dan kalimah balaghah bermaksud mesej yang boleh sampai ke hati. Untuk nasihat yang sampai ke hati, ia memerlukan cara komunikasi yang hebat. Dan itulah Qur’an; ia adalah cara komunikasi yang hebat. Qur’an menggunakan cara-cara yang efektif dalam menyampaikan pengajaran agama. Ia hebat kerana Allah kenal kita dan cara Allah sampaikan kepada kita tentulah dengan cara yang tepat.

Qur’an ini untuk disampaikan kepada manusia. Janji kita sampaikan sahaja. Kalau ada yang tidak faham, itu adalah kerana mereka degil sahaja.

 

وَلِيُنذَروا بِهِ

dan supaya mereka diberi peringatan dengan-Nya,

وَلِيُنذَروا dalam bentuk majhul. Supaya mereka diberi peringatan. Kena ingatkan mereka. Kerana kalau nak tunggu mereka datang minta ajaran, mereka tidak datang. Kita yang kena pergi kepada mereka dan ingatkan.

Dan peringatan itu kena diberikan dengan wahyu dari Allah. Maka kenalah kita ingatkan manusia kepada ayat-ayat Qur’an. Bacakan ayat-ayat Qur’an kepada mereka dan jelaskan apakah yang dimaksudkan dengan ayat itu. Maka kenalah belajar tafsir, baru boleh buat.

 

وَلِيَعلَموا أَنَّما هُوَ إِلٰهٌ واحِدٌ

dan supaya mereka mengetahui bahawasanya Dia adalah Tuhan Yang Maha Esa

Yang paling penting untuk diingatkan kepada manusia adalah tentang Allah. Allah memperkenalkan DiriNya dalam Qur’an dengan banyak sekali. Dan kita kena ambil perhatian kerana kalau nak kenal Allah, kenalah Allah sendiri yang kenalkan DiriNya, bukan?

Dan perkara peringatan yang paling penting tentang Allah adalah Allah sahaja ilah. Tidak ada ilah yang lain. Tidak ada sembahan kepada selain Allah; dan tidak ada seruan doa selain kepada Allah.

 

وَلِيَذَّكَّرَ أُولُو الأَلبابِ

dan agar orang-orang yang berakal mengambil pelajaran.

Tujuan kita adalah untuk sampaikan wahyu Allah. Samada mereka terima atau tidak, kita pun tidak pasti. Memang akan ada terima dan lagi ramai yang tidak akan terima. Tapi yang akan menerimanya dan ambil peringatan itu adalah mereka yang digelar oleh Allah sebagai: ‘ulul albab’. Mereka itu adalah orang yang memiliki akal fikiran yang sempurna. Mereka yang boleh gunakan akal mereka untuk mencari kebenaran. Kalau orang yang memang tidak mahu cari kebenaran, memang mereka tidak akan terima. Tapi ada dari kalangan manusia yang memang ada sifat ulul albab ini. Dan kerana itu apabila kita sampaikan ayat-ayat Allah yang jelas nyata itu, mereka boleh terima. Kerana ianya bersamaan dengan akal yang sihat.

Allahu a’lam. Sekian tafsir Surah Ibrahim ini. Sambung ke surah yang seterusnya, Surah al-Hijr.


Rujukan:

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

About tafsirsunnah

Blog mentafsir Quran berdasarkan fahaman Sunnah dan salafussoleh.
This entry was posted in Surah 014: Ibrahim. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s