Tafsir Surah al-Humazah Ayat 4 – 9 (Kisah neraka terakhir)

Ayat 4: Dalam tiga ayat sebelum ini, telah disebut tentang kesalahan yang dilakukan oleh mereia yang tidak beriman itu. Sekarang bermula dari ayat ini akan disebut apakah balasan yang Allah akan berikan kepada mereka. Mereka pasti akan dihumban ke dalam neraka. Ayat ini adalah huraian kepada kalimah وَيلٌ. Dalam ayat 1, Allah hanya menyebut Mereka pasti akan dihumban ke dalam neraka. Ayat ini adalah huraian kepada kalimah وَيلٌ sahaja untuk mereka. Sekarang akan disebut apakah Mereka pasti akan dihumban ke dalam neraka. Ayat ini adalah huraian kepada kalimah وَيلٌ itu sebenarnya.

كَلّا ۖ لَيُنبَذَنَّ فِي الحُطَمَةِ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

No! He will surely be thrown into the Crusher.¹

  • i.e., Hellfire, which crushes and destroys all that enters it.

(MALAY)

sekali-kali tidak! Sesungguhnya dia benar-benar akan dilemparkan ke dalam Huthamah.

 

كَلّا = Tidak sekali-kali. Fahaman mereka itu rosak dan cara hidup mereka itu rosak. Harta dan kekayaan tidak memberikan hayat. Kalimah كَلّا ini menidakkan apa yang mereka sangkakan itu. Allah hendak memberitahu yang fahaman mereka itu salah sama sekali dan akan menyebabkan mereka kerugian nanti.

الحُطَمَةِ = Dari katadasar ح ط م yang bermaksud ‘patah’. Kalau حطام, digunakan untuk menjelaskan kalau tumbuhan sudah mati dan kering, ianya akan jadi rapuh dan kalau kita pijak atau ramas, ia akan patah dan hancur. Kalimah yang sama digunakan dalam Naml:18

حَتّىٰ إِذا أَتَوا عَلىٰ وادِ النَّملِ قالَت نَملَةٌ يا أَيُّهَا النَّملُ ادخُلوا مَساكِنَكُم لا يَحطِمَنَّكُم سُلَيمانُ وَجُنودُهُ وَهُم لا يَشعُرونَ

Hingga apabila mereka sampai di lembah semut berkatalah seekor semut: Hai semut-semut, masuklah ke dalam sarang-sarangmu, agar kamu tidak diinjak (dihancurkan) oleh Sulaiman dan tenteranya, sedangkan mereka tidak menyadari”;

Oleh itu, الحُطَمَةِ adalah sesuatu yang mematahkan dan menghancurkan tulang dan memakan daging manusia. Ia adalah api yang memakan daging, sehinggalah sampai ke jantung. Oleh itu, الحُطَمَةِ adalah api neraka yang menghancurkan.

Dalam Ayat 1 telah disebut bagaimana mereka yang melakukan هُمَزَةٍ dan لُمَزَةٍ itu mematahkan dan menghancurkan perasaan mereka yang dikutuk dan dihina – maka sekarang Allah beritahu, kerana perbuatan mereka itu, diri mereka yang akan dipatah dan dihancurkan oleh api neraka!

لَيُنبَذَنَّ dari kalimah ن ب ذ yang bermaksud membuang/membaling sesuatu yang dikira tiada nilai. Huruf ل dan ن syaddah itu adalah sebagai penekanan yang kuat – mereka ‘pasti’, ‘pasti’ akan dibuang.

Kalimah yang sama digunakan untuk menceritakan bagaimana Yahudi membuang perjanjian mereka dengan Allah kerana mereka menganggap ianya tidak bernilai. Ini disebut dalam Baqarah:100

أَوَكُلَّما عاهَدوا عَهدًا نَبَذَهُ فَريقٌ مِنهُم

dan setiap kali mereka mengikat janji, segolongan mereka melemparkannya?

Kalimah طرح juga boleh digunakan untuk menyebut ‘buang’ dalam bahasa Arab. Tapi طرح bermaksud membuang sesuatu dengan tersembunyi – seperti kita buang sampah sarap kita di belakang rumah supaya orang tidak nampak. Allah tidak gunakan طرح tapi Allah gunakan نبذ dalam ayat ini kerana Allah hendak menekankan yang Dia hendak memalukan mereka di khalayak ramai – tidak sembunyi-sembunyi. Kerana mereka semasa di dunia mengutuk dan menghina orang lain dengan cara terbuka, maka Allah pun akan lakukan perkara yang sama kepada mereka di akhirat kelak! Tapi azab Allah itu amat pedih dan teruk sekali, tidak berbaloi dengan apa yang mereka lakukan.

Mereka sangka mereka kaya maka mereka tidak rasa bersalah buat apa sahaja kepada orang lain yang di bawah mereka, lebih rendah dari mereka – Allah akan balas dengan baling dan buang mereka seperti benda yang tidak bernilai langsung!

Apabila digunakan kalimah فِي dalam ayat ini, ia memberi isyarat yang  الحُطَمَةِ itu sangat, sangat dalam.


 

Ayat 5: Sangat teruknya الحُطَمَةِ itu, tapi kamu tidak tahu.

وَما أَدراكَ مَا الحُطَمَةُ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And what can make you know what is the Crusher?

(MALAY)

Dan tahukah kamu apa Huthamah itu?

 

Apakah agaknya cara untuk kamu tahu apakah الحُطَمَةُ itu? Mungkin dari segi bahasa kamu tahu yang maksudnya adalah ‘yang menghancurkan’, tapi hakikatnya, adakah kamu tahu?

Ia juga bermaksud ‘kamu tidak akan tahu’ kerana kalimah ما itu boleh bermaksud penafian. Maksudnya, kita tidak akan tahu kalau Allah sendiri tidak beritahu kita. Kerana hal syurga dan neraka itu adalah perkara ghaib dan kita tidak akan dapat tahu perkara ghaib melainkan Allah yang beritahu kita.

Apabila Allah tanya dalam bentuk وَما أَدراكَ, itu bermakna yang Allah akan beritahu kepada kita. Dan ini akan disebut dalam ayat seterusnya.


 

Ayat 6:

نارُ اللَّهِ الموقَدَةُ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

It is the fire of Allāh, [eternally] fueled,

(MALAY)

(iaitu) api (yang disediakan) Allah yang dinyalakan,

 

Dalam ayat ini Allah mengatakan bahawa الحُطَمَةُ yang dikenakan kepada mereka itu adalah نارُ اللَّهِ  (Api Allah). Kalau ianya Api Allah, tentu ianya tidak boleh dibandingkan dengan api-api lain. Tidak dapat kita bayangkan api itu kalau dibandingkan dengan api yang kita biasa lihat, api yang kita bayangkan, tidak mungkin! Ini macam Allah gunakan untuk menyebut tentang unta mukjizat Nabi Hud – هٰذِهِ ناقَةُ اللَّهِ لَكُم آيَةً (Unta betina Allah ini menjadi tanda bagimu) – Apabila Allah gunakan kalimah ناقَةُ اللَّهِ, ini bermaksud unta itu tidak sama dengan unta-unta lain. Begitu juga, api makhluk dan Api Allah tentu tidak sama. Ia tidak sama kerana Allah yang buat api ini dan tentu Dia akan jadikan api ini lain dari yang lain – walaupun semua api Allah buat, bukan? Tapi Allah sebutkan namaNya pada api ini menunjukkan yang api ini tidak sama.

الموقَدَةُ adalalah dalam bentuk ism maf’ool (yang diberi tindakan oleh pembuat) = الموقَدَةُ bermaksud sesuatu yang dinyalakan. Telah ada isyarat yang Allah lah yang menyalakannya. Kalimah الموقَدَةُ memberi isyarat bahawa api itu telah dinyalakan dan akan terus bernyala menunggu mangsanya. Selalunya api tidak kekal lama, tapi Allah memberi isyarat yang api itu kekal kerana kalimah الموقَدَةُ yang digunakan.


 

Ayat 7: Api itu akan membakar hati yang hanya mahu kepada harta.

الَّتي تَطَّلِعُ عَلَى الأَفئِدَةِ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Which mounts directed at the hearts.¹

  • Covering them and penetrating them.

(MALAY)

yang naik (membakar) sampai ke hati.

 

تَطَّلِعُ dari katadasar ط ل ع yang bermaksud antara lain, ‘menaik’. Kalimah تَطَّلِعُ bermaksud memanjat dengan susah, juga digunakan apabila matahari terbit. Allah memberi gambaran tentang api yang telah disebut dalam ayat sebelum ini – api itu akan menaik dari bawah ke atas. Dan ia akan berulang-ulang berlaku (bukan sekali sahaja). Ini adalah kerana ada syaddah pada huruf ط itu.

الأَفئِدَةِ dari katadasar ف أ د yang bermaksud hati yang sedang merasa. Segala dosa dan kesalahan yang dilakukan di bahagian awal surah ini seperti هُمَزَةٍ dan لُمَزَةٍ itu adalah kerana hati yang telah rosak. Oleh kerana itu, الحُطَمَةُ yang dalam bentuk api itu akan menghancurkan daging, tulang dan akan memakan tubuh badan si pendosa itu, dan akan menaik sampai ke hati (الأَفئِدَةِ) orang itu. الأَفئِدَةِ memang selalunya diterjemahkan sebagai ‘hati’ tapi asalnya, ia bermaksud seketul daging yang dikelilingi oleh api (memberi isyarat bahawa hati itu sedang beremosi), dan kalimah ini amat sesuai digunakan dalam ayat ini kerana memang hati itu sedang didatangi oleh api!

Lihatlah tubuh kita sekarang – Allah beri perlindungan kepada anggota tubuh yang lemah seperti hati dengan halangan dengan tulang rusuk (seperti otak kita yang lembut itu dikelilingi oleh tulang kepada yang keras). Walaupun begitu, api الحُطَمَةُ itu akan tetap dapat mencari jalan untuk mencapai ke hati orang yang berdosa itu. Tapi ia tidak akan menghancurkan hati itu. Kerana Allah tidak mahu membunuh orang itu – Allah cuma beri seksa sahaja tapi tidak mematikan orang itu, kerana kalau hatinya hancur, tentu orang itu pun akan mati juga. Dan kita telah sebut sebelum ini, kejadian itu akan berulang-ulang – maka kesakitan itu akan berterusan. Ini seperti yang Allah sebut dalam A’la:13

لا يَموتُ فيها وَلا يَحيىٰ

dia tidak akan mati di dalamnya dan tidak (pula) hidup.

Begitulah Allah beri isyarat, bahagian yang menyebabkan kekufuran dan dosa itulah yang akan dikenakan dengan seksaan yang teruk dari Allah.


 

Ayat 8:

إِنَّها عَلَيهِم مُؤصَدَةٌ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Indeed, it [i.e., Hellfire] will be closed down upon them

(MALAY)

Sesungguhnya api itu ditutup rapat atas mereka,

 


Balaghah: kalimah عَلَيهِم itu adalah taqdim (diletakkan awal) memberi isyarat bahawa azab yang dikenakan dalam ayat ini adalah khusus kepada mereka. Kerana kalau susunan yang biasa dalam bahasa Arab, ianya sepatutnya begini: إِنَّها مُؤصَدَةٌ عَلَيهِم. Allah beri mereka azab yang khusus kerana mereka itu adalah golongan yang khusus juga. Maksudnya dosa yang mereka lakukan adalah spesifik seperti yang telah disebut dalam ayat 1 – 3.

مُؤصَدَةٌ – dari kalimah و ص د yang tempat tertutup. Oleh itu asal, مُؤصَدَةٌ adalah tempat dimana binatang dikurung. Ianya adalah tempat yang tinggi supaya binatang itu tidak dapat lari keluar. Begitulah yang dikenakan kepada penghuni neraka nanti. Ini seperti yang disebut juga dalam Hajj:22

كُلَّما أَرادوا أَن يَخرُجوا مِنها مِن غَمٍّ أُعيدوا فيها

Setiap kali mereka hendak keluar dari neraka lantaran kesengsaraan mereka, niscaya mereka dikembalikan ke dalamnya.

Kalimah مطبق juga boleh digunakan untuk tempat yang tidak boleh keluar darinya. Tapi Allah tidak gunakan kalimah itu kerana beza kalimah مُؤصَدَةٌ, ia ada pintu, sedangkan kalimah مطبق tidak ada pintu. Kenapa Allah beri pintu pula?

Memang ada pintu tapi pintu itu tinggi di atas mereka dan mereka tidak akan sampai ke pintu itu. Ini akan menambah kekecewaan mereka – ada pintu, nampak pintu itu tapi tidak boleh capai. Ianya adalah harapan palsu sahaja. Lain kalau tidak ada pintu langung – tidak ada harapan langsung. Jadi harapan palsu ini adalah azab emosi kepada mereka.


 

Ayat 9: Mereka diikat pada tiang yang sangat panjang dalam neraka.

في عَمَدٍ مُمَدَّدَةٍ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

In extended columns.¹

  • Interpreted to be either columns of fire or columns of iron to which are chained the inmates of Hell.

(MALAY)

(sedang mereka itu) diikat pada tiang-tiang yang panjang.

 

عَمَدٍ adalah tiang-tiang. Samada tiang kayu atau tiang besi. Macam bangunan yang ada tiang seri. Kalau ianya tiang besi, maka ini menambahkan lagi azab kerana besi akan jadi panas kerana terkesan dengan api neraka itu. Dan mereka pula berada dekat dengan tiang itu.

Ada juga yang berpendapat, mereka itu diikat pada tiang-tiang itu.
Ada juga berpendapat, tiang yang dimaksudkan itu adalah palang yang menahan pintu-pintu neraka itu.

مُمَدَّدَةٍ bermaksud tiang-tiang itu dipanjangkan, sepanjang yang boleh dilihat.

 

Penutup:

Oleh itu, mereka yang mengutuk dan menghina orang lain, kerana mereka ada banyak harta dan mereka sangka mereka tidak akan dipersalahkan, dan mereka sangka mereka akan hidup selamanya, mereka itu akan diletak di dalam neraka yang ada tiang yang panjang. Mereka tidak boleh keluar dan kalau mereka tersentuh tiang-tiang itu, mereka sendiri akan jadi sakit kerana tiang itu panas sangat. Mereka sedang dibakar dengan api yang menghancurkan tubuh mereka sampai ke hati mereka. Mereka nampak pintu neraka itu tapi mereka tidak dapat capai untuk lari keluar. Dan mereka tidak akan mati sampai bila-bila.

Di awal surah ini telah disebut kecelakaan untuk mereka dan bahagian kedua surah ini memberitahu apakah kecelakaan yang akan dikenakan kepada mereka. Ianya amat menakutkan.

Sekian berakhir surah Qur’an yang menceritakan tentang keadaan di neraka. Ianya amat menakutkan untuk memberi peringatan dan ancaman kepada kita. Hendaklah kita mengambil perhatian kepada segala ayat-ayat tersebut. Semoga Allah selamatkan kita dari neraka ini dan menjadikan kita orang yang baik. Ameen.

Sekian. Allahu a’lam. Sambung ke surah yang seterusnya, Surah al-Feel.


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

About tafsirsunnah

Blog mentafsir Quran berdasarkan fahaman Sunnah dan salafussoleh.
This entry was posted in Surah 104: al-Humazah. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s