Tafsir Surah Hud Ayat 89 – 92 (Kaum Syuaib menentang)

Ayat 89:

وَيا قَومِ لا يَجرِمَنَّكُم شِقاقي أَن يُصيبَكُم مِثلُ ما أَصابَ قَومَ نوحٍ أَو قَومَ هودٍ أَو قَومَ صالِحٍ ۚ وَما قَومُ لوطٍ مِنكُم بِبَعيدٍ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And O my people, let not [your] dissension from me cause you to be struck by that similar to what struck the people of Noah or the people of Hūd or the people of Ṣāliḥ. And the people of Lot are not from you far away.

(MALAY)

Hai kaumku, janganlah hendaknya pertentangan antara aku (dengan kamu) menyebabkan kamu menjadi jahat hingga kamu ditimpa azab seperti yang menimpa kaum Nuh atau kaum Hud atau kaum Saleh, sedang kaum Luth tidak (pula) jauh (tempatnya) dari kamu.

 

وَيا قَومِ لا يَجرِمَنَّكُم شِقاقي

Hai kaumku, janganlah hendaknya pertentangan denganku

Ini adalah sambungan dari dakwah dan syarah dari Nabi Syuaib a.s. Kaumnya menentang dakwah dari baginda, maka baginda mengingatkan mereka dan memberi ancaman kepada mereka.

 

أَن يُصيبَكُم مِثلُ ما أَصابَ قَومَ نوحٍ

menyebabkan kamu menjadi jahat hingga kamu ditimpa azab seperti yang menimpa kaum Nuh

Baginda mengingatkan mereka supaya jangan menentang ajakan dakwah tauhid baginda, supaya jangan menimpa mereka, seperti pernah kena kepada kaum Nuh. Baginda meningatkan mereka tentang kaum Nabi Nuh yang menentang Nabi Nuh dan dikenakan dengan azab yang berat – dilemaskan dalam banji besar. Ini menunjukkan bahawa mereka tahu kisah tentang Nabi terdahulu.

Ada satu kisah sedih tentang apa yang terjadi pada Saidina Uthman r.a. semasa Zaman Fitnah.

Ibnu Abu Hatim mengatakan, telah menceritakan kepada kami Ibnu Auf Al-Himsi, telah menceritakan kepada kami Abul Mugirah Abdul Quddus ibnul Hajyaj, telah menceritakan kepada kami Ibnu Abu Uyaynah, telah menceritakan kepadaku Abdul Malik ibnu Abu Sulaiman, dari Ibnu Abu Laila Al-Kindi yang mengatakan, “Ketika aku sedang bersama tuanku seraya memegang tali kendali unta kenderaannya, saat itu orang-orang sedang mengepung rumah Usman ibnu Affan. Maka Usman ibnu Affan muncul dari rumahnya menghadapi kami, lalu membacakan firman-Nya: ‘Hai kaumku, janganlah hendaknya pertentangan antara aku (dengan kalian) menyebabkan kalian menjadi jahat hingga kalian ditimpa azab seperti yang menimpa kaum Nuh atau kaum Hud atau kaum Saleh.’ (Hud: 89).” Hai kaumku, janganlah kalian membunuhku. Sesungguhnya jika kalian membunuhku, maka kalian akan seperti ini. Demikianlah ucapannya seraya menyatukan jari jemari tangannya.

 

أَو قَومَ هودٍ أَو قَومَ صالِحٍ

atau kaum Hud atau kaum Saleh,

Bukan sahaja mereka diingatkan dengan kisah Nabi Nuh, tapi mereka diingatkan dengan kisah Nabi Hud dan juga Nabi Saleh. Ini adalah ancaman dalam bentuk mengingatkan mereka terhadap perkara yang terjadi kepada kaum-kaum terdahulu. Begitulah juga kita mengingatkan masyarakat kita dengan kisah-kisah umat terdahulu. Ambillah pengajaran dari mereka, supaya jangan jadi sepergi mereka.

 

وَما قَومُ لوطٍ مِنكُم بِبَعيدٍ

sedang kaum Luth tidak (pula) jauh (tempatnya) dari kamu.

Dan mereka juga diingatkan dengan apa yang terjadi kepada kaum Nabi Luth juga. Dan Nabi Syuaib mengingatkan mereka, kaum Nabi Luth itu tidak jauh dari zaman mereka. Kira-kiranya baru lagi terjadi apa yang terjadi kepada mereka. Masih segar dalam ingatanlah dengan mereka. Samada tidak jauh dari segi masa atau tidak jauh dari segi kedudukan mereka dengan kawasan mereka. Jadi kenapa kamu tidak mahu mengambil pengajaran?


 

Ayat 90:

وَاستَغفِروا رَبَّكُم ثُمَّ توبوا إِلَيهِ ۚ إِنَّ رَبّي رَحيمٌ وَدودٌ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And ask forgiveness of your Lord and then repent to Him. Indeed, my Lord is Merciful and Affectionate.”

(MALAY)

Dan mohonlah ampun kepada Tuhanmu kemudian bertaubatlah kepada-Nya. Sesungguhnya Tuhanku Maha Penyayang lagi Maha Pengasih.

 

وَاستَغفِروا رَبَّكُم

Dan mohonlah ampun kepada Tuhanmu

Mereka dianjurkan untuk beristighfar dari kesalahan-kesalahan dosa mereka yang lalu. Kerana Allah itu Maha Pengampun dan mereka itu banyak kesalahan yang telah dilakukan.

 

ثُمَّ توبوا إِلَيهِ

kemudian bertaubatlah kepada-Nya. 

Selain dari istighfar dari kesalahan dosa yang lalu, kena bertaubat. Taubat itu adalah kembali dari jalan yang salah kepada jalan yang betul. Maka kena tinggalkanlah amalan syirik mereka. Oleh itu, istighfar adalah minta ampun kepada kesalahan dulu, dan taubat adalah kembali dari kesalahan kepada kebaikan. Ini adalah talqin terakhir Nabi Syuaib.

 

إِنَّ رَبّي رَحيمٌ وَدودٌ

Sesungguhnya Tuhanku Maha Penyayang lagi Maha Pengasih.

Baginda mengingatkan mereka tentang sifat Allah yang mulia – Allah itu amat kasih kepada orang istighfar dan bertaubat. Maka ambillah peluang itu dengan menyesal atas perbuatan mereka dahulu dan kembali melakukan perbuatan yang baik dan tinggalkan perbuatan yang salah.


 

Ayat 91: Ini adalah jawapan degil dari kaumnya.

قالوا يا شُعَيبُ ما نَفقَهُ كَثيرًا مِمّا تَقولُ وَإِنّا لَنَراكَ فينا ضَعيفًا ۖ وَلَولا رَهطُكَ لَرَجَمناكَ ۖ وَما أَنتَ عَلَينا بِعَزيزٍ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

They said, “O Shu‘ayb, we do not understand much of what you say, and indeed, we consider you among us as weak. And if not for your family, we would have stoned you [to death]; and you are not to us one respected.”

(MALAY)

Mereka berkata: “Hai Syu’aib, kami tidak banyak mengerti tentang apa yang kamu katakan itu dan sesungguhnya kami benar-benar melihat kamu seorang yang lemah di antara kami; kalau tidaklah kerana keluargamu tentulah kami telah merejam kamu, sedang kamupun bukanlah seorang yang dihormati di sisi kami”.

 

قالوا يا شُعَيبُ ما نَفقَهُ كَثيرًا مِمّا تَقولُ

Mereka berkata: “Hai Syu’aib, kami tidak banyak mengerti tentang apa yang kamu katakan itu

Mereka balas kata mereka tidak dapat memahami banyak dari perkara yang baginda cakapkan. Satu maksudnya: apa yang kamu cakap itu, tidak perlu difahami kerana tidak penting. Atau, mereka memang kata mereka tidak faham. Ini adalah cara klasik untuk merendahkan nasihat yang diberi – kalau tidak suka dengan nasihat yang diberi, cuma jawap yang tidak faham dengan nasihat itu. Kesannya, orang yang beri nasihat itu akan rasa dia pula yang salah cakap, tidak cakap dengan jelas. Dalam masa yang sama, ia menyalahkan orang yang beri nasihat itu. Memberi isyarat yang orang yang beri nasihat itu yang bodoh. Begitulah yang mereka hendak lakukan kepada Nabi Syuaib.

 

وَإِنّا لَنَراكَ فينا ضَعيفًا

dan sesungguhnya kami benar-benar melihat kamu seorang yang lemah di antara kami;

Dan mereka melihat baginda adalah orang yang lemah di kalangan mereka. Dan kalau mereka lihat baginda lemah, mereka tidak rasa yang baginda boleh buat apa-apa terhadap mereka.

 

وَلَولا رَهطُكَ لَرَجَمناكَ

kalau tidaklah kerana keluargamu tentulah kami telah merejam kamu, 

Dan kalaulah tidak kerana kaum kerabat baginda yang berpengaruh, dah lama baginda kena rejam oleh kaumnya. Selepas Nabi Luth yang tidak mempunyai kedudukan dalam masyarakt, Allah telah meletakkan para Nabi selepas itu dalam keluarga yang ada kedudukan. Kerana dengan kedudukan itulah yang boleh menyelamatkan mereka dari dibunuh oleh kaum mereka awal-awal lagi.

 

وَما أَنتَ عَلَينا بِعَزيزٍ

sedang kamupun bukanlah seorang yang mempunyai kekuatan di sisi kami”.

Mereka tidak takut dengan Nabi Syuaib kerana baginda tidak mempunyai kekuatan. Mereka tahu yang baginda tidak boleh buat apa-apa terhadap mereka.


 

Ayat 92:

قالَ يا قَومِ أَرَهطي أَعَزُّ عَلَيكُم مِنَ اللَّهِ وَاتَّخَذتُموهُ وَراءَكُم ظِهرِيًّا ۖ إِنَّ رَبّي بِما تَعمَلونَ مُحيطٌ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

He said, “O my people, is my family more respected for power by you than Allāh? But you put Him behind your backs [in neglect]. Indeed, my Lord is encompassing of what you do.

(MALAY)

Syu’aib menjawab: “Hai kaumku, apakah keluargaku lebih terhormat menurut pandanganmu daripada Allah, sedang Allah kamu jadikan sesuatu yang terbuang di belakangmu? Sesungguhnya (pengetahuan) Tuhanku meliputi apa yang kamu kerjakan”.

 

قالَ يا قَومِ أَرَهطي أَعَزُّ عَلَيكُم مِنَ اللَّهِ

Syu’aib menjawab: “Hai kaumku, apakah keluargaku lebih terhormat menurut pandanganmu daripada Allah,

Sebelum ini, kaumnya kata, kalau tidaklah kerana kedudukan keluarga Syuaib itu di kalangan mereka yang terhormat, mereka telah lama merejam Nabi Syuaib a.s. Maka, Nabi Syuaib tanya adakah kaum kerabat baginda lebih hebat berbanding Allah? Mereka takut kepada keluarga baginda dari takut kepada Allah? Sedangkan sepatutnya mereka lebih takut kepada Allah.

Yakni apakah kalian membiarkan aku kerana kaumku, bukan karena menghormati Tuhan Yang Mahasuci lagi Mahatinggi bila kalian menimpa­kan keburukan kepada Nabi-Nya.

 

وَاتَّخَذتُموهُ وَراءَكُم ظِهرِيًّا

dan Allah kamu jadikan sesuatu yang terbuang di belakangmu?

Nabi Syuaib menegur mereka yang meletakkan Allah di belakang mereka. Mereka tidak menghormati Allah sepertimana yang sepatutnya. Mereka tidak takut kepada Allah seperti yang sepatutnya.

 

إِنَّ رَبّي بِما تَعمَلونَ مُحيطٌ

Sesungguhnya (pengetahuan) Tuhanku meliputi apa yang kamu kerjakan”.

Nabi Syuaib mengingatkan mereka yang Allah Maha Mengetahui apa sahaja yang mereka lakukan. Dan Allah akan balas segala perbuatan buruk kamu itu.

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya


Rujukan:

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

 

About tafsirsunnah

Blog mentafsir Quran berdasarkan fahaman Sunnah dan salafussoleh.
This entry was posted in Surah 011: Hud. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s