Tafsir Surah al-Aadiyat Ayat 1 – 11 (Manusia tidak menghargai)

Pengenalan:

Dalam Surah Zalzalah sebelum ini, telah disebut bagaimana bumi akan bergoncang dengan kuat (gempa) dan ia akan mengeluarkan segala kisah yang ia telah simpan selama hari ini, iaitu ia akan mengadu tentang perbuatan manusia selama manusia hidup di atasnya zaman berzaman. Sekarang Surah Adiyaat berpatah balik ke belakang sebelum kejadian gempa bumi itu dan menjelaskan kenapakah bumi marah sangat? Apakah yang telah lakukan selama ini?

Kerakusan manusia, tidak kisah tentang kesan perlakukan mereka, tidak bertanggungjawab telah menyebabkan bumi marah. Akhirnya bumi bergegar dengan kuat dan akhirnya akan hancur, melemparkan apa yang di dalam perutnya selama hari ini. Apabila bumi bergegar dengan kuat, manusia akan tanya: ما لَها (kenapa jadi begini?) – Zalzalah:3 – maka bumi akan menceritakan satu persatu apa yang manusia dan jin telah lakukan di atasnya. Iaitu segala dosa-dosa dan perkara buruk yang manusia lakukan. Surah ini akan menerangkan apakah kesalahan yang manusia telah lakukan.

Surah ini juga akan menerangkan bagaimana manusia itu amat terusk sekali – Allah telah berikan segala-galanya, tapi mereka tidak mensyukuri nikmat itu, asyik tidak puas hati sahaja dengan apa yang mereka ada.

بسم ا الرحمن الرحيم


 

Ayah 1: Allah mula menceritakan tentang kuda dan bagaimana kuda itu sanggup buat kerja untuk tuan dia. Kuda itu sanggup berlari laju mengikut arahan tuannya, sampai keluar suara letih yang boleh kedengaran.

وَالعادِياتِ ضَبحًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Al-‘Aadiyāt: The Racers.
By the racers, panting,¹
i.e., the horses of those fighting for Allāh’s cause as they race to attack the enemy.

(MALAY)

Demi kuda perang yang berlari kencang dengan termengah-mengah,

Allah memulakan surah ini dengan Sumpah [kita tahu dari hurf waaw (“waَو sebagai isyarat yang ini adalah satu sumpah) Jadi ini adalah salah satu dari surah-surah yang dimulakan dengan sumpah. Kita telah banyak menyebut tentang konsep sumpah dalam Quran dan kita cuma ulangkan secara ringkas sahaja di sini:

Objek yang dijadikan sebagai sumpah itu dipanggil muqsam bihi – dalam ayat ini, objek/muqsam bihi itu adalah kuda perang itu.

Apabila ada muqsam bihi, kena ada muqsam alaihi – subjek kepada sumpah itu. Dalam Quran, muqsam bihi itu kena mengena dengan muqsam alaihi itu – kedua-duanya berkait. Kerana Allah tentu memilih muqsam bihi yang sesuai dan bersebab kenapa Allah gunakan objek itu sebagai sumpah. Tujuannya adalah untuk menyediakan pembaca Quran kepada subjek yang akan disebut. Ini adalah pendapat yang kuat walaupun ada yang kata muqsam bihi dan muqsam alaihi itu tidak berkaitan. Nanti kita akan jelaskan apakah kaitan antara muqsam bihi dan muqsam alaihi dalam surah ini. Ianya sesuatu yang menarik untuk diperhatikan.

Secara asasnya, memang banyak digunakan kalimah sumpah dalam Qur’an. Dua sebab utama digunakan sumpah adalah:
– apabila yang berkata itu serius; menekankan apa yang akan disampaikan.
– untuk menarik perhatian pendengar, terutama kepada pendengar yang dirasakan tidak percaya atau tidak mahu dengar. Jadi kena tarik perhatian mereka. Oleh itu, dimulakan kata-kata dengan berkata sesuatu yang pendengar itu suka. Dalam kes ini, Musyrikin Mekah tidak mahu dakwah dari Nabi, maka Allah gunakan qasm/sumpah untuk menarik perhatian mereka.

Oleh itu, 5 ayat pertama dari surah ini adalah untuk menarik perhatian masyarakat Arab untuk mendengar apa yang hendak dikatakan – oleh itu digunakan kisah yang boleh menarik perhatian mereka. Antaranya, tentang kenderaan kegemaran mereka, tentang perang, pertarungan dan sebagainya. Allah gunakan perkara yang mereka suka dan penting bagi mereka. Ini dilakukan untuk mendapatkan perhatian mereka. Kita kena ingat yang mereka tinggal di padang pasir, mereka pula jenis orang yang gasar, senang berperang, mereka suka berkelahi dan senang nak bergaduh, bukan? Seperti juga kita, mereka juga ada alat hiburan mereka, tapi lain tentulah dengan kita. Kerana mereka tidak ada film dan game untuk mengisi malang mereka. Antara yang mereka gunakan sebagai penghibur mereka adalah puisi-puisi. Begitu jugalah kalau kita zaman sekarang, ada artis yang menyanyi mendendangkan puisi-puisi dalam bentuk nyanyian. Pada zaman dulu, mereka ada penyair-penyair yang membacakan dan melantunkan bacaan puisi dan syair mereka. Mereka akan bacakan dan dalam usaha untuk menarik perhatian pendengar mereka, mereka kena bercerita tentang perkara yang orang nak dengar, bukan? Dan salah satu perkara yang mereka amat suka adalah peperangan – ini umpama action movies dalam filem zaman sekarang. Dan mereka memang suka dengar kisah berkenaan perkara ini. Selain dari itu, mereka juga suka kenderaan macam kita zaman sekarang suka kereta. Tapi pada zaman dulu kuda lah yang mereka suka. Dan kisah kuda dan peperanganlah yang Allah gunakan untuk Allah menarik perhatian mereka.

Jadi, kalau kita lihat ayat pertama ini, Allah sedang mula menceritakan tentang situasi peperangan di mana kuda digunakan dalam kisah itu. Kisah ini akan menjadi semakin menarik dari ayat ke ayat. Ianya bermula dengan kuda sahaja.  

َواْلَعاِديَاِت َضْبًحا

Ini adalah sumpah pertama.
Kalimah اْلَعاِديَاِت diambil dari katadasar ع د و yang antara lain bermaksud permusuhan. Ianya memberi isyarat bagaimana seseorang sedang menyerang seseorang di dalam pertempuran kerana permusuhan antara mereka. Mereka fokus dalam serangan mereka, tidak lihat kiri dan kanan lagi tapi memandang ke hadapan kerana mereka sedang menyerang.

Kepada orang Arab yang mendengar kalimat ini, ianya seperti mendengar pembukaan kepada kisah perang dan ianya sudah menarik perhatian. Kerana ianya adalah permulaan kepada serangan dalam perang. Kalimah اْلَعاِديَاِت yang digunakan dalam ayat ini bermaksud kuda perang betina. Kuda perang betina lebih disukai oleh orang Arab waktu itu kerana kuda betina lebih laju dan lebih tangkas. Jadi, ianya macam kereta sport yang amat suka digunakan oleh orang-orang kaya sekarang; dan ianya adalah dalam bentuk jam’u qilla; maksudnya bilangan yang ramai tapi kurang dari sepuluh. Jadi ini adalah satu pasukan tentera yang kecil yang dapat bergerak laju dan dapat menyerang dengan cepat.

Mufassir juga mengatakan, kalimah اْلَعاِديَاِت juga memberi isyarat dari segi bahasa yang ianya memang dimaksudkan untuk melakukan apa yang sepatutnya ia lakukan – maknanya memang kuda-kuda itu dilatih untuk digunakan dalam peperangan. Ini adalah kerana ianya dalam bentuk isim fa’il. Ini macam kereta sport yang memang telah dicipta untuk dibawa dengan laju di lebuhraya, bukan untuk disimpan di dalam garaj sahaja. Jadi اْلَعاِديَاِت itu akan digunakan untuk memenuhi potensinya.

Kalimah ضَبحًا bermaksud helaan bunyi nafas. Ianya digunakan dalam ayat ini dalam bentuk adjektif untuk menerangkan bagaimana kuda-kuda itu berbunyi melepaskan nafas mereka dengan laju kerana mereka sedang berlari dengan laju. Kalau kita biasa tengok filem, kalau tayang kuda-kuda sedang berlari dengan laju, kita dapat bayangkan bagaimana bunyi kuda-kuda itu, bukan? Jadi, orang Arab yang sedang membaca dan mendengar ayat ini, mereka sedang membayangkan kuda-kuda itu sedang berlari dengan laju, fokus dengan bunyi nafas mereka yang sedang bernafas dengan laju dan mengeluarkan bunyi kuda yang kita dapat bayangkan itu.

Kalimah ضَبحًا ini juga memberi isyarat bahawa kuda-kuda itu sedang bergerak dan mereka sedang fokus dan tidak berehat pun. Kerana tujuan mereka di depan dan mereka tidak akan berhenti selagi mereka belum menyelesaikan tugas mereka.

Yang menariknya lagi, pakar bahasa Arab mengatakan, kalimah ضَبحًا ini asalnya tidak digunakan bukan untuk kuda, tapi untuk serigala. Ia digunakan untuk kuda sebagai tambahan sahaja. Ini adalah kerana sifat serigala dalam menyerang itu amat ganas dan laju. Jadi, apabila digunakan juga kalimah ضَبحًا kepada kuda, maka kita kena bayangkan bagaimana kuda-kuda itu menyerang musuh mereka sama seperti serigala menyerang mangsa mereka. Rasanya kita mungkin boleh bayangkan bagaimana serigala menyerang kerana kita sudah biasa tengok dalam tv, bukan? Satu sifat serigala adalah, mereka akan serang mangsa mereka yang lebih kurang dari mereka, lebih lemah dari mereka. Mereka akan serang dengan ganas dan kalahkan terus mangsa mereka kerana mereka akan memilih mangsa yang lebih lemah dari mereka. Jadi bayangkan pasukan berkuda yang disebut dalam ayat ini pun begitu juga. Bayangkan bagaimana satu pasukan berkuda yang bergerak dengan laju yang kuat dari mangsa mereka dan mereka akan memusnahkan pasukan lawan mereka.


 

Ayah 2: Dalam ayat 1, pasukan berkuda itu dalam perjalanan ke tempat serangan. Mereka bergerak dengan laju sehingga terbit percikan api dari kaki kuda-kuda itu.

فَالمورِياتِ قَدحًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And the producers of sparks [when] striking¹

  • Their hoofs while galloping over rocky terrain.

(MALAY)

dan kuda yang mencetuskan api dengan pukulan (kuku kakinya),

 

Hurf ف fa yang digunakan dalam ayat ini memberi isyarat yang ianya adalah sambungan terus dari ayat sebelumnya. Kalau hurf و yang digunakan, ianya tidak sama kerana ianya mungkin membawa kisah yang baru yang tidak berkaitan dengan ayat sebelumnya. Kalau kita bandingkan dengan qasm dalam Surah Mursalaat – kita akan dapat lihat bagaimana ada qasm yang bersambung dan ada yang baru. Tapi dalam semua qasm surah ini dari ayat 1 – 5, semua qasmnya adalah bersambung, menunjukkan ianya adalah satu kisah sahaja. Lagi satu contoh, kita boleh lihat qasm dalam Surah at-Teen dimulakan dengan hurf و menunjukkan bahawa setiap ayat tidak bersambung terus, memberi isyarat yang ianya tidak berterusan tapi kisah atau perkara yang berlainan. Jadi, dalam ayat at-Teen itu, ada tiga sumpah yang berbeza, tapi dalam Surah Aadiyat ini, ianya satu sumpah yang panjang.

المورِياتِ juga adalah dalam bentuk ism faa’il. Ia juga adalah dalam bentuk jamak muannas, kerana ianya adalah kuda yang telah disebut dalam ayat pertama. Sekarang disebut bagaimana kuda-kuda itu berlari sampai menyebabkan api keluar dari bumi.

Kalimah المورِياتِ dari katadasar و ر ي yang bermaksud perbuatan yang menyebabkan api keluar. Ada banyak jenis kalimah yang digunakan dalam bahasa Arab dan juga Qur’an untuk mengeluarkan api. Sampai kan ada lebih kurang 10 kalimah digunakan dalam Qur’an. Sebagai contoh, dalam Yaasin:80 disebut satu cara.

الَّذي جَعَلَ لَكُم مِنَ الشَّجَرِ الأَخضَرِ نارًا فَإِذا أَنتُم مِنهُ توقِدونَ

Tuhan yang menjadikan untukmu api dari kayu yang hijau, maka tiba-tiba kamu nyalakan (api) dari kayu itu

Tapi dalam ayat Yaasin:80, kalimah yang digunakan adalah lain dari kalimah yang digunakan dalam Surah Aadiyat ini. Katadasar و ر ي juga digunakan dalam kalimah تورونَ dalam ayat Waqi’ah:71

أَفَرَأَيتُمُ النّارَ الَّتي تورونَ

Maka terangkanlah kepadaku tentang api yang kamu nyalakan (dengan menggosok-gosokkan kayu).

Oleh itu, kita boleh tahu dari ayat yang digunakan di atas, و ر ي bermaksud mengeluarkan api dengan menggosok dua benda antara satu sama lain (samada batu, kayu, benda kering dan sebagainya) sampai boleh memercikkan api dari perbuatan itu.

Oleh itu, dalam ayat Aadiyat ini, Allah hendak menceritakan lagi tentang kuda-kuda itu. Pergerakan kuda itu telah menyebabkan percikan api. Ini adalah kerana kuda-kuda itu ada ladam dari besi dan apabila ladam itu memijak kepada batu di bumi dengan kuat, maka ia akan menyebabkan percikan api. Jadi macam kaki mereka mengeluarkan api di belakang mereka – ianya satu pemandangan yang amat hebat sekali! Ia menambahkan kehebatan ayat ini.

قَدحًا bermaksud pukulan yang amat kuat. Kaki-kaki kuda itu menghentak bumi dengan kuat kerana ia sedang bergerak dengan laju. Bunyinya juga adalah kuat dan kita telah sebut sebelum ini bagaimana hentakan itu akan menyebabkan percikan api.

Allah sudah sebut dua perkara, jadi mari kita bayangkan sebentar suasana yang telah disebut itu: ada pasukan berkuda yang kurang dari 10, sedang bergerak dengan laju di padang pasir yang luas, bunyi nafas kuda boleh kedengaran, mereka tidak berhenti rehat, fokus dalam pergerakan mereka, hentakan kaki kuda-kuda itu sangat kuat sampaikan menyebabkan percikan api pada bumi, mereka tidak takut kerana mereka tahu yang mereka akan menyerang mangsa yang lebih lemah dari mereka, maka mereka amat yakin.


 

Ayah 3: Kuda-kuda itu sanggup menyerang pada waktu subuh atas arahan tuannya,  padahal itu adalah waktu tidur.

فَالمُغيراتِ صُبحًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And the chargers at dawn,¹

  • While the enemy is unaware.

(MALAY)

dan kuda yang menyerang dengan tiba-tiba di waktu pagi,

 

Seperti yang kita telah sebut tadi, hurf ف fa yang digunakan dalam ayat ini memberi isyarat yang ianya adalah sambungan terus dari ayat sebelumnya.

Kalimah المُغيراتِ dari katadasar غ ي ر yang bermaksud ‘serangan’. Kalau dalam dua ayat sebelum ini, ianya tentang perjalanan mereka ke tempat tujuan mereka. Dan sekarang mereka telah sampai. Ianya bermaksud serangan yang kuat, serangan dari atas. Sekarang mereka yang menyerang itu berada tinggi di atas kuda, di atas dari mangsa mereka.

المُغير adalah dalam bentuk ism faa’il, pembuat yang melakukan sesuatu. Apabila menggunakan format ism faa’il, ia memberi isyarat yang mereka itu telah dikenali dengan sifat itu. Maknanya, mereka sudah biasa buat.

صُبحًا – Waktu subuh. Ini adalah maf’ul fiihi. Maknanya, mereka menyerang waktu subuh, tapi kenapa serang masa subuh? Ini menghairankan kerana kalau nak serang hendap, selalunya dilakukan pada malam hari, atau pada waktu gelap. Tapi mereka serang waktu subuh pula, iaitu pada waktu orang sudah mula bangun dan sudah bersedia kalau untuk mempertahankan diri.

Mereka serang masa subuh kerana mereka hendak mangsa serangan mereka itu tahu yang mereka datang. Waktu mereka dalam perjalanan itu mereka boleh dilihat dari jauh kerana debu-debu yang berterbangan sebagai tanda mereka datang. Tapi mereka tidak kisah kerana mereka tidak takut. Kerana mereka tahu mereka kuat dan mereka yakin aan dapat mengalahkan sedangkan kalau serang hendap selalunya serang waktu gelap. mereka tidak kisah, Just like the wolf doesnt fear to hunt his prey in the open.

Kita kena faham kisah dalam ayat-ayat ini. Kisah ini adalah tentang kumpulan bandit yang menyerang puak yang lemah. Memang ada mufasir yang kata ini adalah tentang para sahabat yang menyerang musuh mereka dalam jihad. Akan tetapi kita katakan pendapat ini tidak kuat. Pertama, kerana ini adalah surah Makkiyah dan mereka tidak dibenarkan berperang lagi. Keduanya, kita boleh lihat setakat yang kita sudah baca, subjek surah ini bukan tentang orang Islam, tapi tentang orang bukan Islam. Kerana orang Islam tidak menyerang orang yang lembah sebegitu. Mereka yang berpendapat kata ayat ini adalah tentang orang Islam adalah kerapa pada fahaman mereka, kalau Allah gunakan sesuatu sebagai sumpah, tentu ianya tentang yang baik. Jadi, pada mereka, tentunya yang diceritakan ini tentang orang Islam, kalau tidak, tentulah Allah tidak akan menggunakan kisah mereka sebagai sumpah. Akan tetapi tidak semestinya perkara yang baik sahaja yang dijadikan sebagai sumpah.


 

Ayah 4:  Kuat sangat menyerang, sampai kuda-kuda itu menyebabkan debu berterbangan.

فَأَثَرنَ بِهِ نَقعًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Stirring up thereby [clouds of] dust,

(MALAY)

maka ia menerbangkan debu,

 

Sebelum ini, kalimat yang digunakan adalah dalam bentuk fai’l (katanama) dan sekarang kalimat yang digunakan dalam bentuk fi’il (katakerja) pula, menunjukkan bahawa apa yang mereka sedang lakukan telah bertingkat.

فَأَثَرنَ (Noon an-niswa – هنّ jamak untuk muannas) – merujuk kepada kuda-kuda betina sebelum ini. Ia dari kata أثار yang bermaksud ‘menaikkan’. Tapi menaikkan apa?

نَقعًا – debu tanah. Tapi ada 3 kalimah yang digunakan dalam Qur’an untuk debu:

– Naq’a
– Ghabara
– Habaa
[al manthoorah]

Tapi نَقعًا khusus digunakan dalam bahasa Arab apabila sesuatu bergerak dengan laju sampai menyebabkan tinggal kesan debu yang naik ke udara. Macam kereta, kuda dan sebagainya yang bergerak di padang pasir. Apabila dah bergerak dan dah lepas, masih nampak habuk-habuk itu di udara.

Kalimah بِهِ (dengannya). Apakah ‘nya’ yang dimaksudkan dalam ayat ini? Ia mungkin merujuk kepada:

– tempat. Oleh itu, serangan itu kuat sekali sampaikan tempat itu naik debu-debunya. Sampaikan pandangan pun jadi samar kerana dihalang oleh debu-debu itu.

– merujuk kepada debu itu sendiri. Ini menakjubkan kerana waktu subuh, tanah masih basah lagi dan selalunya bila tanah lembab, habuk susah nak naik, bukan? Tapi ayat ini hendak memberitahu, walaupun tanah masih lembab, tapi debu masih naik juga lagi kerana hebat sekali serangan itu.

– boleh juga merujuk kepada hentakan kaki kuda-kuda itu yang menyebabkan debu-debu naik ke udara.

– Ini adalah pendapat yang lain sikit dari yang lain. Abu Ubaydah berpendapat kalimah نَقعًا bermaksud menaikkan suara. Ini pun tidaklah lari jauh, kerana apabila debu-debu berterbangan, maka mereka semua kena jerit supaya suara mereka didengar.


 

Ayah 5: Ini adalah ayat sumpah terakhir dalam surah ini. Akan berakhir kisah tentang kuda-kuda itu. Bayangkan, sanggup kuda itu masuk ke tengah musuh menghadapi senjata lawan. Padahal waktu itu kalau masuk, boleh menyebabkan kematian tapi kuda itu buat juga kerana kuda itu taat.

فَوَسَطنَ بِهِ جَمعًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Arriving thereby in the center¹ collectively,

  • i.e., penetrating into the enemy ranks during a surprise attack.

(MALAY)

dan menyerbu ke tengah-tengah kumpulan musuh,

 

فَوَسَطنَ dari kalimah و س ط (tengah), jadi kalimah فَوَسَطنَ bermaksud menyerbu masuk ke tengah-tengah pihak lawan atau pihak yang diserang. Dalam kisah ini, pasukan berkuda yang telah disebut dari ayat pertama lagi itu, telah masuk menyerbu ke tengah-tengah pihak yang diserang.

بِهِ seperti yang telah disebut dalam ayat sebelum ini, mungkin merujuk kepada debu yang berterbangan. Oleh itu, mereka ambil peluang dari pandangan samar kerana debu itu untuk masuk terus ke dalam tengah pihak lawan. Mereka bukan serang dari tepi lagi seperti biasa, tapi terus masuk ke dalam. Ini adalah tindakan yang bahaya dan berani. Kenapa?

1 – Secara logik, tentu yang diserang sudah nampak kedatangan pihak berkuda itu kerana mereka datang dengan debu yang berterbangan (boleh dikesan dari jauh). Jadi ini telah memberi peluang untuk mereka bersedia dengan pedang, lembing dan sebagainya. Oleh itu, bahaya kalau serang dengan terus masuk ke tengah. Selalunya dalam perang macam ini, tidaklah masuk terus ke tengah – kerana kena hati-hati. Kalau serang dari tepi, mereka jaga bahagian depan sahaja, tapi apabila dah masuk ke tengah, mereka kena kepung pula dan kena kawal depan, tepi dan belakang sekali. Walaupun tindakan mereka itu bahaya, tapi ayat ini kata mereka masuk semua sekali ke tengah-tengah.

2 – Dari ayat ini, kita dapat ambil maklumat bahawa mereka semua masuk sekali, tidak ada yang tinggal di belakang. Kalau peperangan biasa, selalunya satu pihak akan serang sikit-sikit dan ada yang menunggu di belakang sebagai pasukan bantuan. Akan tetapi seperti yang disebut di permulaan awal surah ini, bilangan mereka pun sikit, jadi tidak sesuai juga kalau mereka berpecah kepada dua kumpulan pula.

3 – Tindakan mereka itu bahaya kerana debu akan berterbangan dan keadaan akan jadi samar, tidak nampak sangat. Tapi mereka masuk juga.

جَمعًا bermaksud semua sekali. Tidak ada tinggal di belakang untuk mengawal atau sebagai pasukan bantuan. ‘Semua sekali’ itu boleh juga bermaksud pasukan yang menyerang dan diserang dua-dua berperang sesama sendiri.

Surah habis lima ayat ini untuk ambil perhatian mereka yang mendengar. Kita katakan ini adalah ayat-ayat sebagai menarik perhatian sahaja, kerana tidak ada ajaran agama lagi pun, hanya menceritakan sahaja. Oleh itu, apa yang hendak disampaikan? Yang hendak disampaikan adalah ayat-ayat selepas ini. Selepas minta mereka telah ditarik, mereka hendak mendengar apa yang hendak diceritakan, barulah Allah sambung ayat-ayat pengajaran di dalam ayat-ayat seterusnya. Bagaimana dengan anda, anda sudah berminat untuk mendengar apa yang Allah akan sampaikan seterusnya?


 

Ayah 6: Sekarang baru Allah hendak memberitahu pengajaran yang amat penting selepas ayat-ayat qasm yang panjang itu. Allah memulakan surah ini dengan qasm tentang kuda kerana Allah hendak memberi isyarat, lihatlah bagaimana kuda itu taat kepada tuan dia, sanggup buat apa sahaja termasuk membahayakan nyawa mereka, tapi manusia tidak taat kepada Tuhannya. Ini amat menyedihkan kerana kalau kita fikirkan kembali, apa sangatlah yang tuan kuda itu bagi pada kuda dia sampai kuda dia taat itu? Tapi bandingkan dengan apa Allah beri kepada kita, macam macam bukan? Walaupun telah mendapat segala nikmat yang hebat-hebat, kebanyakan manusia tetap derhaka.

إِنَّ الإِنسانَ لِرَبِّهِ لَكَنودٌ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Indeed mankind, to his Lord, is ungrateful.

(MALAY)

sesungguhnya manusia itu sangat engkar, tidak berterima kasih kepada Tuhannya,

إِنَّ الإِنسانَ – Sesungguhnya manusia itu. Apakah yang Allah hendak sampaikan tentang manusia itu?

Panjang Allah menceritakan tentang kuda-kuda perang itu. Kuda-kuda itu amat taat kepada tuan mereka, sampai sanggup mereka membahayakan nyawa mereka untuk berperang dan masuk ke dalam kawasan musuh. Sedangkan kuda juga ada naluri untuk menjaga diri mereka – mereka tidak akan membahayakan diri mereka. Akan tetapi kerana arahan tuannya, mereka pergi juga. Kerana itu kisah kuda ini amat menarik perhatian masyarakat Arab. Kerana ianya adalah kebanggaan dan kesukaan mereka. Macam zaman sekarang, ada orang yang suka sangat kepada kereta – bikin sana dan bikin sini.

Dalam mereka sedang membayangkan kuda-kuda itu, tiba-tiba Allah memberi kata-kata yang menusuk kalbu – إِنَّ الإِنسانَ لِرَبِّهِ لَكَنودٌ. Allah ingatkan mereka yang mereka itu adalah hamba, mereka juga ada Tuan juga, tapi malangnya manusia itu taat langsung – jauh berbeza dengan kuda-kuda kebanggaan mereka itu. Kata-kata ini datang secara tiba-tiba yang amat menusuk kalbu dan tidak sangka datangnya, menyebabkan kita bungkam tidak dapat berkata-kata lagi.

Huruf ل dalam لَكَنودٌ adalah sebagai penekanan.

كَنودٌ – ada persamaan dengan kalimah كفور iaitu tidak menghargai kepada segala nikmat yang telah diterima. Kufur kepada nikmat yang Allah telah banyak berikan. Sedarlah kita yang Allah telah memberikan kita segala macam kelebihan dan nikmat yang tidak terhingga, dunia ini Allah jadikan untuk kegunaan kita, termasuklah kuda-kuda yang taat itu. Tapi dengan segala kelebihan dan nikmat-nikmat itu, manusia masih lagi tidak bersyukur dan taat kepada Tuhan.

Sebaliknya mereka menggunakan kelebihan yang Allah berikan kepada mereka itu untuk berbuat kerosakan dan dosa. Lihatlah dalam lima ayat pertama surah ini – menceritakan tentang pasukan berkuda yang menyerang satu puak dengan rakus sekali. Mereka kufur dalam kemungkaran. Tapi lihatlah bagaimana perasaan asal manusia terhadap ayat-ayat itu? Mereka rasa teruja dengan kisah kuda-kuda perang itu yang menyerang dengan gagah. Begitulah manusia – kadang-kadang rasa suka dengan perbuatan manusia lain tanpa menilai samada ianya baik atau tidak. Kerana itulah kita lihat banyak dalam filem-filem bagaimana penjahat dilihat sebagai baik sahaja. Sebagai contoh, kisah tentang lanun yang kononnya baik (tapi bukankah mereka mencuri?); kisah tentang perompak bank yang gigih menyusun strategi (tapi manusia lupa yang mereka sebenarnya mencuri, bukan?). Manusia sudah tidak kisah dengan apa yang benar dan apa yang tidak lagi – asalkan ia menarik perhatian mereka. Begitulah kita dengan filem-filem kita, sudah tidak kisah pun samada apa yang disampaikan itu benar atau tidak, asalkan ianya menarik untuk ditonton.

Ada juga pendapat lain yang mengatakan kalimah كَنودٌ itu bermaksud ‘memisahkan diri dari Tuhan’. Begitulah manusia, tidak hiraukan Tuhan. Jauh berbeza dengan kuda-kuda perang yang disebut di awal ayat – kuda perang itu taat dan sedar tentang tuannya – menunggu sahaja apakah yang hendak diarahkan oleh tuan mereka; suka apabila tuannya datang kepadanya.

Kalimah كَنودٌ memang ada persamaan dengan كفور tapi tidak sama dengan tepat. Ini adalah kerana kalimah كَنودٌ hanya disebut sekali sahaja dalam Qur’an (dalam ayat ini) sedangkan kalimah كفور amat banyak sekali disebut dalam Qur’an. Kalau kalimah كفور dan كَنودٌ itu sama sahaja, tentu kalimah كفور sahaja yang digunakan dalam surah ini, tapi tidak. Oleh itu, mesti ada kelainan antara keduanya. Tapi kita telah sebut yang ada persamaan antara keduanya dan yang sama antara keduanya adalah perasaan tidak bersyukur itu – tidak menghargai nikmat yang telah diberikan. Jadi apakah beza antara keduanya?

– كَنودٌ – SANGAT-SANGAT tidak menghargai kerana ianya adalah dalam bentuk sighah mubalaghah (bersangatan) kerana ada و dalam kalimah ini. Jadi ini bukan tidak menghargai dalam kadar biasa, tapi jenis yang teruk sangat.

– Mereka yang ada sifat كَنودٌ ini adalah jenis yang ada sahaja benda yang dia tidak puas hati dalam hidup dia, padahal dah banyak nikmat yang dia dah dapat tapi dia nak merungut sangat. Sebagai contoh, ada 10 jenis makanan dalam rumah dia tapi dia bising tentang makanan yang dia mahu tapi tidak ada. Malangnya, kita pun mengajar anak-anak kita dengan perangai ini. Kita tidak ajar mereka untuk bersyukur dengan nikmat yang ada.

Adakah manusia layak untuk mempunyai sifat كَنودٌ ini? Tentulah tidak. Allah jadikan kita dan beri nikmat kepada kita supaya kita taat kepadaNya dan buat amal ibadat dan menghambakan diri kepadaNya. Kalau kita tidak jalankan kewajipan kita ini, apa layak kita duduk di dunia ini? Kembali kita kepada kisah kuda-kuda di awal surah ini. Katakanlah kuda-kuda itu tidak taat kepada tuannya, tidak ikut arahan, agaknya tuannya nak simpan dia lagikah? Tentu tidak, tuannya dah lama akan matikan dia kerana kalau tidak taat, takkan nak bagi makan percuma sahaja, bukan? Maka tuannya akan bunuh dia. Akan tetapi lihatlah bagaimana penyabarnya Allah itu, walaupun kita tidak taat kepada Dia, Allah tidak terus hukum kita, bukan? Padahal Allah boleh sahaja nak kenakan kita dengan apa sahaja yang Dia hendak kenakan.


 

Ayat 7: Manusia itu sendiri tahu yang dia sedang derhaka kepada Tuhan.

وَإِنَّهُ عَلىٰ ذٰلِكَ لَشَهيدٌ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And indeed, he is to that a witness.¹

  • Through his speech and his actions.

(MALAY)

dan sesungguhnya manusia itu menyaksikan (sendiri) keingkarannya,

 

Sebenarnya, manusia memang tahu yang mereka sedang melawan Allah. Bukannya dia tidak tahu.

Kalau kita lihat kalimah شَهيدٌ yang digunakan, tapi kenapa tidak digunakan kalimah شاهِد (isim fa’il)? Ini adalah kerana:

شاهِد – ism faa’il – hanya berlaku sekali sahaja.
شَهيدٌ – Sentiasa melihat apa yang dia sedang lakukan. Ini adalah kerana ianya adalah dalam sighah mubalaghah. Dia sendiri menjadi saksi atas segala perbuatannya. Ini seperti yang Allah telah sebut dalam Qiyamah:14

بَلِ الإِنسانُ عَلىٰ نَفسِهِ بَصيرَةٌ

Bahkan manusia itu menjadi saksi atas dirinya sendiri

Banyak ayat dalam Qur’an menyebut bagaimana tubuh badan kita sendiri akan menjadi saksi atas diri kita nanti di akhirat. Diri kita memang tahu segala-galanya yang kita lakukan. Setiap apa yang kita lakukan, tubuh kita tahu – mereka sentiasa menjadi saksi. Tubuh dan hati kita juga tahu bahawa kita sedang melakukan dosa dan tidak taat kepada Allah. Diri dan nafs kita tahu kerana telah ada dalam diri kita ilham tentang mana perkara buruk dan mana yang salah. Kalau tidak terasa itu hanyalah kerana tidak layan perasaan itu sahaja. Iaitu mereka yang menidakkan fitrah asal dalam diri.


 

Ayat 8: Allah beritahu mereka jadi begitu kerana mereka kasih kepada harta bersangatan sampai lupa nak kasih kepada Tuhan.

وَإِنَّهُ لِحُبِّ الخَيرِ لَشَديدٌ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And indeed he is, in love of wealth, intense.

(MALAY)

dan sesungguhnya dia sangat hebat cintanya kepada kesenangan.

 

Dalam ayat ini, selalunya kalimah الخَيرِ diterjemahkan kepada ‘harta’, ‘kekayaan’, ‘kesenangan’. Tapi dari segi bahasa asal, ia bermaksud ‘kebaikan’, bukan? Dan bukankan ‘kebaikan’ itu baik dan bagus untuk kita? Kenapa pula Allah tegur sifat manusia itu? Nanti kita akan bincangkan selepas ini.

Sekarang lihat kalimah لِحُبِّ dalam ayat ini. Huruf ل digunakan dalam kalimah ini untuk bawa ‘kerana’. Oleh itu, kalimah لِحُبِّ bermaksud ‘kerana cinta’. Allah tidak gunakan kalimah للخير, tapi Allah beritahu masalah itu terjadi kerana cinta yang keterlaluan itu. Oleh itu, masalah manusia sebenarnya adalah kerana cintanya yang bersangatan kepada harta, kepada dunia.

Apakah pula maksud حُبِّ? Ianya apabila kita lihat sesuatu itu baik untuk kita, maka kita akan berusaha untuk mendapatkannya. Kadang-kadang ada yang kita cuba dapatkan tapi tidaklah bersungguh sangat, bukan? Kalau ianya bersungguh sangat, barulah dipanggil  حُبِّ. Oleh itu, ada dua perkara yang terlibat dalam حُبِّ:
1 – sangkaan yang sesuatu itu baik.
2 – sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkannya.

Seperti kita telah sebutkan sebelum ini, kalimah الخَيرِ bermaksud ‘kebaikan’, jadi kenapa Allah tegur kalau suka dan cinta kepada kebaikan pula? Dan kenapa pula para mufassir dan terjemahan kepada kalimah ini sentiasa sahaja bermaksud ‘harta’, kemewahan dan yang berkenaan dengannya? Bukankah kekayaan juga boleh digunakan untuk kebaikan juga? Bukankah harta itu diperlukan juga oleh manusia dan boleh digunakan untuk kebaikan?

Untuk menjawapnya, kita kena faham bahawa Allah sebenarnya ‘menterjemahkan’ kepercayaan kaum yang engkar itu. Mereka yang merasakan harta dan kekayaan itu adalah kebaikan dan tidak ada yang lebih baik darinya. Allah sebenarnya mengejek mereka dan fahaman mereka. Alangkah salah sekali fahaman mereka itu. Mereka hanya melihat kebaikan dalam kesenangan dan kekayaan sahaja. Dan kerana hendak mendapatkan kemewahan dan harta itu, mereka sanggup buat apa-apa sahaja – sampai sanggup merampok dari orang lain, sanggup menipu, sanggup mencuri dan sebagainya.

شَديدٌ – dari maksud ‘mengikat tali’. Iaitu bermaksud mengikat dengan kuat terhadap sesuatu. Oleh itu, dalam ayat ini, ia bermaksud manusia terikat dengan kuat dalam usaha mereka untuk mendapatkan harta.

Memang manusia ramai yang mahukan dunia. Dan semua yang manusia mahu, datang dari bumi bukan? Antaranya makanan, minuman, emas, perak dan sebagainya. Tapi ingatlah dalam surah sebelum ini dalam Surah Zilzala, Allah telah memberitahu bagaimana manusia itu mengejar harta dalam bumi, tapi akhirnya manusia akan mati dan masuk dalam bumi itu sendiri. Kamu cari dari bumi, tapi nanti kamu pun akan masuk dalam bumi juga. Dan nanti kamu dan segala dalam bumi itu akan dikeluarkan, waktu itu baru kamu akan rasa menyesal kerana kamu akan lihat benda yang kamu kejar itu tidak ada harga pun.


 

Ayat 9: Allah tanya: tidakkah manusia tahu yang mereka akan dibangkitkan dari kubur?

أَفَلا يَعلَمُ إِذا بُعثِرَ ما فِي القُبورِ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

But does he not know that when the contents of the graves are scattered

(MALAY)

Maka apakah dia tidak mengetahui apabila dibangkitkan apa yang ada di dalam kubur,

 

بُعثِرَ bermaksud perbuatan mengeluarkan sesuatu dari bekas, seperti kita mengeluarkan barang dari dalam beg, kadang-kadang kita akan keluarkan segala barang yang lain, walaupun nak dicari adalah satu barang sahaja. Tapi kita punggah habis semua barang yang ada dalam beg itu.

Jadi Allah tanya mereka: tidakkah mereka sedar yang mereka akan dikeluarkan dari bumi itu setelah mereka mati dan mereka akan dibawa ke pengadilan Allah taala? Tidakkah manusia tahu bahawa semua yang di dalam kubur itu akan dikeluarkan semua sekali?

Bukan sahaja yang membunuh itu akan dikeluarkan dari kubur mereka, tapi yang dibunuh juga akan dikeluarkan juga. Di awal surah ini, disebut tentang satu puak berkuda yang menyerang dan merampok satu puak yang lain. Dan selepas itu mereka akan menguburkan orang yang telah dicuri itu di dalam bumi. Mungkin orang lain tidak tahu apa yang mereka telah lakukan, tapi nanti apabila Kiamat nanti, semua yang di dalam kubur itu akan dikeluarkan. Semua akan dihadapkan di hadapan Allah taala dan Allah akan adili segala apa yang mereka lakukan.

Begitulah, kadang-kadang zaman berzaman ada manusia yang jahat yang kuat telah memusnahkan orang lain, satu kampung, satu negeri dan sebagainya. Mereka telah musnahkan satu kampung, ambil barang mereka, ambil anak-anak mereka dan kemudian menanam mereka yang dibunuh itu. Ini memang biasa terjadi dan sampai sekarang pun terjadi juga. Human Rights Watch tidak tahu apa yang mereka buat itu kerana jauh dari media, tapi Allah tahu. Dan nanti mereka yang dibunuh itu akan dikeluarkan dan mereka akan mendakwa mereka yang membunuh mereka.


 

Ayat 10: Waktu itu, semua akan dikeluarkan.

وَحُصِّلَ ما فِي الصُّدورِ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And that within the breasts is obtained,¹

  • i.e., when all secrets are made known.

(MALAY)

dan dilahirkan apa yang ada di dalam dada,

 

حُصِّلَ bermaksud mengupas dan membuang kulit luaran untuk menunjukkan apa yang ada di dalamnya – contohnya kita mengupas kulit pisang untuk mengeluarkan pisang itu. 

Sebelum ini dala Surah Zilzal Allah telah memberitahu perbuatan sekecil-kecil manusia walaupun sebesar zarrah akan ditunjukkan kepadanya. Tapi dalam surah Aadiyat ini, Allah memberitahu maklumat lebih dalam lagi. Iaitu apa yang di dalam hati juga akan dikeluarkan. Ini adalah kerana perbuatan itu bukan perbuatan luaran sahaja, bukan? Kerana ada juga perbuatan dalam hati seperti niat kita. Itu pun akan dikeluarkan – maknanya, akan dikeluarkan apa yang dalam dada. Itulah termasuk perasaan tidak taat kepada Allah dan kecintaan bersangatan kepada dunia. Itu pun akan dikeluarkan dan diberitahu kembali kepada mereka. Oleh itu, dalam Surah Zalzalah telah disebut tentang amal luaran dan sekarang disebut tentang niat hati pula. Akan dikupas dan akan ditunjukkan apakah perasaan dalam hati mereka.


 

Ayat 11: Allah sangat tahu apa yang mereka lakukan dan apa yang dalam hati mereka, untuk dihukum.

إِنَّ رَبَّهُم بِهِم يَومَئِذٍ لَخَبيرٌ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Indeed, their Lord with them, that Day, is [fully] Acquainted.

(MALAY)

sesungguhnya Tuhan mereka pada hari itu Maha Mengetahui keadaan mereka.

 

لَخَبيرٌ – orang kafir dan orang yang engkar itu mungkin berkata dalam hati mereka, siapa yang akan tahu apa yang aku buat ini, apa yang aku fikirkan dan niat aku? Mungkin mereka telah bunuh orang lain dan telah sorok kesalahan mereka itu dan mereka tidak sangka yang perbuatan mereka itu akan terbongkar, bukan? Oleh itu, mereka sangka mereka akan terlepas dari hukuman kerana mereka sangka tidak ada orang yang akan tahu. Tapi Allah beritahu dalam ayat ini, Allah Maha Tahu apa yang mereka telah lakukan.

Kalimah خَبيرٌ digunakan dalam ayat ini, sedangkan kalimah عليم juga boleh digunakan, bukan? Tapi Allah tidak guna kalimah عليم kerana kalimah خَبيرٌ lebih kuat lagi dari kalimah عليم – kerana maksud خَبيرٌ adalah mengetahui luar dan dalam dari perbuatan mereka itu. Allah bukan hanya tahu amalan fizikal sahaja tapi apa yang ada dalam hati.

Dalam Surah Zilzal Allah telah memberitahu bahawa segalam perbuatan manusia sebesar zarrah pun akan ditunjukkan kepada mereka. Dalam ayat ini sekarang, Allah memberitahu yang Allah sendiri tahu apa yang mereka telah lakukan. Mereka tidak akan dapat sorok langsung apa yang mereka telah lakukan. Allah bukan nak beritahu sahaja, tapi Allah akan hukum mereka atas perbuatan tangan mereka dan hati mereka itu.

 

Penutup:

Di awal surah ini, Allah memberitahu perbuatan orang jahat yang tidak sangka perbuatan mereka itu akan diketahui. Dan di akhir surah ini, Allah memberitahu bahawa fahaman mereka itu amat salah sama sekali kerana Allah tahu apa yang mereka telah lakukan. Dan mereka tidak akan terlepas dari kezaliman yang mereka telah lakukan. Allah akan keluarkan semua sekali perbuatan mereka, kecil atau besar.

Allahu a’lam. Sambung ke surah yang seterusnya, Surah al-Qaari’ah.


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

About tafsirsunnah

Blog mentafsir Quran berdasarkan fahaman Sunnah dan salafussoleh.
This entry was posted in Surah 100: al-Aadiyat. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s