Tafsir Surah Yusuf Ayat 9 – 14 (Perancangan Jahat)

Ayat 9: Keadaan ke 3. Ini adalah ujian pertama yang dihadapi oleh Nabi Yusuf. Iaitu menerima pakatan jahat dan tipu helah saudara-saudaranya.

اقتُلوا يوسُفَ أَوِ اطرَحوهُ أَرضًا يَخلُ لَكُم وَجهُ أَبيكُم وَتَكونوا مِن بَعدِهِ قَومًا صٰلِحينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Kill Joseph or cast him out to [another] land; the countenance [i.e., attention] of your father will [then] be only for you, and you will be after that a righteous people.”¹

  • i.e., You can repent thereafter.

(MALAY)

Bunuhlah Yusuf atau buanglah dia ke suatu daerah (yang tak dikenal) supaya perhatian ayahmu tertumpah kepadamu saja, dan sesudah itu hendaklah kamu menjadi orang-orang yang baik”.

 

اقتُلوا يوسُفَ

Bunuhlah Yusuf 

Kita boleh agak bahawa kata-kata dalam ayat ini adalah dari hasutan syaitan. Inilah hasutan syaitan dari dulu lagi – ingat kembali kisah Habil dan Qabil? Bukankah syaitan sentiasa menyuruh manusia membunuh manusia yang lain? Dan kisah Habil dan Qabil itu pun kerana cemburu juga – sama macam abang-abang Nabi Yusuf yang cemburu kepada baginda. Dalam ayat ini, tidak disebut siapa yang bercakap. Jadi kita boleh agak yang ini adalah perbincangan antara mereka (setelah dihasut oleh syaitan).

 

أَوِ اطرَحوهُ أَرضًا

atau buanglah dia ke suatu daerah

Walaupun terkeluar cadangan untuk bunuh Nabi Yusuf, tapi ada yang rasa lembut hati maka tidak jadi nak bunuh. Maka mereka tukar rancangan untuk letak Nabi Yusuf dalam telaga. اطرَح bermaksud buang sesuatu yang rasa tidak ada harga, macam buang pembalut gula-gula ke dalam tong sampah. Tidak disebut tempat yang khusus (sebab أَرضًا dalam isim nakirah), maksudnya mana-mana pun, asalkan jauh dari mereka.

 

يَخلُ لَكُم وَجهُ أَبيكُم

supaya perhatian ayahmu tertumpah kepadamu saja,

يَخلُ dari kalimah خ ل و yang bermaksud menyendiri. Dari sinilah terjadinya kalimah khalwah (bersendirian dengan Allah atau bersendirian lelaki dan wanita). Apabila bersendiri, fikiran kita pun tertumpu kepada Allah atau orang yang kita bersendiri itu. Maksud dalam ayat ini: memberi tumpuan, beri perhatian. Mereka hendakkan perhatian dari ayah mereka tertumpu kepada mereka sahaja (kerana selama ini mereka rasa ayah mereka beri perhatian kepada Nabi Yusuf sahaja). Bila saingan sudah tidak ada, mereka rasa ayah mereka akan sayang kepada mereka.

Rancangan mereka ini memang ekstrim. Begitulah apabila buat sesuatu kejahatan, ia menjadi lebih teruk bila dah ramai (seperti abang-abang Nabi Yusuf ini – mereka kata mereka عُصبَةٌ). Dalam psikologi, ini dipanggil ‘mob mentality. Bila dah ramai, mereka jadi berani dan semua orang terikut-ikut dengan pendapat ramai dan takut nak lawan. Kerana kalau seorang dari ahli kumpulan itu bersuara melawan apa yang dikatakan oleh semua ahli kumpulan, dia pula yang kena serang oleh kumpulan itu.

 

وَتَكونوا مِن بَعدِهِ قَومًا صٰلِحينَ

dan sesudah itu hendaklah kamu menjadi orang-orang yang baik”.

Mereka buat rancangan selepas itu barulah bertaubat dan jadi orang baik pula. Mereka sangka, bila ayah dah beri perhatian kepada mereka, tidaklah mereka jadi jahat lagi – ini kerana mereka rasa mereka jadi teruk perangai kerana ayah mereka tidak beri perhatian terhadap mereka.

Tambahan pula anak yang baik sudah tidak ada nak dibandingkan dengan mereka, jadi mereka akan nampak baiklah pula. Mereka lepas itu berhajat akan jadikan ayah mereka berbangga dengan mereka.

Ini adalah satu lagi emosi yang bahaya. Dalam psikologi, ini dipanggil ‘twisted love’. Ada orang yang ada masalah kawal emosi sampai sanggup buat jahat kerana cinta. Sebagai contoh, mereka sanggup bunuh atau cederakan orang yang mereka sangka menjadi saingan mereka dalam mendapatkan orang yang mereka mahukan. Ini bahaya dan ini boleh jadi masalah besar dalam diri manusia. Oleh itu, manusia kena belajar kawal emosi mereka. Masalahnya, pendidikan di dunia sekarang, banyak tidak menjurus ke arah emosi – cuma ajar baca dan mengira sahaja. Oleh itu, kita sebagai orang yang pandai, jangan ringankan masalah emosi ini – maka kita kena beri perhatian kepada pengukuhan emosi anak-anak kita. Kena didik mereka untuk pandai kenal emosi mereka kerana kalau tidak dikawal, mereka akan buat benda-benda yang jahat.


 

Ayat 10:

قالَ قائِلٌ مِّنهُم لا تَقتُلوا يوسُفَ وَأَلقوهُ في غَيٰبَتِ الجُبِّ يَلتَقِطهُ بَعضُ السَّيّارَةِ إِن كُنتُم فٰعِلينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Said a speaker among them, “Do not kill Joseph but throw him into the bottom of the well; some travelers will pick him up – if you would do [something].”

(MALAY)

Seorang diantara mereka berkata: “Janganlah kamu bunuh Yusuf, tetapi masukkanlah dia ke dasar sumur supaya dia dipungut oleh beberapa orang musafir, jika kamu hendak berbuat”.

 

قالَ قائِلٌ مِّنهُم

Seorang diantara mereka berkata: 

Tidak pasti siapakah yang berkata dalam ayat ini, tapi dari bahasa, kita tahu yang dia adalah seorang ada yang paling berpengaruh dikalangan mereka. Jadi ada pendapat yang mengatakan (mungkin) yang berkata ini adalah abang mereka yang paling tua.

 

لا تَقتُلوا يوسُفَ

“Janganlah kamu bunuh Yusuf,

Dia kata jangan bunuh Yusuf sebab bunuh itu benda yang berat. Kalau nak dapatkan kasih ayah pun takkan sampai nak kena buat begitu sekali.

 

وَأَلقوهُ في غَيٰبَتِ الجُبِّ

tetapi buanglah dia ke dasar sumur

Walaupun dia tidak sampai hati nak bunuh, tapi dia masih marah kepada Yusuf kerana dia guna وَأَلقوهُ (buangkanlah dia). Maknanya, bukan biarkan sahaja, siap nak buang lagi.

غَيابَة dari kalimah asal غ ي ب yang bermaksud tidak nampak (ghaib). Kerana itulah kubur juga dipanggil غَيابَة kerana tidak nampak apa yang ada di dalam kubur itu. Sementara kalimah الجُبِّ bermaksud ‘telaga’. Iaitu telaga yang besar. Oleh itu, غَيابَتِ الجُبِّ adalah telaga yang jauh dari pandangan orang lain. Boleh diterjemah sebagai telaga musafir – digunakan oleh musafir dalam perjalanan mereka – bukannya telaga di sesuatu tempat tinggal yang banyak digunakan penduduk. Jadi telaga ini adalah jenis telaga yang dalam perjalanan dan jauh dari orang.

Maknanya telaga ini bukan telaga yang biasa kerana ada nama lain bagi telaga iaitu بئر (bi’ir). Kalau telaga yang ada binaan di sekelilingnya, itu adalah بئر. Dan kalau tidak ada, cuma ada lubang sahaja, ia adalalah الجُبِّ. Maknanya telaga ini tidak terjaga sangat kerana ianya digunakan sekali sekala sahaja.

 

يَلتَقِطهُ بَعضُ السَّيّارَةِ

supaya dia dipungut oleh beberapa orang musafir,

Kalimah لقط maksudnya diambil dan digunakan untuk budak yang diambil di perjalanan. Iaitu budak-budak yang hilang dari kumpulan dia dan diambil oleh orang yang jahat. Dan لقطة adalah sesuatu yang kita jumpa tengah jalan, contohnya kita terjumpa beg duit, dan kita ambil. Jadi, التقط adalah sesuatu yang kita terjumpa. Jadi ini adalah harapan mereka. Dan sebenarnya memang susah pun kerana mereka nak letak di telaga yang jauh dari orang – kebarangkalian ada orang datang ke situ adalah tipis sebenarnya.

Mereka berfikiran, tentu ada yang kafilah yang akan datang ke telaga itu dalam perjalanan mereka dan nanti akan terjumpa Nabi Yusuf disitu. Dalam riwayat, ada disebut bagaimana semasa Nabi Yusuf hendak dibuang ke dalam telaga itu, baginda cuba berpegang kepada abangnya – sampaikan bajunya tercabut dan baginda terlepas ke dalam telaga akhirnya. Disebutkan bahawa sebelum jatuh ke dasar, Jibrail tahan dan sambut baginda dan meletakkan baginda di atas batu dalam telaga itu.

 

إِن كُنتُم فٰعِلينَ

jika kamu hendak berbuat”.

Yang berkata itu telah memberikan cadangannya dan dia sambung: kalau nak buat juga. Ini adalah kata-kata untuk menyedapkan hati sahaja. Mereka itu sebenarnya buat perkara yang jahat, tapi konon nak buat baik (tak bunuh pada mereka dah kira baik dah). Oleh itu, tak baik sangat pun. Ini kerana mereka tinggalkan di kawasan yang tidak ada orang, jadi yang jumpa itu pun adalah kafilah yang sesat sampai ke situ. Dalam riwayat disebutkan bagaimana mereka itu sepatutnya tak sampai pun di situ kalau bukan Allah yang bawa mereka ke situ. Maknanya, semua itu adalah dalam perancangan Allah taala.

Setelah mendengar cadangan dari abang mereka itu, adik beradik yang lain pun setuju dengan cadangan abang sulung itu.


 

Ayat 11: Tapi untuk menjayakan rancangan mereka, mereka kena pujuk dulu ayah. Lihat bagaimana cara mereka pujuk.

قالوا يٰأَبانا ما لَكَ لا تَأمَنّا عَلىٰ يوسُفَ وَإِنّا لَهُ لَنٰصِحونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

They said, “O our father, why do you not entrust us with Joseph while indeed, we are to him sincere counselors?

(MALAY)

Mereka berkata: “Wahai ayah kami, apa sebabnya kamu tidak mempercayai kami terhadap Yusuf, padahal sesungguhnya kami adalah orang-orang yang mengingini kebaikan baginya.

 

قالوا يٰأَبانا

Mereka berkata: “Wahai ayah kami,

Ini adalah rancangan mereka untuk memujuk bapa mereka untuk melepaskan Nabi Yusuf ikut mereka supaya mereka dapat menjalankan rancangan jahat mereka itu.

 

ما لَكَ لا تَأمَنّا عَلىٰ يوسُفَ

apa sebabnya kamu tidak mempercayai kami terhadap Yusuf,

ما لَكَ bermaksud: “apa tak kena dengan kau?” Lihatlah bagaimana kurang ajar mereka bercakap dengan bapa mereka. Awal-awal lagi mereka telah mempersoalkan bapa mereka, seorang Nabi.  Mereka mempersoalkan Nabi Ya’kub kenapa tak percaya kepada mereka.

لا تَأمَنّا adalah satu tuduhan yang tidak patut diberikan kepada seorang ayah, apatah lagi seorang Nabi. Mereka kata begini kerana mereka nampak Nabi Ya’kub tidak lepaskan Yusuf dari pandangan dia. Ke mana sahaja Nabi Ya’kub pergi, Nabi Yusuf sentiasa ada bersama. Nabi Ya’kub tidak biarkan Nabi Yusuf bersendirian bersama dengan abang-abang baginda.

 

وَإِنّا لَهُ لَنٰصِحونَ

padahal sesungguhnya kami adalah orang-orang yang mengingini kebaikan baginya.

Mereka sekarang mengaku yang mereka berniat baik terhadap Nabi Yusuf, adik mereka. Apabila ada takdim pada kalimah لَهُ (didahulukan dan bukan dalam format bahasa Arab yang biasa), ia hendak menekankan yang kononnya mereka mengatakan Nabi Yusuf itu seorang yang rapat dengan mereka yang mereka sayang dan kononnya nak kata mereka prihatin dengan Nabi Yusuf. Kita tahu dari kisah mereka yang sebenarnya mereka tidak begitu, bukan?


 

Ayat 12: Sekarang mereka menyatakan apa yang mereka hendak Nabi Ya’kub lakukan.

أَرسِلهُ مَعَنا غَدًا يَرتَع وَيَلعَب وَإِنّا لَهُ لَحٰفِظونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Send him with us tomorrow that he may eat well and play. And indeed, we will be his guardians.”

(MALAY)

Biarkanlah dia pergi bersama kami besok pagi, agar dia (dapat) makan-makan dan (dapat) bermain-main, dan sesungguhnya kami pasti menjaganya”.

 

أَرسِلهُ مَعَنا غَدًا

Biarkanlah dia pergi bersama kami besok pagi,

Ini adalah dialog Nabi Ya’kub dan anak-anaknya. Mereka minta Nabi Ya’kub biarkan Nabi Yusuf bermain dengan mereka esok. Mereka nak keluar dari rumah dan bergembira dan mereka kata, biarlah Nabi Yusuf ikut mereka kali ini.

 

يَرتَع وَيَلعَب

agar dia (dapat) makan-makan dan (dapat) bermain-main,

يَرتَع digunakan apabila binatang ternak makan. Binatang ternak makan dengan enak dan banyak. Digunakan di sini kerana mereka nak kata esok Nabi Yusuf dapat makan sedap-sedap dengan mereka. Mereka akan gembirakan Nabi Yusuf dengan makanan.

Bukan itu sahaja, Nabi Yusuf akan dapat bermain dan bergembira dengan mereka.

 

وَإِنّا لَهُ لَحٰفِظونَ

dan sesungguhnya kami pasti menjaganya”.

Dan untuk melembutkan hati Nabi Ya’kub, mereka berjanji akan jaga dengan baik – Sekali lagi kita lihat ada takdim pada kalimah لَهُ. Kerana mereka hendak menekankan yang mereka akan jaga dia dengan baik-baik sangat, kononnya.

Mereka cakap begini supaya nak tenangkan hati Nabi Ya’kub supaya baginda benarkan Nabi Yusuf ikut mereka dalam rancangan mereka itu.


 

Ayat 13: Ini balasan jawapan dari Nabi Ya’kub. Hebat jawapan dari Nabi Ya’kub ini. Kita akan lihat bagaimana ada dua emosi dalam ayat ini.

قالَ إِنّي لَيَحزُنُني أَن تَذهَبوا بِهِ وَأَخافُ أَن يَأكُلَهُ الذِّئبُ وَأَنتُم عَنهُ غٰفِلونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

[Jacob] said, “Indeed, it saddens me that you should take him, and I fear that a wolf would eat him while you are of him unaware.”

(MALAY)

Berkata Ya’qub: “Sesungguhnya kepergian kamu bersama Yusuf amat menyedihkanku dan aku khawatir kalau-kalau dia dimakan serigala, sedang kamu lengah dari padanya”.

 

قالَ إِنّي لَيَحزُنُني أَن تَذهَبوا بِهِ

Berkata Ya’qub: “Sesungguhnya kepergian kamu bersama Yusuf amat menyedihkanku

Emosi yang pertama yang disebut oleh Nabi Ya’kub adalah kesedihan.

Kenapa baginda kata baginda ‘sedih’? Ini agak pelik kerana sedih untuk benda yang telah berlaku. Dan waktu dialog ini berlaku, Nabi Yusuf belum lagi pergi bersama mereka. Ini kerana baginda sudah tahu yang perkara ini tidak dapat dielakkan dari berlaku dan baginda sudah siap sedia sedih kerana Nabi Yusuf tidak akan bersamanya lagi. Walaupun mereka belum buat lagi, tapi baginda dah tahu dah. Ini menunjukkan kebijaksaan baginda yang dapat baca apa kehendak anak-anaknya itu. Manakan tidak baginda sangsi, sedangkan dulu tak pernah pun mereka nak berbuat baik dan sekarang tiba-tiba nak buat baik – mesti ada udang di sebalik batu; dan nampak sangat mereka beriya-iya nak bawa Nabi Yusuf. Ini menunjukkan mesti ada rancangan mereka yang tidak baik.

 

وَأَخافُ أَن يَأكُلَهُ الذِّئبُ

dan aku khawatir kalau-kalau dia dimakan serigala,

Ini adalah emosi baginda yang kedua: takut. Dan takut adalah untuk perkara yang belum berlaku lagi.

Lihat kalimah yang digunakan: apabila digunakan الذِّئبُ, dengan alif lam makrifah, ia bermakna Ya’kub kenal serigala itu (kerana alif lam makrifah digunakan untuk sesuatu yang dikenali – spesifik). Mungkin kerana Nabi Ya’kub tahu yang kawasan yang mereka hendak bawa itu ada banyak serigala. Seolah-olah baginda sudah tahu tapi baginda tidak bercakap dengan jelas kepada mereka.

Boleh juga bermakna الذِّئبُ itu ditujukan sebagai isyarat kepada mereka kerana baginda tahu yang abang-abangnya itu akan jadi seperti ‘serigala’ untuk membaham dan menyakiti Nabi Yusuf.

Kalau ikutkan, baginda tidak mahu mereka ambil Nabi Yusuf itu bersama mereka, tapi kita telah baca dari kalimah لَيَحزُنُني itu yang Nabi Ya’kub sudah dapat agak. Tapi tidaklah baginda tahu dengan pasti kerana baginda tidak tahu perkara ghaib. Walaupun baginda Nabi, tapi baginda tidak tahu perkara ghaib. Kerana kalau baginda tahu dengan pasti apakah yang mereka akan lakukan, tentu baginda tidak benarkan mereka bawa Yusuf bersama.

Anak-anaknya itu menangkap kata-kata Nabi Ya’kub ini dan nanti mereka akan menggunakannya sebagai alasan kehilangan Nabi Yusuf nanti.

 

وَأَنتُم عَنهُ غٰفِلونَ

sedang kamu lengah dari padanya”.

غافِلونَ bermaksud tidak tahu apa yang terjadi – ghaflah, tidak beri perhatian. Iaitu mereka tidak jaga Nabi Yusuf dengan sebenarnya.

Dan memang mereka tidak akan tahu apa yang terjadi kepada Nabi Yusuf nanti. Ini kerana selepas mereka tinggalkan baginda dalam telaga itu, mereka tidak tahu dengan nasib Nabi Yusuf, bukan? Mereka tidak sangka yang Nabi Yusuf nanti akan jadi pembesar dan mereka datang berjumpa dengan baginda dan mereka tidak kenal baginda.


 

Ayat 14: Nabi Ya’kub telah menyebut kerisauan baginda, tapi anak-anaknya itu tidak mahu mengalah. Mereka tetap berhujah lagi. Memang mereka beriya-iya sungguh.

قالوا لَئِن أَكَلَهُ الذِّئبُ وَنَحنُ عُصبَةٌ إِنّا إِذًا لَّخٰسِرونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

They said, “If a wolf should eat him while we are a [strong] clan, indeed, we would then be losers.”

(MALAY)

Mereka berkata: “Jika ia benar-benar dimakan serigala, sedang kami golongan (yang kuat), sesungguhnya kami kalau demikian adalah orang-orang yang merugi”.

 

قالوا لَئِن أَكَلَهُ الذِّئبُ وَنَحنُ عُصبَةٌ

Mereka berkata: “Jika ia benar-benar dimakan serigala, sedang kami golongan (yang kuat), 

Nabi Ya’kub cakap tentang kesedihan baginda dan ketakutan Nabi Yusuf dimakan serigala. Tapi anak-anaknya itu cuma dapat jawap bahagian serigala sahaja; kerana mereka tentu tak boleh nak halang baginda dari merasa sedih.

Mereka nak kata, takkan serigala nak makan sedangkan mereka kuat. Memang tak patut kalau serigala dapat mencederakan Nabi Yusuf sedangkan mereka ramai.

 

إِنّا إِذًا لَّخٰسِرونَ

sesungguhnya kami kalau demikian adalah orang-orang yang merugi”.

Dan kalau benar jadi begitu, tentu mereka jadi orang yang rugi. Tentu mereka lemah sangat. Maksud mereka: takkanlah ia akan jadi begitu, wahai ayahanda.

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya.


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

Mutiara al-Qur’an

About tafsirsunnah

Blog mentafsir Quran berdasarkan fahaman Sunnah dan salafussoleh.
This entry was posted in Surah 012: Yusuf. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s