Tafsir Surah Yusuf Ayat 82 – 86 (Nabi Ya’kub kesedihan)

Ayat 82:

وَاسأَلِ القَريَةَ الَّتي كُنّا فيها وَالعيرَ الَّتي أَقبَلنا فيها ۖ وَإِنّا لَصادِقونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And ask the city in which we were and the caravan in which we came – and indeed, we are truthful.’ “

(MALAY)

Dan tanyalah (penduduk) negeri yang kami berada di situ, dan kafilah yang kami datang bersamanya, dan sesungguhnya kami adalah orang-orang yang benar”.

 

وَاسأَلِ القَريَةَ الَّتي كُنّا فيها

Dan tanyalah (penduduk) negeri yang kami berada di situ, 

Dan kalau tak percaya juga kepada anak-anaknya itu, mereka suruh baginda tanyalah kepada penduduk di Mesir yang nampak kejadian itu. Tentu berita besar macam itu ramai dah tahu. Kalau kena tangkap begitu, kalau zaman sekarang dah masuk suratkhabar dah.

 

وَالعيرَ الَّتي أَقبَلنا فيها

 dan kafilah yang kami datang bersamanya, 

Atau tentu susah nak ke Mesir, maka tanyalah kafilah lain dari Kan’an yang ada datang ke Mesir untuk mendapatkan bekalan makanan juga. Kerana ada orang lain lagi dari kampung mereka yang telah ke Mesir waktu itu. Tentu mereka pun dah dengar berita ini.

 

وَإِنّا لَصادِقونَ

dan sesungguhnya kami adalah orang-orang yang benar”.

Dan katakanlah yang merekab memang bercakap benar. Kerana mungkin ayah mereka tidak percaya mereka lagi dah.


 

Ayat 83: Setelah diberitahu kepada Nabi Ya’kub berita itu, baginda tidak tahu samada mereka berkata perkara yang benar kerana baginda tidak tahu perkara ghaib. Inilah akidah kita: para Nabi pun tidak ada pengetahuan ghaib. Jadi bagaimana ada orang kita yang kata tok guru itu dan ini boleh baca hati manusia, sedangkan jelas dalam Qur’an sebut para Nabi pun tidak tahu apa yang dalam hati manusia? Adakah tok guru mereka itu lebih hebat dari para Nabi?

قالَ بَل سَوَّلَت لَكُم أَنفُسُكُم أَمرًا ۖ فَصَبرٌ جَميلٌ ۖ عَسَى اللهُ أَن يَأتِيَني بِهِم جَميعًا ۚ إِنَّهُ هُوَ العَليمُ الحَكيمُ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

[Jacob] said, “Rather, your souls have enticed you to something, so patience is most fitting. Perhaps Allāh will bring them to me all together. Indeed, it is He who is the Knowing, the Wise.”

(MALAY)

Ya’qub berkata: “Hanya dirimu sendirilah yang memandang baik perbuatan (yang buruk) itu. Maka kesabaran yang baik itulah (kesabaranku). Mudah-mudahan Allah mendatangkan mereka semuanya kepadaku; sesungguhnya Dialah Yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana”.

 

قالَ بَل سَوَّلَت لَكُم أَنفُسُكُم أَمرًا

Ya’qub berkata: “Hanya dirimu sendirilah yang memandang ringan perbuatan (yang buruk) itu. 

Nabi Ya’kub amat kesal dengan apa yang telah berlaku. Baginda kata anak-anaknya itu telah memudahkan sahaja perkara itu untuk diri mereka. Mereka pandang ringan sahaja perkara ini, sampai Bunyamin pun mereka sanggup kata dia mencuri.

Begitulah sangkaan Nabi Ya’kub terhadap anak-anaknya – padahal mereka dah cakap benar dah – maknanya baginda tidak tahu perkara ghaib.

 

فَصَبرٌ جَميلٌ

Maka kesabaran yang baik itulah (kesabaranku).

Baginda kata baginda akan bersabar sahaja. صَبرٌ جَميلٌ bermaksud sabar yang tidak ada rungutan. Baginda cuma kata صَبرٌ جَميلٌ sahaja – bukan ayat lengkap pun. Baginda cakap pendek sahaja tapi dalam maksudnya, kerana baginda dah malas nak cakap ayat penuh. Ini dipanggil kalam naaqis.

 

عَسَى اللهُ أَن يَأتِيَني بِهِم جَميعًا

Mudah-mudahan Allah mendatangkan mereka semuanya kepadaku; 

Tapi baginda masih lagi berharap kepada Allah – mungkin Allah akan bawakan mereka semua (Nabi Yusuf dan Bunyamin) dan juga anaknya yang paling tua itu, kembali kepadanya semula. Baginda dapat berdoa sahaja kepada Allah.

Lihatlah bagaimana baginda masih lagi berharap yang Yusuf akan kembali lagi. Padahal anak-anaknya itu dah kata Yusuf dah kena bunuh dengan serigala. Maknanya, ini memberi isyarat bahawa baginda tidak percaya langsung dengan kisah mereka dahulu. Dan sekarang terjadi lagi kejadian yang hampir serupa – jadi tidak salahlah kalau baginda tidak percaya kepada mereka lagi.

 

إِنَّهُ هُوَ العَليمُ الحَكيمُ

sesungguhnya Dialah Yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana”.

Nabi Ya’kub serahkan segalanya kepada Allah. Allah tahu apa yang Dia lakukan dan apa sahaja yang Allah lakukan, tentulah ada hikmah. Kita sebagai manusia kena bersabar sahaja.


 

Ayat 84:

وَتَوَلّىٰ عَنهُم وَقالَ يا أَسَفىٰ عَلىٰ يوسُفَ وَابيَضَّت عَيناهُ مِنَ الحُزنِ فَهُوَ كَظيمٌ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And he turned away from them and said, “Oh, my sorrow over Joseph,” and his eyes became white¹ from grief, for he was [of that] a suppressor.²

  • i.e., he lost his sight.
  • He did not express the extent of his grief or his anger at what he suspected his sons had done but was patient, depending only upon Allāh for help.

(MALAY)

Dan Ya’qub berpaling dari mereka (anak-anaknya) seraya berkata: “Aduhai duka citaku terhadap Yusuf”, dan kedua matanya menjadi putih kerana kesedihan dan dia adalah seorang yang menahan amarahnya (terhadap anak-anaknya).

 

وَتَوَلّىٰ عَنهُم

Dan Ya’qub berpaling dari mereka

Baginda berpaling sebab malas nak hadap dan cakap dengan mereka lagi.

 

يا أَسَفىٰ عَلىٰ يوسُفَ

seraya berkata: “Aduhai duka citaku terhadap Yusuf”, 

Baginda gunakan kalimah ini kerana lafaz istirja’ (inna lillahi wa inna ilahi Roojioon) tidak diberikan kepada baginda dan umat baginda (hanya kepada umat Islam sahaja). Oleh itu baginda duduk sendirian dan menangis dan mengeluh lagi. Tapi lihatlah yang baginda mengeluh tentang Yusuf (padahal Bunyamin yang kena tangkap kali ini). Ini adalah kerana kehilangan Bunyamin telah mengingatkan baginda dengan penderitaan lama (kehilangan Nabi Yusuf). Kita dapat tahu yang dia paling sayang adalah Nabi Yusuf sebenarnya, Bunyamin sebagai ganti sahaja setelah ketiadaan Nabi Yusuf.

Kalimah أَسَفىٰ digunakan apabila ada perasaan sedih dan marah sekali bercampur baur, dan rasa kelemahan kerana tak dapat nak ubah apa yang telah berlaku. Kerana kalau perkara itu masih lagi ada harap untuk boleh ubah lagi, digunakan kalimah غضب (marah).

 

وَابيَضَّت عَيناهُ مِنَ الحُزنِ

dan kedua matanya menjadi putih kerana kesedihan

Baginda kesedihan dan menangis dengan teruk sekali sampai matanya jadi putih kerana sedih. Maksudnya dia jadi buta.

 

فَهُوَ كَظيمٌ

dan dia seorang yang menahan amarahnya

Baginda menahan perasaannya. كَظيمٌ digunakan apabila seseorang itu menahan perasaan yang sudah sampai ke hidung. Maknanya baginda telah tenggelam dalam perasaan marah dan sedih yang teramat sangat. Sampaikan perasaan itu menyebabkan baginda sakit. Memang kalau emosi terganggu, sampai boleh menyebabkan kesan kepada fizikal (pyschosomatic). Ini kita dapat pastikan kerana zaman sekarang pun banyak terjadi perkara ini. Memang kalau gangguan emosi boleh menyebabkan kesan kepada fizikal.


 

Ayat 85:

قالوا تَاللهِ تَفتَأُ تَذكُرُ يوسُفَ حَتّىٰ تَكونَ حَرَضًا أَو تَكونَ مِنَ الهالِكينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

They said, “By Allāh, you will not cease remembering Joseph until you become fatally ill or become of those who perish.”

(MALAY)

Mereka berkata: “Demi Allah, senantiasa kamu mengingati Yusuf, sehingga kamu mengidapkan penyakit yang berat atau termasuk orang-orang yang binasa”.

 

قالوا تَاللهِ

Mereka berkata: “Demi Allah,

Kalimah تَاللَّهِ ini dikeluarkan oleh anak-anaknya apabila mereka lihat keadaan ayah mereka begitu. Kalimah ini menunjukkan yang mereka terkejut sangat dengan apa yang dialami oleh bapa mereka itu. Pada mereka, tak patut Nabi Ya’kub jadi begitu kerana dah lama dah Yusuf itu hilang tapi kenapa masih teringat lagi?

 

تَفتَأُ تَذكُرُ يوسُفَ حَتّىٰ تَكونَ حَرَضًا

“tidak berhenti kamu mengingati Yusuf, sehingga kamu mengidap penyakit yang berat 

Kalimah تَفتَأُ jarang digunakan. Ia bermaksud tidak berhenti. Ia menunjukkan mereka terkejut yang Ya’kub masih ingat lagi kepada anaknya Yusuf itu (ha? tidak berhenti ingat lagi?). Jadi kejutan mereka itu ditunjukkan di dalam ayat ini dengan penggunaan kalimah yang jarang digunakan.

حَرَضًا bermaksud sakit sampai hampir mati. Mereka kata, kalau macam ini, ayah akan jadi sakit tenat nanti yang boleh membawa kepada mati.

 

أَو تَكونَ مِنَ الهالِكينَ

atau termasuk orang-orang yang binasa”.

الهالِكينَ bermaksud mati dengan susah. Mereka kata kalau berterusan, ayah akan mati kalau begini.


 

Ayat 86:

قالَ إِنَّما أَشكو بَثّي وَحُزني إِلَى اللهِ وَأَعلَمُ مِنَ اللهِ ما لا تَعلَمونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

He said, “I only complain of my suffering and my grief to Allāh, and I know from Allāh that which you do not know.

(MALAY)

Ya’qub menjawab: “Sesungguhnya hanyalah kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku, dan aku mengetahui dari Allah apa yang kamu tiada mengetahuinya”.

 

قالَ إِنَّما أَشكو بَثّي وَحُزني إِلَى اللهِ

Ya’qub menjawab: “Sesungguhnya hanyalah kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku, 

Nabi Ya’kub balas kata-kata anaknya itu: baginda kata baginda bukan bercakap dengan mereka pun. Baginda nak bersendirian dan mengadu kepada Allah. Mereka sahaja yang sibuk nak tengok apa yang baginda buat. Baginda kata yang baginda nak mengadu kepada Allah sahaja.

بَثّ bermaksud kesedihan yang berpanjangan. Ianya adalah kesedihan yang memakan diri. Dan حُزن pula adalah kesedihan yang baru. Jadi baginda mengadu kesedihan yang lama (kehilangan Nabi Yusuf) dan kesedihan yang baru (kehilangan Bunyamin) kepada Allah.

 

وَأَعلَمُ مِنَ اللهِ ما لا تَعلَمونَ

dan aku mengetahui dari Allah apa yang kamu tidak mengetahuinya”.

Baginda mengadu dengan Allah, bukan macam mereka yang tidak kisah pun. Ini kerana baginda tahu Allah boleh buat apa sahaja. Mereka tidak tahu sepertimana baginda tahu. Ini adalah kerana mereka tak yakin dengan Allah.

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya.


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

Mutiara al-Qur’an

About tafsirsunnah

Blog mentafsir Quran berdasarkan fahaman Sunnah dan salafussoleh.
This entry was posted in Surah 012: Yusuf. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s