Tafsir Surah Hud Ayat 118 – 123 (Rujuan kisah para Nabi)

Ayat 118:

وَلَو شاءَ رَبُّكَ لَجَعَلَ النّاسَ أُمَّةً واحِدَةً ۖ وَلا يَزالونَ مُختَلِفينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And if your Lord had willed, He could have made mankind one community; but they will not cease to differ,

(MALAY)

Jikalau Tuhanmu menghendaki, tentu Dia menjadikan manusia umat yang satu, tetapi mereka senantiasa berselisih pendapat,

 

وَلَو شاءَ رَبُّكَ لَجَعَلَ النّاسَ أُمَّةً واحِدَةً

Jikalau Tuhanmu menghendaki, tentu Dia menjadikan manusia umat yang satu,

Mungkin ada yang tanya, kenapa Allah tidak jadikan sahaja semua manusia ini beriman, baik belaka? Allah jawap yang Allah boleh sahaja buat begitu. Lihatlah bagaimana Allah telah menjadikan malaikat sebagai satu makhluk yang taat sahaja. Allah boleh jadikan manusia begitu juga, akan tetapi Allah tidak kehendaki begitu. Allah nak beri ujian kepada manusia, untuk melihat mana yang baik dan mana yang tidak.

 

وَلا يَزالونَ مُختَلِفينَ

tetapi mereka senantiasa berselisih pendapat,

Akan tetapi, manusia itu sentiasalah berselisih terutama dalam perkara akidah dan perkara agama. Maka kita kenalah mencari manakah agama yang benar dan amalan yang benar. Jangan terikut-ikut dengan manusia yang sentiasa berbalah sahaja dan menegakkan pendapat mereka sahaja.


 

Ayat 119:

إِلّا مَن رَحِمَ رَبُّكَ ۚ وَلِذٰلِكَ خَلَقَهُم ۗ وَتَمَّت كَلِمَةُ رَبِّكَ لَأَملَأَنَّ جَهَنَّمَ مِنَ الجِنَّةِ وَالنّاسِ أَجمَعينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Except whom your Lord has given mercy, and for that He created them. But the word of your Lord is to be fulfilled that, “I will surely fill Hell with jinn and men all together.”

(MALAY)

kecuali orang-orang yang diberi rahmat oleh Tuhanmu. Dan untuk itulah Allah menciptakan mereka. Kalimat Tuhanmu (keputusan-Nya) telah ditetapkan: sesungguhnya Aku akan memenuhi neraka Jahannam dengan jin dan manusia (yang durhaka) semuanya.

 

إِلّا مَن رَحِمَ رَبُّكَ

kecuali orang-orang yang diberi rahmat oleh Tuhanmu.

Kebanyakan manusia akan berbalah dan berbeza pendapat sahaja dalam hal agama, melainkan mereka yang Allah kasihani. Mereka itu tahu manakah sumber rujukan yang benar dan mereka pegang sumber rujukan itu: Quran dan Sunnah. Apabila berpegang kepada manhaj ini, maka tidak ada khilaf lagi antara kita.

 

وَلِذٰلِكَ خَلَقَهُم

Dan untuk itulah Allah menciptakan mereka. 

Allah menjadikan manusia untuk beri rahmat kepada kita. Dan rahmat itu akan didapati oleh mereka yang mahu mencari kebenaran.

Atau, boleh jadi juga, kerana perselisihan inilah Allah ciptakan manusia. Allah memang ciptakan mereka sebegitu dan semasa Allah hantar Nabi Adam dan Hawa ke dunia pun, memang Allah dah kata begitu akan berlaku.

 

وَتَمَّت كَلِمَةُ رَبِّكَ لَأَملَأَنَّ جَهَنَّمَ مِنَ الجِنَّةِ وَالنّاسِ أَجمَعينَ

Kalimat Tuhanmu (keputusan-Nya) telah ditetapkan: sesungguhnya Aku akan memenuhi neraka Jahannam dengan jin dan manusia (yang durhaka) semuanya.

Allah telah menetapkan akan memenuhkan neraka itu dengan manusia dan jin. Ramai yang akan masuk ke dalamnya. Semoga kita tidak termasuk di dalam golongan itu.

Kita kena tahu, bukanlah Allah hendak memasukkan, bukanlah Allah suka untuk memasukkan makhlukNya ke dalam neraka. Bukanlah itu tujuan Allah jadi manusia dan jin pula. Ayat ini bukanlah tentang kehendak Allah, tapi tentang ilmu Allah. Allah tahu yang ramai yang akan ke dalam neraka, malah majoriti dari kalangan manusia dan jin akan masuk ke dalam neraka itu.


 

Ayat 120:

وَكُلًّا نَقُصُّ عَلَيكَ مِن أَنباءِ الرُّسُلِ ما نُثَبِّتُ بِهِ فُؤادَكَ ۚ وَجاءَكَ في هٰذِهِ الحَقُّ وَمَوعِظَةٌ وَذِكرىٰ لِلمُؤمِنينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And each [story] We relate to you from the news of the messengers is that by which We make firm your heart. And there has come to you, in this, the truth and an instruction and a reminder for the believers.

(MALAY)

Dan semua kisah dari rasul-rasul Kami ceritakan kepadamu, ialah kisah-kisah yang dengannya Kami teguhkan hatimu; dan dalam surat ini telah datang kepadamu kebenaran serta pengajaran dan peringatan bagi orang-orang yang beriman.

 

وَكُلًّا نَقُصُّ عَلَيكَ مِن أَنباءِ الرُّسُلِ

Dan semua kisah dari rasul-rasul Kami ceritakan kepadamu,

Telah banyak kisah-kisah Rasul disebut dan akan disebut lagi dalam ayat dalam surah-surah yang lain. Semua kisah itu ada tujuannya yang hendak disampaikan, bukan kisah kosong sahaja.

 

ما نُثَبِّتُ بِهِ فُؤادَكَ

ialah kisah-kisah yang dengannya Kami teguhkan hatimu;

Dengan setiap kisah-kisah itu, Allah teguhkan hati kita. Itulah tujuan kisah-kisah itu disampaikan kepada kita. Kadang-kadang kita lemah semangat dalam menyampaikan agama ini kerana banyak sekali gangguan dan halangan. Tetapi Allah telah berikan segala kisah-kisah perjuangan Rasul-rasul sebelum Nabi Muhammad untuk memberi semangat kepada baginda dan juga kita. Kita belajar dari kisah mereka dan mengambil semangat mereka untuk terus menyampaikan dakwah tauhid kepada manusia. Kerana betapa susah pun kita, adakah kita lebih susah dari Nabi Nuh a.s. contohnya yang berdakwah dengan berbagai-bagai cara selama 950 tahun? Baginda hanya berhenti hanya apabila Allah kata yang tidak akan ada lagi yang beriman. Begitulah semangat yang amat tinggi dan kita sepatutnya cuba untuk mengikutinya. Kisah-kisah ini telah memberi semangat kepada Nabi Muhammad dan para sahabat dan kita sepatutnya pun begitu juga. Dengan membaca kisah-kisah itu, sepatutnya hati kita terus tetap dalam dakwah.

 

وَجاءَكَ في هٰذِهِ الحَقُّ

dan dalam surat ini telah datang kepadamu kebenaran

Dan dari kisah-kisah itu, kita belajar apakah yang benar. Kerana sama sahaja ajaran tauhid yang disampaikan oleh Rasul-rasul dahulu dan Nabi Muhammad. Itulah kebenaran yang hakiki.

 

وَمَوعِظَةٌ

serta pengajaran

Dan tentunya di dalam kisah-kisah itu ada banyak pengajaran dan nasihat yang boleh kita belajar darinya. Bagaimana Allah menyelamatkan mereka bersama orang-orang yang beriman kepada mereka, lalu Allah membinasakan orang-orang yang kafir. Kena ambil pengajaran yang ada dari kisah para Nabi itu. Dan untuk mengetahui pengajaran dan untuk mengambil manfaat itu, kenalah belajar tafsir. Kerana kalau baca sendiri, mungkin tidak faham.

 

وَذِكرىٰ لِلمُؤمِنينَ

dan peringatan bagi orang-orang yang beriman.

Dan di dalam kisah-kisah itu juga ada peringatan. Peringatan adalah kepada perkara yang kita sudah tahu. Tapi kena diingatkan selalu kerana kalau tidak diingatkan, selalunya kita akan terlupa. Jadi, apabila baca kisah-kisah itu, kita teringat balik kepada perkara yang kita perlu tahu.

Kisah-kisah itu boleh menjadi pengajaran dan peringatan kepada semua orang, tapi yang mengambil manfaat darinya adalah orang-orang beriman sahaja. Kerana mereka mahu mencari kebenaran dan kerana itu mereka boleh beroleh kebaikan dari kisah-kisah itu.


 

Ayat 121: Ini adalah ayat zajrun dan takwif duniawi.

وَقُل لِلَّذينَ لا يُؤمِنونَ اعمَلوا عَلىٰ مَكانَتِكُم إِنّا عامِلونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And say to those who do not believe, “Work according to your position; indeed, we are working.

(MALAY)

Dan katakanlah kepada orang-orang yang tidak beriman: “Berbuatlah menurut kedudukanmu; sesungguhnya Kami-pun berbuat (pula)”.

 

وَقُل لِلَّذينَ لا يُؤمِنونَ

Dan katakanlah kepada orang-orang yang tidak beriman:

Orang yang beriman akan mengambil pengajaran dan peringatan, tapi orang yang tidak beriman tidak mahu. Kadang-kadang, setelah diberikan dengan segala peringatan dan ancaman kepada mereka, mereka masih juga tidak mahu mengambil manfaat dan tidak mahu dengar. Maka apakah yang kita disuruh untuk cakap kepada mereka?

 

اعمَلوا عَلىٰ مَكانَتِكُم

“Berbuatlah menurut kedudukanmu;

Katakankan kepada mereka: kamu lakukanlah apa sahaja atas keadaan kamu. Kamu mungkin ada kedudukan yang tinggi. Katakan kepada mereka: buatlah apa yang ajaran kamu rasakan betul itu. Kita dah pesan yang amalan mereka itu ada kalanya amalan yang syirik dan ada  yang bidaah. Begitulah kadangkala ada orang yang dalam asyarakat kita yang ada kedudukan jadi mereka yang menganjurkan amalan syirik, khurafat dan bidaah itu.

 

إِنّا عامِلونَ

sesungguhnya Kami-pun berbuat (pula)”.

Mereka buatlah dengan apa yang mereka mahu lakukan, dan kita lakukan apa yang kita nak buat berdasarkan sunnah. Kita tidak mahu nak buat amalan syirik dan bidaah itu.


 

Ayat 122:

وَانتَظِروا إِنّا مُنتَظِرونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And wait; indeed, we are waiting.”

(MALAY)

Dan tunggulah (akibat perbuatanmu); sesungguhnya kamipun menunggu (pula)”.

 

وَانتَظِروا

Dan tunggulah

Tapi katakanlah juga kepada mereka: kamu tunggu sahajalah kalau tidak mahu terima ajaran sunnah ini. Kamu tunggulah nanti apa yang akan jadi kerana kamu degil itu. Jangan sangka yang kamu akan selamat. Nanti di akhirat kamu akan dikenakan dengan balasan azab kerana perbuatan kamu itu.

 

إِنّا مُنتَظِرونَ

sesungguhnya kamipun menunggu (juga)”.

Kamu tunggu dan kami pun menunggu juga. Menunggu apakah balasan baik yang kami akan terima.


 

Ayat 123: Ini adalah ayat penutup surah ini:

وَلِلَّهِ غَيبُ السَّماواتِ وَالأَرضِ وَإِلَيهِ يُرجَعُ الأَمرُ كُلُّهُ فَاعبُدهُ وَتَوَكَّل عَلَيهِ ۚ وَما رَبُّكَ بِغافِلٍ عَمّا تَعمَلونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And to Allāh belong the unseen [aspects] of the heavens and the earth and to Him will be returned the matter, all of it, so worship Him and rely upon Him. And your Lord is not unaware of that which you do.

(MALAY)

Dan kepunyaan Allah-lah apa yang ghaib di langit dan di bumi dan kepada-Nya-lah dikembalikan urusan-urusan semuanya, maka sembahlah Dia, dan bertawakkallah kepada-Nya. Dan sekali-kali Tuhanmu tidak lalai dari apa yang kamu kerjakan.

 

وَلِلَّهِ غَيبُ السَّماواتِ وَالأَرضِ

Dan kepunyaan Allah-lah apa yang ghaib di langit dan di bumi

Allah sahaja yang memiliki ilmu ghaib. Allah sahaja yang tahu dan tidak ada sesiapa lagi yang tahu. Kalau Nabi Muhammad atau mana-mana Nabi tahu tentang perkara ghaib, itu setakat yang Allah beri sahaja. Maka jangan kita sangka yang ada makhluk lain yang tahu perkara ghaib. Tapi malangnya ramai dari kalangan kita yang tidak faham perkara ini, mereka kata ada guru-guru tertentu yang tahu ilmu ghaib – ini adalah fahaman syirik. Itu belum kira fahaman penganut Syiah yang kata para imam mereka tahu perkara ghaib. Inilah yang terjadi kalau jauh dari ajaran sunnah. Inilah yang terjadi kalau tidak tahu hal agama yang sebenar sampai kena tipu oleh orang lain.

 

وَإِلَيهِ يُرجَعُ الأَمرُ كُلُّهُ

dan kepada-Nya-lah dikembalikan urusan-urusan semuanya, 

Dan kepada Allah sahaja segala keputusan ditentukan. Kita hanya boleh berusaha dan berdoa sahaja untuk menjalanlan sesuatu, tapi Allah sahaja yang boleh memastikan apa yang berlaku. Itulah penerimaan seorang hamba. Kalau kita sedar yang diri kita ini hamba, kita akan terima apa sahaja yang Allah akan lakukan kepada kita. Kita tidak mempersoalkan apa sahaja yang Allah lakukan terhadap diri kita. Kerana kita sedar siapakah diri kita.

 

فَاعبُدهُ وَتَوَكَّل عَلَيهِ

maka sembahlah Dia, dan bertawakkallah kepada-Nya. 

Oleh kerana itu, maka seru dan ibadat kepada Allah sahaja. Jangan buat ibadat kepada selain dari Allah. Kerana ibadat kepada selain dari Allah itu adalah syirik.

Dan kena berharap kepada Allah sahaja (tawakal). Serahkan segala pengharapan kita kepada Allah selepas kita berusaha sedaya upaya kita. Jangan berharap kepada selain dari Allah. Dan kita ingat yang kita tawakal setelah melakukan ibadat dan taat.

 

وَما رَبُّكَ بِغافِلٍ عَمّا تَعمَلونَ

Dan sekali-kali Tuhanmu tidak lalai dari apa yang kamu kerjakan.

Allah tahu segala apa yang kita lakukan. Maksud Allah tidak lalai itu adalah Allah tidak akan biarkan sahaja. Allah tidak akan biarkan sahaja mereka yang menolak Rasulullah. Allah akan balas dengan sepatutnya. Kalau amalan baik, akan dibalas baik dan kalau tidak baik, akan dibalas dengan azab. Maka berhati-hatilah dengan apa yang kita lakukan.

Maulana Hadi: Hud 97-123

Alhamdulillah, tamat sudah tafsir Surah Hud ini.

Allahu a’lam.


Rujukan:

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

About tafsirsunnah

Blog mentafsir Quran berdasarkan fahaman Sunnah dan salafussoleh.
This entry was posted in Surah 011: Hud. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s