Tafsir Surah al-Layl Ayat 8 – 21 (Mencari redha Allah)

Ayat 8: Dalam ayat sebelum ini, disebut mereka yang memberi infak, bertaqwa dan membenarkan kebenaran – mereka akan dimudahkan oleh Allah untuk masuk ke dalam syurga. Tapi bagaimana pula kalau sebaliknya?

وَأَمّا مَن بَخِلَ وَاستَغنىٰ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

But as for he who withholds and considers himself free of need

(MALAY)

Dan adapun orang-orang yang bakhil dan merasa dirinya cukup,

 

Dan sesiapa yang bakhil dan merasa cukup tidak perlukan orang lain.

استَغنىٰ – perasaan tidak memerlukan kepada sesiapa pun. Apakah yang menyebabkan seseorang itu boleh dapat sifat ini? Kerana asalnya dia bakhil.

بَخِلَ – seseorang yang kedekut dan menyimpan hartanya dan tidak mahu infak atau membelanjakannya kepada orang lain. Ini lawan kepada sifat ‘memberi’ dalam ayat sebelum ini. Apabila digunakan dalam bentuk kalimah بَخِلَ, ia bermaksud bukan sahaja dia seorang yang kedekut, tapi dia ajak dan ajar orang lain pun jadi kedekut juga macam dia. Kalau ada orang yang nak infak, nak derma dan sedekah, dia kata: “eh kenapa nak infak ni, ekonomi sekarang tengah teruk, tau? Kau kena simpan duit kau.” Dalam ayat yang lain, perangai ini adalah kerana kalau orang lain sedekah dan dia tidak, maka malulah dia. Jadi dia akan ajak orang lain pun tidak sedekah dan infak juga, supaya tidaklah nampak dia seorang sahaja tidak infak. Kalau dia sendiri bakhil pun sudah buruk, tapi kalau ajak orang lain jadi bakhil juga, ini memang lagi teruk!

Mereka yang macam ini amat teruk sekali kerana mereka ada banyak peluang untuk buat baik sebagai simpanan kepada akhirat. Tapi bila dia tidak ambil peluang itu, maksudnya dia tidak kisah dan tidak yakin dengan balasan akhirat lah sebenarnya. Kerana mereka yang sanggup mengeluarkan infak ini adalah kerana mereka yang yakin bahawa infak mereka itu akan menyebabkan mereka dapat masuk ke dalam syurga – dimana infak mereka itu akan menunggu mereka di syurga kelak.

Oleh kerana dia bakhil, maka dia tidak memberi sedekah. Maka bila dia tidak memberi kepada orang lain, maka duit dia semakin terkumpul dan duit dia semakin jadi banyak. Apabila duit dia banyak maka dia rasa sombong dan dia rasa dia tak perlukan orang lain. Dia akan rasa begitu, tapi itu perasaan dia sahaja.

Kalau mereka dah jadi begitu, Allah beritahu yang Allah pun tidak perlukan mereka pun. Maknanya, kalau mereka rasa mereka cukup, maka mereka tidak perlukan kedudukan baik di akhirat lah kan? Maka mereka tidak akan mendapat peluang itu. Allah akan pastikan mereka itu masuk dalam neraka. Nanti lihatlah samada mereka rasa cukup atau tidak nanti.


 

Ayat 9: Apa lagi sifat buruk mereka?

وَكَذَّبَ بِالحُسنىٰ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And denies the best [reward],

(MALAY)

serta mendustakan pahala terbaik,

 

Dan dia tidak membenarkan perkara kebaikan. Mereka tidak melihat bahawa amal yang baik akan membawa seseorang itu ke syurga. Sebab itu mereka tidak infak, kerana mereka tidak percaya bahawa infak itu akan membawa mereka ke syurga.

Kadang-kadang orang Islam yang kaya pun akan membawa masalah juga. Ada di kalangan orang Islam yang menjadi kaya, tapi mereka tidak menyokong agama, sebaliknya menyerang agama Islam pula. Sebelum itu mereka miskin, tapi apabila mereka kaya, mereka tidak menggunakan harta itu untuk infak. Dan kerana tidak infak, harta mereka semakin bertambah banyak dan mereka jadi sombong dan bongkak. Mereka rasa agama Islam kena ikut kehendak mereka, bukannya mereka yang kena ikut kehendak agama – dah jadi terbalik pula. Mereka mulalah mengatakan yang kena ada ‘pembaharuan agama’ dan jenis-jenis kata sebegitu. Mereka ini termasuk mereka yang tidak membenarkan kebenaran yang telah tertegak. Kebenaran sudah ada dah, iaitu jalan yang lurus, tapi mereka tidak mahu membenarkan, malah mereka mahu menukarnya. Kita boleh lihat bagaimana orang yang miskin, yang ada kuasa, tidak cakap perkara-perkara sebegini.


 

Ayat 10: Allah akan mudahkan jalannya untuk ke neraka. Maksudnya, senang sahaja dia nak buat amalan ke neraka.

فَسَنُيَسِّرُهُ لِلعُسرىٰ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

We will ease him toward difficulty.

(MALAY)

maka kelak Kami akan menyiapkan baginya (jalan) yang sukar.

 

عُسرىٰ – bermaksud perkara yang paling susah. Ia juga bermaksud, Allah akan menjadikan perbuatan dosa mudah bagi mereka. Mereka ini adalah orang yang tidak kisah tentang agama, mereka buat sesuka hati mereka. Inilah perkara yang kita takut sangat kalau terjadi kepada kita. Maknanya, Allah mempermudahkan jalan orang yang sebegini untuk ke neraka. Senang sahaja mereka hendak buat dosa. Kalau nak buat yang baik dan yang jahat, itu semua bergantung kepada Allah. Allah yang taqdirkan apa yang akan berlaku. Tidak berlaku sesuatu tanpa izin Allah. Oleh itu, kalau seseorang itu mahu kepada kebaikan, Allah akan bantu; dan kalau orang itu sendiri yang mahu keburukan, Allah akan dorong orang itu ke arah keburukan juga.

Kenapa mereka sudah bakhil dan tidak merasa mereka Istighna’ – maka Allah akan dorong mereka untuk membelanjakan harta mereka ke arah perkara yang akan menjatuhkan atau menyusahkan mereka.

Sebagai contohnya, mereka membelanjakan wang yang banyak terhadap kehendak anak-anak mereka. Dari kecil sampai besar, mereka beri apa sahaja yang anak mereka hendak. Pelajaran agama tidak diberi, adab-adab seorang muslim yang baik tidak diajar, maka jadilah anak-anak mereka sebagai penyebab kesusahan jiwa mereka nanti di masa tua mereka. Kalau dalam negara kita, ini kisah ‘Anakku Sazali’ lakonan P.Ramlee lah kiranya. Perangai anak-anak itu boleh menyebabkan mereka darah tinggi, sakit jantung jadinya. Anak sepatutnya menjadi penyejuk mata, tapi anak mereka buat sakit mata mereka sahaja. Ini adalah balasan dari Allah untuk mereka kerana perangai mereka yang tidak membenarkan al-husna.

Oleh itu, jangan kita terpesona dengan kesenangan yang mereka ada, kerana kesenangan mereka itu akan menyebabkan kesusahan untuk mereka sebenarnya. Allah beri mereka banyak duit dan anak kerana Allah nak seksa mereka kerana harta itu dan anak-anak mereka.

Selain dari itu, mereka senang sahaja nak buat dosa. Ianya sudah jadi sesuatu yang semulajadi untuk mereka. Sampaikan kalau kita tanya mereka, kenapa mereka buat dosa, mereka pun tidak tahu. Mereka jawap: “aku tak tahu”, “ini biasalah”, “memang kena buat begini” dan sebagainya. Ini kerana mereka seolah-olah ketagih buat dosa. Mereka tidak dapat berhenti dari melakukannya. Itulah tanda mereka sudah teruk sangat.


 

Ayat 11: Sekarang timbul lagi tentang harta dan kekayaan.

وَما يُغني عَنهُ مالُهُ إِذا تَرَدّىٰ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And what will his wealth avail him when he falls?¹

  • i.e., when he dies or is destroyed. It can also mean when he falls into the Hellfire.

(MALAY)

Dan hartanya tidak bermanfaat baginya apabila ia telah binasa.

 

Kalau harta banyak pun, tidak berguna lagi hartanya apabila dia dimasukkan ke dalam neraka. Hartanya itu tidak akan dapat melepaskan dirinya apabila dia sudah dimasukkan ke dalam neraka. Hartanya yang dia banggakan, dia simpan dan kira hari-hari, tidak bernilai langsung.

رَدّىٰ – membenamkan seseorang ke dalam longkang, lubang. Oleh itu, تَرَدّىٰ bermaksud terjatuh sendiri ke dalam longkang atau lubang. Ini isyarat kepada masuk dalam perbuatan dosa, masuk dalam kubur, masuk dalam neraka. Apabila sudah bermula waktu itu, harta tidak berguna lagi.

Harta yang banyak tidak bernilai. Sepatutnya dia memberi infak harta semasa di dunia. Tapi tidak, dia simpan dan bakhil kerana dia hendakkan kemuliaan di dunia, sebab itu dia tidak infak. Tapi hasilnya Allah menghinanya dengan memasukkan dia ke dalam neraka. Hartanya sudah tidak berguna apabila dia telah dimasukkan ke dalam neraka. Dalam ayat lain, ada disebut bagaimana orang yang masuk neraka akan cuba nak beri segala apa yang ada, tapi tidak akan diterima kerana waktu itu bukan harta dunia yang akan dikira, tapi pahala.


 

Ayat 12: 

إِنَّ عَلَينا لَلهُدىٰ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Indeed, [incumbent] upon Us is guidance.

(MALAY)

Sesungguhnya kewajiban Kamilah memberi petunjuk,

 

Sesungguhnya keatas Allah untuk memberi petunjuk. Petunjuk yang sebenar adalah dari Allah. Apabila digunakan kalimah عَلَينا dalam ayat ini, memberitahu bahawa hidayah itu hanya dari Allah sahaja, tidak ada dari orang lain. Allah akan beri kepada mereka yang ada sifat inabah (mahu mencari kebenaran). Begitulah, kalau ada keinginan untuk jadi baik, Allah akan beri jalan dan mudahkan untuk dia mendapat ilmu yang membawa kepada neraka.

Hanya Allah sahaja yang berkuasa memberi petunjuk kepada manusia. Tidak kira kaya macam mana pun, tidak boleh dapat hidayah selain dari mendapatnya Allah. Kenanglah bagaimana Allah yang telah memberi petunjuk kepada Nabi. Begitu juga dengan kita. Sebelum kita lahir pun, Allah sudah beri hidayah kepada kita iaitu yang Allah telah masukkan fitrah dalam diri kita; Dan apabila kita lahir, macam-macam cara Allah beri petunjuk kepada kita – Allah beri wahyu dalam bentuk kitab Quran; Allah beri rasul, pendakwah dan penyebar tauhid yang menyampaikan ajaran kepada kita.

Maka kita kena mengharap kepada petunjuk dari Allah. Dan juga bermaksud petunjuk sahajalah yang boleh membawa kita menuju kepada Allah. Juga bermaksud, petunjuk yang sebenar adalah yang boleh membawa kita kepada Allah, mengenal Allah. Kalau petunjuk itu setakat pandai menyanyi dan pandai menari macam yang diajar oleh puak Habib sekarang, lupakanlah. Itu pun petunjuk tapi membawa kepada kesesatan.


 

Ayat 13: 

وَإِنَّ لَنا لَلآخِرَةَ وَالأولىٰ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And indeed, to Us belongs the Hereafter and the first [life].

(MALAY)

dan sesungguhnya kepunyaan Kamilah akhirat dan dunia.

 

Sesungguhnya Allah lah sahaja yang menguasai hari akhirat dan kehidupan yang awal.

Huruf ل dalam لَلآخِرَةَ adalah sebagai penekanan. Makna yang tekan sangat-sangat yang Allah memiliki hari akhirat dan kehidupan yang awal. Kenapa perlu penekanan itu? Kerana surah ini tentang kepunyaan dan menolak salahfaham manusia yang menyangka mereka ada memiliki kuasa dan harta dalam dunia, maka mereka jadi sombong dan bongkak dan rasa tidak memerlukan sesiapa pun lagi. Padahal mereka tidaklah mempunyai harta itu dengan mutlak. Allah nak ingatkan yang Allah sahaja yang mempunyai segala harta dalam dunia ini. Jangan perasan yang harta itu kamu punya.

Allah tak sebut perkataan ‘الدنيا’ pun sebab hinanya dunia ini. Sebaliknya Allah gunakan kalimah الأولىٰ (yang awal) dalam ayat ini. Sedangkan dalam ayat-ayat yang lain, ada sahaja Allah gunakan kalimah ‘الدنيا’ itu, tapi kenapa tidak disebut dalam ayat ini? Kerana hinanya dunia yang mereka kejar-kejar itu. Mereka kejar benda yang tidak kekal dan tidak banyak pun.

Lagi satu, ayat ini hendak memberitahu yang segalanya yang ada adalah kepunyaan Allah taala. Kalimah ‘الدنيا’ datang dari kalimah دنو yang bermaksud ‘rendah’. Bila Allah hendak memberitahu kepunyaanNya, Dia tidak gunakan kalimah ‘dunya’ kerana dunia itu rendah dan tidak layak bagi Allah. Oleh itu, Allah menggunakan kalimah الأولىٰ kerana apabila Allah menggunakan kalimah الأولىٰ, ia merangkumi semua sekali, termasuk dunia.

Dalam ayat ini, Allah sebut akhirat dulu, baru sebut الأولىٰ. Padahal, dari segi mana yang mula, tentulah الأولىٰ datang sebelum akhirat. Allah mula cakap tentang akhirat dahulu sebab itu lagi penting dalam tema surah ini. Ini sama dengan stail surah ini yang mula sebut perkara yang kemudian dan tidak ikut susun kejadian. Seperti yang kita telah sebut, surah ini tentang manusia yang leka mengejar dunia sampai lupakan persediaan untuk akhirat. Maka Allah ingatkan tentang kepentingan akhirat dengan sebut tentang akhirat dulu. Walaupun dunia ini kamu nampak depan mata, tapi akhirat yang lebih penting.

Allah nak bagitau bahawa Dialah yang sebenarnya kaya, hanya Dia yang ada dunia dan akhirat. Jadi kenapa nak bakhil taknak infak tu? Bukan harta mereka pun tapi Allah yang punya dan Allah yang telah berikan kepada mereka. Maknanya, kalau kita infak, sebenarnya kita infak dengan harta Allah. Yang tidak infak itu adalah kerana mereka rasa mereka telah berusaha di dunia untuk mendapatkan harta itu, jadi itu adalah hak mereka lah. Tapi kalau dalam fikiran kita, kita sudah terima yang segala apa yang kita ada ini pun bukanlah hak kita, maka senanglah untuk infak.

Allah juga nak beritahu bahawa kerana Dia yang menguasai dunia dan akhirat, Dia boleh buat apa yang Dia hendak. apa-apa sahaja yang berlaku dalam dunia ini adalah atas kehendak Allah. Malangnya, ada orang kata, apabila kalau ada perkara buruk berlaku, mereka kata: “mana Tuhan? macam mana Tuhan boleh benarkan ini berlaku?” Allah beritahu, Allah tahu apa yang berlaku dan apa yang adalah terjadi dalam kehendak Allah. Samada kita faham atau tidak kenapa ianya terjadi, ketahuilah bahawa Allah pasti tahu apa yang telah terjadi itu.

Allah juga nak ingatkan bahawa kalau Dia punyai dua-dua, maka mintalah kebaikan dua-dua sekali kepadaNya. Bukan minta dunia sahaja atau minta akhirat sahaja. Ada orang yang hanya minta kelebihan dunia sahaja. Ini kerana mereka tak pandang akhirat itu penting. Dan ada juga yang hanya minta kepada akhirat sahaja. Ini macam rahib Kristian yang menolak dunia (macam orang sufi juga). Itu pun tak sesuai juga kerana tidak ada keseimbangan antara kehendak fizikal dan kehendak nafs. Oleh kerana itu, Allah suruh kita minta dua-dua dan Allah boleh dua-dua sekali sekali kedua-duanya Dia miliki. Inilah yang Allah ajar dalam ayat Quran juga.


 

Ayat 14: Ayat takhwif ukhrawi. Allah nak suruh kita fikirkanlah, beringatlah apa yang akan jadi kalau dah mati dan akhirat bermula nanti.

فَأَنذَرتُكُم نارًا تَلَظّىٰ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

So I have warned you of a Fire which is blazing.

(MALAY)

Maka, Aku memperingatkan kamu dengan neraka yang menyala-nyala.

 

Allah sendiri yang beri peringatan dan ancaman. Maka jangan kau pandang rendah dan buat tidak tahu sahaja tentang api neraka itu.

تَلَظّىٰ – sifat api yang tetap membakar, berbunyi-bunyi dengan kuat. Kalau pada unggun api yang besar pun, kita boleh dengar bunyi api itu bukan?

إنذَر – memberi amaran dengan saksama dan menakutkan. Iaitu apabila seseorang memberi nasihat dengan betul-betul. Kadang-kadang kita kena panggil seseorang yang hendak diberi nasihat duduk sekali dengan kita, dan kemudian kita terangkan kepadanya satu perkara apakah kesan dari perbuatannya yang salah itu. Iaitu bagitahu betul-betul. Supaya jangan mereka tidak cukup maklumat.

Allah menggunakan fi’il dalam kalimah أَنذَر ini. Maknanya sudah diberitahu banyak kali dah. Ianya sesuatu yang pasti terjadi. Maka jangan menyesal. Kena beringat, kena jaga amalan kita, kena jaga akidah kita.

Imam Bukhari ada meriwayatkan hadis.

قَالَ مُسْلِمٌ: حَدَّثَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ، حَدَّثَنَا أَبُو أُسَامَةَ، عَنِ الْأَعْمَشُ، عَنْ أَبِي إِسْحَاقَ، عَنِ النُّعْمَانِ بْنِ بَشِيرٍ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: “إِنَّ أَهْوَنَ أَهْلِ النَّارِ عَذَابًا مَنْ لَهُ نَعْلَانِ وَشِرَاكَانِ مِنْ نَارٍ يَغلي مِنْهُمَا دِمَاغُهُ كَمَا يَغْلي المِرْجَل، مَا يَرَى أَنَّ أَحَدًا أَشَدَّ مِنْهُ عَذَابًا، وَإِنَّهُ لَأَهْوَنُهُمْ عَذَابًا”

Imam Muslim mengatakan, telah menceritakan kepada kami Abu Bakar ibnu Abu Syaibah, telah menceritakan kepada kami Abu Usamah, dari Al-A’masy, dari Abu Ishaq, dari An-Nu’man ibnu Basyir yang mengatakan bahawa Rasulullah Saw. pernah bersabda: Sesungguhnya ahli neraka yang paling ringan seksanya ialah seseorang yang mengenakan dua terompah dan dua talinya dari api, yang kerananya ia mendidih sebagaimana panci berisi air mendidih. Seakan-akan bila dilihat tiada seorangpun yang lebih berat siksanya daripada dia, padahal sesungguhnya dia adalah ahli neraka yang paling ringan siksanya.


 

Ayat 15: Siapa yang akan masuk?

لا يَصلاها إِلَّا الأَشقَى

(SAHEEH INTERNATIONAL)

None will [enter to] burn therein except the most wretched one

(MALAY)

Tidak ada yang masuk ke dalamnya kecuali orang yang paling celaka,

 

Tidaklah yang memasukkan dirinya sendiri ke dalamnya melainkan orang yang paling celaka. Ini macam orang yang membunuh unta Nabi Salih dalam surah sebelum ini.

يَصلا – kalimah ini bermaksud orang itu akan masuk sendiri. Ini adalah kerana tubuhnya akan ikut arahan Allah untuk masuk. Tuannya mungkin tidak mahu masuk tapi dia sudah tidak ada kuasa atas tubuhnya.


الأَشقَى – Orang yang paling celaka. Kalimah ini telah digunakan dalam surah sebelum ini tentang lelaki yang bangun untuk bunuh unta mukjizat dalam surah Shams. Dalam surah itu, Allah beritahu yang lelaki itu menentang arahan Rasul untuk meninggalkan unta mukjizat itu. Dalam surah ini pula, arahannya berkenaan mukjizat juga, tapi mukjizatnya adalah Quran. Dan arahan bukan suruh tinggalkan, tapi dekatkan. Maka kalau kita menjauhkan diri dari Quran, tidak belajar tafsir Quran, maka itu pun dikira menentang arahan Rasul juga. Samalah macam orang sekarang yang apabila diajak untuk mengenali Quran dengan belajar tafsir, mereka tak mahu. Kalau ada orang beritahu maklumat dari tafsir Quran, mereka keji dan kata itu adalah Wahabi. Maknanya, mereka sendiri tidak belajar, tapi bila orang beritahu ajaran dari Quran, mereka keji dan kutuk.


 

Ayat 16: Siapakah orang yang paling malang itu?

الَّذي كَذَّبَ وَتَوَلّىٰ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Who had denied and turned away.

(MALAY)

yang mendustakan (kebenaran) dan berpaling (dari iman).

 

Yang telah mendustakan kebenaran dan berpaling ingkar dari menerimanya. Oleh kerana itu, akidah mereka akan jadi rosak. Bila akidah rosak, amalan pun akan rosak juga. Sebab itu mereka amat suka buat amalan bidaah. Apabila ditegur, mereka akan beri bermacam-macam hujah untuk membenarkan amalan bidaah mereka itu. Sampai letih kita nak menjawap hujah mereka. Padahal, hujah yang paling kuat adalah: ini Nabi tidak buat, maka tinggalkanlah; tapi hujah begitu tidak cukup kuat pada mereka, maka kita pula yang kena beri berbagai-bagai hujah.

Mereka tidak membenarkan kebenaran. Apabila kita beritahu perkara benar, mereka tidak terima. Memang dalam ayat ini tidak disebut berpaling dari apa, tapi kita telah faham, mereka berpaling dari wahyu. Dan Allah amat murka kerana peringatan wahyu itu dari Dia sendiri.

Mereka tidak mahu dengar tentang kebaikan walaupun dia tahu itu adalah benar. Dan juga mereka berpaling dari memberi kepada orang yang meminta kepada mereka.

قَالَ الْإِمَامُ أَحْمَدُ: حَدَّثَنَا حَسَنُ بْنُ مُوسَى، حَدَّثَنَا ابْنُ لَهِيعة، حَدَّثَنَا عَبْدُ رَبِّهِ بْنُ سَعِيدٍ، عَنِ الْمَقْبُرِيِّ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: “لَا يَدْخُلُ النَّارَ إِلَّا شَقِيٌّ”. قِيلَ: وَمَنِ الشَّقِيُّ؟ قَالَ: “الَّذِي لَا يَعْمَلُ بِطَاعَةٍ، وَلَا يَتْرُكُ لِلَّهِ مَعْصِيَةً”

Imam Ahmad mengatakan, telah menceritakan kepada kami Hasan Ibnu Musa, telah menceritakan kepada kami Ibnu Lahi’ah, telah menceritakan kepada kami Abdullah ibnu Sa’id Al-Maqbari, dari Abu Hurairah yang mengatakan bahwa Rasulullah Saw. telah bersabda: Tiada yang masuk neraka selain orang yang celaka. Ketika ditanyakan kepada beliau Saw.”Siapakah orang yang celaka itu?” Maka beliau Saw. menjawab: Orang yang tidak mahu mengamalkan ketaatan kepada Allah dan tidak mau meninggalkan perbuatan durhaka kepada-Nya.


 

Ayat 17: siapa yang akan selamat?

وَسَيُجَنَّبُهَا الأَتقَى

(SAHEEH INTERNATIONAL)

But the righteous one will avoid it –

(MALAY)

Dan kelak akan dijauhkan orang yang paling takwa dari neraka itu,

 

Akan dijauhkan azab neraka itu dari orang yang bertaqwa.

الأَتقَى adalah peringkat taqwa yang lagi tinggi dari muttaquun (kita dapat tahu dari format yang digunakan). Ada pendapat yang mengatakan ayat ini ditujukan kepada Abu Bakar apabila dia memerdekakan hamba yang disiksa. Waktu itulah ayat ini diturunkan, tapi tidaklah untuk beliau sahaja.

Orang yang الأَتقَى akan dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga. Tapi tidaklah hanya kepada الأَتقَى sahaja syurga itu. Ini adalah salah satu dari belas kasihan Allah. Kalau Allah hanya memberikan syurga itu kepada الأَتقَى sahaja, maka tentulah ramai yang tidak berpeluang untuk masuk syurga langsung. Kerana kedudukan الأَتقَى ini amat tinggi dan susah untuk dicapai.

Kalimah وَسَيُجَنَّبُهَا dari kalimah جنب yang bermaksud ‘berada di tepi’. Kalau kalimah تجنب bermaksud membawa seseorang ke tepian. Dan apabila digunakan kalimah تجنيب seperti maksud ayat ini, ianya bermaksud membawa seseorang amat jauh dari sesuatu. Oleh itu, ayat ini bermaksud mereka akan dibawa amat jauh dari neraka. Mereka akan diselamatkan terus dari neraka itu.


 

Ayat 18: Siapakah mereka yang diselamatkan dari neraka itu? Allah beritahu sifat mereka.

الَّذي يُؤتي مالَهُ يَتَزَكّىٰ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

[He] who gives [from] his wealth to purify himself

(MALAY)

yang menafkahkan hartanya (di jalan Allah) untuk membersihkannya,

 

Bagaimana kita boleh mencapai tahap الأَتقَى? Mereka memberi infak dan mereka menyucikan diri mereka. Tujuan mereka memberi infak itu adalah untuk menyucikan diri mereka. Tapi dalam ayat ini, kalimah ل tidak digunakan. Cuba lihat – kalimah yang digunakan adalah يَتَزَكّىٰ (menyucikan), bukan ليَتَزَكّىٰ (*untuk* membersihkan). Kenapa begitu pula?

Ini adalah kerana Allah hendak memberitahu kita, mengeluarkan harta untuk infak, tidaklah memberi ketetapan yang kita akan jadi suci. Perbuatan itu sendiri tidak menyucikan kita, tapi Allah lah yang menyucikan kita. Dan Allah hanya menyucikan sesiapa sahaja yang Dia kehendaki. Tapi proses kita untuk berharap Allah menyucikan kita, hendaklah kita mulai dengan mengeluarkan infak ke jalan Allah. Ayat ini memberitahu kita, bolehlah kalau kita keluarkan infak itu dengan harapan supaya Allah menyucikan kita, tapi keputusan masih tetap di tangan Allah.

Pemberian boleh jadi macam-macam seperti masa, ilmu dan tenaga. Tapi Allah khususkan harta dalam ayat ini. Tapi bagaimana dengan mereka yang miskin? Seperti yang kita tahu, tidak semua boleh beri banyak. Masih tetap kena keluarkan juga, tapi kalau tidak boleh beri banyak, bagilah sedikit pun. Kerana orang yang miskin pun ada benda yang boleh diberikan. Kalau ada dua kurma, bagi satu kurma kepada orang lain. Ini mafhum dari hadis Nabi.

((اِتَّقُوْا النَّارَ وَلَوْ بِشِقِّ تَمْرَةٍ، فَمَنْ لَمْ يَجِدْ فَبِكَلِمَةٍ طَيِّبَةٍ))  

“Berlindunglah kalian dari api neraka walaupun dengan separuh kurma. Barangsiapa tidak memilikinya maka hendaklah dengan kata-kata yang baik” (Muttafaq ‘Alaih)

Lihatlah bagaimana agama tidak menetapkan pun berapa banyak yang hendak kena beri. Kalau boleh beri sikit sahaja, maka berilah sedikit sahaja. Tapi mungkin ini adalah perkara yang agak susah kerana kita tidak biasa. Oleh itu, kita nak kena ajar masyarakat kita dan anak-anak kita untuk membiasakan diri untuk bersedekah dari kecil lagi. Mulakan dengan bagi sedikit-sedikit supaya jadi biasa dengan perangai baik itu. Kenalah ajar anak-anak untuk belajar bagi sedikit-sedikit dahulu. Ajar mereka untuk ingat kepada orang lain, bagi ringan sikit tangan tu. Beri mereka rasa bagaimana sedapnya rasa untuk memberi kepada orang lain. Ajar dari kecil lagi, kerana kalau dah besar, susah untuk mulakan. Kerana kalau sudah besar, sudah rasa harta itu mereka punya, mereka layak dapat, mereka kena simpan, waktu itu sudah susah untuk mengajar mereka infak dah.

Dalam sejarah Islam, kita telah belajar tentang individu Islam yang infak harta mereka dengan banyak sekali. Kita selalu baca kisah Khadijah, Abu Bakr, Umar, Uthman dan lain-lain lagi. Mereka buat begitu kerana mereka yakin kelebihan infak harta.

Tapi orang sekarang takut jatuh miskin. Mereka tidak yakin yang Allah akan ganti segala apa yang kita berikan itu. Saya terkenang kisah pengasas al-Rajhi. Berapa banyak dia infakkan harta kepada Islam. Bila dia dah bersara, dia duduk di kampung dan hidup sebagai orang miskin. Dia juga telah membina Yayasan al-Rajhi untuk membantu orang lain. Dia tak kisah hidup dalam kesederhanaan kerana dia pernah hidup sebagai orang miskin dahulu. Dia adalah orang yang memahami kelebihan infak kepada jalan Allah.


 

Ayat 19: Dan orang itu memang memberi dengan ikhlas.

وَما لِأَحَدٍ عِندَهُ مِن نِعمَةٍ تُجزىٰ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And not [giving] for anyone who has [done him] a favor to be rewarded¹

  • i.e., without intending reciprocation for some benefit to himself.

(MALAY)

padahal tidak ada seseorangpun memberikan suatu nikmat kepadanya yang harus dibalasnya,

 

Sedang ia tidak menanggung budi sesiapa pun, yang patut dibalas. Bukan dia memberi itu kerana hendak balas budi orang, tapi dia beri dengan ikhlas. Kerana kalau dia memberi kerana balas budi, mungkin tidak ikhlas lagi. Mungkin dia balas kerana takut orang kata dia kedekut. Kadang-kadang orang bagi hadiah kepada kita, kita rasa kita kena balas balik, walaupun sebenarnya kita tidak mahu pun nak beri. Ini terjadi kerana kita tak mahu orang kata kita tak tahu membalas budi.

Memang membalas jasa orang lain yang telah berbudi dengan kita itu bagus juga, tapi tidaklah yang dimaksudkan dalam ayat ini.

Ayat ini bermaksud, orang yang memberi itu bukan kerana nak balas perbuatan orang lain.

Dan ayat ini juga bermaksud, tidak ada orang yang akan balas pemberiannya itu. Dia tidak mengharap ada orang membalas apa yang telah diberikannya itu.

Semua yang dia buat adalah kerana Allah, bukan kerana nak balas kepada orang lain, bukan nak dapatkan pembalasan dari orang lain.


 

Ayat 20: Jadi, kenapa dia memberi?

إِلَّا ابتِغاءَ وَجهِ رَبِّهِ الأَعلىٰ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

But only seeking the countenance of his Lord, Most High.

(MALAY)

tetapi (dia memberikan itu semata-mata) karena mencari keredhaan Tuhannya yang Maha Tinggi.

 

Dia memberi hanya kerana mengharapkan keredhaan Allah sahaja. Bukan sebab mengharapkan redha manusia, tapi mengharapkan redha Allah.

Allah juga memberitahu dan menekankan dalam ayat ini yang Dia yang Maha Tinggi. Ini merendahkan diri kita, supaya kita kena ingat: walaupun kita ada banyak harta, kaya tapi Allah juga yang Maha Tinggi.

ابتِغاءَ – bermaksud mencari dengan bersungguh; juga dalam masa yang masa ia bermaksud melampau (baghyan). Oleh itu, kalau kita gabungkan dua makna ini, menunjukkan bagaimana seseorang yang mahukan sangat sesuatu perkara itu, sampaikan dia akan buat apa sahaja, lebih dari usaha yang biasa untuk mendapatkan apa yang dikehendakinya itu.

Dari segi balaghah, kalimah ابتِغاءَ ini dalam bentuk mansoob, memberi erti yang kerana inilah sahaja dia melakukannya. Kerana mencari keredhaan Allah lah sahaja dia mengeluarkan infak itu. Bukan kerana sebab-sebab lain.

وَجهِ dari segi literal bermaksud wajah, muka. Dalam ayat ini bermaksud menceri redha Allah.


 

Ayat 21: Apakah janji Allah kepada mereka?

وَلَسَوفَ يَرضىٰ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And he is going to be satisfied.

(MALAY)

Dan kelak dia benar-benar mendapat kepuasan.

 

Allah akan membalas usaha mereka itu. Dan mereka akan berpuas hati apabila mereka dimasukkan ke dalam syurga nanti. Iaitu mereka yang mempunyai sifat-sifat yang telah disebut sebelum ini.

Bandingkan dengan mereka yang mencari duit dan harta kerana nak memuaskan hati mereka, tapi bila sudah dapat mereka tidak puas pun kan? Kerana apabila manusia dapat sejuta ringgit, mereka nak dapat lagi sejuta atau nak dapat satu billion pula. Memang manusia tidak akan puas selagi mereka hidup di dunia. Oleh itulah Allah beritahu yang puasnya adalah dalam syurga nanti. Itulah sahaja tempat yang seseorang akan rasa puas sepuas-puasnya.

Huruf ل dalam لَسَوفَ bermaksud Allah is  bersumpah – pasti mereka akan dapat kepuasan nanti apabila mereka dimasukkan dalam syurga. Mereka akan mendapat ketenangan dan kesenangan hati yang mereka tidak akan dapat rasa selagi di dunia.

Ramai ulama mufassir mengatakan ayat ini merujuk kepada Saidina Abu Bakr kerana sifat beliau. Oleh itu, kita kena cuba untuk ikut cara yang dilakukan oleh beliau. Ini adalah sebagai pendapat sahaja dan kita kena ingat yang bukanlah ayat Quran untuk seseorang sahaja. Ayat Quran selalunya berbentuk umum.

Allahu a’lam. Sambung ke surah seterusnya, Surah ad-Dhuha.


Rujukan:

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

About tafsirsunnah

Blog mentafsir Quran berdasarkan fahaman Sunnah dan salafussoleh.
This entry was posted in Surah 092: al-Layl. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s