Tafsir Surah Ibrahim Ayat 1 – 5 (Risalah Kenabian)

Pengenalan:

Dakwa surah ini ada pada ayat 1. Dakwa surah ini adalah tentang Risalah – kerasulan. Seperti yang kita tahu, Dakwa surah-surah Qur’an terbahagian kepada 3: samada tentang Tauhid, tentang Risalah atau tentang Akhirah.

Maksud Risalah yang hendak disampaikan dalam surahi ni – tugas Nabi lah untuk mengeluarkan manusia dari syirik ke arah nur melalui perantaraan wahyu.

Dalam surah ini, Allah adakan peristiwa sebagai pengajaran untuk kita dan ada 6 kisah semuanya. 4 kisah tentang akhirat dan 2 lagi tentang dunia. Allah beri cerita kerana ada orang yang boleh berubah ke arah kebaikan dengan mendengar kisah-kisah. Ada orang yang kita beri hujah, mereka tidak terima, tapi apabila mereka baca kisah-kisah, hati mereka tersentuh dan mereka boleh terima. Ini adalah kerana kita sebagai manusia proses informasi dengan cara berbeza dan ada orang yang terkesan dengan cara lain dari orang lain.


 

Ayat 1: Ini adalah Dakwa surah ini iaitu berkaitan Risalah.

الر ۚ كِتابٌ أَنزَلناهُ إِلَيكَ لِتُخرِجَ النّاسَ مِنَ الظُّلُماتِ إِلَى النّورِ بِإِذنِ رَبِّهِم إِلىٰ صِراطِ العَزيزِ الحَميدِ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Ibrāheem: (The Prophet) Abraham.

Alif, Lām, Rā.¹ [This is] a Book which We have revealed to you, [O Muḥammad], that you might bring mankind out of darknesses into the light by permission of their Lord – to the path of the Exalted in Might, the Praiseworthy –

  • See footnote to 2:1.

(MELAYU)

Alif, laam raa. (Ini adalah) Kitab yang Kami turunkan kepadamu supaya kamu mengeluarkan manusia dari gelap gelita kepada cahaya terang benderang dengan izin Tuhan mereka, (yaitu) menuju jalan Tuhan Yang Maha Perkasa lagi Maha Terpuji.

 

الر

Alif, laam raa.

Ini adalah salah satu dari Huruf-huruf Muqat’ta’ah dan kita tidak tahu apakah maksudnya. Kerana tidak ada dalil dari Nabi dan para sahabat tentang maksud huruf-huruf ini. Kita cuma beriman yang ianya datang dari Allah dan sebahagian dari ayat Qur’an. Tentunya ia mempunyai makna yang hebat tapi kita sendiri tidak tahu.

 

كِتابٌ أَنزَلناهُ إِلَيكَ

Kitab yang Kami turunkan kepadamu

Yang dimaksudkan adalah Qur’an dan ia adalah sebuah kitab yang agung.

Allah juga hendak mengingatkan kita yang Dia lah yang menurunkan Qur’an kepada Nabi Muhammad. Maka hendaklah kita ambil perhatian dengan Qur’an ini dan jangan kita tidak tahu menahu tentangnya. Hendaklah kita belajar dan sampaikan kepada manusia lain kerana kepentingannya untuk memahami kehendak Allah dan apakah agama ini. Ramai orang belajar macam-macam kitab agama, tapi tafsir Qur’an mereka belum habis belajar lagi. Ini tidak patut sama sekali.

 

لِتُخرِجَ النّاسَ مِنَ الظُّلُماتِ إِلَى النّورِ

supaya kamu mengeluarkan manusia dari gelap gelita kepada cahaya

Apakah tujuan Allah turunkan Qur’an ini dan kenapa Nabi kena sampaikan kepada umat? Tujuannya adalah untuk mengeluarkan manusia dari kegelapan syirik kepada cahaya tauhid. Ini seperti yang diungkapkan oleh Allah Swt. dalam ayat lain melalui firman-Nya:

{اللَّهُ وَلِيُّ الَّذِينَ آمَنُوا يُخْرِجُهُمْ مِنَ الظُّلُمَاتِ إِلَى النُّورِ وَالَّذِينَ كَفَرُوا أَوْلِيَاؤُهُمُ الطَّاغُوتُ يُخْرِجُونَهُمْ مِنَ النُّورِ إِلَى الظُّلُمَاتِ}

Allah Pelindung orang-orang yang beriman; Dia mengeluarkan mereka dari kegelapan (kekafiran) kepada cahaya (iman). Dan orang-orang yang kafir, pelindung-pelindungnya ialah setan, yang mengeluarkan mereka dari cahaya kepada kegelapan (kekafiran). (Al-Baqarah: 257), hingga akhir ayat.

Dengan belajar Qur’an inilah kita akan dapat pemahaman tauhid kerana telah jelas Allah sebutkan tentang tauhid satu persatu dan diulang-ulang banyak kali dalam Qur’an ini. Sampaikan mereka yang telah belajar ayat-ayat dalam Qur’an, mereka telah lengkap fahaman mereka tentang tauhid. Tapi kenalah belajar tafsir Qur’an baru dapat faham. Kerana susah kalau nak faham sendiri.

Dan dalam Qur’an ini juga banyak lagi ayat-ayat lain selain tentang tauhid. Di dalam Qur’an inilah ada disebut pati-pati agama. Alangkah malang sekali manusia ini kalau tidak dapat memahami Qur’an ini. Kerana ianya adalah perkara yang amat penting dan kerana itu kita tekankan pembelajaran Qur’an ini hendaklah dijalankan di semua tempat. Belajarlah bersungguh-sungguh dan kemudian sampaikan kepada manusia yang lain. Dengan Qur’an inilah sahaja yang kita akan selamat.

{هُوَ الَّذِي يُنزلُ عَلَى عَبْدِهِ آيَاتٍ بَيِّنَاتٍ لِيُخْرِجَكُمْ مِنَ الظُّلُمَاتِ إِلَى النُّورِ}

Dialah yang menurunkan kepada hamba-Nya ayat-ayat yang terang (Al-Qur’an) supaya Dia mengeluarkan kalian dari kegelapan kepada cahaya. (Al-Hadid: 9)

 

بِإِذنِ رَبِّهِم

dengan izin Tuhan mereka, 

Nabi diberi dengan wahyu ini untuk mengeluarkan manusia dari kegelapan. Akan tetapi tentu baginda tidak dapat melakukannya sendiri; ianya hanya dapat dilakukan hanya dengan izin Allah – بِإِذنِ رَبِّهِم. Maknanya faham dan terima tauhid, mesti juga dengan taufik Tuhan. Nabi Muhammad hanya boleh ikhtiar dan sampaikan sahaja, tapi hanya yang Allah izinkan sahaja yang boleh keluar.

Begitu jugalah, kita sebagai pendakwah hanya boeh sampaikan sahaja. Samada manusia terima atau tidak, terpulang kepada Allah. Kalau mereka ada keinginan dan sanggup buka hati mereka untuk faham agama, hendak mencari kebenaran, Allah akan buka hati mereka untuk faham.

 

إِلىٰ صِراطِ العَزيزِ الحَميدِ

menuju jalan Tuhan Yang Maha Perkasa lagi Maha Terpuji.

Ini adalah badal (penjelasan) yang pertama. Yang dimaksudkan dengan ‘nur’ adalah ‘jalan’. Iaitu kita kena ikut jalan yang Allah telah adakan. Ianya adalah jalan yang lurus seperti yang disebut dalam Surah Fatihah dan yang selalu kita minta dari Allah. Maka untuk tahu dan ikut jalan Allah, jalan yang lurus, maka hendaklah kita belajar wahyu Allah ini dan kita belajar sunnah Nabi Muhammad SAW.

Allah adalah al-Aziz – Maha Gagah Perkara. Allah boleh buat apa sahaja yang Dia kehendaki dan tidak ada sesiapa yang dapat mengalahkanNya.

Allah juga adalah al-Hameed – Maha Terpuji. Ini adalah kerana Sifat-sifat kesempurnaanNya yang tidak dimiliki oleh mana-mana makhluk pun. Allah Maha Terpuji dalam semua perbuatan, perkataan, syariat, perintah, dan larangan-Nya; lagi Maha benar dalam berita-Nya.


 

Ayat 2: Dalil aqli yang pertama.

اللهِ الَّذي لَهُ ما فِي السَّماواتِ وَما فِي الأَرضِ ۗ وَوَيلٌ لِلكافِرينَ مِن عَذابٍ شَديدٍ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Allāh, to whom belongs whatever is in the heavens and whatever is on the earth. And woe [i.e., destruction] to the disbelievers from a severe punishment –

(MELAYU)

Allah-lah yang memiliki segala apa yang di langit dan di bumi. Dan kecelakaanlah bagi orang-orang kafir kerana siksaan yang sangat pedih,

 

اللهِ الَّذي لَهُ ما فِي السَّماواتِ وَما فِي الأَرضِ

Allah-lah yang memiliki segala apa yang di langit dan di bumi.

Kalimah اللهِ dalam ayat ini adalah dalam bacaan jar kerana mengikuti sifat Allah dalam ayat sebelumnya, iaitu lafaz Al-Hamid. Dalam ayat sebelum ini telah dikatakan kita kena ikut jalan العَزيزِ الحَميدِ. Siapakah yang dimaksudkan? Itulah Allah. Jadi ayat ini adalah athaf bayan dari ayat sebelum ini. Iaitu Allah memberitahu yang Dia itu Maha Gagah Perkara untuk melakukan apa sahaja. Dan Allah juga memiliki langit dan bumi.

 

وَوَيلٌ لِلكافِرينَ مِن عَذابٍ شَديدٍ

Dan kecelakaanlah bagi orang-orang kafir kerana siksaan yang sangat pedih,

Ini adalah takhwif ukhrawi. Orang kafir adalah mereka yang menutup kebenaran – setelah mereka tahu apakah kebenaran itu. Kepada mereka, kecelakaan yang besar. Kecelakaan ini adalah bagi golongan yang engkar, tidak mahu menerima kebenaran.


 

Ayat 3: Ini disebut sifat orang kafir. Pertama mereka cinta dunia dan kedua, mereka pun akan halang orang lain dari kebenaran.

الَّذينَ يَستَحِبّونَ الحَياةَ الدُّنيا عَلَى الآخِرَةِ وَيَصُدّونَ عَن سَبيلِ اللهِ وَيَبغونَها عِوَجًا ۚ أُولٰئِكَ في ضَلالٍ بَعيدٍ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

The ones who prefer the worldly life over the Hereafter and avert [people] from the way of Allāh, seeking to make it [seem] deviant. Those are in extreme error.

(MELAYU)

(yaitu) orang-orang yang lebih menyukai kehidupan dunia dari pada kehidupan akhirat, dan menghalang-halangi (manusia) dari jalan Allah dan menginginkan agar jalan Allah itu bengkok. Mereka itu berada dalam kesesatan yang jauh.

 

الَّذينَ يَستَحِبّونَ الحَياةَ الدُّنيا عَلَى الآخِرَةِ

orang-orang yang lebih menyukai kehidupan dunia dari pada kehidupan akhirat,

Sekarang Allah beri penjelasan siapakah yang kufar. Mereka itu lebih suka kehidupan dan kesenangan dunia dari kelebihan di akhirat. Oleh kerana itu mereka jadi kafir. Oleh itu, kalau kita pun lebihkan dunia ini dari akhirat, jadi kita pun ada sifat mereka juga dan ini tidak patut ada dan amat bahaya. Amat bahaya kalau kita mengaku Islam, nama pun Islam, tapi kita ada sifat-sifat mereka. Dan amat bahaya kerana perkara ini adalah dalam hati kita dan kita kena periksa dan tanya diri kita sendiri. Kalau kita ada perasaan dan kecenderungan begitu, maka itu sudah satu masalah dan kita kena ubah diri kita.

Oleh itu, pengetahuan ini pertamanya untuk diri kita, untuk kita periksa diri kita; bukannya untuk kita gunakan nak labelkan orang lain. Maka jangan kita senang-senang nak kata orang lain ‘kafir’ atau tidak.

 

وَيَصُدّونَ عَن سَبيلِ اللهِ

dan menghalang-halangi (manusia) dari jalan Allah

Dan ini pula adalah sifat kedua mereka. Mereka bukan sahaja tidak mahu ikut agama, tapi mereka mahu orang lain pun tak ikut juga. Mereka halang orang lain dari kebenaran, dengan cara mereka akan cakap macam-macam perkara yang menyebabkan orang lain jadi keliru tentang agama. Mereka dengki kalau orang lain mahu kepada agama, kerana kalau begitu, akan jelaslah yang mereka lain dari orang lain.

Maka mereka akan ajak orang lain pun jadi macam mereka, supaya mereka tidaklah pelik kalau dibandingkan dengan orang lain. Kalau semua masyarakat rosak macam mereka, senanglah mereka nak hidup dalam masyarakat itu. Tapi bayangkan kalau masyarakat baik dan ikut agama, tapi mereka tidak ikut agama, tentu mereka akan rasa canggung, bukan?

 

وَيَبغونَها عِوَجًا

dan menginginkan agar jalan Allah itu bengkok.

Mereka cari perkara-perkara yang memusykilkan tentang agama dan mereka ceritakan kepada orang lain. Mereka pilih satu-satu topik yang boleh menyebabkan orang lain rasa tidak selesa dengan agama Islam ini. Sebagai contoh, mereka serang Hukum Hudud dan mereka kata yang agama Islam ini tidak benar kerana bagaimana boleh potong tangan orang lain? Mereka gunakan hujah dari akal mereka supaya orang yang lemah akal fikiran pun jadi keliru dan terikut-ikut dengan cara mereka.

 

أُولٰئِكَ في ضَلالٍ بَعيدٍ

Mereka itu berada dalam kesesatan yang jauh.

Mereka yang bersifat seperti itu adalah mereka yang jauh dari kebenaran. Apabila dah jalan jauh sangat, tentu susah nak kembali ke pangkal jalan, bukan? Mereka itu susah untuk dibentuk lagi. Dan kalau Allah buat keputusan untuk tutup terus hati mereka (khatmul qalbi), mereka tidak akan ada peluang lagi untuk kembali.


 

Ayat 4: Ayat mithal (perumpamaan) secara ijmali (umum). Allah beri mithal Rasul-rasul yang terdahulu (tanpa disebut nama mereka).

وَما أَرسَلنا مِن رَسولٍ إِلّا بِلِسانِ قَومِهِ لِيُبَيِّنَ لَهُم ۖ فَيُضِلُّ اللهُ مَن يَشاءُ وَيَهدي مَن يَشاءُ ۚ وَهُوَ العَزيزُ الحَكيمُ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And We did not send any messenger except [speaking] in the language of his people to state clearly for them, and Allāh sends astray [thereby] whom He wills¹ and guides whom He wills. And He is the Exalted in Might, the Wise.

  • i.e., those who refuse His guidance.

(MELAYU)

Kami tidak mengutus seorang rasulpun, melainkan dengan bahasa kaumnya, supaya ia dapat memberi penjelasan dengan terang kepada mereka. Maka Allah menyesatkan siapa yang Dia kehendaki, dan memberi petunjuk kepada siapa yang Dia kehendaki. Dan Dialah Tuhan Yang Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana.

 

وَما أَرسَلنا مِن رَسولٍ إِلّا بِلِسانِ قَومِهِ

Kami tidak mengutus seorang rasulpun, melainkan dengan bahasa kaumnya,

Seperti yang kita telah tahu, Allah telah turunkan ramai Nabi dan Rasul kepada umat-umat manusia. Nabi Muhammad bukanlah Rasul yang pertama. Dan apabila Allah berikan Rasul kepada umat itu, Allah bangkit Rasul itu dari kalangan mereka, yang bercakap bahasa mereka. Jadi untuk bangsa Arab, maka dibangkitkan Rasulullah yang berbahasa Arab.

Maka setiap Nabi khusus menyampaikan risalahnya hanya kepada umatnya saja, bukan umat yang lainnya. Tetapi Nabi Muhammad mempunyai keistimewaan dengan keumuman risalahnya yang mencakup semua manusia. Di dalam kitab Sahihain disebutkan sebuah hadis melalui Jabir yang mengatakan bahawa Rasulullah Saw. pernah bersabda:

“أُعْطِيتُ خَمْسًا لَمْ يُعطَهُن أَحَدٌ مِنَ الْأَنْبِيَاءِ قَبْلِي: نُصِرْتُ بِالرُّعْبِ مَسِيرَةَ شَهْرٍ، وَجُعِلَتْ لِي الْأَرْضُ مَسْجِدًا وطَهُورًا، وأحلَّت لِيَ الْغَنَائِمُ وَلَمْ تُحَلَّ لِأَحَدٍ قَبْلِي، وَأُعْطِيتُ الشَّفَاعَةَ، وَكَانَ النَّبِيُّ يُبْعَثُ إِلَى قَوْمِهِ، وَبُعِثْتُ إِلَى النَّاسِ عَامَّةً”

Aku dianugerahi lima perkara yang belum pernah diberikan kepada seorang pun dari kalangan para nabi sebelumku, iaitu aku diberi pertolongan melalui rasa gentar yang mencekam (musuh) sejauh perjalanan satu bulan; bumi ini dijadikan bagiku masjid lagi menyucikan; ghanimah (rampasan perang) dihalalkan bagiku, padahal ghanimah belum pernah dihalalkan bagi seorang pun sebelumku; aku dianugerahi syafaat; dan dahulu nabi diutus hanya khusus kepada kaumnya, sedangkan aku diutus untuk seluruh umat manusia

 

لِيُبَيِّنَ لَهُم

supaya ia dapat memberi penjelasan dengan terang kepada mereka.

Dibangkitkan Rasul yang tahu bahasa kaumnya dengan supaya mereka dapat menjelaskan agama kepada kaum mereka. Kenalah mereka baca wahyu yang sesuai dengan bahasa mereka, menggunakan bahasa yang mudah difahami. Kerana kalau guna bahasa lain, nanti mereka tidak faham pula, dan kalau tidak faham, nanti jadi alasan pula untuk mereka tidak ikut (“macam mana kami nak ikut, kami tak faham pun apa dia cakap?”).

Mungkin timbul persoalan: kenapa wahyu untuk kita bahasa Arab juga (bukan bahasa Melayu?) Kita kena faham, kita diberikan dengan wahyu dalam bahasa Arab walaupun kita berbahasa Melayu, kerana kita masih boleh faham lagi Qur’an itu dengan terjemahan. Lihatlah sekarang kita baca tentang Qur’an pun dah boleh faham walaupun ramai antara anda yang tidak tahu bahasa Arab pun. Ini adalah kerana bahasa Arab itu boleh diterjemahkan dan boleh dijelaskan kepada orang yang tidak tahu bahasa Arab.

Tapi memang lebih eloklah kalau dapat belajar bahasa Arab. Tapi walaupun kita tidak tahu bahasa Arab sangat, tapi kita sama faham sahaja dengan orang Arab setelah  diterjemahkan dan ditafsirkan. Begitulah, kalau kita belajar, kita mungkin akan jadi lebih faham dari orang Arab yang tidak belajar. Ini adalah kelebihan yang Allah letakkan pada bahasa Arab. Kerana ianya adalah bahasa yang kaya dan boleh menceritakan sesuatu perkara dengan mendalam walaupun dengan perkataan yang ringkas.

 

فَيُضِلُّ اللهُ مَن يَشاءُ وَيَهدي مَن يَشاءُ

Maka Allah menyesatkan siapa yang Dia kehendaki, dan memberi petunjuk kepada siapa yang Dia kehendaki.

Walaupun bahasa telah jelas, penerangan tentang wahyu telah diberikan, tapi masih ada juga yang tidak mahu terima dan pilih untuk jadi sesat juga. Allah sesatkan sesiapa yang Dia mahu, kerana orang itu juga yang mahu sesat. Mereka jadi sesat kerana mereka degil untuk terima kebenaran. Kerana untuk dapat keimanan dan kefahaman, kena ada kehendak dalam diri itu dulu, baru boleh terima. Kalau degil tak mahu diajar, tentu tidak akan dapat. Walaupun kalau mereka tahu bahasa Arab (seperti Musyrikin Mekah itu) dan walaupun mereka faham Qur’an setelah diajar. Tidak mahu nak ikut itu adalah kerana degil.

Makna penting yang kita kena faham adalah: Allah tidak buat keputusan untuk menyesatkan manusia dari awal lagi – sebaliknya keputusan itu dibuat setelah mereka tetap menolak segala jenis peluang untuk beriman setelah disampaikan dengan segala hujah dan dalil.

Dan Allah akan beri hidayah kepada mereka yang mahu menerima kebenaran. Iaitu mereka yang membuka hati mereka untuk menerima kebenaran. Mereka sanggup menerima kebenaran walaupun ianya perkara baru untuk mereka. Walaupun selama ini mereka di dalam kesesatan tapi hati nurani mereka mahu mencari kebenaran. Kepada mereka itu, Allah akan tarik mereka kepada hidayah. Maknanya, yang penting adalah kena ada keinginan. Dan jangan sombong untuk terima kebenaran.

 

وَهُوَ العَزيزُ الحَكيمُ

Dan Dialah Tuhan Yang Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana.

Allah Maha Berkuasa untuk buat keputusan apa sahaja. Kita sebagai hambalah yang kena ikut kehendak Allah.

Tapi Allah tidak memerintah dengan ganas atau semborono kerana Allah al-Hakeem. Allah memerintah dan juga membuat hukum dengan penuh bijaksana.

Allah Maha bijaksana dalam semua perbuatan-Nya. Maka Dia menyesatkan orang yang berhak disesatkan, dan memberi petunjuk kepada orang yang layak mendapat petunjuk.


 

Ayat 5: Ayat mithal tafsili. Allah beri contoh dengan sebut nama Nabi. Sekarang disebut tentang Nabi Musa a.s.

وَلَقَد أَرسَلنا موسىٰ بِآياتِنا أَن أَخرِج قَومَكَ مِنَ الظُّلُماتِ إِلَى النّورِ وَذَكِّرهُم بِأَيّامِ اللهِ ۚ إِنَّ في ذٰلِكَ لَآياتٍ لِكُلِّ صَبّارٍ شَكورٍ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And We certainly sent Moses with Our signs, [saying], “Bring out your people from darknesses into the light and remind them of the days¹ of Allāh.” Indeed in that are signs for everyone patient and grateful.

  • Days of blessings bestowed upon the Children of Israel. Also interpreted as days of punishment and destruction of the former nations.

(MELAYU)

Dan sesungguhnya Kami telah mengutus Musa dengan membawa ayat-ayat Kami, (dan Kami perintahkan kepadanya): “Keluarkanlah kaummu dari gelap gulita kepada cahaya terang benderang dan ingatkanlah mereka kepada hari-hari Allah”. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi setiap orang penyabar dan banyak bersyukur.

 

وَلَقَد أَرسَلنا موسىٰ بِآياتِنا

Dan sesungguhnya Kami telah mengutus Musa dengan membawa ayat-ayat Kami,

Allah sekarang menarik perhatian kita kepada Nabi Musa a.s. Banyak kali kisah baginda disebut dalam Qur’an kerana perjuangan baginda ada banyak persamaan dengan perjuangan Nabi Muhammad SAW. Oleh itu ada banyak pengajaran yang kita boleh ambil dari kisah Nabi Musa ini.

Sebagaimana Nabi Muhammad menjadi Rasul, begitu juga dengan Nabi Musa a.s. Baginda diutuskan kepada Bani Israiil dan baginda tidak datang dakwah kepada mereka dengan tangan kosong. Baginda datang dengan bawa tanda: samada dalam bentuk wahyu dan juga dalam bentuk mukjizat.

 

أَن أَخرِج قَومَكَ مِنَ الظُّلُماتِ إِلَى النّورِ

“Keluarkanlah kaummu dari gelap gulita kepada cahaya terang benderang

Ini adalah arahan kepada Nabi Musa: Nabi Musa juga disuruh untuk mengeluarkan kaumnya dari kegelapan syirik ke cahaya tauhid. Ini sama dengan apa yang dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW.

 

وَذَكِّرهُم بِأَيّامِ اللهِ

dan ingatkanlah mereka kepada hari-hari Allah”.

Dan baginda disuruh untuk ingatkan Bani Israil tentang azab-azab yang Allah telah berikan kepada kaum terdahulu yang engkar. Itulah adalah peristiwa-peristiwa yang telah terjadi di masa lalu. Kaum yang engkar dengan wahyu dan Nabi-nabi mereka telah dimusnahkan oleh Allah, maka mereka pun kenalah beringat. Diceritakan tentang mereka yang dimusnahkan dahulu, mudah mudahan hati mereka jadi takut dan mahu ikut kebenaran. Ini adalah cara ‘fear motivation’ – mengubah orang dengan menakutkan mereka. Atau dalam istilah kita disebut takhwif duniawi. Banyak ayat-ayat dalam Qur’an yang sebegini kerana ada orang yang hanya mahu ikut apabila ditakutkan dengan azab dan musibah. Ada pula yang boleh ikut kalau diberikan berita-berita nikmat. Jadi Allah mengajak kepada kebenaran dengan berbagai cara.

 

إِنَّ في ذٰلِكَ لَآياتٍ لِكُلِّ صَبّارٍ شَكورٍ

Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi setiap orang penyabar dan banyak bersyukur.

Apa yang dibawa oleh Nabi Musa itu adalah tanda-tanda yang sepatutnya menjadi panduan kepada orang yang penyabar dan bersyukur. Orang yang boleh ikut para Nabi adalah mereka yang sabar dan bersyukur sahaja.

Dua sifat ini penting kerana mereka akan kena berdakwah dan dakwah memerlukan sabar. Dan semasa sabar itu, kena juga bersyukur kepada Allah kerana Allah pilih mereka sebagai pendakwah kepada jalan Allah.

Syukur itu bukan sahaja dilafazkan dengan mulut sahaja (sebut alhamdulillah, alhamdulillah) tapi syukur itu bermaksud ikut dan taat kepada hukum Allah.

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya.


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

About tafsirsunnah

Blog mentafsir Quran berdasarkan fahaman Sunnah dan salafussoleh.
This entry was posted in Surah 014: Ibrahim. Bookmark the permalink.

2 Responses to Tafsir Surah Ibrahim Ayat 1 – 5 (Risalah Kenabian)

  1. mohd rusli ismail says:

    Assalamualaikum
    Adakah nota tafsir ini daripada susunan Maulana Hadi pondok Lakloh? Gaya bahasanya sama dengan yang saya dengar di Madrasah Darul Ulum Lakloh. Hari ini saya tak hadir maka saya cuba cari internet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s