Tafsir Surah ar-Ra’d Ayat 29 – 31 (Mukjizat Qur’an)

Ayat 29:

الَّذينَ آمَنوا وَعَمِلُوا الصّالِحاتِ طوبىٰ لَهُم وَحُسنُ مَآبٍ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Those who have believed and done righteous deeds – a good state is theirs and a good return.

(MALAY)

Orang-orang yang beriman dan beramal saleh, bagi mereka kebahagiaan dan tempat kembali yang baik.

 

الَّذينَ آمَنوا

Orang-orang yang beriman

Iaitu iman yang sempurna – bukan setakat mempercayai apa yang perlu dipercayai sahaja, tapi kena tinggalkan fahaman syirik.

 

وَعَمِلُوا الصّالِحاتِ

dan beramal soleh,

Iman bukan sahaja di mulut sahaja tapi perlu ditunjukkan dengan amalan. Dan amalan itu hendak amalan yang soleh, iaitu ada sunnah dari Nabi Muhammad dan para sahabat – bukan amalan bidaah.

 

طوبىٰ لَهُم

bagi mereka kebahagiaan

Bagi mereka yang beriman sempurna dan beramal dengan amalan sunnah, mereka akan mendapat طوبىٰ iaitu kegembiraan yang menerangkan hati dan segala pancaindera. Maknanya, bukan setakat rasa dalam emosi sahaja, tapi tubuh badan pun rasa segar. Amat bertuahlah mereka itu.

Ibnu Jarir mengatakan, telah menceritakan kepada kami Ibnu Humaid, telah menceritakan kepada kami Ya’qub ibnu Ja’far, dari Syahr ibnu Hausyab yang mengatakan bahawa tuba adalah nama sebuah pohon di dalam syurga; semua pepohonan syurga berasal darinya, ranting-rantingnya berasal dari balik tembok syurga.

Imam Bukhari dan Imam Muslim meriwayatkan:

عَنْ إِسْحَاقَ بْنِ رَاهَوَيْهِ، عَنْ مُغِيرَةَ الْمَخْزُومِيِّ، عَنْ وَهيب، عَنْ أَبِي حَازِمٍ، عَنْ سَهْلِ بْنِ سَعْدٍ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: “إِنَّ فِي الْجَنَّةِ شَجَرَةً يَسِيرُ الرَّاكِبُ فِي ظِلِّهَا مِائَةَ عَامٍ لَا يَقْطَعُهَا”

dari Ishaq Ibnu Rahawaih, dari Mugirah Al-Makhzumi, dari Wuhaib, dari Abu Hazim, dari Sahl ibnu Sa’d r.a., bahawa Rasulullah Saw. pernah bersabda: Sesungguhnya di dalam syurga itu terdapat sebuah pohon, seorang pengendara berjalan di bawah naungannya selama seratus tahun masih belum melampauinya.

 

وَحُسنُ مَآبٍ

dan tempat kembali yang baik.

Dan mereka mendapat tempat pulangan yang baik. Iaitu syurga yang mereka akan kekal di dalamnya. Tidak ada tempat yang lebih baik dari syurga.


 

Ayat 30:

كَذٰلِكَ أَرسَلناكَ في أُمَّةٍ قَد خَلَت مِن قَبلِها أُمَمٌ لِتَتلُوَ عَلَيهِمُ الَّذي أَوحَينا إِلَيكَ وَهُم يَكفُرونَ بِالرَّحمٰنِ ۚ قُل هُوَ رَبّي لا إِلٰهَ إِلّا هُوَ عَلَيهِ تَوَكَّلتُ وَإِلَيهِ مَتابِ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Thus have We sent you to a community before which [other] communities have passed on so you might recite to them that which We revealed to you, while they disbelieve in the Most Merciful. Say, “He is my Lord; there is no deity except Him. Upon Him I rely, and to Him is my return.”

(MALAY)

Demikianlah, Kami telah mengutus kamu pada suatu umat yang sungguh telah berlalu beberapa umat sebelumnya, supaya kamu membacakan kepada mereka (Al Quran) yang Kami wahyukan kepadamu, padahal mereka kafir kepada Tuhan Yang Maha Pemurah. Katakanlah: “Dialah Tuhanku tidak ada Tuhan selain Dia; hanya kepada-Nya aku bertawakkal dan hanya kepada-Nya aku pulang”.

 

كَذٰلِكَ أَرسَلناكَ في أُمَّةٍ

Demikianlah, Kami telah mengutus kamu pada suatu umat

Kalimah كَذٰلِكَ dalam ayat ini boleh diterjemahkan: bagi kesempurnaan itulah. Untuk kesempurnaan, Allah telah memilih Nabi Muhammad sebagai Rasul untuk umat akhir zaman.

 

قَد خَلَت مِن قَبلِها أُمَمٌ

sungguh telah berlalu beberapa umat sebelumnya, 

Sudah ada banyak umat sebelum Nabi Muhammad dan umat baginda. Memang kita umat yang terakhir. Oleh itu, kita kena belajar dari apa yang telah dilakukan oleh umat-umat terdahulu. Ramai dari mereka itu dulu yang telah kufur. Walaupun mereka dah dapat rahmat dari Allah, tapi mereka masih tidak beriman juga. Maka Allah ambil balik rahmat dari mereka. Maknanya, rahmat boleh ditarik balik.

 

لِتَتلُوَ عَلَيهِمُ الَّذي أَوحَينا إِلَيكَ

supaya kamu membacakan kepada mereka (Al Quran) yang Kami wahyukan kepadamu, 

Tujuan Nabi Muhammad diutuskan kepada umat ini adalah untuk menyampaikan wahyu Qur’an kepada mereka.

 

وَهُم يَكفُرونَ بِالرَّحمٰنِ

padahal mereka kafir kepada Tuhan Yang Maha Pemurah. 

Mereka bukan tidak kenal Allah, tapi bila disebut nama ar-Rahman, mereka buat-buat tidak tahu, mereka kata: beritahu kami siapakah ar-Rahman itu? Allah menggunakan namaNya ar-Rahman untuk mengingatkan semua bahawa Dialah yang telah memberikan segala macam nikmat kepada makhuk.

Musyrikin Mekah menolak penyebutan Allah dengan sifat Rahman dan Rahim-Nya. Dalam perjanjian Hudaibiyah mereka menolak menulis kalimat Bismillahir Rahmanir Rahim, dan mereka mengatakan, “Kami tidak mengenal Rahman dan Rahim” Demikianlah yang dikatakan oleh Qatadah, sedangkan hadis mengenainya berada di dalam kitab Sahih Bukhari. Padahal Allah Swt. telah berfirman di dalam Kitab-Nya:

{قُلِ ادْعُوا اللَّهَ أَوِ ادْعُوا الرَّحْمَنَ أَيًّا مَا تَدْعُوا فَلَهُ الأسْمَاءُ الْحُسْنَى}

Katakanlah, “Serulah Allah, atau serulah Ar-Rahman. Dengan nama yang mana saja kalian seru, Dia mempunyai al-asma-ul husna (nama-nama yang terbaik). (Al-Isra: 110)

 

قُل هُوَ رَبّي لا إِلٰهَ إِلّا هُوَ

Katakanlah: “Dialah Tuhanku tidak ada Tuhan selain Dia; 

Allah suruh Nabi Muhammad yang selain Allah, tidak ada ilah lain, tidak ada tempat harapan lain lagi. Ini adalah ayat tauhid – tidak boleh memuja selain Dia.

 

عَلَيهِ تَوَكَّلتُ

hanya kepada-Nya aku bertawakkal 

Dan beritahu kepada umat baginda yang hanya kepada Allah sahaja baginda menyerah diri dan bertawakal.

 

وَإِلَيهِ مَتابِ

dan hanya kepada-Nya aku pulang”.

Dan kepadaNya tempat baginda akan kembali.


 

Ayat 31: Ayat zajrun. Allah hendak memberitahu bahawa wahyu Qur’an ini hebat.

وَلَو أَنَّ قُرآنًا سُيِّرَت بِهِ الجِبالُ أَو قُطِّعَت بِهِ الأَرضُ أَو كُلِّمَ بِهِ المَوتىٰ ۗ بَل لِلِهِ الأَمرُ جَميعًا ۗ أَفَلَم يَيأَسِ الَّذينَ آمَنوا أَن لَو يَشاءُ اللهُ لَهَدَى النّاسَ جَميعًا ۗ وَلا يَزالُ الَّذينَ كَفَروا تُصيبُهُم بِما صَنَعوا قارِعَةٌ أَو تَحُلُّ قَريبًا مِن دارِهِم حَتّىٰ يَأتِيَ وَعدُ اللهِ ۚ إِنَّ اللهَ لا يُخلِفُ الميعادَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And if there was any qur’ān [i.e., recitation] by which the mountains would be removed or the earth would be broken apart or the dead would be made to speak,¹ [it would be this Qur’ān], but to Allāh belongs the affair entirely. Then have those who believed not accepted that had Allāh willed, He would have guided the people, all of them? And those who disbelieve do not cease to be struck, for what they have done, by calamity – or it will descend near their home – until there comes the promise of Allāh. Indeed, Allāh does not fail in [His] promise.

  • As suggested by the disbelievers.

(MALAY)

Dan sekiranya ada suatu bacaan (kitab suci) yang dengan bacaan itu gunung-gunung dapat digerakkan atau bumi jadi terbelah atau oleh kerananya orang-orang yang sudah mati dapat berbicara, (tentulah Al Quran itulah dia). Sebenarnya segala urusan itu adalah kepunyaan Allah. Maka tidakkah orang-orang yang beriman itu mengetahui bahawa seandainya Allah menghendaki (semua manusia beriman), tentu Allah memberi petunjuk kepada manusia semuanya. Dan orang-orang yang kafir senantiasa ditimpa bencana disebabkan perbuatan mereka sendiri atau bencana itu terjadi dekat tempat kediaman mereka, sehingga datanglah janji Allah. Sesungguhnya Allah tidak menyalahi janji.

 

وَلَو أَنَّ قُرآنًا سُيِّرَت بِهِ الجِبالُ

Dan sekiranya ada suatu bacaan (kitab suci) yang dengan bacaan itu gunung-gunung dapat digerakkan

Kalaulah ada bacaan yang dengannya gunung boleh bergerak.

Allah hendak memberitahu bahawa kesan Qur’an ini sebenarnya boleh mencabut gunung ganang kerana takutnya mereka dengan Allah.

 

أَو قُطِّعَت بِهِ الأَرضُ

atau bumi jadi terbelah dengan bacaan Qur’an itu

Atau bumi boleh pecah, boleh jadi gempa bumi kerana kesan bacaan Qur’an ini.

 

أَو كُلِّمَ بِهِ المَوتىٰ

atau oleh kerananya orang-orang yang sudah mati dapat berbicara,

Atau dengannya orang mati boleh bercakap.

Allah matikan sahaja ayat ini. Muqaddarnya adalah: kalau ada bacaan yang boleh menyebabkan gunung ganang bergerak, bumi pecah dan orang mati boleh bercakap, Qur’anlah yang boleh melakukannya kerana hebatnya kesan Qur’an ini.

Ibnu Abu Hatim mengatakan, telah menceritakan kepada kami Abu Zar’ah, telah menceritakan kepada kami Minjab ibnul Haris, telah menceritakan kepada kami Bisyr ibnu Imarah, telah menceritakan kepada kami Umar ibnu Hissan, dari Atiyyah Al-Aufi. Umar ibnu Hissan mengatakan bahawa ia menanyakan kepada Atiyyah tentang makna ayat berikut: Dan sekiranya ada suatu bacaan (kitab suci) yang dengan bacaan itu gunung-gunung dapat digoncangkan. (Ar-Ra’d: 31), hingga akhir ayat. Atiyyah menjawab bahawa mereka (orang-orang musyrik Mekah) berkata kepada Nabi Muhammad, “Mengapa engkau tidak menyingkirkan gunung-gunung Mekah ini dari kami sehingga tanahnya menjadi luas, maka kami akan bercocok tanam padanya; atau engkau belahkan bumi bagi kami, sebagaimana Sulaiman membelah angin buat kaumnya; atau engkau hidupkan bagi kami orang-orang yang telah mati, sebagaimana Isa menghidupkan orang-orang mati bagi kaumnya?” Maka Allah menurunkan ayat ini. Umar ibnu Hissan bertanya, “Apakah engkau pernah melihat hadis ini dari salah seorang sahabat Nabi Saw.?” Atiyyah menjawab, “Ya, dari Abu Sa’id, dari Nabi Saw.”

 

بَل لِلِهِ الأَمرُ جَميعًا

Sebenarnya segala urusan itu adalah kepunyaan Allah. 

Ini adalah jawapan kepada potongan ayat sebelum ini. Walaupun Qur’an itu hebat, mereka tetap juga tidak mahu beriman. Allah nak beritahu, kalaulah kesan itu mereka boleh lihat sendiri, gunung ganang bergerak, bumi pecah dan orang mati boleh bercakap, mereka tetap tidak beriman. Ini adalah kerana mereka amat degil.

Apa yang dikehendaki-Nya pasti terjadi, dan apa yang tidak dikehendaki-Nya pasti tidak akan terjadi. Dan barang siapa yang disesatkan oleh Allah, maka tiada seorang pun yang dapat memberi petunjuk kepadanya; barang siapa yang diberi petunjuk oleh Allah, maka tiada seorang pun yang dapat menyesatkannya.

 

أَفَلَم يَيأَسِ الَّذينَ آمَنوا أَن لَو يَشاءُ اللهُ لَهَدَى النّاسَ جَميعًا

Maka tidakkah orang-orang yang beriman itu mengetahui bahawa seandainya Allah menghendaki (semua manusia beriman), tentu Allah memberi petunjuk kepada manusia semuanya.

Adakah orang beriman sudah putus ada? (tidakkah orang beriman itu tahu?) bahawa semua yang berlaku adalah atas kehendak Allah. Allah yang beri hidayah atau kesesatan. Dan kalau Allah mahu, Allah boleh sahaja jadikan semua manusia dan jin beriman. Tapi Allah tidak kehendaki begitu. Allah beri peluang kepada manusia untuk memilih iman atau kufur kerana Allah nak uji manusia itu.

Oleh itu, orang yang beriman, jangan putus asa dalam dakwah. Teruskan berdakwah walaupun orang kafir itu tidak beriman. Jangan putus asa.

 

 وَلا يَزالُ الَّذينَ كَفَروا تُصيبُهُم بِما صَنَعوا قارِعَةٌ

Dan orang-orang yang kafir senantiasa ditimpa bencana disebabkan perbuatan mereka sendiri 

Orang kafir akan terus dikenakan dengan musibah kerana perbuatan mereka sendiri. Walaupun apa yang mereka buat untuk menghalang musibah itu, apa yang akan dikenakan kepada mereka akan tetap dikenakan juga.

 

أَو تَحُلُّ قَريبًا مِن دارِهِم

atau bencana itu terjadi dekat tempat kediaman mereka, 

Atau benda itu akan dilepaskan (dihalalkan) tidak lama lagi dekat dengan kediaman mereka. Maksudnya benda buruk akan terjadi kepada mereka, antaranya kekalahan dalam Perang Badr.

 

حَتّىٰ يَأتِيَ وَعدُ اللهِ

sehingga datanglah janji Allah.

Dan janji Allah pasti akan datang. Iaitu janji untuk membinasakan mereka sekali gus. Ulama tafsir ada mengatakan bahawa yang dimaksudkan adalah Penaklukan Kota Mekah.

 

إِنَّ اللهَ لا يُخلِفُ الميعادَ

Sesungguhnya Allah tidak menyalahi janji.

Dan ini pasti berlaku kerana Allah tidak akan mungkir janjiNya.

{فَلا تَحْسَبَنَّ اللَّهَ مُخْلِفَ وَعْدِهِ رُسُلَهُ إِنَّ اللَّهَ عَزِيزٌ ذُو انْتِقَامٍ}

Karena itu, janganlah sekali-kali kamu mengira Allah akan menyalahi janji-Nya kepada rasul-rasul-Nya; sesungguhnya Allah Mahaperkasa lagi mempunyai pembalasan siksa. (Ibrahim: 47)

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya.


Rujukan:

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

About tafsirsunnah

Blog mentafsir Quran berdasarkan fahaman Sunnah dan salafussoleh.
This entry was posted in Surah 013: al-Ra'd. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s