Tafsir Surah al-Fajr Ayat 1 – 14 (10 Dzulhijjah)

Pengenalan:

Di hujung Surah al-Ghasyiya terdapat ancaman dari Allah yang akan menghisab segala apa yang dilakukan oleh manusia (ثُمَّ إِنَّ عَلَينا حِسابَهُم). Maknanya, kalau Allah tanya sahaja, kenapa begini dan begitu, maka itu adalah bahaya kerana itu tanda tak selamat. Yang selamat kalau dibaca sahaja seperti yang disebut dalam Insyiqaq:8.

Mereka yang mendapat hisab yang teruk adalah mereka yang ada masalah semasa di dunia, tidak taat dan tidak beriman sempurna. Allah beritahu yang masalah dengan manusia berkenaan agama ini adalah kerana hubbud-dunya (cinta dunia). Dan Allah akan memberitahu penyelesaian kepada masalah itu, iaitu dengan cara mendampingkan diri dengan Allah.

Oleh itu, di permulaan surah ini mengajar tentang rawatan kepada penyakit cinta dunia, iaitu luangkan masa dengan amalan untuk rapatkan diri dengan Allah dan jangan lalai leka dengan dunia. Jadilah seperti Abd Rahman Auf dan Saidina Umar, walaupun mereka kaya dan berkuasa, tapi mereka selamat kerana mereka tidak putus hubungan dengan Allah. Mereka bukan tidak menggunakan harta, tapi mereka menggunakan dunia mengikut peraturan syariat, jadi dapat dunia banyak pun tidak mengapa.


 

Ayat 1: Ini adalah sumpah pertama dari Allah dalam surah ini.

وَالفَجرِ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Al-Fajr: The Dawn.

By the dawn

(MALAY)

Demi fajar,

 

Allah bersumpah dengan waktu fajr. Sekali lagi kita lihat secara ringkas kenapa Allah bersumpah dalam Quran:

  1. Untuk mengambil perhatian mereka yang tidak mahu mendengar. Allah nak beritahu yang apa yang akan disampaikan adalah penting, maka kena dengar.
  2. Allah hendak kita memikirkan tentang perkara yang dijadikan sebagai sumpah itu. Ianya sebagai pembuka kepada apa yang akan disebutkan selepas ini yang ada kena mengena dengan apa yang digunakan sebagai sumpah. Oleh itu, apabila Allah bersumpah dengan fajr, Allah nak suruh kita berfikir tentang fajr.

Kalimah فجر asalnya bermaksud sesuatu yang mengoyak, dan waktu fajar itu dinamakan al-fajr kerana ia mengoyak kegelapan malam dengan kedatangan cahaya siang. Seperti yang kita tahu, di waktu ini ada Solat Subuh. Ia adalah waktu yang hanya orang muslim beriman sahaja yang bangun untuk mengadap Tuhannya. Sedangkan ramai yang gagal untuk bangun Solat Subuh waktu ini.

Inilah waktu yang paling bening bagi seorang muslim untuk beribadat dan bermunajat kepada Tuhannya. Kalau tidak beriman sungguh, susah untuk bangun. Dalam hal ini kita lemah dari binatang kerana kita boleh lihat bagaimana binatang pun akan bangun kerana itu adalah fitrah mereka. Mereka tidak mempunyai pilihan. Tapi manusia yang Allah beri akal dan nafsu, susah pula untuk bangun.

Fajar adalah penting kerana ianya adalah permulaan kepada hari. Waktu itulah manusia dan binatang akan mula bangun untuk memulakan hari mereka. Manusia dengan cara mereka dan binatang dengan cara mereka. Dan pada waktu itu sudah bermulalah bunyi kesibukan termasuk bunyi binatang dan ketahuilah yang bunyi binatang itu juga adalah tasbih mereka kepada Allah. Cuma kita sahaja yang tidak tahu kerana kita tidak tahu bahasa mereka.

Mufassirin cuba untuk menjelaskan kenapakah Allah bersumpah dengan waktu fajar ini, apakah kelebihan waktu ini dan apakah isyarat yang hendak disampaikan?

Ada yang kata Allah bersumpah dengan waktu fajar kerana ia membawa isyarat kepada hidup sesudah mati. Kerana tidur adalah satu bentuk kematian sebenarnya dan Allah hidupkan kita balik pada waktu fajar. Maka setiap kali kita bangun selepas kita tidur, itu adalah isyarat kepada kehidupan hidup semula selepas mati nanti yang akan dialami oleh semua orang. Allah mengingatkan kita kepada kematian setiap malam dengan adanya tidur. Memang kita sebenarnya mati semasa kita tidur dan kerana itu ada doa yang Nabi ajar bagaimana bersyukur kepada Allah yang menghidupkan kita sesudah mati.

اَلْحَمْدُ ِللهِ الَّذِى أَحْيَانَا بَعْدَمَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُورُ
Segala puji bagi Allah yang menghidupkan aku kembali setelah mematikan aku dan kepada Allah akan bangkit

Lihatlah bagaimana dalam doa itu pun kita kata kita ‘mati’ waktu tidur itu. Kerana doa itu bukan: syukur kepada Allah kerana ‘menjagakan’ aku kembali selepas tidur; tidak digunakan begitu, malah digunakan kalimah yang kita mati semasa kita tidur malam tadi. Kita waktu itu mati kerana Allah telah tarik sebahagian dari roh kita dari tubuh. Dan apabila sampai waktu untuk bangun, Allah pulangkan balik roh itu ke tubuh kita.

Fajr juga adalah sebagai isyarat kepada cahaya kebenaran yang akan sampai kepada umat Islam. Seperti yang kita tahu, surah ini diturunkan di Mekah dan Allah hendak memberitahu bahawa dakwah Islam ini akan tersebar ke seluruh dunia sebagaimana cahaya matahari tersebar ke segenap pelusuk dunia.

Ada juga mufassirin mengatakan bahawa pagi di dalam ayat ini adalah pagi Yaumun Nahr iaitu pagi pada 10 Zulhijjah (Hari Raya Haji). Hari itu jemaah haji melontar Jamrah, dalam sebahagian dari amalan ibadah Haji. Ini berkaitan dengan ayat seterusnya selepas ini.

Ada yang kata, ini adalah waktu fajr pada setiap 10 hari awal dari bulan Dzulhijjah. Ini dikuatkan dengan hadis di dalam kitab Sahih Bukhari dimana telah disebutkan dari Ibnu Abbas secara marfu’:

“مَا مِنْ أَيَّامٍ الْعَمَلُ الصَّالِحُ أَحَبُّ إِلَى اللَّهِ فِيهِنَّ مِنْ هَذِهِ الْأَيَّامِ” -يَعْنِي عَشَرَ ذِي الْحِجَّةِ -قَالُوا: وَلَا الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ؟ قَالَ: “وَلَا الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ، إِلَّا رَجُلًا خَرَجَ بِنَفْسِهِ وَمَالِهِ، ثُمَّ لَمْ يَرْجِعُ مِنْ ذَلِكَ بِشَيْءٍ”

Tiada suatu hari pun yang amal saleh lebih disukai oleh Allah padanya selain dari hari-hari ini. Yakni sepuluh hari pertama dari bulan Zul Hijjah. Mereka (para sahabat) bertanya, “Dan juga lebih utama daripada berjihad di jalan Allah?” Rasulullah Saw. menjawab: Dan juga lebih utama daripada berjihad di jalan Allah, terkecuali seseorang yang keluar dengan membawa hartanya untuk berjihad di jalan Allah, kemudian tidak pulang selain dari namanya saja.

Yang penting pada waktu fajr dalam hari-hari itu (samada hari ke 10 atau setiap dari 10 hari itu), itulah waktu yang doa makbul. Maka carilah peluang untuk berdoa waktu itu. Mereka yang berilmu, akan peka untuk mencari waktu-waktu untuk mendekatkan diri dengan Allah. Mereka terkesan dengan waktu-waktu itu kerana ianya berkenaan agama dan nasib mereka di akhirat, dan tidaklah mereka asyik memikirkan tentang dunia sahaja.


 

Ayat 2: Sumpah yang kedua.

وَلَيالٍ عَشرٍ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And [by] ten nights¹

  • Usually interpreted as the first ten nights of the month of Dhul-Ḥijjah.

(MALAY)

dan malam yang sepuluh,

 

Dan demi 10 malam. Tidak ada ال makrifah dalam ayat ini jadi tidak ditetapkan mana satu set sepuluh malam yang tertentu. Oleh itu ada dua pendapat utama tentang malam yang sepuluh itu. Dua pendapat yang jumhur mengatakan yang ianya adalah 10 malam terakhir dari Ramadhan dan sepuluh malam pertama Dari Dzul Hijjah.

Walaupun begitu, ada juga pendapat-pendapat lain seperti pendapat yang mengatakan ianya adalah sepuluh malam pertama dan sepuluh malam yang terakhir setiap bulan kerana waktu itu nampak bulan dengan jelas. Kenapa ada banyak pendapat pula? Kenapa tidak ada satu kata putus? Ulama membenarkan perkara ini kerana tidak ال makrifah pada kalimah لَيالٍ yang menyebabkan ianya terbuka.

Malam-malam ini adalah penting sebab Allah bersumpah dengannya. Sangatlah penting dan berkat sekali untuk berbuat ibadat di hari-hari yang sepuluh ini. Rasulullah berpuasa pada hari-hari itu. Ini adalah hari-hari yang Allah suka jikalau hambaNya memperbanyakkan ibadat.

Kita telah sebutkan dua pendapat jumhur tentang 10 malam itu (dari Ramadhan dan dari Dzul Hijjah). Mufassir memikirkan pula kenapakah malam-malam itu penting? Ada yang mengatakan kerana malam dari Ramadhan itu adalah salah satu hari Lalilatul Qadr dan waktu itulah turunnya Quran. Dan permulaan turun Quran itu adalah misi permulaan dakwah tauhid dari Rasululllah. Jadi ada kelebihan sejarah di situ.

Sementara itu, pendapat kedua yang mengatakan ianya adalah sepuluh malam pertama dari Dzul Hijjah pula, mengatakan kepentingan sejarah dari bulan Dzul Hijjah itu adalah kerana Mekah telah dibuka pada permulaan bulan Haji itu. Dari Pembukaan Mekah itulah Islam mula tersebar luas kalau dibandingkan dengan waktu-waktu lain.

Oleh itu, pendapat pertama merujuk kepada permulaan dakwah baginda dan yang kedua merujuk kepada penyempurnaan dakwah baginda apabila ramai penduduk Makkah dan masyarakat Arab masuk Islam.


 

Ayat 3: Sumpah yang ketiga.

وَالشَّفعِ وَالوَترِ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And [by] the even [number] and the odd

(MALAY)

dan demi yang genap dan yang ganjil,

 

Dan demi yang genap dan yang ganjil. شَّفعِ bermaksud ada bersama dengan orang lain (berpasang). Kalimah yang biasa kita dengar adalah syafaat, sebab itu orang yang memberi syafaat itu bermohon supaya Allah beri belas kasihan kepada orang lain dengan mengatakan ‘orang ini dengan aku’. Semua ciptaan Allah adalah berpasangan (kanan dan kiri, malam dan siang, lelaki dan perempuan dan sebagainya). Oleh itu, kalimah الشَّفعِ dikatakan merujuk kepada seluruh makhluk, kerana semua makhluk dicipta berpasangan.

Dan kalau yang genap merujuk kepada semua makhluk, maka ‘yang ganjil’ merujuk kepada Allah yang hanya satu tidak ada pasangan. Ini adalah pendapat para sahabat. dan walaupun begitu, ada banyak pendapat lain lagi. Di dalam kitab Sahihain disebutkan melalui riwayat Abu Hurairah, dari Rasulullah Saw. yang telah bersabda:

«إِنْ لِلَّهِ تِسْعَةً وَتِسْعِينَ اسْمًا مِائَةٌ إِلَّا وَاحِدًا مَنْ أَحْصَاهَا دَخَلَ الْجَنَّةَ وَهُوَ وِتْرٌ يُحِبُّ الْوِتْرَ»

Sesungguhnya Allah memiliki sembilan puluh sembilan nama, yakni seratus kurang satu; barang siapa yang menghafalnya, maka ia masuk surga; Dia adalah Esa dan menyukai yang esa.

Sebagai contoh, mufassirin ada yang mengatakan yang genap adalah hari kesepuluh bulan DzulHijjah dan yang ganjil adalah hari kesembilan, iaitu hari wuquf di Arafah. Pendapat ini adalah kesinambungan dari pendapat yang mengatakan sepuluh malam yang dimaksudkan adalah sepuluh hari dari bulan DzulHijjah.

Kita tidak akan dapat menghargai sesuatu yang ganjil tanpa dibandingkan dengan pasangannya. Setiap yang genap adalah pasangan, dan yang ganjil adalah satu dari pasangan itu, kerana setiap pasangan terdiri dari dua yang ganjil, bukan? Sebagai contoh, bulan adalah pasangan matahari, tapi matahari itu sendiri sudah hebat dan ada kelebihannya, bukan? Lelaki dan wanita adalah pasangan tapi lelaki juga ada kelebihan dan wanita pun ada kelebihan juga. Kita tidak akan dapat memahami matahati kalau tidak dibandingkan dengan bulan; dan kita tidak dapat memahami lelaki kalau tidak dibandingkan dengan wanita. Maka, kena lihat kepada keduanya sekali.

Apakah kaitan sumpah ini dengan sumpah-sumpah yang lainnya? Kalau kita lihat dalam surah-surah sebelum ini, telah disebut bagaimana manusia tidak percaya dengan adanya Hari Kebangkitan. Ini adalah kerana mereka lihat satu dari pasangan sahaja, iaitu mereka lihat dunia sahaja tanpa melihat pasangannya, akhirat. Oleh kerana itu, mereka sibuk dengan urusan dunia, tapi tidak beramal untuk persediaan kepada akhirat.

Begitulah juga masalah dengan golongan atheist atau Freethinker. Masalah dengan atheist yang tidak mempercayai kewujudan Tuhan, mereka susah nak percaya kerana mereka nampak banyak ketidakadilan dalam dunia ini. Sebagai contoh, bagaimana dengan pembunuh yang kejam? Dia bunuh banyak orang, tapi dia kalau dia ditangkap oleh kerajaan, paling banyak dia hanya dibalas bunuh sekali sahaja. Tentunya ini tidak adil, bukan? Dan bagaimana dengan orang baik di dunia, tapi mereka tidak mendapat balasan baik di dunia ini – hidup mereka susah, mereka mungkin kena bunuh, ada yang kena kena caci, ada yang miskin, mereka tidak ada kuasa dan berbagai lagi kekurangan yang mereka hadapi. Ini pun nampak macam tidak adil – bagaimana mereka mendapat nasib yang malang sedangkan mereka itu orang yang baik-baik? Maka ini adalah persoalan yang dibenak sesetengah manusia.

Maka jawapannya adalah hari akhirat nanti. Kerana di akhirat nanti, akan diberikan keadilan dengan sepenuhnya. Kerana Allah Maha Adil. Di sana nanti, yang jahat akan dibalas dengan apa yang mereka layak dapat – kalau seorang pembunuh itu, dia akan dibunuh berkali-kali (tapi dia tidak akan mati). Dan mereka yang baik akan dibalas dengan segala kebaikan yang mereka lakukan selama mereka di dunia. Maka kita kena percaya kepada akhirat juga, jangan lihat kepada dunia yang di depan mata kita sahaja. Kerana takkan Allah tidak adil. Kalau kehidupan di dunia ini habis begitu sahaja, maka ini boleh dijadikan hujah yang Allah tidak adil pula, sedangkan Allah Maha Adil.

Akhir sekali, terdapat satu lagi tafir bagi maksud yang genap dan ganjil ini: ia merujuk kepada doa selepas sembahyang yang genap dan sembahyang yang ganjil. Jadi, yang ‘genap dan ganjil’ itu merujuk kepada solat. Kerana ada solat yang genap seperti Subuh, Zuhur, Asar dan Isyak dan ada solat yang ganjil, iaitu Solat Maghrib. Maka ini mengajar kita untuk mengambil peluang untuk berdoa selepas setiap kali solat. Ini adalah kerana doa selepas solat adalah makbul.

قَالَ الْإِمَامُ أَحْمَدُ: حَدَّثَنَا أَبُو دَاوُدَ -هُوَ الطَّيَالِسِيُّ-حَدَّثَنَا هَمَّامٌ، عَنْ قَتَادَةَ، عَنْ عِمْرَانَ بْنِ عِصَامٍ: أَنَّ شَيْخًا حَدَّثَهُ مِنْ أَهْلِ الْبَصْرَةِ، عَنْ عِمْرَانِ بْنِ حُصَيْنٍ: أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ سُئِل عَنِ الشَّفْعِ وَالْوَتْرِ، فَقَالَ: “هِيَ الصَّلَاةُ، بَعْضُهَا شَفْعٌ، وَبَعْضُهَا وَتْرٌ”

Imam Ahmad mengatakan, telah menceritakan kepada kami Abu Daud At-Tayalisi, telah menceritakan kepada kami Hammam. dari Qatadah, dari Imran ibnu Isam, bahwa seorang syekh dari ulama Basrah pernah menceritakan kepadanya sebuah hadis dari Imran ibnu Husain, bahwa Rasulullah Saw. pernah ditanya tentang makna asy-syaf’u dan al-watru. Maka beliau Saw. menjawab: Maksudnya adalah solat, sebagian darinya ada yang genap (rakaatnya) dan sebagian yang lain ada yang ganjil.


 

Ayat 4: Ini adalah sumpah yang terakhir dalam surah ini.

وَاللَّيلِ إِذا يَسرِ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And [by] the night when it passes,

(MALAY)

dan malam bila berlalu.

 

Dan malam, apabila ia berlalu sedikit demi sedikit. Kalimah يَسرِ bermaksud ‘berjalan di malam hari’. Sebenarnya malam tidak berjalan, tapi orang yang berjalan di malam hari. Tapi malam itu seolah-olah akan berlalu pergi apabila sampainya waktu fajar. Walau apapun yang kita buat, malam itu tetap juga akan berlalu dan siang pasti akan datang. Ini adalah kerana manusia tidak berkuasa langsung kepada masa tapi hanya Allah yang berkuasa ke atas masa. Kalau tak percaya, cubalah tahan masa itu kalau boleh.

Perjalanan masa yang berlalu pergi ini sebagai isyarat akan kedatangan Hari Kiamat. Masa akan berlalu dan kita semakin hampir kepada Hari Kiamat itu. Maka kenalah kita bersedia dengan segala persediaan yang kita boleh buat. Janganlah leka sahaja dengan perkara-perkara dunia sampai lupa kepada akhirat pula.

Oleh itu, ayat ini berkaitan dengan masa dan ia berpasangan dengan ayat pertama yang juga berkaitan dengan masa. Sedangkan ayat 2 dan 3 pula berkait sesama sendiri (kerana ada hari yang ganjil dan genap). Kaitan ayat pertama dan ayat ke 4 ini amat berkait rapat kerana apabila malam berjalan dan berlalu pergi, maka kita tahu tidak lama lagi adalah waktu fajar. Dan setiap hari akan berlaku perkara ini, sampailah kepada hari kiamat nanti.

Mufassirin juga mengatakan bahawa ini adalah malam kesepuluh dari bulan Dzulhijjah dimana malam itu akan berlalu dan jemaah haji juga akan bergerak menuju ke Muzdalifah pada malam itu.

Ada juga yang mengatakan yang ini merujuk kepada hujung malam, iaitu waktu sahur. Waktu ini juga adalah waktu yang makbul doa. Sampaikan ada hadis yang mengatakan bagaimana Allah turun ke langit dunia pada waktu ini untuk memakbulkan doa sesiapa sahaja yang berdoa. Maka apabila kita tahu tentang perkara ini, maka ambillah segala kesempatan yang disebut dalam ayat-ayat ini. Cari waktu-waktu yang makbul doa itu. Tidaklah perlu pergi sampai ke Mekah baru nak berdoa sedangkan masa makbul doa ini ada sahaja setiap hari dan setiap tahun. Mereka akan bijak dalam agama, akan mengambil peluang-peluang itu.


 

Ayat 5: Ayat ini adalah penutup kepada sumpah-sumpah di atas. Memang sumpah-sumpah itu adalah sumpahan yang besar. Ianya berkenaan waktu-waktu dimana doa-doa akan makbul. Semasa kita berdoa pada waktu-waktu itu, kita kena yakin dengan doa itu dan kena yakin yang doa itu diterima oleh Allah. Kita kena tahu yang Allah sudah bersedia untuk menerima doa itu kerana kalau tidak, Allah tidak beri taufik untuk kita berdoa pun. Jadi, apabila kita berdoa waktu itu, memang Allah lah yang menggerakkan kita untuk berdoa. Kalau Dia yang sudah gerakkan hati kita untuk berdoa, maka tentulah Dia sudah bersedia untuk memakbulkannya.

Maka, selepas Allah sebut sumpah-sumpah itu, apa Allah kata tentang sumpah-sumpah itu?

هَل في ذٰلِكَ قَسَمٌ لِذي حِجرٍ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Is there [not] in [all] that an oath [sufficient] for one of perception?¹

  • Based upon the following verses, what has been sworn to by Allāh is that He will certainly punish the disbelievers.

(MALAY)

Pada yang demikian itu terdapat sumpah (yang dapat diterima) oleh orang-orang yang berakal.

 

Apakah tidak cukup di dalam semua sumpah itu, keterangan dan sumpah yang boleh diakui oleh mereka yang teguh akalnya?

Allah menggunakan perkataan حِجرٍ yang asalnya bermaksud batu, kerana batu melambangkan keteguhan. Selain itu, orang Arab juga menggunakannya untuk merujuk kepada akal, kerana akal adalah penahan diri kita dari melakukan perkara yang salah, dari melakukan perkara yang bodoh. Untuk menghalang kita dari melakukan perkara yang buruk, memerlukan sesuatu yang kukuh dan teguh (batu). Kita memang memerlukan akal yang teguh, kerana kalau kita tidak ada akal, tentu kita sudah lama pegang api yang akan menyakitkan dan merosakkan kita. Akan tetapi kita tidak akan buat perkara itu kalau kita waras, kerana akal akan menahan kita dari buat benda bodoh macam itu.

Begitu juga, akal yang sihat dan baik akan dapat menahan kehendak hati yang buruk. Kerana nafsu akan sentiasa sahaja mahukan berbagai-bagai perkara dan ada masanya perkara yang dikehendaki oleh nafsu itu adalah perkara yang buruk dan salah di sisi agama. Maka akallah yang dapat menahan nafsu itu seperti batu yang menahan kenderaan di jalanan. Ia adalah keteguhan yang menghalang mereka dari melakukan kesalahan. Iaitu tidak ikut emosi sahaja, tapi berupaya berfikir sebelum melakukan sesuatu.

Maka, telah banyak sumpahan yang diberi di atas dan sumpah-sumpah di atas itu tidak cukupkah lagi untuk mereka yang ada akal yang waras? Maknanya, Allah suruh kita berfikir tentang sumpah-sumpah itu. Fikirkan tentang apa yang Allah telah sebut dalam sumpah itu dan carilah maksud yang tersirat. Sebenarnya, jarang Allah suruh kita memikirkan sumpah-sumpah melainkan Allah sebut sahaja. Allah sebut sahaja sebelum masuk kepada perkara-perkara yang lain. Tapi kali ini Allah menarik perhatian kita semula kepada sumpah-sumpah yang telah diberi. Maknanya, ada kepentingan dalam sumpah-sumpah itu yang kita kena ambil perhatian sangat. Mereka yang ada akal yang teguh sahaja akan dapat memahami tentang sumpah-sumpah itu. Memang ayat-ayat itu pendek sahaja tapi ada banyak pengajaran di dalamnya.


 

Ayat 6: Dalam surah Ghasyiya sebelum ini, Allah telah memberi ancaman kepada manusia yang degil dengan apa yang mereka akan dapat di neraka kelak kalau mereka masih menentang tauhid. Tetapi ramai lagi yang masih tidak mahu mengubah diri mereka. Ini adalah kerana perkara yang diancam kepada mereka itu hanya akan berlaku di neraka kelak (azab api, minuman air panas, buah berduri dan sebagainya), jadi mereka tidak nampak lagi. Maka, kalau begitu, Allah mengajak marilah tengok apa yang kamu sendiri boleh tengok di dunia ini lagi. Ltihatlah apa yang terjadi terjadi kepada kaum-kaum terdahulu. Kamu boleh nampak kan peninggalan-peninggalan mereka?

أَلَم تَرَ كَيفَ فَعَلَ رَبُّكَ بِعادٍ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Have you not considered how your Lord dealt with ‘Aad –

(MALAY)

Apakah kamu tidak memperhatikan bagaimana Tuhanmu berbuat terhadap kaum ‘Aad?

 

Tidakkah kau melihat bagaimana Allah telah melakukan terhadap kaum Aad? Walaupun Allah khitab ayat kepada Nabi, tapi semasa Nabi membaca, siapa yang mendengar? Tentulah semua orang termasuk musyrikin Mekah itu.

Kalimah تَرَ digunakan yang diambil dari katadasar ر أ ي (rukya). Kalimah ini lain dengan kalimah نظر yang bermaksud lihat betul-betul dengan mata. Akan tetapi apabila digunakan rukya, ia tidak semestinya dengan mata kepala sahaja, tapi melihat dengan fikiran sekali. Sebab itu kadang-kadang kalau orang beritahu sesuatu perkara kepada kita, bila kita faham, kita kata: baik, aku ‘nampak’ dah apa kau cakap. Padahal, tidak nampak apa pun dengan mata, tapi dengan akal. Oleh itu maksud rukya adalah faham. Ianya adalah perbuatan hati, bukan perbuatan fizikal.

Kaum Aad ini adalah kaum yang tak jauh lamanya dari Nabi Nuh. Mereka adalah kaum ‘Ad pertama, yaitu keturunan dari ‘Ad ibnu Iram ibnu ‘ Aus ibnu Sam ibnu Nuh. Nabi yang dihantar kepada mereka adalah Nabi Hud. Aad itu adalah kaum yang kuat tubuh badan mereka sampai orang lain tidak berani nak lawan dengan mereka. Maka mereka telah melawan hukum Allah kerana mereka berlagak sangat. Tetapi Allah akhirnya telah menghancurkan mereka. Kerana mereka tidak menerima dakwah daripada Nabi Hud, maka Allah telah memusnahkan mereka. Telah datang angin yang kuat kepada mereka yang kuatnya sampai mengangkat mereka ke udara dan menjatuhkan mereka ke tanah sampai leper.

Dan kaum Quraish Mekah memang dapat melihat peninggalan kaum Aad ini kerana mereka ada melalui kawasan peninggalan mereka. Walaupun mereka kuat, senang sahaja bagi Allah untuk menghancurkan mereka. Allah suruh puak musyriki itu berfikir tentang perkara itu. Allah nak mengingatkan kepada kaum Quraish bahawa Allah boleh memusnahkan mereka juga seperti Allah telah musnah Kaum Aad itu. Janganlah mereka menyangka bahawa mereka itu gagah dan dapat melawan Allah dan rasulNya. Mereka itu tidak sekuat Kaum Aad pun.

Allah juga beritahu kepada Nabi, jangan takut dengan kekuatan Quraish itu. Allah menguasai mereka dan kalau Allah mahu, senang sahaja Allah nak musnahkan mereka.

Kita telah baca tentang Kaum Aad dalam Quran, dan surah ini adalah kali terakhir akan disebut tentang kaum Aad. Jadi Allah nak beri peringatan terakhir terakhir tentang mereka.


 

Ayat 7: Keturunan awal Aad adalah Iram. Ini adalah athaf bayan untuk menambah keterangan tentang Kaum Aad itu.

إِرَمَ ذاتِ العِمادِ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

[With] Iram¹ – who had lofty pillars,²

  • Another name for the first people of ‘Aad, to whom Prophet Hūd was sent.
  • Supporting their tents or buildings.

(MALAY)

(yaitu) penduduk Iram yang mempunyai bangunan-bangunan yang tinggi,

 

Ada pendapat yang kata Iram adalah keturunan awal kepada kaum Aad dan Tsamud. Ada yang kata Ira itu nama orang yang mula-mula sekali dari bangsa mereka yang telah membina tamadun mereka. Tapi tiada kepastian tentang perkara ini kerana ianya adalah kisah lama, jadi macam-macam pendapat yang dikeluarkan.

Mufassirin juga ada mengatakan yang Iram adalah nama tempat di mana kaum Aad ini tinggal. Mereka adalah amat besar sekali tubuh badannya. Setinggi 70-80 kaki tingginya. Mereka amat gagah sampai boleh menebuk dan menjadikan gunung-gunung sebagai rumah tempat tinggal mereka. Jadi apabila mereka gagah dan kuat, mereka telah menjadi sombong. Begitulah manusia, apabila gagah, mereka akan sombong.

Penduduk Iram mempunyai bangunan yang tinggi tiangnya. Mereka boleh buat kerana mereka ada kekuatan dan kepandaian untuk buat tiang yang besar-besar. Hal ini disebutkan oleh Allah Swt. dalam ayat yang lain melalui firman-Nya:

{وَاذْكُرُوا إِذْ جَعَلَكُمْ خُلَفَاءَ مِنْ بَعْدِ قَوْمِ نُوحٍ وَزَادَكُمْ فِي الْخَلْقِ بَسْطَةً فَاذْكُرُوا آلاءَ اللَّهِ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ } 

Dan ingatlah oleh kamu sekalian di waktu Allah menjadikan kamu sebagai pengganti-pengganti (yang berkuasa) sesudah lenyapnya kaum Nuh, dan Tuhan telah melebihkan kekuatan tubuh dan perawakanmu (daripada kaum Nuh itu). Maka ingatlah nikmat-nikmat Allah supaya kamu mendapat keberuntungan. (Al-A’raf: 69)

Mereka ini memang hebat. Ini adalah satu lagi bangsa yang diketahui oleh Quraish. Bangsa lain tak dapat kelebihan boleh melihat bagaimana kaum lain telah dimusnahkan oleh Allah. Kaum lain, apabila mereka diingatkan dengan Nabi mereka, kaumnya kata mereka tidak pernah nampak kemusnahan yang dikenakan kepada kaum sebelum mereka. tapi bangsa Arab ini, apabila Nabi Muhammad mengancam mereka, mereka memang boleh nampak apa yang terjadi kepada kaum sebelum mereka. Kerana mereka boleh lihat peninggalan kaum-kaum itu. Ini sepatutnya menguatkan mereka untuk menerima Islam dan takut dengan ancaman yang Allah berikan kepada mereka kerana memang boleh nampak. Dan mereka memang kenal Iram kerana ada puisi tentang Iram dalam puisi lama bangsa Arab. Mereka ini adalah satu lagi bangsa yang kuat yang mempunyai kehidupan yang hebat tapi mereka juga telah melawan Nabi mereka dan Allah telah memusnahkan mereka.


 

Ayat 8: Hebat sekali apa yang mereka ada.

الَّتي لَم يُخلَق مِثلُها فِي البِلادِ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

The likes of whom had never been created in the land?

(MALAY)

yang belum pernah dibangun (suatu kota) seperti itu, di negeri-negeri lain,

 

Yang belum pernah diciptakan sepertinya di seluruh negeri di zaman itu. Sebelum itu tidak pernah ada lagi kekuatan, tamadun seperti yang ada pada mereka. Maknanya, mereka itu hebat sampai ke satu tahap yang tidak pernah dicapai oleh golongan sebelum mereka. Akan tetapi mereka dihancurkan juga.

البِلادِ bermaksud negeri yang mempunyai sempadan yang memang adalah satu negeri yang rakyatnya akan mempertahankan negeri itu kalau diserang. Ini lain kalau dibandingkan dengan kalimah ‘madinah’ yang tidak ada sempadan yang jelas. Kalimah مصر pula adalah pekan yang ada pagar/parit di sekelilingnya.


 

Ayat 9: Kemudian disebut kaum yang selepas Aad, iaitu Tsamud.

وَثَمودَ الَّذينَ جابُوا الصَّخرَ بِالوادِ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And [with] Thamūd, who carved out the rocks in the valley?

(MALAY)

dan kaum Tsamud yang memotong batu-batu besar di lembah,

 

Dan kaum Thamud yang memahat الصَّخرَ yang bermaksud batu-batu besar di lembah. Ianya adalah batu besar, bukan batu biasa sahaja (حجر).

Kaum Thamud adalah kaum Nabi Salih dengan unta betinanya. Kaum ini juga sangat kuat dan hebat sampaikan mereka boleh memahat batu-batu untuk dijadikan tempat tinggal mereka. Bukan setakat buat tanda pahat pada batu itu sahaja tapi mereka جابُوا yang mereka boleh drill dan jadikan satu bentuk binaan yang besar. Maknanya mereka itu memang hebat. Mereka itu boleh dikatakan sebagai ‘pakar batu’. Memang hebatlah sebab waktu itu buka ada alat electric kan? Tentu tidak ada, jadi bagaimana mereka lakukan? Mereka buat dengan kederat kekuatan mereka kerana mereka itu orang yang kuat-kuat.

الوادِ pula adalah tempat yang mempunyai takungan air. Bila ada air, maka mereka adalah kaum yang mewah kerana kalau tinggal dekat dengan sumber air, itu menandakan mereka itu kaum yang mewah lah.

Mereka sangat kurang ajar dengan Allah dan Nabi Saleh sampai mereka mencabar baginda untuk mengeluarkan unta daripada batu.  Maka dengan izin Allah, seekor unta betina telah dikeluarkan daripada batu. Dan selepas unta dikeluarkan, maka telah ada perjanjian Nabi Saleh dengan penduduk itu. Iaitu mereka akan berkongsi telaga mataair dengan unta itu. Selang-selang menggunakan air itu, satu hari untuk kaum itu, dan satu hari lagi untuk unta dan mereka tidak boleh kacau kalau itu adalah hari unta itu meminum air itu kerana unta itu besar dan dia akan minum dengan banyak. Tapi pada suatu hari, orang-orang kaya nak makan di kedai makan, tetapi air tidak ada kerana itu adalah hari unta itu. Jadi mereka suruh juga ambik air dan mereka telah membunuh unta itu.


 

Ayat 10: Selepas disebut tentang Aad dan Tsamud, sekarang adalah kisah kemuncah iaitu kisah tentang Firaun.

وَفِرعَونَ ذِي الأَوتادِ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And [with] Pharaoh, owner of the stakes?¹ –

  • By which he tortured people.

(MALAY)

dan kaum Fir’aun yang mempunyai pasak-pasak (tentera yang banyak),

 

Dalam ayat ini disebut Firaun yang mempunyai pasak-pasak. Apakah yang dimaksudkan dengan pasak ini? Ada tiga pendapat yang kita akan sebut tentang maksud الأَوتادِ ini.

Pertama, ia adalah pasak kepada khemah. Iaitu tentang tentera yang berhenti di sesuatu kawasan dan mereka akan mendirikan khemah dengan banyak sekali. Kalau tengok dari jauh, maka akan nampak banyak sekali tentera, dan tentera Firaun memang banyak sekali. Akan nampaklah kekuatan tentera itu dari jauh. Dan bahagian khemah yang penting sekali adalah pasak itu. Jadi ‘pasak’ dikatakan sebagai isyarat kepada pasak pada khemah itu dan isyarat kepada kekuatan tentera yang ramai.

Kedua, cara Firaun menyeksa salah satunya adalah dengan memasak mereka yang dihukum pada pokok seperti yang disebut dalam Taha:71 وَلَأُصَلِّبَنَّكُمْ فِي جُذُوعِ النَّخْلِ.

Ketiga, binaan yang boleh dilihat dalam gambar hieroglyphs. Dalam gambar-gambar itu, ada ditunjukkan bangunan-bangunan yang dibina oleh orang Mesir itu dibawah pemerintahan Firaun.

Sebelum ini telah disebut tentang kaum Aad, Tsamud dan sekarang ini Firaun, ketiga-tiga kriteria tentang ketiga-tiga golongan ini adalah binaan. Mereka mempunyai binaan yang besar da hebat. Dan perkara ini disebut dan diingatkan kepada Musyrkin Mekah kerana mereka itu sendiri bukan pembina. Orang Mekah tidak ada bangunan besar, tapi duduk dalam khemah sahaja dan rumah tanah liat sahaja. Maknanya Allah nak ingatkan mereka itu yang mereka itu lagi rendah kedudukan dari kaum sebelum mereka. Tengoklah diri kamu wahai orang Arab dan janganlah berlagak sangat.


 

Ayat 11: Allah jawap kenapa Allah musnahkan mereka.

الَّذينَ طَغَوا فِي البِلادِ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

[All of] whom oppressed within the lands

(MALAY)

yang berbuat sewenang-wenang dalam negeri,

 

Mereka melakukan tughyan atau melampaui batas di negeri. Bermulanya di sini. ada yang melampau batas sahaja, tapi yang lebih teruk adalah mereka yang sengaja nak melawan. melawan Allah dan rasul mereka. mentanglah rasul mereka tidak ada tentera, maka mereka buat perkara tak senonoh terhadap rasul dan Allah. mereka sombong dan bongkak sekali.

tapi Allah kata mereka melampau dan memberontak di negara mereka. ini adalah kerana kesan buruk itu nampak pada tanah itu. kerana hukum Allah adalah untuk mereka sendiri. dan kalau tak ikut, negara lah yang kacau bilau. kesannya buruk kepada diri mereka sendiri. Allah tidak ada terkesan apa apa pun. dan rasul mereka pun tidak terkesan. jadi, kita kena sedar yang undang dari Allah adalah untuk kebaikan manusia. ianya baik kepada orang Islam dan orang bukan Islam pun. banyak perkara yang baik untuk semua, seperti jangan menipu dalam perniagaan, jangan berlaku zalim, jangan menipu, mencuri dan sebagainya. itu semua baik untuk negara. kalau tak ikut, memang rosak.


 

Ayat 12: Ini pula adalah kesan dari perbuatan mereka itu.

فَأَكثَروا فيهَا الفَسادَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And increased therein the corruption.

(MALAY)

lalu mereka berbuat banyak kerusakan dalam negeri itu,

 

Oleh itu kerana perangai pemimpin mereka yang teruk, maka banyaklah kerosakan di dalam masyarakat mereka. Amat banyak kerosakan dalam negara walaupun prasarana negara sudah maju dan tamadun sudah gemilang, tapi apa gunanya kalau masyarakat rosak? Apabila melampaui batas, maka kesannya adalah begitu.

Kerosakan itu bukan hanya masa itu sahaja, tapi sekarang pun begitu juga. Kita boleh lihat bagaimana negara cantik dengan bangunan yang besar dan indah, taman-taman yang cantik, kemudahan kemanusian yang merata-rata, tapi dalam masyarakat ada rasis, gelandangan merempat di sana-sini, kezaliman merata-rata, pencurian dan rompak merata-rata, maknanya keadaan tidak aman langsung. Sampaikan ada tempat yang orang tak berani nak masuk kerana masyarakat itu teruk sangat. Orang panggil itu ‘tempat hitam’ kerana kalau pergi ke sana, berkemungkinan besar akan kena rompak.


 

Ayat 13: Maka apa yang Allah lakukan terhadap mereka? Allah hancurkan mereka.

فَصَبَّ عَلَيهِم رَبُّكَ سَوطَ عَذابٍ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

So your Lord poured upon them a scourge of punishment.

(MALAY)

karena itu Tuhanmu menimpakan kepada mereka cemeti azab,

 

Maka Allah mencurahkan atas mereka satu pukulan azab yang amat hebat. صَبَّ dari segi bahasa bermaksud curahan air yang banyak, dan dituang sekali tuang sahaja. Ada satu lagi kalimah untuk ‘tuang’, iaitu فرغ, tapi ini lain dengan صَبَّ. صَبَّ adalah curahan air yang banyak dan dituang sekali harung, sedangkan فرغ maksudnya tuang sedikit demi sedikit. Kalimah صَبَّ ini amat sesuai sekali kalau menerangkan apa yang terjadi kepada Firaun kerana dia dan tenteranya telah dikenakan dengan pukulan air laut yang melemaskan mereka. Mereka waktu itu sedang bergerak diantara belahan lautan yang tinggi disebelah kiri dan kanan, dan kemudian bila Allah sambungkan balik laut itu, air yang menghempap mereka dan mematikan mereka dan akhirnya melemaskan mereka.

Kemudian kalimah سَوطَ pula bermaksud satu pukulan cemeti kulit yang amat kuat. Kalau digunakan kalimah جلد yang bermaksud pukul juga, tapi pukulan banyak kali. Kalau pukulan banyak kali, kurang sedikit sakitnya. Tapi kalau dipukul sekali dengan kuat, itu adalah pukulan yang amat menyeksakan. Allah kata Dia beri pukulan sekali harung sahaja kerana ada kalimah صَبَّ tadi dan sekarang digunakan pula kalimah سَوطَ. Pukulan cemeti digunakan sebagai isyarat dalam ayat ini kerana dikatakan ia adalah seksaan yang paling sakit kerana ia sakit pada kulit. Ia tidak menyebabkan luka dalaman, tapi sakit pada kulit. Dan kulitlah tempat rasa sakit yang kuat sekali kerana deria rasa itu di kulit. Kulit tidak rosak, tapi sakit yang amat sangat.

Begitulah perumpamaan azab yang Allah berikan sebagai peringatan kepada orang Mekah yang menentang Nabi. Allah ingatkan mereka bagaimana Dia telah memusnahkan kaum yang menentang RasulNya. Allah bantu dan balas perbuatan salah mereka terhadap rasul mereka dengan beri azab kepada mereka. Kepada kamu, wahai musyrikin Mekah, Tuhan kamu pun boleh buat begitu juga.

Memang mereka kena sekali pukul sahaja di dunia, sampai menghancurkan mereka, tapi ingat yang mereka akan kena lagi di akhirat kelak. Azab mereka bukan di dunia sahaja.


 

Ayat 14: Allah telah sebut tentang azab yang dikenakan kepada umat terdahulu. Bagaimana pula tentang musyrikin Mekah? Allah beritahu yang mereka sedang diawasi.

إِنَّ رَبَّكَ لَبِالمِرصادِ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Indeed, your Lord is in observation.

(MALAY)

sesungguhnya Tuhanmu benar-benar mengawasi.

 

Sesungguhnya Tuhanmu tetap mengawasi melihat apa yang mereka sedang lakukan. مِرصادِ maksudnya menunggu untuk menyerang seseorang. Allah sedang mengawasi apa yang mereka lakukan dan dah sedia nak serang mereka. Dan Allah boleh serang mereka bila-bila sahaja. Ayat ini sepatutnya menakutkan mereka yg melakukan pelampauan batas kepada Allah dan kepada RasulNya. Ini adalah amaran berat dari Allah.

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya. 


Rujukan:

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

About tafsirsunnah

Blog mentafsir Quran berdasarkan fahaman Sunnah dan salafussoleh.
This entry was posted in Surah 089: al-Fajr. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s