Tafsir Surah al-Ghasyiyah Ayat 17 – 26 (Lihat kepada unta)

Ayat 17: sebelum ini telah disebut yang mereka kata unta-unta mereka boleh makan tumbuhan berduri itu bukan? jadi Allah ada sebut tentang unta pula lagi.

أَفَلا يَنظُرونَ إِلَى الإِبِلِ كَيفَ خُلِقَت

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Then do they not look at the camels – how they are created?

(MALAY)

Maka apakah mereka tidak memperhatikan unta bagaimana dia diciptakan,

 

Apakah mereka tidak يَنظُرونَ (merenung dengan teliti) bagaimana unta telah dijadikan? الإِبِلِ adalah kalimah yang selalu digunakan untuk unta. Orang kerana unta itu satu benda yang biasa di tanah Arab, maka mereka banyak kalimah untuk unta, tapi الإِبِلِ adalah yang paling biasa. Allah suruh kita tengoklah bagaimana amat berguna sekali unta itu. Unta itu amat sesuai untuk digunakan di padang pasir. Unta kurang minum air dan makanan dan memang patut sebab di padang pasir tidak ada makanan dan air. Unta boleh simpan makanan sendiri di pundaknya dan kerana itu unta boleh bergerak lama di padang pasir tanpa makanan. Selain dari itu, unta juga boleh beri susu kepada pemiliknya dan boleh menjadi sumber minuman. Sudahlah tidak makan dan minum, boleh pula lagi beri minuman kepada tuannya. Berkenderaan dengan unta juga selesa di atasnya kerana ia tinggi dan jauh dari percikan pasir dari bawah. Daging unta juga boleh dimakan dan bulunya juga dapat dimanfaatkan. Begitulah kelebihan unta dan macam-macam lagi kelebihan unta itu. Allah jadikan unta amat sesuai untuk hidup dan berkhidmat kepada manusia yang hidup di padang pasir.

Sebelum ini telah disebut bagaimana ada orang kafir mengatakan bahawa kalau unta pun boleh makan daun-daun pokok dan buah berduri untuk hidup, maka mereka pun boleh juga hidup dalam neraka macam itu. Allah nak beritahu, mereka tidak sama dengan unta-unta itu.

Allah memberi perbandingan bagaimana unta yang besar itu pun mengikut kata tuannya. Tak macam orang kafir yang degil untuk ikut arahan Allah. Unta adalah binatang yang taat sampaikan budak pun boleh kawal unta itu. Dan kalau nak naik atas unta pun senang kerana unta akan turun ke bawah tidak macam kuda yang tegak sahaja berdiri dan kita yang susah untuk naik kuda. Itulah perangai yang perlu diikuti oleh seorang mukmin -mendengar dan mengikut kata Tuhannya. Allah tunjukkan kepada kita bagaimana hendak menjadi hamba yang baik dengan cara melihat unta itu.

Begitu juga, unta itu bersifat sederhana tapi boleh ikut ke mana tuan dia arah. Maka begitulah juga manusia, kena sederhanalah dalam dunia. Jangan berfikir nak hidup mewah sahaja.


 

Ayat 18: Seorang manusia kena berfikir perkara-perkara yang tinggi, tidak fikir tentang dunia sahaja. Jangan fikir setakat mati sahaja, tapi kena fikir macam mana nak buat semasa dalam dunia sehingga boleh duduk dalam syurga, di kedudukan syurga yang paling tinggi sekali iaitu Jannatul Firdaus dan dapat jumpa Allah. Oleh itu, Allah suruh kita lihat kepada langit yang tinggi.

وَإِلَى السَّماءِ كَيفَ رُفِعَت

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And at the sky – how it is raised?

(MALAY)

Dan langit, bagaimana ia ditinggikan?

 

Ayat sebelum ini Allah suruh renung-renungkan kepada unta dan sekarang disuruh renung kepada langit pula: tidakkah mereka melihat langit dan bagaimana ianya telah ditinggikan? Sudah banyak ayat tentang langit dalam surah-surah sebelum ini dan sekali lagi disebut dalam surah ini. Semasa atas unta itu, dalam perjalanan yang jauh di padang pasir, maka tengoklah langit itu dan fikirkan bagaimana ia akan hancur nanti apabila sampai masa kiamat. Langit yang besar dan indah itu juga akan hancur, kita juga akan hancur satu hari nanti. Lalu apakah persediaan kita kepada hari yang pasti datang itu? Takkan nak fikirkan tentang kehidupan dunia sahaja?


 

Ayat 19: Selepas disuruh tengok langit, kita disuruh pula untuk tengok gunung.

وَإِلَى الجِبالِ كَيفَ نُصِبَت

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And at the mountains – how they are erected?

(MALAY)

Dan gunung-gunung bagaimana ia ditegakkan?

 

Orang Arab yang paling awal menerima wahyu Quran ini, mereka hidup di kawasan pergunungan. Jadi mereka amat rapat dengan gunung ganang dan mereka memang terpesona dengan kebesaran gunung ganang itu. Kerana itu Allah suruh mereka merenung gunung ganang dan lihat bagaimana gunung ganang itu ditegakkan. Tidakkah gunung ganang itu nampak kukuh? Siapakah yang menjadikannya begitu? Tentulah Allah.

Gunung memang kukuh tegap, tapi dalam masa yang sama, kalimah نُصِبَ juga bermaksud bergoyang. Sekarang mungkin mereka tegak kukuh tetapi pada hari kiamat, ia akan bergoyang dan kemudian hancur. Jadi kalimah نُصِبَ digunakan untuk keadaan sekarang (tegak) dan akan datang sekali (bergoyang).

Sifat gunung itu juga teguh dan tetap istiqamah. Maka ini juga sebagai isyarat kepada manusia untuk istiqamah dalam akidah dan amalan yang benar.


 

Ayat 20: Selepas tengok gunung, kena tengok bumi pula.

وَإِلَى الأَرضِ كَيفَ سُطِحَت

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And at the earth – how it is spread out?

(MALAY)

Dan bumi bagaimana ia dihamparkan?

 

Dan lihatlah bagaimana bumi bagaimana ia dihamparkan? Apabila dihamparkan seolah-olah permaidani buat kita, maka senanglah kita untuk hidup di atas bumi ini, untuk bergerak di dalamnya.

Kalimah سُطح bermaksud hamparan untuk bumbung. Kenapa pula bumi ini dikaitkan dengan bumbung? Ini adalah kerana bumi akan menjadi bumbung kita nanti apabila kita mati dan duduk dalam tanah nanti. Sekarang memang bumi ada di bawah kita, tapi nanti kita akan duduk dibawah pula. Oleh itu lihatlah penggunaan ayat yang amat tepat sekali. Allah hendak mengingatkan kita ke mana kita akan pergi nanti, iaitu akan masuk dalam kubur juga. Maka bersedialah untuk masuk ke dalam kubur nanti.

Dalam ayat ini ada isyarat kepada sifat bumi itu: lihatlah kepada bumi itu, orang pijak pun dia masih tetap rendah diri. Itulah sifat bumi yang merendah diri ini adalah sifat yang kena ada pada manusia. Dalam dunia tidak boleh meninggi diri.


 

Ayat 21: Selepas diberitahu tentang segala perkara itu, maka sampailah kepada apa yang perlu dilakukan. Allah suruh Nabi beri peringatan dengan perantaraan wahyu. Ayat ini sebenarnya adalah tasliah kepada Nabi kerana Nabi diingatkan yang baginda hanya sebagai pemberi peringatan sahaja.

فَذَكِّر إِنَّما أَنتَ مُذَكِّرٌ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

So remind, [O Muḥammad]; you are only a reminder.

(MALAY)

Maka berilah peringatan, karena sesungguhnya kamu hanyalah orang yang memberi peringatan.

 

Ayat ini ada sambungan dari surah A’la (Ayat 9) فَذَكِّر إِن نَفَعَتِ الذِّكرى. Maka berilah peringatan. Sesungguhnya kamu hanyalah pemberi peringatan. Baginda tidak boleh ubah hati manusia untuk ikut apa yang baginda sampaikan dan ajak itu.

Ini adalah ringkasan tugas Nabi sebagai pemberi peringatan. Seperti kita telah sebut sebelum ini, samada Nabi beribadah atau berdakwah sahaja sepanjang hidup baginda sebagai Rasul.

Sekali lagi tidak disebut objek apa yang perlu diingatkan siapa yang perlu diingatkan. Maka ini adalah isyarat terus beri peringatan sahaja, samada mereka suka atau tidak, mereka nak buat atau tidak, mereka berubah sekarang atau lambat lagi – beri peringatan sahaja. Dan peringatan yang diberikan itu tidak terhad, maka ingatkan mereka tentang agama, tentang tauhid, tentang fitrah mereka yang telah kenal Allah sebelum lahir lagi.

Kadang-kadang kita kena ingatkan kepada orang yang sudah tahu pun. Ini kerana mereka tahu, kita pun tahu, tapi kadang-kadang kita semua malas, bukan? Macam pelajar, dia tahu dia kena belajar, kena ulangkaji, tapi dia malas. Oleh kerana bukan dia tidak tahu, tapi dia malas, maka kenalah ada orang yang nasihat dia, beri semangat kepada dia, tegur dia dan ingatkan dia apa yang dia kena buat.


 

Ayat 22: Nabi hanya boleh beri peringatan juga, bukan baginda boleh paksa orang lain untuk beriman.

لَستَ عَلَيهِم بِمُصَيطِرٍ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

You are not over them a controller.

(MALAY)

Kamu bukanlah orang yang berkuasa atas mereka,

 

Dalam surah sebelum ini telah disebut yang mereka yang boleh menerima adalah mereka yang takut sahaja. A’la: 9 سَيَذَّكَّرُ مَن يَخشىٰ

Kalimah مُصَيطِرٍ adalah seorang yang berkuasa atas seseorang dan boleh kawal apa yang dilakukan oleh seseorang itu. Ini macam warden dalam penjara. Allah beritahu Nabi yang baginda bukanlah berkuasa atas mereka seperti seorang diktator yang boleh memaksa mereka beriman. Ini adalah satu dalil bahawa tidak ada paksaan dalam Islam.

Ayat ini bukan untuk  merendahkan Nabi tapi sebagai tasliah (pujukan) kepada baginda kerana baginda mahu sangat kalau boleh menarik umatnya kepada Islam, kerana baginda sayang mereka. Tapi Allah kata, baginda memang tidak boleh paksa kerana baginda tidak berkuasa atas mereka. Jadi jangan baginda risaukan pasal mereka, terus buat kerja baginda sebagai pemberi peringatan sahaja.


 

Ayat 23: Begitulah, walaupun Nabi telah beri peringatan dengan berbagai-bagai cara, tapi  masih ramai juga yang ada yang menolak.

إِلّا مَن تَوَلّىٰ وَكَفَرَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

However, he who turns away and disbelieves –

(MALAY)

tetapi orang yang berpaling dan kafir,

 

Ini tentang mereka yang telah diberi peringatan tapi mereka berpaling engkar. Akan ada sahaja yang akan menolak dakwah yang disampaikan. Dari dulu sampai sekarang dan bila-bila pun.

Tetapi kalimah إِلّا dalam ayat ini memusykilkan sedikit. Jadi ada tafsiran lain bagi ayat ini: ayat ini adalah pengecualian dari ayat sebelum ini. Memang Nabi muhammad tidak ada kuasa pada hari itu, tapi akan sampai masa dimana Nabi akan ada kuasa, iaitu di Pembukaan Mekah. Apabila baginda telah menawan Mekah, baginda ada kuasa untuk melakukan apa sahaja terhadap penduduk Mekah yang dulu tidak menerima dakwah baginda dan ada yang menentang, tapi baginda akhirnya lepaskan sahaja mereka.


 

Ayat 24: Apa yang akan jadi kepada mereka yang engkar itu?

فَيُعَذِّبُهُ اللَّهُ العَذابَ الأَكبَرَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Then Allāh will punish him with the greatest punishment.

(MALAY)

maka Allah akan mengazabnya dengan azab yang besar.

 

Maka Allah akan menyiksa mereka yang engkar itu dengan azab yang besar. Lihatlah bagaimana Allah menggunakan namaNya dalam ayat ini. Maknanya ada penekanan dalam ayat ini. Allah nak beritahu yang Dia sendiri yang akan azab mereka. Ma sha Allah!

Selain dari itu, kita tahu yang Allah tekankan beratnya azab dalam ayat ini: Allah gunakan kalimah فَيُعَذِّبُهُ yang bermaksud ‘Dia akan azab orang itu’

kemudian diulang sekali lagi العَذابَ

kemudian ditambah lagi kalimah العَذابَ الأَكبَرَ. Maksudnya ini bukan azab biasa tapi azab yang ‘besar’. Ini menunjukkan teruk sangat apa yang mereka akan kena itu.

Mereka kena azab itu adalah kerana mereka berpaling dari peringatan. Ada orang beri peringatan, tapi mereka berpaling dan tidak mahu dengar. Ini kita dari huruf ف dalam kalimah فَيُعَذِّبُهُ itu. Menunjukkan kerana mereka berpaling dan kufur dari peringatan itulah yang menyebabkan mereka kena azab العَذابَ الأَكبَرَ.


 

Ayat 25: Mereka degil macam mana pun, akan bertemu Allah juga akhirnya.

إِنَّ إِلَينا إِيابَهُم

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Indeed, to Us is their return.

(MALAY)

Sesungguhnya kepada Kami-lah kembali mereka,

 

Sesungguhnya kepada Allah lah mereka akan pulang. Perkataan إِيابَ bermaksud pulang yang terakhir. Kalau kalimah رجح yang digunakan, itu bermaksud pulang berulang kali, dah pulang tapi boleh keluar lagi. Tapi apabila digunakan إِيابَ, tidak ada keluar pergi mana lagi dah.


 

Ayat 26: Apa akan jadi apabila mereka bertemu Allah?

ثُمَّ إِنَّ عَلَينا حِسابَهُم

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Then indeed, upon Us is their account.

(MALAY)

kemudian sesungguhnya kewajiban Kami-lah menghisab mereka.

 

Dan jangan mereka sangka mereka akan pulang begitu sahaja, tapi mereka kena tahu yang mereka akan dihakimi atas segala amalan mereka semasa di dunia dulu. Sesungguhnya tanggungan Allah lah untuk mengira timbangan amal mereka. Kalau Allah yang buat kiraan, habislah. Kerana ini bukan jenis pengiraan yang mudah. Ini bermaksud yang mereka akan ditanya atas amalan mereka dan bila ditanya, itu tandanya memang ada masalah. Kerana kalau pengiraan yang senang seperti yang disebut dalam Inshiqaq:8 فَسَوفَ يُحاسَبُ حِسابًا يَسيرًا, itu adalah dengan malaikat sahaja. Iaitu kita baca sahaja dan tidak ditanya tentang sesuatu amalan itu. Kerana kalau ditanya sahaja, itu maknanya adalah masalah.

Maulana Hadi: al-Ghasyiya

Allahu a’lam. Sambung ke surah seterusnya, Surah al-Fajr


Rujukan:

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

About tafsirsunnah

Blog mentafsir Quran berdasarkan fahaman Sunnah dan salafussoleh.
This entry was posted in Surah 088: al-Ghasyihah. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s