Tafsir Surah Ibrahim Ayat 34 – 37 (Kehebatan doa)

Ayat 34:

وَآتاكُم مِن كُلِّ ما سَأَلتُموهُ ۚ وَإِن تَعُدّوا نِعمَتَ اللهِ لا تُحصوها ۗ إِنَّ الإِنسانَ لَظَلومٌ كَفّارٌ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And He gave you from all you asked of Him.¹ And if you should count the favor [i.e., blessings] of Allāh, you could not enumerate them. Indeed, mankind is [generally] most unjust and ungrateful.²

  • Something of what you asked and all of what you continually require, according to His wisdom.
  • i.e., disbelieving and denying of Allāh’s favor.

(MELAYU)

Dan Dia telah memberikan kepadamu (keperluanmu) dan segala apa yang kamu mohonkan kepadanya. Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, tidaklah dapat kamu menghitungnya. Sesungguhnya manusia itu, sangat zalim dan sangat mengingkari (nikmat Allah).

 

وَآتاكُم مِن كُلِّ ما سَأَلتُموهُ

Dan Dia telah memberikan kepadamu (keperluanmu) dan segala apa yang kamu mohonkan kepadanya.

Allah beri apa yang kita minta, yang sesuai untuk diberikan. سَأَل boleh bermaksud ‘minta’, dan boleh juga bermaksud ‘perlukan’. Maknanya, ada dua peringkat. Ada orang yang minta sesuatu dan Allah beri apa yang dia minta itu. Dan ada yang menuntut diperlukan (didambakan) oleh diri kita. Ini adalah kehendak yang mendesak – seperti oksigen, air dan sebagainya. Memang semua memerlukan pemberian dari Allah pun – oleh itu semua permintaan dan pemenuhan desakan adalah dari Allah.

Ini penting untuk difahami, kerana kalau kita kata سَأَل itu hanya bermaksud ‘minta’ sahaja, nanti boleh dihujah: orang kafir tak minta kepada Allah pun – mereka minta kepada tuhan mereka. Tapi sebenarnya walaupun mereka tidak minta pun, tapi diri mereka minta menuntut dari Allah juga. Maknanya, mereka tetap memerlukan.

 

وَإِن تَعُدّوا نِعمَتَ اللهِ لا تُحصوها

Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, tidaklah dapat kamu menghitungnya. 

Allah beritahu, kalau nak hitung segala nikmat yang diberikanNya, kamu tidak akan terhitung. Kalaulah boleh kira pun, kita tidak boleh nak faham kepentingan sesuatu perkara itu pun. Sebagai contoh, salah satu nikmat yang kita boleh sedar, kita boleh bercakap. Ini nampak macam biasa sahaja kerana ramai orang yang boleh bercakap. Tapi itu pun ada banyak perkara yang terlibat yang kita tidak perasan pun. Kelebihan yang ada dalam kebolehan bercakap itu pun dah hebat dah. Selalunya kita terus cakap sahaja, tapi kalau kita fikirkan, faham bahasa pun dah hebat dah. Kerana bukan senang sebenarnya nak faham bahasa dan lenggok bahasa orang, bukan? Jadi waktu bercakap itu, otak kita berpusing sentiasa, bukan? Itu pun kita tidak dapat faham secara keseluruhannya. Kerana satu nikmat itu juga melibatkan nikmat-nikmat yang lain.

 

إِنَّ الإِنسانَ لَظَلومٌ كَفّارٌ

Sesungguhnya manusia itu, sangat zalim dan sangat mengingkari 

Memang dah banyak sangat nikmat yang Allah berikan kepada kita, cuma insan ini, sifatnya لَظَلومٌ (sangat zalim) dan tidak menghargai nikmat (kufur nikmat). Mereka tak fikirkan pun nikmat yang mereka dah banyak dapat. Kalimah كَفّارٌ itu bermaksud ‘kufur berkali-kali’, kerana ada syaddah di dalamnya. Maknanya, bukan sekali atau sekali sekala sahaja mereka kufur, tapi banyak kali – selalu.


 

Ayat 35: Dalil naqli tafsili tentang Nabi Ibrahim. Sekarang kita akan mula belajar tentang seorang contoh yang baik. Allah sebutkan tentang kisah para Nabi lain dalam Qur’an kerana hendak memberitahu kepada manusia, bukan Nabi Muhammad yang mula bawa agama Islam ini. Sebelum Rasulullah beritahu tentang agama, Nabi Ibrahim pun dah mulakan.

Hanya kisah Nabi Ibrahim yang penting sahaja yang dimasukkan dalam Qur’an kerana Allah nak sampaikan perkara tertentu sahaja. Kita kena ingat yang Qur’an bukan buku sejarah, dan bukan buku hiburan; jadi tidak semua kisah disampaikan. Yang Allah pentingkan adalah untuk beri kefahaman dan mengajar tentang ketaatan kepada manusia. Jadi tidak disebut semua kisah Nabi Ibrahim a.s. Allah pilih-pilih mana perkara yang hendak disampaikan.

وَإِذ قالَ إِبراهيمُ رَبِّ اجعَل هٰذَا البَلَدَ آمِنًا وَاجنُبني وَبَنِيَّ أَن نَعبُدَ الأَصنامَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And [mention, O Muḥammad], when Abraham said, “My Lord, make this city [i.e., Makkah] secure and keep me and my sons away from worshipping idols.

(MELAYU)

Dan (ingatlah), ketika Ibrahim berkata: “Ya Tuhanku, jadikanlah negeri ini (Mekah), negeri yang aman, dan jauhkanlah aku beserta anak cucuku daripada menyembah berhala-berhala.

 

وَإِذ قالَ إِبراهيمُ رَبِّ اجعَل هٰذَا البَلَدَ آمِنًا

Dan (ingatlah), ketika Ibrahim berkata: “Ya Tuhanku, jadikanlah negeri ini (Mekah), negeri yang aman,

Allah menceritakan kembali doa Nabi Ibrahim yang telah disebutnya beribu tahun dahulu. Baginda berdoa supaya Allah jadikan Mekah itu satu tempat yang selamat. Baginda doa begini selepas Mekah menjadi bandar dah. Itu sebab dalam ayat ini, digunakan kalimah البَلَدَ. Baginda tinggalkan anak dan isterinya dan kemudian baginda datang kembali. Doa ini baginda sebut apabila Mekah sudah menjadi satu bandar. Dan Allah mengabulkan permintaannya, seperti yang disebutkan dalam ayat lain melalui firman-Nya:

{أَوَلَمْ يَرَوْا أَنَّا جَعَلْنَا حَرَمًا آمِنًا وَيُتَخَطَّفُ النَّاسُ مِنْ حَوْلِهِمْ}

Dan apakah mereka tidak memperhatikan, bahawa sesungguhnya Kami telah menjadikan (negeri mereka) tanah suci yang aman. (Al-Ankabut: 67), hingga akhir.

Pernah dulu baginda berdoa semasa bina Ka’bah, waktu itu tidak ada apa lagi di situ. Maka baginda minta diberikan buah-buahan (makanan) di situ. Ayat ini sekarang, terjadi apabila baginda datang kembali dan keperluan sudah ada di Mekah. Makanan sudah ada dah, jadi baginda doa meminta keselamatan pula. Kerana kalau makanan ada, tidak semestinya selamat. Baginda seorang yang bijak, jadi baginda tahu yang untuk satu-satu tempat itu jadi maju, memerlukan ekonomi dan keamanan. Kalau salah satunya tidak ada, maka tidak ramai yang akan duduk tinggal di situ.

{إِنَّ أَوَّلَ بَيْتٍ وُضِعَ لِلنَّاسِ لَلَّذِي بِبَكَّةَ مُبَارَكًا وَهُدًى لِلْعَالَمِينَ فِيهِ آيَاتٌ بَيِّنَاتٌ مَقَامُ إِبْرَاهِيمَ وَمَنْ دَخَلَهُ كَانَ آمِنًا}

Sesungguhnya rumah yang mula-mula di bangun untuk (tempat beribadat) manusia ialah Baitullah yang di Bakkah (Mekah) yang diberkahi dan menjadi petunjuk bagi semua manusia. Padanya terdapat tanda-tanda yang nyata, (di antaranya) maqam Ibrahim; barang siapa memasukinya (Baitullah itu), menjadi amanlah dia. (Ali Imran: 96-97)

 

وَاجنُبني وَبَنِيَّ أَن نَعبُدَ الأَصنامَ

dan jauhkanlah aku beserta anak cucuku daripada menyembah berhala-berhala.

Baginda berdoa kepada Allah supaya diri baginda dan anak keturunannya diselamatkan dari menyembah berhala. Setiap orang yang berdoa dianjurkan agar mendoakan dirinya sendiri, lalu buat kedua orang tuanya dan anak cucunya. Kalau kita naik kapal terbang, pramugari akan sebut kalau jatuh alat pernafasan, kena pakai sendiri dulu sebelum beri kepada orang lain, bukan?

Makna dari ayat ini, nak selamat dari syirik pun kena doa kepada Allah. Kerana untuk selamat dari buat syirik memerlukan hidayah dan taufik dari Allah, bukan dari kekuatan kita sahaja.

Kalimah yang merujuk kepada ‘berhala’ ada banyak jenis dalam Qur’an. Kerana berhala pun ada banyak jenis juga. Kalimah ini digunakan kalimah الأَصنامَ yang merujuk kepada jenis berhala yang dibuat dari emas, perak atau kayu yang dibuat cantuk untuk dijual. Kita boleh katakan, ini adalah jenis berhala yang datang dari industri pembuatan berhala. Baginda guna kalimah ini kerana baginda tahu sangat perkara ini kerana bapa dia dulu memang buat berhala jenis ini dan menjualnya. Maka baginda ada pengalaman dan baginda takut kalau benda ini terjadi lagi.

Maka baginda minta baginda dan anak cucunya dijauhkan dari menyembah dan  menyeru kepada selain Allah.


 

Ayat 36: Sambungan tentang berhala-berhala itu. Ini penting kerana semasa ayat ini diturunkan, musyrikin Mekah sedang menyembah berhala. Maka ayat ini tepat kepada mereka.

رَبِّ إِنَّهُنَّ أَضلَلنَ كَثيرًا مِنَ النّاسِ ۖ فَمَن تَبِعَني فَإِنَّهُ مِنّي ۖ وَمَن عَصاني فَإِنَّكَ غَفورٌ رَحيمٌ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

My Lord, indeed they have led astray many among the people. So whoever follows me – then he is of me;¹ and whoever disobeys me – indeed, You are [yet] Forgiving and Merciful.

  • i.e., of my religion.

(MELAYU)

Ya Tuhanku, sesungguhnya berhala-berhala itu telah menyesatkan kebanyakan daripada manusia, maka barangsiapa yang mengikutiku, maka sesungguhnya orang itu termasuk golonganku, dan barangsiapa yang mendurhakai aku, maka sesungguhnya Engkau, Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

 

رَبِّ إِنَّهُنَّ أَضلَلنَ كَثيرًا مِنَ النّاسِ

Ya Tuhanku, sesungguhnya berhala-berhala itu telah menyesatkan banyak daripada manusia, 

Nabi Ibrahim dah pernah tengok bagaimana berhala dibuat di rumahnya sendiri. Dan baginda nampak bahayanya berhala ini dan kerana itu baginda guna kalimah إِنَّهُنَّ sebagai penekanan. Berhala telah banyak menyesatkan ramai manusia.

Walaupun disebut berhala dalam ayat ini, tapi ia juga sebagai nasihat untuk kita juga. Walaupun mungkin ada yang kata, kita tidak sembah berhala pun. Tapi ia berkaitan juga sebenarnya kerana bukan patung itu yang disembah, tapi merujuk kepada roh-roh yang diseru. Patung itu sebagai tempat tawajjuh sahaja. Maka, kalau orang Islam kita sembah kubur seperti yang dilakukan oleh puak-puak Habib itu, termasuk jugalah dalam perkara ini.

 

فَمَن تَبِعَني فَإِنَّهُ مِنّي

maka barangsiapa yang mengikutiku, maka sesungguhnya orang itu termasuk golonganku,

Baginda kata, sesiapa yang ikut baginda, samada anak keturunannya atau sesiapa sahaja, maka mereka dikira dari kalangan baginda. Maknanya mereka dikira sebagai Muslim. Iaitu mereka yang ikut ajaran tauhid dan meninggalkan tauhid, maka mereka itu dikira sebagai pengikut Nabi Ibrahim. Masyarakat Arab berbangga kononnya mereka itu keturunan Nabi Ibrahim dan agama yang mereka amalkan itu adalah dari ajaran Nabi Ibrahim, tapi kalau ikut apa yang disebut oleh Nabi Ibrahim ini, musyrikin Mekah itu amat jauh dari ajaran Nabi Ibrahim. Maka, mereka tidak bolehlah nak mengaku ikut ajaran Nabi Ibrahim lagi.

 

وَمَن عَصاني فَإِنَّكَ غَفورٌ رَحيمٌ

dan barangsiapa yang mendurhakai aku, maka sesungguhnya Engkau, Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Dan kalau sesiapa yang derhaka tidak taat kepada ajaran baginda, Nabi Ibrahim memuji Allah sebagai yang Maha Pemaaf.

Kenapa baginda puji Allah begitu? Baginda tidak minta mereka diselamatkan dari diazab, tapi minta supaya Allah maafkan mereka. Baginda terus puji yang Allah maha pengampun. Maksudnya, supaya Allah menggunakan sifat keampunan baginda untuk beri ampun kepada mereka yang tidak taat.


 

Ayat 37: Sambungan dari doa baginda lagi.

رَبَّنا إِنّي أَسكَنتُ مِن ذُرِّيَّتي بِوادٍ غَيرِ ذي زَرعٍ عِندَ بَيتِكَ المُحَرَّمِ رَبَّنا لِيُقيمُوا الصَّلاةَ فَاجعَل أَفئِدَةً مِنَ النّاسِ تَهوي إِلَيهِم وَارزُقهُم مِنَ الثَّمَراتِ لَعَلَّهُم يَشكُرونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Our Lord, I have settled some of my descendants in an uncultivated valley near Your sacred House, our Lord, that they may establish prayer. So make hearts among the people incline toward them and provide for them from the fruits that they might be grateful.

(MELAYU)

Ya Tuhan kami, sesungguhnya aku telah menempatkan sebahagian keturunanku di lembah yang tidak mempunyai tanam-tanaman di dekat rumah Engkau (Baitullah) yang dihormati, ya Tuhan kami (yang demikian itu) agar mereka mendirikan solat, maka jadikanlah hati sebahagian manusia cenderung kepada mereka dan beri rezekilah mereka dari buah-buahan, mudah-mudahan mereka bersyukur.

 

رَبَّنا إِنّي أَسكَنتُ مِن ذُرِّيَّتي

Ya Tuhan kami, sesungguhnya aku telah menempatkan sebahagian keturunanku

Kali ini digunakan kalimah رَبَّنا (Tuhan kami), kerana baginda memasukkan ahli keluarga baginda dalam doa baginda. Baginda menceritakan bagaimana meninggalkan ahli keluarga baginda di Mekah itu. Ini menceritakan kembali sejarah asal Mekah kepada Musyrikin Mekah dan kita juga. Ia menceritakan pengorbanan yang dilakukan oleh baginda dan ahli keluarga baginda.

 

بِوادٍ غَيرِ ذي زَرعٍ عِندَ بَيتِكَ المُحَرَّمِ

di lembah yang tidak mempunyai tanam-tanaman di dekat rumah Engkau (Baitullah) yang dihormati,

Baginda telah meletakkan ahli keluarga baginda di Mekah yang tidak ada makanan waktu itu. Kerana lembah Mekah adalah gersang dan tidak ada tanaman yang hidup. Baginda nak beritahu yang baginda percaya dan yakin kepada Allah, yang setiap suruhan Allah ada hikmahnya. Maka baginda letak keluarga baginda di tempat yang tidak ada hidupan kerana itu adalah arahan Allah. Walaupun kalau ikut logik akal, tidak patut baginda letak isteri dan anaknya di situ, tapi kerana taat, baginda lakukan juga. Ini menunjukkan yang arahan Allah tidak semestinya kena bandingkan dengan akal kita. Kerana akal kita tidak dapat nak jelaskan kehendak dan kebijaksanaan Allah.

Baginda letak isterinya dan anak Ismail a.s. berdekatan dengan Tanah Haram. Waktu itu tidak ada Ka’bah lagi tapi masih ada lagi asasnya di situ. Begitulah kalau kita baca kisah baginda dan anaknya menaikkan Ka’bah dalam Surah Baqarah, baginda menaikkan Ka’bah itu asas, bukan?

 

رَبَّنا لِيُقيمُوا الصَّلاةَ

ya Tuhan kami (yang demikian itu) agar mereka mendirikan solat,

Tujuan mereka ditinggalkan di situ adalah untuk mendirikan solat, untuk beribadat. Kerana pahala beribadat di situ memang banyak. Kalau nak kira sebab kehidupan, tidak ada pun, tapi tujuan ia dilakukan adalah kerana nak buat ibadat.

 

فَاجعَل أَفئِدَةً مِنَ النّاسِ تَهوي إِلَيهِم

maka jadikanlah hati sebahagian manusia cenderung kepada mereka

Baginda berdoa supaya Allah jadikanlah hati manusia (أَفئِدَةً adalah bahagian hati yang beremosi, ada perasaan yang kuat) berkeinginan kuat kepada ahli keluarga baginda itu. Selalunya hawa digunakan untuk perasan yang hebat sangat sampai lupa diri sendiri. Memang selalunya digunakan dalam perkara yang tidak elok (ikut hawa nafsu). Tapi baginda gunakan untuk kebaikan kali ini. Kerana baginda berharap manusia sayang sangat dan berkeinginan sangat kepada Tanah Haram itu. Dan kita pun boleh lihat sampai sekarang manusia pergi ke Tanah Haram untuk melakukan ibadah haji dan umah, dan apabila mereka di sana, mereka akan lupa diri dan kekayaan dan pangkat mereka waktu itu.

Kalimah ‘hawa’ juga bermaksud ‘jatuh’, seperti ‘jatuh cinta’. Oleh itu, doa baginda ini adalah supaya manusia jadi begitu dengan Ka’bah. Dan begitulah kita dengan Ka’bah, bukan? Ingat tak perasaan anda bila pertama kali lihat Ka’bah di depan mata anda?

 

وَارزُقهُم مِنَ الثَّمَراتِ لَعَلَّهُم يَشكُرونَ

dan beri rezekilah mereka dari buah-buahan, mudah-mudahan mereka bersyukur.

Baginda berdoa supaya berikanlah makanan kepada mereka di situ. Dalam doa baginda di dalam Surah Baqarah, perkara paling awal sekali baginda minta adalah makanan. Tapi kali ini baginda minta juga, tapi letak di hujung. Kita telah jelaskan kerana ini adalah permintaan setelah Mekah menjadi tempat yang telah ramai orang.

Dan kenapa minta buahan (makanan)? Supaya manusia dapat bersyukur kepada Allah. Apabila manusia dapat kebaikan, inilah yang manusia kena lakukan. Tapi kita kena ingat yang syukur itu bukan dilafazkan di mulut sahaja, tapi kena ditunjukkan dengan ketaatan kepada hukum Allah.

Dan memang Allah makbulkan doa Nabi Ibrahim a.s. ini. Walaupun tempat itu tidak sesuai untuk diduduki dan tidak ada makanan, tapi boleh dapat. Allah jadikan itu semua semua kerana doa. Allah nak ajar kehebatan doa dalam ayat ini.

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya.


Rujukan:

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

About tafsirsunnah

Blog mentafsir Quran berdasarkan fahaman Sunnah dan salafussoleh.
This entry was posted in Surah 014: Ibrahim. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s