Tafsir Surah Yusuf Ayat 53 – 58 (Menjadi Menteri Kewangan)

Ayat 53:

۞ وَما أُبَرِّئُ نَفسي ۚ إِنَّ النَّفسَ لَأَمّارَةٌ بِالسّوءِ إِلّا ما رَحِمَ رَبّي ۚ إِنَّ رَبّي غَفورٌ رَحيمٌ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And I do not acquit myself. Indeed, the soul is a persistent enjoiner of evil, except those upon which my Lord has mercy. Indeed, my Lord is Forgiving and Merciful.”¹

  • Although Ibn Katheer attributes the words of verses 5253 to the wife of al-‘Azeez, others have concluded that they were spoken by Joseph, thereby justifying his request for an inquiry and acknowledging Allāh’s mercy to him.

(MALAY)

Dan aku tidak membebaskan diriku (dari kesalahan), kerana sesungguhnya nafsu itu selalu menyuruh kepada kejahatan, kecuali nafsu yang diberi rahmat oleh Tuhanku. Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

 

وَما أُبَرِّئُ نَفسي

Dan aku tidak membebaskan diriku (dari kesalahan),

Kalimat ini samada dikatakan oleh isteri menteri itu atau Nabi Yusuf a.s.

Kalau ia dikatakan oleh isteri menteri itu, ini bermaksud perbuatannya untuk mengaku kesalahan itu bukan untuk membebaskan dirinya. Dia tahu yang dia bersalah. Memang dia berniat dan menjalankan tindakan untuk menundukkan Nabi Yusuf untuk ikut kehendak dia.

Kalau ayat ini dikatakan oleh Nabi Yusuf: Nabi Yusuf tidaklah berkata yang dia tidak bersalah langsung. Seperti yang telah disebutkan dalam surah ini sebelum ini, Nabi Yusuf pun ada keinginan juga kepada isteri menteri itu (tapi baginda tidak meneruskan). Begitulah kita, kita tidak menidakkan keinginan nafsu kita kerana memang itu yang Allah telah berikan kepada kita. Cuma bezanya, samada kita ikut hawa nafsu kita tanpa dipandu oleh iman atau tidak?

 

إِنَّ النَّفسَ لَأَمّارَةٌ بِالسّوءِ

kerana sesungguhnya nafsu itu selalu menyuruh kepada kejahatan, 

Ketahuilah bahawa nafsu itu sentiasa menyuruh manusia melakukan kesalahan. Maka kena kawal dengan akal dan dengan iman.

 

إِلّا ما رَحِمَ رَبّي

melainkan orang yang Allah kasihan belas.

Hati selalu suruh buat benda yang salah dan ramai manusia yang kecundang dengan kehendak nafsu itu, kecuali mereka yang Allah rahmati. Nabi Yusuf memberitahu, kalau bukan kerana rahmat Allah, entah baginda pun akan buat salah juga.

Maka kita hendaklah meminta supaya Allah lindungi kita dari terikut-ikut dengan kehendak nafsu.

 

إِنَّ رَبّي غَفورٌ رَحيمٌ

Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Kadang-kadang, kita tersilap langkah juga kerana tidak tahan dengan godaan nafsu. Tapi Allah beritahu yang Dia Maha Pengampun kepada kesalahan hambaNya asalkan kita mahu minta ampun. Dan kenapa Allah sanggup ampunkan hambaNya? Kerana Dia Maha Penyayang, amat sayang kepada makhlukNya.


 

Ayat 54: Sekarang masuk ke dalam Keadaan ke 9 dimana Nabi Yusuf diberi jawatan. Maka, apabila selesai pengadilan kes Nabi Yusuf a.s. dan kebenaran telah dikeluarkan, maka Raja Mesir berkenan dengan Nabi Yusuf. Raja telah sedar yang dia adalah seorang yang amat baik dan mulia – bayangkan baginda tidak memalukan tuan rumah dan isterinya. Baginda cuma mahukan kebenaran sahaja dan baginda tidak malukan mereka kerana dia kenang jasa tuannya yang telah mengambilnya dan menjaganya dari kecil lagi. Oleh itu, walaupun baginda ada peluang, baginda tidak beritahu apa yang berlaku pun, cuma minta diselidiki sahaja. Dan baginda tidak kata pun yang wanita itu buat maksiat, cuma nak goda sahaja. Baginda nak biarlah lepas begitu sahaja. Dan ini adalah salah satu dari kehebatan sifat baginda.

وَقالَ المَلِكُ ائتوني بِهِ أَستَخلِصهُ لِنَفسي ۖ فَلَمّا كَلَّمَهُ قالَ إِنَّكَ اليَومَ لَدَينا مَكينٌ أَمينٌ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And the king said, “Bring him to me; I will appoint him exclusively for myself.” And when he spoke to him, he said, “Indeed, you are today established [in position] and trusted.”

(MALAY)

Dan raja berkata: “Bawalah Yusuf kepadaku, agar aku memilih dia sebagai orang yang rapat kepadaku”. Maka tatkala raja telah bercakap-cakap dengan dia, dia berkata: “Sesungguhnya kamu (mulai) hari ini menjadi seorang yang berkedudukan tinggi lagi dipercayai pada sisi kami”.

 

وَقالَ المَلِكُ ائتوني بِهِ

Dan raja berkata: “Bawalah Yusuf kepadaku, 

Setelah perbicaraan selesai, maka Raja mengarahkan bawalah Nabi Yusuf kepadanya kerana dia mahu berjumpa dengan insan mulia itu. Raja suruh bawa mengadap di istana.

 

أَستَخلِصهُ لِنَفسي

agar aku memilih dia sebagai orang yang rapat kepadaku”. 

Oleh kerana Nabi Yusuf seorang yang istimewa, jadi Raja hendak mengkhususkannya kepada dirinya. Maknanya menolong terus Raja dan bukan bawah menteri lain-lain. Raja hendak memberi kedudukan yang rapat dengannya. Raja hendak menjadikannya sebagai penasihat diraja.

 

فَلَمّا كَلَّمَهُ

Maka tatkala raja telah bercakap-cakap dengan dia,

Setelah Nabi Yusuf sampai ke istana, Raja dan Nabi Yusuf bercakap-cakap – macam sesi temuduga jugalah. Mereka berbincangan dua mereka sahaja. Antaranya mungkin menceritakan keadaan Mesir dan kepentingan menjaga agihan makanan dan sebagainya. Nabi Yusuf menekankan yang tugas itu perlu diberikan kepada orang yang pandai menjaga perkara itu. Dan baginda tengok tidak ada harap menteri yang boleh diharap untuk menjaga perkara penting ini.

 

قالَ إِنَّكَ اليَومَ لَدَينا مَكينٌ أَمينٌ

dia berkata: “Sesungguhnya kamu (mulai) hari ini menjadi seorang yang berkedudukan tinggi lagi dipercayai pada sisi kami”.

Raja amat berkenan kepada Nabi Yusuf. Maka Raja telah menawarkan kedudukan yang rapat dengannya dan kedudukan itu akan kekal dan selamat. Ini penting kerana Nabi Yusuf dah ada musuh kerana kes dulu. Jadi Raja tawarkan kedudukan tinggi yang selamat untuk baginda.

 أَمينٌ juga boleh bermaksud kedudukan tinggi dan dipercayai. Maknanya, menjadi orang kepercayaan Raja dan ini adalah kedudukan yang tinggi.


 

Ayat 55: Ini pula adalah cadangan Nabi Yusuf.

قالَ اجعَلني عَلىٰ خَزائِنِ الأَرضِ ۖ إِنّي حَفيظٌ عَليمٌ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

[Joseph] said, “Appoint me over the storehouses of the land. Indeed, I will be a knowing guardian.”

(MALAY)

Berkata Yusuf: “Jadikanlah aku bendaharawan negara (Mesir); sesungguhnya aku adalah orang yang pandai menjaga, lagi berpengetahuan”.

 

قالَ اجعَلني عَلىٰ خَزائِنِ الأَرضِ

Berkata Yusuf: “Jadikanlah aku bendaharawan negara

Baginda tahu kepentingan maklumat dari mimpi itu dijalankan dengan baik. Kerana kalau tidak dijalankan dengan baik, negara Mesir akan ada masalah. Sampai boleh jadi, ramai yang yang mati kerana kebuluran. Dan kalau nak harap kepada ahli politik yang lain, ianya akan rosak kerana mereka tidak boleh diharap.

Oleh itu, baginda tolak jawatan rapat dengan Raja dan minta dijadikan sebagai bendahari negara. Ini adalah kerana baginda tidak nampak orang lain yang boleh buat kerja itu. Oleh kerana baginda tahu kepentingan benda itu jadi baginda minta dia sendiri yang menguruskannya.

Mungkin ada yang nampak macam baginda gila kuasa pula, tapi ini adalah benda yang betul yang baginda buat. Kerana baginda yakin yang bagindalah yang patut menguruskannya.

 

إِنّي حَفيظٌ عَليمٌ

sesungguhnya aku adalah orang yang pandai menjaga, lagi berpengetahuan”.

Kenapa baginda yakin? Kerana baginda ada kelebihan. Baginda tahu bagaimana menjaga khazanah negara itu. Baginda tahu bagaimana menguruskan hasil tanaman nanti supaya tanaman dapat dikumpul selama 7 tahun dan bagaimana mengagihkan selama 7 tahun nanti.

Keduanya, baginda tahu apa yang perlu dilakukan. Ini adalah kerana baginda dulu duduk di rumah menteri kewangan. Telah banyak baginda dah belajar dari apa yang baginda perhatikan.

Jadi ini adalah keperluan untuk jadi menteri kewangan. Pertama, jaga dari bocor dan kedua, pandai untuk kumpul.

Kita boleh lihat bagaimana sifat baginda dah bertukar dan kisah baginda sudah mula berubah dari susah kepada senang. Kalau pada awal surah dulu, kita boleh lihat bagaimana baginda malu-malu masa bercakap dengan ayah baginda.


 

Ayat 56:

وَكَذٰلِكَ مَكَّنّا لِيوسُفَ فِي الأَرضِ يَتَبَوَّأُ مِنها حَيثُ يَشاءُ ۚ نُصيبُ بِرَحمَتِنا مَن نَشاءُ ۖ وَلا نُضيعُ أَجرَ المُحسِنينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And thus We established Joseph in the land to settle therein wherever he willed. We touch with Our mercy whom We will, and We do not allow to be lost the reward of those who do good.

(MALAY)

Dan demikianlah Kami memberi kedudukan kepada Yusuf di negeri Mesir; (dia berkuasa penuh) pergi menuju ke mana saja dia kehendaki di bumi Mesir itu. Kami melimpahkan rahmat Kami kepada siapa yang Kami kehendaki dan Kami tidak menyia-nyiakan pahala orang-orang yang berbuat baik.

 

وَكَذٰلِكَ مَكَّنّا لِيوسُفَ فِي الأَرضِ

Dan demikianlah Kami memberi kedudukan kepada Yusuf di negeri Mesir;

Begitulah Allah tinggikan kedudukan Nabi Yusuf di bumi Mesir itu. Itu hanya terjadi setelah melalui berbagai cubaan. Ia mengajar kita yang apapun terjadi, kita kena taqwa dan sabar dengan dugaan yang Allah kenakan. Sepanjang ada masalah dan dugaan itu, kita tetap kena jaga agama dan taqwa kita. Dengan dua prinsip (taqwa dan sabar) ini, kita semua akan berjaya.

Kalimah لِيوسُفَ itu dalam sususan taqdim. Jadi ia membawa maksud eksklusif – maka penempatan baginda dan juga Bani Israil nanti adalah kerana Nabi Yusuf. Allah buat begitu khusus untuk Yusuf.

 

يَتَبَوَّأُ مِنها حَيثُ يَشاءُ

pergi menuju ke mana saja dia kehendaki di bumi Mesir itu.

Baginda boleh pilih untuk duduk di mana-mana sahaja. Ini kerana baginda sudah ada kedudukan. Dan ini penting kerana dulu baginda tidak ada peluang untuk pilih mana baginda nak duduk. Semasa di rumah, adik beradik tidak suka sampaikan baginda kena buang di telaga; kemudian kena jual sampai duduk sebagai hamba di rumah Menteri Mesir; kemudian kerana tidak menurut hawa nafsu isteri tuannya, baginda telah kena penjara; semua itu adalah tempat yang tidak baik untuk baginda dan baginda terpaksa redha dan akur di mana sahaja Allah tempatkan baginda. Tapi sekarang baginda diberi kedudukan setelah baginda melalui segala dugaan itu dan baginda dah boleh pilih dia nak duduk di mana sahaja baginda suka. Keadaan sudah berubah untuk baginda.

 

نُصيبُ بِرَحمَتِنا مَن نَشاءُ

Kami melimpahkan rahmat Kami kepada siapa yang Kami kehendaki 

Begitulah baginda dikenakan dengan rahmat dari Allah. Memang dulu baginda susah dan menerima berbagai dugaan, sekarang masa untuk baginda dapatkan kesenangan.

 

وَلا نُضيعُ أَجرَ المُحسِنينَ

dan Kami tidak menyia-nyiakan pahala orang-orang yang berbuat baik.

Allah tidak akan hampakan المُحسِنينَ (mereka yang hati baik). المُحسِنينَ itu juga bermaksud mereka yang sedar kehadiran Allah sentiasa. Baginda telah sabar menerima segala dugaan yang Allah berikan kepadanya, dan sekarang Allah ganti dengan kebaikan yang banyak bagi baginda.

Baginda minta kedudukan sebagai bendahari Mesir adalah kerana baginda tahu yang baginda sahaja yang boleh jalankan tugas itu dengan betul. Kerana kalau bukan baginda yang buat, ia tidak akan berjalan dengan baik. Begitulah, kalau kerja kita kena buat, maka jalankanlah dan jangan lari dari tanggungjawab itu. Sebagai contoh kalau ada yang mencadangkan kita menjadi pemimpin. Kalau kita memang layak, janganlah pula konon nak zuhud rendahkan diri sampai tidak terima atau melepaskan jawatan. Fikirkanlah, kalau kamu yang baik tidak jalankan tugas itu, siapa lagi? Nak bagi orang lain yang memang mahukan kedudukan untuk tujuan yang salah? Sebab itulah ramai orang yang jahat yang ambil kedudukan di setiap tempat. Kerana orang yang baik segan sangat dan zuhud sangat sampai tidak mahu duduk di tempat yang berkuasa.


 

Ayat 57: Tadi adalah balasan di dunia, dan ini pula adalah balasan di akhirat pula.

وَلَأَجرُ الآخِرَةِ خَيرٌ لِلَّذينَ آمَنوا وَكانوا يَتَّقونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And the reward of the Hereafter is better for those who believed and were fearing Allāh.

(MALAY)

Dan sesungguhnya balasan di akhirat itu lebih baik, bagi orang-orang yang beriman dan selalu bertakwa.

 

وَلَأَجرُ الآخِرَةِ خَيرٌ لِلَّذينَ آمَنوا

Dan sesungguhnya balasan di akhirat itu lebih baik, bagi orang-orang yang beriman

Apa yang dia sedang dapat itu tidak ada apa kalau dibandingkan dengan balasan di akhirat nanti.

 

وَكانوا يَتَّقونَ

dan selalu bertakwa.

Tapi kebaikan dan balasan baik itu bagi mereka yang ada iman yang sempurna dan jaga hukum Allah.


 

Ayat 58: Ini adalah Keadaan yang ke 10 iaitu perjumpaan dengan saudara-saudaranya. Apabila keadaan kemarau, orang yang susah datang kepada baginda untuk minta tolong. Ini adalah zaman kemarau selepas 7 tahun kedua. Selama 7 tahun yang pertama, Mesir telah mengumpul bahan makanan untuk menghadapi zaman kemarau. Nabi Yusuf telah menguruskan proses itu dan baginda bukan simpan untuk rakyat Mesir sahaja tapi lebih lagi dari keperluan mereka. Ini adalah langkah yang amat bijak kerana mereka boleh jual bahan makanan kepada orang lain. Kerana tentu orang lain akan cari makanan waktu itu kerana memang tidak ada makanan (bukan Mesir sahaja yang kemarau tapi kawasan berdekatan juga). Dengan ada bahan makanan yang tidak ada di tempat lain, negara Mesir akan dapat keuntungan banyak dengan menjualnya kepada yang memerlukan. Kita dapat lihat bagaimana bijak sungguh Nabi Yusuf kerana dapat melihat kepada masa hadapan.

وَجاءَ إِخوَةُ يوسُفَ فَدَخَلوا عَلَيهِ فَعَرَفَهُم وَهُم لَهُ مُنكِرونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And the brothers of Joseph came [seeking food], and they entered upon him; and he recognized them, but he was to them unknown.¹

  • Due to the change in his appearance over the years.

(MALAY)

Dan saudara-saudara Yusuf datang (ke Mesir} lalu mereka masuk ke (tempat)nya. Maka Yusuf mengenal mereka, sedang mereka tidak kenal (lagi) kepadanya.

 

وَجاءَ إِخوَةُ يوسُفَ فَدَخَلوا عَلَيهِ

Dan saudara-saudara Yusuf datang (ke Mesir} lalu mereka masuk ke (tempat)nya. 

Ini adalah masa setelah berlalu 7 tahun yang subur dan sekarang sudah masuk tahun yang kemarau. Waktu itu yang ada makanan adalah di Mesir sahaja. Jadi orang ramai datang dari luar negara untuk mendapatkan bantuan makanan dari negara Mesir. Mereka jual apa yang mereka ada untuk dapatkan makanan. Dan Mesir telah membantu dengan menjual keperluan makanan kepada mereka. Nabi Yusuf telah membuat peraturan, dari setiap orang yang datang, diberikan sebanyak makanan yang boleh dibawa oleh unta – satu muatan unta. Itu adalah untuk setahun sahaja, tidak boleh datang untuk ambil lebih dari itu. Jadi kena datang sendiri untuk ambil gandum itu, tidak boleh pesan kepada orang lain. Tidak boleh nak beli banyak-banyak lebih dari seorang.

Oleh kerana negara tempat tinggal mereka (Kan’an) juga kemarau, maka adik beradik Nabi Yusuf pun datang juga ke Mesir mencari makanan. Tapi mereka tidak pergi dengan Bunyamin kerana Nabi Ya’kub tak beri pergi sekali dengan abang-abangnya. Ini kerana dulu mereka dah buat salah dengan Yusuf dan baginda tidak mahu terjadi perkara yang sama dengan anaknya Bunyamin ini.

Walaupun mereka tidak bawa Bunyamin, tapi mereka cuba jugalah untuk minta bahagian untuk Bunyamin. Mereka kata yang mereka ada seorang lagi adik tapi tidak dapat datang. Apabila mereka minta lebih dari peraturan yang dibenarkan, maka mereka kena mengadap Nabi Yusuf kerana hanya baginda yang dapat beri kebenaran itu.

 

فَعَرَفَهُم وَهُم لَهُ مُنكِرونَ

Maka Yusuf mengenal mereka, sedang mereka tidak kenal (lagi) kepadanya.

Semasa mereka masuk menemui baginda, Nabi Yusuf kenal mereka. Ini kerana semasa mereka membesar bersama, mereka dulu dah besar jadi tak banyak beza antara mereka dulu dan sekarang.

Tetapi mereka langsung tidak kenal baginda. Ini kerana baginda sudah membesar. Dulu baginda kecil sahaja dan perbezaan itu ketara. Dan mereka tidak sangka itu adalah Yusuf kerana sifat baginda pun sudah amat jauh berbeza – dulu baginda seorang pemalu tapi sekarang dah lain, sudah jadi menteri. Tambahan lagi mereka tidak terfikir langsung yang Yusuf akan jadi menteri. Apabila mereka meninggalkan baginda di dalam telaga dan diambil orang, mungkin mereka sangka baginda jadi orang biasa sahaja.

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya.


Rujukan:

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

Mutiara al-Qur’an

About tafsirsunnah

Blog mentafsir Quran berdasarkan fahaman Sunnah dan salafussoleh.
This entry was posted in Surah 012: Yusuf. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s