Tafsir Surah Hud Ayat 98 – 102 (Bahaya ikut sahaja guru)

Ayat 98:

يَقدُمُ قَومَهُ يَومَ القِيامَةِ فَأَورَدَهُمُ النّارَ ۖ وَبِئسَ الوِردُ المَورودُ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

He will precede his people on the Day of Resurrection and lead them into the Fire; and wretched is the place to which they are led.

(MALAY)

Ia berjalan di muka kaumnya di hari kiamat lalu memasukkan mereka ke dalam neraka. Neraka itu seburuk-buruk tempat yang didatangi.

 

يَقدُمُ قَومَهُ يَومَ القِيامَةِ

Ia berjalan di muka kaumnya di hari kiamat

Kejadian ini adalah di Hari Kiamat. Sedangkan selepas mereka dimatikan dalam laut itu, mereka terus dikenakan dengan azab api barzakh – mereka telah diseksa di alam barzakh. Maknanya di alam barzakh lagi mereka telah diseksa dan sekarang apabila kiamat telah bermula, Firaun akan berjalan di hadapan kaumnya. Dia dahulu yang akan masuk neraka.

 

فَأَورَدَهُمُ النّارَ

lalu memasukkan mereka ke dalam neraka. 

Dia akan mendahului pengikutnya ke dalam neraka. أَورَدَ bermaksud membawa seseorang ke tempat yang ada air. Kerana di padang pasir, ini adalah perbuatan yang amat besar kerana kalau mereka sesat di padang pasir, kalau ada orang yang bawa ke tempat yang ada air, ini jasa yang amat besar. Akan tetapi, dalam kes Firaun ini, ianya adalah sebagai ejekan kepada dia. Kerana memang dia bawa kaumnya kepada air, tapi kepada air yang membunuh mereka, bukan menghilangkan dahaga mereka. Sekarang dia bawa kaumnya dan pengikutnya ke dalam neraka pula. Kaum dan pengikutnya pun bersalah juga, kenapa ikut Firaun itu?

 

وَبِئسَ الوِردُ المَورودُ

Neraka itu seburuk-buruk tempat yang didatangi.

الوِردُ boleh bermaksud tempat yang didatangi. Mereka masuk ke neraka kerana ikut Firaun dan taat kepada dia. Tapi mereka telah buat keputusan yang amat salah.

الوِردُ juga boleh bermaksud ‘mereka yang dahaga’. Mereka yang dahaga selalunya akan ikut orang yang boleh bawa mereka kepada air. Tapi pengikut Firaun itu adalah teruk sekali kerana mereka ikut Firaun bukannya kepada air yang dapat menghilangkan dahaga mereka, tapi kepada air yang mematikan mereka dan neraka yang akan membakar mereka. Jadi, walaupun mereka itu ikut sahaja, tapi mereka tidak punya alasan untuk mengelakkan diri mereka lagi kerana Allah telah beri semua manusia dengan akal untuk buat keputusan. Kalau akal telah diberi tapi tidak digunakan, pakai ikut sahaja, maka jangan salahkan sesiapa apabila Allah masukkan dalam neraka nanti. Banyak ayat-ayat dalam Quran membicarakan perkara ini. Ramai yang akan menyalahkan guru/pemimpin/ustaz mereka yang telah menyesatkan mereka. Mereka marah sekali tapi tidak dapat menyelamatkan mereka pun nanti, kerana mereka akan sama-sama masuk dalam neraka dengan guru/pemimpin/ustaz mereka yang sesat.

Allah Swt. menceritakan pula perihal orang-orang kafir, bahawa mereka di dalam neraka mengatakan:

{رَبَّنَا إِنَّا أَطَعْنَا سَادَتَنَا وَكُبَرَاءَنَا فَأَضَلُّونَا السَّبِيلَ رَبَّنَا آتِهِمْ ضِعْفَيْنِ مِنَ الْعَذَابِ وَالْعَنْهُمْ لَعْنًا كَبِيرًا}

Dan mereka berkata, “Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami telah menaati pemimpin-pemimpin dan pembesar-pembesar kami, lalu mereka menyesatkan kami dari jalan (yang benar). Ya Tuhan kami, berilah kepada mereka azab dua kali lipat ” (Al-Ahzab: 67-68), hingga akhir ayat.

المَورودُ pula bermaksud mereka yang mengikut orang yang membawa kepada air. Juga merujuk kepada pengikut-pengikut Firaun. Mereka mahukan dunia, jadi mereka ikut arahan dari Firaun maka mereka akan dimasukkan ke dalam neraka yang tidak ada peluang untuk keluar lagi. Mereka akan kekal di dalamnya.


 

Ayat 99:

وَأُتبِعوا في هٰذِهِ لَعنَةً وَيَومَ القِيامَةِ ۚ بِئسَ الرِّفدُ المَرفودُ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And they were followed in this [world] with a curse and on the Day of Resurrection. And wretched is the gift¹ which is given.

  • i.e., the curse which follows them in both worlds.

(MALAY)

Dan mereka selalu diikuti dengan laknat di dunia ini dan (begitu pula) di hari kiamat. Laknat itu seburuk-buruk pemberian yang diberikan.

 

وَأُتبِعوا في هٰذِهِ لَعنَةً

Dan mereka selalu diikuti dengan laknat di sini 

Mereka itu telah ditimpa laknat semasa di dunia lagi. Laknat itu akan ikut mereka sahaja ke mana sahaja mereka pergi. Laknat itu maksudnya mereka tidak akan mendapat rahmat dari Allah.

 

وَيَومَ القِيامَةِ

dan (begitu pula) di hari kiamat.

Bukan sahaja di dunia mereka mendapat laknat, di Hari Kiamat juga nanti mereka tidak akan mendapat rahmat dari Allah. Kerana Allah nak hukum mereka cukup-cukup.

 

بِئسَ الرِّفدُ المَرفودُ

Laknat itu seburuk-buruk pemberian yang diberikan.

الرِّفدُ asalnya adalah pertolongan yang diberikan kepada mereka yang tidak berupaya. Tapi adakah laknat dan segala azab itu boleh dikatakan sebagai ‘pertolongan’? Tentu tidak. Jadi Allah hendak mengejek mereka seperti banyak ayat-ayat dalam Quran dalam bentuk sarkastik. Ia memang hadiah, tapi hadiah yang amat buruk sekali.


 

Ayat 100:

ذٰلِكَ مِن أَنباءِ القُرىٰ نَقُصُّهُ عَلَيكَ ۖ مِنها قائِمٌ وَحَصيدٌ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

That is from the news of the cities, which We relate to you; of them, some are [still] standing and some are [as] a harvest [mowed down].¹

  • Their structures have been completely destroyed.

(MALAY)

Itu adalah sebahagian dan berita-berita negeri (yang telah dibinasakan) yang Kami ceritakan kepadamu (Muhammad); di antara negeri-negeri itu ada yang masih ada bekas-bekasnya dan ada (pula) yang telah musnah.

 

ذٰلِكَ مِن أَنباءِ القُرىٰ نَقُصُّهُ عَلَيكَ

Itu adalah sebahagian dan berita-berita negeri (yang telah dibinasakan) yang Kami ceritakan kepadamu

Itulah kisah-kisah yang disampaikan kepada Nabi Muhammad. Bukan semua, tapi sebahagian sahaja, tapi cukuplah untuk diambil sebagai peringatan dan kajian kita. Supaya kita dapat tahu bahawa perkara yang terjadi pada zaman sekarang, telah berlaku dari dahulu lagi.

Semua kisah-kisah itu disampaikan kepada Nabi dalam bentuk wahyu.

 

مِنها قائِمٌ وَحَصيدٌ

di antara negeri-negeri itu ada yang masih ada bekas-bekasnya dan ada (pula) yang telah musnah.

Walaupun disampaikan dalam bentuk kisah, tapi ada tempat-tempat itu yang masih قائِمٌ berdiri lagi dan ada yang orang masih tinggal lagi di tempat itu. Jadi masih boleh pergi lagi ke tempat-tempat itu kalau tidak percaya.

Dan ada yang حَصيدٌ sudah hancur. Kalimah حَصيدٌ dari katadasar حَصدٌ yang bermaksud ‘tuai’. Apabila waktu tuaian, tanaman-tanaman itu ditarik, dipetik dan dicabut sampai tidak ada lagi di pokok atau di tanah. Begitu jugalah dengan sesetengah kisah dalam Quran. Ada tempat yang kesan peninggalan tidak ada lagi, seperti tanaman yang telah dituai sampai tidak ada kesan lagi.


 

Ayat 101:

وَما ظَلَمناهُم وَلٰكِن ظَلَموا أَنفُسَهُم ۖ فَما أَغنَت عَنهُم آلِهَتُهُمُ الَّتي يَدعونَ مِن دونِ اللَّهِ مِن شَيءٍ لَمّا جاءَ أَمرُ رَبِّكَ ۖ وَما زادوهُم غَيرَ تَتبيبٍ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And We did not wrong them, but they wronged themselves. And they were not availed at all by their gods which they invoked other than Allāh when there came the command of your Lord. And they did not increase them in other than ruin.

(MALAY)

Dan Kami tidaklah menganiaya mereka tetapi merekalah yang menganiaya diri mereka sendiri, tiadalah bermanfaat sedikitpun kepada mereka sembahan-sembahan yang mereka seru selain Allah, di waktu azab Tuhanmu datang. Dan sembahan-sembahan itu tidaklah menambah kepada mereka kecuali kebinasaan belaka.

 

وَما ظَلَمناهُم وَلٰكِن ظَلَموا أَنفُسَهُم

Dan Kami tidaklah menganiaya mereka tetapi merekalah yang menganiaya diri mereka sendiri,

Banyak ayat-ayat tentang Allah menghancurkan umat-umat yang derhaka. Allah hendak beritahu dalam ayat ini, Allah hancurkan mereka bukan kerana Allah zalim, bukan kerana Allah ini Tuhan yang pemarah, suka nak hancurkan makhluk sahaja, bukan. Allah beritahu yang mereka yang telah menzalimi diri mereka dengan melakukan syirik. Dan kerana itulah Allah hancurkan mereka.

 

فَما أَغنَت عَنهُم آلِهَتُهُمُ

tiadalah bermanfaat sedikitpun kepada mereka sembahan-sembahan mereka

Apabila telah datang keputusan azab dari Allah, ilah-ilah mereka, sembahan-sembahan mereka, tuhan-tuhan mereka, tidak dapat membantu langsung. Mereka memang tidak ada kuasa langsung.

 

الَّتي يَدعونَ مِن دونِ اللَّهِ مِن شَيءٍ

yang mereka seru selain Allah, 

Ituhlah Nabi, wali, malaikat dan jin yang mereka seru selain Allah. Samada dalam bentuk berhala, bentuk gambar atau apa sahaja. Mereka sangka sembahan mereka itu boleh bantu mereka di dunia dan kalau mereka mati nanti. Tapi sia-sia sahaja kerana semua itu tidak boleh membantu mereka sedikit pun. Jangan kata banyak sedikit pun tidak dapat tolong mereka.

 

لَمّا جاءَ أَمرُ رَبِّكَ

di waktu azab Tuhanmu datang.

Apabila datang keputusan dari Allah, tidak ada sesiapa yang boleh halang. Tidak ada Nabi, wali dan malaikat pun yang dapat halang atau dapat bantu. Maka, kalau masyarakat Islam pun ada yang bergantung kepada Nabi, wali atau malaikat, itu semua pun sia-sia sahaja. Memang ada umat Islam yang tidak faham tentang agama, mereka meletakkan pengharapan kepada Nabi, wali atau malaikat kerana mereka sangka Nabi, wali dan malaikat itu boleh membantu menyelamatkan mereka, atau menahan mereka dari musibah dan azab. Itu adalah fahaman syirik yang perlu ditinggalkan.

 

وَما زادوهُم غَيرَ تَتبيبٍ

Dan sembahan-sembahan itu tidaklah menambah kepada mereka kecuali kebinasaan belaka.

Roh-roh itu tidak menambah kebaikan kepada mereka melainkan kebinasaan sahaja. Kerana roh-roh sembahan mereka itu pun tidak mengaku yang mereka dipuja. Sebagai contoh, apabila ditanya kepada Nabi Isa, baginda tidak mengaku yang baginda pernah suruh umatnya menyebah baginda. Nanti roh-roh pujaan mereka itu bukannya akan menyelamatkan mereka tapi mereka yang akan jadi saksi atas puak yang menyembah itu, mengatakan mereka itu sembah bertepuk sebelah tangan sahaja. Yang disembah tidak tahu menahu pun yang mereka disembah kerana mereka telah mati. Cuma puak yang menyembah sahaja yang memandai sembah. Ini adalah kerana mereka hanya ikut cakap guru-guru sesat mereka yang mengajar. Macam ramai dari kalangan orang kita yang belajar silat, apabila dapat apa-apa amalan dari guru silat mereka, mereka amalkan. Sedangkan amalan mereka itu banyak yang menyeru jin sahaja, tapi kerana mereka jahil, mereka tidak tahu. Mereka tengok guru silat mereka hebat, mereka sangka kalau mereka amalkan amalan yang sama, mereka pun jadi hebat juga.

Kerana kepercayaan mereka itulah yang menyebabkan kebinasaan kepada  mereka. Mereka buang masa dengan amalan yang salah dan kerana mereka percaya dengan perkara syirik itu, mereka tetap terus mengamalkannya.


 

Ayat 102: Takhwif duniawi.

وَكَذٰلِكَ أَخذُ رَبِّكَ إِذا أَخَذَ القُرىٰ وَهِيَ ظالِمَةٌ ۚ إِنَّ أَخذَهُ أَليمٌ شَديدٌ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And thus is the seizure of your Lord when He seizes the cities while they are committing wrong. Indeed, His seizure is painful and severe.

(MALAY)

Dan begitulah azab Tuhanmu, apabila Dia mengazab penduduk negeri-negeri yang berbuat zalim. Sesungguhnya azab-Nya itu adalah sangat pedih lagi keras.

 

وَكَذٰلِكَ أَخذُ رَبِّكَ

Dan begitulah azab Tuhanmu,

Begitulah Allah telah menceritakan azab-azab yang dikenakan kepada mereka yang mengamalkan syirik, menolak rasul-rasul mereka dan berbuat kerosakan agama di dunia. Ambillah pengajaran dari apa yang terjadi kepada mereka itu. Azab Allah itu tidak ada siapa pun yang dapat menghalangnya.

 

إِذا أَخَذَ القُرىٰ وَهِيَ ظالِمَةٌ

apabila Dia mengazab penduduk negeri-negeri yang berbuat zalim. 

Kisah-kisah azab itu dikenakan kepada kawasan-kawasan itu ketika mereka zalim dalam syirik. Memang mereka tidak ada alasan lagi dah. Macam orang yang kena tangkap semasa sedang buat kesalahan, dalam bahasa Inggeris: caught red handed.

 

إِنَّ أَخذَهُ أَليمٌ شَديدٌ

Sesungguhnya azab-Nya itu adalah sangat pedih lagi keras.

Ketahuilah, azab Allah itu amat menyakitkan, takkan sanggup sesiapa pun menahannya. Dan akan kekal pula di dalam azab itu, mahukah kamu mengalami perkara sedemikian? Maka, janganlah meringan-ringankan perkara tentang syirik ini, memang tidak berbaloi. Kalau ada perkara-perkara yang meragukan, tinggalkanlah sahaja, itu lebih selamat.

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya


Rujukan:

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

About tafsirsunnah

Blog mentafsir Quran berdasarkan fahaman Sunnah dan salafussoleh.
This entry was posted in Surah 011: Hud. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s