Tafsir Surah Yusuf Ayat 38 – 40 (Dakwah Nabi Yusuf di penjara)

Ayat 38: Nabi Yusuf berdakwah kepada mereka berdua dengan memberitahu apakah agama yang benar.

وَاتَّبَعتُ مِلَّةَ آبائي إِبراهيمَ وَإِسحاقَ وَيَعقوبَ ۚ ما كانَ لَنا أَن نُشرِكَ بِاللهِ مِن شَيءٍ ۚ ذٰلِكَ مِن فَضلِ اللهِ عَلَينا وَعَلَى النّاسِ وَلٰكِنَّ أَكثَرَ النّاسِ لا يَشكُرونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And I have followed the religion of my fathers, Abraham, Isaac and Jacob. And it was not for us to associate anything with Allāh. That is from the favor of Allāh upon us and upon the people, but most of the people are not grateful.

(MALAY)

Dan aku pengikut agama bapak-bapakku yaitu Ibrahim, Ishak dan Ya’qub. Tiadalah patut bagi kita mempersekutukan sesuatu apapun dengan Allah. Yang demikian itu adalah dari kurnia Allah kepada kami dan kepada manusia (seluruhnya); tetapi kebanyakan manusia tidak mensyukuri (Nya).

 

وَاتَّبَعتُ مِلَّةَ آبائي إِبراهيمَ وَإِسحاقَ وَيَعقوبَ

Dan aku pengikut agama bapak-bapakku yaitu Ibrahim, Ishak dan Ya’qub.

Baginda memberitahu yang baginda mengikut agama keturunan baginda sebelum itu, iaitu agama Islam. Baginda sebut:

Nabi Ya’kub a.s. – bapanya
Nabi Ishak a.s. – datuknya
Nabi Ibrahim a.s. – moyangnya

Jadi, Nabi Yusuf a.s. ada satu kelebihan yang tidak ada kelebihan ini pada Nabi-nabi yang lain, iaitu bapanya sampai ke moyangnya adalah Rasul. Dan baginda meneruskan legasi keluarganya itu dengan dikurniakan oleh Allah menjadi Rasul juga dan menyampaikan dakwah.

Nabi Yusuf a.s. mengikut agama datuk neneknya. Maka tidaklah salah kalau kita nak ikut ajaran dan agama tok nenek kalau mereka itu benar. Maka kena periksa juga samada mereka itu benar atau tidak. Jangan pakai ikut sahaja.

 

ما كانَ لَنا أَن نُشرِكَ بِاللهِ مِن شَيءٍ

Tiadalah patut bagi kita mempersekutukan sesuatu apapun dengan Allah.

Dan Nabi Yusuf terus memperkenalkan agama tauhid. Itulah yang paling penting sekali – menceritakan tentang tauhid. Itulah dakwah yang dibawa oleh para Rasul yang dahulu lagi pun. Allah adalah Tuhan yang sebenar jadi tidak patut bagi kita untuk mempersekutukanNya.

Nasihat baginda ini juga bertepatan dengan setiap keadaan, termasuk di dalam penjara. Kerana asas kebaikan seseorang adalah baik dengan Allah – kerana kalau buat baik dengan Allah, seseorang itu akan berbuat baik dengan orang lain. Tidak yakin dengan Allah adalah penyebab kepada jenayah. Kerana kalau seseorang itu tak kisah dengan Allah, dia juga akan tidak kisah dengan manusia.

Kita sebagai pendakwah juga kena ingatkan manusia dengan tauhid dan juga dengan syirik. Kena ajak dan ajar manusia tentang tauhid dan syirik. Kadang-kadang kita selalu sebut tentang tauhid, tapi tidak sebut pun tentang syirik. Bila tidak disebut, manusia tidak faham apakah syirik itu dan mereka tidak sangka yang mereka sedang melakukan syirik kerana mereka tidak tahu.

 

ذٰلِكَ مِن فَضلِ اللهِ عَلَينا

Yang demikian itu adalah dari kurnia Allah kepada kami 

Kurniaan pangkat kenabian itu diberikan kepada keluarga Nabi Yusuf sebagai kurniaan dari Allah. Yang paling penting, mereka telah diberikan dengan ilmu tauhid dan itulah kelebihan utama yang Allah berikan kepada keluarga mereka. Dan itu adalah kurniaan Allah yang amat besar kerana ramai yang tidak mengamalkan tauhid dalam dunia ini.

 

وَعَلَى النّاسِ

dan kepada manusia

Kurnian dapat mengamalkan tauhid dan meninggalkan syirik bukan khas untuk keluarga mereka sahaja tapi kepada manusia seluruhnya. Kalau belajar dan sanggup mengamalkannya, semua akan dapat kelebihan ini.

 

وَلٰكِنَّ أَكثَرَ النّاسِ لا يَشكُرونَ

tetapi kebanyakan manusia tidak mensyukuri 

Tapi banyak manusia tidak mensyukuri nikmat tauhid itu. Apabila diajak, mereka tidak mahu dengar dan tidak mahu ikut.

Lihat ada permainan bahasa di sini: shirk dan shukr – lebih kurang sahaja bunyinya tapi makna yang berlainan sekali.

Lihatlah bagaimana Nabi Yusuf masih sebut shukr semasa baginda dalam penjara. Baginda tidak putus semangat. Dah masuk dalam penjara pun masih lagi berdakwah, masih lagi beriman. Begitulah bagi pada pendakwah juga. Ada pendakwah yang ditangkap dan dimasukkan ke dalam penjara kerana tidak ada tauliah mengajar (padahal mereka ada ilmu). Tapi mereka terus berdakwah dalam penjara juga. Ramai banduan yang ikut beriman dengan mereka.


 

Ayat 39: Maka Nabi Yusuf mengajak mereka tolong fikirkanlah. Jadi ini adalah salah satu dari cara tabligh yang Allah ajar kepada kita.

يا صاحِبَيِ السِّجنِ أَأَربابٌ مُتَفَرِّقونَ خَيرٌ أَمِ اللهُ الواحِدُ القَهّارُ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

O [my] two companions of prison, are separate lords better or Allāh, the One, the Prevailing?

(MALAY)

Hai kedua penghuni penjara, manakah yang baik, tuhan-tuhan yang bermacam-macam itu ataukah Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa?

 

يا صاحِبَيِ السِّجنِ

Hai kedua penghuni penjara, 

Ini panggilan baik dari baginda terhadap kedua mereka. Beginilah kita kalau dalam berdakwah, kena gunakan bahasa yang baik-baik.

 

أَأَربابٌ مُتَفَرِّقونَ خَيرٌ

manakah yang baik, tuhan-tuhan yang bermacam-macam itu

Nabi Yusuf menggunakan perumpamaan dalam mengajar. Baginda suruh mereka fikir, tuhan yang ramai itu baikkah?

Mungkin yang dimaksudkan adalah tuhan (ilah) atau tuan kepada seseorang. Kerana kalau di Mesir itu, keluarga diraja pun dikenal sebagai rabb juga.

 

أَمِ اللهُ الواحِدُ القَهّارُ

ataukah Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa?

Adakah tuhan yang banyak itu bagus atau dengan Allah yang satu sahaja? Kalau ada tuhan banyak, apa yang akan jadi? Tentu bercelaru. Begitulah kalau kita lihat agama yang ada tuhan banyak seperti Hindu dan Yunani. Macam-macam perangai tuhan-tuhan mereka itu sampaikan berkelahi antara satu tuhan dengan tuhan yang lain. Beginikah sifat tuhan? Tentu tidak!

Dan kalau kita kata baginda maksudkan ‘tuan’ dalam bentuk manusia, mana yang bagus? Ada satu tuan atau ramai tuan? Bayangkan kalau seorang hamba ada banyak tuan, dan masing-masing suruh dia buat kerja. Seorang suruh begini dan seorang lagi suruh begitu; pening jadinya hamba itu.

Maka, Nabi Yusuf hendak memberi perumpamaan – sembah dan taat kepada satu Tuhan lah sahaja iaitu Allah. Itulah ajaran tauhid.


 

Ayat 40: Dalil Aqli.

ما تَعبُدونَ مِن دونِهِ إِلّا أَسماءً سَمَّيتُموها أَنتُم وَآباؤُكُم ما أَنزَلَ اللهُ بِها مِن سُلطانٍ ۚ إِنِ الحُكمُ إِلّا ِلِله ۚ أَمَرَ أَلّا تَعبُدوا إِلّا إِيّاهُ ۚ ذٰلِكَ الدّينُ القَيِّمُ وَلٰكِنَّ أَكثَرَ النّاسِ لا يَعلَمونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

You worship not besides Him except [mere] names you have named them,1 you and your fathers, for which Allāh has sent down no authority. Legislation is not but for Allāh. He has commanded that you worship not except Him. That is the correct religion, but most of the people do not know.

  • The false objects of worship which you have called “gods.”

(MALAY)

Kamu tidak menyembah yang selain Allah kecuali hanya (menyembah) nama-nama yang kamu dan nenek moyangmu membuat-buatnya. Allah tidak menurunkan suatu keteranganpun tentang nama-nama itu. Keputusan itu hanyalah kepunyaan Allah. Dia telah memerintahkan agar kamu tidak menyembah selain Dia. Itulah agama yang lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui”.

 

ما تَعبُدونَ مِن دونِهِ إِلّا أَسماءً سَمَّيتُموها

Kamu tidak menyembah yang selain Allah kecuali hanya (menyembah) nama-nama yang kamu namakan sahaja

Sekarang baginda menegur agama mereka pula. Setelah mereka mula bicara, mungkin  mereka cerita tentang agama mereka pula. Maka Nabi Yusuf memberitahu yang tuhan yang mereka sembah itu tidak ada, tapi rekaan manusia sahaja. Nama-nama tuhan mereka itu rekaan sahaja. Begitu jugalah dengan agama-agama selain Islam – mereka ada macam-macam jenis tuhan, tapi itu semua rekaan sahaja.

 

أَنتُم وَآباؤُكُم

kamu dan nenek moyangmu

Bukan sahaja mereka yang reka, tapi diambil dari rekaan tok nenek mereka yang dahulu. Umat kemudian pakai terima sahaja nama-nama rekaan itu. Mereka bubuh nama dengan sifat-sifat tuhan itu sekali. Ada tuhan yang jaga langit, tuhan ni jaga bumi, tuhan tu jaga angin dan macam-macam lagi. Dan kemudian mereka letak pula sifat-sifat mereka begitu dan begini – garang, bengis, lembut, ganas dan sebagainya. Itu semua rekaan sahaja.

 

ما أَنزَلَ اللهُ بِها مِن سُلطانٍ

Allah tidak menurunkan suatu keteranganpun tentang nama-nama itu. 

Semua itu tidak ada سُلطانٍ (dalil) dari Allah pun tentang perkara itu. Kalau agama yang benar, mestilah ada dalil, bukan ikut-ikutan sahaja.

 

إِنِ الحُكمُ إِلّا ِلِله ۚ

Keputusan itu hanyalah kepunyaan Allah. 

Dan ingatlah yang keputusan itu milik Allah sahaja. Kalau kamu tidak menyembah Dia sahaja, maka kamu akan dihadapkan kepadanya dan akan menerima balasan yang buruk. Kerana dosa syirik adalah dosa yang besar.

 

أَمَرَ أَلّا تَعبُدوا إِلّا إِيّاهُ

Dia telah memerintahkan agar kamu tidak menyembah selain Dia.

Dia telah arahkan semua hamba Dia untuk sembah Dia sahaja. Kalau sembah ilah yang lain, itu adalah syirik dan Allah tidak akan maafkan.

 

 ذٰلِكَ الدّينُ القَيِّمُ

Itulah agama yang lurus, 

Puja dan seru Allah taala sahaja, dengan tidak digabungkan dengan ilah yang lain itulah agama yang lurus.

 

وَلٰكِنَّ أَكثَرَ النّاسِ لا يَعلَمونَ

tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui”.

Akan tetapi kebanyakan manusia tidak memahami tuntutan tauhid ini. Kerana tidak tahu, maka mereka reka agama sendiri. Jadi jangan ikut kebanyakan manusia. Kena cari agama yang benar. Kena terus menjadi dan mengkaji.

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya.


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

Mutiara al-Qur’an

About tafsirsunnah

Blog mentafsir Quran berdasarkan fahaman Sunnah dan salafussoleh.
This entry was posted in Surah 012: Yusuf. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s