Tafsir Surah Yusuf Ayat 19 – 22 (Datang ke Mesir)

Ayat 19: Ini adalah keadaan ketiga. Nabi Yusuf telah dijumpai oleh kafilah dagang yang lalu di kawasan itu. Dalam riwayat ada disebut yang adik beradik dia masih ada berdekatan telaga itu. Mereka tetap tunggu untuk perhatikan apa yang akan berlaku. Maknanya mereka bimbang juga – ada perasaan sayang kepada adik mereka juga.

وَجاءَت سَيّارَةٌ فَأَرسَلوا وارِدَهُم فَأَدلىٰ دَلوَهُ ۖ قالَ يا بُشرىٰ هٰذا غُلامٌ ۚ وَأَسَرّوهُ بِضاعَةً ۚ وَاللَّهُ عَليمٌ بِما يَعمَلونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And there came a company of travelers; then they sent their water drawer, and he let down his bucket. He said, “Good news! Here is a boy.” And they concealed him, [taking him] as merchandise;¹ and Allāh was Knowing of what they did.

  • To be sold as a slave.

(MALAY)

Kemudian datanglah kelompok orang-orang musafir, lalu mereka menyuruh seorang pengambil air, maka dia menurunkan timbanya, dia berkata: “Oh; khabar gembira, ini seorang anak muda!” Kemudian mereka menyembunyikan dia sebagai barang dagangan. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang mereka kerjakan.

 

وَجاءَت سَيّارَةٌ

Kemudian datanglah kelompok orang-orang musafir,

Sekarang kamera kisah ini (kalau kita bayangkan kisah ini seolah filem dalam fikiran kita) berubah ke dalam telaga pula.

سَيّارَةٌ bukan kereta, tapi kafilah. Ianya adalah rombongan perniagaan. Yang bermusafir dalam perdagangan.

 

فَأَرسَلوا وارِدَهُم فَأَدلىٰ دَلوَهُ

lalu mereka mengutus seorang pengambil air, maka dia menurunkan timbanya,

فَأَرسَلوا وارِدَهُم hantar seseorang yang tugasnya mencari air untuk cari air atau melihat-lihat kawasan itu.

Apabila dia jumpa perigi itu, maka dia menurunkan timbanya. Dikatatakan ‘timbanya’ kerana tidak ada timba di tempat itu kerana seperti kita telah sebut, telaga itu adalah telaga di perjalanan yang tidak ramai orang datang.

Apabila timba itu turun, Nabi Yusuf bergantung pada timba itu, dan ini mungkin atas arahan abang-abang dia juga. Mereka dah bagitahu baginda awal-awal lagi apa nak buat kalau orang datang ke situ. Dan sekarang Nabi Yusuf redha sahaja dengan apa yang terjadi dengannya kerana Allah pun sudah ilhamkan kepada baginda yang akhirnya nanti baginda akan mendapat kesenangan. Lagipun kalau baginda lari pun, baginda hendak ke mana? Kalau dia jumpa dengan orang yang kenal dengan baginda, tentu ini akan memalukan keluarga dia juga. Oleh itu baginda sudah terima hakikat yang baginda memang tidak boleh balik rumah. Macam mana nak balik lagi, sedangkan adik beradik sendiri dah tak suka?

 

 قالَ يا بُشرىٰ هٰذا غُلامٌ

dia berkata: “Oh; khabar gembira, ini seorang anak muda!”

Orang yang menaikkan timba itu berkata: يا بُشرىٰ bermaksud dia terkejut dalam kegembiraan kerana bukan air yang naik tapi seorang budak. Dia gembira kerana dia nampak peluang boleh jual budak yang comel itu sebagai hamba. Dan itu adalah kebiasaan zaman itu.

 

وَأَسَرّوهُ بِضاعَةً

Kemudian mereka menyembunyikan dia sebagai barang dagangan. 

وَأَسَرّوهُ bermaksud mereka cepat-cepat menyembunyikan Nabi Yusuf kerana takut orang lain ambil. Ini macam orang yang sorok barang curi.

Mereka menganggap baginda sebagai بِضاعَةً (barang dagangan). Maknanya zaman dulu lagi sudah ada ‘perdagangan manusia’.

 

وَاللَّهُ عَليمٌ بِما يَعمَلونَ

Dan Allah Maha Mengetahui apa yang mereka kerjakan.

Allah tahu apa yang mereka lakukan, dan Allah akan tanya mereka tentang penculikan mereka itu. Begitulah kita semua akan kena tanya nanti dengan apa yang kita lakukan. Mereka itu semua bersalah kerana mereka sama-sama bersubahat. Walaupun yang angkat itu seorang sahaja, tapi yang lain setuju nak buat apa yang mereka telah buat.

Allah juga Maha Tahu perbuatan abang-abang Nabi Yusuf a.s. itu.


 

Ayat 20:

وَشَرَوهُ بِثَمَنٍ بَخسٍ دَراهِمَ مَعدودَةٍ وَكانوا فيهِ مِنَ الزّاهِدينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And they sold him for a reduced price – a few dirhams – and they were, concerning him, of those content with little.

(MALAY)

Dan mereka menjual Yusuf dengan harga yang murah, iaitu beberapa dirham saja, dan mereka merasa cukup dalam hal ini.

 

وَشَرَوهُ بِثَمَنٍ بَخسٍ دَراهِمَ مَعدودَةٍ

Dan mereka menjual Yusuf dengan harga yang murah, iaitu beberapa dirham saja,

بَخسٍ bermaksud sangat-sangat murah. Murah sampaikan boleh dikatakan beri percuma sahaja. Macam barang harga RM10,000 tapi dijual dengan RM10 sahaja. Contohnya kalau barang curi, orang yang curi itu tidak jual dengan mahal pun kerana dia nak duit cepat dan dia tidak mahu orang tanya banyak.

دَراهِمَ مَعدودَةٍ Nabi Yusuf dijual dengan harga beberapa dinar sahaja. Ada yang mengatakan bahawa Nabi Yusuf dijual dengan harga 20 dirham sahaja. Ini adalah kerana mereka tidak tahu kedudukan baginda dan kenabian baginda. Dan mereka hendak cepat-cepat jual.

 

وَكانوا فيهِ مِنَ الزّاهِدينَ

dan mereka merasa cukup dalam hal ini.

الزّاهِدينَ ambil sesuatu setakat janji ada sahaja. Dari katadasar yang sama juga datang kalimah zuhud. Maknanya, mereka tidak kisah berapa harga mereka dapat. Nampak macam mereka tidak kisah dengan harta pula (dan ini adalah sifat yang baik, bukan?). Tapi sebenarnya, Allah memerli mereka dalam ayat ini. Mereka jual dengan murah itu kerana mereka nak jual dengan cepat kerana mereka takut kena tangkap.

Ada juga yang kata, abang-abang dia yang jual dengan harga murah. Kisahnya, apabila mereka nampak ada orang angkat Nabi Yusuf dari telaga itu, mereka cepat-cepat datang dan kata itu adalah hamba mereka yang selalu sahaja lari dari mereka. Mereka dah mahu nak simpan dah dan mereka nak jual sahaja dia. Dan kerana sudah tidak suka, mereka nak jual murah sahaja, malas nak jaga dah kerana selalu lari. Maka mereka jual murah kerana waktu itu mereka bukan berminat pada duit tapi mereka berhajat nak hilangkan sahaja Nabi Yusuf dari mereka. Mereka kata Nabi Yusuf itu adalah hamba mereka kerana mereka tahu yang orang tidak akan beli orang merdeka. Dengan jual murah itu, hajat untuk menghilangkan Nabi Yusuf dari pandangan ayah mereka tercapai.

Tujuan mereka hilangkan Nabi Yusuf itu adalah kerana mereka nak ayah mereka sayang kepada mereka, tapi itu tidak berjaya. Nanti ayah mereka lebih benci kepada mereka dan masih tetap sayang dan teringat-ingat kepada Yusuf.


 

Ayat 21: keadaan keempat. Nabi yusuf bersedia jadi barang dagangan. orang yang beli tadi jual di pasar. tapi jual harga mahal. orang tak ramai yang nak beli. dia beli murah dari abang2 yusuf, tapi nak jual murah. jadi bila mahal, yang boleh beli adalah menteri kewangan sahaja.

وَقالَ الَّذِي اشتَراهُ مِن مِصرَ لِامرَأَتِهِ أَكرِمي مَثواهُ عَسىٰ أَن يَنفَعَنا أَو نَتَّخِذَهُ وَلَدًا ۚ وَكَذٰلِكَ مَكَّنّا لِيوسُفَ فِي الأَرضِ وَلِنُعَلِّمَهُ مِن تَأويلِ الأَحاديثِ ۚ وَاللَّهُ غالِبٌ عَلىٰ أَمرِهِ وَلٰكِنَّ أَكثَرَ النّاسِ لا يَعلَمونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And the one from Egypt¹ who bought him said to his wife, “Make his residence comfortable. Perhaps he will benefit us, or we will adopt him as a son.” And thus, We established Joseph in the land that We might teach him the interpretation of events [i.e., dreams]. And Allāh is predominant over His affair, but most of the people do not know.

  • The minister in charge of supplies, whose title was al-‘Azeez.

(MALAY)

Dan orang Mesir yang membelinya berkata kepada isterinya: “Berikanlah kepadanya tempat (dan layanan) yang baik, boleh jadi dia bermanfaat kepada kita atau kita ambil dia sebagai anak”. Dan demikian pulalah Kami memberikan kedudukan yang baik kepada Yusuf di muka bumi (Mesir), dan agar Kami ajarkan kepadanya ta’bir mimpi. Dan Allah berkuasa terhadap urusan-Nya, tetapi kebanyakan manusia tiada mengetahuinya.

 

وَقالَ الَّذِي اشتَراهُ مِن مِصرَ لِامرَأَتِهِ

Dan orang Mesir yang membelinya berkata kepada isterinya:

Seorang lelaki dari Mesir telah membeli Yusuf a.s. Beliau beli untuk isterinya. Dari kisah selepas ini kita tahu yang dia seorang ahli politik (pemimpin) dan itu bermakna dia selalu tidak ada banyak masa di rumah. Dalam Tafsir ibn Kathir, dikatakan yang orang yang membelinya dari negeri Mesir itu adalah Aziz negeri Mesir, yakni perdana menterinya. Oleh itu, kita boleh agak yang dia nak beri isteri dia sibuk sikit dengan menjaga seseorang dan ada teman di rumah.

Al-Aufi telah meriwayatkan dari Ibnu Abbas, bahawa nama si pembeli itu adalah Qitfir. Muhammad ibnu Ishaq mengatakan, nama si pembeli itu adalah Itfir ibnu Ruhaib, menteri negeri Mesir yang menjabat sebagai menteri perbendaharaan Mesir waktu itu. Dan yang menjadi raja di zaman itu adalah Ar-Rayyan ibnul Walid, seorang lelaki dari keturunan bangsa ‘Amaliq (raksasa). Muhammad ibnu Ishaq mengatakan bahawa nama isteri menteri itu adalah Ra’il binti Ra’abil. Menurut selain Muhammad ibnu Ishaq, nama isterinya adalah Zulaikha.

Inilah nama Zulaikha yang selalu digunakan oleh orang kita. Tapi kerana kesahihan kisah ini tidak kuat, maka kita tidak gunakan nama Zulaikha dalam tafsir ini.

 

أَكرِمي مَثواهُ

“Berikanlah kepadanya tempat yang baik, 

Walaupun dia membeli Yusuf tapi lihat bagaimana dia cakap tentang Nabi Yusuf dengan isterinya. أَكرِمي مَثواهُ bermakna berilah tempat yang baik untuk budak itu tinggal. Ia juga bermakna berilah layanan yang baik kepada budak itu. Dia juga berniat untuk beri Yusuf tinggal lama dengannya kerana kalimah مَثوا adalah tempat tinggal yang lama. Selalunya digunakan sebagai tempat tinggal dan tempat mati juga – tinggal sampai mati di situ – tempat tetap untuk tinggal.

Oleh itu kita boleh lihat bagaimana Allah menempatkan baginda di tempat tinggal yang baik. Tidaklah baginda ditinggal di luar rumah sahaja seperti hamba yang lain, tapi di tempat yang baik dalam rumah. Allah muliakan Nabi Yusuf.

 

عَسىٰ أَن يَنفَعَنا

boleh jadi dia bermanfaat kepada kita

Lelaki itu kata mungkin budak yang dia baru beli itu bermanfaat bagi kita; entah dia seorang yang cerdik, dapat tolong jadi kerani atau menolong apa sahaja di rumah.

 

أَو نَتَّخِذَهُ وَلَدًا

atau kita ambil dia sebagai anak”.

Dan kalau dia baik lagi, boleh sahaja ambil dia jadi anak angkat terus. Ini kerana mereka tidak ada anak. Beginilah perasaan sayang yang Allah masukkan ke dalam hati menteri itu kepada Nabi Yusuf.

 

وَكَذٰلِكَ مَكَّنّا لِيوسُفَ فِي الأَرضِ

Dan demikianlah Kami memberikan kedudukan yang baik kepada Yusuf di muka bumi (Mesir), 

Allah lah yang merancang semua ini untuk NabiNya. Dan inilah juga jawapan kepada soalan dari Bani Israil kepada Nabi Muhammad, kenapa Bani Israil boleh sampai duduk di negeri Mesir pula sedangkan mereka asalnya dari Palestin – jawapannya adalah kehidupan mereka bermula dengan datangnya Nabi Yusuf ke Mesir.

Ada jumlah muqaddar dalam ayat ini: Allah muliakan kedudukan baginda setelah baignda dihina oleh adik beradik dia.

 

وَلِنُعَلِّمَهُ مِن تَأويلِ الأَحاديثِ

dan agar Kami ajarkan kepadanya ta’bir percakapan.

Bagi diberikan kelebihan untuk menilai dan memahami perkara yang kompleks dan susah difahami oleh manusia lain. Bukan sahaja dalam tadbir mimpi. Kelebihan ini diberikan melalui kebijaksaan baginda. Akhirnya nanti, Allah hendak jadikan baginda sebagai menteri kewangan Mesir juga. Oleh itu dia ditakdirkan supaya tinggal di rumah orang politik supaya dia dapat belajar banyak benda. Dia didedahkan dengan banyak perkara tentang negara kerana dia akan dengar percakapan tuan rumahnya itu terutama kalau tuan itu berbincang dengan pembesar-pembesar yang lain. Begitulah kalau seseorang itu duduk di rumah seorang nelayan, tentu dia dapat belajar menjadi nelayan juga, bukan? Maka Nabi Yusuf akan bergaul dengan pemimpin yang lain yang bercakap tentang perkara-perkara pemerintahan dan negara. Tentu dia akan terbuka dengan perkara-perkara itu dan nanti dia akan menjadi orang yang pandai dan faham tentang dunia dan hal politik. Dia sendiri memang seorang yang bijak. Semua ini baginda dapat dari ilham yang diberikan oleh Allah dan ilmu dunia dari pergaulannya. Dua-dua baginda dapat.

 

وَاللَّهُ غالِبٌ عَلىٰ أَمرِهِ

Dan Allah berkuasa terhadap urusan-Nya,

غالِبٌ bermaksud mengalahkan seseorang/sesuatu. Apa sahaja yang terjadi kepada baginda adalah dalam urusan Allah. Allah yang susun semua sekali walaupun kalau baginda tidak mahu pun. Allah tidak pernah tinggalkan baginda. Bukan sahaja baginda, tapi kita semua dalam urusan Allah. Kita selalu merancang tapi perancangan kita tidak semestinya menjadi kerana Allah dapat mengalahkan perancangan kita.

 

وَلٰكِنَّ أَكثَرَ النّاسِ لا يَعلَمونَ

tetapi kebanyakan manusia tiada mengetahuinya.

Tapi manusia ramai yang tidak faham tentang perkara ini. Mereka mengeluh apabila ada masalah, mereka rasa Allah tinggalkan mereka, mereka rasa mereka tidak disayangi oleh Allah kalau mereka mendapat nasib yang malang. Mereka berusaha macam-macam perkara tapi mereka tidak meletakkan tawakal mereka kepada Allah. Mereka tidak dapat terima kalau apa yang mereka rancangkan tidak menjadi. Mereka salahkan diri mereka, orang lain, keadaan, malah ada yang menyalahkan Allah.


 

Ayat 22: Ini adalah keadaan kelima. Setelah menerima ujian yang besar dan diletakkan di dalam rumah menteri, sekarang baginda diuji dalam rumah pula. Walaupun duduk senang tapi kena uji juga dengan hal keagamaan. Walaupun baginda dilayan dengan baik oleh keluarga barunya, tapi kena uji juga.

وَلَمّا بَلَغَ أَشُدَّهُ آتَيناهُ حُكمًا وَعِلمًا ۚ وَكَذٰلِكَ نَجزِي المُحسِنينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And when he [i.e., Joseph] reached maturity, We gave him judgement and knowledge. And thus We reward the doers of good.

(MALAY)

Dan tatkala dia cukup dewasa Kami berikan kepadanya hikmah dan ilmu. Demikianlah Kami memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat baik.

 

وَلَمّا بَلَغَ أَشُدَّهُ

Dan tatkala dia cukup dewasa

Iaitu apabila dia telah baligh. Tidak pasti berapa umur dia waktu itu. Dan memang ada banyak pendapat tentang perkar aini. Yang pasti, dia telah dewasa. Bolehlah kita kata mungkin umurnya 33 tahun atau kurang lagi.

 

آتَيناهُ حُكمًا وَعِلمًا

Kami berikan kepadanya hikmah dan ilmu.

Waktu itu, Allah berikan hikmah iaitu kepandaian buat keputusan dan juga ilmu kenabian. Maksudnya, waktu itu baginda diberi dengan pangkat kenabian sekali. Kerana ilmu yang dimaksudkan adalah ilmu kenabian.

Kalau kita lihat susunan ini: حُكمًا وَعِلمًا di dalam ayat-ayat lain, selalunya terbalik, bukan? Tetapi Allah susun lain. Ini adalah kerana Allah beri ‘hikmah’ dahulu kepada baginda. Walaupun baginda tidak banyak ilmu lagi, tapi baginda sudah pandai buat keputusan yang baik dari pemerhatian baginda. Begitulah kadang-kadang kita lihat, ada orang yang pandai dari segi ilmu, tapi sudah pandai buat keputusan bukan? Dan ada yang pandai, tapi tidak bijak – sebagai contoh ada orang pandai ekonomi tapi diri sendiri tidak pandai untuk berniaga. Jadi pandai atau tidak, tidak semestinya pandai buat keputusan.

Maka kita kena belajar dari ayat ini dan amalkan. Iaitu kita kena pandai buat keputusan. Jangan kelam kabut dalam buat keputusan. Kena perhatikan apa yang terjadi dan cuba buat penilaian berdasarkan akal yang waras, bukan dari emosi.

 

وَكَذٰلِكَ نَجزِي المُحسِنينَ

Demikianlah Kami memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat baik.

Begitulah kurniaan Allah kepada Nabi Yusuf. Tapi kalimah yang digunakan adalah المُحسِنينَ (orang-orang yang baik). Jadi apa yang Nabi Yusuf dapat itu bukan untuk baginda sahaja. Kita pun boleh dapat kelebihan itu kalau kita berusaha. Mungkinlah tidak sampai ke tahap Nabi Yusuf tapi akan jadi lebih baik lagi dari diri kita sebelum ini.

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya.


Rujukan:

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

About tafsirsunnah

Blog mentafsir Quran berdasarkan fahaman Sunnah dan salafussoleh.
This entry was posted in Surah 012: Yusuf. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s