Tafsir Surah Yusuf Ayat 34 – 37 (Masuk penjara)

Ayat 34: Masih lagi dalam keadaan ke 6 dimana baginda dipenjarakan kerana mendapat godaan dari wanita-wanita yang banyak.

فَاستَجابَ لَهُ رَبُّهُ فَصَرَفَ عَنهُ كَيدَهُنَّ ۚ إِنَّهُ هُوَ السَّميعُ العَليمُ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

So his Lord responded to him and averted from him their plan. Indeed, He is the Hearing, the Knowing.

(MALAY)

Maka Tuhannya memperkenankan doa Yusuf dan Dia menghindarkan Yusuf dari tipu daya mereka. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

 

فَاستَجابَ لَهُ رَبُّهُ

Maka Tuhannya memperkenankan doanya

Allah makbulkan doa baginda. Dan doa baginda adalah: dia lebih suka masuk penjara, maka Allah masukkan baginda ke dalam penjara. Ulama kata, kalau baginda minta dilepaskan terus dari masalah itu, tidaklah Allah masukkan baginda ke dalam penjara – ini mengajar kita untuk berjaga-jaga dalam doa kita.

 

فَصَرَفَ عَنهُ كَيدَهُنَّ

dan Dia menghindarkan Yusuf dari tipu daya mereka.

Maka Allah hindarkan baginda dari tipu daya mereka. Baginda diselamatkan dari godaan para wanita itu.

 

إِنَّهُ هُوَ السَّميعُ العَليمُ

Sesungguhnya Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

Allah mengingatkan kita bahawa Dia Maha Mendengar doa kita. Dan Allah Maha Mengetahui segala apa yang terjadi. Semua itu dalam perancangan Allah.


 

Ayat 35:

ثُمَّ بَدا لَهُم مِن بَعدِ ما رَأَوُا الآياتِ لَيَسجُنُنَّهُ حَتّىٰ حينٍ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Then it appeared to them after they had seen the signs¹ that he [i.e., al-‘Azeez] should surely imprison him for a time.²

  • Proofs of his innocence.
  • Until the scandal be forgotten.

(MALAY)

Kemudian timbul fikiran pada mereka setelah melihat tanda-tanda (kebenaran Yusuf) bahawa mereka harus memenjarakannya sampai sesuatu waktu.

 

ثُمَّ بَدا لَهُم مِن بَعدِ ما رَأَوُا الآياتِ

Kemudian timbul fikiran pada mereka setelah melihat tanda-tanda

Dalam ini sekarang digunakan لَهُم (kepada mereka – merujuk kepada semua yang di situ samada lelaki atau perempuan) pula. Ini bermaksud sekarang perancangan ini telah melibatkan orang lain selain wanita-wanita itu. Ini adalah kerana perempuan-perempuan itu ada suami mereka masing-masing. Suami mereka sudah tahu apa yang terjadi dan mereka kena fikirkan jalan bagaimana nak selesaikan masalah yang telah timbul ini dari jadi melarat lebih teruk. Isteri-isteri mereka dah terpikat dengan seorang lelaki tampan dan baik. Dan kecoh dah sekarang angau mereka.

Jadi ayat ini menceritakan kata-kata mereka selepas mereka mesyuarat sesama mereka.

 

لَيَسجُنُنَّهُ حَتّىٰ حينٍ

bahawa mereka harus memenjarakannya sampai sesuatu waktu.

Setelah mereka bermesyuarat, mereka rasa patut Nabi Yusuf dimasukkan ke dalam penjara buat sementara waktu. Biar baginda tidak dapat cakap dengan orang lain. Dan mereka masukkan baginda ke dalam penjara tanpa melalui proses kehakiman kerana nak senyapkan (dan tidak ada alasan pun untuk masukkan baginda). Semua ini mereka lakukan untuk menyelamatkan keadaan yang sudah nampak tidak terkawal. Kerana kalau baginda masih duduk di dalam rumah, akan ada masalah yang lebih besar pula nanti. Lagi satu, apabila Yusuf dimasukkan ke dalam penjara, masyarakat Mesir yang sudah dengar desas desus kisah itu pun akan sangka yang Yusuf yang bersalah, bukan wanita-wanita itu. Maknanya, mereka sanggup menyusahkan orang lain semata-mata kerana nak jaga maruah mereka.

Kerana itulah nanti, apabila Raja hendak mengeluarkan baginda dari penjara, baginda tidak mahu selagi namanya tidak dibersihkan. Baginda tidak mahu nanti masih ada rakyat yang sangka baginda yang bersalah.

Asalnya mereka memang nak masukkan Nabi Yusuf untuk sementara waktu sahaja. Akan tetapi selepas dah masuk penjara, mereka dah lupa dah kerana bukan penting pun baginda bagi mereka. Entah berapa lama tidak diketahui kerana tidak disebut dalam nas.


 

Ayat 36: Ini adalah keadaan ke 7 – kisah di dalam penjara pula. Dugaan dan ujian yang Allah kenakan kepada Nabi Yusuf berterusan dan belum berakhir lagi nampaknya. Kali ini berkenaan tadbiran mimpi yang pertama.

وَدَخَلَ مَعَهُ السِّجنَ فَتَيانِ ۖ قالَ أَحَدُهُما إِنّي أَراني أَعصِرُ خَمرًا ۖ وَقالَ الآخَرُ إِنّي أَراني أَحمِلُ فَوقَ رَأسي خُبزًا تَأكُلُ الطَّيرُ مِنهُ ۖ نَبِّئنا بِتَأويلِهِ ۖ إِنّا نَراكَ مِنَ المُحسِنينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And there entered the prison with him two young men. One of them said, “Indeed, I have seen myself [in a dream] pressing wine.” The other said, “Indeed, I have seen myself carrying upon my head [some] bread, from which the birds were eating. Inform us of its interpretation; indeed, we see you to be of those who do good.”

(MALAY)

Dan bersama dengan dia masuk pula ke dalam penjara dua orang pemuda. Berkatalah salah seorang diantara keduanya: “Sesungguhnya aku bermimpi, bahawa aku memeras anggur”. Dan yang lainnya berkata: “Sesungguhnya aku bermimpi, bahawa aku membawa roti di atas kepalaku, sebahagiannya dimakan burung”. Berikanlah kepada kami ta’birnya; sesungguhnya kami memandang kamu termasuk orang-orang yang pandai (mena’birkan mimpi).

 

وَدَخَلَ مَعَهُ السِّجنَ فَتَيانِ

Dan bersama dengan dia masuk pula ke dalam penjara dua orang pemuda. 

Ini adalah kisah Nabi Yusuf dalam penjara. Ada dua orang pemuda yang masuk sekali dengan Nabi Yusuf. Semasa proses masuk dalam penjara, mereka dapat berkenalan dengan Nabi Yusuf masa nak masuk sekali. Memang ramai orang lain lagi dalam penjara itu, tapi mereka nampak bagaimana akhlak dan sifat baginda. Mereka tahu yang baginda lain dari orang lain.

Latarbelakang dua lelaki ini: Seorang adalah tukang bawa air Raja dan seorang lagi tukang roti Raja. Sebelum itu ada percubaan untuk membunuh Raja Mesir. Ada dua percubaan – dengan menggunakan racun pada makanan dan racun dalam minuman Raja. Dua lelaki ini terlibat dalam percubaan itu. Salah seorang dari dua lelaki yang masuk bersama dengan Nabi Yusuf itu telah meletak racun dalam makanan. Dan seorang lagi sepatutnya memasukkan racun dalam minuman Raja tapi dia tidak sanggup melakukannya. Tapi kerana mereka terlibat, dua-dua mereka masuk dalam penjara sementara tunggu siasatan. Makanan sahaja yang ada racun tapi Raja tidak makan.

 

قالَ أَحَدُهُما إِنّي أَراني أَعصِرُ خَمرًا

Berkatalah salah seorang diantara keduanya: “Sesungguhnya aku bermimpi, bahawa aku memeras anggur”. 

Ini adalah orang yang tak jadi meletak racun pada minuman raja. Dia telah dimasukkan ke dalam penjara kerana dia ada terlibat juga dalam percubaan membunuh raja itu.

Setelah mengenali Yusuf di dalam penjara, tidak lama kemudian dia boleh nampak bagaimana Nabi Yusuf itu seorang yang ada kelebihan, maka dia minta Nabi Yusuf tadbir mimpi dia. Jadi tidaklah dia tanya terus bila masuk penjara itu. Dia memberitahu kepada Nabi Yusuf yang dia bermimpi dia memeras anggur untuk dijadikan wine. Apabila digunakan kalimah أَراني, bermakna dia selalu melihatnya – mimpi berkali-kali.

Ikrimah mengatakan bahawa salah seorang dari keduanya berkata kepada Yusuf, “Sesungguhnya aku melihat dalam mimpiku bahawa aku menanam biji buah anggur, lalu tanaman itu tumbuh dan mengeluarkan buah anggur yang sangat banyak, lalu aku memerasnya dan menyuguhkan perahan itu kepada raja.

 

وَقالَ الآخَرُ إِنّي أَراني أَحمِلُ فَوقَ رَأسي خُبزًا

Dan yang lainnya berkata: “Sesungguhnya aku bermimpi, bahawa aku membawa roti di atas kepalaku,

Dan ini pula adalah seorang lagi lelaki. Dia adalah lelaki yang letak racun pada makanan raja. Dan dia pun ada mimpi juga. Dalam mimpinya, dia menjunjung roti di atas kepalanya.

 

تَأكُلُ الطَّيرُ مِنهُ

sebahagiannya dimakan burung”.

Kerana roti itu di atas kepalanya, ada burung yang mematuk dan memakan roti yang di atas kepalanya itu.

 

نَبِّئنا بِتَأويلِهِ

Berikanlah kepada kami ta’birnya; 

Setelah berkenalan dengan Nabi Yusuf, mereka nampak kelebihan yang ada pada baginda. Jadi mereka berharap supaya baginda dapat mentadbir mimpi mereka itu. Kerana mereka rasa tentu ada makna yang hendak disampaikan kerana mereka berkali-kali mimpi perkara yang sama.

 

إِنّا نَراكَ مِنَ المُحسِنينَ

sesungguhnya kami memandang kamu termasuk orang-orang yang baik

Mereka berharap sangat kepada baginda kerana mereka nampak yang baginda adalah orang yang baik, yang hebat. Di dalam penjara Yusuf dikenal sebagai orang yang dermawan, dapat dipercaya, jujur pembicaraannya, berakhlak baik, dan banyak ibadahnya. Selain itu ia dikenal mempunyai pengetahuan tentang ta’bir mimpi, selalu berbuat baik kepada penduduk penjara itu, gemar melawat mereka yang sakit, dan selalu memenuhi hak-hak mereka.


 

Ayat 37: Setelah diminta untuk tadbir mimpi itu, baginda tidak terus tadbir mimpi mereka, tapi baginda mengambil peluang itu untuk pujuk hati mereka dulu kepada Islam. Ini kerana mereka memang sudah memasang telinga untuk mendengar kata-kata baginda. Kerana itu kita akan lihat yang baginda tidak terus mentadbir mimpi mereka sahaja. Maka, kita pun bolehlah mengambil pendekatan sebegini kalau kita ada peluang untuk bercakap dengan orang yang memang sedang memasang telinga untuk mendengar cakap kita.

قالَ لا يَأتيكُما طَعامٌ تُرزَقانِهِ إِلّا نَبَّأتُكُما بِتَأويلِهِ قَبلَ أَن يَأتِيَكُما ۚ ذٰلِكُما مِمّا عَلَّمَني رَبّي ۚ إِنّي تَرَكتُ مِلَّةَ قَومٍ لا يُؤمِنونَ بِاللهِ وَهُم بِالآخِرَةِ هُم كافِرونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

He said, “You will not receive food that is provided to you except that I will inform you of its interpretation before it comes to you. That is from what my Lord has taught me. Indeed, I have left the religion of a people who do not believe in Allāh, and they, in the Hereafter, are disbelievers.

(MALAY)

Yusuf berkata: “Tidak disampaikan kepada kamu berdua makanan yang akan diberikan kepadamu melainkan aku telah dapat menerangkan maksud mimpi itu, sebelum makanan itu sampai kepadamu. Yang demikian itu adalah sebagian dari apa yang diajarkan kepadaku oleh Tuhanku. Sesungguhnya aku telah meninggalkan agama orang-orang yang tidak beriman kepada Allah, sedang mereka ingkar kepada hari kemudian.

 

قالَ لا يَأتيكُما طَعامٌ تُرزَقانِهِ

Yusuf berkata: “Tidak disampaikan kepada kamu berdua makanan yang akan diberikan kepadamu 

Apabila mereka di dalam penjara, mereka akan diberikan dengan makanan mengikut jadual tertentu.

 

إِلّا نَبَّأتُكُما بِتَأويلِهِ قَبلَ أَن يَأتِيَكُما

melainkan aku telah dapat menerangkan maksud mimpi itu, sebelum makanan itu sampai kepadamu.

Nabi Yusuf berjanji, sebelum makanan itu sampai, baginda akan siap tadbir mimpi itu. Seperti yang telah disebut, baginda nak ambil kesempatan itu untuk dakwah agama kepada mereka. Kerana tadbir mimpi itu sekejap sahaja sebenarnya, jadi nak isi dengan perbincangan agama sedikit. Tapi tidaklah sebut tentang agama memanjang-manjang. Sebab itu Nabi Yusuf bagi jangka waktu di permulaan. Dia nak ambil masa sikit sahaja.

Ini penting kerana kadang-kadang kita kena ‘perangkap’. Ada orang yang kata nak bagi tazkirah lima minit sahaja, tapi selepas itu sampai sejam lebih dia bercakap, padahal kita ada kerja lain lagi. Dia kata dia nak cakap lima minit sahaja, memang kita boleh bagi. Tapi bila dia dah mula cakap, kita rasa terperangkap. Begitulah kadang-kadang masalah pendakwah – kata nak cakap sikit sahaja, tapi akhirnya cakap banyak pula. Ini menyebabkan ada orang sudah malas nak dengar kalau ada orang yang nak cakap tentang agama dah – mereka ada yang tolak awal-awal. Oleh itu, kita sebagai pendakwah, kena pandai menggunakan taktik dan hormat masa orang lain. Begitu juga kalau kita mengajar – kalau kata sejam sahaja kelas, maka sejam sahajalah.

Oleh itu, baginda berjanji yang baginda nak bercakap pendek sahaja iaitu sementara makanan belum sampai lagi. Jadi dua orang itu sudah dapat agak berapa lama masa Nabi Yusuf akan bercakap. Ini mengajar kita untuk hormat masa orang lain. Kerana itu kalau kita dapat beri ceramah, mengajar, kita tanya masa bercakap sampai bila dan jangan cakap lebih dari masa yang telah dijanjikan.

 

ذٰلِكُما مِمّا عَلَّمَني رَبّي

Yang demikian itu adalah sebagian dari apa yang diajarkan kepadaku oleh Tuhanku.

Pertamanya, baginda memuji Allah di atas pemberianNya yang mengajar baginda bagaimana mentadbir mimpi. Baginda ingatkan yang kelebihan itu, Allah yang beri kepada baginda, bukan baginda memandai sahaja tadbir mimpi orang.

 

إِنّي تَرَكتُ مِلَّةَ قَومٍ لا يُؤمِنونَ بِاللهِ

Sesungguhnya aku telah meninggalkan agama orang-orang yang tidak beriman kepada Allah,

Sekarang baginda memperkenalkan dirinya. Baginda mengatakan yang baginda adalah seorang muslim. Dan baginda tidak sama dengan mereka yang mengamalkan agama yang tidak beriman dengan Allah. Kalimah مِلَّةَ digunakan apabila manusia bergabung dalam satu agama atau satu pegangan yang sama. Ianya merujuk kepada agama rakyat negeri itu secara kolektif. Nabi Yusuf mengatakan baginda tidak seperti mereka tidak mengamalkan fahaman mereka itu yang berlawanan dengan apa yang dikehendaki oleh Allah.

 

وَهُم بِالآخِرَةِ هُم كافِرونَ

sedang mereka ingkar kepada hari kemudian.

Dari segi bahasa, ada taqdim pada kalimah بِالآخِرَةِ. Ini menunjukkan penekanan pada perkataan itu menunjukkan cara kehidupan orang kebanyakan tidak takut dengan akhirat. Mereka buat tidak kisah dan tidak percaya yang mereka akan dibangkitkan dan mereka akan dipertanggungjawabkan dengan segala perbuatan mereka semasa mereka di dunia. Dan apabila tidak percaya dan tidak takut kepada akhirat, manusia berani buat apa-apa sahaja. Itulah perangai kaum kafir.

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya.


Rujukan:

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

Mutiara al-Qur’an

About tafsirsunnah

Blog mentafsir Quran berdasarkan fahaman Sunnah dan salafussoleh.
This entry was posted in Surah 012: Yusuf. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s