Usul 12: Mengesan Struktur Mikro

(12) Mencari Dan Mengesan Struktur Mikro Atau النظم الخفيف Di Dalam Ayat-Ayat Al-Qur’an.

Usul seterusnya untuk memahami al-Qur’an dengan baik ialah berusaha mencari dan mengesan perkalaan-perkataan yang saling berkaitan di dalam sesuatu ayat atau beberapa ayat. Seseorang penuntut ilmu al-Qur’an hendaknya sentiasa berjalan dengan memegang jari setiap perkataan yang dibacanya di dalam setiap ayat al-Qur’an. Semua perkataan di dalam al-Qur’an ada ertinya yang tersendiri. Tiada satu pun hurufnya berlebihan atau sia-sia.

Dalam membincangkan sesuatu perkataan, para ulama Tafsir kadang-kadang memerlukan beberapa muka surat untuk menyelami maksudnya. Mereka sehabis daya berusaha mengaitkan satu ayat dengan ayat yang lain, bahkan satu perkataan dengan satu perkataan yang lain. Segala mahzufaat (perkataan-perkataan atau ayat-ayat yang dibuang) dipastikan. Segala yang tersembunyi pula dinyatakan. Betapa besarnya jasa dan sumbangan mereka. Allah sahajalah yang dapat memberikan ganjarannya.

Berikut dikemukakan beberapa langkah yang perlu diambil dalam usaha mengesan kesinambungan satu perkataan dengan perkataan lain, seterusnya satu ayat dengan ayat yang lain:

(a) Mengcsan apa-apa yang tersirat di sebalik beberapa ayat kecil (jumlah) di dalam sesuatu ayat yang panjang.

(b) Berusaha menggilap kebolehan memahami struktur ayat dan apa yang tersurat.

(c) Memahirkan diri dalam mengesan apa-apa yang dibuang (محزوفات) dan apa yang seharusnya ditaqdirkan.

(d) Terdapat banyak sekali ayat-ayat yang disudahi dengan menyebutkan sifat-sifat tertentu Allah s.w.t. seperti ar-Raheem, al-Ghafur, al-Hameed, Al-Ghaniy, al-Hakeem dan sebagainya. Sifat-sifat itu tentu sekali tidak disebutkan sembarangan tanpa sesuatu maksud. Ia tentunya mempunyai kaitan dan pertalian dengan apa yang tersebut sebelumnya atau selepasnya. Apa yang perlu anda lakukan ialah merenungi apakah gerangan hikmat di sebalik sifat-sifat Allah itu disebutkan pada tempat-tempat berkenaan.

Beberapa Contoh Struktur Mikro Atau النظم الخفيف Di Dalam Sesuatu Ayat Atau Surah.

(a) Di dalam Surah at-Tiin, cuba lihat betapa rapatnya perkaitan di antara perkataan التين dengan الزيتون, perkataan الزيتون dengan طور سينين (Thur sina) dan seterusnya di antara perkataan طور سينين dan البلد الامين. Keempat-empat perkataan itu pula berkait rapat dengan rangkai kata أَحسَنِ تَقويمٍ dan أَسفَلَ سافِلينَ. Dan semua yang tersebut itu pula berkait rapat dengan الدّينِ atau يوم الدّينِ (hari pcmbalasan) iaitu hari kiamat di mana manusia akan mendapat balasan bagi semua amalannya, sama ada baik atau buruk. Pada hari kiamat nanti akan nyatalah keadilan dan kesaksamaan Allah. Sesungguhnya hari kiamat itu merupakan sebesar-besar dalil bagi adanya أَحكَمِ الحاكِمينَ (Tuhan Yang Maha Adil dan Saksama).

(b) Perhatikanlah betapa rapatnya perkaitan di antara perkataan-perkataan الله  ,الحى dan القيوم. Kemudian perhatikan pula bagaimana ia disusuli dengan penafian sifat-sifal yang ttdak layak bagi Allah daripada Allah (sifat-sifat tanzhiyyahNya), iaitu mengantuk dan tidur. Perkaitan di antaranya amat rapat sekali. Syafa’at berkait rapat dengan ilmu. Kursi Allah pula berkait rapat denganNya. Kekuasaan Allah berkait rapat dengan sifat tanzihiNya لا ينوده (Dia tidak berasa berat). Sifat Tuhan العلى العظيم (Maha Tinggi lagi Maha Besar) pula mencakupi dan merangkumi semua sekali kandungan ayat al-Kursi itu sendiri.

Qaedah-Qaedah Mengesan Struktur Mikro Ayat-Ayat Al-Qur’an

Adalah tidak sukar mengesan perhubungan dan perkaitan di antara satu perkataan dengan perkataan lain atau satu ayat dengan ayat yang lain jika kedua-duanya mempunyai perhubungan dan perkaitan yang nyata. Seperti perhubungan ‘athaf, ta’kid, tafsir, badal, i’tiraadh, sifat, hal dan lain-lain yang dapat dipastikan dengan penguasaan ilmu Nahu.

Akan tetapi sukar sekali mengesan perhubungan di antara dua perkataan atau dua ayat yang pada zahirnya tidak menampakkan ada sebarang perkaitan di antara keduanya. Kerana kedua-duanya kelihatan seperti sesuatu yang berasingan dan berdiri sendiri. Dalam keadaan ini pun para ulama tafsir yang bijaksana masih nampak lagi perkaitannya berpandukan qarinah-qarinah dan bukti-bukti di sudut ma’na dan ertinya yang saling berpautan. Sebenarnya dalam situasi ini pun para ulama tafsir tetap menggunakan qaedah-qaedah tertentu untuk mengesan struktur mikronya. Antara qaedah yang sering digunakan unluk mengesan struktur mikro ayat-ayat al-Qur’an yang di luar daripada skop ilmu Nahu ialah:

(a) التنظير. At-Tandzir ialah membandingkan sesuatu (keadaan dan lain-lain) dengan sesuatu (keadaan dan lain-lain) yang lain kerana ada sudut keserupaannya. Antara contoh at-Tandzir dalam al-Qur’an ialah firman Allah berikut:كَما أَخرَجَكَ رَبُّكَ مِن بَيتِكَ بِالحَقِّ (al-Anfaal:5), selepas firmanNya: (أُولٰئِكَ هُمُ المُؤمِنونَ حَقًّا). Allah s.w.t telah memerintahkan RasulNya supaya melaksanakan perintahNya berhubung dengan harta rampasan perang, walaupun ia kurang disenangi para sahabat. Keadaannya sama seperti ketika rasulullah s.a.w. melaksanakan perintah Allah agar mereka keluar dari rumah untuk berperang. Ia juga kurang disenangi sesetengah sahabat. Namun bukankah telah terbukti kekuatan Islam, pertolongan Allah dan kemenangan dengan keluarnya mereka berperang? Pembahagian harta rampasan perang juga begitu. Maka seharusnyalah mereka ta’at dan tidak menurut kehendak hati sendiri. Perhatikanlah ayat-ayat berkenaan di permulaan Surah al-Anfaal (1-8).

 (1) يَسأَلونَكَ عَنِ الأَنفالِ ۖ قُلِ الأَنفالُ لِلَّهِ وَالرَّسولِ ۖ فَاتَّقُوا اللَّهَ وَأَصلِحوا ذاتَ بَينِكُم ۖ وَأَطيعُوا اللَّهَ وَرَسولَهُ إِن كُنتُم مُؤمِنينَ

 (2) إِنَّمَا المُؤمِنونَ الَّذينَ إِذا ذُكِرَ اللَّهُ وَجِلَت قُلوبُهُم وَإِذا تُلِيَت عَلَيهِم آياتُهُ زادَتهُم إيمانًا وَعَلىٰ رَبِّهِم يَتَوَكَّلونَ

 (3) الَّذينَ يُقيمونَ الصَّلاةَ وَمِمّا رَزَقناهُم يُنفِقونَ

 (4) أُولٰئِكَ هُمُ المُؤمِنونَ حَقًّا ۚ لَهُم دَرَجاتٌ عِندَ رَبِّهِم وَمَغفِرَةٌ وَرِزقٌ كَريمٌ

 (5) كَما أَخرَجَكَ رَبُّكَ مِن بَيتِكَ بِالحَقِّ وَإِنَّ فَريقًا مِنَ المُؤمِنينَ لَكارِهونَ

 (6) يُجادِلونَكَ فِي الحَقِّ بَعدَما تَبَيَّنَ كَأَنَّما يُساقونَ إِلَى المَوتِ وَهُم يَنظُرونَ

 (7) وَإِذ يَعِدُكُمُ اللَّهُ إِحدَى الطّائِفَتَينِ أَنَّها لَكُم وَتَوَدّونَ أَنَّ غَيرَ ذاتِ الشَّوكَةِ تَكونُ لَكُم وَيُريدُ اللَّهُ أَن يُحِقَّ الحَقَّ بِكَلِماتِهِ وَيَقطَعَ دابِرَ الكافِرينَ

 (8) لِيُحِقَّ الحَقَّ وَيُبطِلَ الباطِلَ وَلَو كَرِهَ المُجرِمونَ

Bermaksud: Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang harta rampasan perang. Katakanlah: Harta rampasan perang itu (terserah) kepada Allah dan kepada RasulNya (untuk menentukan pembahagiannya). Oleh itu, bertakwalah kamu kepada Allah dan perhatilah keadaan perhubungan di antara kamu, serta ta’atlah kepada Allah dan RasulNya, jika betul kamu orang-orang yang beriman. (1) Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempuma imannya) ialah orang-urang yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatNya) gementarlah hati mereka: dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, bertambahlah iman mereka (kerananya), dan kepada Tuhan jualah mereka berserah. (2) Iaitu orang-orang yang mendirikan sembahyang dan yang mendermakan sebahagian dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka. (3) Merekalah orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya. Mereka akan mendapat pangkat-pangkat yang tinggi di sisi Tuhan dan keampunan serta limpah kurnia yang mulia (di Syurga). (4) Sebagaimana (harta rampasan perang ditentukan pembahagiannya dengan kebenaran, maka) Tuhanmu (wahai Muhammad) mengeluarkanmu dari rumahmu (untuk pergi berperang) dengan kebenaran juga, sedang sebahagian dari orang-orang yang beriman itu (sebenarnya) tidak suka (turut berjuang). (5) Mereka membantahmu tentang kebenaran (berjihad) setelah nyata (kepada mereka kemenangan yang engkau janjikan), seolah-olah mereka dihalau kepada kematian, sedang mereka melihat (Sebab-sebabnya). (6) Dan (ingatlah), ketika Allah menjanjikan kepadamu bahawa salah satu dari dua golongan (yang kamu hadapi) adalah untukmu, sedang kamu menginginkan bahwa yang tidak mempunyai kekuatan senjatalah yang untukmu, dan Allah menghendaki untuk membenarkan yang benar dengan ayat-ayatNya dan memusnahkan orang-orang kafir. (7) Supaya Allah menegakkan yang benar itu dan menghapuskan yang salah (kufur dan syirik), sekalipun golongan (kafir musyrik) yang berdosa itu tidak menyukainya. (8). (alAnfaal: 1.8).


(b) المضادة. al-Mudhaaddah ialah mengemukakan sesuatu bersama-sama lawannya atau setelah dikemukakan sesuatu, dikemukakan pula lawannya. Antara contohnya ialah firman Allah bcrikut: إِنَّ الَّذينَ كَفَروا سَواءٌ عَلَيهِم أَأَنذَرتَهُم أَم لَم تُنذِرهُم لا يُؤمِنونَ (Baqarah:6)

Bermaksud: Sesungguhnya orang-orang kafir (yang tidak akan beriman), sama sahaja kepada mereka, sama ada engkau beri amaran kepadanya atau engkau tidak beri amaran, mereka tidak akan beriman. (Baqarah:6) dan seterusnya…

Permulaan Surah al-Baqarah membicarakan tentang al-Qur’an, bagaimana ia menjadi petunjuk dan pedoman kepada orang-orang mu’min. Setelah Allah menyebutkan tentang sifat-sifat orang mu’min, disebut pula selepasnya tentang orang-orang kafir dan sifat-sifat mereka. Kerana di antara kedua-dua golongan itu ada semacam perkaitan atau nisbah dipanggil perkaitan perlawanan (نسبة التضاد).


(c) الاستطراد. Isthithraad ialah meninggalkan sejenak apa yang sedang dibicarakan, lalu mencelahnya dan memotongnya dengan sesuatu yang lain sekilas pandang. Kemudian kembali semula kepada perbincangan yang asal. Seolah-olahnya sesuatu yang dicelahi itu langsung tidak dimaksudkan. Padahal memang ada maksudnya yang tersendiri. Antara contohnya ialah firman Allah berikut:

يا بَني آدَمَ قَد أَنزَلنا عَلَيكُم لِباسًا يُواري سَوآتِكُم وَريشًا ۖ وَلِباسُ التَّقوىٰ ذٰلِكَ خَيرٌ ۚ ذٰلِكَ مِن آياتِ اللَّهِ لَعَلَّهُم يَذَّكَّرونَ

Bermaksud: Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu dan pakaian perhiasan. Dan pakaian (yang berupa) taqwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya), supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur). (al-A’raaf:26),

Az-Zamakhsyari berkata, ayat ini datang sebagai isthithraad setelah sebelumnya disebutkan tentang terdedahnya aurat Adam dan Hawwa’ dan setelah mereka mulai menutup aurat masing-masing dengan daun-daun Syurga. Tujuannya ialah menyatakan ni’mat yang sangat besar daripada Allah pada pakaian yang diciptaNya buat manusia. Keadaan bertelanjang dan aurat yang terdedah juga merupakan suatu yang memalukan dan menghinakan manusia. Firman Allah ini juga menyatakan penutupnn aurat itu adalah salah satu daripada lambang-lambang ketaqwaan yang sangat besar.

Untuk melihai kedudukan ayat 26 Surah al-A’raaf ini sebagai isthithraad, perlulah dilihat juga beberapa ayat sebelumnya dan ayat 27 selepasnya. Di bawah ini dikemukakan ayat-ayat berkenaan supaya lebih jelas:

(19) وَيا آدَمُ اسكُن أَنتَ وَزَوجُكَ الجَنَّةَ فَكُلا مِن حَيثُ شِئتُما وَلا تَقرَبا هٰذِهِ الشَّجَرَةَ فَتَكونا مِنَ الظّالِمينَ

فَوَسوَسَ لَهُمَا الشَّيطانُ لِيُبدِيَ لَهُما ما وورِيَ عَنهُما مِن سَوآتِهِما وَقالَ ما نَهاكُما رَبُّكُما عَن هٰذِهِ الشَّجَرَةِ إِلّا أَن تَكونا مَلَكَينِ أَو تَكونا مِنَ الخالِدينَ (20)

(21) وَقاسَمَهُما إِنّي لَكُما لَمِنَ النّاصِحينَ

فَدَلّاهُما بِغُرورٍ ۚ فَلَمّا ذاقَا الشَّجَرَةَ بَدَت لَهُما سَوآتُهُما وَطَفِقا يَخصِفانِ عَلَيهِما مِن وَرَقِ الجَنَّةِ ۖ وَناداهُما رَبُّهُما أَلَم أَنهَكُما عَن تِلكُمَا  (22) الشَّجَرَةِ وَأَقُل لَكُما إِنَّ الشَّيطانَ لَكُما عَدُوٌّ مُبينٌ

قالا رَبَّنا ظَلَمنا أَنفُسَنا وَإِن لَم تَغفِر لَنا وَتَرحَمنا لَنَكونَنَّ مِنَ الخاسِرينَقالَ اهبِطوا بَعضُكُم لِبَعضٍ عَدُوٌّ ۖ وَلَكُم فِي الأَرضِ مُستَقَرٌّ وَمَتاعٌ  (23) إِلىٰ حينٍ

قالَ اهبِطوا بَعضُكُم لِبَعضٍ عَدُوٌّ ۖ وَلَكُم فِي الأَرضِ مُستَقَرٌّ وَمَتاعٌ إِلىٰ حينٍ (24)

(25) قالَ فيها تَحيَونَ وَفيها تَموتونَ وَمِنها تُخرَجونَ

(26) يا بَني آدَمَ قَد أَنزَلنا عَلَيكُم لِباسًا يُواري سَوآتِكُم وَريشًا ۖ وَلِباسُ التَّقوىٰ ذٰلِكَ خَيرٌ ۚ ذٰلِكَ مِن آياتِ اللَّهِ لَعَلَّهُم يَذَّكَّرونَ

(27) يا بَني آدَمَ لا يَفتِنَنَّكُمُ الشَّيطانُ كَما أَخرَجَ أَبَوَيكُم مِنَ الجَنَّةِ يَنزِعُ عَنهُما لِباسَهُما لِيُرِيَهُما سَوآتِهِما ۗ إِنَّهُ يَراكُم هُوَ وَقَبيلُهُ مِن حَيثُ لا تَرَونَهُم ۗ إِنّا جَعَلنَا الشَّياطينَ أَولِياءَ لِلَّذينَ لا يُؤمِنونَ

Bermaksud: (Dan Allah berfirman): Wahai Adam! Tinggallah engkau dan isterimu di dalam Syurga serta makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa sahaja kamu berdua sukai dan janganlah kamu hampiri pokok ini. (jika kamu menghampirinya) maka akan menjadilah kamu dari orang-orang yang zalim. (19) Setelah itu, maka Syaitan membisikkan (hasutan) kepada mereka berdua supaya (dapatlah) dia menampakkan kepada mereka akan aurat mereka yang (sekian lama) tertutup dari (pandangan) mereka. sambil dia berkata: Tidaklah Tuhan kamu melarang kamu daripada (menghampiri) pokok ini, melainkan (kerana Dia tidak suka) kamu berdua menjadi malaikat atau menjadi orang-orang yang kekal (selama-lamanya di dalam Syurga). (20) Dan dia bersumpah kepada keduanya (dengan berkata): Sesungguhnya aku adalah dari mereka yang memberi nasihat kepada kamu berdua. (21) Dengan sebab itu dapatlah dia menjatuhkan mereka berdua (ke dalam larangan) dengan tipu dayanya. Setelah mereka memakan (buah) pohon itu, terdedahlah kepada mereka berdua aurat masing-masing dan mercka mulailah menutupnya dengan daun-daun (dari) Syurya. Serta Tuhan mereka menyeru mereka: Bukankah Aku telah melarang kamu berdua dari pokok itu dan Aku katakan kepada kamu, bahawa Syaitan itu adalah musuh kamu yang nyata (22) Mereka berdua merayu: Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan kalau Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, niscaya pastilah kami termasuk orang-orang yang rugi. (23) Allah berfirman: “Turunlah kamu sekalian, sebahagian kamu menjadi musuh bagi sebahagian yang lain. Dan kamu mempunyai tempat kediaman dan kesenangan (tempat mencari kehidupan) di muka bumi sampai waktu yang telah ditentukan”. (24) Allah berfirman lagi: “Di bumi itu kamu hidup dan di situ juga kamu mati dan daripadanya pula kamu akan dikeluarkan (dibangkitkan hidup semula pada hari kiamat)”. (25) Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu dan pakaian perhiasan dan pakaian yang berupa taqwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur). (26) Wahai anak-anak Adam! Janganlah kamu diperdayakan oleh Syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibu bapa kamu dari Syurga, sambil dia menyebabkan terlucutnya pakaian mereka berdua untuk memperlihatkan kepada mereka: Aurat mereka (yang sebelum itu tertutup). Sesungguhnya Syaitan dan kaumnya melihat kamu dengan keadaan yang kamu tidak dapat melihat mereka. Sesungguhnya Kamt telah menjadikan Syaitan-syaitan itu teman rapat bagi orang-orang yang tidak beriman. (27).


(d) حسن التخلص. Husnu at-takhallush ialah bcrpindah daripada satu topik yang dimulakan sesuatu perbincangan kepada satu topik lain yang sememangnya dimaksudkan tanpa memotong percakapan, tetapi secara halus dan seni, sehingga tidak disedari pendengar, lantaran sangat sesuai dan secocok di antara kedua-duanya. Sesetengah ulama berpendapal isthithraad dan husnu at-takhallush adalah benda yang sama. Sesetengah yang lain pula berpendapat kedua-duanya berbeza. Isthithraad bererti mencelah sesuatu perbincangan) buat seketika, kemudian kembali semula kepada perbincangan asal. Husnu at-takhallush pula tidak semestinya begitu. Mungkin setelah mencelah dengan sesuatu yang lain, perkara yang tersebut sebelumnya disambung kembali, mungkin juga tidak. Contoh terbaik untuk husnu at-takhallush ialah firman Allah di dalam Surah al-Muddatstsir berikut:

(8) فَإِذا نُقِرَ فِي النّاقورِ

(9) فَذٰلِكَ يَومَئِذٍ يَومٌ عَسيرٌ

(10) عَلَى الكافِرينَ غَيرُ يَسيرٍ

Bermaksud: Apabila ditiup sangkakala, (8) maka waktu itu adalah waktu (datangnya) hari yang sukar (9) kepada orang-orang kafir, lagi tidak mudah (mengelak azabnya). (10)

Ayat-ayat ini merupakan ‘husnu at-takhallush’ daripada ayat-ayat sebelumnya. Ayat-ayat yang mengiringinya pula merupakan ‘husnu at-takhallush’ daripadanya. Lihat ayat-ayat seterusnya:

ذَرني وَمَن خَلَقتُ وَحيدًا (11)

وَجَعَلتُ لَهُ مالًا مَمدودًا (12)

(13) وَبَنينَ شُهودًا

(14) وَمَهَّدتُ لَهُ تَمهيدًا

(15) ثُمَّ يَطمَعُ أَن أَزيدَ

(16) كَلّا ۖ إِنَّهُ كانَ لِآياتِنا عَنيدًا

(17) سَأُرهِقُهُ صَعودًا

(18) إِنَّهُ فَكَّرَ وَقَدَّرَ

(19) فَقُتِلَ كَيفَ قَدَّرَ

(20) ثُمَّ قُتِلَ كَيفَ قَدَّرَ

(21) ثُمَّ نَظَرَ

(22) ثُمَّ عَبَسَ وَبَسَرَ

(23) ثُمَّ أَدبَرَ وَاستَكبَرَ

(24) فَقالَ إِن هٰذا إِلّا سِحرٌ يُؤثَرُ

(25) إِن هٰذا إِلّا قَولُ البَشَرِ

Bermaksud: Biarkanlah Aku sahaja membalas orang (yang menentangmu) yang Aku ciptakan dia (dalam keadaan) seorang diri (tidak berharta dan anak pinak). (11) Dan Aku jadikan baginya harta kekayaan yang banyak. (12) Serta anak pinak (yang ramai) yang sentiasa ada di sisinya. (13) Dan Aku mudahkan baginya (mendapat kekayaan dan kekuasaan) dengan semudah-mudahnya. (14) Kemudian dia ingin sangat, supaya Aku tambahi lagi. (15). Tidak sekali-kali (akan ditambahi)! Kerana sesungguhnya dia menentang dengan degilnya akan ayat-ayat Kami (Al-Quran). (16) Aku akan menyeksanya (dengan azab) yang memuncak beratnya. (17) Kerana sesungguhnya dia telah memikirkan dan mereka-reka berbagai tuduhan terhadap Al-Quran) – (18) Maka binasalah dia hendaknya! Bagaimanakah dia berani mereka-reka (yang demikian)? (19) Sekali lagi, Binasalah dia hendaknya! Bagaimana dia berani mereka-reka (tuduhan-tuduhan itu)? (20) Kemudian dia merenung dan memikirkan (berkali-kali, jalan-jalan mencaci Al-Quran, tetapi dia gagal); (21) Setelah itu dia memasamkan mukanya serta dia bertambah masam berkerut; (22) Kemudian dia berpaling (dari kebenaran) dan berlaku sombong angkuh. (23) Serta dia berkata: (Al-Quran) ini tidak lain hanyalah sihir yang dituntut serta dipelajari (dari ahli-ahlinya); (24) Ini tidak lain hanyalah kata-kata (rekaan) manusia! (25).

Sekarang lihatlah ayat-ayat berkenaan bermula dari awal Surahnya:

(1) يا أَيُّهَا المُدَّثِّرُ

قُم فَأَنذِر (2)

(3) وَرَبَّكَ فَكَبِّر

(4) وَثِيابَكَ فَطَهِّر

(5) وَالرُّجزَ فَاهجُر

(6) وَلا تَمنُن تَستَكثِرُ

(7) وَلِرَبِّكَ فَاصبِر

(8) فَإِذا نُقِرَ فِي النّاقورِ

(9) فَذٰلِكَ يَومَئِذٍ يَومٌ عَسيرٌ

(10) عَلَى الكافِرينَ غَيرُ يَسيرٍ

ذَرني وَمَن خَلَقتُ وَحيدًا (11)

وَجَعَلتُ لَهُ مالًا مَمدودًا (12)

(13) وَبَنينَ شُهودًا

(14) وَمَهَّدتُ لَهُ تَمهيدًا

(15) ثُمَّ يَطمَعُ أَن أَزيدَ

(16) كَلّا ۖ إِنَّهُ كانَ لِآياتِنا عَنيدًا

(17) سَأُرهِقُهُ صَعودًا

(18) إِنَّهُ فَكَّرَ وَقَدَّرَ

(19) فَقُتِلَ كَيفَ قَدَّرَ

(20) ثُمَّ قُتِلَ كَيفَ قَدَّرَ

(21) ثُمَّ نَظَرَ

(22) ثُمَّ عَبَسَ وَبَسَرَ

(23) ثُمَّ أَدبَرَ وَاستَكبَرَ

(24) فَقالَ إِن هٰذا إِلّا سِحرٌ يُؤثَرُ

(25) إِن هٰذا إِلّا قَولُ البَشَرِ

Bermaksud: Wahai orang yang berselimut! (1) Bangunlah serta berilah peringatan dan amalan (kepada umat manusia). (2) Dan Tuhanmu, maka ucaplah dan ingatlah kebesaranNya. (3) Dan pakaianmu, maka hendaklah engkau bersihkan. (4) Dan segala kejahatan, maka hendaklah engkau jauhi. (5) Dan janganlah engkau memberi (sesuatu dengan tujuan hendak) mendapat lebih banyak daripadanya. (6) Dan bagi (menjalankan perintah) Tuhanmu, maka hendaklah engkau bersabar (terhadap tentangan musuh). (7) Apabila ditiup sangkakala, (8) maka waktu itu adalah waktu (datangnya) hari yang sukar – (9) kepada orang-orang kafir, lagi tidak mudah (mengelak azabnya). (10). Biarkanlah Aku sahaja membalas orang (yang menentangmu) yang Aku ciptakan dia (dalam keadaan) seorang diri (tidak berharta dan anak pinak). (11) Dan Aku jadikan baginya harta kekayaan yang banyak. (12) Serta anak pinak (yang ramai), yang sentiasa ada di sisinya. (13) Dan Aku mudahkan baginya (mendapat kekayaan dan kekuasaan) dengan semudah-mudahnya, (14) Kemudian dia ingin sangat supaya Aku tambahi lagi: (15). Tidak sekali-kali (akan ditambahi)! Kerana sesungguhnya dia menentang dengan degilnya akan ayat-ayat Kami (Al-Quran). (16) Aku akan menyeksanya (dengan azab) yang memuncak beratnya.) (17) Kerana sesungguhnya dia telah memikirkan dan mereka-reka berbagai tuduhan terhadap Al-Quran) – (18) Maka binasalah dia hendaknya! Bagaimanakah dia berani mereka-reka (yang demikian)? (19) Sekali lagi: Binasalah dia hendaknya! Bagaimana dia berani mereka-reka (tuduhan-tuduhan itu)? (20) Kemudian dia merenung dan memikirkan (berkali-kali: Jalan-jalan mencaci Al-Quran, tetapi dia gagal); (21) Setelah itu dia memasamkan mukanya serta dia bertambah masam berkerut; (22) Kemudian dia berpaling (dari kebenaran) dan berlaku sombong angkuh. (23) Serta dia berkata; (Al-Quran) ini tidak lain hanyalah sihir yang dituntut serta dipelajari (dari ahli-ahlinya); (24) Ini tidak lain hanyalah kata-kata (rekaan) manusia! (25). (al-Muddaththir:25).


(e) الإنتقال. At-Intiqaal lebih kurang sama juga dengan husnu at-takhallush daripada segi berpindah daripada satu topik yang dimulakan sesuatu perbincangan kepada satu topik lain yang sememangnya dimaksudkan. Cuma kedua-duanya dipisahkan oleh perkataan هذا. Tujuannya ialah supaya pendengar tidak berasa jemu kerana dihidangkan dengan perkara yang sama saja. Antara contohnya ialah firman Allah di dalam Surah Shaad. Setelah selesai menyebutkan tentang para Nabi a.s. Allah berfirman:

هٰذا ذِكرٌ ۚ وَإِنَّ لِلمُتَّقينَ لَحُسنَ مَآبٍ

Bermaksud: Ini adalah satu sebutan yang baik; dan sesungguhnya bagi orang-orang yang bertaqwa, disediakan tempat kembali yang sebaik-baiknya (di akhirat kelak). – (Shaad:49)

Ayat ini merupakan ‘intiqaal’ (perpindahan atau pertukaran topik). Al-Qur’an juga satu sebutan yang baik. Setelah disebutkan tentang para nabi a.s. Allah hendak menyebutkan pula di dalam al-Qur’an ini tentang orang-orang yang bertaqwa (selain nabi-nabi) dan tempat kesudahan mereka, iaitu syurga. Setelah menyebutkan kelebihan-kelebihan yang akan diperolehi mereka di dalam syurga, Allah berfirman pula:

هٰذا ۚ وَإِنَّ لِلطّاغينَ لَشَرَّ مَآبٍ

Beginilah (keadaan mereka). Dan sesungguhnya bagi orang-orang yang durhaka benar-benar (disediakan) tempat kembali yang buruk. – (55)

Bermula daripada ayat ini sekali lagi berlaku ‘intiqaal’ daripada ayat-ayat sebelumnya. Supaya lebih jelas di bawah ini dikemukakan ayat-ayat berkenaan secara lengkap.

(49) هٰذا ذِكرٌ ۚ وَإِنَّ لِلمُتَّقينَ لَحُسنَ مَآبٍ

(50) جَنّاتِ عَدنٍ مُفَتَّحَةً لَهُمُ الأَبوابُ

(51) مُتَّكِئينَ فيها يَدعونَ فيها بِفاكِهَةٍ كَثيرَةٍ وَشَرابٍ

(52) وَعِندَهُم قاصِراتُ الطَّرفِ أَترابٌ

(53) هٰذا ما توعَدونَ لِيَومِ الحِسابِ

(54) إِنَّ هٰذا لَرِزقُنا ما لَهُ مِن نَفادٍ

(55) هٰذا ۚ وَإِنَّ لِلطّاغينَ لَشَرَّ مَآبٍ

(56) جَهَنَّمَ يَصلَونَها فَبِئسَ المِهادُ

(57) هٰذا فَليَذوقوهُ حَميمٌ وَغَسّاقٌ

(58) وَآخَرُ مِن شَكلِهِ أَزواجٌ

Bermaksud: ini adalah satu sebutan yang baik; dan sesungguhnya bagi orang-orang yang bertaqwa, disediakan tempat kembali yang sebaik-baiknya (di akhirat kelak). (49) iaitu beberapa buah Syurga tempat penginapan yang kekal, yang terbuka pintu-pintunya untuk mereka; (50). Sambil berbaring di dalam Syurga itu (di atas pelamin) mereka meminta di situ buah-buahan dan minuman yang berbagai jenisnya dan rasa kelazatannya. (51) Dan di sisi mereka pula ada bidadari-bidadari yang pandangannya tertumpu (kepada mereka semata-mata), lagi yang sebaya umumya. (52) Inilah dia balasan yang dijanjikan kepadamu setelah selesai hitungan amal. (53) Sesungguhnya ini ialah pemberian Kami kepadamu, pemberian yang tidak akan habis-habis; – (54) Beginilah (keadaan mereka). Dan sesungguhnya bagi orang-orang yang durhaka benar-benar (disediakan) tempat kembali yang buruk;. – (55) laitu Neraka Jahannam yang mereka akan menderita bakarannya; maka seburuk-buruk tempat menetap ialah Neraka Jahannam; (56) Inilah (azab neraka), biarlah mereka merasakannya, air panas yang menggelegak dan air danur yang mengalir (untuk minuman mereka); (57) Dan azab seksa yang lain, yang serupa buruknya dan dahsyatnya adalah berbagai jenis lagi. (58).


(f) حسن المطلب. ‘Husnul mathlab’ ialah menyataكan maksud dan hajat dengan penuh adab dan sopan. Antara contohnya ialah nukilan permintaan hamba oleh Allah di dalam Surah al-Faatihah: إِيّاكَ نَعبُدُ وَإِيّاكَ نَستَعينُ (Engkau jua kami sembah dan kepadaMu jua kami meminta pertolongan).

Maksud, hajat dan permintaan hamba baru dikemukakan setelah hamba dengan penuh sopan dan beradab mcmuji-muji Allah dan mengagungkanNya sebelum itu.


(g) الإلتفات. Iltifaat ialah pertukaran penggunaan kata nama atau kata ganti nama dalam sesuatu ayat. Sama ada dalam bentuk percakapan atau penulisan. Antara tujuannya ialah:

(i) Menarik perhatian pendengar.
(ii) Mendorongnya berfikir tentang sebab pertukaran penggunaan kata nama atau kata ganti nama.
(iii) Menghilangkan rasa jemu dan bosan.
(iv)Menyedarkan pendengar
(v) Menganggap (sesuatu atau seseorang) yang jauh sebagai hampir dan menganggap yang hampir sebagai jauh
(vi) Menyatakan kemuliaan atau kehinaan seseorang.
(vii) Menjaga hati dan perasaan seseorang.
(viii) dan lain-lain.

Iltifaat mempunyai enam bentuk seperti berikut:

(i) Pertukaran daripada takallum (orang yang bcrcakap) kcpada khithaab (orang yang dihadap cakap). Antara contohnya di dalam al-Qur’an ialah firman Allah di dalam Surah Yaasin ini:

وَما لِيَ لا أَعبُدُ الَّذي فَطَرَني وَإِلَيهِ تُرجَعونَ

Bermaksud: Mengapa aku tidak menyembah (Tuhan) yang telah menciptakan daku dan yang kepadaNyalah kamu (semua) akan dikembalikan? (Yaasin:22)

Sedangkan qias (bahasa biasa) menghendaki وَإِلَيهِ أرجع (dan yang kepadaNyalah aku akan dikembalikan?), bukan وَإِلَيهِ تُرجَعونَ.

(ii) Penukaran daripada takallum (orang yang bercakap) kepada ghaibah (orang ketiga / yang dibicarakan tentangnya). Antara contohnya di dalam al-Qur’an ialah firman Allah di bawah ini:

قُل يا عِبادِيَ الَّذينَ أَسرَفوا عَلىٰ أَنفُسِهِم لا تَقنَطوا مِن رَحمَةِ اللَّهِ ۚ إِنَّ اللَّهَ يَغفِرُ الذُّنوبَ جَميعًا ۚ إِنَّهُ هُوَ الغَفورُ الرَّحيمُ

Bermaksud: Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui balas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan ma’shiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani. (az-Zumar:53).

Sedangkan qias (bahasa biasa) menghendaki مِن رَحمَتي (dari rahmatKu).

(iii) Pertukaran daripada khithaab (orang yang dihadap cakap) kcpada takallum (orang yang bercakap). Antara contohnya di dalam al-Qur’an ialah:

وَاستَغفِروا رَبَّكُم ثُمَّ توبوا إِلَيهِ ۚ إِنَّ رَبّي رَحيمٌ وَدودٌ

Bermaksud: Dan mintalah ampun kepada Tuhanmu, kemudian kembalilah ta’at kepadaNya. Sesungguhnya Tuhanku Maha Penyayang lagi Maha Pengasih. (Huud:90).

Sedangkan qias (bahasa biasa) menghendaki ربكم (Tuhanmu), bukan رَبّي (Tuhanku).

(iv) Pertukaran daripada khithaab (orang yang dihadap cakap) kepada ghaibah (orang ketiga / yang dibicarakan tentangnya). Antara contohnya di dalam al-Qur’an ialah:

رَبَّنا إِنَّكَ جامِعُ النّاسِ لِيَومٍ لا رَيبَ فيهِ ۚ إِنَّ اللَّهَ لا يُخلِفُ الميعادَ

Bermaksud: Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkaulah yang akan menghimpunkan sekalian manusia. untuk (menerima balasan pada) suatu hari (hari kiamat) yang tidak ada syak padanya. Sesungguhnya Allah tidak memungkiri janjiNya. (Aali lmraan:9).

Sedangkan qias (bahasa biasa) menghendaki إنّك (Sesungguhnya Engkau), bukan إِنَّ اللَّهَ (Sesungguhnya Allah).

(v) Pertukaran daripada ghaibah (orang ketiga / yang dibicarakan tenutangnya) kepada khithaab (orang yang dihadap cakap). Antara contoh penggunaannya di dalam al-Qur’an ialah:

الحَمدُ لِلَّهِ رَبِّ العالَمينَ

الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ

مالِكِ يَومِ الدّينِ

إِيّاكَ نَعبُدُ وَإِيّاكَ نَستَعينُ

Bermaksud: Segala puji bagi Allah, Tuhan yang Memetihara dan Mentadbir sekalian alam. (2) Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihaai. (3) Yang Menguasai pemerintahan di hari Pembalasan (hari akhirat). (4) Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. (5)

Sedangkan qias (bahasa biasa) menghendaki إيّاه (Dia sahaja), bukan إِيّاكَ (Engkau sahaja).

(vi) Pertukaran daripada ghaibah (orang ketiga / yang dibicarakan tentangnya) kepada takallum (orang yang bercakap). Antara contoh pcnggunaannya di dalam al-Qur’an ialah:

وَلَقَد أَخَذَ اللَّهُ ميثاقَ بَني إِسرائيلَ وَبَعَثنا مِنهُمُ اثنَي عَشَرَ نَقيبًا

Bermaksud: Dan sesungguhnya Allah telah mengambil perjanjian setia (dari) Bani Israil  dan Kami telah angkat di antara mereka 12 orang pemimpin. (al-Maa’idah:12).

Sedangkan qias (bahasa biasa) menghendaki وبعث (Dia telah angkat) dalam bcntuk ghaibah Juga.

(h) تصريف الأيات. Istilah ‘tashrif-al-Aayaat’ ini sebenamya berpunca daripada beberapa firman Allah di dalam al-Qur’an. Antara lainnya ialah firman Allah berikut:

وَالبَلَدُ الطَّيِّبُ يَخرُجُ نَباتُهُ بِإِذنِ رَبِّهِ ۖ وَالَّذي خَبُثَ لا يَخرُجُ إِلّا نَكِدًا ۚ كَذٰلِكَ نُصَرِّفُ الآياتِ لِقَومٍ يَشكُرونَ

Bermaksud: Dan negcri yang baik (tanahnya), tanaman-tanamannya tumbuh (subur) dengan izin Allah dan negeri yang tidak baik (tanahnya), tidak tumbuh tanamannya melainkan dengan keadaan bantut. Demikianlah Kami menerangkan tanda-tanda (kemurahan dan kekuasaan) Kami dengan bcrbagai cara bagi orang-orang yang (mahu) bersyukur. (Al-A’raaf:58).

Di dalam ayat di atas ‘tashrif-al-Aayaat’ bererti menerangkan tanda-tanda kekuasaan, kemurahan dan sebagainya dengan berbagai cara.

Tashrif pada asalnya mempunyai beberapa erti. Antaranya memalingkan, pemalingan, memusing-musingkan, pemusingan, memutar-mutarkan, menukar, pcnukaran, mengubah, pengubahan, mengedarkan, mengisarkan dan lain-lain.

Tashrif-al-Aayaat yang dimaksudkan di sini ialah Allah menerangkan tentang sesuatu perkara dengan berbagai-bagai cara. Kisah nabi Musa a.s. tersebut beberapa kali di dalam al-Qur’an. Tetapi cara dan gaya penceritaannya tidak sama. Apa yang diceritakan juga tidak seratus peratus sama. Tentu ada yang berbeza. Demikian juga dengan kisah Nabi Adam a.s. dan Iblis. Ia bukan sekali tersebut di dalam al-Qur’an. Namun ada saja perbezaan firman Allah dalam pengisahan ceritanya setiap kali ia dikemukakan. Perbezaan dalam pengisahan sesuatu cerita dan lain-lain itulah yang dikatakan ‘tashrif-al-Aayaat’. Ia sama sekali tidak boleh dipandang ringan. Sepintas lalu ia kelihatan semacam pengulangan saja. Padahal sebenarnya bukan. Alangkah banyaknya tersirat rahsia dan hikmat di sebalik ‘tashrif-al-Aayaat’ dalam firman-firman Allah s.w.t. di dalam al-Qur’an al-Karim.

Apa yang perlu difahami oleh para pelajar dan penuntut ilmu al-Qur’an ialah mesti ada sudut-sudut tertentu yang hendak ditekankan oleh Allah setiap kali kisah Adam dan Iblis misalnya diceritakan.

Kisah Adam adakalanya diceritakan sebagai ibrah dan pengajaran kepada anak cucunya, bahawa manusia yang bertaubat kcpada Tuhan dan menyesali perbuatan salahnya, biar bagaimana besar sekalipun kesalahannya, tetap akan mendapat keampunan Allah.

Manusia yung terlanjur melanggar perintah Allah kerana sesuatu kelemahan semulajadinya seperti terlupa yang telah berlaku kepada Adam yang tidak dimurkai Allah. Allah sebaliknya telah mengajar Adam bagaimana cara bcrtaubat kcpadaNya. Manusia yang berdosa, tetapi benar-benar bertaubat kepada Allah juga masih berpeluang menjadi kekasih Allah dan mungkin dianugerahi dengan berbagui darjat ketinggian dan pangkat kebesaran di sisiNya.

Adakalanya kisah Adam diceritakan Allah untuk menyatakan kemuliaan manusia. Asal kejadian manusia meskipun hanya daripada tanah, namun Allah telah mengurniakan kepadanya darjat yang tinggi disebabkan keluhuran jiwa dan akhlaqnya. Apabila Allah hendak mcnyatakan kemuliaan manusia dan kelcbihan Adam, Ia akan menyebutkan tentang ilmu Adam dan dialogNya dengan para malaikat. Akan disebut juga tentang bagaimana Adam dapai menjawab kesemua soalan yang dikemukakan kepadanya dan malaikat pula tidak dapat. Ketika Allah hendak menyatakan kebesaran dan kelayakan manusia, Ia akan menyebutkan juga manusia sebagai khalifah di muka bumi.

Kisah Adam dan Iblis atau di sesetengah tempat disebutkan Syaitan, adakalanya diceritakan di dalam al-Qur’an untuk mengingatkan manusia kepada musuh turun temurunnya. Betapa jahat dan liciknya Syaitan dapat dilihat kepada peristiwa tipu dayanya yang telah membuatkan Adam dan Hawwa’ terkeluar dari syurga. Dalam keadaan ini kejahatan dan tipu daya Syaitan didedahkan sepenuhnya. Dengan merenung sediklt sahaja. anda akan sedar bahawa tidak ada pengulangan yang sia-sia di dalam al-Qur’an. Apa yang ada hanyalah “Tashrif al-Aayaat’ yang mengandungi pelbagai maksud dan tujuan yang cukup bemakna kcpada manusia. Kisah yang dikemukakan, meskipun sama pada pandangan kasar, namun maksud dan tujuannya berbeza. Demikianlah Allah menerangkan dengan berbagai cara sesuatu kisah supaya manusia mendapat sebanyak mungkin pengajaran dan panduan daripadanya.

Sebagaimana al-Qur’an menyatakan bagaimana Allah memutar-mutar dan memusing-musingkan sesuatu kisah untuk dihidangkan kepada manusia, ia juga mcnyatakan bahawa Allah memutar-mutar, mengisar, memalingkan dan memusing-musingkan angin.

وَاختِلافِ اللَّيلِ وَالنَّهارِ وَما أَنزَلَ اللَّهُ مِنَ السَّماءِ مِن رِزقٍ فَأَحيا بِهِ الأَرضَ بَعدَ مَوتِها وَتَصريفِ الرِّياحِ آياتٌ لِقَومٍ يَعقِلونَ

Bermaksud: dan pada pergantian malam dan siang dan hujan yang diturunkan Allah dari langit lalu dihidupkanNya dengan air hujan itu bumi sesudah matinya; dan pada perkisaran angin tcrdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi kaum yang berakal, (al-Jaatsiyah:5).

Apa pula hikmahnya Allah mengisar dan memutar-mutar angin? Bukankah angin itu sama jua pada zahirnya? Ya, pada zahirnya memang sama, tetapi hikmat dan rahsia perjalanan angin adalah berbeza. Kadang-kadang ia membawa datang awan. Kadang-kadang pula membawanya pergi. Kadang-kadang ada bersamanya guruh dan kilat. Kadang-kadang ia hanya membawa hujan. Kadang-kadang pula ia tidak berhujan, berguruh dan berkilat. Ia hanya meneduhkan sahaja. Manusia, binatang dan tumbuh-tumbuhan di bumi sememangnya memerlukan sinar matahari. Anginlah yang membawa awan pergi sehingga semuanya dapat menikmati sinar matahari dan mendapat habuan masing-masing daripadanya. Ada ketikanya pula sinar matahari tidak diperlukan. Sinar matahari yang berlebihan mungkin memudharatkan. Anginlah juga yang menarik awan untuk meneduhi hidupan bumi.

Tashrif al-Aayaat sama dengan tashrif ar-Riyaah. Banyak maksud dan tujuannya. Meskipun pada zahirnya kelihatan semacam sama!

Peringatan:

Tashrif al-Aayaat paling banyak terdapat dalam penyampaian kisah-kisah. Dalam penyampaian ayat-ayat hukum tidaklah begitu banyak. Ia paling sedikit digunakan dalam bab ‘aqidah.


(i) الترجيعات. Tarji’aat ialah mengulangi beberapa kali atau banyak kali sesuatu perkataan, rangkai kata atau ayat-ayat dengan tujuan-tujuan tertentu. Umpamanya ayat:

فَبِأَيِّ آلاءِ رَبِّكُما تُكَذِّبانِ

Ia diulangi Allah sebanyak 31 kali di dalam Surah ar-Rahman. Pada banyak tempat ia sesuai diterjemahkan dengan “Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhanmu yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)?”. Tetapi pada sesetengah tempat terjemahan itu tidak sesuai. Ia sepatutnya diterjemahkan sesuai dengan siyaaq dan sibaaqnya. Oleh itu, pada tempat-tempat tertentu, kalimah آلاءِ tidak sesuai diterjemahkan sebagai ‘nikmat’ tapi sepatutnya diterjemahkan sebagai ‘kekuasaan’. Kerana kalimah آلاءِ bukannya bermaksud ‘nikmat’ sahaja.

Selain di dalam Surah ar-Rahman, tarji’aat juga terdapat di dalam surah-surah al-Mursalaat, as-Syu’araa’, al-Qamar dan lain-lain.

Di dalam Surah al-Mursalaal diulangi ayat: وَيلٌ يَومَئِذٍ لِلمُكَذِّبينَ. Ia diulangi sebanyak 11 kali. Di dalam Surah as-Syu’araa’ pula diulangi dua ayat. Pertama: إِنَّ في ذٰلِكَ لَآيَةً ۖ وَما كانَ أَكثَرُهُم مُؤمِنينَ. Ia diulangi sebanyak 8 kali. Kedua: وَما أَسأَلُكُم عَلَيهِ مِن أَجرٍ ۖ إِن أَجرِيَ إِلّا عَلىٰ رَبِّ العالَمينَ. Ia diulangi sebanyak 5 kali. Di dalam Surah al-Qamar diulangi ayaf وَلَقَد يَسَّرنَا القُرآنَ لِلذِّكرِ فَهَل مِن مُدَّكِرٍ. Ia diulangi sebanyak 4 kali. Pengulangan seperti ini menurut istilah Usul Tafsir dipanggil tarji’aat.


(j) عود على البدء. ‘Aud ‘ala al-Bad’i’ bererti kembali kepada asal atau kembali mengulangi perkataan atau ayat atau maknanya yang telah tersebut di permulaan Surah. Ia merupakan salah satu gaya bahasa al-Qur’an yang unik. Walaupun disebutkan di celah-celahnya sekian banyak perkara lain sesuai dengan keadaan-keadaan yang menghendakinya, namun apa yang tersebut di permulaan Surah tetap tidak terlepas dari ingatan. Gaya bahasa seperti ini boleh dikatakan ada di dalam setiap surah dan ia dapat dlkesan dengan memberikan sedikit sahaja pengamatan dan renungan. Tetapi di dalam surah-surah yang pendek, kewujudannya lebih banyak dan lebih ketara. Antara contoh ‘Aud ‘ala al-Bad’i ialah firman Allah di permulaan Surah al-Qashash ini:

إِنَّ فِرعَونَ عَلا فِي الأَرضِ وَجَعَلَ أَهلَها شِيَعًا يَستَضعِفُ طائِفَةً مِنهُم يُذَبِّحُ أَبناءَهُم وَيَستَحيي نِساءَهُم ۚ إِنَّهُ كانَ مِنَ المُفسِدينَ

Bermaksud: Sesungguhnya Fir’aun telah berbuat sewenang-wenang (berlaku zalim) di muka bumi. Dia menjadikan penduduknya berpecah belah, dengan menindas segolongan dari mereka, menyembelih anak laki-laki mereka dan membiarkan hidup anak-anak perempuan mereka. Sesungguhnya Fir’aun termasuk orang-orang yang berbuat kerosakan. (al-Qashash:4).

Kemudian di akhir Surah, Allah menyebutkan pula apa yang terkandung di dalam ayat 4 ini dengan ibarat yang sedikit berbeza. Tetapi mafhum dan kandungannya tetap sama. Lihat firman Allah di akhir Surah al-Qashash yang dimaksudkan:

تِلكَ الدّارُ الآخِرَةُ نَجعَلُها لِلَّذينَ لا يُريدونَ عُلُوًّا فِي الأَرضِ وَلا فَسادًا ۚ وَالعاقِبَةُ لِلمُتَّقينَ

Bermaksud: Negeri akhirat (yang telah diterangkan ni’mat-nik’matnya) itu, Kami sediakan untuk orang-orang yang tidak berbuat sewenang-wenang (berlaku zalim) di muka bumi dan tidak pula melakukan kerosakan. Dan kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa, (al-Qashash:83).

Lihat عُلُوًّا adalah masdar bagi عَلا dalam ayat 4. Itu ada kaitan yang boleh dikenalpasti.  Dan ada pengulangan  فَسادًا dalam ayat ini. Jadi ayat 83 ulang semula yang telah disebut dalam ayat 4.

Lihat Anfal:4 dan ayat 74. Ada pengulangan kalimat لَهُم مَغفِرَةٌ وَرِزقٌ كَريمٌ. Allah ulang topik sifat orang beriman.

Lihat juga Surah Insan ayat 3 dan 9.

Contoh yang lain adalah Rahman:27 tentang sifat Allah Dzul Jalal wal Ikram dan diulang sekali lagi di hujung surah Rahman itu.


(k) إيجاز. Iijaaz ialah penggunaun bahasa ringkas tetapi penuh erti. Semakin direnung semakin banyak pula hasil yang akan diperulehi daripadanya.

Ketika menyatakan kebatilan kepercayaan orang-orang Kristian tentang ‘Isa dan ibunya Maryam – suatu kcpercayaan yang jelas bercanggah dengan aqidah tauhid – lihat bagaimana al-Qur’an menghujah mereka dengan hujah yang sangat ringkas, tetapi amat kuat. Allah berfirman tentang ‘Isa yang dipercayai sebagai salah satu dari tiga tuhan dan ibunya Maryam pula dipercayai sebagai isteri Tuhan, begini saja: i-l»Ui ij^SL us (mereka berdua memakan makanan). Suatu hujah yang amal ringkas. Bukan satu ayat yang lengkap pun). Tetapi ia cukup berma’na dalam menolak kepercayaan mereka yang salah itu. Bagaimana mereka boleh dipercayai sebagai tuhan dalam kcadaan mereka memerlukan kepada makanan? Sedangkan Tuhan yang sebenar tidak memerlukan apa-apa pun. Kalau seseorang itu memerlukan kepada makanan bererti ia memerlukan kepada segala-gala yang ada di bumi dan segala-gala yang ada di langit. Dengan berkata begitu sahaja al-Qur’an telah mencabul kepercayaan orang-orang kristian yang karut itu sampai ke akar umbinya. Untuk mengisi perut, manusia memerlukan sekian banyak benda di bumi dan di langit, Manusia memerlukan matahari untuk memasakkan bijirin di sawah dan ladang. Bijirin tidak akan masak kalau matahari tidak terbit menyinarinya. Matahari pula tidak akan wujud tanpa wujudnya galaksi dengan segala sistemnya. Kalau sinar matahari sahaja ada, sedangkan air tiada, gandum dan padi tetap tidak masak juga. Untuk mendapat air manusia memerlukan awan, sungai, tasik dan lain-lain. Awan pula tidak akan datang sendiri tanpa diedarkan oleh angin. Pokok padi dan gandum pula memerlukan tanah yang sesuai untuknya. Setelah ada gandum atau padi dan beras, ia tidak boleh terus dimakan oleh manusiu. Mereka perlu memasaknya terlebih dahulu. Untuk memasaknya diperlukan pula api. Dari mana pula datangnya api? Dari neraka Jahannam! Pendek kata manusia perlukan semua itu untuk menyediakan makanannya. Jadi manusia yang memerlukan kepada segala yang ada di sekelilingnya untuk menyiapkan makanannya untuk dua kali sehari itu bagaimana akan menjadi tuhan yang mencipta dan memiliki sekalian alam ini? Bagaimana dalam satu masa seseorang boleh menjadi tuhan pencipta, sedangkan ia juga memerlukan kepada makhluk yang dicipta? Suatu yang tidak masuk aqal! Oleh itu firman Allah: “Mereka berdua memakan makanan” merobohkan terus binaan ‘aqidah orang-orang Kristian yang batil itu. Anda tidak perlu menghabiskan banyak masa untuk merobohkannya. Sepotong firman Allah itu sudah cukup untuknya. Supaya lebih jelas, lihat firman Allah berkenaan di dalam ayat yang lengkap berserta ayat-ayat yang merupakan siyaaq dan sibaaqnya di bawah ini:

لَقَد كَفَرَ الَّذينَ قالوا إِنَّ اللَّهَ هُوَ المَسيحُ ابنُ مَريَمَ ۖ وَقالَ المَسيحُ يا بَني إِسرائيلَ اعبُدُوا اللَّهَ رَبّي وَرَبَّكُم ۖ إِنَّهُ مَن يُشرِك بِاللَّهِ  (72) فَقَد حَرَّمَ اللَّهُ عَلَيهِ الجَنَّةَ وَمَأواهُ النّارُ ۖ وَما لِلظّالِمينَ مِن أَنصارٍ

لَقَد كَفَرَ الَّذينَ قالوا إِنَّ اللَّهَ ثالِثُ ثَلاثَةٍ ۘ وَما مِن إِلٰهٍ إِلّا إِلٰهٌ واحِدٌ ۚ وَإِن لَم يَنتَهوا عَمّا يَقولونَ لَيَمَسَّنَّ الَّذينَ كَفَروا مِنهُم عَذابٌ  (73) أَليمٌ

 (74) أَفَلا يَتوبونَ إِلَى اللَّهِ وَيَستَغفِرونَهُ ۚ وَاللَّهُ غَفورٌ رَحيمٌ

مَا المَسيحُ ابنُ مَريَمَ إِلّا رَسولٌ قَد خَلَت مِن قَبلِهِ الرُّسُلُ وَأُمُّهُ صِدّيقَةٌ ۖ كانا يَأكُلانِ الطَّعامَ ۗ انظُر كَيفَ نُبَيِّنُ لَهُمُ الآياتِ ثُمَّ انظُر  (75) أَنّىٰ يُؤفَكونَ

(76) قُل أَتَعبُدونَ مِن دونِ اللَّهِ ما لا يَملِكُ لَكُم ضَرًّا وَلا نَفعًا ۚ وَاللَّهُ هُوَ السَّميعُ العَليمُ

Bermaksud: Demi sesungguhnya! Telah kafirlah orang-orang yang berkata: Bahawasanya Allah ialah Al-Masih ibni Maryam. Padahal Al-Masih sendiri berkata: Wahai Bani Israil! Sembahlah Allah, Tuhanku dan Tuhan kamu, bahawasanya sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain. maka sesungguhnya Allah haramkan kepadanya Syurga dan tempat kembalinya ialah Neraka dan tiadalah seorang penolong pun bagi orang-orang yang berlaku zalim. (72) Demi sesungguhnya telah kafirlah orang-orang yang bcrkata: Bahawasanya Allah ialah salah satu dari tiga tuhan. Padahal tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Tuhan Yang Maha Esa dan jika merekea tidak bcrhenti dari apa yang mereka katakan itu, sudah tentu orang-orang yang kafir dari antara mereka akan dikenakan azab seksa yang tidak terpcri sakitnya. (73) Oleh itu tidakkah mcreka mahu bertaubat kepada Allah dan memohon keampunannya (sesudah mereka mendengar keterangan-keterangan tentang kepercayaan mereka yang salah dan balasan seksanya)? Padahal Allah Maha pcngampun, lagi Maha Mengasihani. (74) Tiadalah Al-Masih Ibni Maryam itu melainkan seorang Rasul yang telah terdahulu sebelumnya beberapa orang Rasul dan ibunya seorang perempuan yang sangat benar, mereka berdua memakan makanan (seperti kamu juga). Lihatlah bagaimana Kami jelaskan kepada mereka (ahli kitab itu) keterangan-keterangan (yang tegas yang menunjukkan kesesatan mereka), kemudian lihatlah bagaimana mereka dipalingkan (oleh hawa nafsu mereka dari menerima kebenaran yang jelas nyata itu). (75) Katakanlah (wahai Muhammad): Patutkah kamu menyembah sesuatu yang lain dari Allah, yang tidak berkuasa memberi mudharat kepada kamu dan tidak juga berkuasa memberi manfaat? Padahal Allah Yang Maha Mendcngar, lagi Maha Mengetahui. (76) (al-Maa’idah:72-76).


(l) تفصيل بعد الإجمال. Tafshil ba’da al-Ijmaal ialah perincian tentang sesuatu setelah ia disebut secara umum dan borong. Asas bagi qacdah ini terdapat di dalam al-Qur’an sendiri. Allah berfirman:

الر ۚ كِتابٌ أُحكِمَت آياتُهُ ثُمَّ فُصِّلَت مِن لَدُن حَكيمٍ خَبيرٍ

Bermaksud: Alif. Laam. Raa. (Al-Quran ialah) Sebuah Kitab yang tersusun ayat-ayatnya dengan tetap teguh, kemudian dijelaskan pula kandungannya satu persatu. (Susunan dan penjelasan itu) adalah dari sisi Allah Yang Maha Bijaksana, lagi Maha Mendalam pengetahuanNya. (Huud:1).

Antara contohnya ialah firman Allah berikut:

يَسأَلُكَ أَهلُ الكِتابِ أَن تُنَزِّلَ عَلَيهِم كِتابًا مِنَ السَّماءِ ۚ فَقَد سَأَلوا موسىٰ أَكبَرَ مِن ذٰلِكَ فَقالوا أَرِنَا اللَّهَ جَهرَةً فَأَخَذَتهُمُ الصّاعِقَةُ بِظُلمِهِم ۚ ثُمَّ اتَّخَذُوا العِجلَ مِن بَعدِ ما جاءَتهُمُ البَيِّناتُ فَعَفَونا عَن ذٰلِكَ ۚ وَآتَينا موسىٰ سُلطانًا مُبينًا

Bermaksud: Ahli Kitab (kaum Yahudi) meminta kepadamu (wahai Muhammad) supaya engkau menurunkan kepada mereka sebuah Kitab dari langit. (Janganlah engkau merasa pelik), kerana sesungguhnya mereka telah meminta kepada Nabi Musa lebih besar dari itu. Mereka berkata: “(Wahai Musa) perlihatkanlah Allah kepada kami dengan nyata (supaya kami dapat melihatNya dan percaya kepadaNya),” . . (an-Nisaa’:153)

Secara borong Allah menceritakan terlebih dahulu: “mereka telah meminta kepada Nabi Musa lebih besar dari itu”. Kemudian Allah menceritakan pula secara terperinci apa yang diminta mereka kepada Musaa, iaitu “perlihatkanlah Allah kepada kami dengan nyata.” Apa yang diceritakan oleh Allah secara terperinci setelah menceritakan tentangnya secara borong itu dinamakan ‘Tafshil ba’da al-Ijmaal’.


(m) Dan lain-lain lagi.

Allahu a’lam.


Rujukan:

Maulana Asri

Qaedah mengesan

al-Mudhaaddah

Husnu at-takhallush

Husnul mathlab

tashrif-al-Aayaat

sambungan tashrif-al-Aayaat

Tarji’aat

Aud ‘ala al-Bad’i

About tafsirsunnah

Blog mentafsir Quran berdasarkan fahaman Sunnah dan salafussoleh.
This entry was posted in Ilmu Usul Tafsir. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s