Tafsir Surah ar-Ra’d Ayat 1 – 3 (Kuasa mencipta Allah)

Pengenalan:

Dalil-dalil dalam surah ini dalah jenis tamrid – peringatan. Ia tidak sama dengan surah lain. Surah ini hendak memberitahu dari segi akidah, ilmu ghaib itu dari Allah sahaja. Dan kuasa mengurus dan mentadbir itu dari Allah sahaja. Ia menekankan bahawa tiada siapa pun lain yang ada ilmu ghaib ini dan kuasa mentadbir ini. Jadi ada dua perkara yang ditekankan dalam surah ini: ilmu dan tasarruf.

Ada 11 dalil dalam surah ini:

  • 8 jenis dalil aqli tanbih
  • 2 dalil wahyi
  • 1 dalil naqli

Nama surah ini bermaksud ‘guruh’. Dari nama ini, kita dapat agak yang banyak ancaman akan ada dalam surah ini sebagaimana juga guruh itu berbunyi dengan kuat untuk memberitahu yang hujan akan turun.


 

Ayat 1:

المر ۚ تِلكَ آياتُ الكِتابِ ۗ وَالَّذي أُنزِلَ إِلَيكَ مِن رَبِّكَ الحَقُّ وَلٰكِنَّ أَكثَرَ النّاسِ لا يُؤمِنونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Ar-Ra‘d: Thunder.

Alif, Lām, Meem, Rā.¹These are the verses of the Book; and what has been revealed to you from your Lord is the truth, but most of the people do not believe.

  • See footnote to 2:1.

(MALAY)

Alif laam miim raa. Ini adalah ayat-ayat Al Kitab (Al Quran). Dan Kitab yang diturunkan kepadamu daripada Tuhanmu itu adalah benar: akan tetapi kebanyakan manusia tidak beriman (kepadanya).

 

المر

Alif laam miim raa

Ini adalah Ayat Muqatta’ah dan kita tidak tahu maknanya kerana tidak diberitahu kepada kita. Ada juga yang memanggilnya sebagai huruf-huruf hijaiyah.

 

تِلكَ آياتُ الكِتابِ

Ini adalah ayat-ayat Al Kitab (Al Quran).

Itulah Qur’an yang kena diambil perhatian oleh kita. Yang kita kena belajar, faham, amalkan dan ajar kepada orang lain.

 

وَالَّذي أُنزِلَ إِلَيكَ مِن رَبِّكَ الحَقُّ

Dan Kitab yang diturunkan kepadamu daripada Tuhanmu itu adalah benar

Allah menekankan yang Qur’an itu datangnya dari Allah. Jadi kita kenalah ambil perhatian kerana ianya dari Tuhan kita, bukannya dari kerajaan, bukan dari ibubapa kita, bukan dari kawan-kawan kita, tapi dari Allah! Tidak syak lagi yang ianya daripada Allah. Ini dibuktikan dari ayat-ayat yang lain.

Dan Qur’an itu bukanlah perkara yang main-main, kerana ia datang membawa al-haq – kebenaran. Oleh itu, kita kena terima yang apa sahaja yang diturunkan kepada kita dari wahyu itu adalah al-haq – benar.

 

وَلٰكِنَّ أَكثَرَ النّاسِ لا يُؤمِنونَ

akan tetapi kebanyakan manusia tidak beriman

Walaupun Qur’an itu jelas dari Allah dan ia mengandungi ajaran kepada kebenaran, tapi malangnya ramai yang tidak mahu percaya. Ini adalah kerana ada dalam diri mereka perasaan syak dan kedegilan, dan bimbang untuk meninggalkan kepentingan dunia.

Makna ayat ini sama dengan makna yang terdapat di dalam firman-Nya dalam ayat berikut:

{وَمَا أَكْثَرُ النَّاسِ وَلَوْ حَرَصْتَ بِمُؤْمِنِينَ}

Dan sebagian besar manusia tidak akan beriman, walaupun kamu sangat menginginkannya. (Yusuf: 103)


 

Ayat 2: Tamrid yang pertama.

اللهُ الَّذي رَفَعَ السَّماواتِ بِغَيرِ عَمَدٍ تَرَونَها ۖ ثُمَّ استَوىٰ عَلَى العَرشِ ۖ وَسَخَّرَ الشَّمسَ وَالقَمَرَ ۖ كُلٌّ يَجري لِأَجَلٍ مُسَمًّى ۚ يُدَبِّرُ الأَمرَ يُفَصِّلُ الآياتِ لَعَلَّكُم بِلِقاءِ رَبِّكُم توقِنونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

It is Allāh who erected the heavens without pillars that you [can] see; then He established Himself above the Throne and made subject¹ the sun and the moon, each running [its course] for a specified term. He arranges [each] matter; He details the signs that you may, of the meeting with your Lord, be certain.

  • For the benefit of mankind.

(MALAY)

Allah-lah Yang meninggikan langit tanpa tiang (sebagaimana) yang kamu lihat, kemudian Dia bersemayam di atas ‘Arasy, dan menundukkan matahari dan bulan. Masing-masing beredar hingga waktu yang ditentukan. Allah mengatur urusan (makhluk-Nya), menjelaskan tanda-tanda (kebesaran-Nya), supaya kamu meyakini pertemuan(mu) dengan Tuhanmu.

 

اللهُ الَّذي رَفَعَ السَّماواتِ بِغَيرِ عَمَدٍ تَرَونَها

Allah-lah Yang meninggikan langit tanpa tiang (sebagaimana) yang kamu lihat,

Allah menceritakan kehebatan DiriNya. Selalu dalam ayat-ayat yang lain, Allah telah sebut tentang langit dan Dia yang menjadikan. Tapi dalam ayat ini ada tambahan kalimat: بِغَيرِ عَمَدٍ تَرَونَها. Kenapa tambah kalimat ini? Kerana Allah hendak memberitahu yang wahyu itu turun dari langit. Dan langit itu sendiri tidak ada tiang pun – kita boleh tengok sendiri pada alam, langit yang begitu hebat itu Allah jadikan tetap tanpa ada tiang pun. Ini mengingatkan kita yang tempat turun wahyu pun dah hebat dah. Dan ini menambahkan kehebatan wahyu itu – tempat turun pun dah hebat dah.

 

ثُمَّ استَوىٰ عَلَى العَرشِ

kemudian Dia bersemayam di atas ‘Arasy, 

Ini adalah salah satu dari ayat Qur’an yang menjadi dalil bahawa Allah ada di langit. Selepas Allah menceritakan tentang langit itu, kemudian Dia mengatakan yang Dia bersemayam di Arash. Dari Arash itulah Allah mengurus sekelian makhluk.

Di dalam sebuah hadis disebutkan:

“مَا السماواتُ السَّبْعُ وَمَا فِيهِنَّ وَمَا بَيْنَهُنَّ فِي الْكُرْسِيِّ إِلَّا كَحَلْقَةٍ مُلْقَاةٍ بِأَرْضِ فَلاة، وَالْكُرْسِيِّ فِي الْعَرْشِ كَتِلْكَ الْحَلْقَةِ فِي تِلْكَ الْفَلَاةِ

Tiadalah ketujuh langit beserta apa yang ada di dalamnya dan semua yang ada di antaranya bila dibandingkan dengan Al-Kursi kecuali seperti sebuah gelang yang dilemparkan di sebuah padang pasir. Dan (tiadalah) Al-Kursi bila dibandingkan dengan ‘Arasy yang agung, melainkan seperti gelang itu yang berada di padang pasir.

Di dalam riwayat yang lain disebutkan:

“وَالْعَرْشُ لَا يُقَدِّرُ قَدْرَهُ إِلَّا اللَّهُ، عَزَّ وَجَلَّ

‘Arasy tidak dapat diperkirakan luasnya kecuali hanya oleh Allah Swt.

 

وَسَخَّرَ الشَّمسَ وَالقَمَرَ

dan menundukkan matahari dan bulan.

Kalimah سخر bermaksud menundukkan sesuatu dan menggunakannya. Maknanya menguasai. Matahari dan bulan yang besar itu pun di bawah takluk Allah SWT.

 

كُلٌّ يَجري لِأَجَلٍ مُسَمًّى

Masing-masing beredar hingga waktu yang ditentukan.

Semua makhluk Allah termasuk bulan dan matahari itu bergerak mengikut arahan Allah. Semuanya bergerak dari mula dijadikan, sampailah waktu ia sampai ajalnya. Ini mengajar kita yang semua alam ini sentiasa bergerak. Dari yang sebesar-besarnya hingga ke sekecil-kecilnya. Sebagai contoh, atom pun bergerak juga. Semua bergerak sehingga sampai ajalnya iaitu masa yang telah ditetapkan untuknya. Iaitu samada ia hancur/mati atau telah sampai kiamat.

 

يُدَبِّرُ الأَمرَ

Allah mengatur urusan

Segala apa yang berlaku, Allah lah yang mengaturnya. Kita telah belajar dalam Surah Yusuf tentang perkara ini.

 

يُفَصِّلُ الآياتِ لَعَلَّكُم بِلِقاءِ رَبِّكُم توقِنونَ

menjelaskan tanda-tanda (kebesaran-Nya), supaya kamu meyakini pertemuan(mu) dengan Tuhanmu.

Allah menjelaskan semua ayat-ayatNya sebagai tanda bahawa kita semua akan mati dan akhirnya akan bertemu dengan Allah. Inilah takdir alam ini – tidak kira matahari, bulan, manusia dan juga jin, semuanya akan hancur.


 

Ayat 3: Sebelum ini tengok alam langit, sekarang tengok alam bumi pula.

وَهُوَ الَّذي مَدَّ الأَرضَ وَجَعَلَ فيها رَواسِيَ وَأَنهارًا ۖ وَمِن كُلِّ الثَّمَراتِ جَعَلَ فيها زَوجَينِ اثنَينِ ۖ يُغشِي اللَّيلَ النَّهارَ ۚ إِنَّ في ذٰلِكَ لَآياتٍ لِقَومٍ يَتَفَكَّرونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And it is He who spread the earth and placed therein firmly set mountains and rivers; and from all of the fruits He made therein two mates; He causes the night to cover the day. Indeed in that are signs for a people who give thought.

(MALAY)

Dan Dialah Tuhan yang membentangkan bumi dan menjadikan gunung-gunung dan sungai-sungai padanya. Dan menjadikan padanya semua buah-buahan berpasang-pasangan, Allah menutupkan malam kepada siang. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang memikirkan.

 

وَهُوَ الَّذي مَدَّ الأَرضَ

Dan Dialah Tuhan yang membentangkan bumi

Allah telah menghamparkan bumi ini untuk kita mudah diami. Kalau berbukit bukau sahaja, tentu susah kita nak tinggal di bumi ini.

 

وَجَعَلَ فيها رَواسِيَ

dan menjadikan di atasnya gunung-gunung

Dan Allah menjadikan juga gunung ganang sebagai ‘pasak’ untuk bumi. Ini adalah kerana kerak bumi ini terletak seolah-olah permaidani di atas bumi dan kalau tidak ada pasak, ia akan bergerak-gerak. Maka kerak bumi yang bertembung antara satu sama lain akan bertindak – yang bahagian keras akan menusuk ke dalam bumi dan yang lembut akan naik menjadi gunung.

 

وَأَنهارًا

dan sungai-sungai 

Dan Allah menjadikan sungai-sungai yang mengalirkan air untuk digunakan kepada manusia.

 

وَمِن كُلِّ الثَّمَراتِ جَعَلَ فيها زَوجَينِ اثنَينِ

Dan menjadikan pada semua buah-buahan berpasang-pasangan, dua jenis

Dari air yang satu jenis itu menyuburkan tumbuhan dan pokok-pokok. Dan tumbuhan pula ada jenis jantan dan juga betina. Dan Allah memberitahu bahawa dalam setiap pokok itu sekurang-kurangnya ada dua jenis buah. Maksudnya, walaupun buah itu sama sahaja rupanya, tapi rasa berlainan walaupun dari pokok yang sama. Pokok yang sama, diairkan dari air yang sama, tapi rasa berlainan.

 

يُغشِي اللَّيلَ النَّهارَ

Allah menutupkan malam kepada siang.

Allah menutup malam dengan siang. Dan Allah menutup siang dengan malam. Tidaklah malam dan siang itu terjadi sendiri tapi Allah lah yang menjadikan siang dan malam pada setiap hari itu.

Dia menjadikan masing-masing dari keduanya menyusul yang lainnya dengan cepat. Dengan kata lain, apabila yang satunya pergi, maka yang lainnya datang; dan apabila yang lainnya pergi, maka yang satunya datang. Allah pulalah yang mengatur waktu, sebagaimana Dia mengatur tempat dan penduduknya.

Ini semasa dunia yang ada malam dan siang kerana akhirat nanti tidak bertukar siang dan malam (syurga siang sentiasa dan neraka malam sentiasa).

 

إِنَّ في ذٰلِكَ لَآياتٍ لِقَومٍ يَتَفَكَّرونَ

Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang memikirkan.

Semua yang ada pada alam itu adalah tanda kepada kekuasaan Allah. Ia diberikan kepada semua, tapi yang boleh terima adalah mereka yang mahu berfikir sahaja dan menggunakan akal.

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya.


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

About tafsirsunnah

Blog mentafsir Quran berdasarkan fahaman Sunnah dan salafussoleh.
This entry was posted in Surah 013: al-Ra'd. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s