Tafsir Surah ar-Ra’d Ayat 35 – 37 (Jangan ikut ahli kitab)

Ayat 35: Ayat tabshir. Ayat sebelum ini tentang orang yang engkar yang akan dimasukkan ke dalam neraka. Tapi kepada orang yang bertaqwa, Allah akan masukkan ke dalam syurga.

۞ مَثَلُ الجَنَّةِ الَّتي وُعِدَ المُتَّقونَ ۖ تَجري مِن تَحتِهَا الأَنهارُ ۖ أُكُلُها دائِمٌ وَظِلُّها ۚ تِلكَ عُقبَى الَّذينَ اتَّقَوا ۖ وَعُقبَى الكافِرينَ النّارُ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

The example [i.e., description] of Paradise, which the righteous have been promised, is [that] beneath it rivers flow. Its fruit is lasting, and its shade. That is the consequence for the righteous, and the consequence for the disbelievers is the Fire.

(MALAY)

Perumpamaan syurga yang dijanjikan kepada orang-orang yang takwa ialah (seperti taman); mengalir sungai-sungai di dalamnya; buahnya tak henti-henti sedang naungannya (demikian pula). Itulah tempat kesudahan bagi orang-orang yang bertakwa, sedang tempat kesudahan bagi orang-orang kafir ialah neraka.

 

مَثَلُ الجَنَّةِ الَّتي وُعِدَ المُتَّقونَ

Perumpamaan syurga yang dijanjikan kepada orang-orang yang takwa

Allah memberi contoh misal syurga itu. Allah jelaskan dalam bentuk grafik supaya kita boleh gunakan imaginasi untuk memikirkannya. Oleh itu cubalah bayangkan. Tapi apa sahaja yang dibayangkan itu, syurga itu lebih lagi. Tapi untuk menaikkan semangat kita, bolehlah cuba bayangkan. Kerana Allah sebut dalam wahyuNya ini pun untuk kita bayangkan.

 

تَجري مِن تَحتِهَا الأَنهارُ

ialah (seperti taman); mengalir sungai-sungai di bawahnya;

Syurga itu adalah taman yang indah. Tapi bukan ada pokok-pokok sahaja, tapi ada anak-anak sungai. Sungai-sungai itu mengalir di dalam syurga itu. Ini amat indah sekali. Tambahan pula kepada bangsa Arab waktu itu yang jarang dapat lihat sungai kerana tempat mereka padang pasir sahaja dan tidak ada sungai. Jadi ini sangat menarik perhatian mereka.

 

أُكُلُها دائِمٌ وَظِلُّها

buahnya tak henti-henti sedang naungannya (demikian pula). 

Allah juga sebut tentang buah-buahan walaupun ada makanan yang lain juga. Ini adalah kerana bangsa Arab amat suka buah kerana mereka tidak ada pokok buah-buahan yang banyak di tempat mereka. Jadi Allah beritahu kehebatan buah-buahan di syurga, dimana buahnya berterusan tidak bermusim, tidak perlu tunggu musim baru boleh makan. Dan buah itu akan kekal elok, tidak akan jadi teruk. Atau ia bermaksud, rasa sedapnya kekal. Kerana kadangkala di dunia, buah yang kita beli dan tanam tidak semestinya sedap semuanya.

Tentunya buah di syurga itu tidak sama dengan buah di dunia. Di dalam kitab Sahihain disebutkan hadis Ibnu Abbas tentang salat gerhana matahari, yang di dalamnya antara lain disebutkan bahawa:

قَالُوا: يَا رَسُولَ اللَّهِ، رَأَيْنَاكَ تَنَاوَلْتَ شَيْئًا فِي مَقَامِكَ هَذَا، ثُمَّ رَأَيْنَاكَ تَكعْكعت فَقَالَ: “إِنِّي رَأَيْتُ الْجَنَّةَ -أَوْ: أُرِيتُ الْجَنَّةَ -فَتَنَاوَلْتُ مِنْهَا عُنْقُودًا، وَلَوْ أَخَذْتُهُ لَأَكَلْتُمْ مِنْهُ مَا بَقِيَتِ الدُّنْيَا”.

mereka (para sahabat) bertanya, “Wahai Rasulullah, kami melihat engkau meraih sesuatu dari tempatmu itu, kemudian kami lihat engkau mundur.” Maka Rasulullah Saw. menjawab: Sesungguhnya aku melihat syurga — atau aku dilihatkan dengan syurga— lalu aku berniat memetik setangkai anggur darinya. Seandainya aku benar-benar memetiknya, niscaya kalian akan makan sebahagian darinya selama dunia ini masih ada.

Dan Allah sebut tentang teduhan di syurga itu. Ini adalah kerana bangsa Arab panas terik sahaja sepanjang masa. Pokok untuk dijadikan teduhan pun tidak banyak. Maka Allah sebut tentang suasana nyaman di syurga yang sentiasa ada teduhan. Keadaan di syurga  amat nyaman sekali. Tiada langsung kepanasan kerana tidak ada matahari pun di sana. Dan keadaan sentiasa siang sahaja tidak ada malam-malam kerana badan kita tidak penat dan tidak perlu rehat di malam hari.

Di dalam kitab Sahihain telah disebutkan sebuah hadis melalui berbagai jalur, bahawa Rasulullah Saw. pernah bersabda:

“إِنَّ فِي الْجَنَّةِ شَجَرَةً، يَسِيرُ الرَّاكِبُ الْمُجِدُّ الْجَوَادَ الْمُضَمَّرَ السَّرِيعَ فِي ظِلِّهَا مِائَةَ عَامٍ لَا يَقْطَعُهَا”، ثُمَّ قَرَأَ: {وَظِلٍّ مَمْدُودٍ}

Sesungguhnya di dalam syurga terdapat sebuah pohon, seorang pengendara yang memacu kudanya dengan cepat di bawah naungannya selama seratus tahun (tanpa berhenti) masih belum melampauinya. Kemudian Rasulullah Saw. membacakan firman-Nya: dan naungan yang terbentang luas. (Al-Waqi’ah: 30)

 

تِلكَ عُقبَى الَّذينَ اتَّقَوا

Itulah tempat kesudahan bagi orang-orang yang bertakwa, 

Allah ceritakan dalam ayat ini dan banyak dalam ayat-ayat lain sebagai motivasi kepada kita. Kalau kita sanggup beriman dan istiqamah dalam iman itu, maka syurga itulah tempat kekal kita.

 

وَعُقبَى الكافِرينَ النّارُ

sedang tempat kesudahan bagi orang-orang kafir ialah neraka.

Ini adalah takhwif ukhrawi. Untuk mereka yang kufur, tempat kekal mereka adalah neraka. Tidak cakap panjang pun kerana ayat ini sebagai motivasi ke syurga. Tapi Allah memang selalu iringkan, kalau sebut syurga maka Allah akan sebut tentang neraka. Kerana ada yang kita kena kejar dan ada yang kita kena usaha untuk elakkan.


 

Ayat 36: Dalil naqli dari golongan ahli kitab. Ahli Kitab pun ada yang beriman, maka jangan berat hatilah untuk beriman dengan apa yang disampaikan oleh Nabi Muhammad SAW itu.

وَالَّذينَ آتَيناهُمُ الكِتابَ يَفرَحونَ بِما أُنزِلَ إِلَيكَ ۖ وَمِنَ الأَحزابِ مَن يُنكِرُ بَعضَهُ ۚ قُل إِنَّما أُمِرتُ أَن أَعبُدَ اللهَ وَلا أُشرِكَ بِهِ ۚ إِلَيهِ أَدعو وَإِلَيهِ مَآبِ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And [the believers among] those to whom We have given the [previous] Scripture rejoice at what has been revealed to you, [O Muḥammad], but among the [opposing] factions are those who deny part of it [i.e., the Qur’ān]. Say, “I have only been commanded to worship Allāh and not associate [anything] with Him. To Him I invite, and to Him is my return.”

(MALAY)

Orang-orang yang telah Kami berikan kitab kepada mereka bergembira dengan kitab yang diturunkan kepadamu, dan di antara golongan-golongan (Yahudi dan Nasrani) yang bersekutu, ada yang mengingkari sebahagiannya. Katakanlah “Sesungguhnya aku hanya diperintah untuk menyembah Allah dan tidak mempersekutukan sesuatupun dengan Dia. Hanya kepada-Nya aku seru (manusia) dan hanya kepada-Nya aku kembali”.

 

وَالَّذينَ آتَيناهُمُ الكِتابَ يَفرَحونَ بِما أُنزِلَ إِلَيكَ

Orang-orang yang telah Kami berikan kitab kepada mereka, bergembira dengan kitab yang diturunkan kepadamu,

Mereka yang telah diberi kitab wahyu itu adalah Golongan Yahudi dan Nasrani. Walaupun ramai yang tidak beriman, tapi ada yang gembira dengan apa yang diberikan kepada Nabi Muhammad. Mereka suka kerana apa yang dijanjikan kepada mereka dalam kitab-kitab mereka telah datang. Mereka memang menunggu-nunggu dan mereka gembira kerana kedatangan Nabi akhir zaman yang dijanjikan itu datang pada masa mereka hidup. Keturunan mereka dulu pun tunggu juga, tapi mereka tidak berpeluang kerana mereka mati sebelum sempat Nabi Muhammd diangkat menjadi Rasul. Memang ada Golongan Yahudi yang datang ke Madinah kerana mereka tahu yang Nabi akhir zaman akan datang ke Madinah. Keturunan mereka dulu tidak dapat jumpa dengan Nabi, tapi anak cucu mereka yang dapat. Oleh itu mereka beriman dengan Nabi Muhammad dan Qur’an.

Hal ini sama dengan yang disebutkan oleh Allah Swt. dalam ayat lain melalui firman-Nya:

{وَإِنَّ مِنْ أَهْلِ الْكِتَابِ لَمَنْ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَمَا أُنزلَ إِلَيْكُمْ وَمَا أُنزلَ إِلَيْهِمْ خَاشِعِينَ لِلَّهِ لَا يَشْتَرُونَ بِآيَاتِ اللَّهِ ثَمَنًا قَلِيلا أُولَئِكَ لَهُمْ أَجْرُهُمْ عِنْدَ رَبِّهِمْ إِنَّ اللَّهَ سَرِيعُ الْحِسَابِ}

Dan sesungguhnya di antara ahli kitab ada orang yang beriman kepada Allah. (Ali Imran: 199), hingga akhir ayat.

 

وَمِنَ الأَحزابِ مَن يُنكِرُ بَعضَهُ

dan di antara golongan-golongan (Yahudi dan Nasrani) yang bersekutu, ada yang mengingkari sebahagiannya.

Tapi ada yang tidak mahu juga menerima. Mereka menolak sebahagian dari wahyu kitab mereka. Kerana dalam kitab mereka telah disebut tentang kebangkitan Nabi akhir zaman itu. Dan sifat Nabi akhir zaman yang disebut dalam kitab mereka itu sama dengan sifat Nabi Muhammad. Tapi mereka tidak terima Nabi Muhammad kerana baginda datang dari bangsa Arab, bukan dari keturunan Bani Israil. Oleh itu mereka sebenarnya telah tolak apa yang disebut dalam kitab mereka sendiri. Dan kalau tolak satu sahaja ayat dari wahyu, itu maknanya telah tolak semua.

Oleh itu, kita tidak boleh terima sikit-sikit dari wahyu ini. Antaranya, ada yang kata, Qur’an itu untuk puak Arab sahaja, jadi mereka tidak terima.

 

قُل إِنَّما أُمِرتُ أَن أَعبُدَ اللهَ وَلا أُشرِكَ بِهِ

Katakanlah “Sesungguhnya aku hanya diperintah untuk menyembah Allah dan tidak mempersekutukan sesuatupun dengan Dia.

Kepada mereka itu, mudahkan sahaja dakwah kepada mereka. Hanya beritahu mereka, kalau mereka masih juga berselisih dari segi akidah, ikut merekalah. Yang penting adalah kita sembah Allah dan tidak buat syirik. Ini mengingatkan kembali kepada apa yang ada dalam kitab mereka sendiri.

 

إِلَيهِ أَدعو وَإِلَيهِ مَآبِ

Hanya kepada-Nya aku seru (manusia) dan hanya kepada-Nya aku kembali”.

  • Beritahu sahaja yang kita mengajak kepada Allah. Ini tentang Tauhid dan inilah yang penting sekali.
  • Dan beritahu yang sebagai Nabi, tugas baginda adalah menyampaikan. Ini tentang Risalah.
  • Dan beritahu yang kita semua akan kembali kepadaNya. Ini tentang Akhirat.

Jadi telah disebut tentang tauhid, risalah dan akhirat. Dan inilah tiga perkara utama dalam agama yang kena disampaikan oleh pendakwah. Selalu dakwah kita akan berlegar tentang tiga perkara ini sahaja.


 

Ayat 37:

وَكَذٰلِكَ أَنزَلناهُ حُكمًا عَرَبِيًّا ۚ وَلَئِنِ اتَّبَعتَ أَهواءَهُم بَعدَما جاءَكَ مِنَ العِلمِ ما لَكَ مِنَ اللهِ مِن وَلِيٍّ وَلا واقٍ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And thus We have revealed it as an Arabic legislation.¹ And if you should follow their inclinations after what has come to you of knowledge, you would not have against Allāh any ally or any protector.

  • i.e., revealed in the Arabic language.

(MALAY)

Dan demikianlah, Kami telah menurunkan Al Quran itu sebagai peraturan (yang benar) dalam bahasa Arab. Dan seandainya kamu mengikuti hawa nafsu mereka setelah datang pengetahuan kepadamu, maka sekali-kali tidak ada pelindung dan pemelihara bagimu terhadap (siksa) Allah.

 

وَكَذٰلِكَ أَنزَلناهُ حُكمًا عَرَبِيًّا

Dan demikianlah, Kami telah menurunkan Al Quran itu sebagai hukum  dalam bahasa Arab. 

Kalimah كَذٰلِكَ diterjemahkan: bagi tujuan kesempurnaan itulah. Allah telah turunkan Qur’an untuk menyempurnakan agama. Jadi kena ikutlah kitab wahyu yang baru ini iaitu Qur’an.

Dan untuk umat-umat yang berselisih itu, iaitu ahli kitab, mereka sekarang sudah dapat hukum yang teguh yang tidak akan berubah lagi kerana tidak ada kitab lain lagi yang akan membatalkan. Kerana Nabi Muhammad adalah Nabi terakhir dan Qur’an adalah kitab wahyu yang terakhir. Jadi senang pakai Qur’an sahaja. Kerana ia akan tetap kekal sampai ke Hari Kiamat.

Allah menyebut satu sifat yang jelas pada Qur’an itu adalah ianya dalam bahasa Arab. Selalu Allah tekankan tentang bahasa Arab ini, padahal semua orang dah tahu Qur’an itu dalam bahasa Arab. Ianya adalah bahasa yang kaya dan tepat.

Sudahlah dengan bahasa Arab yang kaya dan tepat, menggunakan pula bahasa Qur’an yang penuh dengan hikmah. Sebab bahasa Arab yang digunakan dalam percakapan harian tidak sama dengan bahasa Arab yang digunakan dalam Qur’an. Bahasa yang digunakan dalam Qur’an itu lagi tinggi nilainya dan kehebatannya.

Oleh itu, sebenarnya tidak perlu susah nak jelaskan tentang Qur’an ini. Sepatutnya beri sahaja Qur’an ini dan biar mereka nilai sendiri. Kerana ianya memang dah hebat dah. Maka jangan susahkan nak teruk sangat jelaskan pada mereka yang menolak kerana kita dah ada hujah yang amat kuat – Qur’an itu sendiri.

Memang kita tahu yang Qur’an ini amat dalam perbahasannya, tapi kalau kita sudah nak masuk dalam sangat dalam dakwah yang mula-mula, takut ada yang tidak dapat faham pula. Kita kena ingat yang orang Quraish itu dulu simple sahaja akal mereka. Maka, kena tunjuk yang senang dilihat sahaja.

Maka, ada masa untuk lihat secara mendalam dan ada masa untuk mudahkan. Apabila nak kenalkan agama kepada orang yang baru, mudahkan sahaja ajaran kita. Oleh itu, kalau kita dah belajar sikit, boleh terus cerita tentang apa yang kita telah belajar itu kepada keluarga. Dan boleh ajar kepada anak kita dah walaupun mereka itu budak-budak sahaja – ajar setakat yang mereka agak boleh faham. Bila nak ajar, tak payah nak tunggu jadi ustaz, tak payah tunggu jadi alim. Tak payah ada sanad baru boleh cerita kepada orang. Bila dah semakin belajar, barulah tengok Qur’an itu dengan secara mendalam.

Jadi, ringkasannya, Allah telah buat keputusan untuk turunkan dalam Qur’an. Ini menjawap kekeliruan Ahli Kitab tentang Qur’an. Mungkin mereka tanya kenapa kitab wahyu yang terakhir ini bukan dalam bahasa mereka. Maka Allah jelaskan bahawa itu adalah keputusan Allah.

 

وَلَئِنِ اتَّبَعتَ أَهواءَهُم بَعدَما جاءَكَ مِنَ العِلمِ

Dan seandainya kamu mengikuti hawa nafsu mereka setelah datang pengetahuan kepadamu, 

Nabi Muhammad dan kita diberitahu oleh Allah, kalau kita ikut hawa nafsu mereka walaupun selepas kita dapat Qur’an ini, maka kita tidak akan selamat. Kalau kita ikut mereka dan tinggalkan Qur’an ini, Allah tidak akan tolong dan tidak ada sesiapa lain yang boleh tolong kita. Walaupun ahli kitab sudah lama beragama dan telah ada kitab, kita tidak boleh ikut mereka, mereka yang kena ikut kita.

Allah kata jangan ikut ‘hawa nafsu’ mereka. Maksud hawa nafsu dalam konteks ini setiap hukum yang sudah dimansuhkan seperti dalam kitab taurat dan injil. Kalau masih juga nak ikut hukum yang telah dimansuhkan itu, maknanya itu ikut hawa nafsulah.

Atau, ‘hawa nafsu’ itu boleh juga bermaksud hukum dari kitab mereka yang mereka telah ubahsuai dari kitab wahyu yang asal. Sebagai contoh, tidak ada pun disebut tentang pecahan Tuhan kepada tiga – tuhan Bapa, tuhan Anak dan Ruhul Qudus. Jadi ini adalah antara perkara yang mereka reka dengan hawa nafsu mereka. Dan ada banyak lagi perkara yang mereka ubah dari kitab asal, mereka ikut suka mereka sahaja. Kalau kita pula ikut, memang akan sesatlah kita.

 

ما لَكَ مِنَ اللهِ مِن وَلِيٍّ وَلا واقٍ

maka sekali-kali tidak ada pelindung dan pemelihara bagimu terhadap (siksa) Allah.

Dan kalau ikut mereka itu, Allah tidak akan melindungi kita. Dan khitab ayat ini adalah kepada Nabi Muhammad – bayangkan, kalau baginda pun tidak ada perlindung kalau buat begitu, apatah lagi kita?

Tidak akan pelindung dan tidak ada sebarang penjaga. Amat malang sekali kalau kita termasuk dalam golongan itu.

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya.


Rujukan:

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

About tafsirsunnah

Blog mentafsir Quran berdasarkan fahaman Sunnah dan salafussoleh.
This entry was posted in Surah 013: al-Ra'd. Bookmark the permalink.

2 Responses to Tafsir Surah ar-Ra’d Ayat 35 – 37 (Jangan ikut ahli kitab)

  1. Muhammad Akbar says:

    Assalamu ‘alaikum, Jika boleh, kami berniat menyalin konten dari tafsir sunah ini pada aplikasi android. Aplikasi tersebut akan kami distribusikan secara cuma-cuma di Play Store.
    Akan kami sertakan pula tautan ke tafsir sunah agar pengguna app dapat memeriksa konten aslinya.

    • tafsirsunnah says:

      Terima kasih atas minta anda. Tapi telah ada pihak yang telah memulakan proses utk memasukkan tulisan blog ini ke dalam aplikasi Android (dan iPhone, katanya). Jadi tidak patut kalau ada dua aplikasi yang sama. Tapi kalau mahu dipublikasi dengan cara lain, silakan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s