Tafsir Surah Yusuf Ayat 70 – 75 (Helah Nabi Yusuf)

Ayat 70: Rentetan bagaimana helah Nabi Yusuf mendapatkan Bunyamin duduk dengannya.

فَلَمّا جَهَّزَهُم بِجَهازِهِم جَعَلَ السِّقايَةَ في رَحلِ أَخيهِ ثُمَّ أَذَّنَ مُؤَذِّنٌ أَيَّتُهَا العيرُ إِنَّكُم لَسارِقونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

So when he had furnished them with their supplies, he put the [gold measuring] bowl into the bag of his brother. Then an announcer called out, “O caravan, indeed you are thieves.”

(MALAY)

Maka tatkala telah disiapkan untuk mereka bahan makanan mereka, Yusuf memasukkan piala (tempat minum) ke dalam karung saudaranya. Kemudian berteriaklah seseorang yang menyerukan: “Hai kafilah, sesungguhnya kamu adalah orang-orang yang mencuri”.

 

فَلَمّا جَهَّزَهُم بِجَهازِهِم

Maka tatkala telah disiapkan untuk mereka bahan makanan mereka,

Setelah urusan mereka nampak selesai dan barangan makanan pun mula dimasukkan ke pada mereka. Ini adalah kejadian semasa masukkan barang.

 

جَعَلَ السِّقايَةَ في رَحلِ أَخيهِ

Yusuf memasukkan piala (tempat minum) ke dalam karung saudaranya. 

Nabi Yusuf sendiri memasukkan sesuatu ke dalam karungnya Bunyamin. السِّقايَةَ adalah gelas tapi bukan gelas yang biasa. Ia dipanggil goblet – dan ianya mahal mahal. Ini jenis digunakan oleh orang yang besar-besar dan kalau kita pakai gelas ini, bukan kita yang tuang sendiri air itu tapi ada orang lain yang tuangkan.

Ada juga yang mengatakan yang dimasukkan itu adalah penyukat Raja. Iaitu sukatan yang digunakan untuk menilai berapa banyak gandum yang diberikan kepada mereka yang memerlukannya.

Dari segi zahirnya, nampak macam seolah-olah Nabi Yusuf sedang mengkhianati Bunyamin pula. Tapi kita kena faham yang apa yang baginda lakukan itu adalah suruhan dari Allah sendiri. Ada rancangan yang Allah hendak jalankan.

 

ثُمَّ أَذَّنَ مُؤَذِّنٌ أَيَّتُهَا العيرُ

Kemudian berteriaklah seseorang yang menyerukan: “Hai kafilah, 

Selepas memasukkan gelas (atau penyukat itu), Nabi Yusuf telah sengaja buat kecoh  bertanyakan di manakah penyukat Raja itu. Waktu itu adik beradik Nabi Yusuf sudah hampir hendak meninggalkan tempat itu. Maka berteriaklah pegawai kerajaan Mesir menahan mereka.

 

إِنَّكُم لَسارِقونَ

sesungguhnya kamu adalah orang-orang yang mencuri”.

Terus dia tuduh mereka sebagai golongan pencuri.


 

Ayat 71:

قالوا وَأَقبَلوا عَلَيهِم ماذا تَفقِدونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

They said while approaching them, “What is it you are missing?”

(MALAY)

Mereka menjawab, sambil menghadap kepada penyeru-penyeru itu: “Barang apakah yang hilang dari pada kamu?”

 

قالوا وَأَقبَلوا عَلَيهِم

Mereka menjawab, sambil menghadap kepada penyeru-penyeru itu: 

Adik beradik itu terasa sungguh apabila dikatakan mereka pencuri. Tambahan lagi mereka tidak ada niat untuk mencuri pun. Mereka datang dengan baik dan hendak pergi dengan baik. Maka mereka pun berpatah balik dengan nada marah juga. Marah kerana kena tuduh.

 

ماذا تَفقِدونَ

“Barang apakah yang hilang dari pada kamu?”

Mereka tanya apakah barang yang hilang itu?


 

Ayat 72:

قالوا نَفقِدُ صُواعَ المَلِكِ وَلِمَن جاءَ بِهِ حِملُ بَعيرٍ وَأَنا بِهِ زَعيمٌ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

They said, “We are missing the measure of the king. And for he who produces it is [the reward of] a camel’s load, and I am responsible for it.”

(MALAY)

Penyeru-penyeru itu berkata: “Kami kehilangan piala raja, dan siapa yang dapat mengembalikannya akan memperoleh bahan makanan (seberat) beban unta, dan aku menjamin terhadapnya”.

 

قالوا نَفقِدُ صُواعَ المَلِكِ

Penyeru-penyeru itu berkata: “Kami kehilangan piala raja,

Kali ini digunakan kalimah صُواعَ pula. Maksudnya gelas itu dibuat dari emas atau perak. Dan ia kepunyaan Raja pula jadi ianya bukan gelas kepunyaan Nabi Yusuf pun. Yang pasti, ianya memang sesuatu yang bernilai.

 

وَلِمَن جاءَ بِهِ حِملُ بَعيرٍ

dan siapa yang dapat mengembalikannya akan memperoleh bahan makanan (seberat) beban unta,

Nabi Yusuf telah buat pengumuman: kepada sesiapa yang boleh mendatangkan balik (menjumpai) gelas diraja itu, dia boleh dapat muatan tambahan satu unta.

 

وَأَنا بِهِ زَعيمٌ

dan aku menjamin terhadapnya”.

Nabi Yusuf kata baginda memberi jaminan akan memberikan balasan muatan seekor unta itu kepada sesiapa yang boleh mendatangkan balik gelas diraja itu.


 

Ayat 73:

قالوا تَاللهِ لَقَد عَلِمتُم ما جِئنا لِنُفسِدَ فِي الأَرضِ وَما كُنّا سارِقينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

They said, “By Allāh, you have certainly known that we did not come to cause corruption in the land, and we have not been thieves.”

(MALAY)

Saudara-saudara Yusuf menjawab “Demi Allah sesungguhnya kamu mengetahui bahawa kami datang bukan untuk membuat kerosakan di negeri (ini) dan kami bukanlah para pencuri”.

 

قالوا تَاللهِ

Saudara-saudara Yusuf menjawab “Demi Allah

تَاللهِ adalah lafaz sumpah. Tapi biasanya kalimah ِوالله yang digunakan untuk sumpah. Kalimah تَاللهِ digunakan apabila orang yang mengatakannya itu terkejut. Sedangkan kalimah والله adalah kalimah sumpah sebagai penekanan untuk semua keadaan. Tapi bila guna تَاللهِ, ia lebih kuat lagi.

 

لَقَد عَلِمتُم ما جِئنا لِنُفسِدَ فِي الأَرضِ

sesungguhnya kamu mengetahui bahawa kami datang bukan untuk membuat kerosakan di negeri (ini) 

Adik beradik Nabi Yusuf berhujah untuk mempertahankan diri mereka. Mereka kata orang Mesir itu pun tahu yang mereka datang bukan nak buat masalah dan hendak mencuri. Bukan mereka orang berbuat kerosakan di atas mukabumi dengan langgar langgar syariat – mencuri.

 

وَما كُنّا سارِقينَ

dan kami bukanlah para pencuri”.

Dan mereka menekankan yang mereka bukanlah golongan pencuri pun. Mereka orang terhormat, anak seorang Nabi pula. Dan bukan ini kali pertama mereka datang ke Mesir, tahun lepas pun mereka dah datang dan mereka telah bercakap-cakap dengan Menteri Kewangan sendiri – takkanlah mereka nak buat pasal pula.


 

Ayat 74:

قالوا فَما جَزاؤُهُ إِن كُنتُم كاذِبينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

They [the accusers] said, “Then what would be its recompense¹ if you should be liars?”

  • The punishment for theft.

(MALAY)

Mereka berkata: “Tetapi apa balasannya jikalau kamu betul-betul pendusta? “

 

Oleh kerana mereka mempertahankan diri mereka, maka ditanya balik kepada mereka: kalau kamu tipu, apa agaknya balasan untuk kamu?

Maksudnya mereka bertanyakan apakah hukuman yang dikenakan oleh tempat asal mereka, kerana mereka datang dari Kan’an. Kalau benar mereka mencuri, apakah hukuman yang dikenakan di sana?


 

Ayat 75:

قالوا جَزاؤُهُ مَن وُجِدَ في رَحلِهِ فَهُوَ جَزاؤُهُ ۚ كَذٰلِكَ نَجزِي الظّالِمينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

[The brothers] said, “Its recompense is that he in whose bag it is found – he [himself] will be its recompense.¹ Thus do we recompense the wrongdoers.”

  • According to their law, a convicted thief was made a slave of the one from whom he had stolen.

(MALAY)

Mereka menjawab: “Balasannya, ialah pada siapa diketemukan (barang yang hilang) dalam karungnya, maka dia sendirilah balasannya (tebusannya)”. Demikianlah kami memberi pembalasan kepada orang-orang yang zalim.

 

قالوا جَزاؤُهُ مَن وُجِدَ في رَحلِهِ فَهُوَ جَزاؤُهُ

Mereka menjawab: “Balasannya, ialah pada siapa diketemukan (barang yang hilang) dalam karungnya, maka dia sendirilah balasannya (tebusannya)”. 

Anak-anak Nabi Ya’kub itu beritahu undang-undang mereka di Kan’an iaitu syariat Nabi Ya’kub. Kalau seseorang itu didapati mencuri dan kena tangkap, orang yang mencuri itu akan jadi hamba kepada siapa yang dicuri. Yang mencuri itulah yang menjadi balasan kepada kesalahan itu dimana dia akan dijadikan sebagai kuli. Mereka kena jadi kuli orang itu selama setahun. Undang-undang Mesir tidak begitu. Begitulah yang dikehendaki oleh Nabi Yusuf kerana tindakannya itu adalah supaya Bunyamin dapat tinggal di Mesir bersama dengannya.

 

كَذٰلِكَ نَجزِي الظّالِمينَ

Demikianlah kami memberi pembalasan kepada orang-orang yang zalim.

Begitulah cara syariat Nabi Ya’kub buat orang zalim di Kan’an.

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya.


Rujukan:

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

Mutiara al-Qur’an

About tafsirsunnah

Blog mentafsir Quran berdasarkan fahaman Sunnah dan salafussoleh.
This entry was posted in Surah 012: Yusuf. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s